Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI (2) SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-150-10/2022 PENDAKWA RAYA
BA-45A-150-10/2022
High Court of Malaysia15 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“h pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan mestilah membuktikan elemen “custody”, “control” dan “possession”. Elemen-elemen tersebut telah dibincangkan dengan terperinci di dalam kes Leow Nghee Lim v. Red [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 1 MLJ, seperti berikut: "Custody means having care or guardianship; goods in cust”
“rti berikut: “[17] The idea of exclusivity features in the meaning of ‘possession’ in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: ... It is often said that ‘possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclus”
“ng merupakan ibu OKT dan mengambil pendekatan berhati-hati dalam mempertimbangkan keterangan SP3. Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang-undang mantap yang diputuskan di dalam kes Balasingam v PP [1959] MLJ 193 di muka surat 194, yang mana Mahkamah memutuskan: "After all there is no legal presumption that an intere”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.” S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 [26] Prinsip undang-undang adalah mantap berkai”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI (2) SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-150-10/2022 PENDAKWA RAYA
1
OKT dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: Bahawa kamu pada 17.2.2022 jam lebih kurang 11.40 malam bertempat di tepi jalan Persiaran Setia Perdana, Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 235.6 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. 04/12/2024 09:29:14 Kand. 48 S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan.
2
OKT tidak mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan oleh Jurubahasa dan mohon dibicarakan. FAKTA KES [3] Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT iaitu seperti berikut: SP1 Insp Darwis bin Aripin (Pengadu) SP2 Sjn Farid (jurustor) SP3 Kasturei a/p Rajan (pemilik rumah/ibu OKT) SP4 Sjn Alif Haffiz bin Ahmad Termizi (anggota serbuan) SP5 Insp Fadlee Syah bin Muhammad Rosli (pegawai penyiasat) SP6 Harlisa binti Haidhir Harminder (ahli kimia)
4
Pada 15.11.2021, jam lebih kurang 10.00 malam, SP1 (Pengadu) bersama anggota serbuan telah membuat serbuan di sebuah rumah blok E-G07, Apartment Permai, Jalan PJU 10/1, Damansara Damai, Petaling Jaya (tempat kejadian).
5
Sampai di tempat kejadian, SP1 telah menahan OKT dan 3 lagi lelaki India di hadapan rumah tersebut. SP1 telah mengarahkan keempat-S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 empat lelaki tersebut masuk ke dalam rumah dan SP1 telah masuk ke dalam bilik pertama sebelah kiri rumah. Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh SP1 telah menjumpai 1 beg galas berwarna biru bertulis Quechua yang tergantung di tingkap dalam bilik tersebut.
6
Apabila diperiksa beg tersebut, SP1 telah menjumpai 1 balutan surat khabar Bahasa Tamil yang mengandungi 2 ketulan mampat daun kering yang dibaluti dengan kertas berwarna emas dan salotape disyaki dadah ganja. Turut dijumpai dalam beg tersebut adalah 2 bilah pisau dan kad pengenalan OKT.
7
Kemudian, semasa pemeriksaan sedang dijalankan oleh SP1 dan anggota serbuan, telah hadir seorang lagi lelaki India ke rumah tersebut. SP1 telah menahan kelima-lima lelaki tersebut dan merampas barang kes untuk dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.
8
Barang kes dadah yang dirampas telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh SP6 (ahli kimia). Hasil analisa barang kes dadah adalah dadah berbahaya jenis Cannabis berat bersih 412.3 gram.
9
Bagi membuktikan OKT melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B ADB 1952 sepertimana di dalam pertuduhan pihak Pendakwa Raya perlu membuktikan intipati berikut:
a
Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya; S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ
b
OKT mempunyai kawalan, jagaan dan milikan terhadap dadah-dadah tersebut;
c
OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut;
d
OKT mengedar dadah tersebut. [10] Bagi elemen pertama, pihak pendakwaan menghujahkan barang rampasan dadah telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh SP6 dan hasil analisa adalah sebagaimana yang terkandung dalam laporan kimia eksibit P23. [11] Tangkapan ke atas OKT telah berlaku di hadapan rumah yang didiaminya sendiri. Pemeriksaan dalam bilik tidur OKT telah menjumpai 1 beg biru (P6A) yang tergantung di tingkap bilik tersebut. [12] Hasil pemeriksaan dalam P6A telah menjumpai 1 balutan surat khabar Bahasa Tamil (P6(A1)) dan di dalamnya mengandungi 2 ketulan mampat daun kering dibalut kertas berwarna emas dan salotape (P10 & P11) disyaki dadah ganja dan (1) plastic warna merah (P6(A2)) mengandungi (11) paket plastic lutsinar (P12 (1 – 11)) yang berisi dadah disyaki ganja. Turut dijumpai dalam P6A yang sama adalah 2 bilah pisau (P6 (A3 & A4)) dan 1 kad pengenalan milik OKT (P6 (A5)). [13] Berkenaan dengan rumah tempat OKT ditangkap, SP3 iaitu ibu kepada OKT sahkan bahawa rumah tersebut adalah rumah milik dirinya dan suaminya. S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ [14] SP3 sahkan bahawa 3 – 4 bulan sebelum kejadian OKT ditangkap, SP3 telah tinggal bersama anak perempuannya di Selayang. SP3 menyatakan bahawa hanya SP3 dan OKT sahaja yang tinggal di rumah tersebut. Kadang kala ada juga rakan-rakan OKT yang tinggal dan tidur di rumah tersebut. [15] SP3 menyatakan bahawa bilik pertama sebelah kiri iaitu bilik yang mana SP1 menjumpai barang kes dadah adalah bilik OKT. Malah, SP3 menyatakan yang kawan-kawan OKT tidak tidur di rumah tersebut setiap hari dan yang akan menggunakan bilik itu adalah OKT sahaja. [16] Hal ini jelas menunjukkan bahawa sememangnya OKT yang mempunyai akses penuh kepada bilik tersebut kerana bilik tersebut adalah bilik OKT sendiri dan dadah dijumpai dalam beg yang tergantung di tingkap bilik tersebut. [17] Mengenai elemen pengetahuan, pihak pendakwaan berhujah bahawa OKT mempunyai pengetahuan berkenaan dadah yang dijumpai dalam P6A kerana terdapat barang peribadi milik OKT iaitu kad pengenalan OKT dalam beg tersebut. Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Hooman Khanloo v Public Prosecutor [2015] 5 MLJ 199 untuk menyokong hujahannya. [18] Selain itu, reaksi OKT yang ketakutan apabila barang kes dadah dijumpai oleh SP1 juga terjumlah kepada “conduct” dalam seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Pihak pendakwaan merujuk kepada Amathevelli a/p P Ramasamy v PP [2009] 2 MLJ 367 untuk meyokong hujahannya. S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ [19] Bagi pembuktian elemen mengedar, pihak pendakwaan menggunakan seksyen 37(da)(vi) Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh hal yang demikian, berdasarkan kepada berat bersih dadah yang dirampas sebagaimana pertuduhan, pihak pendakwaan menggunakan anggapan undang-undang ini untuk menyatakan yang OKT memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran. HUJAHAN PIHAK PEMBELAAN [20] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa berdasarkan alasan/isu berikut, kes pihak pendakwaan telah gagal dibuktikan secara Prima Facie. Secara ringkasnya pihak pembelaan berhujah-
a
Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan penjagaan dan kawalan (Custody & Control) ; - Keterangan Pegawai Serbuan – Insp Darwis Bin Aripin (SP1) - Keterangan Pegawai Serbuan – Sarjan Allif Haffiz Bin Ahmad Tarmizi (SP4) - Keterangan Pegawai Penyiasat – Insp Fadlee Syah Bin Muhammad Rosli - Keterangan SP-3 – Kasturi a/p Rajen ( Emak OKT) - Tiada apa-apa kunci rumah yang telah dirampas daripada anak guam
b
Percanggahan keterangan yang material di antara saksi-saksi pihak pendakwaan mengenai (i) isu Kad pengenalan dan Borang Bongkar & (ii) Isu mengenai jikalau tombol S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ kunci bilik pertama sebelah kiri rumah tersebut telah rosak ataupun berfungsi semasa kejadian.
c
Kegagalan membuktikan elemen pengetahuan (knowledge).
d
Isu SP-3 sebagai Saksi Belot (Hostile Witness) ataupun Saksi Berkepentingan (Interested Witness).
e
Kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi saksi yang penting dan material di dalam kes ini.
f
Rakaman Percakapan Tertuduh. TUGAS MAHKAMAH [21] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan satu kes prima facie di bawah s. 180 Kanun Tatacara Jenayah sebelum tertuduh dipanggil membela diri bagi menjawab pertuduhan tersebut. [22] Di dalam kes Mohamad Radhi Bin Yaakob V. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311, Mahkamah Agong telah memutuskan: "It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v. PP). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt". [23] Menyentuh isu yang sama, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) di dalam kes Looi Kow Chai & Anor V. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menyatakan: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question : If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal". [24] Dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 Mahkamah Persekutuan memutuskan: S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ "[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ' prima facie case ' in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase 'prima facie case ' is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary 11th Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. [22]...Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case". S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ [25] Selanjutnya di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[8] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.” S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ [26] Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH PERMOHONAN PIHAK PENDAKWAAN - SP3 SEBAGAI SAKSI BELOT [27] Mahkamah ini mengambil maklum mengenai keterangan SP3 yang merupakan ibu OKT dan mengambil pendekatan berhati-hati dalam mempertimbangkan keterangan SP3. Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang-undang mantap yang diputuskan di dalam kes Balasingam v PP [1959] MLJ 193 di muka surat 194, yang mana Mahkamah memutuskan: "After all there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of the evidence to the contrary and the surrounding circumstances." [28] Secara dasarnya keterangan saksi berkepentingan adalah diterima melainkan terdapat alasan kukuh untuk tidak mempercayai keterangan saksi berkepentingan tersebut berasaskan kepada S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ keterangan sebaliknya dan keadaan persekitaran. Sepertimana di dalam kes Magendran Mohan v PP [2011] 1 CLJ, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “It is clear to us that from the testimony she was an interested witness with a grudge against the appellant and had a purpose of her own to serve.” [29] Isu yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan mengenai prosiding saksi belot (hostile witness) ialah apabila terdapat percanggahan antara rakaman percakapan dan keterangan SP3 di Mahkamah mengenai kunci rumah tempat kejadian. [30] Pihak Pendakwaan menunjukkan semula keterangan yang diberikan oleh SP3 berkaitan kunci rumah sebagaimana berikut: i) Rumah ini ada 5 set kunci. ii) Yang ada kunci adalah SP3, suami SP3, kakak OKT, OKT dan rakan OKT bernama Sharvin. [31] Pihak Pendakwaan telah menggariskan percanggahan yang ketara bagi jawapan yang diberikan oleh SP3 dengan rakaman percakapannya P20: S: Terdapat berapa anak kunci pendua rumah kamu? J: Ada dua satu pada saya dan satu lagi kunci ada pada anak saya tetapi kunci yang ada pada saya telah hilang. [32] Pihak Pendakwaan telah meneruskan dengan prosiding saksi belot dengan membuat permohonan kepada Mahkamah di bawah seksyen 145 Akta Keterangan 1950. S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ [33] Pihak pendakwaan seterusnya meneruskan menyoal SP3 berkenaan perbezaan jawapan yang diberikan. Jawapan SP3 ialah beliau tidak faham dengan perkataan “duplicate” atau kunci pendua. [34] SP3 semasa disoal balas oleh peguambela menyatakan bahawa beliau tidak faham maksud perkataan “kunci pendua”. Menurut SP3 juga, rakaman percakapan tidak dibacakan semula kepada beliau oleh pegawai penyiasat (SP5). [35] Pihak pendakwaan juga semasa pemeriksaan utama kepada pegawai penyiasat (SP5) yang dipanggil selepas (SP3) tidak menanyakan soalan sama ada rakaman percakapan SP3 telah dibaca semula kepada SP3 untuk menyangkal keterangan SP3 bahawa rakaman percakapan beliau tidak dibaca semula kepada SP5. [36] Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan mendapati bahawa keterangan SP3 di Mahkamah tidak disangkal oleh SP5. [37] Mahkamah juga mendapati bahawa tombol pintu bilik pertama sebelah kiri rumah yang mana barang kes dadah dijumpai telah rosak dan tidak berfungsi. Perkara ini disahkan oleh SP5 dan juga rakaman percakapan OKT (eksibit D25). Selain itu, tidak ada apa-apa kunci yang telah dirampas daripada OKT untuk pihak pendakwaan dapat menyokong hujahannya bahawa terdapat percanggahan ketara keterangan SP3. S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ [38] Oleh itu, tidak ada keterangan yang menyokong hujahan pihak pendakwaan untuk SP3 sebagai saksi belot. Kes-kes dirujuk pihak pendakwaan adalah dibezakan. Dapatan Mahkamah atas isu ini ialah SP3 bukan saksi belot dan keterangan beliau diterima Mahkamah. IDENTITI DADAH TIDAK DIPERTIKAIKAN [39] Mengenai elemen pertama identiti dadah, Mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan tidak mempertikaikan mengenai elemen pertama dan Mahkamah ini berpuas hati bahawa tidak ada keraguan yang berbangkit bahawa barang kes sepertimana eksibit P10 dan P11 adalah dadah berbahaya sepertimana di bawah Jadual Pertama kepada ADB 1952. AKSES OLEH B2, B3, B4, B5 DAN KAKAK OKT KEPADA BILIK BARANG KES DADAH DIJUMPAI [40] Pemilikan merupakan intipati penting yang mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan mestilah membuktikan elemen “custody”, “control” dan “possession”. Elemen-elemen tersebut telah dibincangkan dengan terperinci di dalam kes Leow Nghee Lim v. Red [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 1 MLJ, seperti berikut: "Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and power of control over them, not amounting to possession. Control must be proved as a fact and it must arise from the relation of the person to the goods, irrespective of whether they are contraband. S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ Probably the most helpful definition of possession is:- "The relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons." This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge. A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge." [41] Mengenai pembuktian pengetahuan, keputusan Mahkamah Persekutuan yang sering dirujuk ialah kes Parlan bin Dadeh v. Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717 yang memutuskan bahawa elemen pengetahuan boleh dilihat dari inferen atau kesimpulan fakta. Petikan yang dirujuk adalah seperti berikut: "Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge." [42] Manakala Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209; [2009] 2 MLJ 194 memutuskan seperti berikut: “[17] The idea of exclusivity features in the meaning of ‘possession’ in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: ... It is often said that ‘possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that ‘possession must be exclusive’ is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. … [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession.” [43] Berdasarkan nas undang-undang di atas, dapatlah disimpulkan bahawa “milikan” juga tidak bermaksud hanya milikan eksklusif. Ia merujuk kepada keupayaan pemiliknya untuk berurusan dengan dadah tersebut “power of disposal to the exclusion of others.” [44] Berbalik kepada naratif kes ini, barang kes dadah dijumpai di bilik pertama sebelah kiri rumah tempat kejadian. Wajar dinyatakan di sini juga bahawa barang kes tidak dijumpai pada OKT. [45] Ketika serbuan dibuat, SP1 (pegawai serbuan) telah melihat empat orang lelaki sedang berdiri di luar rumah. Pintu hadapan rumah terbuka. SP1 terus menahan OKT dan 3 lelaki India dan SP1 mengarahkan semua lelaki India tersebut masuk ke dalam rumah. SP1 masuk ke bilik pertama sebelah kiri rumah. [46] Hasil pemeriksaan dibuat oleh SP1 telah menjumpai 1 beg galas berwarna biru tertulis Quecha (eksibit P6(A1) yang tergantung di tingkap dalam bilik tersebut. SP1 menjumpai dadah barang kes dan kad S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ pengenalan OKT (eksibit P6(A5) yang menjadi pertikaian oleh peguambela. [47] Semasa pemeriksaan dibuat oleh SP1, telah datang seorang lagi lelaki India ke rumah tersebut. SP1 kemudiannya menahan kesemua lelaki India yang seramai lima orang. [48] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa OKT mempunyai akses sepenuhnya ke atas bilik yang mana barang kes dijumpai kerana – a. Bilik pertama sebelah kiri ialah bilik OKT. b. Pengesahan SP3 bahawa 3-4 bulan sebelum tarikh kejadian, SP3 telah tinggal bersama anak perempuannya di Selayang. c. SP3 memberi keterangan hanya OKT sahaja yang tinggal di rumah tersebut dan kadang kala ada juga rakan OKT yang tinggal dan tidur di rumah tersebut. [49] Terdapat 4 orang suspek lain (B2-B5) yang ditangkap bersama OKT. Mahkamah ini perlu menekankan di sini bahawa pihak pendakwaan telah memilih untuk mendakwa OKT dan B2-B5 tidak didakwa. [50] Persoalan kepada Mahkamah, adakah terdapat keterangan yang kukuh membuktikan bahawa OKT mempunyai ekslusif akses bilik berkenaan dengan mengecualikan akses bilik tersebut oleh B2-B5 (to the exclusion of others of the drugs in question) dan beban pembuktian ini terletak di bahu pendakwaan. Rujuk Chan Wei Loon v PP & Anor Appeal [2021] 6 CLJ 623. S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ [51] SP5 (pegawai penyiasat) memberi keterangan bahawa hasil siasatan beliau, individu bernama Ruben (salah seorang suspek) telah membawa masuk satu plastic merah ke dalam rumah tempat kejadian sebelum pihak polis sampai. Keterangan ini juga adalah konsisten dengan rakaman percakapan OKT. Barang kes dadah juga dijumpai dalam plastic berwarna merah. [52] Hasil siasatan SP5 juga mendapati bahawa kakak dan kawan-kawan OKT mempunyai akses ke bilik pertama sebelah kiri rumah tersebut yang dikatakan dimiliki oleh OKT. Keterangan SP5 juga adalah selari dengan keterangan SP3 (emak OKT). [53] Sepertimana naratif kes ini, terdapat lima orang suspek yang ditangkap termasuk OKT. Tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa dadah dijumpai hasil pandu arah OKT atau pengakuan OKT bahawa beliau menyorok barang dadah. [54] Berbeza dengan kes Mahkamah Persekutuan PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209. Tertuduh (Responden) telah memberitahu pegawai serbuan mengenai dadah barang kes apabila ditanya tentang di mana kanabis lain disimpan. Tertuduh telah menunjukkan barang kes dadah yang disimpan di bawah katilnya. Mahkamah Persekutuan telah mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan memutuskan bahawa pernyataan yang dibuat oleh Tertuduh/Responden diterima dengan betul dan menunjukkan Tertuduh mengetahui tentang kewujudan kanabis di bawah katilnya. Oleh itu, Tertuduh diputuskan oleh Mahkamah mempunyai milikan atas kanabis tersebut. [55] Terdapat beberapa autoriti yang memutuskan bahawa apabila terdapat beberapa orang yang mempunyai akses terhadap tempat kejadian, S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ adalah tidak tepat untuk menyimpulkan bahawa hanya tertuduh sahaja yang mempunyai akses kepada tempat kejadian. Ini sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Agong di dalam kes Choo Yoke Choy v PP [1992] 1 CLJ Rep 43 yang mana diputuskan seperti berikut: “(2). With regard to the recovery of the drugs in the appellant’s room, the evidence before the court was not sufficient to establish that the appellant alone had the drugs in his custody or under his control as there were two people occupying the room at the material time. The prosecution must therefore prove that both the appellant and his wife had custody or control of the drugs by establishing a common intention between them in order to succeed.” [56] Begitu juga di dalam kes Mahkamah Agong Gooi Loo Seng v PP [1993] 2 MLJ 137, yang mana Mahkamah telah mengenepikan sabitan ke atas tertuduh kerana dadah dijumpai di dalam bilik yang dihuni oleh tertuduh bersama teman wanitanya. Oleh itu, teman wanita tertuduh juga mempunyai akses ke atas bilik berkenaan. Edgar Joseph Jr memutuskan: “We need hardly add, that even if the appellant had known of the presence of the heroin in his bedroom, that by itself would not have been sufficient to establish that he was in possession or in control of it given the fact that others too, and certainly his girlfriend Tan Ah Kwai, had access to the bedroom and could have concealed the heroin there. At the end of the day, this was a case of the proverbial cap which might have fitted not just the head of the appellant but that of others as well.” [57] Haruslah ditekankan di sini bahawa berdasarkan kepada autoriti-autoriti di rujuk di atas, adalah jelas bahawa walaupun terdapat kes yang mana tertuduh memandu arah tempat dadah disimpan, ia bukanlah bukti S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ mencukupi untuk mengaitkan tertuduh sekiranya terdapat bukti bahawa terdapat pihak lain yang mempunyai akses ke atas tempat kejadian. [58] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati naratif kes ini memihak kepada OKT kerana salah satu fakta kritikal ialah dadah dijumpai oleh SP1 bukan hasil pandu arah oleh OKT. Berdasarkan kepada naratif kes ini, pengecualian akses kepada barang kes dadah oleh B2-B5/suspek, kakak OKT telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [59] Tidak ada seorang pun daripada individu-individu tersebut dipanggil (kecuali ibu OKT) sebagai saksi pendakwaan yang boleh mengesahkan bahawa OKT yang membawa barang kes dadah ke dalam bilik tersebut atau meletakkan barang kes dadah di dalam bag yang tersangkut di dalam bilik OKT. SP5 (pegawai penyiasat) juga bersetuju dengan cadangan peguambela semasa soal balas bahawa keterangan B2-B5 adalah mustahak untuk memberitahu Mahkamah sama ada mereka mempunyai akses kepada bilik tersebut. [60] Mahkamah juga berpandangan keterangan Ruben yang membawa plastik merah juga adalah mustahak untuk mengesahkan sama ada plastik merah yang dijumpai di dalam beg Quechua adalah plastik yang berbeza daripada plastic yang dijumpai di dalam beg tersebut. Rujuk Ghasem Hozouri Hassan v PP [2014] 5 MLJ 433. PERCANGGAHAN KETERANGAN ANGGOTA SERBUAN (SP1 DAN SP4) MENGENAI KAD PENGENALAN OKT DI DALAM BEG QUECHUA BERISI BARANG KES DADAH [61] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah kerana kad pengenalan S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ OKT dijumpai di dalam beg Quechua. Ini sepertimana keterangan SP1 (pegawai serbuan) bahawa kad pengenalan atas nama OKT dijumpai di dalam beg tersebut. Borang bongkar dibuat oleh SP1 di balai polis. [62] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati SP4 (salah seorang pegawai serbuan) memberi keterangan yang bercanggah dengan SP1. Semasa pengadu menjumpai beg tersebut, beliau telah mengambil keluar setiap satu barang yang ada di dalam beg tersebut dan dalam proses itu tidak ada kad pengenalan OKT yang dijumpai. [63] SP4 juga memberi keterangan bahawa beliau melihat sendiri bahawa borang bongkar telah diisi oleh SP1 dan ditandatangani oleh B2-B5 di tempat kejadian dan bukannya di balai polis sepertimana keterangan SP1. [64] Mahkamah juga mendapati bahawa pihak pembelaan telah menyoal balas SP1 semasa SP1 memberi keterangan di Mahkamah dan telah mencabar SP1 bahawa terdapat 2 borang bongkar di dalam kes ini. Pihak pendakwaan telah mencadangkan perkara ini kerana di dalam repot polis pengadu, repot polis pertama-tiada apa-apa mengenai kad pengenalan yang dijumpai dalam beg tersebut. Pengadu telah membuat repot polis yang kedua di dalam kes ini yang mana dikatakan pengadu telah lupa menyatakan di dalam repot asal bahawa terdapat satu kad pengenalan atas nama OKT yang dijumpai di dalam beg jenama Quechua tersebut. Oleh disebabkan kegagalan pengadu SP1 menyatakan mengenai kad pengenalan OKT ini se-awal-awalnya di repot polis asal/repot pertama, Mahkamah ini berpandangan keterangan SP1 diragukan. S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ [65] Keterangan pengadu/SP1 bercanggah dengan keterangan anggota serbuan SP4 dan percanggahan ini adalah satu percanggahan yang material kerana kewujudan kad pengenalan OKT di dalam beg jenama “Quechua” tersebut menjurus kepada kebarangkalian akses dan pengetahuan OKT terhadap beg tersebut. [66] Perkara ini menjadi lebih kritikal kerana keterangan SP4 mengenai tempat borang bongkar ditandatangani dan dibuat juga berbeza dan bercanggah dengan SP1. SP4 mengatakan borang bongkar dibuat di tempat kejadian dan SP1 sebaliknya mengatakan borang bongkar dibuat di balai polis. Maka wujudnya satu inferens oleh Mahkamah ini bahawa terdapat 2 borang bongkar di dalam kes ini, yang pertama tanpa kad pengenalan OKT, dan borang bongkar yang kedua pula adanya kad pengenalan OKT. [67] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa ini merupakan salah satu perbuatan SP1 untuk “plant evidence” ataupun “fabricate evidence” terhadap OKT di dalam kes ini melalui kad pengenalan dan borang bongkar. Pihak pembelaan bersandarkan hujahannya kepada keputusan Mahkamah Persekutuan Chan Kin Yu v PP [2009] 1 CLJ 601 yang mana di dalam kes ini apabila saksi saksi polis sendiri memberi keterangan yang berbeza mengenai sesuatu isu dan saksi saksi tersebut bukannya saksi saksi berkepentingan, Mahkamah Persekutuan berpendapat ianya adalah berunsur keterangan palsu yang direka oleh pegawai polis dimana Mahkamah Rayuan dan Mahkamah S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ Tinggi telah gagal memberi perhatian yang sewajarnya kepada isu ini. Mahkamah memutuskan : “(4) On the appellant’s claim that the police party planted the evidence of the incriminating items against him, there was justification to find that the raiding party actually entered the appellant’s room earlier in the absence of the appellant. Both the High Court and the Court of Appeal failed to consider that evidence which was corroborated by the defence witnesses but instead chose to believe the testimony of the prosecution witnesses. There were material contradictions or discrepancies in the evidence of the prosecution witnesses when compared with that of the defence witnesses. Further, there was a clear fabrication of evidence by the prosecution witnesses. (paras 83, 89 & 90) [83] Having carefully considered the evidence adduced as a whole there is a justification to find that the raiding party had actually entered the appellant’s room earlier in the absence of the appellant. On this point I am of the view the learned trial judge and the Court of Appeal Judges failed to consider the evidence of DW2 and DW3 at all, who were independent witnesses and had no reason or interest to lie. The learned judges chose instead to believe the testimony of PW5 and PW7 who were police witnesses and took part in the raid. Neither did the learned judges give any reason for rejecting DW2’s and DW3’s evidence. [90] Based on the above version of the prosecution’s witnesses PW5 and PW7, I am of the view there is a clear fabrication of the evidence because DW2 who is not an interested witness had testified that he opened the door of the room 1303 only once at the request of the police using the key-card he carried along and there was no force used… …” [68] Oleh itu, Mahkamah ini meragui keterangan SP1 dan juga terdapat kegagalan di pihak pendakwaan untuk memberikan penjelasan melalui keterangan saksi pendakwaan akan percanggahan tersebut dan Mahkamah ini membuat dapatan bahawa benefit of the doubt S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ should be given to the accused. Rujuk Goh Ming Han v Public Prosecutor [2015] 3 MLJ 781. [69] Mahkamah ini juga telah mengambil perhatian kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Kesavan Krishnan v PP dan satu lagi rayuan [2015] 6 CLJ 163 mengenai penerimaan keterangan saksi pendakwaan (saksi polis) yang bergantung kepada fakta dan keadaan sesuatu kes yang mana Mahkamah telah memutuskan: “[40] … Pada pandangan kami, proposisi undang-undang bahawa keterangan saksi-saksi polis hendaklah secara prima facie diterima oleh mahkamah tidak boleh dipakai secara universal tanpa pengecualian. Ia banyak bergantung kepada fakta dan keadaan yang wujud dalam sesuatu kes.” OKT TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN - OKT TIDAK MENGEDAR DADAH [70] Mahkamah ini juga telah mempertimbangkan eksibit D25 iaitu rakaman percakapan OKT yang tidak ada pengetahuan mengenai dadah barang kes. [71] Ini juga disokong oleh SP5 yang mana bersetuju dengan peguambela OKT bahawa daripada rakaman percakapan D25, OKT tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai. [72] Memandangkan pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pengetahuan, anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 adalah tidak terpakai. Rujuk kes Sathya Vello v PP [2022] 4 MLJ 111. S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ S/N sEnOtaxIa0GtDbosdaNxQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.