Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO: JA-62JSK-161-12/2022 DI ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
JA-62JSK-161-12/2022
Sessions Court of Malaysia22 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO: JA-62JSK-161-12/2022 DI ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
1
Afif Aiman bin Abdul Razak (OKT) telah dihadapkan dengan satu pertuduhan di bawah s.14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 seperti berikut: PERTUDUHAN “Bahawa kamu pada 13 haribulan November Tahun 2022 jam di antara 2 petang hingga 5 petang, bertempat di No.7, Blok 9, Rumah Pangsa Taman Mawar, 81700 Pasir Gudang, di dalam daerah Johor Bahru, di dalam negeri Johor Darul Takzim, telah melakukan amang seksual fizikal iaitu dengan cara menggosok dan memegang kemaluan penama XXX (No. K/P: XXX) berumur 2 tahun 11 bulan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017”
2
Perbicaraan telah dijalankan dengan memanggil 9 (sembilan) orang saksi pendakwaan. Di akhir kes pendakwaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie terhadap pertuduhan di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) maka mahkamah ini telah membebaskan dan melepaskan tertuduh tanpa diminta untuk membela diri.
3
Terkilan di atas keputusan tersebut, Timbalan Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap sabitan dan hukuman.
4
Pada 13 November 2022, jam lebih kurang 8 malam semasa ibu mangsa (SP1) dan bapa mangsa (SP6) sedang memandikan mangsa (SP2) di rumah, SP2 mengadu sakit di bahagian kemaluan sambil menangis. SP1 bertanya kepada SP2 kenapa dia menangis namun SP2 tetap menangis.
5
Setelah SP1 selesai mengelap badan SP2, dia membawa SP2 ke bilik sebelah. Kemudian, SP1 bertanya kepada SP2 di bahagian mana yang sakit. SP2 mengatakan sakit di bahagian kencing. SP1 bertanya lagi kepada SP2, siapa yang buat. SP2 mengatakan “abang kakak baby”. “Abang kakak baby” adalah panggilan SP2 kepada suami pengasuhnya. [6]
Preamble
Menurut SP2, SP1 memberitahunya abang kakak baby menggunakan jarinya untuk memegang kemaluan tempat kencing SP2. Menurut SP1, SP2 mengatakan “finger” dan menunjukkan jari telunjuknya kepada SP1. Ketika kejadian SP2 berusia 2 tahun 11 bulan. Kejadian seksual ini berlaku pada 13 November 2022 ketika SP2 berada di rumah pengasuhnya. [7] Pada keesokan paginya, 14 November 2022 pada jam lebih kurang 9.30 pagi, SP1 telah membawa SP2 untuk membuat pemeriksaan di Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda. SP2 telah diperiksa oleh Dr Hairin Anisa binti Tajuddin (SP3) yang merupakan seorang Pakar Pediatrik. [8] Pemeriksaan SP3 mendapati selaput dara SP2 tidak koyak dan tiada trauma tetapi di bahagian ‘superior labia minora’, di bahagian ‘clitoris’ ada sedikit ‘abrasion’ tetapi tidak serius. SP3 telah mengeluarkan surat rujukan (eksibit P5) kepada ‘Pediatrician Scan Team’ di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. [9] Pada 14 November 2022 pada jam 2.52 petang, SP6 telah membuat repot polis Pasir Gudang/7969/22 (eksibit P2). [10] Selepas itu, SP6 dan SP1 telah membawa SP2 ke Hospital Sultan Ismail. SP2 telah diperiksa oleh Dr Daniel Chu Mun Chung (SP4) yang merupakan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Pakar O&G). SP4 telah memeriksa SP2 pada hari yang sama jam lebih kurang 8 malam di bilik “One Stop Crisis Centre” (OCC) di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail. [11] SP4 telah menjalankan pemeriksaan fizikal am dan bahagian kemaluan SP2. SP4 menyatakan pemeriksaan fizikal am, SP2 kelihatan tenang, tiada kecederaan luaran yang jelas dan pemeriksaan di kemaluan SP2 juga tiada kecederaan yang jelas.
Preamble
Menurut SP4, semasa pemeriksaan kemaluan luaran pada faraj, “vulva” dan selaput dara SP2, SP4 mendapati tiada kecederaan yang jelas. SP4 menerangkan tiada kecederaan yang jelas bermaksud tiada lelasan, kemerahan atau luka atau lebam pada kemaluan SP2. [12] OKT telah ditangkap pada 5 Disember 2022 dan dituduh dengan pertuduhan di bawah seksyen 14(a) Akta 792. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [13] Seksyen 173(f)(i) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) memperuntukkan bahawa apabila kes pihak pendakwaan ditutup, mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh. Seksyen 173(h)(iii) KTJ pula menyatakan maksud prima facie iaitu; “ …a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which unrebutted or unexplained would warrant a conviction”. [14] Ujian yang perlu dipakai dalam menentukan sama ada suatu kes prima facie telah dibuktikan di bawah s.173(f) atau seksyen 180(1) KTJ telah dinyatakan di dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169, Looi Kow Chai & Anor v Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 dan Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85. [15] Di dalam menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT, mahkamah perlu merujuk kepada intipati-intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Berdasarkan kepada peruntukkan seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa:
i
mangsa adalah seorang kanak-kanak;
II
(ii) tertuduh telah menyentuh atau membuat kontak fizikal dengan mangsa; dan
III
(iii) sentuhan atau kontak fizikal tersebut berbentuk seksual. [16] Di dalam kes-kes jenayah seksual, keterangan mangsa adalah sangat penting untuk membantu mahkamah membuat keputusan yang adil. Adalah sangat sukar hendak mencari saksi mata yang melihat sendiri kejadian tersebut kerana kes seksual kebiasaannya dilakukan secara tersembunyi dan jauh dari pandangan orang lain. Sekiranya saksi adalah seorang kanak-kanak, beban ke atas pihak pendakwaan untuk mendapatkan pembuktian adalah lebih rumit. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN
i
Sama ada mangsa merupakan seorang saksi yang kredibel. [17] SP1 memberikan keterangan bahawa kejadian berlaku pada 13 November 2022 semasa SP2 berada di rumah pengasuh. Menurut SP1 sewaktu kejadian SP2 berusia 2 tahun 11 bulan. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan usia SP2 melalui salinan sijil lahir di eksibit P1 yang menunjukkan SP2 dilahirkan pada 29 Disember 2019. Berdasarkan kepada eksibit P1, SP2 adalah seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 10 bulan 15 hari sewaktu kejadian. [18] SP2 memberikan keterangan di mahkamah pada 9 Disember
2024
SP2 berusia 4 tahun 11 bulan 21 hari semasa memberikan keterangan di mahkamah. Pihak pembelaan juga tidak membangkitkan apa-apa pertikaian mengenai usia mangsa. [19] Memandangkan usia SP2 yang masih muda sewaktu memberikan keterangan di mahkamah, mahkamah ini telah menjalankan siasatan awalan terhadap SP2 bagi menentukan kompetensi SP2 untuk memberikan keterangan. Mahkamah mendapati walaupun SP2 tidak memahami maksud sumpah tetapi SP2 mempunyai akal yang cukup “sufficient intelligent” dan faham kewajipan untuk bercakap benar walaupun keterangan SP2 diberikan tanpa mengangkat sumpah di mahkamah (lihat s.133A Akta 56 dan s.17 Akta 792). [20] Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa s.17 Akta 792 memperuntukkan seseorang mangsa kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya. [21] S.17 Akta 792 memperuntukkan seperti berikut: “17. Anggapan keupayaan saksi kanak-kanak. Walau apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika Mahkamah berpendapat selainnya.”. [22] Seterusnya, s.18 Akta 792 memperuntukkan bahawa keterangan kanak-kanak boleh disandarkan untuk sabitan di bawah pertuduhan tanpa keterangan sokongan. S.18 akta tersebut memperuntukkan seperti berikut: “18. Keterangan saksi kanak-kanak Walau apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.”. [23] Mahkamah merujuk kepada kes Pannier Selvam Vadivelu v Pendakwa Raya [2022] 1 LNS 1843 yang memutuskan: “…Apa yang jelas ialah s.18 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 hanya menjelaskan tidakperluan keterangan kanak-kanak itu kepada keterangan sokongan. Ia bukan bermaksud keterangan-keterangan kanak-kanak tersebut secara automatik boleh diterima oleh mahkamah walaupun tanpa keterangan sokongan sedangkan keterangan kanak-kanak itu sendiri telah berlaku percanggahan yang tidak menyebabkan keterangan sesuatu yang luar biasa menyakinkan mahkamah”. [24] Kes Pannier Selvam Vadivelu menjelaskan bahawa mahkamah tidak boleh hanya bergantung kepada keterangan mangsa kanak-kanak sahaja walaupun tanpa keterangan sokongan dan terus membuat sabitan berdasarkan kepada keterangan mangsa tersebut dengan mengenepikan prinsip-prinsip untuk sesuatu keterangan tanpa keterangan sokongan boleh diterima di bawah undang-undang keterangan. [25] Di dalam kes ini, pihak pendakwaan bersandarkan kepada keterangan untuk membuktikan intipati pertuduhan. Pendakwaan tidak mengemukakan rakaman video SP2 yang diambil di Pusat Temubual Mangsa (CIC) semasa siasatan kejadian pada tahun 2022. Pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan mangsa yang diberikan pertama kali di mahkamah pada 9 Disember 2024 ketika SP2 berusia 4 tahun 9 bulan 12 hari. [26] Menurut SP2, OKT telah membuka seluar SP2 dan mengoyangkan jari telunjuknya di ‘pepet’ SP2. Kejadian tersebut berlaku semasa SP2 sedang bermain seorang diri di ruang tamu di rumah pengasuh (lihat eksibit P4 di gambar nombor 3). [27] Pada ketika itu, SP2 menyatakan tiga (3) orang tidur iaitu ‘kakak baby’, Naulia dan seorang lagi SP2 tidak ingat. ‘Kakak baby’ adalah panggilan SP2 kepada pengasuhnya yang merupakan isteri OKT manakala dua (2) orang tidak tidur iaitu SP2 dan OKT. Keterangan SP2 semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut: “Pemeriksaan utama S : Kenapa dengan Abang kakak baby? J : Dia buat XXX Dia buat apa dekat XXX? J : Dia buka seluar lepas itu dia buat macam ni (Kanak-kanak menunjukkan jari telunjuk dan digoyangkan) TPR menunjukkan jari telunjuk yang digoyangkan. S : Betul ke dia buat macam ini? J : Betul S : XXX ini apa? (TPR menunjukkan jari telunjuk yang digoyangkan). Tadi XXX cakap abang kakak baby buat macam ni. (TPR sekali lagi menujukkan jari telunjuk yang digoyang-goyangkan) J : Betul S : Dia buat kena dekat mana? J : Dekat pepet S : Lama tak abang kakak baby buat macam itu? Sekejap S : Masa abang kakak baby buat macam tu, XXX tengah buat apa? J : Main S : Main dekat mana? J : Kat ruang tamu S : XXX tahu tak masa itu dekat rumah siapa? J : Tahu S : Rumah siapa tu? J : Rumah abang kakak baby S : Masa itu, XXX main dengan siapa? Main sorang-sorang S : Orang lain tengah buat apa? Orang lain tengah tidur. XXX dan abang kakak baby tak tidur ………………… S : Tadi XXX cakap XXX dan abang kakak baby tidak tidur Betul S : Orang lain tidur? J : Betul S : Orang lain tu siapa? Kakak baby, Naulia. S : Berapa orang yang tak tidur?
2
S : Berapa orang yang tidur? J : 3. S : Tadi XXX cakap kakak baby, Naulia dan seorang lagi siapa? Tak ingat S : Masa itu kakak baby dan Nauliah tidur dekat mana? XXX tunjuk dulu XXX main dekat mana? Ruang tamu S : Boleh XXX tandakan C di ruang tamu? Kanak-kanak tandakan C di ruang tamu S : Orang lain itu tidur dekat mana, kakak baby, Nauliah? Tak tahu ……………………… S : Tadi XXX cakap, abang kakak baby buat XXX? J : Betul S : Kakak nak bagi XXX guna patung, XXX tunjuk pada patung boleh? Boleh. Abang kakak baby bukak seluar XXX. (Kanak-kanak menggunakan patung anatomi abang kakak baby buka seluar pada patung dan masukkan jari telujuk yang digoyongkan ke kemaluan patung)”. [28] SP2 tidak dapat mengingati sampai paras mana seluarnya dibuka oleh OKT dan berapa kali OKT membuat perlakuan mengoyangkan jari tetapi SP2 merasa sakit apabila OKT berbuat demikian. SP2 kemudiannya memberitahu SP1 setelah SP1 pulang dari kerja. Keterangan SP2 semasa pemeriksaan utama seperti berikut: “Pemeriksaan utama S : Abang kakak baby buka seluar sampai mana? Tidak ingat S : Berapa kali abang kakak baby buat macam itu? J : Sekali S : Masa abang kakak baby buat tu, XXX rasa macam mana? J : Rasa sakit S : Masa abang kakak baby buat macam ini (TPR tunjukkan jari telunjuk yang digoyang-goyang), dia buat berapa kali? J : Tidak ingat S : Lepas abang kakak baby buat itu kan, XXX beritahu siapa? J : Beritahu mama S : XXX beritahu apa dekat mama? J : Abang kakak baby buat S : Macam mana XXX beritahu? J : Lepas mama balik kerja XXX beritahu. …………………… S : Cuba beritahu kakak, XXX cakap macam mana dekat mama? “Mama, abang kakak baby bukak seluar, lepas itu buat macam ni”. (Kanak-kanak menunjukkan jari telunjuk yang digoyangkan) S : Masa cakap tu XXX nangis ke atau tidak, macam mana? Cakap biasa je S : Masa abang kakak baby buat tu, XXX pakai baju macam mana? Tidak ingat S : XXX cakap XXX pakai seluar kan? J : Ya pakai”. [29] Walau bagaimanapun, semasa SP2 disoal balas oleh peguambela OKT, mengatakan bahawa SP1 yang memberitahunya OKT berada di rumah pada masa kejadian. SP2 juga bersetuju dengan soalan peguambela OKT bahawa SP1 yang memberitahunya bahawa OKT membuka seluar dan menggoyangkan jari telunjuk OKT di kemaluan SP2. Keterangan SP2 semasa pemeriksaan balas adalah seperti berikut: “Pemeriksaan balas S : Dekat ruang tamu ada kakak baby, Aulia, ada itu je kan dan XXX pada hari last di rumah kakak baby? Betul S : Hari yang last XXX pergi ke rumah abang kakak baby, selepas itu dah takda pergi, Abang kakak baby takde dekat rumah kan? J : Abang kakak baby ada S : XXX cakap abang kakak baby itu ada sebab mama yang cakap kan? Betul S : Semalam ada cakap-cakap dengan mama tak pasal abang kakak baby semalam? Ada Tadi pagi sebelum cakap-cakap kat mic yang comel ini, ada tak mama cakap-cakap pasal abang kakak baby pada XXX? Ada ……………………. XXX ingat tak ada main dengan kakak baby? Ingat S : XXX tak ada main dengan abang kakak baby? J : Tak ingat ……………………… Kalau XXX ingat masa XXX main-main dekat rumah abang kakak baby, ada ke abang kakak baby buat XXX sakit? J : Ada Sakit itu macam mana? J : Dia bukak seluar, lepas itu dia buat macam ini. (Kanak-kanak menunjukkan jari telunjuk digoyang-goyangkan) S : Dekat mana? Dekat pepet ……………………… S : Sebenarnya yang bukak seluar, buat tangan macam gini (peguam tunjukkan jari telunjuk digoyangkan) sebenarnya mama yang cakap pada Betul [30] Setelah peguambela OKT selesai menyoal balas SP2, mahkamah ini telah menangguhkan kes sebentar kerana SP2 kelihatan keletihan dan tidak fokus. SP2 memberikan keterangan di bilik saksi kanak-kanak secara atas talian. Sepanjang SP2 memberikan keterangan, SP2 ditemani oleh ibunya. Kes ini kemudiannya dipanggil semula ke pukul 11.25 pagi. (lihat nota keterangan) [31] Pada permulaan pemeriksaan semula, SP2 mengesahkan bahawa SP1 yang memberitahunya bahawa OKT ada di rumah, SP1 yang memberitahunya OKT yang membuka seluar SP2 dan OKT yang mengoyangkan jari telunjuknya di pepet SP2 dan SP1 yang memberitahu SP2 yang dua (2) orang tidak tidur dan tiga (3) orang tidur. Keterangan SP2 semasa pemeriksaan semula adalah seperti berikut: “Pemeriksaan semula Kakak tudung putih ini tadi tanya XXX, dia cakap abang kakak baby ada di rumah sebab mama yang cakap? Betul S : Jadi kakak nak tanya apa yang mama cakap? Mama cakap abang kakak baby bukak seluar dan lepas itu dia buat macam ni (SP2 menunjukkan jari telunjuk digoyang-goyangkan) S : Tadi kakak tudung putih ini tanya pagi tadi, ada tak mama cakap pasal abang kakak baby? Ada S : Apa yang mama cakap pada XXX? XXX dengan abang kakak baby, tak tidur, lagi 3 tidur S : Tadi kakak tudung putih ini tanya dekat XXX sebenarnya, yang bukak seluar XXX, yang buat tangan macam ni tu (TPR tunjukkkan jari telunjuk digoyang-goyangkan) mama yang cakap? Betul S : Jadi kakak nak tanya kenapa XXX cakap betul? J : Sebab mama beritahu.”. [32] Walau bagaimanapun, SP2 kemudiannya menukar keterangan dengan mengatakan bahawa bukan SP1 yang memberitahunya tetapi SP2 sendiri yang memberitahu OKT membuka seluar SP2 dan jari OKT digoyangkan di pepet SP2 ketika dia diperiksa semula oleh pihak pendakwaan. SP2 menyatakan dia menyatakan SP1 yang memberitahunya sebab tadi dia tidak faham soalan. Keterangan SP2 semasa pemeriksaan semula adalah seperti berikut: “Pemeriksaan semula Tapi tadi kakak tudung putih tanya, ada tak abang kakak baby buat XXX sakit? Ada S : Sakit dekat mana? Pepet Jadi yang XXX cakap ini, mama yang cakap ke atau XXX yang cakap sendiri? XXX cakap sendiri S : Tadi kakak tudung putih tanya, abang kakak baby buat dekat mana, XXX jawab? Dekat pepet S : Yang ini mama cakap ke atau XXX cakap sendiri? XXX cakap sendiri S : Kakak nak tanya kenapa XXX cakap mama yang beritahu? Sebab tadi tak faham lagi Tadi kenapa XXX cakap mama yang cakap abang baby bukak seluar lepas itu buat macam ni (TPR tunjukkan jari telunjuk di goyang-goyangkan) Sebab tak faham lagi Kenapa tadi XXX cakap, mama beritahu XXX dengan abang kakak baby tak tidur, lagi 3 tidur.? Sebab tak faham lagi Sekarang dah faham ke? Dah S : Kakak nak tanya satu je, yang abang kakak baby buat ini, mama cakap ke atau XXX cakap sendiri? J : XXX cakap sendiri.”. [33] Mahkamah ini di dalam membuat pengamatan, pertimbangan dan perhalusi keterangan SP2, mendapati keterangan SP2 adalah tidak konsisten dan keterangan SP2 dipengaruhi oleh SP1. Ini kerana semasa pemeriksaan balas, SP2 sendiri mengatakan bahawa ibunya (SP1) yang memberitahu SP2 yang OKT membuka seluar SP2 dan mengoyangkan jari OKT di pepet SP2 dan SP2 juga mengatakan bahawa SP1 yang memberitahunya dua (2) orang tidak tidur manakala tiga (3) orang tidur. [34] Namun, setelah mahkamah berhenti rehat sebentar dan kes diteruskan dengan pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan, SP2 menukar keterangannya dengan mengatakan bahawa dia tidak faham soalan dan sekarang sudah faham soalan serta dia sendiri yang cakap OKT yang buat dan bukannya SP1 yang memberitahunya. Perubahan terhadap keterangan SP1 ini berlaku selepas mahkamah ini berhenti rehat sebentar. [35] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguambela OKT bahawa ketika kejadian SP2 berusia 2 tahun 10 bulan 12 hari iaitu di usia pra-verbal dan ketika itu, otak kanak-kanak masih belum berkembang sepenuhnya untuk menyimpan atau menyusun memori jangka panjang. Ketika memberikan keterangan di mahkamah, SP2 berusia 4 tahun 9 bulan 12 hari. Persoalannya, bolehkah SP2 yang berusia 4 tahun lebih dapat mengingati semula kejadian seksual yang berlaku secara spesifik dan terperinci semasa beliau berusia 2 tahun 10 bulan dan 12 hari? [36] Mahkamah ini berpandangan bahawa adalah sukar bagi SP2 yang kini berusia 4 tahun 9 bulan dan 12 hari untuk mengingati semula perlakuan seksual yang berlaku secara spesifik dan terperinci semasa dia berusia 2 tahun 10 bulan dan 12 hari kecuali terdapat pengaruh luaran yang mendorong dan mempengaruhi SP2 semasa memberikan keterangan. [37] Mahkamah mendapati keterangan SP2 bukanlah berdasarkan daripada ingatan SP2 sendiri terhadap kejadian yang berlaku tetapi hasil penceritaan yang dibawa oleh SP1 kepada SP2. Mahkamah mendapati SP2 bukanlah seorang saksi yang kredibel dan keterangan SP2 bukanlah sesuatu yang luar biasa menyakinkan mahkamah “unusually convincing” kerana keterangan SP2 adalah tidak konsisten dan dipengaruhi atau dipandu oleh SP1. [38] Walaupun pada awalnya, mahkamah mendapati SP2 adalah kompeten untuk memberikan keterangan tanpa mengangkat sumpah di mahkamah, namun begitu setelah mahkamah mengamati keterangan SP2, mahkamah mendapati SP2 bukanlah seorang saksi yang kompeten kerana keterangan SP2 banyak dipengaruhi oleh SP1. Oleh itu, adalah tidak selamat untuk mahkamah ini berdasarkan kepada keterangan SP2 semata-mata untuk sabitan bagi pertuduhan ini.
II
(ii) Sama ada kejadian amang seksual yang dikatakan berlaku terhadap SP2 merupakan naratif daripada SP1 dan bukannya daripada SP2 sendiri. [39] Seterusnya, kejadian seksual ini hanya diketahui oleh SP1 pada 13 November 2022 jam lebih kurang 8 malam, sewaktu SP1 memandikan SP2 setelah SP2 mengadu sakit di bahagian kemaluannya. SP1 dan SP6 mengambil SP2 pulang dari rumah pengasuh pada jam 5 petang. SP2 hanya mengadu sakit kepada SP1 lebih kurang tiga (3) jam setelah dia diambil pulang ke rumah. [40] Menurut SP1, SP2 telah menangis dan apabila ditanya oleh SP1 mengapa SP2 menangis, SP2 tidak menjawab kepada pertanyaan tersebut. Namun, apabila SP1 mendesak SP2 tentang siapa yang telah membuat SP2, pada ketika itu SP1 menyatakan bahawa SP2 telah menyebut nama ‘Abang Kakak Baby’ yang dikatakan merujuk kepada OKT dan merupakan suami kepada pengasuh SP2. SP1 menyatakan bahawa pada ketika itu SP2 telah memberitahunya bahawa ‘Abang Kakak Baby’ telah menggosok kemaluan SP2 dengan menggunakan jari. Keterangan SP1 semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut: “Pemeriksaan utama S : Boleh beritahu bagaimana Puan mengetahui kejadian ini? J : Pada 13.11.2022, lebih kurang pukul 8 malam, semasa saya dan suami memandikan anak, anak saya mengadu berasa sakit di bahagian kemaluan dan anak saya menangis. Saya tanya soalan kepada dia, "kenapa menangis" tetapi dia tetap menangis jugak. Lepas itu, saya tanya lagi "siapa yang buat". Tapi saya dah lapkan badan dia dulu dan pergi ke bilik sebelah, jadi saya tanya “mana yang sakit” dan dia jawab “di bahagian nak kencing.” Saya tanya “siapa yang buat.” dia cakap “Abang kakak baby.” Saya tanya lagi “betul ke abang kakak baby yang buat, betul ke.” Dia jawab “betul mama, abang kakak baby yang buat.” Saya tanya “dia buat macam mana.” Dia cakap “dia gunakan jari dia, jari abang kakak baby untuk pegang dekat kemaluan itu, gosok-gosok,” dia cakap…”. [41] SP1 kemudiannya membawa SP2 ke Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Adda pada 14 November 2022 jam 9.30 pagi iaitu sehari selepas kejadian. SP1 telah menemani SP2 untuk berjumpa dengan Dr. Hairin Anisa, SP3. Pada ketika itu, SP1 telah menceritakan kepada SP3 mengenai tujuan mereka datang ke klinik tersebut dan telah memberitahu SP3 yang suami pengasuh ada mengusik atau pegang vagina SP2. Keterangan SP3 adalah seperti berikut: “Pemeriksaan utama S : Bagaimana pemeriksaan fizikal dibuat oleh Doktor terhadap XXX? Ibu hadir bersama XXX dengan complain dia sakit di bahagian vagina, anak itu komplain rasa sakit pada 5 petang hari sebelum dia datang klinik pagi itu. Lepas itu, secara medical, kita fikir sama ada dia ada kencing kotor atau gatal dekat kawasan itu tapi ibu XXX cakap yang anak dia ada beritahu caretaker husband ada usik/pegang vagina dia...”. [42] SP3 pada awalnya berfikiran bahawa kemungkinan terdapat ‘medical issue’ terhadap SP2 yang mungkin berpunca daripada kencing kotor ataupun kegatalan di kawasan kemaluan SP2 memandangkan SP2 menyatakan sakit di bahagian kemaluannya. Namun, SP1 telah terlebih dahulu memaklumkan kepada SP3 bahawa suami kepada pengasuh SP2 telah mengusik atau memegang kemaluan SP2. Ini menyebabkan SP3 membuat kesimpulan awal bahawa rasa sakit itu adalah berpunca daripada perbuatan OKT. [43] Malah, SP3 menyatakan SP1 memberitahunya bahawa SP2 tidak pernah garu di tempat tersebut, tidak pernah jatuh atau luka di tempat tersebut. Naratif penceritaan ini datang daripada SP1 dan bukan daripada SP2 sendiri. [44] Sebaliknya, fakta ini adalah berbeza dengan keterangan SP2 sendiri semasa dia disoal balas oleh peguambela OKT di mana SP2 apabila merasa gatal di bahagian pepet akan menggaru pepetnya. Keterangan SP2 adalah seperti berikut: “Pemeriksaan balas Bila XXX pakai seluar ada tak XXX rasa gatal dengan pepet atau buntut Ada S : XXX ada garuk tak dekat pepet XXX bila rasa gatal? Ada XXX ada cakap pada mama pasal gatal-gatal dekat pepet XXX tu? J : Ada Mama ada bawak XXX pergi doctor tak selepas XXX garuk pepet XXX tu? Tak.”. [45] Selain itu, SP1 semasa disoal balas oleh peguambela OKT mengesahkan bahawa SP2 sudah tidak memakai “pampers” sejak berumur 2 tahun dan tidak memakai seluar dalam tetapi memakai seluar panjang. Keterangan SP1 adalah seperti berikut: “Pemeriksaan balas S : Setuju dengan saya semasa anak Puan berumur 2 tahun 11 bulan , beliau memakai pampers? J : Anak saya tidak memakai pampers S : Setuju dengan saya bila Puan mengatakan anak tidak memakai pampers anak hanya memakai seluar sahaja? J : Setuju S : Seluar-seluar ini Puan yang belikan untuk anak pakai? J : Betul Seluar yang Puan belikan ini, Puan bekalkan untuk dihantar ke rumah pengasuh? J : Betul ……………….. Setuju dengan saya seluar yang Puan beli adalah legging, seluar yang ketat dan bukan spandex? Tidak setuju S : Setuju dengan saya, anak Puan hanya memakai T-shirt dan memakai seluar yang Puan belikan? Tidak setuju. Kadang-kadang pakai dress Dress ini juga dipakai dengan seluar yang Puan belikan? Setuju S : Setuju dengan saya seluar-seluar yang Puan belikan ini bukanlah seluar dalam untuk kanak-kanak perempuan? Saya tak bagi anak saya pakai seluar dalam sebab dia kecil lagi S : Dia pakai seluar itu yang Puan belikan pada bahagian tengah ada jahitan yang menyambung kain-kain pada seluar itu? Setuju S : Setuju bila ada kain yang dijahit di bahagian dalam, jadi kain yang dijahit ini akan berlaga dengan kemaluan anak Puan? Tidak setuju Setuju dengan saya dengan tindakan Puan untuk membiarkan anak Puan memakai seluar tanpa memakai seluar dalam wanita telah menyebabkan lecetan pada bahagian kemaluan anak Puan ini? Tidak setuju.”. [46] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguambela OKT bahawa memandangkan SP2 sudah tidak lagi memakai pampers dan tidak memakai seluar dalam kanak-kanak maka rasa sakit yang dialami oleh SP2 itu boleh timbul akibat daripada faktor luaran seperti jangkitan kuman, geseran atau kemaluan SP2 berlaga dengan seluar panjang yang dipakai oleh SP2. Fakta ini diakui oleh SP2 sewaktu disoal balas oleh peguambela OKT mengakui apabila dia berasa gatal pada pepet, dia akan menggarunya. [47] Selain itu, SP1 juga menyatakan bahawa kejadian SP2 sakit di bahagian kemaluan pada 13 November 2022 bukanlah kali pertama, malah SP2 pernah mengalami sakit di bahagian kemaluannya sebelum tarikh tersebut. Namun pada ketika itu SP1 hanya mengesyaki bahawa SP2 hanya mengalami kencing tidak lawas kerana tidak banyak minum air. “Pemeriksaan balas SP1 S : Setuju dengan saya, kali pertama, XXX memberitahu dia mengalami kesakitan di tempat kencing adalah di rumah Puan pada pukul 7 tarikh 13.11.2022? Tidak ini kali kedua S : Setuju dengan saya kali pertama, XXX mengadu sakit di tempat kencing tidak ada diberitahu kepada Doktor di Hospital Sultan Ismail? Ada Kalau dilihat kepada ID3 bahagian history tidak ada dinyatakan sakit bahagian kencing kali pertama? Setuju Pemeriksaan semula Peguam rujuk kepada laporan perubatan ID3, yang mana tidak ada dinyatakan sakit bahagian kencing kali pertama dan Puan setuju, boleh jelaskan J : Sebelum kejadian 13.11 ini, 5 hari sebelum itu anak saya ada mengadu nak kencing tak boleh, lepas itu saya fikir mungkin tak minum air, lepas itu saya marah dia kenapa tak minum air banyak-banyak, dia cakap dah minum dah. Abis kalau dah minum kenapa jadi macam ni, dia diam sahaja…”. [48] Mahkamah ini berpandangan bahawa terdapat faktor-faktor lain yang berlaku terhadap SP2 yang menyebabkan SP2 merasa sakit di bahagian kemaluan dan bukan berpunca daripada OKT sepertimana yang didakwa oleh SP1. Tambahan pula, mangsa ketika berusia dua
2
tahun lebih sudah tidak memakai pampers atau seluar dalam kanak-kanak dan hanya memakai seluar panjang sahaja. [49] Tambahan pula, menurut SP1, SP2 pernah mengalami sakit di bahagian kencing lima (5) hari sebelum tarikh kejadian. Walau bagaimanapun fakta ini tidak pernah dimaklumkan oleh SP1 kepada doktor-doktor yang merawat SP2 iaitu SP3, SP4 dan SP5. Malah SP3 sendiri pada awalnya mengesyaki SP2 mengalami kencing kotor, namun perkara ini tidak pernah diperiksa lanjut oleh SP3 dan juga mana-mana doktor yang lain. [50] SP3 di dalam keteranganya juga menyatakan dia tidak boleh ‘rule out’ kemungkinan SP2 mengalami kencing kotor. Namun, disebabkan SP1 telah terlebih dahulu memberikan naratif ceritanya kepada SP3, oleh itu, tiada pemeriksaan lanjut yang dibuat terhadap kemungkinan mangsa menghidapi kencing kotor. “Pemeriksaan Utama SP3 S : Dr soalan saya, bagaimana Dr mengesahkan ini bukan kencing kotor berdasarkan pemeriksaan Dr? J : Saya tidak boleh rule out kencing kotor jugak, tapi sebab budak ni tidak complaint sakit perut macam typical sakit perut kencing kotor (supra pubic tenderness) dan takde muntah, takde demam. Sebab sakit di area situ pun boleh terjadi kalau dia kencing kotor.”. [51] Begitu juga apabila SP2 dibawa ke Hospital Sultan Ismail, sekali lagi SP1 telah membawa naratif kepada SP4 dan SP5 di hospital tersebut mengenai kejadian telah berlaku terhadap SP2. “Pemeriksaan Balas SP1 S : Puan nyatakan semasa di HSI tadi, ada Dr yang memeriksa anak Puan, boleh saya tahu, sekiranya terdapat history taking? J : Ada S : Siapa yang memberitahu latar belakang tersebut kepada Dr berkenaan? J : Saya Pemeriksaan utama SP4 Q : Can you tell us is the history taking is part of your examination procedure? A : Yes Q : For this case, whom did you obtain the patient history? J : The patient’s mother Pemeriksaan Balas SP5 S : Rujuk pada P3 pada final diagnosis di mukasurat 2, Doktor kata finding ini di mukasurat 2 di P3 dibuat berdasarkan daripada sejarah ringkas yang diambil semasa pesakit di wad? Betul Setuju dengan saya jika saya katakan sejarah pesakit yang diambil adalah daripada apa yang diceritakan oleh ibu pesakit? Setuju.”. [52] Berdasarkan kepada keterangan SP3, SP4 dan SP5, ianya jelas menunjukkan pada setiap masa material, tiada bukti menunjukkan bahawa SP2, mangsa dalam kes ini, pernah menceritakan kejadian yang didakwa berlaku kepada sesiapapun. Walaupun SP1 menyatakan bahawa anaknya sudah pandai dan lancar bercakap ketika berusia 2 tahun tetapi tiada sesiapa, termasuk SP3, SP4 dan SP5 yang pernah mendengar SP2 sendiri menceritakan kejadian tersebut sebelum perbicaraan ini. [53] Sebaliknya, SP2 semasa disoal balas oleh peguambela OKT di mahkamah menyatakan ibunya iaitu P1 yang memberitahunya “Abang kakak baby” membuka seluar SP2 dan mengoyangkan jarinya di pepet SP2. Naratif tentang kejadian amang seksual yang berlaku ini diberikan oleh SP2 semasa perbicaraan berlangsung di mahkamah. [54] Mahkamah mendapati terdapat percanggahan di antara keterangan SP1 dan SP2 di mahkamah. Mahkamah berpandangan bahawa keterangan SP1 yang menyatakan SP2 boleh bercakap dengan lancar seawal usia 2 tahun adalah merupakan pandangan dan pengamatan SP1 sahaja tanpa dibuktikan atau disokong oleh mana-mana pakar kanak-kanak atau pakar perubatan. [55] Makamah mendapati terdapat keraguan terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas OKT, sama ada benar telah berlaku kejadian OKT menggosok kemaluan mangsa menggunakan jarinya atau ianya hanyalah satu andaian atau fakta serkap jarang daripada SP1 yang menjadikan pertuduhan ke atas tertuduh.
III
(iii) Tiada keterangan yang konklusif daripada pakar perubatan yang menunjukkan berlakunya kejadian amang seksual terhadap mangsa [56] Di dalam kes ini, tidak terdapat sebarang keterangan konklusif daripada mana-mana pakar perubatan yang menunjukkan kejadian amang seksual berlaku terhadap SP2. [57] Pada malam 13.11.2022 sekitar jam 9.30 malam, iaitu hari di mana kejadian amang seksual tersebut dikatakan berlaku, SP1 dan SP6 telah membawa SP2 ke sebuah klinik yang terletak di Taman Cendana. Namun, menurut SP1, doktor di klinik tersebut tidak mempunyai kepakaran untuk memeriksa SP2 dan telah meminta SP1 dan SP6 membawa SP2 ke klinik yang lain. [58] Pada keesokan paginya 14.11.2022 jam 9.30 pagi, SP1 dan SP6 telah membawa SP2 ke Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda dan telah berjumpa dengan SP3. SP2 telah diperiksa oleh SP3 yang pada ketika itu tetapi tidak membuat apa-apa rawatan terhadap SP2. Ini kerana menurut SP3, bagi kes-kes yang melibatkan kesalahan seksual, dia tidak akan mengganggu bukti barang kes dan hanya akan menyediakan surat rujukan kepada hospital kerajaan. SP3 telah mengeluarkan satu surat rujukan, (eksibit P5) kepada SP1 untuk merujuk SP2 ke Hospital Sultan Ismail. Keterangan SP3 semasa pemeriksaan semula seperti berikut: “Pemeriksaan Semula SP3 S : Peguam cadangkan Dr tidak menjalankan apa-apa ujian untuk mengesahkan sama ada XXX mengalami kencing kotor ataupun tidak dan Dr jawab setuju, boleh jelaskan kenapa tiada ujian yang dijalankan? J : Pertama, XXX tidak ada gejala kencing kotor yang lain seperti sakit di bawah perut, saya ada buat pemeriksaan abdomen dan saya mendapati tiada supra pubic tenderness, dia tidak ada gejala seperti demam atau muntah. Itu klinikal. Yang kedua, saya tidak mahu mengganggu evidence sebelum SCAN team tengok. Ini memang proses semasa saya belajar di SCAN team di UM, kalau ada macam ini, tidak boleh usik apa apa, terus refer kepada SCAN team.”. [59] Seterusnya, pada hari yang sama, 14.11.2022 jam sekitar 8 malam, SP2 telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail. SP2 telah diperiksa oleh (SP4) yang merupakan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Pakar O&G) di bilik “One Stop Crisis Centre” (OCC) di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail. SP4 telah menjalankan pemeriksaan fizikal am dan bahagian kemaluan ke atas SP2. Hasil pemeriksaan SP4 mendapati tiada sebarang kesan akibat gangguan seksual terhadap SP2. Keterangan SP4 semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut: “Pemeriksaan utama SP4 Q : Can you tell us your findings on this two examinations? A : For the general physical examination, the patient was calm, no obvious external injury. For the genetalia examination, no obvious injury seen as well Q : Can you explain on the no obvious injury on the genetalia examination? A : When examining the external genetalia on the vagina vulva and hymen, I saw no obvious injuries Q : Can you elaborate more on the meaning of the “no obvious injury”? There were no abrasion, redness, or cuts or bruising.”. [60] Laporan perubatan SP2 di eksibit P3 juga adalah negatif untuk menunjukkan sebarang kesan di bahagian kemaluan mangsa terhadap gangguan seksual. Walaupun di bahagian “final diagnosis” di dalam eksibit P3 dinyatakan “Final Diagnosis. 1) Alleged molestated by a known perpetrator 2) acute tonsillopharyngitis”, SP5 menyatakan diagnosis berkenaan "alleged molestated by a known perpetrator" diambil dari sejarah perubatan ringkas semasa pesakit berada di wad di mana sejarah pesakit tersebut diceritakan oleh ibu mangsa iaitu SP1 manakala ‘acute tonsillopharyngitis’ pula bermaksud jangkitan kuman di bahagian kelenjar tonsil. SP5 semasa disoal balas oleh peguambela OKT bersetuju bahawa kedua-dua final diagnosis ini tidak berkaitan dengan bahagian vagina atau genetalia pesakit. [61] Menurut SP5 juga, sewaktu SP5 membuat pemeriksaan ke atas SP2, dia mendapati SP2 berada di dalam keadaan yang baik dan keadaan fizikal SP2 juga di dalam keadaan yang baik. Tambahan lagi, SP2 juga tidak pernah memberitahu SP5 tentang apa-apa rasa sakit yang dirasai oleh SP2. [62] Walaupun, SP3 menyatakan bahawa terdapatnya kesan merah pada labia minora pada kemaluan mangsa, namun perkara itu tidak pernah disahkan dan dibuktikan secara klinikal. Ianya hanyalah sekadar pemerhatian dan pandangan SP3 sahaja dan bukannya hasil daripada rawatan SP3. [63] Seterusnya, SP4 juga menyatakan sekiranya terdapat kesan melecet pada kemaluan SP2, ianya akan mengambil masa dalam tempoh tiga (3) hingga empat (4) hari untuk sembuh. Keterangan SP4 semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut: “Pemeriksaan utama SP1 Q : Can you elaborate more on the meaning of the “no obvious injury”? There were no abrasion, redness, or cuts or bruising Q : Normally if there were abrasions/redness on the genetalia, how long would it take to heal? A : If the redness is due to petechiae (injury to capilliries), it should heal within 48 hours and if it is due to the abrasions, it should heal within 3-4 days. Q : How do you differentiate between redness and abrasion? If it is redness to the petechiae, it is injury to the small capillary and if it is abrasion, it is injury to the skin layer.”. [64] Di dalam kes ini, kejadian di katakan berlaku pada 13.11.2022, SP2 di bawa berjumpa SP3 di Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda pada waktu pagi 14.11.2022, di mana SP3 memberitahu bahawa terdapat kesan merah pada labia minora mangsa. Kemudian, SP2 dibawa berjumpa dengan SP4 di Hospital Sutan Ismail pada jam lebih kurang 8 malam pada 14.11.2022, SP4 mendapati bahawa tidak terdapat apa-apa kesan pada kemaluan mangsa. [65] Mahkamah mendapati tempoh di mana kejadian dikatakan berlaku pada 13.11.2022 sehinggalah mangsa dibawa berjumpa dengan SP4 pada malam 14.11.2022, ianya masih di dalam tempoh 48 jam seperti yang dinyatakan oleh SP4. Sekiranya benar telah berlaku gangguan amang seksual terhadap SP2 dan wujudnya kemerahan di kawasan kemaluan mangsa, timbul persoalan mengapa tiada terdapat sebarang kesan yang boleh disahkan oleh SP4, doktor pakar O&G yang merawat mangsa di Hospital Sultan Ismail. [66] Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguambela OKT bahawa telah timbulnya keraguan di dalam kes pendakwaan kerana tidak terdapat sebarang keterangan pakar perubatan yang konklusif yang boleh membuktikan bahawa terdapatnya kesan gangguan amang seksual terhadap tertuduh mengambil kira tidak terdapat sebarang kesan pada kemaluan mangsa. [67] Mahkamah juga mendapati terdapat percanggahan di dalam hasil pemeriksaan ke atas SP2 oleh SP3 dan SP4, SP5. SP3 menyatakan hasil pemerhatiannya mendapati bahawa terdapat kesan merah pada labia minora mangsa manakala SP4 pula mendapati hasil pemeriksaannya tidak terdapat apa-apa kesan termasuklah kesan merah pada mana-mana bahagian pada kemaluan mangsa. [68] Kes PP v Dato’ Seri Anwar Ibrahim [2014] 4 CLJ 162, di mana di dalam kes ini Mahkamah telah membincangkan isu berkenaan penerimaan keterangan yang bercanggah daripada pendapat pakar seperti yang berikut:- “[129] Having these principles in mind, it is our considered view that in accepting or rather preferring the evidence of the two defence experts, the learned trial judge had failed to carry out a critical examination of their evidence and test it against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. It is incumbent on the part of the learned trial judge to indicate in his judgment that this process of appraisal and critical evaluation of the evidence had been undertaken. Failure to do so invites appellate intervention. [130] In accepting the evidence of the expert witnesses, the learned trial judge had failed to consider that in terms of the probative value of the evidence, the evidence of PW5 ought to have been held to be more credible in the sense that PW5 had herself carried out the various tests and analysis of the samples as opposed to both DW2 and DW4 who did not have the benefit of doing the analysis themselves. The evidence of both DW2 and DW4 are mere opinion as opposed to the evidence of both PW5 and PW6 which were factual and based on their own analysis of the samples. Both DW2 and DW4 are mere “arm chair experts”. In terms of qualifications, the learned trial judge had found PW5 to have impeccable credential, holding a PhD in Forensic DNA and is the head of the Serious Crime Unit, Chemistry Department Malaysia. So too PW6, whom the learned trial judge had found to be without doubt an expert in DNA analysis and competent in terms of her academic and professional qualifications and experience.” [69] Kes PP v Dato’ Seri Anwar Ibrahim memutuskan bahawa sekiranya terdapat percanggahan dari segi pendapat daripada pakar, mahkamah akan melihat kepada proses pemeriksaan dan analisa yang dibuat oleh pakar tersebut, di mana di dalam kes tersebut, mahkamah tidak menerima kenyataan daripada DW2 dan DW4 kerana keterangan yang dikemukakan oleh mereka hanyalah satu pendapat mereka semata-mata berbanding dengan keterangan yang diberikan oleh PW5 adalah berdasarkan hasil analisa yang dibuat oleh beliau terhadap sampel-sampel. [70] Di dalam kes ini, mahkamah berpandangan bahawa kenyataan SP3 yang mendapati terdapatnya kesan merah pada kemaluan SP2 merupakan satu pendapat beliau sahaja tanpa disokong oleh apa- apa laporan perubatan yang konklusif dan juga pemeriksaan lanjut oleh dia sendiri. Ini kerana, SP3 sendiri sewaktu disoal balas oleh peguambela OKT menyatakan dia mendapati terdapat kesan merah pada labia minora mangsa tetapi dia tidak membuat apa-apa pemeriksaan lanjut kerana dia tidak mahu mengganggu bukti kes yang berkaitan gangguan seksual dan merujuk mangsa kepada doktor pakar di Hospital Sultan Ismail. [71] Sebaliknya, keterangan SP4 dan SP5, disokong oleh laporan perubatan, eksibit P3 yang menunjukkan satu pemeriksaan telah dijalankan terhadap mangsa. Keterangan SP4 dan SP5 juga adalah selari dan konsisten yang menyatakan bahawa hasil pemeriksaan mereka mendapati bahawa tidak terdapat sebarang kesan terhadap keadaan kemaluan mangsa. [72] Selanjutnya, SP3 merupakan seorang Pediatrik yang mengkhususkan kepada kesihatan bayi, kanak-kanak dan remaja termasuk umum, imunisasi, perkembangan serta diagnosis dan rawatan penyakit berkaitan dengan kanak-kanak. Keterangan SP3 semasa disoal balas oleh pegumbela OKT adalah seperti berikut: Pemerikaan Balas SP3 S : Sewaktu sesi soal utama, doktor beritahu, inflamed dan juga abrasion tersebut adalah berkemungkinan di mana XXX mengalami kencing kotor? J : Sebelum saya check, saya ada fikir dia kencing kotor tetapi selepas saya check saya tidak rasa dia ada kencing kotor. S : Setuju dengan saya, Doktor tidak ada jalankan apa-apa ujian untuk mengesahkan sama ada XXX mengalami kencing kotor ataupun tidak? Setuju S : Setuju dengan saya, Doktor takda membuat apa-apa ujian untuk mengesahkan punca sebenar abrasion atau inflamed pada labia minora J : Betul S : Kelulusan Doktor adalah master in Peadictris, ini memang specialise pada kanak-kanak? Betul hingga remaja S : Setuju dengan saya bidang ini adalah disiplin perubatan yang fokus kepada kesihatan bayi, kanak-kanak dan remaja termasuk penjagaan umum, imunisasi, perkembangan serta diagnosis dan rawatan penyakit berkaitan dengan kanak-kanak? J : Betul S : Setuju dengan saya bidang kepakaran Doktor berlainan dengan bidang O&G? Setuju S : Setuju dengan saya bidang O&G tu, fokus kepada kesihatan, reproduktif wanita termasuk penjagaan kehamilan, kelahiran serta diagnosis dan rawatan bagi masalah berkaitan organ reproduktif wanita? J : Setuju Setuju dengan saya, Doktor tidak ada atau tidak pernah menjalani kursus berkaitan dengan O&G? J : Tidak setuju S : Setuju dengan saya, Doktor tiada menjalani kursus berkenaan dengan kes seksual yang melibatkan kanak-kanak? J : Tidak setuju S : Setuju dengan saya, kursus yang berkaitan dengan O&G untuk kanak-kanak atau kes seksual melibatkan kanak-kanak tiada dalam CV Doktor di mahkamah? J : Tiada S : Setuju dengan saya setiap Pakar Pediatrics yang ingin mendalami kes-kes berkaitan seksual kanak-kanak perlu mendapatkan latihan tambahan dalam pediatrics forensik medicine atau adolescence, ginekologi ataupun pediatrics and adolescence gynecology? Tidak setuju S : Setuju dengan saya latihan-latihan yang saya sebutkan tadi, atau sub kepakaran tersebut tiada pada Doktor? J : Ya.”. [73] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh SP3, SP4 dan SP5, mahkamah mendapati adalah tidak selamat untuk mahkamah ini mengambil kira kenyataan yang diberikan oleh SP3 kerana kenyataannya tidak pernah disokong oleh mana-mana bukti di mahkamah. Mahkamah ini menerima kenyataan yang diberikan oleh SP4 dan SP5 kerana pernyataan mereka disokong oleh pemeriksaan yang menyeluruh terhadap mangsa dan laporan perubatan mangsa di eksibit P3. KESIMPULAN [74] Berdasarkan kepada penilaian maksima yang mahkamah lakukan ke atas kesemua keterangan yang telah diberikan, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kesemua elemen pertuduhan di bawah pertuduhan yang dikemukakan. Atas dapatan ini, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie terhadap pertuduhan ke atas OKT di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 maka mahkamah dengan ini membebaskan dan melepaskan OKT. Bertarikh 12hb Januari 2026 (SITI NORAIDA BINTI SULAIMAN) HAKIM MAHKAMAH SESYEN 2 JOHOR BAHRU, JOHOR Pihak Pendakwaan : Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor Peguambela OKT : Tetuan Lydiana Law Chambers
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.