menjalani pengawasan polis menurut seksyen 27(1) Akta 792 untuk tempoh 3 tahun setelah selesai menjalani hukuman pemenjaraan. [3] Pada 12.8.2022, Mahkamah ini telah menolak rayuan tersebut dan mengekalkan keputusan hukuman yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan. [4] Perayu yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah merayu ke Mahkamah Rayuan Malaysia dengan memfailkan 3 Notis Rayuan masing-masing bertarikh 16.8.2022. Pertuduhan [5] Secara keseluruhannya, Perayu telah dituduh di Mahkamah Sesyen Putrajaya dalam 3 kes dengan jumlah 7 pertuduhan kesalahan yang mana kesemuanya di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 seperti berikut: Rayuan Jenayah No. BA-42JSKH-12-10/2021 Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 27.9.2019 jam lebih kurang 9 malam, bertempat di dalam kereta Toyota Harrier nombor pendaftaran PFP 2494 yang parkir di hadapan Masjid As-Solihin Kampung Padang Jawa, Jalan Padang Jawa, Kampung Padang Jawa, Seksyen 16, 41300 Shah Alam, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru agama tabligh, telah melakukan sesuatu amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki bernama XXXXXXXX, No. KP: XXXXXX-XX-XXXX berumur 12 tahun 2 bulan dengan cara menyuruh kanak-kanak tersebut menghisap kemaluan kamu bagi tujuan seksual. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama seksyen 16(1) Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 30.9.2019 jam lebih kurang 5 petang, bertempat di Lot 1415U, No.6 Jalan Mat Raji, Padang Jawa, 40200 Shah Alam, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru agama tabligh, telah melakukan sesuatu amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki bernama XXXXXXXX, No. KP: XXXXXX-XX-XXXX berumur 12 tahun 2 bulan dengan cara menyuruh kanak-kanak tersebut menghisap kemaluan kamu bagi tujuan seksual. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama seksyen 16(1) Akta yang sama.” Pertuduhan Ketiga “Bahawa kamu pada 5.10.2019 jam lebih kurang 8 malam, bertempat di dalam kereta Toyota Harrier nombor pendaftaran PFP 2494 yang parkir di hadapan Alam Idaman Service Apartment, di tepi Jalan Budiman 22/3, 40300 Shah Alam, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru agama tabligh, telah melakukan sesuatu amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki bernama XXXXXXXX, No. KP: XXXXXX-XX-XXXX berumur 12 tahun 2 bulan dengan cara menyuruh kanak-kanak tersebut menghisap kemaluan kamu bagi tujuan seksual. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama seksyen 16(1) Akta yang sama.” Rayuan Jenayah No. BA-42JSKH-13-10/2021 Pertuduhan “Bahawa kamu pada 4.10.2019 jam lebih kurang 6 petang, bertempat di dalam kereta Toyota Harrier nombor pendaftaran PFP 2494 yang sedang bergerak di kawasan lampu isyarat Simpang Empat Jalan Padang Jawa, Jalan Sungai Rasau dan Persiaran Selangor, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru agama tabligh, telah melakukan sesuatu amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki bernama XXXXXXXX, No. KP: XXXXXX-XX-XXXX berumur 12 tahun 2 bulan dengan cara menarik tangan kanak-kanak tersebut dan menggosokkan tangannya ke kemaluan kamu bagi tujuan seksual. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama seksyen 16(1) Akta yang sama.” Rayuan Jenayah No. BA-42JSKH-14-10/2021 Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 21.9.2019 jam lebih kurang 7 pagi, bertempat di dalam kereta Toyota Harrier nombor pendaftaran PFP 2494 yang parkir di hadapan Restoran Ayza’s Nasi Kandar dan Kari Kepala Ikan beralamat Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru agama tabligh, telah melakukan sesuatu amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki bernama XXXXXXXX, No. KP: XXXXXX-XX-XXXX berumur 12 tahun 2 bulan dengan cara menyentuh, menggosok dan memegang kemaluan beliau dengan tangan kamu bagi tujuan seksual. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama seksyen 16(1) Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 22.9.2019 jam lebih kurang 1 tengahari, bertempat di Surau Al-Muhajirin, Taman Sri Rasau, Jalan Batu Tiga Lama, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru agama tabligh, telah melakukan sesuatu amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki bernama XXXXXXXX, No. KP: XXXXXX-XX-XXXX berumur 12 tahun 2 bulan dengan cara menggesel kemaluan kamu di celah punggung beliau bagi tujuan seksual. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama seksyen 16(1) Akta yang sama.” Pertuduhan Ketiga “Bahawa kamu pada 30.9.2019 jam lebih kurang 5 petang, bertempat di di Lot 1415U, No.6 Jalan Mat Raji, Padang Jawa, 40200 Shah Alam, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru agama tabligh, telah melakukan sesuatu amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki bernama XXXXXXXX, No. KP: XXXXXX-XX-XXXX berumur 12 tahun 2 bulan dengan cara menggunakan kemaluan kamu menggesel celah punggung beliau bagi tujuan seksual. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama seksyen 16(1) Akta yang sama.” [6] Ketiga-tiga kes dalam Mahkamah Sesyen Putrajaya tersebut telah dibicarakan bersama-sama (joint trial) dan rayuan jenayah ke atas ketiga- tiga kes tersebut dalam Mahkamah ini juga telah didengar secara bersama atas persetujuan oleh pihak-pihak. [7] Peruntukan hukuman (sentencing provision) bagi kesalahan-kesalahan yang dipertuduh tersebut adalah sama seperti peruntukan kesalahan (offence provision) iaitu di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan seperti berikut: “Physical sexual assault on a child