Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DI WILAYAH PERSEKUTUAN (BAHAGIAN SIVIL) WRIT SAMAN NO: WA-22NCvC-59-02/2023 ANTARA ABDUL RAHMAN BIN ZAINOL ISKANDAR … PLAINTIF (No. K/P: 841024-71-5147)
WA-22NCvC-59-02/2023
High Court of Malaysia13 Oct 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ak yang layak dan berhak untuk membawa tuntutan berkaitan seksyen 108 Akta adalah Pentadbir Harta Pusaka Si-Mati dan bukan Plaintif (rujuk kes Lee Mooy Keaw & Ors v. Chan Ah Kim & Ors & Another Cases [2019] MLRHU 1351 yang telah merujuk kes Surman v. Wharton [1891] 1 QB 491). [16] Selain itu, menurut Perintah Harta Sep”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DI WILAYAH PERSEKUTUAN (BAHAGIAN SIVIL) WRIT SAMAN NO: WA-22NCvC-59-02/2023 ANTARA ABDUL RAHMAN BIN ZAINOL ISKANDAR … PLAINTIF (No. K/P: 841024-71-5147)
1
ZAINAL ABIDIN BIN ABDUL RAHMAN (No. K/P: 540808-10-5057) [Sebagai Pentadbir Kepada Harta Pusaka Abdul Rahman bin Mohd Nor (No K/P: 270809-06-5061/4026980)]
2
SITI NOR BAYAH BINTI ABDUL RAHMAN (No. K/P: 571101-10-6198) [Sebagai Pentadbir Kepada Harta Pusaka Abdul Rahman bin Mohd Nor (No K/P: 270809-06-5061/4026980)]
3
SITI MURNI SURAYA BINTI ABDUL RAHMAN (No. K/P: 700505-10-5738)
4
BUSU BINTI HUSSAIN (No. K/P: 361207-08-5536)
5
IRFAAN BIN MOHAMMED SUHAIMIN (No. K/P: 840121-71-5179)
6
NG CHEE LOONG (No. K/P: 690611-10-5823) … DEFENDAN-DEFENDAN 27/12/2023 18:35:44 WA-22NCvC-59-02/2023 Kand. 37 S/N /ebxMBW/hkqCkxSIoLa/vA ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Defendan-Defendan telah memfailkan Permohonan Untuk Membatalkan Writ Saman Plaintif bertarikh 16.02.2023 dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 14.02.2023 berdasarkan Aturan 18 Kaedah 19
1
(1)(a) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KM2012) (Lampiran 11). [2] Mahkamah ini telah membenarkan Lampiran 11 dengan kos. RINGKASAN KES [3] Defendan Pertama (D1) dan Defendan Kedua (D2) adalah Pentadbir kepada Harta Pusaka Abdul Rahman bin Mohd Nor. Abdul Rahman bin Mohd Nor (Si-Mati) merupakan bapa kandung kepada D1, D2 dan Defendan Ketiga (D3), suami kepada Defendan Keempat (D4) dan datuk kepada Defendan Kelima (D5). Manakala Defendan Keenam (D6) adalah setiausaha syarikat bagi Syarikat Ladang Kelapa Sawit Murni Sdn Bhd (Syarikat). [4] Antara aset peninggalan Si-Mati selepas kematiannya adalah 90 unit saham Syarikat (Saham). Keseluruhan Saham Syarikat pada masa S/N /ebxMBW/hkqCkxSIoLa/vA kematian Si-Mati adalah-No Nama Jumlah Saham
1
Abdul Rahman bin Mohd Nor (Si-Mati)
2
Zainal Abidin bin Abdul Rahman (D1)
3
Siti Murni Suraya binti Abdul Rahman (D3) 5 [5] Pada 23.8.2021, peruntukan modal tambahan melalui 100,000 unit Saham Syarikat telah dilaksanakan di mana ianya diagihkan secara sama rata kepada D1 hingga D5. [6] Asas tuntutan Plaintif adalah berkaitan terbitan saham tambahan Syarikat dan Plaintif menuntut-
a
deklarasi bahawa terbitan saham di dalam Syarikat yang dibuat pada 23.08.2021 tersebut adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang;
b
deklarasi bahawa pendaftaran pemegang-pemegang saham di dalam Syarikat yang dibuat pada 23.08.2021 tersebut adalah tidak sah dan menyalahi prosedur undang-undang;
c
Defendan-Defendan melakukan apa-apa tindakan yang diperlukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut undang-undang bagi tujuan membatalkan terbitan saham baru tersebut dan pendaftaran S/N /ebxMBW/hkqCkxSIoLa/vA pemegang-pemegang saham baru tersebut dalam Syarikat. Hujahan Plaintif [7] Plaintif berhujah bahawa terbitan saham baharu telah dilakukan secara tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang dan menyebabkan pegangan saham Plaintif menjadi “diluted”. Hujahan Defendan [8] Defendan-Defendan pula berhujah bahawa Plaintif tiada locus standi untuk membawa tuntutan ini kerana Plaintif bukanlah pemegang Saham dalam Syarikat berdasarkan seksyen 108 Akta Syarikat 2016 (Akta). ANALISA DAN DAPATAN Bantahan Awal [9] Defendan-Defendan telah membuat bantahan awal atas affidavit Jawapan Plaintif yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan diikrarkan pada 5.6.2023 (Lampiran 14) kerana penyaksian telah dilaksanakan oleh S/N /ebxMBW/hkqCkxSIoLa/vA orang yang tidak mempunyai autoriti di bawah undang-undang menurut Aturan 41 Kaedah 12 KM 2012 selain diikrarkan dihadapan seorang yang tidak memahami Bahasa Melayu. Mahkamah ini memutuskan bahawa
Lampiran
Lampiran 14 adalah defektif dan menolak Lampiran 14 berdasarkan Aturan 41 Kaedah 12 KM 2012 (rujuk kes Ipmuda Trading Sdn Bhd v Khoo Kiat Piau t/a Ying's Trading Co & Arbor [1996] 5 MLJ 637). Locus Standi [10] Seksyen 108 Akta memperuntukkan bahawa- “Validation of shares improperly issued 108. (1) The Court may make an order validating the issue or allotment of the shares or confirming the terms of issue or allotment of the shares or both upon an application by the company or a shareholder or mortgagee of any of the shares or by a creditor of the company, if the Court is satisfied that in all the circumstances it is just and equitable to do so.”. [11] Seksyen 108 Akta tersebut juga menyatakan dengan jelas bahawa ia hanya boleh dibuat oleh empat (4) pihak iaitu: i) Syarikat; atau ii) Pemegang Saham; atau iii) Pemegang Gadaian; atau iv) Pemiutang. S/N /ebxMBW/hkqCkxSIoLa/vA [12] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa berdasarkan seksyen 108 Akta, Plaintif bukan merupakan pihak yang berhak untuk memohon kerana Plaintif tidak termasuk dalam kategori pihak-pihak yang berhak. [13] Selain itu di bawah seksyen 2 Akta, definisi ahli ialah- “member" means- (a) in the case of a company limited by shares, a person whose name is entered in the register of members as the holder for the time being of one or more shares in the company, or (b) in the case of a company limited by guarantee, a person whose name is entered in the register of member”. [14] Adalah jelas bahawa Plaintif bukan ahli atau pemegang saham Syarikat. Oleh itu Mahkamah ini mendapati Plaintif tiada locus standi untuk membawa tuntutan ini. [15] Berdasarkan seksyen 109(7) Akta, pihak yang layak dan berhak untuk membawa tuntutan berkaitan seksyen 108 Akta adalah Pentadbir Harta Pusaka Si-Mati dan bukan Plaintif (rujuk kes Lee Mooy Keaw & Ors v. Chan Ah Kim & Ors & Another Cases [2019] MLRHU 1351 yang telah merujuk kes Surman v. Wharton [1891] 1 QB 491). [16] Selain itu, menurut Perintah Harta Sepencarian oleh Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 16.12.2020, sebanyak 70 unit daripada 90 unit S/N /ebxMBW/hkqCkxSIoLa/vA saham Si-Mati dalam Syarikat diberikan kepada D4 sebagai isteri Si-Mati. [17] Selanjutnya seksyen 101(2) Akta Keterangan 1950 meletakkan beban pembuktian ke atas Plaintif untuk membuktikan kesnya. Walaubagaimanapun, Plaintif telah gagal membuktikan bahawa Plaintif mempunyai locus standi untuk mencabar kesahan perlaksanaan terbitan saham-saham tersebut memandangkan Plaintif bukanlah seorang ahli atau pemegang saham Syarikat atau pemegang gadaian atau pemiutang. Selain itu, Plaintif bukanlah Pentadbir Harta Pusaka Si-Mati. Aturan 18 Kaedah 19 KM 2012 [18] Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36, telah menggariskan prinsip mengenai Aturan 18 Kaedah 19 KM 2012 di mana kaedah ini patut digunakan apabila sesuatu tuntutan “obviously unsustainable”. Mahkamah ini mendapati bahawa dari asalnya Plaintif tiada locus standi untuk membawa tuntutan ini. Nota Tambahan [19] Hujahan berkaitan isu prosiding berganda dan res-judicata serta isu-isu berkaitan tuntutan di Mahkamah Syariah tidak dibincangkan dalam alasan ini memandangkan isu berkaitan locus standi sahaja sudah S/N /ebxMBW/hkqCkxSIoLa/vA memadai untuk membatalkan tuntutan Plaintif. [20] Mahkamah ini berpendapat bahawa memandangkan pihak-pihak dalam kes ini adalah orang Islam, maka isu-isu perwarisan hendaklah dimuktamadkan di Mahkamah Syariah sebelum tuntutan ini dibawa oleh pihak Plaintif sekiranya Plaintif berhak. Tuntutan yang dibawa pada ketika ini adalah pra-matang kerana hak waris-waris dan pembahagian pusaka Si-Mati belum dimuktamadkan secara mutlak. KESIMPULAN [21] Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan, Maka Lampiran 11 dibenarkan dengan kos. (SUZANA BINTI MUHAMAD SAID) PESURUHJAYA KEHAKIMAN NCVC 1 MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR Tarikh: 26 Disember 2023 S/N /ebxMBW/hkqCkxSIoLa/vA PEGUAM PIHAK-PIHAK PLAINTIF Tetuan Ram Reza & Muhammad Peguambela & Peguamcara Unit E-7-02, Capital 5 Jalan PJU 1A/7A Oasis Square Ara Damansara, 47301, Petaling Jaya, Selangor. DEFENDAN-DEFENDAN Tetuan Wan Marican, Hamzah & Shaik Peguambela & Peguamcara E3A-3A, Suite B, 4th Floor, Jalan Selaman Off Jalan Ampang 68000 Ampang, Selangor. S/N /ebxMBW/hkqCkxSIoLa/vA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.