(ii) jumlah bil guaman yang diberikan oleh L/TP itu memadai setelah menimbangkan peruntukan undang-undang sedia ada. Kes Pihak Defendan [9] Pihak Plaintif mempertikaikan saman pemula ini kerana lewat difailkan dan tidak mendapat kebenaran (leave) dari mahkamah. Bil Guaman 2 diserahkan kepada setiap Pihak Plaintif pada 12.2.2018 (eksibit “WRD-2”). Berdasarkan Seksyen 126(1) Akta Profesion Undang-Undang 1976, tempoh enam bulan dari tarikh penyampaian bil guaman dibenarkan untuk tujuan percukaian. Tetapi Pihak Plaintif hanya memfailkan saman pemula ini pada 5.11.2018 dan telah berlaku kelewatan selama tiga bulan. Atas alasan ini, saman pemula yang difailkan ini cacat dan seharusnya ditolak. [10] Secara alternatifnya Pihak Defendan menghujahkan mereka layak menuntut bayaran Bil Guaman 2 kerana bayaran yang telah dibuat oleh Pihak Plaintif melalui Bil Guaman 1 adalah berbeza untuk 4 kerja-kerja yang telah dibuat oleh Pihak Defendan. Bil Guaman 1 adalah untuk kerja-kerja penyediaan dan perbicaraan kes-kes di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Manakala Bil Guaman 2 adalah untuk keja-kerja sebagai stakeholder bagi penyimpanan dan pengurusan faedah wang penghakiman. [11] Selanjutnya dihujahkan Pihak Plaintif telah menubuhkan suatu jawatankuasa untuk bertindak bagi pihak mereka dalam urusan dengan Pihak Defendan. Mereka juga bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa dan berjanji akan terikat dengannya. [12] Memandangkan jawatankuasa berkenaan bersetuju dengan kadar kuantum 35% diberikan kepada Pihak Defendan bagi apa-apa bayaran yang diterima dalam tuntutan berkenaan termasuklah juga peratusan dari faedah wang penghakiman. Oleh yang demikian Bil Guaman 2 sejumlah RM265,500 adalah munasabah, adil dan tidak eksesif. Kes Pihak Plaintif [13] Pihak Plaintif menghujahkan jumlah dalam Bil Guaman 2 adalah eksesif, tidak munasabah dan semuanya telah dibayar dalam Bil Guaman 1 dahulu. Selain dari itu jumlah Plaintif telah berkurangan dari seramai 354 orang kepada 271 orang sahaja. [14] Kerja-kerja yang dibuat seperti yang dimasukan dalam Bil Guaman 2 adalah sebagai stakeholder i.e. memegang dan menguruskan wang penghakiman yang disimpan dalam akaun tetap. Dihujahkan 5 kerja-kerja ini bukanlah sesuatu yang rumit dan telah termasuk dalam Bil Guaman 1 sebagai tanggungjawab Pihak Defendan sebagai peguamcara Pihak Plaintif. [15] Jika pun Pihak Defendan berhak kepada bayaran untuk kerja-kerja tersebut, jumlah yang diputuskan oleh L/TP adalah tepat dan munasabah iaitu purata RM150 kepada setiap Plaintif. Penelitian dan penemuan mahkamah [16] Melalui Guaman Sivil No: 22-85-2002, Pihak Plaintif telah berjaya dalam tuntutan mereka terhadap FELDA dan dua pihak lain apabila Mahkamah Tinggi pada 13.1.2008 memberikan gantirugi sebanyak RM7,500,000. Wang penghakiman ini telah di masukan dalam suatu akaun tetap menantikan proses rayuan tamat. Dalam rayuan terakhir terhadap keputusan ini, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. [17] Setakat 18.3.2008, jumlah penghakiman berkenaan meningkat kepada sejumlah RM11,236,983 dan faedah sebanyak RM639,181.80. Wang penghakiman ini telah diedarkan kepada setiap Plaintif oleh Pihak Defendan. Atas kerja-kerja guaman yang dilakukan, Pihak Defendan mengemukakan Bil Guaman 1 berjumlah RM5,325,583. [18] Pihak Plaintif mempertikaikan jumlah tersebut dan setelah prosiding pencukaian dibuat, L/TP telah memberikan kos guaman sebanyak RM1,067,169 (Saman Pemula No: 17D-01-04/2017). Mahkamah 6 Tinggi dan Mahkamah Rayuan menolak rayuan Pihak Plaintif dan mengekalkan keputusan L/TP. [19] Selanjutnya Pihak Defendan mengeluarkan satu lagi bil guaman iaitu Bil Guaman 2 berjumlah RM265,500 bagi kerja-kerja sebagai stakeholder dalam menyimpan dan menguruskan faedah kepada wang penghakiman berjumlah RM639,181.80 bagi tempoh 8.5.2008 hingga 1.9.2010 (eksibit “S2” dalam affidavit sokongan Pihak Defendan). [20] Pihak Plaintif mempertikaikan bil guaman ini dan memfailkan saman pemula ini (DA-17D-01-11/2018) antara lainnya untuk mendapatkan perintah di bawah Seksyen 132 Akta Profesion Undang-Undang 1976 supaya Bil Guaman 2 ini ditaksirkan dalam prosiding percukaian. Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula ini dan selanjutnya disahkan oleh Mahkamah Rayuan. [21] L/TP telah mendengar prosiding percukaian dan telah memutuskan berdasarkan Bil Guaman 2, Pihak Defendan di awardkan sebanyak RM53,100. Pihak Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah membuat rayuan kepada Hakim Dalam Kamar (Lampiran 33). [22] Setelah meneliti keterangan dan hujahan kedua-dua pihak, saya berpendapat dan memutuskan seperti berikut: