Content
1
JA-62RS-50-06/2025
Sessions Court of Malaysia22 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kepada masyarakat umum bahawa perbuatan seumpama ini tidak akan dikompromi oleh Mahkamah. [17] Pandangan ini selaras dengan prinsip yang digariskan oleh Zakaria Yatim J dalam kes PP v. Lee Tak Keong [1988] CLJU 217; [1989] 1 MLJ 307U, di mana beliau menyatakan bahawa: S/N 4r82vEd4A0bdGtC0ej/vQ **Note : Serial number wi”
“li, bergantung kepada tahap keganasan dan kecederaan terhadap mangsa. (Rujuk kes Muhamad Elias bin Muhamed Yusoff v Public Prosecutor [2016] 12 MLJ 306, Prevendren a/l Subramaniam v Public Prosecutor [2021] MLJU 1863, Pendakwa Raya lwn Lau Chin Huat [2011] 9 MLJ 540) S/N 4r82vEd4A0bdGtC0ej/vQ **Note : Serial number wil”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Pada 30.6.2025, Abul Sathali Habib Mohamed (OKT) telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan pindaan (Lampiran A) “BAHAWA KAMU PADA 20/05/2025, JAM LEBIH KURANG 1.26 PAGI, BERTEMPAT DI JALAN SENA, TAMAN RINTING, 81750 MASAI, DI DALAM DAERAH JOHOR BAHRU, DI DALAM NEGERI JOHOR, TELAH MELAKUKAN ROMPAKAN DENGAN BERSENJATAKAN SENJATA MAUT IAITU SEBILAH PISAU PANJANG LEBIH KURANG 26CM BERSERTA HULU TIADA JENAMA TERHADAP MASDATUL AKHMAL BIN ABD MAJID (NO. K/P: 790912-01-5571) YANG MANA KAMU TELAH S/N 4r82vEd4A0bdGtC0ej/vQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 MEROMPAK SEBUAH KERETA JENIS HONDA CIVIC (NO PENDAFTARAN: PMP5504) YANG BERADA DALAM MILIKAN MASDATUL AKHMAL BIN ABD MAJID (NO. K/P: 790912-01- 5571). OLEH YANG DEMIKIAN, KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 392 KANUN KESEKSAAN DAN DIBACA BERSAMA 397 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN SEKSYEN 392 KANUN KESEKSAAN: HENDAKLAH DIHUKUM DENGAN PEMENJARAAN YANG BOLEH SAMPAI EMPAT BELAS (14) TAHUN DAN HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN DENDA ATAU SEBATAN. HUKUMAN UNTUK SEKSYEN 397 KANUN KESEKSAAN: HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN SEBATAN.
2
Pertuduhan telah diterangkan dan dibacakan kepada OKT dalam Bahasa Melayu secara jelas, terang dan difahami oleh OKT dan OKT mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan.
3
Mahkamah telah berpuas hati bahawa OKT memahami sifat dan akibat pengakuan salah, terutamanya mengenai hukuman yang bakal dikenakan sebagaimana dinyatakan di bawah undang-undang.
4
Fakta kes dibacakan kepada OKT dan telah diakui benar. OKT juga telah mengakui benar eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. S/N 4r82vEd4A0bdGtC0ej/vQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
5
Mahkamah telah menerima pengakuan bersalah yang dibuat oleh OKT terhadap pertuduhan di bawah seksyen 392 dibaca bersama seksyen 397 Kanun Keseksaan. Sebelum sabitan direkodkan, Mahkamah telah memberi ruang kepada OKT untuk mengemukakan faktor-faktor mitigasi bagi tujuan pertimbangan hukuman.
6
Dalam rayuannya, OKT memohon agar Mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan atas alasan bahawa dia mempunyai tanggungan keluarga di negara asal dan datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan bagi melangsaikan hutang keluarga. OKT menyesali perbuatannya yang telah menyalahi undang-undang negara ini.
7
Pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah memberikan suatu hukuman yang berat terhadap OKT mengambilkira fakta kes yang dibacakan dan keseriusan jenayah yang dilakukan oleh OKT.
8
Setelah meneliti dan mempertimbangkan fakta kes, eksibit-eksibit yang dikemukakan, rayuan mitigasi oleh OKT dan rayuan pemberatan oleh pendakwaan, mahkamah telah mendapati OKT bersalah sebagaimana pertuduhan dan mensabitkan OKT sebagaimana pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun dari tarikh tangkap dan 2 kali sebatan. S/N 4r82vEd4A0bdGtC0ej/vQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
9
OKT telah tidak berpuas hati terhadap hukuman bagi pertuduhan yang dijatuhkan oleh mahkamah dan telah memfailkan rayuan sepertimana dinyatakan dalam notis rayuan bertarikh 4.11.2025.
10
Dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini mengambil kira pengakuan bersalah pada peringkat awal oleh OKT telah menjimatkan masa dan kos perbicaraan. Seperti dinyatakan dalam kes Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 CLJ 441, pengakuan salah dianggap sebagai faktor mitigasi yang penting kerana ia bukan sahaja menjimatkan masa dan perbelanjaan negara, malah mengelakkan kesulitan kepada saksi-saksi yang perlu hadir memberikan keterangan.
11
Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT turut berpandukan prinsip yang telah dinyatakan oleh Hashim Yeop A. Sani J dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256, di mana beliau menyatakan: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote the passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball 35 CR App R 164 as follows: In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the S/N 4r82vEd4A0bdGtC0ej/vQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induced him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves to the court to decide what is, within that maximum the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe.”
12
Mahkamah menegaskan bahawa prinsip ini menuntut agar dalam menjatuhkan hukuman, faktor kepentingan awam hendaklah sentiasa menjadi pertimbangan utama. Hukuman bukan sahaja berperanan untuk menghukum, tetapi juga berfungsi sebagai pencegahan dan pengajaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.
13
Namun demikian, dalam menegakkan kepentingan awam, Mahkamah juga tidak boleh mengetepikan faktor peribadi dan latar belakang OKT supaya hukuman yang dijatuhkan bersifat adil, seimbang serta memberi ruang kepada OKT untuk insaf dan memperbaiki diri, selaras dengan matlamat keadilan yang menyeluruh. S/N 4r82vEd4A0bdGtC0ej/vQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
14
Dalam kes ini, OKT telah mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kesalahan samun terhadap sebuah kenderaan milik mangsa, seorang pemandu Grab, pada jam lebih kurang 1.26 pagi. Berdasarkan fakta kes, OKT telah gagal membayar tambang perjalanan setelah tiba di destinasi yang dipesan, iaitu di Jalan Sena, Taman Rinting, 81750 Masai.
15
Tindakan tersebut menimbulkan pertengkaran antara OKT dan mangsa sehingga berlaku pergelutan. Dalam pergelutan itu, OKT telah mengeluarkan sebilah pisau sepanjang lebih kurang 26 sentimeter, berpemegang tanpa jenama, dan mengacukannya ke arah mangsa. Akibat ketakutan, mangsa telah memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan keluar daripada kereta. Peluang tersebut telah digunakan oleh OKT untuk melarikan diri bersama kereta milik mangsa.
16
Mahkamah menegaskan bahawa perbuatan OKT ini merupakan kesalahan yang amat serius dan telah menimbulkan ketakutan serta trauma kepada mangsa. Mahkamah menyedari dan menitikberatkan secara serius peningkatan serta kekerapan kejadian samun di seluruh negara.Sehubungan itu, Mahkamah berpandangan bahawa kepentingan awam menuntut agar hukuman yang tegas dan setimpal dikenakan, bukan sahaja bagi tujuan pencegahan dan pengajaran terhadap OKT, tetapi juga sebagai peringatan keras kepada masyarakat umum bahawa perbuatan seumpama ini tidak akan dikompromi oleh Mahkamah.
17
Pandangan ini selaras dengan prinsip yang digariskan oleh Zakaria Yatim J dalam kes PP v. Lee Tak Keong [1988] CLJU 217; [1989] 1 MLJ 307U, di mana beliau menyatakan bahawa: S/N 4r82vEd4A0bdGtC0ej/vQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 “The offence of robbery is rampant today and in most cases dangerous weapons are used. In some cases the victims of the robberies sustain injuries: see Goh Chong Wee v. PP Federal Territory Criminal Application No. CR 52-60-1987 and PP v. Mustanina bin Daing Sinring & Anor Criminal Application No. 51- 125 of 1987. In cases of robbery the court must take into consideration the element of public interest. This means that the court must impose a deterrent sentence not only to deter the respondent from committing the same offence again but to deter others from committing the same type of crime.”
18
Sehubungan itu, Mahkamah berpandangan bahawa dalam kesalahan seumpama ini, kepentingan awam mesti diutamakan dan hukuman pencegahan (deterrent sentence) perlu dikenakan agar mesej yang jelas dapat disampaikan bahawa perlakuan jenayah samun, khususnya melibatkan senjata berbahaya, tidak diberi toleransi oleh Mahkamah.
19
Mahkamah turut meneliti trend of sentencing bagi kesalahan di bawah seksyen 392 dan seksyen 397 Kanun Keseksaan yang melibatkan penggunaan senjata atau ancaman kekerasan. Berdasarkan semakan terhadap beberapa kes terdahulu, mahkamah-mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara antara 6 hingga 8 tahun serta sebatan antara 1 hingga 4 kali, bergantung kepada tahap keganasan dan kecederaan terhadap mangsa. (Rujuk kes Muhamad Elias bin Muhamed Yusoff v Public Prosecutor [2016] 12 MLJ 306, Prevendren a/l Subramaniam v Public Prosecutor [2021] MLJU 1863, Pendakwa Raya lwn Lau Chin Huat [2011] 9 MLJ 540) S/N 4r82vEd4A0bdGtC0ej/vQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8
20
Mahkamah ini menegaskan bahawa penggunaan senjata tajam dalam kes samun merupakan faktor pemberat yang signifikan dan perlu diambil kira sewajarnya dalam penentuan hukuman.
21
Dalam kes ini, OKT telah menggunakan sebilah pisau sepanjang kira-kira 26 sentimeter semasa melakukan samun terhadap mangsa yang tidak bersenjata. Tindakan sedemikian jelas menunjukkan unsur kekerasan dan ancaman yang nyata terhadap keselamatan mangsa. Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa hukuman yang setimpal dan bersifat pencegahan wajar dikenakan bagi mencerminkan kehendak undang-undang serta memastikan kepentingan awam terus terpelihara.
22
Mahkamah juga menegaskan bahawa dalam kes jenayah yang melibatkan unsur keganasan dan penggunaan senjata, hukuman pencegahan mesti dikenakan sebagai prinsip asas, walaupun pesalah mengaku bersalah pada peringkat awal.
23
Adalah tidak wajar untuk mahkamah bersikap terlalu berlembut terhadap pesalah bersenjata dan ganas melainkan terdapat faktor mitigasi yang benar-benar kukuh. Masyarakat berhak untuk hidup dengan aman dan dilindungi daripada individu yang mencabul hak keselamatan mereka. Perlindungan ini tidak akan tercapai sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman yang terlalu ringan dan tidak mencerminkan keseriusan kesalahan.(Rujuk kes Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572).
24
Oleh yang demikian, mengambil kira keseluruhan faktor di atas, penggunaan senjata dalam kes ini, serta keperluan menegakkan S/N 4r82vEd4A0bdGtC0ej/vQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 kepentingan awam, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman penjara selama 5 tahun dari tarikh tangkap serta 2 sebatan yang telah dijatuhkan terhadap OKT adalah munasabah, memadai dan tidak bertentangan dengan mana-mana prinsip undang-undang, serta wajar dikekalkan. Bertarikh: 12/11/2025 ……………………………. Hidayatul Syuhada binti Shamsudin Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Pendakwaan: TPR Siti Fatimah binti Mamu Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor S/N 4r82vEd4A0bdGtC0ej/vQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.