Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES : KA-45A-57-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN ABDUL RAHIM BIN ABD HAMID … ORANG KENA TUDUH NO. K/P : 810213-02-5717 (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
KA-45A-57-10/2022
High Court of Malaysia2 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“58. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its ca”
“LJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation b”
“67. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death pe”
“principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation”
“n or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“r will be used to verify the originality of this document via eFILING portal and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah]”
“f course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document v”
“67. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that s”
“ING portal evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES : KA-45A-57-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN ABDUL RAHIM BIN ABD HAMID … ORANG KENA TUDUH NO. K/P : 810213-02-5717 (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT dituduh melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu pada 05 Mei 2022, jam lebih kurang 11.45 pagi, di dalam sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Baru Paya Mengkuang, di dalam daerah Pendang, Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya Methamphetamine seberat 417.78 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.”.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan terhadap OKT dan telah memerintahkan OKT membela diri.
4
OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan tidak mengemukakan saksi pembelaan yang lain. Pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT atas pertuduhan terhadapnya serta menjatuhkan hukuman hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan.
5
OKT tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
6
Pada 5.5.2022, lebih kurang pukul 11 pagi, Pengadu (SP5) telah menerima satu maklumat aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Baru Paya Mengkuang, Pendang, Kedah (lokasi kejadian).
7
Setelah memberikan taklimat kepada anggota serbuan, SP6 bersama anggota serbuan telah pergi ke lokasi kejadian dan sampai di sana lebih kurang pukul 11.45 pagi. Pemerhatian SP6 mendapati bahawa rumah lokasi kejadian adalah sebuah rumah jenis deretan, rumah pertama di sebelah kiri merupakan jenis batu dan setingkat.
8
Semasa berada di hadapan rumah tersebut, SP5 mendapati pintu hadapan rumah dalam keadaan bertutup rapat. SP5 telah menolak pintu rumah tersebut dan mendapati ianya tidak berkunci. SP5 dan beberapa anggotanya telah masuk ke dalam rumah tersebut, dan beberapa orang anggota lain membuat kawalan di bahagian luar rumah.
9
Semasa SP5 memasuki rumah tersebut, SP5 nampak seorang lelaki Melayu (OKT) sedang baring di atas tilam di bahagian ruang tamu. SP5 terus memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarahkan OKT untuk bangun bagi membolehkan SP5 membuat pemeriksaan fizikal ke atasnya, namun OKT telah bertindak cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh salah seorang anggota beliau.
10
Seterusnya, dengan disaksikan OKT, SP5 telah membuat pemeriksaan di atas tilam tempat OKT baring dan menemui satu bungkusan besar plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu. SP5 kemudiannya telah menangkap OKT dan merampas barang kes dadah tersebut, lalu membawa OKT dan barang kes dadah ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJND) Pendang.
11
Semasa di pejabat BSJND Pendang, SP5 telah menimbang bungkusan dadah tersebut dan mendapati anggaran berat 631 gram. SP5 kemudiannya telah membuat tandaan ke atas bungkusan dadah tersebut dengan tandaan ‘N’ berserta tandatangan beliau dan tarikh 05/05/22 dengan menggunakan pen marker berwarna biru (eksibit P8).
12
Seterusnya, SP5 telah menyediakan Borang Senarai Geledah (eksibit P14) dan membuat laporan polis sebagaimana Bukit Jenun/000379/22 (eksibit P13).
13
Pada 5.5.2022, lebih kurang pukul 4 petang, SP5 telah menyerahkan OKT, barang kes dadah dan juga semua dokumen-dokumen berkaitan kepada pegawai penyiasat (SP6). SP5 juga telah menyediakan Borang Serah Barang Kes (eksibit P15) yang ditandatangani oleh SP5 dan SP6.
14
SP6 mengesahkan menerima OKT, barang kes dadah iaitu satu bungkusan besar plastik lutsinar (eksibit P8) dan dokumen-dokumen yang berkaitan (eksibit P13, P14 dan P15) daripada SP5. SP6 juga telah membuat tandaan beliau pada barang kes dadah satu bungkusan besar plastik lutsinar dengan tandaan TP, tandatangan SP6 dan tarikh 05/05/22 (eksibit P8).
15
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 4 petang, SP6 telah pergi ke lokasi kejadian bersama SP6 dan jurufoto (Konst Mukmin Abdullah bin Abu Bakar). Sampai di lokasi kejadian, SP6 telah mengarahkan jurufoto untuk merakam tujuh keping gambar tempat kejadian (eksibit P1A-G). SP6 juga telah melakarkan rajah kasar tempat kejadian (eksibit P17).
16
Selanjutnya, lebih kurang pukul 6.30 petang di pejabat BSJND Pendang, SP6 telah mengarahkan jurufoto untuk merakam gambar barang kes sebanyak enam keping yang merangkumi gambar sebelum dan selepas dusting (eksibit P2A-F). Setelah selesai, SP6 telah menyimpan semula barang kes dadah ke dalam almari besi berkunci di dalam biliknya. Kunci almari besi berkunci tersebut disimpan oleh SP6 dan tiada kunci pendua.
17
Pada 7.5.2022, lebih kurang pukul 1.50 petang, SP6 telah sekali lagi melawat rumah lokasi kejadian dan telah membuat rampasan sehelai baju tshirt berkolar berwarna hitam bertulisan ‘Aston Martin Racing’ yang kemudiannya ditandakan TP1, tandatangan SP6 dan tarikh 7/5/22 (eksibit P27), dan sehelai seluar panjang berwarna biru jenis jeans bertulisan ‘Premium Denim’ yang kemudiannya ditandakan dengan tandaan TP2, tandatangan SP6 dan tarikh 7/5/22 (eksibit P28), yang berada di atas lantai berdekatan tilam di dalam rumah tersebut. Setelah sampai di pejabatnya, SP6 telah membuat laporan polis berkenaan rampasan tersebut sebagaimana Bukit Jenun/000384/22 (eksibit P18). SP6 juga turut mengarahkan jurufoto untuk merakam tiga keping gambar lokasi kejadian semasa beliau berada di sana (eksibit P1H-J).
18
Pada hari yang sama juga, SP6 telah mengarahkan jurufoto untuk mengambil dua keping gambar beg barang kes (eksibit P19A-B) yang SP7 tandakan ‘TP’ (eksibit P7) yang akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. Selepas itu, SP6 telah menyimpan semula eksibit P7 tersebut ke dalam almari besi berkunci di dalam biliknya.
19
Pada 8.5.2022, lebih kurang pukul 8.50 pagi, SP6 telah membawa beg barang kes eksibit P7 ke Jabatan Kimia Malaysia, Alor Setar untuk dianalisis, dan barang kes telah diterima oleh ahli kimia (SP2). SP2 telah menyerahkan Resit Rasmi Jabatan Kimia Malaysia dengan nombor makmal 22-FR-K-02956 (eksibit P4) sebagai bukti penyerahan dan penerimaan.
20
Selanjutnya pada hari yang sama, lebih kurang pukul 11.30 pagi, SP6 telah mengarahkan jurufoto merakam empat keping gambar barang kes pakaian-pakaian yang dirampas (eksibit P11A-D) dan juga enam keping gambar acu pakai pakaian-pakaian tersebut (eksibit P21A-F). Selepas itu, pada lebih kurang pukul 1.30 petang, SP6 telah pergi ke stor barang kes dan menyerahkan barang kes pakaian-pakaian tersebut kepada jurustor (Sjn Al Hafiz) dan didaftarkan sebagai JSJN 161/22 (eksibit P23).
21
Pada 11.9.2022, lebih kurang pukul 10.30 pagi, SP6 telah menerima semula barang kes iaitu satu beg barang kes PDRM bertanda ‘TP’ (eksibit P7) yang bermeterai Jabatan Kimia Malaysia dengan nombor makmal yang sama berserta Laporan Kimia (eksibit P5). Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 3.35 petang, SP6 telah menghantar beg barang kes PDRM bertanda ‘TP’ (eksibit P7) ke stor barang kes dan turut didaftarkan di bawah nombor daftar yang sama iaitu JSJN 161/22 (eksibit P23).
22
Keterangan SP2 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 8.5.2022, lebih kurang pukul 8.50 pagi, beliau telah menerima satu beg barang kes bertanda ‘TP’ (eksibit P7) yang bermeterai PDRM 536. SP2 telah menyerahkan Resit Rasmi Jabatan Kimia Malaysia (eksibit P4) dengan nombor makmal yang sama sebagai bukti pendaftaran dan penyerahan barang-barang kes tersebut.
23
SP2 turut mengesahkan bahawa satu beg barang kes bertanda ‘TP’ (eksibit P7) tersebut berisi satu bungkusan plastik yang mengandungi bahan kristal jernih (eksibit P8). Setelah dianalisis, SP2 mendapati bahawa bahan kristal jernih tersebut adalah 417.78 gram Methamphetamine.
24
Selepas analisis, kesemua bahan dalam bungkusan plastik (eksibit P8) tersebut telah dimasukkan ke dalam satu paket plastik berasingan (yang dibekalkan oleh SP2) dan ditandakan dengan nombor makmal yang sama (eksibit P9). Kemudian, paket plastik eksibit P9 bersama bungkusan plastik asal (eksibit P8) dimasukkan semula ke dalam beg barang kes bertanda ‘TP’ (eksibit P7) dan dimeterai dengan label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia.
25
Pada 11.9.2022, lebih kurang pukul 10.30 pagi, SP2 telah menyerahkan semula kesemua eksibit-eksibit tersebut berserta Laporan Kimia (eksibit P5) kepada SP6. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN
26
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”).
27
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
28
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti yang berikut: a) bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT mempunyai milikan iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut; dan c) bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Jadual
29
SP2 (ahli kimia) telah mengesahkan bahawa bahan kristal jernih dalam bungkusan plastik bertanda ‘TP’ (eksibit P8) didapati Methamphetamine seberat 417.78 gram. Metahamphetamine adalah ditafsirkan dalam seksyen 2 ADB 1952 dan tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan Kimia oleh SP2 yang telah ditandakan sebagai eksibit P5.
30
Di samping itu juga, pihak Pembelaan dalam hujahannya tidak mempertikaikan jenis dan berat dadah sebagaimana dalam pertuduhan dan dengan itu elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan melalui keterangan SP2. Elemen (b): OKT mempunyai milikan iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut
31
Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas.
32
Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”.
33
Dadah yang terlibat telah ditemui di atas tilam di ruang tamu, di tempat OKT sedang baring semasa serbuan dijalankan. Berdasarkan keterangan SP5, sebelum serbuan, SP5 telah membuat pemerhatian selama lebih kurang 5 – 8 minit dan mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk ke rumah tersebut. SP6 kemudiannya telah memasuki rumah tersebut melalui pintu hadapan yang tidak berkunci. Semasa memasuki rumah tersebut, SP5 melihat OKT sedang baring di atas tilam di ruang tamu rumah. Walaupun OKT sedang baring di atas tilam tersebut, SP6 menyatakan bahawa OKT sedang baring dalam keadaan berjaga. SP6 telah masuk ke rumah lalu memperkenalkan diri sebagai polis, dan OKT ketika itu kelihatan terkejut dan cuba melarikan diri tetapi telah berjaya ditahan oleh anggota serbuan. Selepas ditahan, SP5 telah menemui bungkusan barang kes dadah tersebut di atas tilam di tempat OKT sedang baring sebelum ditangkap.
34
Pembelaan mempertikaikan bahawa barang kes dadah yang dirampas sebenarnya tidak ditemui di atas tilam tempat di mana OKT sedang berbaring, sebaliknya barang kes tersebut disangkut di kawasan tirai yang membahagikan ruang tamu dan ruang tempat tidur di dalam rumah tersebut. Di samping itu juga, Pembelaan menghujahkan bahawa OKT tiada jagaan dan kawalan eksklusif ke atas rumah tersebut kerana rumah tersebut turut diduduki oleh SP4 dan juga bahawa pintu hadapan rumah tersebut tidak mempunyai tombol pintu dan tidak berkunci.
35
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dikemukakan oleh pihak Pendakwaan berserta hujahan yang dikemukakan pada peringkat ini. Mahkamah mengakui bahawa fakta bahawa pintu hadapan rumah tersebut tidak mempunyai tombol pintu adalah diakui oleh saksi-saksi Pendakwaan. Malah pemilik rumah (SP1) juga telah mengesahkan bahawa rumah tersebut yang disewakan kepada seorang lelaki dan seorang perempuan, pada asalnya digunakan sebagai stor dan tidak disewakan kepada sesiapa. Namun begitu, kedua lelaki dan perempuan tersebut telah datang merayu untuk menyewa rumah tersebut dan SP1 telah bersetuju menyewakan rumah tersebut dengan harga sewaan RM150 sebulan. Namun begitu, SP1 tidak dapat mengecam kedua-dua penyewa terbabit. SP1 turut mengesahkan bahawa rumah tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar masuk, mempunyai lock tetapi tidak boleh digunakan, dan SP1 telah menyuruh penyewa mendapatkan kunci sendiri.
36
Berdasarkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan juga, adalah tidak dinafikan bahawa OKT menduduki rumah tersebut bersama SP4. Ini disahkan oleh SP1 bahawa terdapat seorang lelaki dan seorang perempuan yang menduduki rumah tersebut. Juga berdasarkan keterangan SP3 iaitu adik OKT. SP3 mengesahkan bahawa beliau menyewa rumah di sebelah rumah OKT bersama ibunya. SP3 juga mengesahkan bahawa OKT dan SP4 menduduki rumah lokasi kejadian. SP4 dalam keterangannya turut mengesahkan bahawa rumah lokasi kejadian diduduki oleh beliau dan OKT. SP4 turut mengakui bahawa pintu rumah tersebut tidak boleh dikunci dan hanya menggunakan ikatan tali. Tetapi semasa beliau menduduki rumah tersebut, mereka telah membeli rantai dan mangga kunci.
37
Di samping itu juga, SP4 turut menyatakan bahawa beliau dan OKT baru sahaja menyewa rumah tersebut sebelum kejadian serbuan berlaku. Ini turut disahkan melalui keterangan SP3. SP4 juga mengesahkan bahawa semasa beliau berada di rumah, tiada sesiapa yang memasuki rumah tersebut. Namun begitu, apabila beliau pergi bekerja dari lebih kurang jam 7 pagi hingga jam 7 malam, beliau tidak tahu sama ada terdapat sesiapa yang memasuki rumah tersebut. SP3 juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah memasuki rumah OKT.
38
Berkenaan isu bahawa rumah lokasi kejadian tidak berkunci dan boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja, Mahkamah ini berpendapat walaupun fakta tersebut tidak dinafikan, tetapi berdasarkan keterangan SP4 dan SP3, tiada orang lain yang memasuki rumah tersebut. Keterangan SP5 yang telah membuat pemerhatian sebelum serbuan dilakukan turut mendapati tiada sesiapa telah dilihat keluar atau masuk ke rumah tersebut sebelum serbuan dilakukan.
39
Di samping itu juga, dadah yang dirampas ditemui di atas tilam tempat di mana OKT sedang baring dalam keadaan berjaga. Dadah yang ditemui juga berada dalam keadaan terdedah dan amat mudah dilihat.
40
Berdasarkan keterangan-keterangan dinyatakan di atas, walaupun kunci rumah tidak berkunci semasa serbuan dilakukan, namun begitu hanya OKT sahaja yang berada di dalam rumah ketika itu. Dalam hal keadaan dadah ditemui berdekatan dengan OKT dan dalam keadaan terdedah dan mudah dilihat, serta keterangan-keterangan lain berkenaan akses kepada rumah tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT sememangnya mempunyai jagaan dan kawalan atas rumah tersebut dan juga mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah yang dirampas.
41
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah]
42
Pihak Pembelaan turut menghujahkan bahawa barang kes dadah tersebut juga mungkin adalah kepunyaan SP4 dan keterangan SP4 adalah keterangan yang tidak boleh dipercayai, dan berniat untuk melepaskan dirinya sendiri.
43
Mahkamah ini telah meneliti hujahan pihak Pembelaan mengenai isu ini. Pembelaan menghujahkan bahawa terdapat percanggahan keterangan SP4 berkenaan pengetahuan beliau tentang dadah yang dirampas. Pembelaan menghujahkan bahawa dalam keterangan SP4 semasa disoal balas, SP4 menyatakan bahawa semasa beliau keluar dari rumah pada pagi kejadian, beliau tidak melihat apa-apa barang di atas tilam tempat OKT tidur. Akan tetapi semasa pemeriksaan utama, SP4 mengatakan bahawa beliau ada melihat barang kes dadah yang beliau ketahui sebagai ‘ice’.
44
Mahkamah ini telah meneliti isu berkenaan percanggahan keterangan SP4 yang dihujahkan oleh pihak Pembelaan ini. Semasa pemeriksaan utama, SP4 telah memberikan keterangan seperti berikut: “TPR : Rujuk ID2, semua gambar, cam tak? SP4 : Gambar A TPR : Gambar apa? SP4 : Gambar ice TPR : Kamu pernah tengok gambar A? TPR : Kamu tengok dekat mana? SP4 : Dalam rumah TPR : Dalam rumah sewa tu ke? TPR : Siapa punya? SP4 : Abd Rahim TPR : Kamu tengok ni bila? SP4 : Saya tak pasti TPR : Kamu tengok bila? SP4 : Sebelum kena tangkap TPR : Kamu kata dalam rumah di bahagian mana? SP4 : Saya pun tak pasti.”
45
Selanjutnya, semasa di soal balas, SP4 telah memberikan keterangan seperti yang berikut: “PB : Pagi tu OKT tidur? PB : Dia tidur atas tilam? PB : Masa OKT sedang tidur dekat tilam ada nampak apa-apa barang?
46
Berdasarkan keterangan-keterangan SP4 ini, Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan bercanggah mengenai pengetahuan SP4 tentang barang kes dadah yang dirampas. Dalam pemeriksaan utamanya, SP4 menyatakan yang beliau pernah melihat barang kes dadah ‘ice’ tersebut di rumah lokasi kejadian tetapi tidak pasti bila beliau melihatnya. Namun begitu, beliau melihat barang kes dadah tersebut sebelum kejadian OKT ditangkap. Sedangkan semasa soal balas pula, keterangan diberikan oleh SP4 adalah lebih spesifik iaitu pada sebelah pagi semasa SP4 hendak keluar rumah, SP4 tidak melihat apa-apa barang di atas tilam tempat OKT tidur. Pada pendapat Mahkamah ini, tiada percanggahan keterangan SP4 kerana keterangan semasa pemeriksaan utama adalah lebih umum yang mana SP4 mengesahkan pernah melihat barang kes dadah ‘ice’ tetapi tidak mengingati bila dan di bahagian mana rumah. Manakala keterangan semasa soal balas pula adalah lebih spesifik di mana SP4 tidak melihat apa-apa barang di atas tilam tempat OKT tidur semasa SP4 keluar dari rumah pada pagi kejadian. Tambahan pula, SP4 juga telah menjelaskan bagaimana beliau mengetahui bahawa barang kes dadah yang dirampas adalah ‘ice’ iaitu kerana pernah diberitahu oleh OKT dan bekas suami SP4 sendiri, malahan SP4 turut menyatakan bahawa beliau sendiri mengetahui yang OKT merupakan seorang penagih dan pernah mengambil ‘ice’.
47
Di samping itu juga, Mahkamah ini telah menilai keterangan serta demeanour SP4 semasa memberikan keterangan. Walaupun semasa memberikan keterangan, SP4 kadang kala kelihatan keliru, tetapi berdasarkan pemerhatian Mahkamah sendiri, Mahkamah mendapati bahawa SP4 merupakan seorang saksi yang kredibel dan boleh dipercayai.
48
Reaksi OKT yang kelihatan terkejut dan tindakannya yang cuba melarikan diri adalah juga relevan sebagai keterangan kelakuan (conduct) yang membuktikan pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas. OKT bertindak cuba melarikan diri setelah SP5 memperkenalkan diri polis. Sehubungan itu, hujahan bahawa OKT terkejut kerana mendapati orang tidak dikenali memasuki rumahnya adalah tidak munasabah. Satu-satunya inferens yang boleh dibuat daripada fakta-fakta berkenaan reaksi OKT ini adalah bahawa OKT mempunyai pengetahuan bahawa terdapat barang salah (dadah) di dalam rumahnya.
49
Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah]
50
Selain itu juga, Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP3, SP4, SP5 (yang merupakan pegawai serbuan) dan juga SP7 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. SP5 semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan. Keterangan SP5 yang menyatakan bahawa beliau telah memasuki rumah tersebut melalui pintu hadapan yang tertutup tetapi tidak berkunci adalah juga selaras dengan keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang lain bahawa pintu rumah tersebut tidak mempunyai tombol dan tidak berkunci. SP6 juga bukanlah seorang saksi yang berkepentingan. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah]
51
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197, Mahkamah ini mendapati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dadah tersebut (iaitu jagaan, kawalan serta pengetahuan) melalui keterangan langsung. Sehubungan itu, pihak Pendakwaan telahpun berjaya membuktikan elemen pemilikan secara pemilikan sebenar (actual possession). Elemen (c): bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut
52
Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah membuat keputusan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan sebenar OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minimum 50 gram iaitu anggapan pengedaran dadah berbahaya juga telah berjaya dibangkitkan. Sehubungan itu, elemen pengedaran ini telahpun berjaya dibuktikan melalui pemakaian anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952.
53
Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan ketiga-tiga intipati pertuduhan terhadap OKT.
54
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas pertuduhan tersebut.
55
Pada peringkat pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1. Pembelaan tidak mengemukakan saksi-saksi Pembelaan yang lain.
56
Keterangan OKT secara umumnya menyatakan bahawa semasa serbuan, OKT sedang tidur di dalam rumah tempat kejadian dan telah didatangi oleh sekumpulan anggota polis. Pembelaan OKT juga turut menegaskan bahawa bungkusan dadah yang dirampas tidak ditemui di atas tilam berdekatan dengan OKT, sebaliknya telah diambil oleh anggota polis tersangkut berdekatan dengan tirai dalam rumah tersebut. Selain itu juga, Pembelaan turut menegaskan bahawa OKT tiada pengetahuan tentang dadah yang dirampas. Pembelaan turut mencadangkan bahawa terdapat kemungkinan OKT dianyiaya dan pihak yang mungkin hendak menganiaya OKT adalah SP4. Secara ringkasnya, OKT menafikan mempunyai jagaan dan kawalan mahupun pengetahuan ke atas dadah yang dirampas dalam kes ini.
57
Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah.
58
Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah]
59
Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1).
60
Pembelaan OKT secara ringkasnya menafikan pemilikan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang telah dirampas dan bahawa dadah tersebut sebenarnya telah ditemui bersangkut pada tirai dalam rumah OKT dan bukannya ditemui di atas tilam.
61
Mahkamah telah meneliti keterangan OKT dan juga keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Mahkamah tidak menafikan bahawa pada peringkat Pendakwaan, cadangan bahawa dadah ditemui di kawasan tirai telahpun dikemukakan pada peringkat Pendakwaan lagi. Namun begitu, fakta bahawa plastik yang dikatakan ditemui oleh polis sebenarnya bertulisan ‘very good’ dan bukannya bungkusan sebagaimana yang dirampas, tidak pernah diketengahkan pada peringkat Pendakwaan. Fakta ini mencadangkan bahawa dadah yang ditemui oleh polis pada hari kejadian bukanlah dadah yang dikemukakan di Mahkamah, dan perkara ini tidak pernah diketengahkan semasa peringkat Pendakwaan. Apa yang diketengahkan adalah bahawa dadah yang ditemui bukan ditemui berdekatan OKT di atas tilam, sebaliknya ditemui di kawasan tirai dalam rumah tersebut. Pada pendapat Mahkamah ini, keseluruhan keterangan OKT ini menunjukkan keterangan yang tidak konsisten dan bercanggah, serta bersifat penafian dan rekaan (afterthought) semata-mata.
62
Di samping itu juga, pada pendapat Mahkamah ini juga, fakta bahawa dadah yang ditemui bukan seperti yang dikemukakan dalam Mahkamah adalah sepatutnya menjadi fakta yang sangat relevan kepada Pembelaan dalam pembelaannya. Kegagalan mengemukakan fakta pembelaan ini pada peringkat Pendakwaan lagi, jelas menunjukkan bahawa fakta tersebut tidak wujud dan merupakan rekaan OKT semata-mata.
63
Mahkamah ini juga berpendapat bahawa versi OKT yang bercanggah dan tidak disokong oleh sebarang keterangan sokongan seperti rakaman percakapan beramaran OKT sendiri menunjukkan bahawa versi pembelaan sebenarnya adalah tidak benar. Sebagaimana di putuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.” [penekanan ditambah]
64
Secara keseluruhan, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah bersifat penafian dan rekaan (afterthought) semata-mata dan dengan itu telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 37(da)(vi) ADB 1952 yang telah dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian.
65
Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT pada tahap melampaui keraguan yang munasabah, dan Mahkamah dengan itu mensabitkan OKT bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama sebagaimana dalam pertuduhan.
66
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.
67
Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah]
68
Walaupun autoriti kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 KK, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952.
69
Setelah mendengar hujahan mitigasi OKT dan hujahan pemberatan hukuman oleh Pendakwaan, Mahkamah ini berpendapat bahawa kes ini bukanlah suatu kes yang mewajarkan suatu hukuman mati dijatuhkan. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mempertimbangkan tujuan penggubalan Akta 846 ini dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT.
70
Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan. Mahkamah ini berharap dengan hukuman pemenjaraan yang dikenakan kepada OKT ini akan dapat memberikan pengajaran kepada OKT dan juga masyarakat keseluruhannya supaya tidak terlibat dengan jenayah dadah. Bertarikh 30 Oktober 2025. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguam bagi pihak OKT: Rafidi bin Mohamad
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.