Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA KES JENAYAH NO. CA – 62D – 256 – 08 / 2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN ADNAN BIN MANSHOR … ORANG KENA TUDUH (NO. KP 680323-06-5151)
CA-62D-256-08/2023
Sessions Court of Malaysia1 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“. [23] Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup, atau hukuman penjara yang tidak kurang dari 5 tahun bersama tidak kurang dari 10 sebatan rotan. Seksyen 3 Criminal Justice Act 1953 mentakrifkan hukuman penjara seumur hidup sebagai hukuman penjara selama 30 tahun. Dalam rayuan”
“ikan (possession). Dalam kes Zulfikar bin Mustaffah v Public Prosecutor [2001] 1 SLR 633 Yong Pung How CJ ada menyatakan: “For the element of ‘possession’ (within the meaning of s 17 of the Misuse of Drugs Act) to be established, it must not only be shown that the accused has physical control of the drugs at the releva”
“ertuduhan terhadap OKT. [12] Berkenaan kehilangan seluar panjang yang dipakai oleh OKT pada masa kejadian, peguambela telah merujuk kepada penghakiman Mahkamah Tinggi dalam kes PP lwn. Sabirin Kadir [2024] CLJU 2313 dalam mana berbeza dengan kes ini, laporan polis berkenaan kehilangan seluar pendek yang dipakai oleh te”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA KES JENAYAH NO. CA – 62D – 256 – 08 / 2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN ADNAN BIN MANSHOR … ORANG KENA TUDUH (NO. KP 680323-06-5151)
1
Orang Kena Tuduh (OKT) telah dituduh melakukan kesalahan mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya jenis methamphetamine. Pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa berbunyi seperti berikut: ‘Bahawa kamu pada 23hb Mei 2023, jam lebih kurang 8.30 malam, bertempat di rumah alamat D246 Jalan Bukit Setongkol Perkampungan Cenderawasih, di dalam daerah Kuantan, di dalam negeri Pahang Darul Makmur, telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis methamphetamine (syabu) (berat bersih : 31.42 gram). Dengan itu kamu telah melakukan satu S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) (Pindaan 1998) dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.’
2
Pengadu dalam kes ini adalah Sub Inspektor Johan bin Hashim (SP5). Pada waktu yang material, beliau telah mengetuai sepasukan anggota polis melakukan operasi di kawasan Cenderawasih, Kuantan dengan menaiki 3 buah kereta yang berasingan. Apabila sampai di tempat kejadian, SP5 telah nampak OKT berdiri di hadapan rumah tersebut. SP5 telah keluar dari kereta yang beliau naiki lalu pergi ke arah OKT dan memperkenalkan diri beliau sebagai anggota polis. OKT telah cuba melarikan diri tetapi telah berjaya ditangkap setelah OKT dikejar oleh SP5 bersama anggota pasukan beliau.
3
Selepas OKT berjaya ditangkap, SP5 telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas OKT. Dalam poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakai oleh OKT, SP5 telah menjumpai satu uncang berwarna hitam (ekshibit P10). Dalam uncang tersebut, SP5 telah menjumpai 1 paket plastik lutsinar (ekshibit P5) yang berisi serbuk dan ketulan kejernihan yang disyaki dadah jenis syabu. SP5 telah seterusnya merampas barang-barang tersebut. Kemudian, SP5 bersama pasukan beliau telah membuat pemeriksaan di rumah di mana OKT dilihat berdiri sebelum melarikan diri. Setelah tidak menjumpai apa-apa barang salah dalam rumah tersebut, SP5 telah membawa OKT dan barang-barang yang dirampas ke pejabat beliau di Ibupejabat Polis Kontinjen Pahang. Di sana, SP5 telah menimbang berat barang-barang yang dirampas dengan menggunakan S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 penimbang digital dan seterusnya menurunkan tandatangan beliau dan menulis tarikh rampasan pada barang-barang tersebut. Selepas itu SP5 telah menyediakan borang geledah bagi barang-barang yang dirampas dan membuat laporan polis tentang kejadian iaitu Kuantan Report 11201/23 (ekshibit P16). SP5 kemudian menyerahkan barang-barang rampasan yang telah beliau masukkan ke dalam sampul surat kepada Inspektor Azwan bin Mohd Sharif (SP7) yang bertindak sebagai pegawai penyiasat kes ini. Menurut SP5, barang-barang rampasan tersebut telah berada dalam kawalan beliau seorang dari masa ia dirampas sehingga ia dibawa balik ke pejabat.
4
SP7 mengesahkan SP5 telah menyerahkan OKT bersama uncang berwarna hitam dan paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kejernihan kepada beliau pada jam lebih kurang 4.30 pagi 24 Mei 2023. SP7 telah menyimpan barang-barang tersebut dalam almari besi berkunci dalam pejabat beliau. Pada jam lebih kurang 8.00 malam hari yang sama, SP7 telah mengeluarkan barang-barang tersebut dari almari besi berkenaan untuk beliau membuat tandaan ‘EJ1’ pada uncang berwarna hitam dan tandaan ‘EJ2’ pada paket plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan kejernihan berkenaan. Selepas mengarahkan jurugambar yang bertugas untuk mengambil gambar kedua-dua barang tersebut, SP7 telah memasukkan paket plastik lutsinar yang beliau tandakan ‘EJ2’ itu ke dalam satu sampul surat yang beliau tandakan ‘EJL’ dan memateraikan sampul tersebut dengan materai Polis Di-Raja Malaysia 685. Kemudian, SP7 telah menyimpan sampul surat tersebut dalam almari besi berkunci di pejabat beliau. S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
5
Pada 26 Mei 2023, SP7 telah mengeluarkan sampul surat bertanda ‘EJL’ itu dari almari besi berkunci di pejabat beliau sebelum membawanya ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang dan menyerahkannya kepada ahli kimia Mohd Shahir bin Zakaria (SP2). SP2 mengesahkan sampul surat tersebut (ekshibit P4) berisi paket plastik yang bertanda ‘EJ2’ iaitu ekshibit P5 yang berisi bahan kristal jernih. SP2 telah menghomogenkan bahan kristal jernih tersebut dengan menggunakan mesin pengisar sebelum menjalankan analisa ke atas sampel perwakilan dari bahan yang telah dihomogenkan itu. Hasil analisa beliau mendapati keseluruhan bahan kristal jernih yang terkandung dalam paket plastik ekshibit P5 mengandungi 31.42 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine. SP2 kemudian memasukkan baki bahan yang tidak dijalankan analisa ke dalam paket plastik yang beliau tandakan ‘MSZ’ (ekshibit P6). Paket plastik itu seterusnya dimasukkan ke dalam sampul surat ekshibit P4 dan dimateraikan dengan pelekat keselamatan Jabatan Kimia Malaysia. Pada 6 Julai 2023, SP2 telah menyerahkan sampul surat ekshibit P4 bersama isi kandungannya dan juga laporan kimia (ekshibit P7) berkenaan hasil analisa beliau terhadap bahan kristal jernih yang beliau terima itu kepada SP7. Pada petang hari yang sama, SP7 telah membawa sampul surat ekshibit P4 itu ke stor barang kes untuk disimpan di sana. Sampul surat tersebut kemudian dibawa ke mahkamah semasa perbicaraan kes ini pada 4 Mac 2024 dan telah dicamkan oleh SP2 sebagai sampul surat yang isi kandungannya beliau jalankan analisa. S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
6
Di akhir kes pendakwaan, peguambela OKT telah antara lain menghujahkan perkara-perkara berikut:
1
Pertuduhan yang dikemukakan terhadap OKT adalah cacat kerana ia tidak menyatakan dengan spesifik di mana letaknya dadah berbahaya yang dikatakan berada dalam milikan OKT dan ini adalah bercanggah dengan peruntukan seksyen 153(1) Kanun
2
Satu-satunya dokumen yang menyatakan dadah berbahaya tersebut dijumpai dalam poket hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai oleh OKT adalah laporan polis ekshibit P16 dan pihak pendakwa telah gagal mengemukakan senarai geledah yang boleh menyokong keterangan SP5 berkenaan tempat dadah berbahaya tersebut dijumpai; dan 3. Seluar panjang yang dipakai oleh OKT pada masa kejadian tidak dikemukakan sebagai ekshibit kerana dikatakan telah hilang dari simpanan semasa OKT ditahan di lokap namun tiada laporan polis yang dibuat berkenaan kehilangan seluar tersebut. [7] Akta Dadah Berbahaya 1952 tiada menyatakan apa maksud pemilikan (possession). Dalam kes Zulfikar bin Mustaffah v Public Prosecutor [2001] 1 SLR 633 Yong Pung How CJ ada menyatakan: “For the element of ‘possession’ (within the meaning of s 17 of the Misuse of Drugs Act) to be established, it must not only be shown that the accused has physical control of the drugs at the relevant time; the prosecution must also prove that the accused possessed the requisite knowledge as to the contents of what he was carrying.” S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg Kenyataan Yong Pung How CJ tersebut telah dipersetujui oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Parlan bin Dadeh v PP [2008] 6 MLJ 19. Berkenaan apa yang terjumlah kepada pengetahuan (knowledge), Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut seterusnya menyatakan: “The law is clear and well settled. Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge.” [8] Dalam kes Parlan, satu beg plastik hitam telah dijumpai pada bahagian hadapan seluar jeans yang dipakai oleh perayu. Dalam beg plastik tersebut, terdapat beg plastik lutsinar yang berisi blok tumbuhan kering mampat yang kemudiannya disahkan adalah cannabis. Keterangan menunjukkan perayu kelihatan terkejut (shocked or stunned) apabila pegawai polis yang menahan beliau memperkenalkan diri sebagai pegawai polis sebelum menjalankan pemeriksaan ke atas OKT sehingga membawa kepada penemuan beg plastik yang berisi cannabis tersebut. Mahkamah Persekutuan menyatakan inferens yang boleh dibuat daripada kelakuan perayu yang kelihatan terkejut dengan berlatarbelakangkan keterangan-keterangan lain yang dikemukakan, adalah perayu mempunyai pengetahuan tentang apa bahan yang beliau bawa pada masa tersebut. S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg [9] Saya telah membuat penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa dan telah mempertimbangkan perkara-perkara yang dihujahkan oleh peguambela OKT dan saya berpuashati pihak pendakwa telah berjaya membuktikan melalui keterangan terus bahawa paket plastik ekshibit P5 yang berisi serbuk dan ketulan kejernihan yang disahkan oleh SP2 sebagai mengandungi dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 31.42 gram itu telah berada dalam milikan OKT pada masa kejadian. Keterangan SP5 bahawa paket plastik itu berada dalam uncang ekshibit P10 yang dijumpai dalam poket hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai oleh OKT telah gagal dicabar oleh pihak pembelaan. Uncang tersebut bukan berada dalam ruang yang tersembunyi pada seluar yang dipakai oleh OKT yang boleh memungkinkan OKT tidak menyedari kehadiran uncang berkenaan pada diri beliau. Tindakan OKT melarikan diri sebaik SP5 memperkenalkan diri sebagai anggota polis telah menimbulkan inferens bahawa OKT mempunyai pengetahuan uncang yang berada dalam poket seluar beliau itu berisi dadah berbahaya. Kenyataan Mahkamah Agung dalam kes Abdullah Zawawi bin Yusoff v PP [1993] 3 MLJ 1 yang tindakan perayu melarikan diri adalah juga konsisten dengan kelakuan seorang yang berada dalam keadaan panik tidak terpakai kepada kes ini kerana kes ini dan kes Abdullah Zawawi mempunyai fakta yang berbeza. Dalam kes Abdullah Zawawi, perayu hanya melarikan diri selepas dadah berbahaya ditemui. Dalam kes ini OKT telah melarikan diri sebaik pihak polis memperkenalkan diri kepada beliau dan sebelum dadah berbahaya ditemui pada beliau lagi. Rantaian keterangan terhadap serbuk dan ketulan kejernihan yang S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg berada dalam uncang ekshibit P10 tersebut adalah terpelihara dari masa ianya dijumpai oleh SP5 di tempat kejadian sehingga ia selesai dianalisa oleh SP2 dan seterusnya dikemukakan ke mahkamah sebagai ekshibit dan saya berpuashati bahan yang dianalisa oleh SP2 itu adalah bahan yang sama yang dirampas oleh SP5 daripada OKT. [10] Berkenaan hujahan yang dikemukakan oleh peguambela OKT, Seksyen 153(1) Kanun Tatacara Jenayah menyatakan: ‘The charge shall contain such particulars as to the time and place of the alleged offence and the person, if any, against whom or the thing, if any, in respect of which it was committed as are reasonably sufficient to give the accused notice of the matter with which he is charged.’ Pertuduhan yang dikemukakan dalam kes ini mematuhi peruntukan seksyen 153(1) tersebut. Tarikh, masa dan tempat di mana kesalahan tersebut berlaku ada dinyatakan dan ini adalah cukup untuk memberi OKT notis berkenaan kesalahan mana yang beliau dipertuduhkan. Tiada apa-apa yang mencadangkan OKT telah terkeliru berkenaan apa yang dipertuduhkan terhadap beliau apabila pertuduhan tidak menyatakan dadah berbahaya tersebut dijumpai dalam poket seluar yang beliau pakai. OKT mungkin boleh terkeliru sekiranya terdapat lebih daripada 1 paket plastik yang berisi dadah berbahaya jenis methamphetamine yang ditemui pada beliau dan beliau memerlukan kepastian paket plastik mana yang dikaitkan dengan pertuduhan terhadap beliau, tetapi itu bukan apa yang berlaku dalam kes ini. [11] Kegagalan pihak pendakwa mengemukakan senarai geledah juga tidak memudaratkan kes pihak pendakwa. SP5 telah memberi S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg keterangan lisan bahawa paket plastik yang kemudiannya disahkan mengandungi dadah berbahaya jenis methamphetamine itu telah dijumpai dalam poket hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai oleh OKT. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, keterangan tersebut telah gagal dicabar oleh pihak pembelaan. Berdasarkan peruntukan seksyen 59 Akta Keterangan 1950, keterangan lisan SP5 itu adalah memadai bagi membuktikan pertuduhan terhadap OKT. [12] Berkenaan kehilangan seluar panjang yang dipakai oleh OKT pada masa kejadian, peguambela telah merujuk kepada penghakiman Mahkamah Tinggi dalam kes PP lwn. Sabirin Kadir [2024] CLJU 2313 dalam mana berbeza dengan kes ini, laporan polis berkenaan kehilangan seluar pendek yang dipakai oleh tertuduh dalam kes tersebut ada dibuat. Namun demikian YA Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes tersebut turut mencadangkan laporan polis yang dibuat berkenaan kehilangan seluar pendek itu bukan satu-satunya alasan mengapa beliau menolak hujahan pihak pembelaan bahawa rantaian keterangan yang mengaitkan tertuduh dengan dadah berbahaya dalam kes tersebut telah terputus. Menurut YA Pesuruhjaya Kehakiman, terdapat keterangan lain, termasuk keterangan lisan saksi, laporan polis dan senarai geledah yang mengesahkan kewujudan seluar pendek tersebut. [13] Dalam kes Phung Geok Hoay lwn Pendakwa Raya [2013] 3 MLJ 728, baju kemeja yang dalam poketnya dadah berbahaya ditemui tidak dikemukakan ke mahkamah sebagai ekshibit dan tiada penjelasan diberikan berkenaan ketinggalan tersebut. Mahkamah S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg Rayuan dalam menolak hujahan pihak pembelaan bahawa terdapat keraguan sama ada perayu ada memakai baju yang dimaksudkan pada masa kejadian menyatakan: “Perlu diambil perhatian bahawa baju bukanlah merupakan hal perkara pertuduhan yang sekiranya tidak dikemukakan di mahkamah akan menjejaskan kes pihak pendakwaan. Dengan ketiadaan baju ini sebagai ekshibit sekalipun, terdapat keterangan lain yang kukuh untuk hakim bicara mendapati perayu bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya.” ‘Keterangan lain’ yang dimaksudkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut adalah keterangan lisan saksi, laporan polis tentang kejadian dan senarai geledah yang dikeluarkan. [14] Dalam kes ini keterangan lisan SP5 yang disokong oleh laporan polis ekshibit P16 yang dibuat oleh beliau mengesahkan dadah berbahaya yang berada dalam paket plastik yang dimasukkan ke dalam uncang berwarna hitam telah ditemui dalam poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakai oleh OKT. SP5 telah mengecam seluar panjang yang kelihatan dalam gambar ekshibit P12A – E sebagai seluar panjang yang dimaksudkan. Menurut SP7, gambar ekshibit P12A – E itu telah diambil di lokap oleh jurugambar pada 27 Mei 2023 atas arahan beliau. [15] Adalah diakui tiada senarai geledah yang dikemukakan kepada mahkamah dalam kes ini namun SP5 menyatakan beliau ada mengeluarkan senarai geledah yang telah kemudiannya beliau serahkan kepada SP7 bersama barang-barang rampasan. SP7 juga mengesahkan beliau ada menerima senarai geledah daripada SP5 S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg tetapi kemudian mendapati ianya telah hilang dari kertas siasatan kes ini. SP7 mengesyaki senarai geledah itu telah disalah letak (misplaced) semasa beliau menyediakan salinan diakui sah bagi dokumen tersebut. Saya tiada sebab untuk tidak mempercayai keterangan SP5 dan SP7 berkenaan kewujudan senarai geledah bagi kes ini. Seorang lagi anggota polis yang terlibat dalam serbuan pada malam tersebut iaitu Koperal Khalis bin Arazmi (SP6) juga memberi keterangan bahawa beliau ada bersama SP5 pada masa SP5 menyediakan senarai geledah tersebut. Walaupun tanpa senarai geledah itu, saya berpuashati keterangan lisan SP5 yang disokong oleh laporan polis yang dibuat oleh beliau adalah memadai untuk membuktikan OKT memakai seluar panjang pada masa kejadian dan dadah berbahaya yang menjadi perkara subjek dalam kes ini telah ditemui dalam poket hadapan sebelah kanan seluar tersebut. [16] Berdasarkan perkara-perkara yang telah dinyatakan, saya memutuskan pihak pendakwa telah berjaya mengwujudkan kes prima facie terhadap OKT bagi pertuduhan dalam kes ini dan saya telah memanggil OKT untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut. [17] OKT telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah. OKT adalah satu-satunya saksi yang memberi keterangan bagi pihak pembelaan. OKT menafikan dadah berbahaya jenis methamphetamine yang dimaksudkan adalah milik beliau. OKT juga menafikan seluar yang ditunjukkan dalam gambar P12A – E adalah seluar yang dipakai oleh beliau pada masa kejadian. Sebaliknya OKT mendakwa seluar yang beliau pakai pada masa kejadian mempunyai S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg koyakan yang besar pada kedua-dua poketnya dan tidak memungkinkan apa-apa barang boleh disimpan dan dijumpai di dalamnya. [18] Dakwaan OKT bahawa poket seluar yang beliau pakai pada masa kejadian mempunyai koyakan sehingga tidak memungkinkan apa-apa barang disimpan di dalamnya hanya dibangkitkan untuk kali pertama semasa OKT memberi keterangan di peringkat kes pembelaan. Perkara tersebut tidak pernah diajukan kepada SP5 selaku pengadu mahupun kepada SP7 selaku pegawai penyiasat kes ini. Dakwaan OKT bahawa seluar yang ditunjukkan dalam gambar ekshibit P12A – E bukan seluar yang dipakai oleh beliau pada masa kejadian juga tidak pernah dibangkitkan semasa SP5 atau SP7 memberi keterangan dan hanya dibangkitkan semasa OKT sendiri memberi keterangan. Menurut OKT, beliau telah bercadang untuk membangkitkan berkenaan koyakan pada poket seluar yang dipakai oleh beliau apabila seluar tersebut dikemukakan ke mahkamah semasa kes pendakwaan namun tidak berpeluang untuk berbuat demikian apabila SP7 memaklumkan seluar tersebut telah hilang dari simpanan. [19] Adalah jelas pembelaan yang dikemukakan oleh OKT bahawa dadah berbahaya jenis methamphetamine tersebut bukan ditemui dalam milikan beliau atas alasan poket seluar yang dipakai oleh beliau pada masa kejadian koyak dan tidak boleh menyimpan dadah berbahaya tersebut adalah sesuatu yang direka bagi tujuan pembelaan beliau. Jika perkara itu benar, tiada sebab untuk ia tidak S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg dibangkitkan semasa SP5 memberi keterangan bagi memberi peluang untuk SP5 mengiakan atau menafikannya. Dalam kes Ng Tiam Kok & Yang Lain lwn PP [2013] 1 CLJ 632, pembelaan ketiga-tiga tertuduh tidak diajukan kepada saksi-saksi pihak pendakwa dan telah ditimbulkan buat pertama kali di peringkat kes pembelaan. Ahmad Maarop HMR selepas mendengar rayuan mereka menyatakan: “Bagi kami, jika pembelaan mereka itu benar tidak ada sebab kenapa mereka telah terlepas pandang untuk mengajukannya kepada saksi-saksi pihak pendakwaan. Keperluan untuk mengajukan (put) kes mereka kepada saksi-saksi pihak pendakwaan bukan sekadar kaedah teknikal undang-undang, tetapi adalah kaedah penting keadilan” [20] Saya tidak dapat menerima dakwaan OKT bahawa beliau tidak berpeluang untuk membangkitkan berkenaan koyakan pada kedua-dua belah poket seluar panjang yang beliau pakai pada masa kejadian semasa kes pendakwaan memandangkan seluar tersebut tidak dikemukakan ke mahkamah. OKT hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa poket seluar tersebut koyak. Beliau tidak perlu membuktikan poket seluar tersebut benar-benar koyak. Dalam keadaan ini, OKT tidak perlu menunggu seluar tersebut dikemukakan ke mahkamah sebelum beliau boleh membangkitkan pembelaan beliau itu. [21] Berkenaan tindakan OKT melarikan diri pada masa kejadian, penjelasan yang diberikan oleh beliau adalah beliau tidak mengetahui SP5 dan anggota pasukan beliau adalah anggota polis memandangkan mereka semua tidak memakai pakaian seragam. S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg OKT berasa khuatir kumpulan orang yang menyerbu ke arah beliau itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap beliau. Menurut OKT, beliau tidak akan melarikan diri sekiranya beliau mengetahui kumpulan orang yang menyerbu ke arah beliau pada masa itu adalah anggota polis. Saya juga tidak dapat menerima penjelasan OKT ini kerana ia bertentangan dengan keterangan SP5. Menurut SP5, beliau telah memperkenalkan diri beliau kepada OKT sebagai anggota polis dan selepas itu baru OKT melarikan diri. Keterangan SP5 itu telah gagal dicabar oleh pihak pembelaan. Ini menunjukkan OKT sudah mengetahui kumpulan orang yang menghampiri beliau sebelum beliau melarikan diri itu adalah anggota polis. Dalam keadaan ini inferens bahawa OKT mempunyai pengetahuan terdapat dadah berbahaya jenis methamphetamine dalam poket seluar yang dipakai oleh beliau pada masa kejadian telah gagal dipatahkan oleh OKT. [22] Di akhir perbicaraan, saya telah mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT dengan mengambil kira keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwa, sebagaimana yang telah dimandatkan oleh Mahkamah
773
Persekutuan dalam kes Md Zainudin Bin Raujan v PP [2013] 3 MLJ Setelah saya membuat penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan dalam kes ini, saya berpuashati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah tidak lebih dari bersifat penafian semata-mata dan ia adalah tidak cukup untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwa. Atas kejayaan pihak pendakwa membuktikan pertuduhan terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg sehingga ke akhir kes pembelaan, saya tiada pilihan selain mendapati OKT bersalah terhadap pertuduhan dan saya mensabitkan OKT dengan kesalahan. [23] Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup, atau hukuman penjara yang tidak kurang dari 5 tahun bersama tidak kurang dari 10 sebatan rotan. Seksyen 3 Criminal Justice Act 1953 mentakrifkan hukuman penjara seumur hidup sebagai hukuman penjara selama 30 tahun. Dalam rayuan mitigasi, peguam bela OKT telah memohon hukuman yang minima sahaja dijatuhkan ke atas OKT. Peguambela telah merujuk kepada trend hukuman bagi kesalahan yang serupa, termasuk hukuman yang disenaraikan dalam kes Awang Mohd lwn. PP [2021] 1 LNS 1720. Menurut peguambela purata hukuman penjara bagi kesalahan yang serupa adalah antara 10 hingga 13 tahun. Timbalan Pendakwa Raya pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang bersifat pencegahan (deterrent). [24] Saya mengambil kira berat dadah berbahaya jenis methamphetamine dalam kes ini hanya 1.42 gram melebihi berat minima bagi hukuman yang diperuntukkan oleh seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pada masa yang sama, OKT tiada menunjukkan kekesalan di atas kesalahan yang beliau lakukan. Hukuman yang memberi pengajaran kepada OKT dan pada masa yang sama dapat memberi peringatan kepada orang lain supaya tidak melakukan kesalahan yang serupa perlu dijatuhkan. Atas sebab itu saya menjatuhkan ke atas OKT hukuman penjara selama 12 tahun. S/N XmczpWX6mkaHpKV36tPfHg Memandangkan OKT sudah melepasi usia 50 tahun pada masa hukuman dijatuhkan, saya tidak mengenakan hukuman sebat ke atas beliau, selaras dengan peruntukan seksyen 289(c) Kanun Tatacara Jenayah. Bertarikh 10 Oktober 2025 ………………………………. [AZMAN BIN MUSTAPHA] Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Pahang Bagi pihak Pendakwa Raya : Luqman Hakim bin Mohamad Usari, Siti Sarah binti Zainal Abiddin (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang) Bagi pihak Orang Kena Tuduh : Muhamad Saifuldin bin Ab Rahman (Tetuan Ahmad Rusydi Md Nor & Partners)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.