Lampiran
Lampiran 45 in limine tanpa mempertimbangkan merit permohonan tersebut. Dalam apa jua keadaan, Mahkamah Persekutuan dalam kes Malayan Banking Bhdv Sarawak Housing Developer’s Associatiom [2014] 5 MLJ 169; [2014] 6 CLJ 409; [2014] 4 MLRA 493; [2014] 4 AMR 385 telah mengkaji semula (revisit) nas-nas terdahulu termasuk kes Cheow Chew Khoon (supra) dan memutuskan bahawa:- S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw "[29] Generally speaking, the issue before us, which is a point of practice and procedure and no stranger to courts, and have been consistently affirmed by courts that an intitulement that is wrong at the outset or there is uncertainty as to the type of suit, entitles the court to strike it out (see Abdul Rahim bin Aki v. Krubong Industrial Park (Melaka) Sdn Bhd & Ors [1995] 4 CLJ 551; [1995] 3 MLJ417; Score Option Sdn Bhd & Anor v. Duar Tuan Kiat & Ors [2012] 7 CLJ 802; [2013] 5 MLJ 716; Cheow Chew Khoon (t/a Cathay Hotel) v. Abdul Johari bin Abdul Rahman [1995] 4 CLJ 127; [1995] 1 MLJ 457). However the strict interpretation of the procedural landscape saw a shift with the promulgation of the previous O. 2 r. 1 of the Rules of the High Court 1980 and was reaffirmed in the Rules of Court 2012, whereupon any omission or mistake is to be regarded as an irregularity, rectifiable so long as it can be undertaken without causing injustice. The distinction between mere irregularities and nullities now ceased to exist…. [30] Under O. 1A of the Rules of the High Court 1980 the court or judge now shall have regard to the justice of the particular case and not only to the technical non-compliance of the any of the rules." 13. Berdasarkan alasan-alasan ini, Mahkamah menolak bantahan awalJD berkenaan permohonan JC untuk meminda Notis Kebankrapan. Analisis dan keputusan Mahkamah 14. Mahkamah berpendapat bahawa sekiranya permohonan JC dalam lampiran 45 untuk meminda Notis Kebankrapan dibenarkan, permohonan JD akan menjadi akademik. Sebelum mengkaji merit permohonan JC dalam Lampiran 45, Mahkamah mengutarakan nas undang-undang yang mantap berkenaan pendekatan yang perlu diambil Mahkamah dalam memutuskan apa-apa permohonan dalam tindakan kebankrapan. S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 15. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes J Raju M Kerpaya v Commerce International Merchant Bankers Bhd [2000] 3 MLJ 177; [2000] 3 CLJ 104; [2000] 1 MLRA 238; [2000] 2 AMR 2325 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “1. When determining an issue under the Act, it is incumbent upon the court to accord its provisions a strict construction. 2. The consequence of such an approach to construction is that a bankruptcy notice that requires a debtor to pay a judgment debt otherwise than in accordance with the terms of the judgment founded is null and void ab initio. Hence, a debtor does not commit an act of bankruptcy if he makes default upon such a notice…” 16. Dalam nada yang sama, Mahkamah Agung dalam kes Low Mun v Chung Khiaw Bank Ltd [1988] 1 MLJ 263; [1987] CLJ 172; [1987]1 MLRA 29 memutuskan bahawa:- “As to the principle for construing bankruptcy notices, we agree with the view that since bankruptcy is entirely a creation of statute law, the rule of strict construction should be applied to the legislative words creating the act of bankruptcy.” 17. Pendekatan ketat yang diambil Mahkamah-mahkamah dapat dirasionalisasi berdasarkan kesan serius perintah kebankrapan terhadap kehidupan seseorang Penghutang Penghakiman sebagaimana diputuskan dalam kes Re Rosli Abdul Kadir; Ex p Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd [2008] MLJU 1096; [2008] 5 CLJ 691; [2008] 1 MLRH 819 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[16] It must be understood that the effect of an adjudication order and receiving order in a bankruptcy petition is distinct from the other form of execution. In other form of execution, if the judgment is for property or money, S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw only the property or money is taken from the judgment debtor to satisfy the judgment. The effect, or the "punishment", if the judgment debtor becomes a bankrupt, is greater. Other than all his property shall vest in the Director General of Insolvency, he will be disqualified from holding the office of a member of Parliament, public office, certain positions in statutory bodies, practicing in certain professions, carrying on business alone or in partnership or by way of a company, maintaining any action without the previous sanction of the Director General of Insolvency, leaving Malaysia without permission of the Director General of Insolvency, receiving pension or other gratuity and enforcing his rightsunder certain legislation.” 18. Undang-undang juga adalah mantap bahawa adalah menjadi tugas JC untuk memastikan tuntutan yang dibuat dalam Notis Kebankrapanadalah jelas, tepat dan tidak mempunyai sebarang kekaburan. Di sebaliknya, JD tidak mempunyai sebarang tugas untuk membuatsebarang pertanyaan atau inkuiri sekiranya tuntutan yang dibuat JC adalah kurang jelas. Dalam hal ini, Mahkamah Agung dalam kes LowMun (supra) memutuskan bahawa:- “Consequently, we are of the view that when you have the judgment in the usual form that we have here, a bankruptcy notice under the Act must require payment of quantified sum or sums alleged to be due according to the terms of the judgment as at the date of issue of bankruptcy notice. The duty is on the creditor to state the correct amount due, and there is no obligation imposed on the debtor to make inquiries if the amount demanded is ambiguous or unascertained. By demanding payment for unspecified sums in the bankruptcy notice, we hold that such demand is not in accordance with the judgment, and applying the rule of strict construction, the notice cannot be deemed to fall within s. 3(1)(i) of the Bankruptcy Act. The amount must be quantified because the debtor is entitled to know from the bankruptcy notice exactly what is being claimed to be due on the whole judgment debt and payable by him within the seven days' period. Non-compliance with theterms of the judgment renders the bankruptcy notice invalid, and that failure to comply with such notice is not an act of bankruptcy, and a bankruptcy petition founded on it must necessarily fail.” S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 19. Walaupun Mahkamah perlu mengambil pendekatan ketat dalam mendengar apa-apa permohonan yang memberi kesan kepada Penghutang Penghakiman, namun ini tidak bermakna setiap kali berlaku kesilapan dalam pengiraan dalam Notis Kebankrapan, Mahkamah sewajarnya mengetepikan prosiding kebankrapan tersebut. Sekiranya pendirian tersebut diambil, perkara tersebut akan menyebabkan seksyen 93(3) Akta Insolvensi 1967 (selepas ini dirujuk sebagai “Akta Tersebut”) menjadi tidak bermakna. Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa:- “93. Discretionary powers of the court (3) The court may at any time amend any written process or proceeding upon such terms, if any, as it thinks fit to impose.” 20. Seksyen 93(3) Akta Tersebut dengan jelas memberi kuasa budi bicara kepada Mahkamah untuk membuat sebarang pindaan kepada mana-mana kertas kausa dengan sewajarnya. Dalam menggunakan budi bicara tersebut di bawah seksyen 93(3) Akta Tersebut, Mahkamah dibimbing dengan prinsip-prinsip yang diputuskan Mahkamah-mahkamah yang dirumuskan seperti berikut:- (a) Mahkamah hanya boleh menggunakan budi bicara di bawah seksyen 93(3) Akta Tersebut bagi kesilapan-kesilapan perkeranian atau kecil yang tidak menimbulkan prejudis kepada Penghutang Penghakiman (AmBank (M) Bhd & Ors v Lim Sue Beng [2019] 4 MLJ 701; [2019] 7 CLJ 289; [2019] 4 MLRA 433; [2019] 3 AMR 839). S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw (b) Mahkamah perlu menilai sama ada kecacatan/ defek yang tertimbul adalah sesuatu kekhilafan yang menjurus kepada akar umbi prosiding tersebut atau hanya kecacatan yang formal yang hanya merupakan ketidakaturan yang boleh dipulihkan (Ravichanthiran Ganesan v Mat Shah Bin Sapuan [2021] MLJU 517; [2021] 1 LNS 377; [2021] AMEJ 0423); (c) Kuasa budi bicara ini bukan hanya terhad apabila kes kebankrapan masih aktif, malah turut terpakai bagi permohonan-permohonan yang dibuat selepas perintah kebankrapan telah dikeluarkan (permohonan-permohonan paska kebankrapan) (Re Mohd Zuhri Mohd Idris; Ex-P Bumiputra-Commerce Bank Bhd [2009] MLJU 491; [2010] 1 CLJ 786; [2009] 3 MLRH 206; [2009] 6 AMR 53); (d) Antara faktor utama yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada pindaan yang dicadangkan tersebut akan menimbulkan sebarang prejudis kepada Penghutang Penghakiman (Re: Wong Sow Fee; Ex-Parte: Federal Auto Holdings Berhad [2009] MLJU 203; [2009] CLJU 241; [2009] 2 MLRH 852; [2009] AMEJ 0001); (e) Dalam menggunakan budi bicara Mahkamah, Mahkamah perlu mengambil kira keseluruhan fakta kes termasuk sama ada Penghutang Penghakiman telah terkeliru (misled), sama ada kesilapan yang dimaksudkan adalah kesilapan yang besar dan peringkat prosiding tersebut, iaitu sama ada telah ke peringkat bicara Petisyen Pemiutang atau masih di peringkat awal. (Re Chua Liang Hong; Ex-P: Kuala Excel Sdn Bhd [2020] MLJU 576; [2020] 7 CLJ 547; [2020] MLRHU 419; [2020] AMEJ 0445) S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw (f) Dalam memutuskan untuk membenarkan pindaan, Mahkamah perlu menilai alasan untuk kesilapan yang berlaku. Alasan kesilapan perkeranian semata-mata tanpa penjelasan lanjut tidak akan membolehkan Mahkamah menggunakan budi bicara di bawah seksyen 93(3) Akta Tersebut (Re Mohd Zuhri Mohd Idris (supra)); (g) Sekiranya berlaku kelewatan dalam membuat permohonan untuk pindaan, Pemohon perlu memberi alasan sewajarnya untuk kelewatan tersebut (Re Mohd Zuhri Mohd Idris (supra)) 21. Dalam menilai merit permohonan JC untuk meminda Notis Kebankrapan tersebut, JC berhujah bahawa permohonan yang dibuat JC adalah hanya untuk memperbetulkan kesilapan menaip yang hanya merupakan kecacatan formal yang tidak memprejudiskan JD kerana jumlah tuntutan adalah tepat dan betul selaras dengan Penghakiman yang direkodkan terhadap JD pada 17.7.2018. 22. JD pula berhujah bahawa JC menuntut kadar faedah berasaskan KadarAsas (BR) dalam Notis Kebankrapan yang jelas berbeza dengan Kadar Pinjaman Asas (BLR) yang termaktub dalam Penghakiman yang direkodkan. JD juga berhujah bahawa kadar faedah yang dinyatakan hanya dinyatakan dalam bentuk peratusan dan jumlah faedah tersebut tidak dikira secara spesifik dalam bentuk amaun yang perlu dibayar JD. Memandangkan kadar faedah akan berubah mengikut masa, maka kegagalan JC untuk membuat perincian kadar faedah tersebut menyebabkan tuntutan JC adalah kabur dan tidak jelas. S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 23. JC pula berhujah bahawa formula bagi pengiraan faedah adalah sama iaitu 3.50% setahun di atas Kadar Pinjaman Asas, maka tiada keperluan bagi pengiraan faedah dibekalkan secara nyata memandangkan jumlah faedah boleh dikira dan dipastikan dengan formula tersebut. 24. Dalam mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamahmenterbitkan semula tuntutan asal JC dalam Notis Kebankrapan sepertiberikut:- BUTIR-BUTIR YANG DIRUJUK DI ATAS:- 1. Amaun Penghakiman RM8,502,849.08 Tambah 2. Kadar faedah pada 10.10% setahun RM8,599,315.65 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 01.07.2017 sehingga 10.08.2017 3. Kadar faedah pada 10.21% setahun RM9,008,412.18 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 11.08.2017 sehingga 29.01.2018 4. Kadar faedah pada 10.46% setahun RM10,080,563.21 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 30.01.2018 sehingga 14.04.2019 5. Kadar faedah pada 10.56% setahun RM10,142,063.27 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 15.04.2019 sehingga 09.05.2019 6. Kadar faedah pada 10.31% setahun RM4,934,951.59 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 10.05.2019 sehingga S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 27.01.2020 7. Kadar faedah pada 10.06% setahun RM4,964,059.68 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 28.01.2020 sehingga 05.03.2020 8. Kadar faedah pada 9.81% setahun RM5,015,402.07 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 06.03.2020 sehingga 13.05.2020 9. Kadar faedah pada 9.31% setahun RM5,058,641.62 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 14.05.2020 sehingga 13.07.2020 10. Kadar faedah pada 9.06% setahun RM5,519,435.07 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 14.07.2020 sehingga 12.05.2022 11. Kadar faedah pada 9.31% setahun RM5,559,130.39 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 13.05.2022 sehingga 07.07.2022 12. Kadar faedah pada 9.56% setahun RM5,607,170.44 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 08.07.2022 sehingga 11.09.2022 13. Kadar faedah pada 9.81% setahun RM5,644,516.15 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 12.09.2022 sehingga 31.10.2022 14. Kadar faedah pada 10.06% setahun RM5,764,004.13 di atas Kadar Asas dengan kiraan bulanan yang dikira dari tarikh 01.11.2022 sehingga 05.04.2023 15. Kos tindakan RM2,000.00 Jumlah setakat 05.04.2023 RM5,766,004.13 S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 25. Sebagaimana dihujahkan JD, Mahkamah tidak dapat menerima hujahan JC bahawa tuntutan Kadar Asas berbanding Kadar Pinjaman Asas dalam Notis Kebankrapan dalam item 2 hingga 14 hanya merupakan kesilapan menaip/ perkeranian semata-mata. Mahkamah berpendapat bahawa Kadar Asas dan Kadar Pinjaman Asas merupakan2 cara pengiraan faedah yang berbeza. Sebagai sokongan, Mahkamah merujuk kepada “Rangka Kerja Kadar Rujukan Baharu” yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (https://www.bnm.gov.my/documents/20124/830710/cp04_002 rencana.pdf) di mana dalam menjelaskan perbezaan kedua-dua terma tersebut,artikel tersebut merumuskan seperti berikut:- “Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1983, BLR digunakan sebagai kadar rujukan utama bagi pinjaman kadar terapung di Malaysia. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, BLR didapati kurang relevan sebagai asas menentukan harga pinjaman, memandangkan kadar pinjaman runcit bagi pinjaman baharu ditawarkan dengan diskaun yang besar berbanding dengan BLR (Rajah 1)…Selain kos dana dan Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement, SRR), kos pengurusan risiko mudah tunai, margin keuntungan, dan kos operasi turut dimasukkan dalam pengiraan BLR (Rajah 2). Kemasukan komponen ini telah menjadikan perubahan dalam BLR kurang telus. Ini telah menyumbang kepada pelarasan BLR yang tidak sekata dengan perubahan dasar monetari. BR menggantikan BLR sebagai asas bagi penentuan harga pinjaman runcit baharu yang menggunakan kadar rujukan. Berbeza dengan BLR, BR ialah kadar rujukan yang berasaskan kos dana. Sehubungan dengan itu, BR ditentukan hanya melalui SRR dan kos pendanaan sesebuah institusi kewangan (Rajah 2). Dari segi kos pendanaan, institusi kewangan mempunyai fleksibiliti untuk memilih tanda aras kadar pasaran wang atau kadar pasaran kewangan yang wajar bagi mencerminkan kos pendanaan yang digunakan untukmemberi pinjaman. Komponen lain dalam penentuan harga pinjaman seperti risiko kredit peminjam, premium risiko mudah tunai, kos operasi dan margin keuntungan dimasukkan dalam spread yang ditokok kepada kadar rujukan, yang tidak akan berubah sepanjang tempoh pinjaman.” S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 26. Nas tersebut dari Bank Negara Malaysia berkenaan perubahan kadar rujukan baharu dari BLR (Kadar Pinjaman Asas) kepada BR (Kadar Asas) mulai 2.1.2015 dengan jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara kedua-dua cara pengiraan faedah tersebut. Merumitkan lagi keadaan, Mahkamah dapati JC juga tidak memperincikan tuntutan faedah tersebut sebagaimana dalam cadanganpindaan iaitu 3.50% di atas Kadar Pinjaman Asas xx% tetapi telah menyatakan dalam bentuk peratusan pukal (lump sump) iaitu xx%. Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah berpendapat bahawa sememangnya JD yang menerima Notis Kebankrapan akan terkeliru sama ada JC sedang menuntut dalam kadar faedah yang berbeza dari Penghakiman yang direkodkan di Mahkamah. Ujian yang seharusnya digunakan Mahkamah adalah bukan sama ada JD telah sebenarnya terkeliru tetapi sama ada kemungkinan JD akan terkeliru berdasarkan bentuk Notis Kebankrapan yang dikeluarkan JC. Sebagai sokongan, Mahkamah merujuk kepada kes Re Lim Kim Guan & Anor v Ex-Parte Four Seas Communications Bank Ltd [1990] 1 MLJ 261; [1990] 3 CLJ (Rep) 757; [1989] 3 MLRH 195 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “A bankruptcy notice must not be calculated to mislead, embarrass or perplex the debtor. In this connection, the test is not whether the debtor has been mislead, embarrassed or perplexed by the bankruptcy notice, but whether he could be so misled, embarrassed or perplexed.” S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 27. Mahkamah juga dapati JC juga telah gagal menghitung jumlah faedah secara berasingan berdasarkan peratusan yang boleh dituntut oleh JC tetapi telah menjumlahkan jumlah faedah tersebut dengan jumlah amaun prinsipal dan menyatakan amaun secara pukal (lump sum) sebagaimana item 2-14 di atas. JC menghujahkan bahawa JD boleh membuat kiraan faedah sendiri dan merujuk kepada kes Re Annie Lim [1987] 2 MLJ 276; [1986] CLJU 13; [1986] 2 MLRH 241 sebagai sokongan kepada hujahan JC di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “In my view a Bankruptcy Notice which follows precisely the terms of a judgment, as in this case, is valid even though the interest is not claimed as a fixed sum therein so long as it is capable of being calculated or ascertained by some formula or other means. The applicant complains that she did not know what sum to pay under the judgment. The short answer is that she would have found out if she had written to the creditor for the exact amount payable underthe judgment…” 28. Mahkamah dapati sekiranya JC telah memperincikan kaedah pengiraanfaedah dengan jelas sebagaimana dalam perenggan 6(ii) Hujahan Balas (kandungan 35), maka JC boleh bergantung kepada nas di atas untuk menyatakan bahawa JD dapat menghitung faedah berdasarkan formula tersebut:- Amaun + Kadar faedah pada x% setahun + Kos tindakan Penghakiman (3.50% di atas Kadar Pinjaman Asas y%) dengan kiraan bulanan 29. Dalam kes ini, sebagaimana dinyatakan terdahulu, JC telah menyatakan dalam bentuk peratusan pukal (lump sump) iaitu xx% dan menyatakan kadar faedah yang dituntut adalah atas dasar Kadar Asas yang ternyata berbeza dengan Kadar Pinjaman Asas yangdiperintahkan oleh Mahkamah. S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 30. Dalam keadaan Kadar Pinjaman Asas berubah dari masa ke semasa (lihat kes Ambank (M) Berhad v Chip Lam Seng Enterprise Berhad & Ors [2013] CLJU 535), tanpa menyatakan secara spesifik Kadar Pinjaman Asas yang berkuatkuasa pada masa itu, adalah mustahil bagi JD bagi menghitung faedah sebagaimana dinyatakan dalam kes Re Annie Lim (supra) berdasarkan bentuk faedah lump sump yang dinyatakan JC dalam Notis Kebankrapan. 31. Perkara ini diakui sendiri JC dalam hujahan bertulisnya berkenaan kandungan 45 seperti berikut:- “5. Pemiutang Penghakiman berhujah bahawa, walaupun struktur ayat tentang kiraan faedah tidak ditulis secara sama dengan Penghakiman tersebut, kadar faedah dan jumlah faedah yang dikenakan bagi mengira jumlah tuntutan Pemiutang Penghakiman dalam Notis Kebankrapan tersebut adalah sepertimana yang dihakimkan di dalam Penghakiman bertarikh 17.07.2018 iaitu 3.50% setahun di atas Kadar Pinjaman Asas. 6. Pemiutang Penghakiman berhujah bahawa, struktur ayat tentang kiraan faedah yang ditulis secara berbeza dengan Penghakiman tersebut merupakan kesilapan menaip (typo) dan hanya merupakan kecaratan formal (formal defect)…” 32. Maka, Mahkamah berpendapat bahawa hujahan yang dikemukakan JC tidak dapat dipertahankan. Atas alasan sama, Mahkamah berpendapat bahawa prinsip kes Chua Liang Hong (supra) yang dirujuk JC wajar dibezakan. Dalam kes tersebut, Mahkamah memutuskan bahawa JD tidak terkeliru kerana JD dapat menghitung kadar faedah yang dapat dikira bagi tempoh masa tetap. Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan bahawa:- “[55] This was an error that the judgment debtor himself was aware of. It therefore cannot be said that he was misled. It was also an error that thejudgment debtor could not have been misled by, as the amount concerned was interest that was calculated over a fixed period. If the judgment debtor was concerned, he could have calculated the amount objectively and found the error, which was what presumably happened.” S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 33. Berbeza dengan kes di atas, dalam kes ini disamping menyatakanKadar Asas dalam Notis Kebankrapan berbanding Kadar Pinjaman Asas dalam penghakiman yang dimasukkan, JC turut gagal menyatakan secara spesifik Kadar Pinjaman Asas yang berkuatkuasa pada setiap masa yang material, maka JD tidak dapat menghitungsecara spesifik faedah yang dituntut JC. 34. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Kay Hian Pte Ltd v Ma Boon Lan [2014] 1 CLJ 464; [2013] MLRAU 425 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[94] We are of the view that the defendant's challenge of the sum in the bankruptcy notice is in line with the decision in Ghazali Mat Noor v. Southern Bank Bhd & Other Cases [1989] 2 CLJ 380; [1989] 1 CLJ (Rep) 35; [1989] 2 MLJ 142 in which it was held at as follows: (1) For a bankruptcy notice to be valid it should state the exact amount due at the date of the bankruptcy notice. The judgment debtor must know the exact amount he has to pay to avoid bankruptcy. He does not have to make calculations or enquiries. (2) In the present appeals, as the interest sums payable have not been quantified, the bankruptcy notice in all five cases are invalid, ab initio and consequently all subsequent proceedings to these bankruptcy notices are a nullity. [95] Similarly in our present case, the defendant must know the exact amount due at the date of the bankruptcy notice and the defendant does not have to make calculation or enquiries on what is the actual exchange rate from Singapore Dollars to Malaysian Ringgit as at the date of judgment as this duty is in the handsof the plaintiff…” S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 35. Di samping itu, JC juga merujuk kepada kes Sovereign General Insurance Sdn Bhd v Koh Tian Bee [1988] 1 MLJ 304; [1988] 1 CLJ (Rep) 277; [1987] 1 MLRA 326 dan berhujah bahawa JD telah gagal mengemukakan apa-apa tuntutan balas, tolakan atau tuntutan silang yang sama banyak atau melebihi jumlah hutang Penghakiman tersebut. Dalam isu ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan JD bahawa asas permohonan JD di sini adalah tuntutan JC dalam Notis Kebankrapan adalah mengelirukan dan tidak berasaskan penghakiman yang direkodkan di Mahkamah Bicara. Mahkamah merujuk kepada prinsip yang dirujuk JC yang mana JD dalam kes tersebut mencabar penghakiman yang dimasukkan di Mahkamah Bicara dan perkara tersebut tidak berlaku dalam kes ini. Perkara ini dapat jelas dilihatdalam keputusan tersebut seperti berikut:- “It is not clear whether the respondent was also making a cross demand or challenging the amount actually owing as Counsel for respondentcontended that all orders made previously were null and void. If the respondent was making a cross demand he must quantify it. He just cannotcome to Court and say his shares were worth considerably more. The burden of proof is on the respondent to show by the affidavit or affidavits three things…” 36. JC juga seterusnya merujuk kepada kes Goh Wee Peng v Standard Chartered Bank Malaysia Bhd [2017] MLJU 1396; [2017] MLRHU 974; [2017] CLJU 1348 untuk berhujah bahawa walaupun kemasukan penyata akuan sebagai lampiran kepada Notis Kebankrapan bukan pra-syarat bagi pemfailan Notis Kebankrapan, namun memandangkan JC telah memfailkan Penyata Akaun tersebut sebagai dokumen asing yangdifailkan sebagai “jilid” bersama Notis Kebankrapan dan sebagai lampiran kepada permintaan untuk mengeluarkan Notis Kebankrapan, maka perkiraan tuntutan JC dapat diketahui dengan jelas dan terperinci oleh JD. Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan bahawa:- S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw “[45] It is a fact that there is no statutory provision which provide for the inclusion of a statement of account in a bankruptcy notice. But it is also a fact that there is no statutory provision which prohibits such inclusion. The issue is whether the inclusion of the Statement of Account render the Bankruptcy Notice void ab initio as contended by the Judgment Debtor. To my mind it does not… [48] The inclusion of the Statement of Account is for obvious reason, that is to provide detailed information to the Judgement Creditor of the sum demanded against him under the Judgment in Default. Under the law the JudgmentCreditor is obliged to quantify the sum demanded in clear and specific terms so as to enable the Judgment Debtor to know what exactly is demanded against him and how such sum is calculated. As such the inclusion of the Statement of Account is for the benefit of the Judgment Debtor and it does not in any way prejudice the Judgment Debtor. In fact the Statement of Account which is to be read together with the Bankruptcy Notice is meant to notify the Judgment Debtor the breakdown of the sum demanded for him to make an informed decision and his next cause of action…” 37. Pembacaan kepada hujahan JD dengan jelas menunjukkan bahawa JD tidak pernah mempersoal tindakan JC dalam memasukkan penyata akaun tersebut. Persoalan yang timbul adalah sama ada penyata akaun yang dihujahkan JC sebagai memperjelaskan tuntutan JC dalam Notis Kebankrapan kepada JD, telah sebenarnya diserahkan kepada JD. Fakta yang tidak dipertikaikan dalam kes ini adalah JC telah memperolehi perintah penyampaian ganti dalam kes ini pada 13.9.2023 untuk menyampaikan kertas kausa secara penyampaian ganti memandangkan penyampaian kediri ke atas JD tidak berjaya. S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 38. Undang-undang adalah mantap bahawa apabila penyampaian ganti telah dilaksanakan sebagaimana Perintah Mahkamah, maka penyampaian tersebut adalah sempurna. Mahkamah merujuk kepada kes Development & Commercial Bank Berhad v Aspatra Corporation Sdn Bhd & Anor [1995] 3 MLJ 472; [1996] 1 CLJ 141;[1995] 2 MLRA 116; [1996] 3 AMR 3627 di mana Mahkamah Agung memutuskan bahawa:- “The order of substituted service of the High Court, a superior Court of competent jurisdiction, must be obeyed by every one save in a few and rare exceptions and it can only be challenged as regards its validity by the only way of having it set aside by proceedings instituted for the very purpose. It cannot be challenged thus collaterally in any proceedings as regards its validity save in a very few rare exceptions, (such as a Bankruptcy Court going behind a judgment of any Court on credibly raised issues of collusion, fraud, etc. only on hearing a bankruptcy petition), which all do not apply here,…. In this connection, it is immaterial that the said order of the High Court was actually made by the learned Registrar and not a High Court Judge. The learned Registrar should be considered notionally to be making the order as if he were a deputy High Court Judge.” 39. Undang-undang juga adalah mantap bahawa Mahkamah Kebankrapan perlu memberi tafsiran ketat berkenaan proses penyampaian kertaskausa kepada JD memandangkan prosiding kebankrapan mempunyai kesan yang amat memprejudis kepada si bankrap. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Lim Boon Kiak v Affin Bank Bhd [2014] 1 MLJ 439; [2013] 6 CLJ 579; [2013] 5 MLRA 381; [2013] 4 AMR 303 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw “[9] Bankruptcy proceedings have a serious penal effect on a judgment debtor. He may be adjudged a Bankrupt and his personal liberties may be at stake until his Bankruptcy is discharged. Therefore the process and procedure in the proceedings must comply with the relevant provisions of the Bankruptcy rules; including on the issue of service of the relevant cause papers on the judgment debtor..” 40. Mahkamah juga merujuk kepada kes Poh Gaik Lye v AmFraser Securities Pte Ltd; [2015] 1 MLJ 453; [2014] 10 CLJ 79; [2013] MLRAU 453 di mana Mahkamah Rayuan dalam mengetepikan perintah penyampaian ganti Notis Kebankrapan memutuskan bahawa:- “[19] Further it must be remembered that bankruptcy proceedings against anyone is a drastic measure with great and damaging ramifications to one's livelihood. A bankrupt's life in many respect is shackled by many chains and is under the supervision by the Official Receiver during his bankruptcy life. As such,the courts cannot accept any cavalier approach, a strict approach must be the order of the day.” 41. Berdasarkan nas-nas di atas, penelitian Mahkamah kepada AfidavitPenyampaian JC melalui penampalan di lampiran 44 menunjukkan bahawa penyampai proses JC telah mendeposkan bahawa Notis Kebankrapan dan Permintaan untuk Mengeluarkan Notis Kebankrapan disampaikan kepada JD secara penampalan di alamat premis JD yang diketahui. Mahkamah dapati eksibit yang dieksibitkan dalam Afidavit tersebut menunjukkan hanya Notis Kebankrapan dan Permintaan untuk Mengeluarkan Notis Kebankrapan semata-mata ditampalkan di alamat premis, dan kesemua dokumen sokongan yang dilampirkan bersama Permintaan tersebut termasuk penyata akaun tidak ditampal di alamat terakhir JD. Maka, wujud persoalan sama ada penyampaian penyata akaun telah disempurnakan terhadap JD. S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 42. Dengan demikian, JC tidak dapat bergantung kepada kes Goh Wee Peng (supra) untuk menyatakan bahawa penyata akaun dapat memperjelaskan tuntutan Notis Kebankrapan JC, memandangkan penyata tersebut tidak pernah diserahkan kepada JD semasa penyampaian Notis Kebankrapan. Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan JD bahawa sebarang usaha JC untuk melampirkan penyata akaun dalam Afidavit Balasan JC setelah JD mengusulkan bantahan berkenaan cara pengiraan yang mengelirukan adalah pemikiran semulasemata-mata. 43. Malah, Mahkamah ingin menambah bahawa sekiranya pun Mahkamah membenarkan permohonan JC untuk meminda Notis Kebankrapan sebagaimana dalam cadangan yang dilampirkan dalam permohonan pindaan selaras dengan penyata akaun yang dikemukakan JC,Mahkamah berpendapat bahawa Notis Kebankrapan Terpinda yangdicadangkan masih akan menimbulkan keraguan kepada JD. Hal ini adalah kerana menurut penyata akaun tersebut, terdapat beberapa penolakan dibuat terhadap jumlah tuntutan terhadap JD seperti berikut:- “(a) Proceeds from disposal of the property on 13.11.2019 - RM4,423,552.30 (b) Credit transfer on 14.11.2019 (c) Local cheque credited on 19.11.2019 - RM10.00 - RM53.50 (d) Proceeds from disposal of properties on 4.12.2019 - RM1,300,000.00 (e) Credit transfer on 16.3.2020 - RM195.20” S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 44. Mahkamah dapati tiada dimana-mana dalam cadangan NotisKebankrapan Terpinda yang membutirkan penolakan jumlah-jumlah yang dinyatakan dengan jelas dan cara bagaimana faedah dikira ke atas baki tuntutan setelah jumlah tersebut ditolak. Malah, terma “disposal of property” atau “disposal of properties” atau “credit transfer” atau “local cheque credited” dalam penyata akaun adalah samar-samar dan tidak menjelaskan apakah jumlah tuntutan yang ditolak dari jumlah tuntutan JC. 45. Maka, atas alasan ini sahaja Mahkamah dapati tuntutan JC terhadap JDadalah kabur dan mengelirukan (misled) JD maka JD diprejudis sekiranya Mahkamah membenarkan permohonan pindaan oleh JC. 46. Tanpa mengambil kira alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah juga dapati JD mengadu bahawa permohonan JC yang difailkan untuk meminda Notis Kebankrapan adalah pemikiran terkemudian dan dibuat bagi menggagalkan permohonan JD untuk mengetepikan Notis Kebankrapan. JD mendakwa permohonan JC hanya difailkan selepas 8 bulan setelah Notis Kebankrapan dikeluarkan dan tiada alasan diberikan berkenaan kelewatan tersebut. 47. Dalam hal ini, Mahkamah dapati setelah JD memfailkan permohonan untuk membatalkan Notis Kebankrapan, JC telah membalas afidavit tersebut pada 22.11.2023 di mana di perenggan 9 Afidavit Tersebut, JCmenyatakan bahawa:- “Saya sesungguhnya percaya bahawa kesilapan tersebut boleh diperbaiki dengan pihak Pemiutang Penghakiman memfailkan permohonan bagi pindaan perkataan ‘Kadar Asas’ dijadikan ‘Kadar Pinjaman Asas’.” S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 48. Walaupun JC sedia maklum berkenaan keperluan untuk membuat pindaan terhadap Notis Kebankrapan sejak pemfailan permohonan oleh JD untuk membatalkan Notis Kebankrapan (Lampiran 35), JC langsung tidak memfailkan permohonan tersebut sehingga Afidavit bagi permohonan lampiran 35 dilengkapkan. Malah, semasa Pengurusan Kes akhir bagi lampiran 35 pada 7.12.2023, tanpa memberikan sebarang indikasi berkenaan niat JC untuk memfailkan permohonan untuk meminda Notis Kebankrapan, JC telah meminta Mahkamah memberi arahan berkenaan hujahan bertulis seperti berikut:- “Peguam Pemiutang Penghakiman 1 : Selamat pagi Tuan. Dengan izin Tuan, Loo E-Jane bagi pihak JC. Pihak kami mengesahkan bahawa Afidavit jawapan JD telah kami terima melalui emel pada 05.12.2023. Pohon arahan selanjut bagi pemfailan hujahan-hujahan dan penetapan tarikh Pendengaran Kandungan 35.” 49. Berdasarkan penegasan JC ini, Mahkamah telah memberi arahan-arahan untuk hujahan bertulis dan menetapkan tarikh Pengurusan Kes pada 24.1.2024 bagi menetapkan tarikh bicara lampiran 35. JC kemudiannya hanya memfailkan Lampiran 45 iaitu permohonan bagi meminda Notis Kebankrapan pada 14.12.2023. Sebagaimana dihujahkan JD, tiada penjelasan yang diberikan JC dalam Afidavit JC berkenaan tempoh masa yang lama yang diambil untuk membuat permohonan kepada Mahkamah untuk meminda Notis Kebankrapan yang difailkan walaupun JD telah mengusulkan bantahan berkenaan kekeliruan yang timbul dalam Notis Kebankrapan seawal 24.10.2023, yang mana Saman Dalam Kamar tersebut telah diterima JC pada 31.10.2023. S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 50. Undang-undang adalah mantap bahawa mana-mana pemohon yang ingin mengusulkan pindaan kepada mana-mana kertas kausa mempunyai tugas untuk memberi penjelasan berkenaan kelewatan memfailkan permohonan tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Hong Leong Fincance Bhd v Low Thiam Hoeand Another Appeal [2016] 1 MLJ 301; [2015] 8 CLJ 1; [2016] 3 MLRA 81 memutuskan bahawa:- “[25] The courts in Malaysia have consistently held that where there is a delay in making an amendment application, the onus is on the applicant to furnish a reasonable explanation for such a delay. They seem to have considered this as an additional factor to the Yamaha Motor 's rules… [27] In our instant case, there had been five case managements since 2011 and there was no indication at all that an amendment application was contemplated by the defendant. The only explanation given by the defendant in his affidavit for the delay was that he had only discovered that these new issues were not pleaded when preparing for trial. Such an explanation in our view surely cannot be acceptable…” 51. Dalam keadaan JC menyedari kewujudan kekhilafan yang didakwa JD namun kegagalan JC untuk memfailkan permohonan untuk meminda sehingga Mahkamah telah selesai memberi arahan untuk hujahan bertulis, maka wujud persoalan sama ada JC sendiri benar-benar jelas berkenaan jumlah tuntutan yang ingin dituntut dari JD. Mahkamah dalam hal ini bersetuju dengan hujahan JD bahawa kelewatan JC dalam memfailkan Saman Dalam Kamar bagi meminda Notis Kebankrapan dan kegagalan JC untuk membekalkan alasan-alasan munasabah bagi kelewatan tersebut menyebabkan timbulnya keraguan sama ada permohonan JC dalam lampiran 45 adalah “tactical manoeuvre” untuk menggagalkan permohonan JD sebagaimana diputuskan dalam kes Ong Yeong & Anor v Manhattan Management Sdn Bhd [2023] MLJU 2136; [2023] CLJU 1957; [2023] MLRHU 1608 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw “Hong Leong Finance Bhd v. Low Thiam Heo & Anor Appeal [2015] 8 CLJ 1; [2016] 1 MLJ 301: The Federal Court emphasised the importance of theintention behind an amendment application. The court considered whether the amendment was a "tactical manoeuvre" and highlighted that courts should determine if the amendment application was made with genuine intent. The principle derived from this case is that courts should be wary of amendments that appear to be tactical moves rather than genuine attempts to present the true facts of a case… [38] In any case, the amendment appeal would still fail for two (2) reasons: i) the plaintiffs' amendment application was not submitted in good faith and was intended to defeat the first defendant's application under O. 14A r. 1 and/or O. 33 r. 2. The Sessions Court agreed in its conclusion, implying that the plaintiffs' motives were not genuine and that their implementation would result in an injustice to the first defendant. The plaintiffs' amendment application was not made in good faith and was tactically designed to overcome the first defendant's application. The Sessions Court, in its judgment, concurred with this view, suggesting that the plaintiffs' intentions were not genuine and that their application would result in an injustice to the first defendant.” 52. Maka, atas alasan ini juga Mahkamah berpendapat bahawa permohonan JC untuk meminda Notis Kebankrapan wajar ditolak. S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw Kesimpulan: 53. Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah membenarkan permohonan JD dalam lampiran 35 iaitu permohonan untuk mengetepikan Notis Kebankrapan dengan kos RM1,500.00dibayar JC kepada JD tertakluk kepada pembayaran fi alokatur. Padamasa yang sama, Mahkamah menolak lampiran 45 iaitu permohonanJC untuk meminda Notis Kebankrapan yang difailkan dengan kos RM1,500.00 dibayar JC kepada JD tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh: 25 April 2024 Disediakan oleh, …………………………………. ARUN A/L NOVAL DASS Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw Pihak-pihak: 1. Tetuan Ravi Moorthi Noriza Mala & Partner Peguambela & Peguamcara Peguam Pemiutang Penghakiman A-3, Tingkat 1, Lorong Tun Ismail 10, Jalan Tun Ismail, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmuar (Ruj:RMNM/ABB/11818/17-SLL/S/Jane) … Ms Loo E-Jane 2. Tetuan Ann & Annuar Peguambela & Peguamcara Peguam Penghutang PenghakimanBusiness Suite 19A-15-2, Level 15 UOA Centre, 19, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur (Ruj: AA/KL/LITI/220464/KS) … Mr Joseph Wong Hup Hin & Mr Krishnamogan S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw Kes-kes yang dirujuk: 1. Cheow Chew Khoon (t/a Cathay Hotel) v Abdul Johari bin Abdul Rahman [1995]1 MLJ 457; [1995] 4 CLJ 127; [1995] 1 MLRA 679; [1995] 1 AMR 759 2. Sunkyong International Inc. v Malaysian Rubber Development Corp. Bhd [1992]2 MLJ 146; [1992] 1 CLJ Rep 310; [1992] 1 MLRA 318 3. Tan Hoo Heng v Timbalan Pendakwa Raya & Ors [2018] MLJU 1197; [2018] 1LNS 1257; [2018] MLRHU 991; [2018] AMEJ 1008 4. Malayan Banking Bhd v Sarawak Housing Developer’s Associatiom [2014] 5 MLJ169; [2014] 6 CLJ 409; [2014] 4 MLRA 493; [2014] 4 AMR 385 5. J Raju M Kerpaya v Commerce International Merchant Bankers Bhd [2000] 3MLJ 177; [2000] 3 CLJ 104; [2000] 1 MLRA 238; [2000] 2 AMR 2325 6. Low Mun v Chung Khiaw Bank Ltd [1988] 1 MLJ 263; [1987] CLJ 172; [1987] 1 7. MLRA 29 Re Rosli Abdul Kadir; Ex p Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd [2008] MLJU1096; [2008] 5 CLJ 691; [2008] 1 MLRH 819 8. AmBank (M) Bhd & Ors v Lim Sue Beng [2019] 4 MLJ 701; [2019] 7 CLJ 289; [2019] 4 MLRA 433; [2019] 3 AMR 839 9. Ravichanthiran Ganesan v Mat Shah Bin Sapuan [2021] MLJU 517; [2021] 1LNS 377; [2021] AMEJ 0423 10. Re Mohd Zuhri Mohd Idris; Ex-P Bumiputra-Commerce Bank Bhd [2009] MLJU491; [2010] 1 CLJ 786; [2009] 3 MLRH 206; [2009] 6 AMR 53 11. Re: Wong Sow Fee; Ex-Parte: Federal Auto Holdings Berhad [2009] MLJU 203;[2009] 12. CLJU 241; [2009] 2 MLRH 852; [2009] AMEJ 0001 Re Chua Liang Hong; Ex-P: Kuala Excel Sdn Bhd [2020] MLJU 576; [2020] 7CLJ 547; [2020] MLRHU 419; [2020] AMEJ 0445 13. Re Lim Kim Guan & Anor v Ex-Parte Four Seas Communications Bank Ltd [1990] 1 MLJ 261; [1990] 3 CLJ (Rep) 757; [1989] 3 MLRH 195 14. Re Annie Lim [1987] 2 MLJ 276; [1986] CLJU 13; [1986] 2 MLRH 241 15. Ambank (M) Berhad v Chip Lam Seng Enterprise Berhad & Ors [2013] CLJU 535 16. Kay Hian Pte Ltd v Ma Boon Lan [2014] 1 CLJ 464; [2013] MLRAU 425 S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw 17. Sovereign General Insurance Sdn Bhd v Koh Tian Bee [1988] 1 MLJ 304; [1988]1 CLJ (Rep) 277; [1987] 1 MLRA 326 18. Goh Wee Peng v Standard Chartered Bank Malaysia Bhd [2017] MLJU 1396;[2017] 19. MLRHU 974; [2017] CLJU 1348 Development & Commercial Bank Berhad v Aspatra Corporation Sdn Bhd & Anor [1995] 3 MLJ 472; [1996] 1 CLJ 141; [1995] 2 MLRA 116; [1996] 3 AMR 3627 20. Lim Boon Kiak v Affin Bank Bhd [2014] 1 MLJ 439; [2013] 6 CLJ 579; [2013] 5 21. MLRA 381; [2013] 4 AMR 303 Poh Gaik Lye v AmFraser Securities Pte Ltd; [2015] 1 MLJ 453; [2014] 10 CLJ79; [2013] MLRAU 453 22. Hong Leong Fincance Bhd v Low Thiam Hoe and Another Appeal [2016] 1 MLJ301; [2015] 8 CLJ 1; [2016] 3 MLRA 81 23. Ong Yeong & Anor v Manhattan Management Sdn Bhd [2023] MLJU 2136; [2023] CLJU 1957; [2023] MLRHU 1608 S/N BvgMvttvKESebc332n0Lgw