Preamble
Menurut SP6, bersama SP7-Pengadu dan SP9-Pegawai Penyiasat pada jam 12.30 pagi telah ke tempat kejadian di Stesen Minyak Caltex, Rantau Panjang mengambil 5 keping gambar P20 A-E. Menurut SP12 beliau telah menyimpan barang-barang kes di dalam kabinet besi dan berkunci dan di dalam bilik pejabatnya juga berkunci. [74] Selepas itu pada 17.2.2006 menurut SP12, Barang-barang kes dikeluarkan daripada Peti Kabinet berkunci di dalam pejabat SP12 untuk dan dibawa oleh SP12 sendiri ke JSJN, IPK, Kelantan bagi tujuan sidang akhbar. Semasa dibawa dan semasa sidang akhbar dan selepas dibawa balik semula IPD Rantau Panjang barang kes sentiasa dalam jagaan SP12. Menurut SP12 beliau menampal paket plastik kecil berisi pil oren kemerahan dengan celotape kekuningan di bahagian yang terkoyak untuk mengelak pil-pil tercicir atau hilang dari kawalannya. Selepas itu SP12 20 masukkan dalam sampul ditanda olehnya “E” yang berseal “POLIS DIRAJA MALAYSIA 656” barang-barang kes berikut dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kuala Terengganu pada 19.12.2006 jam 12.27 tengahari dan terima oleh Pn. Zainun SP3. Selepas SP3 pastikan Pol.31 dan barang-barang di dalam sampul “E” adalah sama barulah SP3 telah keluarkan Resit Resmi (sic) dengan nombor makmal. Selepas selesai SP3 selesaikan analisanya sampul “E” dan isi yang sama yang diseal dengan Seal JKM diserahkan semula kepada SP8-Kpl. Zazali bin Tahir, pada 11.01.2007, jam 1400 dan SP8 telah serahkan terus kepada SP12 apabila balik ke IPD. SP12 telah menyimpan sampul “E” di dalam peti besi berkunci di dalam pejabatnya. Seterusnya, Hakim bicara membuat dapatan berikut di muka surat 52- 53, RR, Jilid 1”: [139] Isu 2: Identiti dadah yang tidak diperiksa oleh SP7 adalah berbeza jumlahnya dengan apa yang dipesan oleh SP4 dan dirampas oleh tertuduh. [140] Dapatan dan keputusan Mahkamah ini atas Isu 2: Mahkamah ini telah meneliti keterangan saksi-saksi yang mengendalikan barang kes bermula dari SP7/Insp Seelan yang menangkap tertuduh dan merampas barang kes sehingga diserahkan kepada Pegawai Penyiasat dan serahkan kepada Ahli Kimia. Identiti barang kes adalah tidak berkurang dan bertukar. Kesemua ini dilihat melalui gambar barang kes sehingga barang kes tersebut dan borang bongkar dan borang serah menyerah dan pol.31 serah resit resmi JKM, dan laporan Kimia. Tertuduh mengakui semasa SP7 membawanya selepas tangkapan beg plastik berisi dadah terletak di atas dashboard kereta bersama SP7. [141] Keterangan tentang berapa yang dipesan oleh SP4 sama ada 3 tongkol terdiri dari 200 biji setongkol adalah bukannya suatu yang menjadi isu apabila apa yang dirampas adalah sama yang dianalisa oleh Ahli Kimia. Ini ternyata SP4 agak keliru dengan menyatakan 600 untuk 3 tongkol adalah ternyata untuk setongkol sahaja apabila wang tunjuk hanya untuk setongkol. Malah tertuduh sendiri mengakui pesanan hanya untuk setongkol dengan harga RM31,000.00.” 21 [16] Daripada keterangan di atas, penilaian dan keputusan Hakim bicara berkenaan rantaian keterangan barang kes yang diragui tersebut tidak mempunyai asas ataupun merit. Setelah kami menyemak semula keterangan dalam rekod, kami mendapati tidak adanya keterangan yang menyatakan berapakah jumlah biji pil yang akan dijual oleh perayu kepada SP4. Apa yang dipersetujui untuk dibekalkan oleh perayu dan dipersetujui untuk dibeli oleh SP4 ialah 3 tongkol dengan harga RM31,000.00 setongkol. Tiada keterangan daripada perayu atau soal balas oleh peguam bela bahawa setongkol itu semestinya mengandungi 10 paket berisi 20 biji pil setiap bungkus. Kami berpendapat keterangan SP4 mengenai perkara tersebut hanya berdasarkan andaian dia sahaja kerana keterangan dengan kukuh menunjukkan dadah yang diurus niaga dan dirampas dari mula hingga dianalisis oleh SP3 dan seterusnya dikemukakan di mahkamah ialah 3 tongkol yang mengandungi 10 paket kecil setiap tongkol. Setiap paket kecil itu pula mengandungi, tanpa sebarang keraguan, 196 biji pil kemerahan. Jumlah keseluruhan, juga tanpa sebarang keraguan, ialah 5880 biji pil yang mengandungi Methamphetamine seberat 76.39 gram. Manakala tentang wang RM30,000.00 yang dibawa oleh SP4, itu hanyalah wang tunjuk. Harus dicatatkan kes ini melibatkan projek jual beli dadah dengan menggunakan penyamar sulit. Walaupun harga pembelian yang dipersetujui ialah RM 93,000.00 untuk 3 tongkol namun peranan wang RM30,000.00 yang diberikan kepada SP4 hanyalah sebagai wang tunjuk demi meyakinkan perayu (penjual) akan gambaran keikhlasan urus niaga. Apa yang penting dalam kes-kes begini urus niaga jual beli telah disempurnakan walaupun wang 22 sepenuhnya belum atau tidak diberikan dan pengedar kemudiannya ditangkap (rujuk kes-kes Mahkamah Persekutuan dalam Tarmizi Yacob & Anor v PP & Another Appeal [2010] 8 CLJ 501 (MP); Faiz Khairudin v PP [2011] 5 CLJ 509; Wan Mazuki Wan Abdullah v PP [2013] 1 CLJ 177 dan kes Mahkamah Rayuan dalam Badrul Hisham Kamaruddin & Yang Lain v PP [2014] 1 LNS 998). Walaupun kami mendapati penilaian Hakim bicara tentang isu ini mengandungi sedikit kecelaruan namun kekhilafan itu kecil dan tidak menjejaskan kes pendakwaan. Kami berpendapat dadah yang dibincangkan antara SP4 dengan perayu, yang kemudiannya dirampas oleh SP7, dianalisis oleh SP3 dan dikemukakan di mahkamah ialah dadah yang sama. Kami mendapati tidak adanya terputusnya rantaian barang kes dalam kes ini sepertimana yang didakwa oleh peguam bela. [17] Kami juga berpendapat keputusan Hakim bicara turut disokong dengan pengemukaan bil rekod panggilan telefon antara SP4 dan perayu (P33). Ekshibit P33 jelas menunjukkan perbualan dari awal perkenalan SP4 dengan perayu, rundingan-rundingan jual beli, dan seterusnya perjumpaan jual beli yang diatur di Caltex. Susulan itu, kami berpendapat isu ini tidak mempunyai merit dan dapatan Hakim bicara berkaitan isu ini boleh dipertahankan. [18] Berkaitan isu (c), kami mendapati Hakim bicara tidak khilaf dan telah membuat dapatan yang betul berkaitan isu pengedaran. Pada kami Hakim bicara berhak untuk mengguna pakai anggapan di bawah s 37 (d) ADB untuk pembuktian pemilikan dan pengetahuan akan jenis dadah berbahaya yang dimiliki itu. Hakim bicara sedar bahawa beliau 23 boleh, dengan keterangan yang melimpah ruah, terus membuat dapatan berdasarkan keterangan langsung mengenai pengedaran secara jual beli dadah berkenaan. Bagaimanapun dalam kes ini Hakim bicara telah memutuskan, dengan betul, untuk menggunakan perbuatan membekalkan, dan transaksi menyerahkan dadah berkenaan bagi tujuan jual beli dadah itu kepada SP4 sebagai perbuatan yang termasuk dalam jaringan makna pengedaran di bawah s 2 ADB. Kami tidak nampak sebarang kecacatan dalam dapatan Hakim bicara tentang isu ini apabila beliau memutuskan, di 35-39, RR Jilid 1: “Pihak Pendakwaan berjaya membuktikan tertuduh secara prima facienya mengedar dadah menurut s. 2 ADB maksud ‘pengedaran’ [86] Pembuktian mengedar adalah dibuktikan melalui perbincangan antara tertuduh dengan SP4 Agen Penyamaran Polis. Adalah tidak tersilap dan tanpa keraguan munasabah keterangan menyatakan bahawa tertuduh bersetuju membekalkan 3 tongkol pil kuda. Walaupun wang tunjuk yang dibawa hanya untuk satu tongkol pil kuda sahaja berlainan dengan perbincangan SP4 untuk membekalkan pil kuda dan perlu diingat perbincangan tersebut adalah untuk membuktikan pengetahuan oleh tertuduh dan niat tertuduh untuk mengedar dadah bukan perbincangan barangan lain. [89] Di dalam kes ini tertuduh semasa awal berjumpa dengan SP7 (sepatutnya SP4) telah bersetuju untuk membekalkan dan menjual [supplying and selling] pil kuda dan pada hari kejadian SP7 (sepatutnya SP4) semasa memeriksa isi kandungan beg plastik P8 telah mempastikan dari rasa biji-biji pil dan bau wangi adalah kebiasaan dari pengalamannya adalah pil kuda. [94] Selain dari SP4 berada semasa perjumpaan pertama dan perjumpaan hari tangkapan, keterangan SP5 Kpl. Haliza juga 24 menyokong keterangan SP4 dan SP7 pada kedua-dua Tertuduh berjumpa dengan SP4. Mereka berdua camkan Tertuduh adalah orang yang sama berbual dengan SP4 di dalam kedai makan dan Tertuduh kali kedua ditangkap oleh SP4 dan SP5 menangkap isterti Tertuduh. [95] Pendakwaan berjaya juga membuktikan Tertuduh bukan isterinya yang mempunyai kawalan dalam jagaan serta pengetahuan dadah di mana dari awal perjumpaan hingga tangkapan Tertuduh sahaja yang terlibat. Isteri Tertuduh hanya membawa barang kes dan menyerahkan kepada Tertuduh dan pengetahuan isteri Tertuduh tidak boleh di“infer” hanya dengan membawa barang kes jika dibandingkan Tertuduh yang mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan akan dadah tersebut. [96] Oleh itu, s. 2 Akta Perkataan-perkataan tersebut menjelaskan tindakan-tindakan yang tergulung di bawah beberapa jenis tindakan yang disifatkan sebagai kegiatan mengedar. Seksyen 2 memberi definisi berikut berkait mengedar: “manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act.” [97] Oleh itu, beberapa jenis tindakan yang dinyatakan di dalam takrif ‘trafficking’, seperti ‘keeping’, ‘concealing’, ‘giving’, ‘receiving’, ‘toring’, ‘transporting’, ‘carrying’, ‘sending’, ‘delivering’, ‘supplying’, dan ‘distributing’, akan dengan sendiri menyentuh elemen pemilikan. Dari fakta kes ini aktiviti ‘membekalkan’ dan ‘transaksi Tertuduh menyerahan (sic) dadah’ adalah tindakan-tindakan yang melibatkan isu dan elemen pemilikan, kerana tanpa milikan aktiviti tersebut tidak boleh dilakukan. Sebenarnya definasi mengedar di bawah s.2 Akta terdapat begitu banyak pertindihan yang tidak sepatutnya menimbulkan masalah untuk terjatuh pada maksud mengedar di dalam kes ini.” 25 [19] Kami telah juga mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh perayu. Setelah mempertimbangkan segala keterangan dalam rekod, kami mendapati keterangan adalah kukuh dan gagal dicabar oleh perayu berkenaan dengan urus niaga jual beli dadah berkenaan dari mula berjumpa dengan SP4 sehinggalah dia ditangkap bersama-sama dengan dadah berkenaan. Dalih bahawa dia dianiaya oleh polis, dan atas desakan Pok Nik merupakan sesuatu yang tidak munasabah dan bertentangan dengan keterangan yang melimpah ruah terhadapnya. Dalam hal ini kami bersetuju dengan dapatan Hakim bicara yang memutuskan: “Pembelaan Tertuduh yang hanya penafian semata-mata. [131] Tertuduh gagal memberi suatu penjelasan yang boleh menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pihak pendakwaan apabila beliau mengakui bertemu dengan ‘Man’/SP4 sebanyak tiga kali, jika benar Tertuduh tidak boleh mendapatkan dadah dan telahpun memberitahu ‘Man’/SP4 di sebelah pagi hari tangkapan dan sekali lagi Tertuduh pergi menemui ‘Man’ di seberang jalan sebelah petang. Menurut Tertuduh, beliau telah memberitahu ‘Man’/SP4, kenapa Tertuduh masih mengikut ‘Man’/SP4 ke madrasah? [132] Tertuduh menyatakan ‘Pok Nik’ yang arahkan beliau sebelah petang berjumpa ‘Man’ dan beliau terpaksa juga pergi berjumpa ‘Man’ walaupun pil kuda tidak dapat diperolehi. Beliau memberi alasan beliau terhutang dengan ‘Pok Nik’. Mahkamah ini meneliti pembelaan Tertuduh dan keterangan prima facie pendakwaan dan membuat dapatan bahawa Tertuduh mengikut ‘Man’/SP4 ke Stesen Caltex itu adalah sebab SP4 meminta Tertuduh datang menyerahkan dadah di situ sebab pasukan serbuan sedang menunggu di situ dan wang bayaran dibayar di situ. Oleh itu, tanpa sebarang keraguan yang munasabah lagi itulah sebabnya Tertuduh bersedia dengan pil kuda yang dicampurkan dengan kek pandan lapis makanan anak-anaknya 26 dan kuaci di dalam beg plastik turut menghala ke Stesen Minyak Caltex tersebut dan menuruti ‘Man’/SP4. [133] Secara munasabahnya apa keperluan lagi Tertuduh ke Stesen Minyak Caltex jika sudah berjumpa dengan ‘Man’ dan diberitahu bahawa tidak dapat cari pil kuda tersebut. Alasan Tertuduh begitu tidak munasabah sehinggakan pada hari yang sama di waktu pagi sudah diberitahu tidak dapat mencarinya dan waktu petang diberitahu pula dan sekali lagi ikut ‘Man’ untuk tujuan yang tidak diketahui apa. Dengan kata lain, jika Tertuduh berpendapat tidak lagi perlu datang berjumpa ‘Man’ pada sebelah petang tersebut oleh sebab pil kuda tidak diperolehi dan telah maklumkan kepada ‘Man’ maka sepasukan serbuan polis bersiap sedia sia-sia sahaja. Malahan jika dipercayai cerita Tertuduh ini, bermakna sepasukan polis bersiap sedia di tempat tersebut semata-mata untuk menganiayai Tertuduh sebab polis sudah tahu Tertuduh tidak akan membawa dadah oleh itu Tertuduh hendak menyatakan pihak polis yang membawa dadah itu dan meletakkan kesalahan seolah-olah Tertuduh yang membawanya. [134] Mahkamah dengan ini memutuskan, keterangan kes pihak pendakwaan adalah melampaui keraguan yang munasabah di akhir perbicaraan apabila pihak Tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di dalam kes pendakwaan dan gagal mematahkan anggapan atas imbangan kebarangkalian, anggapan pemilikan statutori yang terhadapnya di bawah S.37(d) ADB yang perlu dipatahkan.” [20] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami mendapati tiada apa-apa merit dalam rayuan ini. Kes terhadap perayu telah dibuktikan tanpa keraguan yang munasabah dan perayu telah gagal mematahkan anggapan di bawah s 37 (d) ADB atas imbangan kebarangkalian dan juga gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Kami memutuskan sabitan yang diperintahkan oleh Hakim bicara adalah selamat. Dengan itu kami 27 menolak rayuan ini dan sekali gus mengekalkan sabitan dan hukuman Hakim bicara. t.t ABDUL KARIM ABDUL JALIL Hakim Mahkamah Rayuan Tarikh: 14 Mac 2018 Bagi pihak Perayu: Mohd Ilias Mohd Nor Tetuan Mohd Ilias & Co. Bagi pihak Responden: Kwan Li Sa Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara