1
Rayuan ini dibuat oleh perayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Shah Alam, Selangor yang telah mensabitkan perayu dengan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menjatuhkan hukuman mati terhadap perayu.
B-05(M)-260-05/2018
Court of Appeal of Malaysia10 Aug 2020
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“he scene of the crime’ (See: Mutachi Stephen v. Uganda (supra). The evidence of alibi need only raise a reasonable doubt that he committed the crime. (See: Lizotte v. The King, 1950 Can LII 48 (SCC), [1951] SCR 115); and **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3”
“dence” untuk membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Undang-undang mengenai “circumstantial evidence” adalah dijelaskan melalui kes Sunny Ang v Public Prosecutor [1966] 2 MLJ 195, Kartar Singh v PP [1952] MLJ 85, Karam Singh v PP [1967] 2 MLJ 25 dan Chang Kim Siong v PP [1968] 1 MLJ 36.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Rayuan ini dibuat oleh perayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Shah Alam, Selangor yang telah mensabitkan perayu dengan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menjatuhkan hukuman mati terhadap perayu.
2
Kami telah mendengar rayuan oleh perayu dan menolak rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman dan dengan itu sabitan dan hukuman terhadap perayu oleh Mahkamah Tinggi tersebut dikekalkan.
3
Kami memberikan alasan-alasan mengapa rayuan perayu ditolak dan sabitan serta hukuman terhadap perayu dikekalkan seperti di bawah ini.
4
Tuduhan terhadap perayu adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 5 Mei 2015 jam lebih kurang 8.30 malam bertempat di kawasan lapang tepi Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu, di dalam Daerah Hulu Selangor, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang perempuan NORSALINA BTE NAZIR (NO. KP: 811112-14- 6252) dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.” Kes Pendakwaan [5]
Preamble
Menurut keterangan Nazir bin Ramli (SP3) iaitu ayah si mati (Norsalina bte Nazir), pada 5.5.2015, jam lebih kurang 8.00 malam, si mati telah keluar rumah SP3 dengan memandu kereta si mati jenis Proton Wira nombor pendaftaran MBA 9544. Semasa hendak keluar, si mati ada berpesan kepada anak si mati bahawa si mati keluar untuk menghantar barang dan mengambil duit untuk persediaan pernikahan si mati dengan perayu (Abdul Ra’of bin Mohd Damyati). Bagaimana pun, SP3 dapati si mati tidak balik ke rumah SP3 pada malam tersebut. Pada jam lebih kurang 11.00 malam, SP3 cuba menghubungi si mati melalui telefon tangan si mati tetapi gagal kerana tiada jawapan daripada si mati. Pada lebih kurang jam 12.00 tengah malam, SP3 cuba sekali lagi menghubungi si mati tetapi tiada jawapan. Pada jam lebih kurang 1.00 pagi, SP3 cuba menghubungi lagi si mati tetapi masih tiada jawapan. Pada jam lebih kurang 3.00 pagi, SP3 sekali lagi cuba menghubungi si mati tetapi tiada juga jawapan daripada si mati. Sistem panggilan hanya memaklumkan “berada di luar kawasan”. Menurut SP3, si mati jika sekiranya keluar rumah pada waktu malam, akan balik semula ke rumah SP3 sekitar jam 12.00 malam. [6] Pada jam lebih kurang 6.00 pagi 6.5.2015, SP3 dapati si mati masih belum pulang. SP3 keluar menunggang motorsikal untuk mencari si mati di sekolah perayu mengajar, iaitu Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu. Perayu ialah teman lelaki si mati yang SP3 panggil sebagai “Ustaz Maarof”. Si mati ialah seorang janda dan mempunyai empat orang anak yang semuanya juga tinggal di rumah SP3. SP3 mengatakan perayu pernah dua kali datang ke rumah SP3 untuk berbincang tentang kesediaan perayu mengahwini si mati. SP3 mengatakan pada awalnya SP3 berhasrat menghubungi perayu untuk bertanyakan tentang si mati tetapi SP3 tidak jadi menghubungi perayu kerana SP3 tiada nombor telefon perayu. Setiba di kawasan lapang berhampiran sekolah tersebut lebih kurang jam 8.00 pagi, SP3 melihat kereta si mati berada di tepi jalan berdekatan dengan sekolah itu. SP3 telah pergi ke kereta si mati untuk melihat ke dalam kereta. SP3 dapati si mati dalam kedudukan seperti terbaring di dalam kereta di bahagian tempat duduk pemandu. SP3 memanggil nama si mati beberapa kali tetapi tiada jawapan daripada si mati. SP3 membuka pintu kereta si mati yang tidak berkunci dan dapati si mati telah meninggal dunia. SP3 melihat terdapat darah pada pakaian si mati. [7]
Preamble
Menurut SP3 lagi, kebetulan pada ketika itu terdapat sebuah kereta peronda polis (MPV) berada berdekatan warung menjual makanan tidak jauh daripada kereta si mati. SP3 pergi ke warung di mana terdapat dua anggota polis berada dan SP3 memaklumkan kepada anggota polis tersebut bahawa terdapat mayat anak SP3 dalam kereta. SP3 kemudian menghubungi ahli keluarganya termasuk bekas suami si mati (SP10 – Mohd Nasir bin Ahmad) untuk memberitahu bahawa si mati telah meninggal dunia di dalam kenderaan. [8] Pada lebih kurang jam 9.20 pagi 6.5.2015, SP1 (RF Kpl. Abdul Halim bin Mohamad Maulana) yang bertugas di Balai Polis Kuala Kubu Bharu telah membuat laporan pertama (FIR) melalui Kuala Kubu Bharu Repot No. 000798/15 (P4) tentang penemuan mayat si mati. SP1 kemudian memaklumkan tentang laporan FIR tersebut kepada Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk seorang pegawai penyiasat (IO) ditugaskan untuk menyiasat kes kematian si mati. [9] ASP Chandra Segaran a/l Ellappan (SP15 – Pegawai Penyiasat) daripada IPD Hulu Selangor mengatakan berdasarkan kepada laporan FIR (P4) oleh SP1, SP15 dan sepasukan anggota polis bersama pegawai forensik telah pergi ke tempat kejadian berhampiran Sekolah Agama Kuala Kubu Bharu. SP15 melihat mayat si mati berada dalam kedudukan terlentang di tempat duduk pemandu dalam kereta si mati jenis Proton Wira. SP15 melihat terdapat empat tikaman di bahagian dada si mati, satu tikaman di bahagian rusuk kanan si mati dan satu tikaman di lengan kanan si mati. Tiada kunci kereta si mati dijumpai. Tiada juga apa-apa barangan peribadi si mati dijumpai di dalam kereta si mati. Mayat si mati kemudian di hantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat (pernyataan saksi SP15 ditandakan sebagai P81, muka surat 228-231 Rekod Rayuan Jilid 3(3). [10] Dr. Razuin bt Rahim (SP12) daripada Hospital Sungai Buloh telah menjalankan bedah siasat ke atas mayat si mati pada 6.5.2015. Hasil bedah siasat mendapati terdapat lima (5) tikaman pada bahagian dada si mati dan satu (1) tikaman pada bahagian rusuk kiri si mati. SP12 mengatakan luka tikaman-tikaman tersebut adalah fatal. SP12 mengesahkan si mati mati disebabkan “stab wounds to the chest”. SP12 mengatakan melihat kepada tikaman yang ditimpakan ke atas si mati yang menembusi jantung si mati, kematian si mati adalah serta merta akibat tikaman tersebut (muka surat 244-245 Rekod Rayuan Jilid 2(3)). SP12 juga mengatakan terdapat luka-luka lain pada anggota tubuh badan si mati yang SP12 berpendapat adalah luka-luka yang dialami oleh si mati semasa si mati mempertahankan diri (defensive wounds). Laporan bedah siasat oleh SP12 ditandakan sebagai eksibit P33 (lihat keterangan SP12 di muka surat 225 hingga 230 Rekod Rayuan Jilid 2(3)). [11] ASP Manimaran a/l Muniandi (SP11) mengatakan pada 6.5.2015 lebih kurang jam 9.40 pagi, SP11 dan sepasukan anggota polis telah membuat tangkapan ke atas perayu (Abdul Ra’of bin Mohd Dimyati) di rumah perayu beralamat di No. 33, Jalan Songket 4, Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Bharu. Perayu telah dibawa ke IPD Hulu Selangor untuk siasatan. SP11 telah membuat laporan polis terhadap tangkapan perayu melalui KKB Repot 800/15 (P26). [12] SP11 selanjutnya dalam keterangannya mengatakan selepas membuat tangkapan ke atas perayu, pada hari yang sama 6.5.2015, SP11 telah membuat soal siasat ke atas perayu di IPD Ulu Selangor. Hasil soal siasat tersebut SP11 telah membuat beberapa rampasan berkaitan barang kes berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan oleh perayu dan pandu arah oleh perayu. SP11 telah mencatitkan maklumat-maklumat yang diberikan oleh perayu dalam sehelai kertas putih dan membuat laporan polis KKB Repot 802/15 (P27) berkaitan penemuan dan rampasan barang-barang kes di beberapa lokasi yang dikatakan relevan dengan siasatan kematian si mati. SP11 juga telah membuat rampasan beberapa helai pakaian, satu unit telefon tangan jenama Lenovo dan sebuah motokar dari rumah perayu. SP11 membuat laporan polis KKB 00810/15 atas penemuan dan rampasan tersebut (P28). SP11 juga telah membuat rampasan sapasang kasut sukan jenama LPN yang setiap sebelah kiri dan sebelah kanan kasut tersebut ditemui dan di rampas di dua tempat yang berasingan. SP11 membuat laporan polis atas penemuan dan rampasan kasut sebelah kiri tersebut melalui Selayang Repot 10386/15 (P29) dan laporan polis atas penemuan dan rampasan kasut sebelah kanan melalui Rawang Repot 5844/15 (P31). [13] Barang-barang kes yang ditemui dan dirampas oleh SP11 hasil daripada maklumat oleh perayu dan dipandu arah oleh perayu, (diambil gambar oleh jurufoto atas arahan SP11 di tempat barangan-barangan tersebut ditemui dan dirampas), adalah seperti berikut (P11 gambar (1) -
43
(43)):
i
satu beg plastik hitam (P46A) yang mengandungi barangan si mati di Jalan Sungai Tua (keterangan SP11 di muka surat 212 Rekod Rayuan Jilid 3(2). Beg plastik ini dijumpai 65 meter bawah dalam gaung di bawah jambatan di Jalan Sungai Tua (lihat gambar 18, 19, 21, 22 dan 31 muka surat 80, 81 dan 87 Rekod Rayuan Jilid 3(2). Barangan milik si mati yang terdapat dalam beg plastik hitam tersebut, yang dibuat tandaan oleh SP11 adalah seperti berikut:
a
satu unit telefon tangan jenis Samsung bersarung biru yang ada kesan darah (E8)(P43A);
b
Satu unit telefon tangan jenis Samsung bersarung kuning yang ada kesan darah (E9)(P43B);
c
Beg duit/dompit jenama POLO (E10)(P45A) yang mengandungi- - Kad Visa BSN atas nama si mati (E10A); - Kad Debit Visa Maybank atas nama si mati (E10B); - Kad CIMB Master Kad atas nama si mati (E10C); - Kad Hari-Hari (E10D); - Kad Insuran AIA (E10E); - Kad EON Member (E10F); - Kad Pengenalan si mati (E10G); - Kad Bonus Link (E10H); - Tesco Club Card (E10I); - Popular Student Card (E10J); - Shaklee Distributor Authority Card (E10K); - Lesen Memandu simati (E10L); - Kad Bekas Anggota Tentera atas nama Mohd Nasir bin Ahmad (E10M); - 2 keping wang kertas RM1.00(B10N(A) dan B10N(B).
II
(ii) beberapa helaian pakaian di rumah perayu dirampas dari dalam sebuah bakul di bahagian dapur rumah, iaitu (a) dua helai t-shirt lengan panjang warna biru berkolar kuning bertulis “Saba Construction Sdn Bhd”, dan (b) 1 helai seluar panjang warna green Grandino Royal (keterangan SP11 di muka surat 212 dan 214 Rekod Rayuan Jilid 2(3);
III
(iii) satu unit telefon jenama Lenovo atas satu rak di ruang tamu rumah perayu (keterangan SP11 di muka surat 215 Rekod Rayuan Jilid 2(3);
IV
(iv) sebuah motokar model Proton nombor pendaftaran WQW 4814 di rampas di hadapan rumah perayu (keterangan SP11 di muka surat 214 Rekod Rayuan Jilid 2(3).
v
sebelah kasut kiri jenama PLKN milik perayu yang ditemui di atas rumput di tepi jalan Mutiara 1, Selayang Mutiara, Batu Cave, perumahan PKNS Selangor, di Selayang pada jam 8.00 malam 6.5.2015 (ditandakan sebagai F1 oleh SP11)(keterangan SP11 di muka surat 212 dan 215 Rekod Rayuan Jilid 2(3). SP13 mengatakan ada kesan darah pada kasut tersebut dan SP13 ada membuat kesatan darah tersebut untuk ujian DNA tetapi tidak dapat dibuat pengesahan DNA;
VI
(vi) sebelah kasut kanan perayu jenama PLKN ditemui di tengah-tengah jalan di KM 28.8 Lebuhraya Latar dari arah Rawang ke Kuala Selangor pada jam 8.30 malam 6.5.2015 (ditandakan sebagai F2 oleh SP11)(keterangan SP11 di muka surat 112 dan 115 Rekod Rayuan Jilid 2(3). SP13 mengatakan ada kesan darah pada kasut tersebut dan SP13 ada membuat kesatan darah tersebut untuk ujian DNA tetapi tidak dapat dibuat pengesahan DNA. [14] Menurut SP15, pada 9.5.2015 hasil daripada maklumat perayu dan dengan dipandu arah oleh perayu, SP15 telah menemui dan merampas kunci kereta milik si mati dari dalam semak bersebelahan Sekolah Agama Kuala Kubu Bharu (lihat P15 gambar 44 muka surat 93 Rekod Rayuan Jilid 3(2). SP15 ada membuat catitan pada kertas tentang maklumat perayu berkaitan kunci kereta si mati dan laporan polis KKB 000830/15 atas penemuan dan rampasan kunci kereta si mati dan mengeluarkan borang bongkar (P84 catitan maklumat, P86 laporan polis dan borang bongkar (P87). [15] Menurut keterangan SP15 lagi, pada 9.5.2015, berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh perayu kepada SP11 (ASP Manimaran) dan dengan dipandu arah oleh perayu, SP15 telah menemui dan merampas sebilah pisau berhulu warna biru sepanjang 11 inci (P34A) dalam hutan di Jalan Sungai Tua (keterangan SP12 di muka surat 321 Rekod Rayuan Jilid 2(4) dan P15 gambar 34 dan 35 muka surat 88 & 89 Rekod Rayuan Jilid 3(2). SP13 ahli kimia mengatakan terdapat kesan darah pada pisau tersebut dan SP12 ada buat kesatan darah tersebut untuk tujuan DNA tetapi tidak dapat disahkan dengan pasti melalui ujian DNA. [16] Erizasyira binti Basri (SP13) ahli kimia mengesahkan bahawa hasil daripada ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) yang dilakukan atas barang-barang kes milik si mati yang diserahkan kepada beliau oleh SP15, SP13 mengesahkan terdapat kehadiran air mani yang dikenalpasti sebagai milik perayu pada baju hitam ‘cardigan’ (P58A). SP13 juga mengatakan ada kehadiran air mani pada ‘headband’ (P55A) dan ‘corset’ (P60A) tetapi tidak dapat disahkan dengan pasti melalui ujian DNA. SP13 juga mengesahkan melalui ujian DNA terdapat kehadiran darah milik si mati pada dua sarung tangan (P41A & P42A). Dua sarung tangan P41A & P42A ini ditemui oleh SP11 di dalam semak gaung di Jalan Sungai Tua dan dirampas oleh SP11 hasil dari maklumat dan tunjuk arah oleh perayu pada 6.5.2015 setelah perayu ditangkap (lihat P15 gambar 15 & 16 muka surat 79 Rekod Rayuan Jilid 3(2). SP13 telah mengemukakan laporan analisa DNA yang dilakukan oleh beliau (P35 – Rekod Rayuan Jilid 3(3) muka surat 186-195). [17] Mohd Nasir bin Ahmad (SP10) ialah bekas suami si mati. SP10 mengatakan walaupun SP10 dan si mati telah bercerai, tetapi SP10 masih membantu perniagaan City Link si mati dalam menghantar barangan tempahan pelanggan City Link. SP10 mengetahui kematian si mati melalui SP3. SP10 tahu perayu ialah teman lelaki si mati dan SP10 juga tahu perayu dan si mati akan berkahwin. SP10 mengatakan beliau tidak cemburu atas hubungan si mati dengan perayu yang beliau kenali sebagai Ustaz Maarof. Keputusan Di Akhir Kes Pendakwaan [18] Diakhir kes pendakwaan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi (Hakim bicara) menimbangkan elemen-elemen berikut yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan sebelum perayu boleh dipanggil membela diri (perenggan 7 Alasan Penghakiman, muka surat 11 Rekod Rayuan Jilid 1):
i
Bahawa satu kematian telah berlaku dan si mati adalah Norsalina bte Nazir.
II
(ii) Bahawa si mati telah mati akibat bencana tubuh yang dialaminya.
III
(iii) Bahawa bencana tubuh itu adalah akibat perbuatan OKT (orang kena tuduh).
IV
(iv) Bahawa perbuatan OKT itu telah dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian, atau dengan niat hendak menyebabkan satu bencana tubuh yang mana OKT mengetahuinya mungkin akan menyebabkan kematian ke atas si mati dan bencana tubuh yang dilakukan itu cukup pada lazimnya bagi menyebabkan kematian kepada si mati atau jika OKT mengetahui bahawa perbuatan itu adalah sebegitu bahaya sekali sehingga mungkin menyebabkan kematian dan ia melakukan perbuatan itu dengan tiada apa-apa sebab bagi mendatangkan bahaya menyebabkan kematian atau bencana tubuh sebagaimana tersebut itu. [19] Hakim bicara merujuk kepada kes-kes otoriti berikut sebagai panduan dalam menimbangkan samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu di bawah pertuduhan seksyen 302 Kanun Keseksaan – Faizal Din v. Public Prosecutor [1949] 15 MLJ 123; Sainal Abidin bin Mading v Public Prosecutor [1999] 4 CLJ 215; Tham Kai Yau & Ors v Public Prosecutor [1977] 1 MLJ 174; Cheong Kam Kuan v Pendakwa Raya Rayuan Jenayah No. 05-172- 2011 (W) Mahkamah Persekutuan Malaysia. [20] Berhubung elemen pertama, Hakim bicara berpuashati dan tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan, bahawa si mati ialah Norsalina bte Nazir dan mayat si mati telah dicamkan oleh anak saudara si mati bernama Zanita bt Mohd Zain. [21] Berhubung elemen kedua, Hakim bicara merujuk kepada keterangan pakar pathologi Dr. Razuin bt Rahimi (SP12) yang memberikan perincian dapatan bedah siasat mayat si mati di mana SP12 dapati kecederaan yang dialami oleh si mati adalah seperti berikut (muka surat 13 – 14 Rekod Rayuan Jilid 1): “Pemeriksaan luaran
2
Bahagian mata dan bibir kelihatan pucat, akibat kehilangan darah yang banyak.
3
Terdapat beberapa kecederaan luka tajam seperti berikut:
a
(A) Sekelompok 5 luka tikam di bahagian dada yang dilebelkan dengan no. 1-5. Luka tikam dengan label no. 2 & 3 berukuran paling dalam, iaitu 20.5 dan 12 sm. Luka tikam yang lain mempunyai kedalaman 5-6 sm.
b
(B) Luka berlabel no.5. Hanya menembusi kulit dan otot.
c
(C) 4 lagi luka tikam di bahagian dada – tembus ke rongga dada hingga mencederakan jantung dan kedua-dua belah paru-paru.
d
(D) Sekelompok luka hiris superfisial di bahagian abdomen bernombor 6, 7 dan 8. Luka-luka ini tidak menembusi otot mahupun rongga abdomen.
e
(E) Terdapat satu lagi luka tikam di bahagian rusuk kiri – berlabel no. 10.
f
(F) Kecederaan lain – pada anggota gerak atas. Sebelah kanan : 2 luka berlabel no. 11 & 12 – pada lengan dan siku. Luka hiris pada tapak tangan dan jari – berlabel no. 13. Hasil pemeriksaan dalaman:
1
Tiada kecederaan atau apa-apa kelainan pada bahagian kepala dan leher.
2
Pada bahagian dada, terdapat kecederaan seperti berikut:
a
(A) Luka potong pada kedua belah tulang rusuk. Kanan: rib no. 2 & 3. Kiri: 2, 3, 5, 6, 8.
b
(B) Luka potong pada T9.
c
(C) Pendarahan di dalam kedua rongga pluera-kanan: 550 ml, kiri: 200 ml (695 gm ketulan darah) = 1600 ml.
d
(D) Kedua belah paru-paru telah menguncup (collapsed). Terdapat luka penetrasi pada kedua belah paru-paru.
e
(E) Pemeriksaan jantung juga menunjukkan adanya 2 luka penetrasi yang menembusi jantung dari bahagian hadapan ke bahagian belakang.
3
Pada bahagian abdomen, terdapat ketulan darah di bahagian bawah diafragma kiri berukuran 600 gm. Organ dalam seperti hati dan buah pinggang kelihatan pucat akibat kehilangan darah.” [22] SP12 mengesahkan kematian si mati disebabkan oleh “stab wounds to the chest”. SP12 juga mengatakan peluang untuk si mati hidup adalah sangat tipis melihat kepada dalamnya kecederaan tikaman-tikaman yang dialami oleh si mati. Oleh itu kecederaan tikaman yang dialami oleh si mati adalah lazimnya akan membawa kematian dan fatal. SP12 juga mengatakan dari pengamatan beliau, si mati mati serta merta akibat tikaman yang kuat dan dalam yang menembusi jantung dan paru-paru dan berkemungkinan kedudukan si mati telah dialihkan oleh seseorang kepada keadaan si mati duduk di kerusi pemandu dalam kereta si mati tersebut. Hakim bicara menerima kepakaran dan keterangan SP12 tersebut dan mendapati elemen kedua telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan (perenggan 9, 31, 32 dan 33 Alasan Penghakiman). [23] Hakim bicara selanjutnya menimbangkan elemen ketiga yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan bahawa kematian si mati berlaku akibat daripada perbuatan perayu. Hakim bicara menimbangkan keterangan SP13 (Erizasyira binti Basri - ahli kimia) yang telah membuat analisa DNA ke atas barang kes dan mengesahkan kehadiran air mani perayu pada pakaian si mati, iaitu ‘cardigan’, ‘head-band’ dan ‘corset’ (P58A, P55A dan P60A). Hakim bicara juga menimbangkan keterangan SP11 dan SP15 berkaitan maklumat-maklumat yang diberikan oleh perayu kepada SP11 dan SP15 yang membawa kepada jumpaan dan rampasan barangan milik perayu dan juga milik si mati yang dijumpai di beberapa tempat yang berasingan setelah SP11 dan SP15 dipandu arah oleh perayu ke lokasi barangan tersebut dibuangkan oleh perayu. Hakim bicara mendapati perlakuan perayu tersebut adalah relevan untuk diterima masuk sebagai keterangan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 (perenggan 23A Alasan Penghakiman). Hakim bicara juga menimbangkan hujahan peguamcara perayu berkaitan pembelaan alibi yang hendak diketengahkan oleh perayu bahawa perayu pada malam tersebut menghadiri satu mesyuarat dan selepas itu perayu pergi memancing bersama rakannya dan dengan yang demikian perayu dihujahkan sebagai tidak berada di tempat kejadian ketika si mati dibunuh. [24] Hakim bicara setelah menimbangkan semua keterangan, membuat dapatan berikut (perenggan 28 Alasan Penghakiman): “28. Kesimpulan daripada alasan-alasan ini, saya berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pada tahap prima facie bahawa OKT adalah orang yang telah menyebabkan kecederaan kepada si mati yang menyebabkan kematian kepada si mati.” [25] Hakim bicara juga setelah menimbangkan keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) yang menjadi pergantungan pihak pendakwaan dalam pembuktian kes pendakwaan, membuat dapatan berikut (perenggan 36 & 37 Alasan Penghakiman); “36. Di dalam kes semasa setelah mengumpulkan keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan secara keseluruhannya, saya berpuashati bahawa keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan tersebut adalah cukup untuk menjadikan seutas tali yang kuat untuk menjerut leher OKT di dalam kes ini.
37
Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpuashati bahawa setelah membuat satu penilaian maksima kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan, satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap OKT.” [26] Perayu oleh itu telah dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan. Pembelaan Perayu [27] Perayu memberi keterangan pembelaan diri secara bersumpah daripada kandang saksi. Perayu juga memanggil empat saksi lain untuk menyokong pembelaan perayu dalam isu pembelaan alibi oleh perayu. [28] Kami butirkan pembelaan perayu seperti mana yang dinyatakan oleh Hakim bicara dalam Alasan Penghakiman (perenggan 39 Alasan Penghakiman) adalah seperti berikut: “(a) Pada 5 Mei 2015 jam 7.50 malam selepas solat magrib, OKT telah pergi ke Restoran Rose Seafood di Taman Bukit Bujang untuk berjumpa dengan Ustaz Nazri (SD2) bertujuan untuk mesyuarat Kemahiran Amal Islam (KAMIL) 2015. SD2 telah memberitahu OKT yang dia dilantik oleh Jawatankuasa Induk sebagai jurufoto.
b
Hari yang sama jam 9.00 malam, kawan OKT, SD3 telah datang ke Restoran Rose Seafood, untuk mendapat pengesahan OKT sama ada mereka akan pergi memancing di Empangan Kuala Kubu Bharu atau Dam Pertak. OKT berkata dia akan pergi memancing selepas selesai mesyuarat dengan SD2.
c
Jam 9.40 malam, OKT telah pulang untuk mengambil keretanya. OKT telah pergi ke Dam Pertak untuk memancing bersama-sama dengan SD3, mereka tiba di empangan itu jam 12.00 malam, dan mereka memancing sehingga jam 1.00 pagi, selepas itu mereka berdua balik.
d
OKT kemudian telah menghantar SD3 ke Restoran Rose Seafood, dan seterusnya memandu keretanya WQW 4814 untuk balik ke rumahnya. Dalam perjalanan OKT telah teringat untuk mengambil buku latihan murid-murid beliau di sekolah untuk disemak dan dikembalikan kepada murid-muridnya keesokan harinya.
e
Sampai di hadapan Sekolah Agama Kuala Kubu Bharu, OKT melihat kereta si mati, yang juga kekasihnya berada di tepi sekolah berkenaan. OKT telah memberhentikan keretanya di sebelah kereta si mati dan OKT telah turun untuk melihat.
f
(f)
Preamble
Menurut OKT, pada masa itu beliau melihat si mati sedang terbaring di dalam keretanya. OKT cuba menggerakkannya namun si mati tidak bergerak lagi.
g
(g)
Preamble
Menurut OKT, pada masa itu beliau berasa cemas dan panik serta takut dia dikaitkan dengan kematian si mati, lalu OKT telah mengumpulkan barang-barang peribadi si mati, termasuk kunci kereta si mati, pisau dan sarung tangan yang digunakan untuk memancing, kasut yang dipakainya dan membuangkannya di Lebuhraya Latar.
h
Selepas itu, OKT telah balik ke rumahnya dan membuka pakaian yang dia pakai dan diletakkan ke dalam bakul berdekatan dengan mesin basuh, selepas mandi dan solat, OKT telah tidur. OKT berkata yang dia bercadang untuk membuat laporan polis pada pagi esoknya.
i
Pada jam 9.40 pagi 6 Mei 2015, OKT telah ditahan oleh ASP Manimaran dan dibawa ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu.
j
Hasil soal siasat, OKT telah memandu arah pasukan polis untuk mencari dan mengumpulkan kembali barang-barang peribadi si mati, sarung tangan, pisau, kasut OKT dan kunci kereta si mati yang telah dibuang oleh OKT sebelum itu.” Dapatan Hakim Bicara Di Akhir Kes Pembelaan [29] Hakim bicara diakhir kes pembelaan, telah menimbangkan keterangan pembelaan perayu dan saksi-saksi perayu serta hujahan peguamcara perayu atas isu alibi yang menjadi pembelaan perayu. Dalam isu tahap pembuktian pembelaan, Hakim bicara telah merujuk kepada seksyen 182A Kanun Acara Jenayah dan kes PP v Mohd Razdi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ di muka surat 467. [30] Dalam isu pembelaan alibi dan beban pembuktian alibi, Hakim bicara telah merujuk kepada prinsip undang-undang berkaitan alibi yang digariskan dalam kes-kes otoriti berikut: PP v Muslim Ahmad [2013] 5 CLJ 823; Ku Lip See v Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 94; Dato’ Mokhtar Hashim v PP [1983] 2 MLJ 233; Shanmugam v PP [1963] 29 MLJ 125 dan Duis Akim v PP [9 CLJ 692 FC; Nagappan a/l Kuppusamy v PP [1988] 2 MLJ 53. [31] Hakim bicara dalam menimbangkan pembelaan OKT khususnya pembelaan alibi perayu, mengatakan seperti berikut (perenggan 47, 48 dan 49 Alasan Penghakiman): “47. Berdasarkan kepada keputusan kes-kes di atas, untuk berjaya OKT hanya perlu menimbulkan satu keraguan yang munasabah bahawa beliau bukanlah orang yang berada di tempat kejadian, dan kes-kes terdahulu memutuskan bahawa adalah tidak perlu keterangan membela dirinya disokong.
48
Persoalan di sini ialah sama ada pembelaan alibi OKT telah berjaya dibuktikan pada tahap imbangan kebarangkalian seterusnya menimbulkan satu keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan? Bagi tujuan ini, saya telah meneliti pembelaan OKT, di samping juga menyemak kembali kes pendakwaan (Rujuk kes Nagappan a/l Kuppusamy v PP [1988] 2 MLJ 53).
49
Walaupun pembelaan alibi OKT telah disokong oleh saksi-saksi beliau, bagaimana pun, satu fakta yang harus diberikan pertimbangan oleh Mahkamah ini ialah bukan pada semua masa material saksi-saksinya berada bersama-sama OKT, SD2 dan SD3 tidak berada bersama-sama OKT semasa OKT balik untuk mengambil keretanya dan SD3 telah tidak lagi bersama-sama OKT selepas OKT meninggalkannya di Restoran Rose Seafood selepas mereka memancing.” [32] Selanjunya Hakim bicara membuat dapatan berikut (perenggan 52 Alasan Penghakiman): “52. Berdasarkan kepada alasan-alasan ini dan kes-kes yang dirujuk, saya berpuashati bahawa OKT telah gagal di atas imbangan kebarangkalian untuk membuktikan pembelaan alibi beliau. Seterusnya pembelaan alibi OKT adalah tidak boleh bertahan.” [33] Seterusnya Hakim bicara pada perenggan 54 Alasan Penghakiman mengatakan: “54. Walaupun OKT telah dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan, undang-undang menetapkan bahawa tiada apa-apa beban yang diletakkan terhadap OKT untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah, sekiranya ada, ia adalah ringan, iaitu hanya menunjukkan bahawa terdapat satu keraguan yang munasabah.” [34] Setelah memberi pertimbangan kepada pembelaan perayu, Hakim bicara membuat dapatan seperti berikut (perenggan 64 Alasan Penghakiman): “64. Selepas meneliti pembelaan OKT di atas sumpah dan meneliti hujah-hujah oleh kedua-dua pihak, saya berpuashati bahawa pembelaan OKT itu sesuatu yang sukar untuk dipercayai khususnya kepada perkara-perkara berikut:
a
OKT berkata selepas beliau melihat mayat si mati beliau berasa takut, cemas dan panik, mengapa seharusnya OKT boleh berperasaan sedemikian? Jika beliau tidak membunuh si mati perasaan panik yang dinyatakan oleh OKT tersebut adalah satu penjelasan yang tidak sepatutnya berlaku kepada seorang yang normal dan munasabah.
b
Kerana perasaan panik tersebut beliau telah mengambil keputusan untuk mengambil barang-barang peribadi si mati untuk dibuang di merata-rata tempat adalah mustahil bagi seseorang yang berada di dalam keadaan panik, cemas dan takut boleh memandu kereta ke merata-rata tempat semata-mata untuk menghilangkan barang bukti di dalam satu kes kecuali beliau telah merancangkan terlebih dahulu.
c
OKT bukan sahaja membuang barang-barang peribadi si mati dan kunci kereta si mati, malah turut membuang pisau dan sarung tangannya yang dikatakan oleh OKT digunakan untuk memancing. Seterusnya OKT turut membuang kasut yang dipakainya kerana beliau takut. Perbuatan ini juga bukanlah menunjukkan perbuatan seorang yang tidak bersalah malah amat sukar untuk dipercayai.
d
Tindakan OKT memasukkan barang-barang peribadi simati ke dalam sebuah beg hitam juga bukanlah suatu perbuatan seorang yang panik.
e
Tindakan OKT yang tidak membuat laporan polis dengan segera setelah menjumpai mayat kekasihnya juga bukanlah satu tindakan seorang yang munasabah. OKT berkata dia sayangkan si mati yang mana mereka telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat dan persiapan untuk perkahwinan mereka sedang rancak dilakukan oleh si mati dan keluarga si mati. Penjelasan OKT ialah beliau bercadang untuk membuat laporan polis pada esok hari.
f
Persoalan di sini, ialah mengapakah OKT melengah-lemgah untuk membuat laporan polis sedangkan beliau selepas menemui mayat si mati di dalam keretanya telah mengambil masa yang banyak untuk pergi ke merata-rata tempat untuk membuang barang-barang si mati dan juga barang-barangnya sendiri.
g
Adalah juga satu keadaan yang tidak boleh dipercayai bahawa walaupun OKT telah merancang untuk berkahwin dengan si mati dan keberlangsungan perkahwinan itu akan diadakan pada masa terdekat, tetapi keluarga OKT khususnya SD7, ayah kepada OKT langsung tidak diberitahu untuk meminang bakal isteri OKT ini. Penjelasan OKT ialah keluarganya tidak kisah dan mengizinkan OKT untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja pilihannya. Jelas di sini terdapat satu keadaan yang pelik dan tidak munasabah memandangkan OKT adalah anak sulong di dalam keluarga itu, masakan tidak ada persediaan dilakukan oleh keluarga si mati untuk menyambut menantu mereka.” [35] Kesimpulannya Hakim bicara dapati pembelaan OKT gagal menimbulkan apa-apa keraguan terhadap kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah terhadap perayu dan dengan itu perayu telah disabitkan dengan pertuduhan dan dijatuhkan hukuman mati di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. [36] Perayu yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut, telah membuat rayuan ke Mahkamah ini terhadap sabitan dan hukuman. Rayuan Perayu [37] Di hadapan kami, peguamcara yang terpelajar bagi pihak perayu mengemukakan tiga alasan rayuan dalam mencabar keputusan Hakim bicara :
a
Hakim bicara khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila menolak pembelaan alibi perayu di mana Hakim bicara meletakkan tahap beban pembuktian yang lebih tinggi terhadap pembelaan alibi perayu;
b
Hakim bicara khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal memutuskan bahawa terdapat kesenjangan atau gap dalam pengendalian barang kes yang terdapat kehadiran air mani perayu; dan
c
Hakim bicara khilaf dari segi fakta dan undang-undang dalam mensabitkan perayu terhadap pertuduhan sedangkan keterangan mengikut keadaan yang terdapat tidak cukup untuk mensabitkan perayu dengan pertuduhan. Analisa dan Keputusan Kami
a
Hakim bicara khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila menolak pembelaan alibi dan meletakkan tahap beban pembuktian yang lebih tinggi terhadap pembelaan alibi perayu [38] Peguamcara terpelajar bagi pihak perayu merujuk kepada Notis Alibi oleh perayu bertarikh 7.8.2017 (P90 - muka surat 242 Rekod Rayuan Jilid 3(4)). Peguamcara menghujahkan keterangan SD2 dan SD3 menyokong pembelaan alibi perayu dan Hakim bicara khilaf apabila menolak keterangan SD2 (Mohd Nazri bin Tastik) dan SD3 (Muhammad Shafie bin Zul). Peguamcara merujuk kepada Alasan Penghakiman Hakim bicara di perenggan 47 dan 48 dan menghujahkan Hakim bicara telah meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya di sisi undang-undang terhadap pembelaan alibi perayu. Peguamcara selanjutnya menghujahkan perayu hanya perlu mengemukakan keterangan ‘evidential burden’. Peguamcara menghujahkan keterangan SD2 serta SD3 adalah kukuh. Peguamcara menghujahkan berdasarkan kepada pertuduhan, perayu dikatakan melakukan kesalahan bunuh ke atas simati lebih kurang jam 8.00 malam pada 5.5.2013 tetapi keterangan pembelaan alibi perayu adalah merangkumi tempuh waktu daripada jam 7.45 malam hingga jam 2.00 pagi. Peguamcara selanjutnya menghujahkan bahawa Hakim bicara membuat spekulasi sendiri bahawa perayu pada malam tersebut berkemungkinan ada berjumpa si mati semasa perayu tidak bersama SD2 atau SD3. Peguamcara juga menghujahkan bahawa Hakim bicara tidak menggunakan seksyen 27 Akta Keterangan untuk menolak pembelaan alibi perayu. [39] Kami meneliti keterangan SD2. SD2 mula mengenali perayu pada tahun 2013 tetapi bukan sebagai kenalan rapat SD2. SD2 berumur 42 tahun. Pada tahun 2015, SD2 yang bertugas sebagai seorang guru ugama telah dipilih oleh Jabatan Islam Negeri Selangor (JAIS) sebagai ketua jurufoto dan unit rakaman untuk Program Kemahiran Amal Islam (KAMIL) anjuran JAIS. SD2 mengatakan beliau telah melantik perayu untuk menjadi salah seorang jurufoto untuk program KAMIL tersebut. Program KAMIL tersebut yang akan berlangsung pada 9.5.2015 melibatkan pertandingan marhaban, khutbah, tilawah, nasyid dan sebagainya untuk sekolah rendah agama di negeri Selangor. SD2 mengemukakan buku cenderamata KAMIL 2015 (P79(B) yang terdapat nama SD2 sebagai ahli jawatankuasa bahagian unit rakaman. SD2 mengatakan terdapat 8 nama disenaraikan di bawah bahagian unit rakaman termasuk nama perayu sebagai jurufoto. Tetapi SD2 tidak tahu bagaimana nama SD2 cuma tercatit di bahagian luar kotak senarai ahli jawatankuasa KAMIL 2015 tersebut. SD2 mengatakan pada 5.5.2013, SD2 mengadakan pertemuan dengan perayu di Restoran Rose Seafood antara jam 8.00 malam hingga 9.30 malam untuk taklimat ringkas tentang tugas perayu sebagai jurufoto program KAMIL. Taklimat itu sepatutnya dihadiri oleh dua orang lagi jurufoto tetapi mereka tidak dapat hadir. SD2 mengatakan beliau ada membuat minit mesyuarat (D80C) yang SD2 sediakan selepas mesyuarat dengan perayu. Bagaimana pun SD2 mengatakan beliau tidak mencatitkan sebarang minit semasa bermesyuarat dengan perayu dan penyediaan minit hanya berdasarkan ingatan beliau. SD2 juga mengatakan terdapat buku rasmi program KAMIL 2015 (P79)(A) dikeluarkan tetapi nama SD2 tidak ada dalam buku rasmi tersebut yang SD2 mengatakan mungkin nama SD2 tercicir semasa buku rasmi tersebut dicetak. SD2 juga mengatakan pada sekitar jam 9.30 malam sebelum mesyuarat SD2 dengan perayu tamat, seorang rakan perayu bernama Shafie (SD3) telah datang ke Restoran Rose Seafood tersebut dan Shafie mengajak perayu pergi memancing. SD2 kemudian beredar daripada restoran tersebut meninggalkan perayu dan Shafie. [40] Semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), SD2 mengakui bahawa walau pun beliau mengetahui perayu ditangkap pada 6.5.2015 melalui akhbar Metro online berkaitan kejadian pembunuhan si mati, tetapi SD2 tidak pernah memaklumkan kepada pihak polis bahawa perayu ada bersama beliau pada malam 5.5.2015 tersebut. TPR mencabar SD2 bahawa keterangan SD2 tersebut cuma diada-adakan oleh SD2 untuk membantu perayu tetapi SD2 tidak bersetuju dengan pengataan oleh TPR tersebut. SD2 juga mengakui bahawa beliau tidak mengetahui tentang aktiviti perayu pada malam 5.5.2015 tersebut. Semasa pemeriksaan semula oleh peguamcara perayu, SD2 mengatakan beliau ada memberi rakaman percakapan kepada pihak polis setelah diminta hadir ke balai oleh pegawai polis bernama Manimaran pada sekitar tahun 2017 atau 2018 (setelah notis alibi bertarikh 7.8.2017 diberikan oleh perayu). [41] Muhammad Shafie bin Zul (SD3) berumur 28 tahun ialah seorang pembantu makmal di Sekolah Tinggi Agama (SMT) Kuala Kubu Bharu. SD3 mengatakan kenal perayu sebagai seorang rakan (perayu berumur 22 tahun). SD3 mendapat tahu perayu ditangkap pada 6.5.2015 berkaitan kes bunuh. SD3 mengatakan pada malam 5.5.2015, SD3 telah pergi berjumpa perayu di Restoran Rose Seafood, Taman Bukit Bujang selepas Isya’ untuk mengajak perayu pergi memancing. Ketika SD3 tiba terdapat seorang rakan perayu bernama Ustaz Nazri (SD2). SD3 mengatakan selepas Ustaz Nazri meninggalkan restoran tersebut, perayu dan SD3 makan di restoran itu dan kemudiannya perayu memberitahu SD3 bahawa perayu ingin balik untuk mengambil peralatan memancing dan juga mengambil kereta. Pada jam 9.00 malam SD3 dan perayu dengan menaiki kereta perayu pergi ke tempat memancing di Empangan Pertak. SD3 mengatakan beliau dan perayu memancing hingga jam 1.00 pagi. SD3 mengatakan pada malam tersebut hanya SD3 dan perayu sahaja yang memancing di Empangan Pertak tersebut. Pada jam 1.30 pagi, SD3 dan perayu tiba semula di Restoran Rose Seafood dan SD3 turun daripada kereta perayu untuk mengambil motorsikal SD3 yang SD3 tinggalkan di restoran tersebut ketika pergi memancing dengan perayu dan SD3 pulang ke rumah. (SP11 semasa kes pendakwaan mengatakan Restoran Rose Seafood telah tiada lagi pada tahun 2017 dan oleh itu tidak dapat disiasat lanjut kecuali mengambil percakapan SD2 dan SD3 selepas notis alibi bertarikh 7.8.2017 diberikan oleh perayu). SD3 pada ketika memberi keterangan di mahkamah mengatakan bahawa Restoran Rose Seafood telah tiada lagi sejak tahun 2016 dan hanya tinggal tapak sahaja. [42] Semasa diperiksa balas oleh TPR, SD3 mengatakan perayu hanya seorang kenalan biasa sahaja dan SD3 tidak berkawan rapat dengan perayu. SD3 menafikan keterangan beliau hanya diada-adakan bertujuan untuk membantu perayu. [43] Kami juga memberi perhatian kepada nota prosiding bertarikh 9.8.2017 (Rekod Rayuan Jilid 2(1) muka surat 1). Peguamcara perayu pada pagi tersebut semasa perbicaraan terhadap perayu hendak dimulakan telah memberitahu Hakim bicara bahawa perayu telah menfailkan Notis Alibi pada pagi tersebut iaitu 9.8.2015. TPR dalam hujahan bagi pihak pendakwaan menghujahkan kelewatan perayu menfailkan Notis Alibi yang hanya diberikan pada hari tarikh mula bicara di Mahkamah Tinggi telah menyebabkan pihak pendakwaan tidak dapat membuat siasatan yang rapi dalam menentukan kesahan alibi perayu kerana Restoran Rose Seafood telah tidak wujud lagi dan saksi-saksi alibi hanya dapat diambil rakaman percakapan selepas Notis Alibi bertarikh 7.8.2017 diberikan oleh perayu. Kami dapati seksyen 402A Kanun Tatacara Jenayah membenarkan pihak pembelaan memberikan Notis Alibi diberikan pada bila-bila masa sebelum perbicaraan bermula dan boleh juga diberikan semasa perbicaraan telah bermula tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah subseksyen (3) seksyen 402A tersebut yang memerlukan Notis Alibi memberikan butiran jelas tentang alibi dan saksi-saksi alibi untuk membolehkan siasatan dilakukan oleh pihak pendakwaan. Notis Alibi perayu dalam kes ini bertarikh 7.8.2017 yang diberikan pada hari mula bicara dapat dilihat di muka surat 242-244 Rekod Rayuan Jilid 4(2). Bagaimana pun Restoran Rose Seafood yang disebutkan dalam notis alibi tersebut sebagai tempat di mana perayu berada dari jam 7.45 malam hingga 9.45 malam telah tidak wujud lagi. Maka itu kami bersetuju dengan TPR bahawa pihak pendakwaan tidak boleh dipersalahkan sebagai tidak melakukan siasatan yang lengkap apabila tidak dapat menyiasat tentang keesahan operasi Restoran Rose Seafood tersebut dan perjumpaan perayu dengan SD2 dan SD3 di restoran tersebut. Hakim bicara dengan itu telah mengambil pendekatan yang betul dalam menimbang dan memberikan nilai berat keterangan alibi perayu serta saksi-saksi alibi perayu yang mana Hakim bicara mendapati sebagai terdapat kelompangan masa dan tidak meyakinkan untuk diterima sebagai telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [44] Kami telah juga membutirkan analisa dan dapatan Hakim bicara terhadap pembelaan alibi perayu seperti yang dinyatakan oleh kami di perenggan 27 hingga perenggan 32 alasan penghakiman kami di atas. [45] Dalam kes Duis Akim v Public Prosecutor [2013] 9 CLJ 692, Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan tahap beban bukti pembelaan alibi seperti berikut: “[9] Now, the following legal principle on the defence of alibi are relevant in the present namely –
i
’the defence of alibi must preclude the possibility that the accused could have been physically present at the place of the crime or its vicinity at or about the time of the commission’ (See: Regina v. Youssaf (1990) 50 A Crim R 1 at pp. 2-3);
II
(ii) the correct ‘approach to adopted in regard to an alibi defence…is to consider the alibi in the light of the totality of the evidence and the court’s impression of the witnesses. If there are identifying witnesses, the court should be satisfied not only that they are honest, but also that the identification of the accused is reliable. The ultimate test, and there is only one test in criminal case, is whether the evidence establishes the guilt of the accused beyond reasonable doubt’. (See: Leve v. S (CA & A 163/12)[2013]ZAECGHC 5 (31 January 2013)(South Africa).(emphasis added);
III
(iii) as such ‘it would be wrong to reason that if the evidence of the state witnesses, considered in isolation, is credible the alibi must therefore be rejected. The correct approach is to consider the alibi in the light of all the evidence in the case and the court’s impression of the witnesses and from that totality to decide whether the alibi might reasonably be true’. (See: R v. Hlongwane 1959 (3) SA 337);
IV
(iv) “(O)nce the trial court accepted that the alibi evidence could not be rejected as false, it was not entitled to reject it on the basis that the prosecution had placed before it strong evidence linking the appellant to the offences. The acceptance of the prosecution’s evidence could not by itself alone, be a sufficient basis for rejecting the alibi evidence. Something more was required. The evidence must have been, when considered in the totality, of the nature that proved the alibi evidence to be false.” (See: S v. Liebenberg 2005 (2) SACR 355 (SCA). (emphasis added);
v
‘(I)t is trite that once an accused person pleads an alibi he does not assume the burden to prove it true. The onus is on the prosecution to prove by evidence the alibi is false and to place the accused squarely at the scene of the crime’ (See: Mutachi Stephen v. Uganda (supra). The evidence of alibi need only raise a reasonable doubt that he committed the crime. (See: Lizotte v. The King, 1950 Can LII 48 (SCC), [1951] SCR 115); and
VI
(vi) The alibi of an accused does not have to be corroborated by independent evidence in order to raise a defence (See: R v. Letoumeou [1994] BCJ No. 265 (QL)(CA), 61). [46] Kami meneliti pendekatan yang diambil oleh Hakim bicara dalam beban bukti terhadap tertuduh atas pembelaan alibi. Di perenggan 47 Alasan Penghakiman, Hakim bicara mengatakan seperti berikut: “47. Berdasarkan kepada keputusan kes-kes di atas untuk berjaya, OKT hanya perlu menimbulkan satu keraguan yang munasabah bahawa beliau bukanlah orang yang berada di tempat kejadian, dan kes-kes terdahulu memutuskan bahawa adalah tidak perlu keterangan membela dirinya disokong.” [47] Kami bersetuju dengan pendekatan Hakim bicara tersebut. Beban pembuktian atas perayu hanya pada tahap menimbulkan keraguan yang munasabah melalui pembelaan alibi perayu. Keterangan alibi perayu secara sendiri memadai tanpa perlu keterangan sokongan jika alibi tersebut meyakinkan sebagai telah menimbulkan keraguan ke atas kes pendakwaan. Undang-undang tidak memerlukan alibi disokong oleh keterangan sokongan yang bebas. Bagaimana pun dalam menerima atau menolak keterangan alibi perayu, Hakim bicara perlu menilai keterangan kes secara keseluruhan. Kami dapati ini telah dilaksanakan oleh Hakim bicara apabila Hakim bicara melakukan penilaian keterangan secara keseluruhan untuk melihat jika alibi perayu telah menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [48] Kami juga dapati Hakim bicara bukan sahaja menimbangkan keterangan perayu atas alibi perayu, tetapi juga menimbangkan keterangan saksi-saksi alibi perayu, iaitu SD2 dan SD3. Pada perenggan 49 Alasan Penghakiman, Hakim bicara mengatakan seperti berikut: “49. Walaupun pembelaan alibi OKT telah disokong oleh saksi-saksi beliau, bagaimana pun, satu fakta yang harus diberikan pertimbangan oleh Mahkamah ini ialah bukan pada semua masa material saksi-saksinya berada bersama-sama OKT, SD2 dan SD3 tidak berada bersama-sama OKT semasa OKT balik untuk mengambil keretanya dan SD3 telah tidak lagi bersama-sama OKT selepas OKT meninggalkannya di Restoran Rose Seafood selepas mereka memancing.” [49] Kami berpendapat Hakim bicara tidak tersalah arah dalam membuat dapatan tersebut. Dapatan oleh Hakim bicara dibuat setelah menilai keseluruhan keterangan yang ada di hadapan beliau. Hakim bicara berhak untuk melihat keterangan dari sudut logik dan kemunasabahan dalam mencapai kesimpulan dan keputusan. Hakim bicara memutuskan pembelaan alibi perayu tidak berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan setelah menimbangkan keseluruhan keterangan termasuk perlakuan perayu yang cuba menghapuskan bahan bukti yang relevan, tidakan perayu yang tidak membuat laporan polis dengan segera setelah melihat si mati mati dibunuh, perlakuan perayu yang tidak menghubungi keluarga si mati walau perayu tahu di mana rumah bapa si mati dan terdapatnya kehadiran air mani perayu pada tiga barang kes yang dipakai oleh si mati pada malam kejadian khususnya pada baju hitam ‘cardigan’ P58A. Kami dapati Hakim bicara tidak salah arahan apabila menerima semua keterangan perlakuan perayu tersebut sebagai keterangan yang relevan untuk maksud seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Undang-undang juga tidak memerlukan amaran (caution) dan kesukarelaan sebagai elemen wajib yang perlu wujud sebelum sesuatu pengataan atau keterangan boleh diterima di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 (Lihat kes-kes autoriti: Francis Anthonysamay v PP [2005] 3 MLJ 389; Krishna Rao & Anor v PP [2007] 4 CLJ 643; Chong Soon Koy v PP [1977] 2 MLJ 78 FC; PP v Hashim bin Hanafi [2002] 4 MLJ 175). Dalam kes ini, Hakim bicara tidak menggunapakai seksyen 27 tetapi memutuskan perlakuan perayu sebagai relevan untuk maksud seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Kami berpendapat Hakim bicara tidak khilaf dalam pendekatan yang diputuskan oleh beliau itu untuk menerima keterangan berkaitan perlakuan perayu di bawah seksyen 8 sebagai relevan untuk dinilai dengan keseluruhan keterangan yang terdapat. Bagaimana pun, kami bersetuju dengan hujahan TPR dan kami berpendapat Hakim bicara sewajarnya juga menggunapakai seksyen 27 Akta Keterangan 1950 di mana kami berpendapat semua elemen berkaitan “admissibilities” bawah seksyen 27 telah dipatuhi oleh SP11 dan SP15. SP11 telah mencatitkan maklumat yang diberikan oleh perayu atas sekeping kertas sebagai maklumat itu diberikan oleh perayu dan kemudian membuat laporan polis atas maklumat tersebut dan laporan polis atas penemuan beg hitam serta sepasang sarung tangan dan sepasang kasut untuk menjadi bukti keterangan pendakwaan. Kepatuhan yang sama juga dilakukan oleh SP15 dengan membuat catitan maklumat perayu atas sekeping kertas sebaik maklumat itu diberikan oleh perayu dan laporan polis atas maklumat tersebut dan penemuan barang kes iaitu kunci kereta dan pisau hasil daripada maklumat dan tunjuk arah perayu (P84, P85 dan P86). Semua barang kes yang dijumpai dan dirampas oleh SP11 adalah di lokasi yang berbeza dan tidak mudah dijumpai tanpa maklumat dan tunjuk arah oleh perayu. Begitu juga kunci kereta si mati ditemui dan dirampas oleh SP15 hasil daripada maklumat dan tunjuk arah oleh perayu daripada lokasi yang tidak mudah dijumpai tanpa maklumat dan tunjuk arah oleh perayu. Kami telah meneliti maklumat-maklumat yang dimaksudkan tersebut dan kami dapati maklumat-maklumat tersebut bukan satu pengakuan bersalah oleh perayu atas pembunuhan si mati oleh perayu akan tetapi lebih merupakan maklumat atau pengataan bersifat fakta di mana barang-barang kes yang ada kaitan dengan si mati telah dibuang oleh perayu pada malam 5.5.2015 tersebut. Maklumat tersebut terbukti benar dan tepat apabila barang kes ditemui dengan dipandu arah oleh perayu ke lokasi atau tempat barang kes tersebut dibuang olehnya. Malahan untuk penemuan beg plastik hitam yang mengandungi dua telefon bimbit dan dokumen-dokumen milik si mati termasuk kad pengenalan dan lesen memandu si mati, SP11 perlu mendapatkan khidmat pasukan bomba untuk dapat SP11 dan pasukan polis turun ke dalam gaung sedalam 65 meter di Jalan Sungai Tua untuk mengambil beg plastik hitam tersebut. [50] Kesimpulannya kami mendapati Hakim bicara tidak meletakkan tahap beban yang tinggi untuk dibuktikan oleh perayu dalam pembelaan alibi perayu. Oleh itu kami dapati hujahan peguamcara perayu dalam isu beban bukti alibi tersebut tidak mempunyai merit.
b
Hakim bicara khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal memutuskan bahawa terdapat kesenjangan atau gap dalam pengendalian barang kes yang terdapat kehadiran air mani perayu [51] Kami menimbangkan pula alasan rayuan kedua yang dibangkitkan oleh peguamcara terpelajar bagi pihak perayu bahawa Hakim bicara gagal memutuskan bahawa terdapat kesenjangan atau gap dalam pengendalian barang kes yang terdapat kehadiran air mani perayu. Peguamcara menghujahkan rantaian keterangan berkaitan pakaian si mati (P55A, P58A dan P60A) yang dikumpulkan oleh SP12 dan diberikan kepada pembantu SP12 untuk ditandakan semasa menjalankan bedah siasat adalah keterangan yang tidak lengkap kerana tidak terdapat keterangan oleh pihak pendakwaan tentang simpanan selamat pakaian si mati setelah dikumpulkan oleh SP12 dan tiada keterangan bila pakaian tersebut diserahkan kepada SP15 sebelum SP15 menyerahkan pakaian si mati kepada SP13 (ahli kimia). Peguam terpelajar merujuk kepada kes PP v Ahmad Rizal Jumar [2017] 1 LNS 1069 untuk menyokong hujahan beliau bahawa jika terdapat kesenjangan atau gap dalam pengendalian barang kes maka mahkamah wajar menolak keterangan yang berkaitan barang kes tersebut. Kami mengambil maklum bahawa TPR bersetuju bahawa tiada keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwaan dengan memanggil pembantu SP12 untuk memberitahu di mana barang kes disimpan dan bila diserahkan kepada SP15 sebelum SP15 menyerahkan kepada SP13 untuk analisa DNA oleh SP13. Peguamcara juga menghujahkan oleh kerana tiada keterangan oleh pihak pendakwaan mengenai bila dan di mana contoh darah perayu diambil, maka keterangan tentang kehadiran air mani perayu pada ‘cardigan’, ‘headband’ dan ‘corset’ (P58A, P55A dan P60A) hendaklah ditolak oleh Hakim bicara daripada diterima masuk sebagai keterangan pendakwaan. [52] Hakim bicara menimbangkan kehadiran air mani perayu pada P55A, P58A dan P60A dan menerima keterangan tersebut sebagai memerlukan penjelasan oleh perayu. [53] Apakah keterangan dan penjelasan perayu berkaitan kehadiran air mani perayu atas P55A, P58A dan P60A tersebut? Perayu mengakui beliau dan si mati ada melakukan hubungan seks beberapa kali sejak mereka berkawan. Perayu mengatakan pada malam 5.5.2015 beliau dan si mati tidak ada berjumpa dan tidak melakukan hubungan seks dengan si mati. Perayu mengatakan beliau hanya menjumpai si mati telah mati pada jam lebih kurang 1.00 pagi sekembalinya perayu daripada tempat memancing. Mengenai kehadiran air mani perayu pada “headband” si mati, perayu mengatakan pada 5-6 hari sebelum kejadian kematian si mati, perayu dan si mati ada berjumpa pada satu malam dan si mati telah menghisap kemaluan perayu dan air mani perayu terpancut ke muka dan “headband” yang dipakai oleh si mati. Perayu mengatakan setiap kali berjumpa si mati, si mati akan memakai “headband” yang sama dan kemungkinan si mati tidak membasuh “headband” tersebut dan dengan itu air mani perayu masih kekal terdapat pada “headband” tersebut yang perayu katakan terkena air mani perayu 5 atau 6 hari sebelum tarikh kejadian kematian si mati (lihat muka surat 381 baris 1-10 Rekod Rayuan Jilid 2(5)). [54] Keterangan dan penjelasan perayu hanya berkaitan air mani perayu yang terdapat pada “headband” (P55A) si mati. Bagaimana pun perayu tidak menjelaskan bagaimana air mani perayu hadir pada baju hitam “cardigan” (P58A) yang di pakai oleh si mati pada malam kejadian. Bagaimana pun, keterangan SP13 (ahli kimia) mengatakan bahawa SP13 tidak dapat mengesahkan jangka hayat air mani tersebut sama ada air mani tersebut baru atau lama kerana ia bergantung kepada kualiti bagaimana air mani itu di “preserved”. Tetapi SP13 mengesahkan air mani yang hadiir pada baju hitam “Cardigan” (P58A) adalah air mani perayu. Puan TPR dalam hujahannya mengatakan pihak pendakwaan tidak bergantung kepada kehadiran air mani perayu sebagai satu-satunya bukti kukuh kes pendakwaan terhadap perayu. TPR menghujahkan terdapat keterangan-keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) lain yang kukuh terhadap perayu. Kami bersetuju dengan hujahan oleh TPR tersebut bahawa walau pun keterangan mengenai kehadiran air mani perayu dikecualikan daripada pertimbangan, tetapi keterangan-keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) yang ada terhadap perayu adalah kukuh untuk dibuat kesimpulan. Kami akan huraikan lebih lanjut dalam isu ini pada alasan ketiga rayuan di bawah ini. Kesimpulannya, kami berpendapat isu kehadiran air mani perayu adalah keterangan yang tidak konklusif untuk memihak kepada pihak pendakwaan mahu pun pihak perayu. Bagaimana pun seperti yang kami rujuk tentang penjelasan perayu bagaimana air mani perayu hadir pada “headband” si mati, maka bukanlah suatu yang “accidental” atau suatu yang mustahil untuk air mani perayu terdapat pada pakaian si mati. Cuma persoalan yang yang tidak dapat dipastikan jawapannya ialah bilakah air mani perayu itu hadir pada “cardigan” (P58A) tersebut? Oleh itu kami tidak mengambil keterangan mengenai air mani perayu dalam pertimbangan kami terhadap sabitan perayu. Persoalan yang lebih penting ialah adakah perayu ada bersama si mati semasa si mati dibunuh dan perayu yang melakukan pembunuhan itu.
c
Hakim bicara khilaf dari segi fakta dan undang-undang dalam mensabitkan perayu terhadap pertuduhan sedangkan keterangan mengikut keadaan yang terdapat tidak cukup untuk mensabitkan perayu dengan pertuduhan [55] Peguamcara perayu menghujahkan bahawa keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan jauh daripada mencukupi untuk mensabitkan perayu atas pertuduhan. Peguamcara menghujahkan pihak pendakwaan tidak mempunyai saksi mata bahawa perayu yang telah menikam si mati. Peguamcara juga menghujahkan tiada apa-apa kesan darah dijumpai pada pakaian perayu yang dirampas oleh SP11. Peguamcara juga menghujahkan SP12 tidak dapat mengatakan pisau P34A telah digunakan untuk menikam si mati. Peguamcara juga menghujahkan tiada cap jari perayu dikesan pada barang kes dan kereta si mati. Oleh itu peguamcara menghujahkan Hakim bicara tersalah arah yang menjadi satu salaharahan yang serius dalam memutuskan keterangan mengikut keadaan yang terdapat atas perayu adalah kukuh apabila mensabitkan perayu terhadap pertuduhan. [56] Kami meneliti alasan penghakiman Hakim bicara dalam isu “circumstantial evidence”. Pada perenggan 34 Alasan Penghakiman, Hakim bicara mengatakan seperti berikut: “34. Melihat kepada keseluruhan kes ini jelas pihak pendakwaan hanya bergantung kepada “circumstantial evidence” untuk membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Undang-undang mengenai “circumstantial evidence” adalah dijelaskan melalui kes Sunny Ang v Public Prosecutor [1966] 2 MLJ 195, Kartar Singh v PP [1952] MLJ 85, Karam Singh v PP [1967] 2 MLJ 25 dan Chang Kim Siong v PP [1968] 1 MLJ 36.
35
Melalui kes Tulshiram v State of Maharashta [1984] Cr. LJ 209: “The law on circumstantial evidence is clear and we need not restate it. Suffice it to say that all the circumstances established must unerringly point to the guilt of the accused and that they must be consistent and consistent with the guilt and inconsistent with the innocence of the accused. What is important is the cumulative effect of all the circumstantial.” [57] Hakim bicara seterusnya pada perenggan 67 Alasan Penghakiman beliau seperti berikut: “67. Seterusnya jika keterangan-keterangan di dalam kes ini dilihat secara keseluruhannya jelas membawa satu kesimpulan yang OKT adalah bersalah sepertimana pertuduhan. Rujuk kepada Mallal’s Digest Vo. II 3rd Edition, para 4541, muka surat 621 berbunyi- “Circumstantial evidence should be such that, when you look at all surrounding circumstances, you find such series under-signed, unexpected, coincidences that, as a reasonable person, you find your judgment is compelled to one conclusion…” Rujuk kes Karam Singh vs PP [1967] 2 MLJ 25, Kartar Singh vs PP [1952] MLJ 85.” [58] Kami dapati hakim bicara betul dalam menggunapakai panduan dan prinsip undang-undang berkaitan “circumstantial evidence”. Pembelaan alibi perayu menjadi runtuh (collapsed) oleh perlakuan perayu sendiri. Hakim bicara memutuskan perlakuan perayu adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 untuk pertimbangan atas kaitan perayu dengan kematian si mati. Hakim bicara setelah menilai keterangan pembelaan perayu dan keseluruhan keteranga mendapati perlakuan perayu cuba menghapuskan barang bukti berkaitan pembunuhan dan kematian si mati adalah perbuatan seorang yang bersalah. Perayu berusia 22 tahun dan bekerja sebagai guru ugama di Sekolah Agama Kuala Kubu Bharu. Oleh itu perayu bolehlah dikatakan seorang yang terpelajar. Pun begitu, perlakuan perayu sangat tidak logik dan menusabah untuk diterima. Pada jam lebih kurang 1.00 pagi perayu mengatakan melihat kereta si mati di sebelah Agama Kuala Kubu Bharu. Perayu pergi ke kereta si mati dan dapati si mati telah mati dibunuh dengan darah di tubuh si mati. Perayu tidak berusaha untuk terus membuat panggilan kecemasan dengan memanggil polis atau membuat laporan polis. Perayu tidak berusaha untuk pergi ke rumah SP3 untuk memberitahu SP3 atau ahli keluarga si mati tentang kejadian yang menimpa si mati. Sebaliknya perayu mengumpul barangan peribadi si mati termasuk kad pengenalan dan lesen memandu si mati dan memasukkannnya ke dalam satu beg platik hitam dan membuangkan bungkusan beg plastik hitam itu ke dalam gaung sedalam 65 meter di bawah jambatan di Jalan Sungai Tua. Perayu juga membuang sarung tangan yang terdapat darah si mati ke dalam semak berhampiran tempat yang sama beg hitam ditemui oleh SP11. Perayu juga membuang pisau ke dalam semak di tepi jalan yang kemudiannya ditemui oleh SP11. Perayu juga membuang kedua-dua belah kasut yang dipakainya di dua tempat yang berasingan. Perayu juga membuang kunci kereta si mati ke dalam semak berhampiran Sekolah Agama Kuala Kubu Bharu. Semua barang kes ini ini adalah relevan dengan fakta kematian si mati dan ditemui serta di rampas oleh SP11 dan SP15 mesiang-masingnya hasil daripada maklumat dan tunjuk arah perayu. Melihat kepada lokasi barangan tersebut ditemui, lokasi tersebut bukanlah terdedah dan hanya orang yang mempunyai pengetahuan khusus sahaja yang boleh dengan tepat mendedahkan dan menujukkan lokasi tersebut. Undang-undang juga tidak mewajibkan orang yang ditangkap untuk memberikan pernyataan kepada pegawai polis yang berkelayakan menerima pernyataan atau maklumat daripada orang yang ditangkap tersebut. Jika perayu sejak dari awal mempunyai alibi dan versi yang kukuh tentang di mana perayu berada pada malam tersebut, perayu sudah tentu dan munasabahnya mendedahkan versi alibi beliau itu apabila memberi percakapan kepada pegawai polis semasa siasatan kes sebaik perayu ditangkap pada pagi 6.5.2015. Pihak pembelaan tidak pernah mengajukan apa-apa soalan baik kepada SP11 mahu pun kepada SP15 bahawa perayu pernah memberikan versi di mana keberadaan perayu semasa kejadian kematian si mati serta saksi alibi perayu terhadap kejadian tersebut. Jelasnya, perayu mempunyai banyak masa untuk mengendalikan mayat si mati, mengumpul barangan peribadi si mati dan membuang barang bukti di merata-rata tempat pada malam kejadian tersebut sebelum balik ke rumahnya dan mencuci diri serta pakaian sebelum tidur. Atas semua keterangan yang terdapat, kami bersetuju bahawa keterangan terhadap perayu adalah “overwhelming” untuk Hakim bicara membuat inferens dan satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kepada keterangan yang ada ialah simati dibunuh oleh perayu. Undang-undang adalah mantap bahawa motif bukanlah suatu elemen yang wajib dibuktikan untuk kesalahan bunuh. Kami dapati Hakim bicara juga tidak tersalah arah dalam elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan untuk pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kesimpulan [59] Mahkamah pada peringkat rayuan akan menahan diri daripada bercampur tangan dalam dapatan fakta oleh Hakim bicara dan penilaian Hakim bicara atas kredibiliti saksi-saksi yang mana mahkamah ini tidak mempunyai keistimewaan sedemikian. Kami dapati tiada terdapat apa- apa alasan untuk kami bercampur tangan terhadap jumpaan dan keputusan Hakim bicara. Sabitan terhadap perayu adalah selamat. [60] Rayuan oleh perayu dengan itu ditolak. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan. t.t. (YAACOB HAJI MD SAM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh 9 November 2023 Peguamcara bagi pihak Perayu : Amirul Ridzuan Hanif Ahmad Safuan Hazalan Hanif & Co. Peguambela & Peguamcara No. 33-3 Floor, Jalan Medan Tuanku 50300 Kuala Lumpur Peguamcara bagi pihak Responden/Pendakwa Raya: TPR Nahra binti Dollah Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara Aras 5, No. 45, Lot 4G7 Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.