Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU RAYUAN JENAYAH NO. DA-41H-1-01/2025 (Dalam Perkara Mahkamah Majistret di Kota Bharu, Kelantan Kes tangkap No. DA-83D-19-01/2025) ANTARA ABDULLAH HAKIM BIN HAIRUL ANUAR …PERAYU
DA-83D-19-01/2025
Magistrates Court of Malaysia2 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v. Jamieson [1952] AC 525 at 549). It is for that reason that some very conscientious judges have thought it **Note : Serial number w”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU RAYUAN JENAYAH NO. DA-41H-1-01/2025 (Dalam Perkara Mahkamah Majistret di Kota Bharu, Kelantan Kes tangkap No. DA-83D-19-01/2025) ANTARA ABDULLAH HAKIM BIN HAIRUL ANUAR …PERAYU
1
Ini merupakan alasan penghakiman berikutan rayuan yang difailkan oleh pihak perayu pada 16.01.2025 terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh pada 2.1.2025 terhadap satu (1) pertuduhan yang masing – masing boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (Selepas ini dirujuk sebagai “ADB”).
2
Tertuduh telah dipertuduhkan pada 2.1.2025 dan kemudiannya telah mengaku bersalah pada tarikh yang sama. Tertuduh telah disabitkan atas kesalahan dengan memerintahkan Tertuduh dipenjarakan selama 6 bulan bermula daripada tarikh tangkapan semula 30.12.2024 dengan perintah tambahan dibawah Seksyen 38B ADB iaitu Tertuduh diletakkan dalam pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Jajahan Kota Bharu selama 2 tahun bermula tarikh sabitan.
3
Perayu tidak berpuashati terhadap hukuman yang dijatuhi tersebut dan telah memfailkan rayuan atas Hukuman sahaja. PERTUDUHAN
4
Tertuduh di dalam kes ini dituduh seperti berikut:- PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu pada 16/07/2022 jam lebih kurang 0500 hrs bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Ibupejabat Polis Daerah Kota Bharu, Kelantan telah memberikan kepada kamu sendiri dadah berbahaya jenis Methamphetamine. Oleh demikian kamu telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum dibawah peruntukan yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 38B ADB 1952. HUKUMAN DIBAWAH SEKSYEN 15(1)(a) ADB 1952 Barang siapa yang disabitkan hendaklah didenda tidak lebih daripada RM 5000 atau dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak lebih daripada 3 tahun. PERINTAH DIBAWAH SEKSYEN 38B ADB 1952 Barang siapa yang didapati bersalah dibawah Seksyen 15 ADB hendaklah menjalanai pengawasan oleh pegawai selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak lebih daripada 3 tahun
5
Pada pada 16/07/2022 jam lebih kurang 0500 hrs bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Ibupejabat Polis Daerah Kota Bharu, Kelantan, pengadu telah menjalankan ujian saringan awal air kencing polis kepada Tertuduh, hasilnya spesimen urin Tertuduh didapati positif mengandungi dadah jenis Methamphetamine.
6
Spesimen urin tersebut telah dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Raja Perempuan Zainab 2 dan didapati positif mengandungi dadah jenis Methamphetamine. Nombor makmal D0306666. [7] Oleh yang demikian, lelaki itu telah dipertuduhkan di hadapan Mahkamah Majistret Kota Bharu Kelantan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengaku salah sebagaimana pertuduhan dan fakta kes yang dibacakan serta dokumen yang kesemuanya dirujuk kepada kepadanya.
8
Rayuan mitigasi tertuduh ini telah dihujahkan oleh peguambela sebagaimana berikut dimana Tertuduh menyatakan bahawa dia berumur 28 tahun dan bekerja selaku buruh dengan pendapatan yang tidak tentu. Tertuduh juga memaklumkan bahawa Tertuduh ada keluarga. Tertuduh jugak menyatakan bahawa pengakuan salah Tertuduh menjimatkan masa dan kos semua pihak. Tertuduh insaf akan kesalahan dan berjanji tidak akan ulangi kesalahan pada masa akan datang. Tertuduh di dalam kes ini telah memohon agar dikenakan hukuman penjara yang paling minimum. HUJAHAN PEMBERATAN PENDAKWAAN
9
Pendakwaan dalam kes ini menghujahkan bahawa hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan keatas Tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam iaitu kepentingan memberi pengajaran kepada Tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan ini lagi. Pendakwaan juga memohon hukuman yang setimpal dengan gravity kesalahan ini. Pendakwaan selanjutnya memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada Tertuduh dan masyarakat awam agar mematuhi undang – undang negara. KEPUTUSAN MAHKAMAH
10
Setelah menerima pengakuan bersalah Tertuduh dan setelah menentusahkan bahawa Tertuduh faham sifat dan akibat pengakuan salah atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya setelah penalti pertuduhan itu dijelaskan kepada Tertuduh, serta setelah menimbangkan serta memperhalusi eksibit-eksibit pembuktian yang dikemukan besertakan hujahan – hujahan pembelaan dan pendakwaan, maka Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah dan Tertuduh disabitkan bagi kesalahan sepertimana pertuduhan dengan hukuman pemenjaraan selama 6 bulan bermula daripada tarikh tangkapan semula 30.12.2024 dengan perintah tambahan dibawah Seksyen 38B ADB iaitu Tertuduh diletakkan dalam pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Jajahan Kota Bharu selama 2 tahun bermula tarikh sabitan. ALASAN-ALASAN BAGI HUKUMAN YANG DIBERIKAN KEATAS TERTUDUH
11
Beberapa faktor telah diberi pertimbangan oleh Mahkamah ini sebelum menjatuhkan hukuman:-
12
Undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang apabila tertuduh telah didapati bersalah dan disabitkan bagi pertuduhan tersebut. Mahkamah merujuk kepada Seksyen 183 Kanun Tatacara Jenayah (selepas ini akan dirujuk sebagai "KTJ") yang memperuntukkan seperti berikut:- "If the accused is convicted, the Court shall pass sentence according to law" [13] Dalam kes PUBLIC PROSECUTOR V. JAFA BIN DAUD [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315, Mohamed Azmi J (pada ketika itu) telah menyatakan: "A 'sentence according to law' means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. [14] Terdapat begitu banyak nas-nas undang-undang yang memberikan panduan mengenai prinsip undang-undang yang perlu dipatuhi dalam menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh. Mahkamah ingin merujuk kepada penghakiman Hilbery J di dalam kes REX V. KENNETH JOHN BALL 35 Cr App R 164 juga lazim dipetik yang memutuskan seperti berikut: "In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. … "It is for these reasons, and with these purposes in view, that before passing sentence the Court hears evidence of the antecedents and character of every convicted person.
15
Selanjutnya, Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes BHANDULANANDA JAYATILAKE V. PP [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:- "...The very concept of judicial discretion involves a right to choose between more that one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v. Jamieson [1952] AC 525 at 549). It is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentences; whilst others equally conscientious have thought it their duty to view the same crimes with leniency. Therefore sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for that reason also that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court's interference. [16] Berdasarkan prinsip-prinsip hukuman yang dirujuk oleh Mahkamah, adalah dapat disimpulkan bahawa dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah perlu membuat pertimbangan terhadap faktor-faktor seperti keseriusan kesalahan, keadaan yang mengelilingi perilaku jenayah yang terlibat, latar-belakang (antecedent) tertuduh, faktor pencegahan serta sama ada terdapatnya faktor peringanan yang memihak kepada tertuduh. Hakim Hashim Yeop Sani dalam kes PUBLIC PROSECUTOR V. LOO CHOON FATT [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 276 telah menyatakan seperti berikut:- "The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused." [17] Mahkamah juga mendapati bahawa hukuman yang dijatuhkan mestilah sepadan ("proportionate") dengan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh. Prinsip "proportionality" ini telah dijelaskan dalam kes Mahkamah Rayuan MOHAMAD NASUHA ABDUL RAZAK V. PP [2019] 3 CLJ 612; [2020] 3 MLJ 530; di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- "[14] Be that as it may, one of the important factors that we must bear in mind is that the sentence must always satisfy the principle of proportionality - that the severity of the penalty should be proportionate to the gravity of the offence committed and the degree of responsibility of the offender. The principle was articulated by the High Court of Australia in Hoare v. R [1989] 167 CLR 458 at 354 as follows: a sentence of imprisonment imposed by a court should never exceed that which can be justified as appropriate or proportionate to the gravity of the crime considered in the light of its objective circumstances. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH
18
Dalam kes ini, setelah mendengar hujahan pendakwaan dan rayuan mitigasi Tertuduh, Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan bagi pertuduhan dengan hukuman pemenjaraan selama 6 bulan bermula daripada tarikh tangkapan semula 30.12.2024 dengan perintah tambahan dibawah Seksyen 38B ADB iaitu Tertuduh diletakkan dalam pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan selama 2 tahun bermula tarikh sabitan atas dasar: A) PENGAKUAN BERSALAH TERTUDUH
19
Mahkamah berpendapat bahawa pengakuan salah Tertuduh wajar diambil kira oleh Mahkamah kerana ianya telah menjimatkan masa dan kos semua pihak. Malah, pengakuan salah Tertuduh juga telah menjimatkan masa saksi-saksi dan kebimbangan saksi-saksi untuk hadir memberi keterangan di Mahkamah. Perkara ini telah diputuskan dalam kes SAU SOO KIM V. PP [1975] 1 LNS 158, seperti berikut:- "Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses". [20] Selanjutnya, Mahkamah merujuk kepada kes PUBLIC PROSECUTOR V. RAVINDRAN & ORS [1992] 1 LNS 47; [1993] 1 MLJ 45, di mana Mahkamah Tinggi telah merumuskan secara menyeluruh bahawa faktor-faktor yang perlu diambil kira berkenaan prinsip pengakuan bersalah tertuduh seperti berikut:- "(i) It is an accepted rule of practice that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty. The rationale for this rule is that much public time and money will be spared if an accused admits his guilt, thus avoiding a prolonged and unnecessary trial. This rule however, is not a strict rule as the courts may, in exercise of their discretion, in exceptional cases, refuse to grant any discount.
II
(ii) a plea of guilty will entitle the accused person to a discount of between one-quarter to one-third of the sentence.
III
(iii) failure on the part of a judge in not granting credit or discounts may result in the judge not exercising his discretion in sentencing judicially.
IV
(iv) the credit or discount to be given in favour of the accused person is not on the maximum sentence imposed by law but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial and had been found guilty." [21] Walaupun diskaun atau credit bukan diberikan secara automatik kepada tertuduh setelah mengaku salah sepertimana yang diputuskan dalam kes PP V. RAVINDRAN (Supra), Mahkamah berpendapat bahawa pengakuan bersalah Tertuduh ini tidak boleh diabaikan sewenang-wenangnya tanpa alasan yang munasabah lebih-lebih lagi kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh dalam kes ini bukan merupakan kesalahan yang bersifat serius ataupun bersifat zalim (heinous). Prinsip ini telah diputuskan dalam kes TAN LAY CHEN V. PP [2000] 4 CLJ 492; [2001] 1 MLJ 135 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut:- "It must not be overlooked that the general rule is that an accused should be given a lesser punishment for pleading guilty. There can, as I have said, be a departure from this general rule. However, there must be good reasons for doing so. In that event the reasons for such departure must be kept in mind. If, therefore, a sentence is imposed without taking into consideration a guilty plea then the reasons for doing so must be explained by the sentencer. This is because an accused person expects the general rule to operate in his favour when he pleads guilty. The grounds of judgment must therefore show why the guilty plea cannot, on the facts of the case, be considered as a mitigating factor" [22] Mahkamah juga mempertimbangkan bahawa bagi membolehkan pengakuan bersalah menjadi faktor mitigasi yang kuat, ia hendaklah dibuat pada peluang terawal sepertimana yang telah diputuskan di dalam kes PUBLIC PROSECUTOR V. KAMMOON WANNGA & ANOR [2009] 8 MLJ 430: “[19] It is, therefore, desirous that the plea of guilty be entered at an earliest reasonable opportunity before the witnesses give evidence in the trial. Only then such a plea may be considered as a meaningful mitigating factor.” [23] Walaubagimanapun Mahkamah ini turut mengambil maklum bahawa seperti mana dijelaskan dalam kes PP v. Low Kok Wai [1988] 2 CLJ 105; [1988] 2 CLJ (Rep) 268; [1988] 3 MLJ 123 yang diputuskan oleh Hakim Mohamed Dzaiddin HMT (kemudian Ketua Hakim Negara) undang-undang turut menjelaskan bahawa pengakuan salah tidaklah begitu efektif apabila tidak terdapat apa-apa pembelaan yang berpihak kepada OKT. [24] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah mendapati faktor pengakuan bersalah sebagai suatu faktor peringanan yang melayakkan peringanan hukuman terhadap Tertuduh. [25] Tertuduh telah mengaku salah pada peluang terawal dan sebelum perbicaraan bermula atau saksi-saksi dipanggil. Justeru itu, pengakuan salah Tertuduh sudah semestinya menjadi suatu faktor mitigasi yang penting. Apatah lagi tiada keterangan untuk menunjukkan bahawa Tertuduh merupakan seorang pesalah tegar atau “hardened criminal”. B) LATAR BELAKANG DAN PERLAKUAN TERTUDUH SELEPAS DITUDUH [26] Mahkamah turut mengambil kira faktor latar belakang Tertuduh. Di dalam mitigasinya peguambela yang bijaksana telah mengemukakan perkara-perkara berikut: a) Tertuduh menyatakan bahawa dia berumur 28 tahun. b) Tertuduh bekerja selaku buruh dengan pendapatan yang tidak tentu. c) Tertuduh ada keluarga. d) Tertuduh merupakan pesalah kali pertama [27] Mahkamah mengambil maklum bahawa faktor-faktor yang dihujahkan sepertimana diatas merupakan faktor mitigasi yang boleh dipertimbangkan sepertimana dijelaskan dalam Seksyen 176 (r) Kanun Tatacara Jenayah. [28] Faktor bahawa Tertuduh menyatakan bahawa beliau telah insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahn ini lagi pada masa yang akan datang selepas beliau dipertuduhkan atas pertuduhan ini juga telah diambil kira oleh Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh. C) KEPENTINGAN AWAM [29] Sekalipun wujud faktor-faktor mitigasi seperti mana yang dihujahkan oleh Tertuduh namun menjadi tanggungjawab Mahkamah ini juga memperhalusi faktor-faktor pemberatan yang berkaitan dalam kes ini dalam mempertimbangkan kuantum hukuman yang berseusaian dengan kesalahan Tertuduh seperti mana dipertuduhkan. [30] Mahkamah juga sedia maklum mengenai prinsip kepentingan awam sebagai suatu faktor pemberatan yang sering kali ditekankan oleh pihak pendakwaan supaya hukuman yang bakal dijatuhkan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh ("deterrent") dan orang awam supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang. [31] Dalam pada itu, Mahkamah bersetuju bahawa dalam menjalankan proses perimbangan antara pelbagai kepentingan yang seharusnya diambil pertimbangan oleh Mahkamah ini dalam menjatuhkan suatu hukuman, prinsip pertama dan utama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman dalam kes jenayah ialah faktor kepentingan awam. [32] Ini adalah sepertimana yang dijelaskan dalam kes ABU BAKAR BIN ALIF V. R [1953] 1 MLJ 19 oleh Spenser Wilkinson J yang memetik penghakiman dalam kes REX V. BALL (supra): "In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. … "It is for these reasons, and with these purposes in view, that before passing sentence the Court hears evidence of the antecedents and character of every convicted person. [33] Selain itu juga, dalam mempertimbangkan apa hukuman yang bersesuaian untuk dikenakan keatas Tertuduh, Mahkamah perlu mengambil kira tunjang penggubalan sesuatu peruntukan undang- undang seperti dasar-dasar awam yang diamalkan sebagai contoh kepentingan menjaga kedaulatan negara serta kepentingan menambahbaik tahap pematuhan rakyat terhadap undang-undang melalui pengiktirafan terhadap kuasa serta harkat kehormatan para penguatkuasa yang menjalankan tugas awamnya dalam menguatkuasakan undang-undang. [34] Pertimbangan dasar awam dalam menjatuhkan hukuman keatas Tertuduh ada dinyatakan dalam kes PP v LOO CHOON FATT (supra) oleh Hashim Yeop Sani J: It is common sense to say that behind these legislative exercises was the government's realisation albeit gradual, of the problemof drug abuse in this country, the degenerating effect of the misuse of dangerous drugs and the attendant dangers it has posed to society itself. The amendments passed by Parliament therefore reflect the public policy. It must be presumed that behind the public policy is the consideration of public interest. [35] Selain daripada itu juga, dalam mempertimbangkan apa hukuman yang bersesuaian untuk dikenakan keatas Tertuduh, Mahkamah perlu juga tidak boleh terlalu bersimpati dengan mitigasi seperti kesusahan keluarga, kerjaya tamat dan lain-lain: [36] Ini adalah sepertimana yang dijelaskan dalam kes PP v LOO CHOON FATT (supra) oleh Hashim Yeop Sani J: Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard L.C.J. in Rex v Grondkowski [1946] 1 All ER 560 561 offered some good advice when he said:– "The judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often nowadays thought, or seems to be thought, that the interests of justice means only the interests of the prisoners." [37] Mahkamah berpendapat bahawa kuantum hukuman pemenjaraan bersekali perintah pengawasan terhadap Tertuduh dalam kes ini merupakan satu bentuk hukuman yang mampu menjaga kepentingan awam. Hal ini kerana, Tertuduh dalam kes ini tidak terlepas begitu sahaja dengan suatu hukuman yang terlampau rendah yang tidak mencerminkan gravity kesalahan yang dilakukan / “a mere slap at the wrist”. [38] Bahkan Mahkamah berpandangan hukuman yang diberikan keatas Tertuduh ini atas sabitan bagi kesalahan yang dilakukannya adalah suatu hukuman yang berpatutan dengan graviti kesalahan itu disisi undang-undang iaitu dengan sengaja dan tanpa menjelasan yang sah disisi undang-undang, memasukkan dadah berbahaya ke dalam badannya sendiri. [39] Tempoh pemenjaraan dan perintah pengawasan yang dikenakan keatas Tertuduh dinilai oleh Mahkamah ini sebagai suatu tempoh dan kuantum yang berpadanan bagi memberikan Tertuduh ruang dan peluang yang mencukupi untuk melakukan muhasabah diri agar Tertuduh sedar bahawa setiap tindakan yang dilakukannya mempunyai sebab dan akibat yang perlu ditanggung. Ini dilihat mampu untuk memberikan pengajaran yang berguna keatas Tertuduh secara khusus dan masyarakat awam secara umumnya agar berfikir panjang sebelum terdetik dalam fikiran untuk melakukan apa jua perbuatan jenayah. [40] Mahkamah berpendapat bahawa dimensi kepentingan awam dalam kes ini akan terjaga melalui hukuman pemenjaraan dan perintah pengawasan yang dikenakan keatas Tertuduh memandangkan hukuman tersebut dilihat bersesuaian dengan kepentingan agar episod jenayah yang dilakukan oleh Tertuduh ini dijadikan iktibar kepada Tertuduh secara khusus dan masyarakat awam secara umumnya agar menginsafi kepentingan mematuhi undang – undang dengan menghindari diri sendiri daripada terlibat dengan apa jua bentuk perlakuan jenayah berkaitan dadah berbahaya. [41] Sememangnya diakui Tertuduh mengaku salah sewaktu pertuduhan dibacakan kepadanya namun sekiranya disoroti fakta kes tersebut, amatlah jelas bahawa tindakan jenayah yang dilakukannya adalah disengajakan dimana Tertuduh semasa kejadian jenayah berlaku menunjukkan keenggannya untuk patuh kepada undang undang dalam keadaan sedar dengan sengaja dan tanpa menjelasan yang sah disisi undang-undang, memasukkan dadah berbahaya ke dalam badannya sendiri dan seharusnya hukuman yang diberikan perlulah mencerminkan graviti perbuatan tersebut dan keperluan untuk memberi iktibar kepada Tertuduh dan masyarakat bahawa undang-undang mengambil serius tindakan jenayah sebegitu rupa. [42] Kesemua itu seperti yang diperi Hakim Ajaib Singh HMT, dalam kecualian yang disebut dalam kes Chan Sit Hoong v. PP (supra), sepertimana berikut: A first offender, be he on a drug charge or some other criminal charge, should be dealt with by the imposition of a fine or by placing him under bond or probation, but he should be kept away from prison unless there are, in the public interest, strong reasons for ordering a term of imprisonment, such as the gravity of the offence itself and the manner in which it is committed, or as a deterrent when the prevalence of a particular type of offence has truly reached a stage that a sentence of imprisonment alone may deter others from committing that type of offence. [43] Berkenaan mitigasi Tertuduh bahawa dia mempunyai keluarga telah saya ambil maklum dan pertimbangkan sebaik-baiknya bersama-sama faktor-faktor yang telah saya huraikan sebelum ini. Walaubagaimanapun Tertuduh seharusnya menghayati kebijaksanaan dalam pepatah melayu lama; “sudah terhantuk barulah tengadah”. Tertuduh seharusnya sedar daripada awal SEBELUM dan bukanlah hanya SELEPAS kesalahan itu dilakukan bahawa kesusahan peribadi dan beban bakal menimpa Tertuduh sekiranya Tertuduh masih dengan sengaja melanggar undang-undang. [44] Dalam perkara ini saya merujuk keputusan Hakim Eusoffe Abdoolcader HMT di dalam kes PP V. TEH AH CHENG [1976] 1 LNS 116; [1976] 2 MLJ 186 yang menjelaskan: The respondent also puts forward in his plea in mitigation the fact that he is employed and supports an aged mother and step-brothers. He should of course have thought of this before committing the offences and not after; he is in fact pleading hardship arising from the consequences of his own acts and I would reiterate what I had occasion previously to observe in another case that an offender should not expect to excite or harness any sympathy on an ipse dixit by taking the stance of the impetuous youth who killed his parents with an axe and then pleaded in mitigation that he was an orphan. [45] Mahkamah ini juga mendasarkan pendapat bahawa hukuman yang telahpun dijatuhkan keatas Tertuduh merupakan suatu hukuman yang bersesuaian dengan fakta kes ini berdasarkan kepada penghakiman Hakim Abdul Malik Ishak HMR di dalam kes SINNATHURAI SUBRAMANIAM V. PP [2011] 5 CLJ 56: The public interest element is a bare shell. It is shaped and coloured by the facts of the case, by the surrounding circumstances that compelled the Court to take into account before sentencing and, more importantly, by the mores of a particular society. ... it is that society, through the courts, must show its abhorrence of particular types of crime, and the only way in which the courts can show this is by the sentences they pass. The courts do not have to reflect public opinion. On the other hand, courts must not disregard it. Perhaps the main duty of the court is to lead public opinion. [46] Dalam menjatuhkan hukuman keatas Tertuduh, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman tersebut merupakan suatu hukuman yang munasabah dengan mengambil kira keperluan untuk Mahkamah ini mengetuai pandangan masyarakat umum dalam mengutuk sekeras- kerasnya perbuatan Tertuduh yang telahpun didapati memasukkan dadah berbahaya dalam tubuhnya sendiri. [47] Mahkamah ini berpendapat tempoh pemenjaraan keatas Tertuduh hendaklah bermula daripada tarikhnya ditangkapan semula iaitu pada tarikh tangkapan semula 30.12.2024 memandangkan semasa mitigasi Tertuduh sendiri yang meminta agar dikenakan hukuman pemenjaraan dan bukannya denda. [48] Maka atas pertimbangan bahawa setelah ujian saringan awal dijalankan keatas Tertuduh pada 16.07.2022, Tertuduh masih berada dalam kalangan masyarakat umum akibat jaminan polis dan hanyalah dtangkap semula untuk menghadapi pertuduhan pada 30.12.2024.adalah tidak munasabah untuk Tertuduh dipenjarakan bermula pada tarikh tangkapan asal, sebaliknya hukuman pemenjaraan hendaklah bermula sama ada pada tarikh Tertuduh ditangkap semula iaitu 30.12.2024 ataupun pada tarikh sabitan iaitu 2.1.2025. Memandangkan Tertuduh berada dalam tempoh reman selepas tangkapan pada 30.12.2024, Mahkamah ini berpandangan tarikh tersebut merupakan tarikh yang suaimanfaat sebagai tarikh permulaan hukuman pemenjaraan keatas Tertuduh. [49] Ini demikian kerana, prinsip undang undang secara tuntas menegaskan bahawa suatu hukuman yang hendak dijatuhkan menurut lunas undang-undang bukan sahaja bermakna hukuman itu hendaklah dijatuhkan dalam lingkungan peruntukan hukuman yang dinyatakan dalam undang-undang , tetapi penilaian juga mestilah dibuat berdasarkan prinsip kehakiman yang jelas. [50] Dalam menjalankan tugas tersebut, salah satu faktor utama yang perlu dipertimbangkan ialah sama ada orang yang disabitkan kesalahan adalah pesalah kali pertama. Bagi untuk tujuan ini, sebelum menjatuhkan hukuman, seorang Majistret dikehendaki memeriksa keterangan atau maklumat mengenai latar belakang dan watak seseorang tertuduh. [51] Mahkamah selanjutnya mestilah mempertimbangkan sama ada hukuman yang dikenakan bagi sabitan kesalahan yang sama sebelum ini untuk menentukan sama ada ia mempunyai sebarang kesan pencegahan (deterrent) terhadapnya. [52] Dalam keadaan sepertimana dalam kes pada hari ini dimana dia didapati sebagai pesalah yang berulang untuk jenis kesalahan yang serupa, maka demi kepentingan keadilan, hukuman berbentuk pencegahan seharusnya dijatuhkan untuk mengelakkan Tertuduh ini mahupun individu yang lain terjebak lebih lama dalam kancah jenayah yang sama. [53] Dalam keadaan sedemikian, melainkan terdapat keadaan luar biasa, latar belakang kesusahan peribadi Tertuduh jarang sekali boleh menjadi faktor pengurangan dalam membantu Mahkamah ini mencapai suatu hukuman yang berpatutan keatas diri Tertuduh bagi kes yang dipertuduhkan pada kali ini. KESIMPULAN [54] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa keputusan Mahkamah ini adalah adil, wajar dan munasabah bagi sabitan dan hukuman sepertimana yang telahdiberikan kepada Tertuduh. Disediakan oleh, ………………………………… (RAIS IMRAN BIN HAMID) Majistret Mahkamah Majistret Kota Bharu.Kelantan Bagi Pendakwaan: Timbalan Pendakwaraya Nursyafiqah binti Mohamad (Pejabat Penasihat Undang-Undang NegeriKelantan)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.