When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. ... "Section 102: On whom burden of proof of lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. ... Section 103: Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of the fact shall lie on any particular person. ... [7] Oleh itu, pihak Plaintif perlu membuktikan kesnya terhadap Defendan. Saksi-saksi Plaintif yang hadir di Mahkamah telah menyokong sepenuhnya tuntutan Plaintif dalam perkara ini. [8] Dalam masa yang sama, dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pihak Plaintif telah ditandakan sebagai eksibit dan tidak dibantah oleh Defendan. [9] Plaintif telah memanggil saksi-saksi bagi eksibit-eksibit yang dikemukakan. Defendan gagal mencabar saksi-saksi Plaintif tersebut. [10] Walaupun keterangan saksi-saksi dipertikaikan oleh Defendan, Defendan sendiri memilih untuk tidak memanggil mana-mana saksi bahkan beliau sendiri yang disaman juga tidak ingin memberi keterangan bersumpah di Mahkamah. [11] Mahkamah telah menerangkan prosedur sepatutnya dan mengesahkan perkara ini dengan Defendan. Defendan bukan memilih untuk submit No case to answer dan dalam masa yang sama memilih untuk menutup kes tanpa memanggil saksi. [12] Dalam kes JAAFAR SHAARI & SITI JAMA HASHIM v. TAN LIP ENG & ANOR, SUPREME COURT, KUALA LUMPUR [1997] 4 CLJ 509 memutuskan seperti berikut: Held: Per Peh Swee Chin FCJ [1] Since counsel for the respondents did not actually say that he wished to make a submission of no case to answer, the trial court was under no obligation to put to the election of counsel that he would not call any evidence. The respondents had, however, chosen to close their case at the end of the appellants' case, and they were entitled to do so although they would be in peril of not having the evidence of their most important witness and of having an adverse inference drawn against them for failing to call such evidence should the circumstances require such an adverse inference to be invoked against them. Gopal Sri Ram HMR dalam kes JAAFAR SHAARI di atas: [1] Ianya terletak pada hakim Mahkamah Sesyen untuk mengenakan pilihan pada peguam bagi pihak responden, iaitu bahawa jika beliau tidak memanggil keterangan, beliau akan kekal berpendirian atau jatuh berdasarkan keterangan beliau. Kaedah prosedur ini merupakan satu keadilan yang penting dan bukannya hanya suatu formaliti. Sebaik sahaja defendan dalam prosiding sivil memilih untuk tidak memanggil keterangan, maka kesemua keterangan yang dikemukakan oleh plaintif mestilah dianggap benar. [13] Mahkamah telah menjalankan tanggungjawab sewajarnya dan telah memberi nasihat serta ingatan kepada Defendan dalam membela tuntutan beliau. Walaubagaimanapun, tanpa keterangan dan saksi-saksi Defendan yang bakal mencabar keterangan saksi-saksi Plaintif, Mahkamah masih membuat dapatan berdasarkan keterangan saksi-saksi Plaintif sendiri dalam menyokong tuntutan Plaintif dan bukan semata-mata disebabkan kegagalan pihak Defendan untuk membela tindakan atau memanggil saksi bagi pihaknya. [14] Dalam membuat keputusan dan dapatan, Mahkamah merujuk kepada Perjanjian Tersebut di mana Terma perjanjian adalah mengikat pihak-pihak. Defendan sendiri dalam pembelaan mengakui tarikh siap kontrak adalah pada 12/5/2023. [15] Dokumen-dokumen yang telah difailkan di Mahkamah telah dimasukkan sebagai Ikatan Dokumen Bersama dan pihak-pihak telah bersetuju menandakan dokumen-dokumen tersebut sebagai eksibit. [16] P1 adalah Perjanjian Ubahsuai bertarikh 12/1/2023 yang mana terkandung syarat dan terma perjanjian. Tiada perjanjian lain samada perjanjian tambahan, sebut harga baru/perubahan sebut harga, variation order dan sebagainya dipersetujui antara kedua-dua pihak. Oleh itu P1 adalah asas bagi urusan antara Plaintif dan Defendan di sini. [17] Dalam Perjanjian Tersebut, adalah tidak dipertikaikan bahawa tempoh kerja ubahsuai adalah dalam masa empat (4) bulan mulai 12/1/2023 dan berakhir pada 12/5/2023. Ini sebagaimana Seksyen 5 klausa 3 Perjanjian Tersebut. [18] Defendan tidak menafikan keterangan SP1 bahawa Defendan telah mula masuk tapak pada 7/1/2023. Pada 12/5/2023, kerja-kerja ubahsuai tersebut belum disempurnakan oleh Defendan. Ini dibuktikan oleh keterangan SP1 bahawa Defendan telah memohon lanjutan masa bagi menyiapkan kerja-kerja sebagaimana di P5. Ini jelas membuktikan kerja-kerja belum siap pada tarikh sepatutnya. [19] Defendan gagal mencabar keterangan ini dalam pemeriksaan balas terhadap SP1. Ini juga disokong dengan keterangan bahawa pada 12/5/2023, atas permintaan isteri Defendan, Plaintif telah hadir ke Premis Tersebut untuk berbincang lanjut tentang kerja-kerja ubahsuai. Malangnya SP1 dapati kerja-kerja yang ada berlum disiapkan. Ini juga disokong oleh gambar di Premis Tersebut yang telah dikemukakan ke Mahkamah dan ditandakan sebagai eksibit P4. [20] Pada tarikh 12/5/2023 tersebut (hari akhir kerja-kerja ubahsuai sepatutnya disiapkan), SP1 juga mendapati bahawa bumbung telah dibina dengan kecerunan yang salah. SP1 telah maklumkan Defendan dan meminta Defendan untuk membetulkan isu bumbung ini dan membinanya mengikut pelan yang telah diluluskan. [21] Bagi isu ini, pihak Defendan gagal mencabar keterangan SP1. Dalam pembelaan ada dinyatakan tetapi iai gagal dicabar dalam pemeriksaan balas SP1 bahkan Defendan tidak memberi penjelasan dalam membela diri bagi isu ini. [22] Isu kecerunan bumbung ini ada disahkan oleh SP3 iaitu kontraktor baru yang telah dilantik oleh Plaintif bagi memperbaiki kecacatan kerja yang telah dilakukan oleh Defendan antaranya keadaan atap/bumbung yang dibina tidak selaras dengan pelan yang telah diluluskan. [23] Ini juga disokong oleh keterangan SP6 iaitu konsultan yang dilantik oleh Plaintif untuk menilai keadaan dan tahap kesiapan kerja-kerja Defendan. [24] Mahkamah sekali lagi ingin tekankan bahawa Defendan tidak membawa mana-mana saksi atau laporan konsultan lain bagi mencabar keterangan SP3 dan SP6 ini. [25] Isu kelewatan masa menyiapkan kerja-kerja ubahsuai ini juga adalah disokong dengan dokumen Defendan sendiri iaitu eksibit P5. P5 adalah surat bertarikh 29/5/2023 iaitu permohonan Defendan untuk memohon lanjutan masa selama 54 hari lagi beserta dengan surat bertarikh 5/6/2023. [26] P5 itu sendiri dibuat lebihkurang 2 minggu dari tarikh kerja sepatutnya siap. Permohonan Defendan juga telah ditolak dan telah dimaklumkan kepada Defendan melalui surat penolakan bagi lanjutan masa melalui surat bertarikh 14/6/2023. Plaintif berhak menamatkan Perjanjian Tersebut apabila Defendan sendiri gagal mematuhi terma dan syarat Perjanjian tersebut dari awal. [27] Adalah perlu diingatkan semula bahawa Defendan bersetuju bagi menjalankan kerja-kerja ini dengan nilai kontrak sebanyak RM180,000.00 dengan syarat dan terma nyata dalam Perjanjian Tersebut. Wang pendahuluan pula telah dibayar dan diterima oleh Defendan sebanyak RM100,000.00 sebagaimana eksibit P2 dan P3. Ini adalah fakta yang tidak dapat dipertikaikan. [28] Pada masa SP1 melawat Premis Tersebut iaitu pada tarikh akhir Perjanjian Tersebut, bukan sahaja kerja tidak siap bahkan banyak kecacatan dan ketidaksempurnaan kerja di pihak Defendan. Dalam Pliding dan pembelaan Defendan, Defendan hanya menafikan perkara ini dan bagi isu bumbung serta bangunan yang dibina tidak mengikut pelan, Defendan memplidkan bahawa jika perlu pembaikan kepada kecerunan bumbung contohnya, ia bukan dalam skop kerja asal dan Plaintif perlu memberikan Perjanjian dan sebut harga baru. [29] Mahkamah membuat dapatan bahawa ini adalah andaian dan hujahan Defendan yang tidak disokong oleh mana-mana bukti. Plaintif telah mengemukakan bukti menyokong dakwaan Plaintif di sini. [30] Bagi menyokong tahap kesiapan kerja dan mutu kerja Defendan, Plaintif telah melantik SP6 dan SP6 juga telah hadir melawat tapak dan menyediakan Laporan (P17). [31] Latarbelakang dan kelayakan SP6 tidak dicabar oleh pihak Defendan. SP6 adalah saksi yang berkelayakan bagi menyediakan Laporan Penilaian (P17) tersebut. Walaupun Defendan cuba mencabar P17, Defendan gagal memanggil mana-mana saksi yang layak bahkan Defendan sendiri bukan orang yang berkelayakan dalam memberi komen dan menyangkal Laporan Penilaian seorang juruukur bahan. [32] SP6 telah membuat lawatan tapak pada 13/6/2023 iaitu sehari sebelum Defendan memaklumkan Defendan permohonan lanjutan masa yang dipohon oleh Defendan adalah ditolak oleh Plaintif. Plaintif membuat keputusan Ini juga adalah antara lain hasil dari pemeriksaan SP6 ditapak pada ketika itu. [33] SP6 telah membuat lawatan tapak, membuat penilaian kemajuan kerja, menganalisa lukisan dan gambar-gambar kemajuan kerja, kajian dan Analisa terhadap Perjanjian Tersebut serta sebut harga dan kriteria kerja. Hasil daripada lawatan tapak, berdasarkan pengalaman dan kelayakan SP6, SP6 mendapati bahawa peratusan siap kerja adalah hanya sebanyak 27.00% daripada keseluruhan skop kerja projek ini. [34] Defendan cuba memcabar keterangan SP6 ini di Mahkamah. Defendan menyatakan bahawa kiraan SP6 adalah silap. Walaupun begitu, SP6 telah berjaya menerangkan dapatan beliau dengan sepatutnya sebagaimana Laporan Penilaian P17 tersebut. Defendan pula gagal memberikan laporan penilaian sendiri atau laporan penilaian dari pihak bertauliah dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Perlu diingatkan bahawa Defendan bukan orang yang layak dalam bidang ini dan SP6 juga tidak ada apa-apa kepentingan dalam tuntutan di sini. [35] Berdasarkan P17 tersebut, pihak Plaintif telah menilai semula kerja-kerja Defendan dan membuat perkiraan bagi melantik pihak kontraktor baru serta meneliti pelan ubahsuai bagi menyiapkan kerja-kerja yang tidak disiapkan oleh Defendan. [36] Ini bukanlah satu skop kerja baru atau kerja yang diluar Perjanjian Tersebut. Plaintif perlu melantik pihak ketiga dan mengalami pertambahan kos bagi menyelesaikan isu berbangkit iaitu membaiki dan membaipulih kecacatan dan masalah yang dimulakan oleh Defendan yang mana antaranya gagal mematuhi pelan yang telah dipersetujui dalam perjanjian. [37] Oleh demikian, Plaintif telah menamatkan khidmat Defendan dan melantik kontraktor baru iaitu AR Realty bagi menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian tersebut. Dalam keadaan ini, pihak Plaintif telah mengeluarkan kos yang perlu dibayar kepada AR Realty dan pihak AR Realty telah menuntut satu jumlah bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Plaintif juga telah membuat bayaran bagi kerja-kerja tersebut. [38] Dalam menentukan gantirugi yang dipohon oleh pihak Plaintif, Mahkamah merujuk kepada satu kes yang membenarkan satu jumlah pampasan bagi pecah kontrak yang perlu ditaksir dan dinilai oleh Mahkamah berdasarkan kerja-kerja yang telah dibuktikan. Mahkamah merujuk kes DREAM PROPERTY SDN BHD V ATLAS HOUSING SDN BHD [2015] 2 CLJ yang memutuskan seperti berikut: “This is a good place to point out that remedies for contractual disputes are generally compensatory in nature, with damages assessed based on loss suffered by the claimant.” [39] Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif berhak menuntut jumlah kerugian kesan daripada kegagalan Defendan menyempurnakan terma perjanjian. Plaintif terpaksa melantik kontraktor baru bagi menyiapkan projek. [40] Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan gantirugi yang dialami oleh Plaintif akibat kemingkiran Defendan sebagaimana berikut: a) kos melantik kontraktor baru AR Realty Enterprise = RM135,000.00 b) Kos kerja membaiki longkang infra = RM2,500.00 c) Tuntutan lebihan bayar = RM51,400.00 d) Kos melantik AMQS Consult untuk sediakan laporan = RM5,000.00 e) Kos kerja-kerja membekal, membaiki dan menyediakan system paip buangan untuk 3unit tandas = RM16,800.00 JUMLAH KESELURUHAN = RM210,700.00 [41] Walaupun dalam penyataan tuntutan, pihak Plaintif menuntut satu jumlah yang berbeza iaitu RM322,700.00, Mahkamah menggunakan budibicara bagi mentaksirkan kerugian ini berdasarkan resit dan bukti yang telah dikemukakan oleh pihak Plaintif dalam menyokong tuntutan di sini. [42] Bagi kos Plaintif melantik AR Realty untuk membuat kerja-kerja pembaikan dan menyiapkan baki kerja-kerja, SP5 telah hadir ke Mahkamah memberi keterangan bagi pihak AR Realty. Antara kerja-kerja yang perlu dibuat semula oleh SP5 adalah sebagaimana berikut: i) Kerja-kerja meroboh 2unit tebar layer sedia ada (keselahan rekabentuk); ii) Kerja-kerja membuka atap dan kerangka atap sedia ada di bahagian dapur dan patty wall jiran (kesalahan rekabentuk); iii) Kerja-kerja meroboh dan menaikkan level atap ruang tamu (jack-up) untuk mendapatkan curam (fall) yang sesuai; iv) Kerja-kerja penstrukturan semula; v) Kerja-kerja membuang sisa pembinaan dalam longkang dan kerja-kerja membina dan membaiki longkang; vi) Kos kerja-kerja membekal, membaiki dan menyediakan system paip buangan untuk 3unit tandas. [43] Kerja-kerja yang dinyatakan oleh SP5 ini bukan sahaja disokong oleh keterangan SP1 bahkan SP2, SP3, SP4 dan SP6. Keterangan dan bukti yang dikemukakan adalah selari dan menyokong keterangan SP5 di sini. [44] Bagi kos melantik kontraktor baru AR Realty Enterprise, Mahkamah membenarkan jumlah RM135,000.00 berdasarkan resit secara “online transfer" iaitu eksibit P9 dan P10. walaupun D cuba mencabar keterangan dan bukti ini, Mahkamah berpuashati bahawa SP5 telah berjaya menerangkan butiran kos yang perlu dikeluarkan bagi kerja-kerja yang dinyatakan. [45] Bagi kos kerja membaiki longkang infra pula, Mahkamah membenarkan jumlah RM2,500.00. Ia adalah sebagaimana di eksibit P8 dan P16. [46] Bagi kos tuntutan lebihan bayar, Mahkamah membenarkan jumlah RM51,400.00 berdasarkan kiraan peritus kesiapan kerja Defendan sebagaimana dalam P17 iaitu pada tahap 27% sahaja dengan nilaian RM41,400.00. Bayaran yang telah dibuat oleh Plaintif adalah sebanyak RM100,000.00 sebagaimana P2 dan P3. [47] Adalah tidak dipertikaikan bahawa AMQS Consult telah dilantik oleh pihak Plaintif dalam tindakan ini. Kos melantik AMQS Consult untuk sediakan laporan adalah sebanyak RM5,000.00. Ini dibuktikan oleh eksibit P7 dan P19 serta invois yang dikeluarkan oleh syarikat SP6 iaitu sebagaimana di eksibit P18. Oleh itu, jumlah ini adalah satu kerugian yang perlu dipampas oleh pihak Defendan. [48] Bagi kos kerja-kerja membekal, membaiki dan menyediakan system paip buangan untuk 3unit tandas, Mahkamah membenarkan jumlah RM16,800.00. Walaupun Defendan menafikan perkara ini, Defendan gagal mencabar keterangan dipihak Plaintif. [49] Mahkamah memutuskan bahawa pihak Plaintif telah berjaya membuktikan kerugian yang dialami akibat daripada tindakan Defendan di sini. Mahkamah merujuk kepada otoriti dalam kes POPULAR INDUSTRIES LTD. v. THE EASTERN GARMENT MANUFACTURING CO. SDN. BHD., HIGH COURT MALAYA, PENANG [1990] 2 CLJ Rep 635 yang mana diputuskan seperti berikut: “A word now bout general principles. When a plaintiff claims damages from a defendant, he has to show that the loss in respect of which he claims damages was caused by the defendant's wrong, and also that the damages are not too remote to be recoverable.” [50] Mahkamah akur bahawa Defendan bertindak mewakili diri sendiri dan tidak berpeluang dinasihati oleh peguam. Mahkamah mengambilkira juga prinsip asal bahawa walaupun penandaan eksibit-eksibit yang dikemukakan tidak dibantah, beban masih dipihak Plaintif untuk membuktikan tuntutannya. Dalam hal ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif berjaya di peringkat ini dalam membuktikan kerugian tersebut. [51] Mahkamah merujuk kepada keputusan oleh YAH Lee Hun Hoe CJ (Borneo) dalam kes MALAYSIA NATIONAL INSURANCE SDN. BHD. V. MALAYSIAN RUBBER DEVELOPMENT CORPORATION [1986] CLJ (REP) 185 185 AT 189 sebagaimana berikut: “An erroneous omission to object to evidence not admissible or relevant under the Act does not make it admissible. It is the duty of the Court to exclude all irrelevant or inadmissible evidence even if no objection is taken to its admissibility by the parties ...” [52] Oleh demikian, bagi tujuan tuntutan Plaintif terhadap Defendan, Mahkamah berpuashati bahawa atas imbangan kebarangkalian, pihak Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan dan gantirugi terhadap pihak Defendan. [53] Bagi tuntutan balas Defendan, memandangkan defendan tidak ingin memberi keterangan di Mahkamah, tiada apa-apa keterangan bagi menyokong tuntutan Balas Defendan. [54] Untuk membantu Mahkamah ini, Mahkamah merujuk kepada kes BAYANGAN SEPADU SDN BHD v. JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR & ORS, FEDERAL COURT, PUTRAJAYA [2022] 2 CLJ 1 yang mana diputuskan seperti berikut: Oleh Mohd Zawawi Salleh HMP menyampaikan penghakiman mahkamah: “(3) Hakim bicara mempunyai budi bicara sama ada hendak atau tidak membuat inferens daripada ketiadaan saksi dan ini bergantung atas perkara sama ada mereka penting untuk isu-isu yang akan diputuskan. Sama ada kegagalan memberi keterangan adalah penting, bergantung secara keseluruhannya pada konteks dan hal keadaan tertentu, termasuk sama ada saksi tersebut sedia ada untuk memberi keterangan, apa keterangan lain yang ada berkaitan perkara tersebut, dan kepentingan perkara itu dalam konteks kes tersebut. Dalam konteks kes ini, sama ada atau tidak pemilik terdahulu dipanggil memberi keterangan, kenyataan yang diberi mereka tidak penting kerana perayu memiliki hak milik tak boleh sangkal kerana nama perayu berdaftar sewajarnya dalam dokumen hak milik.” [55] Mahkamah membuat inferens dan mengambil maklum berhubung peruntukan seksyen 114 (g) Akta Keterangan sebagaimana dinyatakan di bawah: 114 Court may presume existence of certain fact The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. The court may presume:-