he is engaged as a domestic employee. [16] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers, Peninsular Malaysia v Muhammad Zailani bin Mat Zin & Anor [2022] MLJU 1223 di mana YA NOORIN BADARUDDIN menyatakan seperti berikut:- [52] The 1st Respondent himself had failed to show any letter of appointment and/or documentary evidence to justify a workman employer relationship between him and the Applicant. It can be clearly understood that the circular letter was just a request for the approval of the EXCO to employ the 1st Respondent as the full-time Selangor Branch Treasurer…” [17] Manakala rujukan Mahkamah ini kepada kes Mahkamah Tinggi Mandong Transport & Trading Sdn Bhd v Pertubuhan Keselamatan Sosial [2020] MLJU 912 di mana PK AWG ARMADAJAYA BIN AWG MAHMUD menyatakan seperti berikut:- S/N n32SByrab06BxXP8scBjw [42] A contract of service can be in the form of a letter of appointment/employment but not limited to such an arrangement. Even an oral arrangement that has all the requirements or an understanding that the same attributes would constitute a contract of service. It is imperative that there is a consensus ad idem on the nature of the relationship. A written agreement is indeed desirable but it is not a must. [43] A written document is handy to settle disputes such as this, in the event that there are conflicting evidence from different sides of the divide. The employer cannot change the terms and conditions of employment unless the employee agrees to it. [18] Ketiadaan keterangan mengenai “a contract of service“ antara OKT dengan syarikat Smart Cut & Smart Wash, (AR The Great Resources), menggagalkan pembuktian secara prima facie di dalam kes ini. [19] Apa yang wujud di dalam kes ini hanya keterangan SP3 bahawa semasa pemerhatian di tempat serbuan OKT dilihat mengemas peralatan gunting rambut di ruangan kerja gunting rambut sambil bersembang dengan 2 lagi warga asing (Mahkamah ini merujuk kepada jawapan nombor 7 PSP3). Manakala jawapan SP5 pula menyebut OKT menggulung mesin pengering rambut (Mahkamah ini merujuk kepada jawapan nombor 22 PSP5). [20] Mahkamah juga mendapati keterangan pihak pendakwaan untuk membuktikan status OKT “bekerja” sebagai “tukang gunting rambut” di Smart Cut & Smart Wash, (AR The Great Resources) hanya melalui kesimpulan siasatan oleh SP5 seperti dinyatakan di perenggan 23 (PSP5 dirujuk). Diperturunkan keterangan tersebut: “…Mengambilkira rakaman kenyataan pengadu, pegawai operasi serta barang kes, gambar operasi dan ditambah pula dengan kegagalan majikan asal mengemukakan S/N n32SByrab06BxXP8scBjw bukti B9 iaitu tertuduh bekerja dengannya sepanjang masa, dapat saya rumuskan bahawa sabjek B9 iaitu tertuduh telah melanggar syarat Pas Lawatan kerja Sementara (PLKS) yang dikeluarkan kepadanya iaitu tidak bekerja dengan majikan asal sepertimana tertera dalam Pas yang dikeluarkan dan bekerja dilokasi berbeza dari yang dinyatakan dalam pas yang dikeluarkan iaitu tertuduh sepatutnya bekerja di kebun sayur atau kebun buah dalam sektor pertanian dengan syarikat Pakindo Maher Maju Resources. Oleh yang demikian, sabjek B9 telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963. [21] Mahkamah ini secara selamat mendapati kesimpulan siasatan tersebut adalah longgar. Ini kerana majikan OKT iaitu Mohd Najib bin Yahya telah memaklumkan semasa proses siasatan kepada SP4 dan SP5 bahawa OKT merupakan pekerjanya dan OKT memegang PLKS yang sah sehingga 7/6/2025 sebagai pekerja kebun sayur/ buah di syarikat Pakindo Maher Maju Resources. Beliau yang menyimpan passport OKT beserta PLKS terbabit. Pada masa sama kedua-dua SP4 dan SP5 membuat kesimpulan bahawa tiada sebarang pembuktian bahawa OKT bekerja dengan syarikat Pakindo Maher Maju Resources. [22] Keterangan tersebut adalah daripada pernyataan SP4 di perenggan 10 dan 11 PSP3 manakala keterangan SP5 di jawapan pada perenggan 18 PSP5. [23] Sekali lagi Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Mandong Transport & Trading Sdn Bhd v Pertubuhan Keselamatan Sosial [2020] MLJU 912 di mana PK AWG ARMADAJAYA BIN AWG MAHMUD menyatakan seperti berikut:- S/N n32SByrab06BxXP8scBjw [42] A contract of service can be in the form of a letter of appointment/employment but not limited to such an arrangement. Even an oral arrangement that has all the requirements or an understanding that the same attributes would constitute a contract of service. It is imperative that there is a consensus ad idem on the nature of the relationship. A written agreement is indeed desirable but it is not a must. [24] Mohd Najib bin Yahya telah disahkan oleh SP4 dan SP5 telah hadir ke hadapan selepas tangkapan OKT untuk memberi percakapan memaklumkan bahawa OKT adalah pekerjanya di samping telah menyerahkan passport OKT dan PLKS. Pada pandangan Mahkamah ini, tindakan Mohd Najib bin Yahya tersebut memadai mengesahkan bahawa OKT adalah pekerjanya yang bekerja sebagai pekerja kebun sayur/ buah di syarikat Pakindo Maher Maju Resources kerana tiada siasatan ke atas Smart Cut & Smart Wash, (AR The Great Resources) untuk mengesahkan OKT bekerja di sana. Pihak pendakwaan gagal mengemukakan sebarang bukti secara prima facie yang menunjukkan OKT bekerja sebagai tukang gunting rambut. Mahkamah ini secara selamat mendapati bahawa tindakan OKT yang diperhati oleh SP2 dan SP3 sebagai mengemas peralatan menggunting rambut, manakala SP5 mengatakan OKT dilihat menggulung mesin pengering rambut hanya terjumlah kepada tindakan mengemas dan atau membersihkan tempat berkenaan. [25] Mahkamah ini mendapati siasatan harus di buat dengan syarikat Smart Cut & Smart Wash, (AR The Great Resources). Mahkamah ini merujuk penghakiman yang dibuat oleh YA Kamardin Hashim HMR di dalam kes Mohd Helmi Akmal Mohd Ali v PP [2017] 7 CLJ 666: “…Siasatan bukan sahaja tertumpu kepada pengumpulan keterangan yang boleh mbahawa tertuduh telah melakukan kesalahan tetapi meliputi juga pengumpulan S/N n32SByrab06BxXP8scBjw keterangan yang boleh menentukan tertuduh tidak melakukan kesalahan yang menjadi hal perkara yang disiasat…” [26] Adalah jelas, OKT telah dinafikan satu siasatan yang adil dan tanpanya OKT terpaksa menghadapi perbicaraan yang tidak adil. Mahkamah ini bersetuju dengan rujukan kes oleh pihak pembelaan iaitu kes Rahmani Ali Mohamad v. PP [2014] 7 CLJ 405 dan selain itu mahkamah ini merujuk kepada penghakiman YA Mohd Zawawi Salleh FCJ dalam kes Rosli Yusof v PP [2021] 7 CLJ 681 (FC) : [45] It is trite law that it is not the duty of the appellant to prove his innocence or to call a particular witness to support his defence (see Tan Foo Su v. PP [1967] CLJU 179; [1967] 2 MLJ 19; and Sandra Margaret Birch v. PP [1977] CLJU 114; [1978] 1 MLJ 72). The law places upon the prosecution the burden to prove guilt of the appellant beyond reasonable doubt and not on the appellant to prove his innocence. Well-entrenched in jurisprudence is the rule that the conviction of the appellant must rest not on the weakness of the defence but on the strength of the prosecution. This principle is the corner stone of our criminal law. [46] Before parting, we consider it apposite to emphasise that a person's right to defend himself or herself against a criminal charge includes the right to obtain and adduce other evidence in support of his or her defence. It is desirable in the interest of justice for the defence to obtain the fullest possible access to the facts relevant to the issue in the case. In this regard, the prosecution has a duty to make available to the defence witnesses who had been investigated by the police and from whom the statements have been recorded. This is, as we alluded to earlier, an important or vital corollary or element of an accused's right to a fair trial. S/N n32SByrab06BxXP8scBjw [47] For all those reasons, we allowed the appellant's appeal and set aside the conviction and sentence under s. 39B(1)(a) of the DDA 1952…”. [27] Malahan SP4 dan SP5 semasa diperiksa balas mengesahkan tiada siasatan ke atas rekod pembayaran gaji dan rekod kehadiran OKT di syarikat Smart Cut & Smart Wash, (AR The Great Resources). Disahkan juga OKT juga tidak tinggal di situ. [28] Adalah lebih malang lagi, SP5 juga gagal menyiasat CCTV yang berada di premis tersebut yang boleh menunjukkan tujuan keberadaan OKT di sana. Diperturunkan keterangan SP5 mengenainya: J: DAHUA is a brand of CCTV. Q: Sekiranya ia CCTV premis tersebut, manakah gambar-gambar dari premis tersebut yang boleh menunjukkan bahawa OKT bekerja di Smart Cut tersebut? J: Tiada [29] Dapatan-dapatan ini hanya menunjukkan siasatan yang tidak sempurna dan Mahkamah ini tidak boleh menerimanya. Mahkamah ini merujuk kepada kes Pendakwa raya v Yap Chai Yee [2016] 1 MLJ 1 di mana Hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan tentang ‘shoddy investigation’ yang jelas memprejudiskan Tertuduh. “[58] The shoddy investigation by SP5 had also incurred the wrath of the trial judge. The failure of SP5 to investigate promptly and thoroughly had clearly prejudiced the accused as held by the trial judge. His Lordship had made extensive reference to the evidence given by SP5 at pp 34–37 of the notes of proceedings. In the case of Chan King Yu v Public Prosecutor [2009] 1 MLJ 457, the Federal Court said as follows: S/N n32SByrab06BxXP8scBjw