HMS telah terkhilaf apabila gagal menilai laporan perubatan (P8 dan P9) yang membuat dapatan bahawa kejadian yang berlaku adalah tidak konklusif. Hasil diagnosis di P8 dan P9 selepas pemeriksaan dijalankan terhadap SP1 ialah Dakwaan Dicabul (Alleged Molested). SP4 (doktor) juga menyatakan bahawa beliau tidak boleh menyimpulkan terdapat sebarang gangguan seksual yang dilakukan terhadap SP1. [23] Di samping itu, HMS telah terkhilaf apabila gagal membuat dapatan bahawa SP3 mempunyai niat dan motif tersembunyi untuk menuntut sejumlah wang daripada perayu serta menuduh perayu dengan perbuatan seperti di dalam pertuduhan-pertuduhan; [24] HMS telah terkhilaf apabila gagal mempertimbangkan keterangan perayu dalam pembelaannya bahawa dengan bentuk badan fizikal perayu yang besar dan gemuk, adalah amat mustahil untuk kejadian menghisap zakar perayu telah berlaku. Di samping itu, siasatan pegawai penyiasat adalah berat sebelah kerana gagal menyiasat pembelaan perayu tetapi lebih memberikan tumpuan terhadap siasatan yang menyebelahi SP1 dan ibunya. Hujahan Responden [25] Responden menghujahkan bahawa HMS adalah betul apabila membuat dapatan bahawa kesemua elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan keatas perayu melalui keterangan saksi-saksi 13 pendakwaan terutamanya daripada SP1. Kesemua keterangan telah dinilai sendiri oleh HMS semasa perbicaraan dan memutuskan bahawa keterangan mangsa adalah konsisten, kukuh dan / kredibel . HMS telah berpeluang untuk menilai sendiri berkenaan dengan kebolehterimaan dan kredibiliti SP1 dan SP3 dan juga perayu semasa mendengar perbicaraan di Mahkamah Sesyen. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa kredibiliti saksi-saksi adalah di bawah ruang lingkup budi bicara hakim bicara. Ini disebabkan hakim bicara mempunyai peluang untuk melihat saksi-saksi dan membuat penilaian terhadap keterangan tersebut. [26] Responden menghujahkan bahawa keterangan SP1 tidak memerlukan keterangan sokongan dan adalah mencukupi dengan keterangan SP1 sahaja yang kukuh dan boleh dipercayai menceritakan kronologi dan kejadian yang berlaku kerana semasa kejadian hanya ada perayu dan juga mangsa sewaktu rawatan diijalankan oleh perayu terhadap SP1. [27] Responden juga menghujahkan bahawa sewaktu kemasukan zakar perayu ke dalam mulut SP1, dia telah diarahkan untuk berada dalam keadaan duduk dan menunduk seperti sedang bersujud. SP1 juga menyatakan pada ketika itu, perayu ada memeluk SP1. Dalam keadaan tersebut adalah sukar untuk SP1 bergerak bebas dan 14 mempertahankan diri mengambil kira saiz fizikal perayu yang lebih besar daripada SP1. Dalam kedudukan tersebut, responden menghujahkan kejadian kemasukan zakar perayu ke dalam mulut SP1 adalah boleh berlaku dan HMS terpelajar telah membuat dapatan sedemikian. [28] Responden juga menghujahkan bahawa pembelaan perayu bahawa ibu mangsa telah memohon bantuan perayu kerana diugut oleh kenalan di atas talian adalah sesuatu yang tidak pernah dibangkitkan oleh pembelaan sepanjang waktu kes pendakwaan dan ianya hanya timbul sewaktu perayu memberi keterangan. Ini menunjukkan perayu telah menipu, mereka reka cerita dan keterangannya bersifat pemikiran semula. Dapatan HMS Dan Analisa [29] Saya telah meneliti rekod rayuan dan hujahan pihak pihak dan mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan perayu. Saya mendapati HMS terpelajar telah membuat dapatan fakta atas rekod keterangan yang dikemukakan dan mahkamah ini tidak akan mengusik dapatan fakta tersebut. [30] Peguam perayu dalam hujahannya menekankan bahawa adalah mustahil untuk kemaluan perayu masuk ke dalam mulut SP1 memandangkan badannya yang besar dalam keadaan posisi yang 15 digambarkan oleh SP1. Berkenaan isu itu dapatan HMS adalah seperti berikut:- viii. Mahkamah mendapati keterangan pembelaan adalah tidak logik dan tidak munasabah, terutama apabila ketika OKT membuat demo cara OKT duduk dan keadaan kakinya yang tidak dapat bersila dan menghadkan kemaluannya ketika di atas lantai kerana faktor saiz badannya. Maka setelah menilai sendiri keadaan yang ditunjukkan oleh OKT dan dibandingkan serta diaplikasikan dengan keterangan mangsa Mahkamah berpendapat adalah tidak mustahil untuk kemaluan OKT dimasukkan ke dalam mulut mangsa. x. Mahkamah berpendapat daripada keseluruhan keterangan yang dibentangkan bermula pada awal kes pendakwaan, keterangan mangsa lebih bersifat konsisten, kuat dan kukuh berbanding keterangan OKT dan saksi pembelaan yang hanya bersifat penafian semata mata. [31] HMS telah mendengar sendiri keterangan yang diberikan oleh SP1 berkenaan bagaimana kemaluan perayu masuk ke dalam mulut SP1 dan mempercayai keterangan SP1 sebagai konsisten kuat dan kukuh berbanding keterangan perayu. Malah, setelah pembelaan dipanggil, perayu telah membuat demo kepada mahkamah berkenaan posisi SP1 dan perayu semasa kemasukan kemaluan 16 perayu ke dalam mulut mangsa. Setelah melihat demo tersebut, HMS telah membuat dapatan bahawa tidak mustahil untuk kemaluan perayu dimasukkan ke dalam mulut SP1. [32] Dalam keadaan ini, HMS terpelajar adalah hakim yang telah mendengar, melihat dan menilai sendiri keterangan SP1 dan SP3 dan telah sampai kepada konklusi untuk mempercayai keterangan SP1 sebagai konsisten, kuat dan kukuh berbanding keterangan perayu yang bersifat pemikiran yang terkemudian. [33] Saya juga telah meneliti rekod rayuan terutamanya keterangan SP1 dan mendapati dapatan HMS adalah berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh SP1 berkenaan posisi SP1 dengan perayu semasa kemasukan kemaluan perayu ke dalam mulutnya. Keterangan SP1 menyatakan dia dalam posisi duduk dan bersujud dan perayu dalam keadaan duduk dengan kedua-dua kakinya terbuka. Berdasarkan posisi ini, tidak mustahil kejadian kemasukan kemaluan perayu ke dalam mulut SP1 telah berlaku. Apatah lagi, SP1 dapat menjelaskan rupa bentuk kemaluan perayu yang dia sendiri nampak dan rasa. [34] Aduan oleh perayu bahawa tiada keterangan klinikal yang boleh menyokong keterangan SP1 adalah tanpa merit memandangkan ia adalah perbuatan memasukkan kemaluan ke dalam mulut. Sudah tentu, laporan daripada doktor tidak dapat merumuskan atau 17 memberikan pendapat yang konklusif sama ada kejadian itu telah berlaku atau tidak. Namun begitu, apa yang penting ialah sama ada HMS mempercayai keterangan SP1 dan membuat dapatan bahawa kejadian tersebut telah berlaku. [35] HMS dalam dapatannya mempercayai keterangan SP1 berbanding keterangan perayu. Beliau mendapati keterangan pembelaan perayu adalah suatu pemikiran terkemudian apabila beliau menyatakan seperti berikut:- ii. Berdasarkan kes di atas adalah jelas peranan pembelaan untuk meletakkan dan mengemukakan pembelaan seawal kes pendakwaan. iii. Namun Mahkamah mendapati tugas ini secara jelas telah gagal dilakukan oleh pihak pembelaan. Keterangan OKT yang menyatakan ibu mangsa telah memohon bantuan OKT kerana diugut oleh kenalan di atas talian adalah sesuatu yang tidak pernah dibangkitkan oleh pembelaan sepanjang waktu kes pendakwaan dan ianya hanya timbul sewaktu OKT memberi keterangan. Ini jelas menunjukkan OKT telah menipu, mereka reka cerita dan keterangannya bersifat afterthought. [36] Saya telah meneliti nota keterangan dan mendapati fakta bahawa SP3 pernah meminta bantuan wang daripada perayu sebanyak RM10,000 kerana dia diugut oleh lelaki atas talian hanya ditimbulkan semasa kes pembelaan sahaja. Ia tidak pernah timbul semasa SP1, SP3 dan pegawai penyiasat iaitu SP6 memberikan keterangan mereka. Perayu cuba menimbulkan motif mengapa SP1 dan SP3 membuat alegasi terhadapnya, namun begitu, jika benar terdapat motif jahat tersebut, semestinya ia telah ditimbulkan semasa saksi-saksi pendakwaan memberikan keterangan mereka. Justeru, dapatan HMS untuk lebih mempercayai SP1 berbanding keterangan perayu adalah berasas. (Rujuk kes kes Mahkamah Persekutuan Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1980] CLJU 138). Ia juga menjelaskan mengapa tiada siasatan dilakukan berkenaan perkara ini. Ini adalah kerana, ia tidak pernah ditimbulkan oleh perayu semasa siasatan dijalankan. [37] Perayu juga telah menimbulkan isu berkenaan kerelaan SP1, memandangkan dia adalah seorang perempuan dewasa dan bebas bergerak dan sewajarnya jika dia tidak rela, SP1 boleh melepaskan diri dan meminta pertolongan daripada orang lain atau SP3 sendiri. Saya telah meneliti keterangan dalam rekod rayuan, terutamanya keterangan SP1 dan SP3, dan mendapati kejadian kemasukan kemaluan perayu ke dalam mulut SP1 berlaku atas pembohongan bahawa ia adalah rawatan membuang sihir yang kononnya ada pada SP1. Malah, SP1 juga telah diminta oleh ibunya sendiri untuk 19 menjalani Justeru, ia menjelaskan mengapa SP1 menuruti arahan perayu. Daripada keterangan SP1, telah dinyatakan bahawa dia tidak rela dan tidak bersetuju dengan perbuatan perayu terhadapnya. Namun begitu , dia terkaku dan hanya berdiam tanpa boleh meluahkan apa-apa. Dia juga dilarang oleh perayu daripada memberitahu ibunya dengan alasan ibunya akan berasa dengki kepadanya. [38] Ketidakrelaaan SP1 dapat dilihat apabila pada 28/7/2020, semasa perayu datang ke rumahnya untuk menjalankan proses rawatan, SP1 telah naik ke atas (bilik) dengan alasan hendak mengambil bantal, tetapi telah bertindak mengunci pintu biliknya dan tidak menjalani proses rawatan tersebut. Pada hari yang sama, dia juga telah memberitahu ibunya berkenaan apa yang telah terjadi. Dengan mengambil kira keseluruhan keterangan, aduan SP1 kepada SP3 telah dibuat secepat yang munasabah seperti yang sewajarnya dilakukan oleh SP1 mengikut keadaan kes ini. Keterangan SP3 adalah suatu keterangan sokongan terhadap keterangan SP1 berdasarkan s. 157 Akta Keterangan 1950 dan keterangan yang relevan berdasarkan s. 8(2), Penjelasan 1 dan 2, serta Ilustrasi (j) dan (k) akta yang sama. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi PP v. Mohammad Terang Amit [1999] 5 CLJ 156 yang memutuskan seperti berikut:- Thus, the crucial question to be considered is whether the evidence of PW10 and PW11, in particular, can be admitted by virtue of s. 157 of the Evidence Act 1950. In a Singapore's case of Public Prosecutor V. Teo Eng Chan & Ors. [1988] 2 CLJ 793the words "at or about the time the fact took place" in s. 159 of the Evidence Act of Singapore which is similar to s. 157 of our Evidence Act was discussed and Coomaraswamy J held that: Our law is contained in section 159 of the Evidence Act which provides that a witness' testimony may be corroborated by any former statement made by such witness "... relating to the same fact at or about the time the fact took place or before any legal authority competent to investigate the fact". The expression "at or about the time the fact took place" is not to be limited in terms of hours or days. It is limited by the terms "first reasonable opportunity" or "as speedily as could reasonably be expected". Further, section 159 must be read with section 8(2), Explanation 1 and Illustrations (j) and (k) to that section. On the other hand, the evidence of PW15 suffered from no such infirmity. According to PW15, he was informed by PW7 and another female student in October 1997 that the respondent had disturbed them while they were sleeping. It was revealed that the respondent opened their trousers and inserted his finger into their private parts and also fondled their breasts. It must be remembered that in two of the charges herein, the alleged incidents were said to have occurred between the month of January and November 1997. Furthermore, PW15 was only transferred to the said school in August 1997. From the evidence adduced, it is clear that whatever complaints lodged by PW7 and another female student with PW15 were made as speedily as could reasonably be expected of them under the circumstances of the case. In any event, the complaint lodged by PW7 with PW15 is also relevant by virtue of s. 8(2), explanations 1 and 2, and illustrations (j) and (k) of the Evidence Act 1950 as remarked in the case of Public Prosecutor V. Teo Eng Chan & Ors. [1988] 2 CLJ 793. [39] Peguam perayu dalam hujahan lisannya menimbulkan isu bahawa terdapat keterangan daripada SP1 yang mengatakan bahawa 22 kejadian pada 8/7/2020 tidak berlaku. Saya telah meneliti rekod rayuan dan mendapati ia telah dijelaskan oleh SP1 kepada mahkamah. Jika dilihat kepada pertuduhan pertama, menyatakan masa adalah 8/7/2020 jam 12 malam hingga 12.30 malam iaitu dalam tempoh masa diambang 9/7/2020 dan baru masuk ke tarikh 9/7/2020. Keterangan SP1 berbunyi begini. S: Yang mana Puan telah beri banyak juga keterangan pada hari tersebut dan sekiranya ada keterangan ataupun perkara yang salah Puan tolong betulkan ya. sebelum ini Puan ada kata Puan hadir ke Mahkamah berikutan kes ataupun kejadian di mana Uncle Bob yang mana Puan pun camkan sebagai orang yang turut hadir pada hari ini saya percaya telah membuat gangguan ataupun satu pencabulan, raba dan juga meminta Puan untuk menghisap zakar Uncle Bob dan hubungan Puan diantara kedua-dua dan juga hubungan Puan dengan Uncle Bob adalah berikutan daripada tujuan perubatan yang mana dikatakan ada gangguan sihir, maafkan saya. dan ada beberapa kejadian yang mana melibatkan hisapan zakar ni iaitu pada 8.7, 9.7, 28.7 yang Puan maklumkan kepada pihak Mahkamah yang 23 mulia. Pada hari pertama dan hari kedua iaitu 8.7 dan 9.7, J: Haaa maafkan saya. 8.7 tu tak sebab dia 9.7 pukul 12.30 malam. S: Oh 9.7, 12.30 malam ye? J: Haahh. [40] Keterangan SP1 kekal konsisten bahawa kejadian kemasukan kemaluan perayu ke dalam mulutnya berlaku sebanyak dua kali. Tiada keraguan berkenaan isu tersebut. Kes-kes mahkamah telah memutuskan bahawa tarikh kejadian bukanlah suatu yang fatal, apatah lagi dalam kes ini SP1 telah menjelaskannya dan perayu juga boleh menjawab pertuduhan terhadapnya. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Mohamad Rosli Naqur Gani v. PP [2024] CLJU 541 yang memutuskan seperti berikut:- [30] The primary prosecution witness, Nasrul (PW14) was unable to provide the precise timing of the events he witnessed, namely, the various assaults on the deceased that started with a quarrel at around 5 p.m. on 16.4.2017. He was not wearing a watch, nor did he possess a smartphone. Nonetheless, we also take the same view as the learned High Court Judge. There is no merit in this ground of appeal. Our reasons are as follows.