Dari penelitian saya, intipati perbualan yang dirakamkan menunjukkan kemungkinan wujud elemen arwah Alif memegang kepentingan tanah sebagai amanah terhadap arwah Firdawos dalam urusan pembahagian harga jualan berdasarkan fakta berikut (rujuk ikatan B1 muka surat 33-68), rujukan akan dibuat berdasarkan perenggan dalam transkripsi: 1) Awal rakaman merujuk kepada satu “janji” (perenggan (para) 27 muka surat (ms) 34) yang telah dibuat di mana SD4 meminta Plaintif menunggu surat dari peguam yang bakal menyusul. 2) SD4 mengakui kewujudan “hak kau” (para 11 ms 35) dan Asraf (anak arwah Alif) juga mengatakan “jangan risau” (para 18,28,35 ms 35). S/N kabShvGunkO5Pv79UiCbpg 3) SD4 menambah “Dia sebelum mati, sebelum sain S&P, dia dah bagi bapa kau punya IC..” (para 20 ms 35) dan “Lillahitaala, dia masa dia sain itu dia cakap saya dah janji dengan abang saya bahagi setengah, Jadi nanti keluarkan cek nama abang saya” (para 25 ms 35). 4) SD4 mengulangi sumpah beliau “dia bukan sekarang dia cakap. Dia cakap masa sain S&P. Ada gambar semua. Dia sain. Dia nak bagi atas nama abang dia sebab dia dah janji dengan abang dia. Lillahitaala” (para 31 ms 35). “Tunggu surat lawyer. Lillahitaala, tak payah panjang-panjang” (para 37 ms 35). 5) Apabila Plaintif menjelaskan sebab mereka bertanya adalah kerana mereka tidak dimaklumkan adanya penjualan tanah tersebut, Asraf dan SD4 mengakui “memanglah tak dapat info sebab kita orang” (para4 ms 36) “tak nak bagi tahu..nanti kau tanya, bila saya dapat, bila dapat. Sabarlah” (para 6 ms 36). 6) SD4 menjelaskan mengapa mereka tidak memaklumkan Plaintif mengenai urusan ini (surat tidak disalinkan kepada – SK) kerana mengikut nasihat peguam, oleh kerana nama arwah Firdawos sudah tiada dalam hak tanah tersebut maka surat tidak boleh disalinkan kepadanya (para 4 ms 38) tetapi mengakui bahawa “..tapi saya dah janji dengan dia, dengan anak-anak dia keluar duit separuh bagi atas nama bapa Salleh S/N kabShvGunkO5Pv79UiCbpg (Salleh/Aleh merujuk kepada Plaintif), betul jangan risau kami tidak akan makan duit kau orang”. 7) Perbualan dari muka surat 39-43 tidak berkaitan dengan tanah tersebut kecuali pada para 21 ms 44 semasa Asraf menceritakan yang pernah arwah Firdawos mengatakan yang dia tidak mahukan bahagian dia atas tanah tetapi bapanya (arwah Alif) mengatakan “anak kau (arwah Firdawos) ada hak”. Seterusnya Asraf berkata “melainkan bapa engkau dah meninggal dan lepas itu baru engkau ada hak sebab benda itu dah jadi pusaka” (para 7 ms 45) dan akan dibahagi dua “kalau dapat jual dengan harga RM400,000 kita akan bahagi dua” “Yess, betul” (para 10 dan 14 ms 45). 8) Pada ms 46, Asraf menceritakan terdapat pergaduhan antara arwah Firdawos dengan arwah Alif mengenai pembahagian ini sehingga ada penghantaran mesej dari arwah Firdawos yang mengatakan “Wi, kau ambillah Wi. Kau ambillah bahagian. Kau ambil, aku tak nak” (para 10 ms 46). Malah ini diakui oleh Plaintif bahawa bapanya arwah Firdawos ada mengatakan begitu samasa hidupnya. Sungguhpun begitu Asraf juga mengatakan “..kecuali bapa engkau dah meninggal, benda tu tak boleh pakai”, “benda tu memang tak boleh pakai sebab benda tu dah jadi pusaka. Engkau kena faham dekat situ. Bapa engkau masih hidup lagi” (para 19 dan 24 ms 46). Seterusnya Asraf berkata “Emak bapak S/N kabShvGunkO5Pv79UiCbpg engkau dah cakap. Tak boleh nak buat apa, Memang betul, harta bapak engkau, engkau kena cakap dengan bapa engkau baliklah, kenapa cakap dengan bapa aku? Aku cakap benda reality” (para 34 ms 46). 9) Akan tetapi, Asraf selanjutnya menjelaskan “sebab itu bapa aku, ok. Sebab itu yang aku kata yang tanah sana, bapa aku walaumacamanapun bapa engkau cakap macam-macam dekat bapa aku, bapa aku dia tak tamak. Dia bagi separuh..kita orang hari itu kata tak nak bagi kan? Tapi kitaorang bagi” (para 7 ms 47). 10) Pada muka surat 51, peguam Puan Theselim Begam binti Mohd Yusof, SD2 ada mencelah dan mengatakan “Ok, saya peguam yang handle urusan tanah. Jadi memang dia ada bagi tahu. Separuh bahagian kepada abang sulung dia. Nanti check letak atas nama abang sulung. Tapi dokumen semua tak perlu bagi sebab nama dia tak ada dalam ini. Itu adalah, sebab saya kata ok. Sekarang ini kenapa, sebab dia kata memang dalam masa pusaka, masa bicara memang abang itu dah tak nak bahagian dia. Tapi sebab dia kata tak apa, itu adalah bahagian yang dia nak bagi. Jadi jangan tanya saya kenapa tiada bahagian itu saya tidak tahu. Cuma yang dia pesan dekat saya, separuh bahagian letak cek atas nama abang sulung dia. Separuh bahagian lagi atas nama dia lah” (para 24 ms 51). S/N kabShvGunkO5Pv79UiCbpg 11) Perbualan antara Asraf dengan Plaintif di muka sura 63 adalah relevan di mana beliau menerangkan seolah-olah terdapat janji/persetujuan lain selepas prosiding di Pejabat Tanah. Mengikut Asraf, terdapat pergaduhan antara arwah Firdawos dengan arwah Alif yang membawa kepada kata-kata yang disebut sebelum ini iaitu arwah Firdawos, dalam keadaan marah memberikan bahagiannya kepada arwah Alif. Rujuk para 33 ms 63 dan para 8 ms 64, “Dengar sini Aleh, Ayah aku berjanji time mahkamah, selepas mahkamah cakap pasal nak bahagi dua semua, ya. Tapi selepas itu apa yang ayah kau cakap? Janji itu boleh pakai lagi tak?” Plaintif menjawab “ayah Aleh ada buat catatan tapi catatan sendiri. Lepas dari bicara dekat mahkamah bahagian harta pusaka ini”. Dan Asraf menjawab “Ya, itu yes. Aku faham waktu itu bahagi sama rata. Ok, lepas bergaduh itu apa yang ayah kau cakap? Mulut kata-kata, jangan main-main, semua dah dilafaz tak kira awal dan akhir”.