/akn/my/judgment/court-of-appeal/2017/7ba694eb-1bc9-4ce2-8b43-766b0b687249
Court of Appeal of Malaysia15 Nov 2017W-05(M)-258-06/2016
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s.173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if 34 unre”
“un mahkamah tidak mempercayai pembelaan perayu, tetapi jika pembelaan itu menimbulkan keraguan yang munasabah ia sudah memadai untuk membolehkan perayu dilepas dan dibebaskan (Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263, Saimin & Ors v PP [1971] 2 MLJ 16, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85). Kesimpulan [55] Ad”
“U 213, Ooi Chee Seong and Another v PP [2014] 3 MLJ 593; [2014] MLRAU 120; [2014] 7 CLJ 505, Mazlaini Mansor v PP [2014] 2 MLJ 18; [2013] MLRAU 120, Ang Kian Chai v PP & Anor Appeal [2012] MLRA 456; [2012] MLJU 158 CA, Pang Chee Meng v Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137, Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 1 MLJU 149; [”
“572; [2013] MLRAU 213, Ooi Chee Seong and Another v PP [2014] 3 MLJ 593; [2014] MLRAU 120; [2014] 7 CLJ 505, Mazlaini Mansor v PP [2014] 2 MLJ 18; [2013] MLRAU 120, Ang Kian Chai v PP & Anor Appeal [2012] MLRA 456; [2012] MLJU 158 CA, Pang Chee Meng v Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137, Ibrahim Mohamad & Anor v PP [201”
“2 MLRA 29, Lean Siew Boon & Anor v PP [2014] 2 MLJ 572; [2013] MLRAU 213, Ooi Chee Seong and Another v PP [2014] 3 MLJ 593; [2014] MLRAU 120; [2014] 7 CLJ 505, Mazlaini Mansor v PP [2014] 2 MLJ 18; [2013] MLRAU 120, Ang Kian Chai v PP & Anor Appeal [2012] MLRA 456; [2012] MLJU 158 CA, Pang Chee Meng v Public Prosecutor”
“ah Zawawi bin Yusoff v Public Prosecutor [1993] 3 MLJ 1; [1993] 4 MLJ 1 SC; [1993] 1 MLRA 416, 31 Azizan Yahaya v PP [2013] 1 MLJ 180; [2013] 2 MLRA 29, Lean Siew Boon & Anor v PP [2014] 2 MLJ 572; [2013] MLRAU 213, Ooi Chee Seong and Another v PP [2014] 3 MLJ 593; [2014] MLRAU 120; [2014] 7 CLJ 505, Mazlaini Mansor v”
“J 1 SC; [1993] 1 MLRA 416, 31 Azizan Yahaya v PP [2013] 1 MLJ 180; [2013] 2 MLRA 29, Lean Siew Boon & Anor v PP [2014] 2 MLJ 572; [2013] MLRAU 213, Ooi Chee Seong and Another v PP [2014] 3 MLJ 593; [2014] MLRAU 120; [2014] 7 CLJ 505, Mazlaini Mansor v PP [2014] 2 MLJ 18; [2013] MLRAU 120, Ang Kian Chai v PP & Anor Appe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: W - 05(M) - 258 - 06/2016 ANTARA AGBU GOODLUCK UGOCHUKWU … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam perkara mengenai Perbicaraan Jenayah No. 45A-102-12/2014 Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Antara Pendakwa Raya Dan Agbu Goodluck Ugochukwu Yang diputuskan oleh Yang Arif Hakim Dato’ Mohd Azman bin Husin di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 17 Jun 2016] CORAM: MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR IDRUS HARUN, HMR YAACOB HAJI MD. SAM, HMR 2 PENGHAKIMAN MAHKAMAH Pendahuluan [1] Perayu, seorang warga Nigeria, telah dituduh dengan satu pertuduhan mengedar 2,112.2 gram methamphetamine pada 22 Ogos 2014 jam lebih kurang 2.00 petang di alamat E-3A-18, Pangsapuri Arena Green, Jalan 1/155A Bukit Jalil, Kuala Lumpur, suatu kesalahan di bawah seksyen 39B
subsection
(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) Akta yang sama. [2] Mahkamah Tinggi telah mendapati perayu bersalah, mensabitkan perayu dan menjatuhkan hukuman mati terhadap perayu. [3] Perayu telah merayu kepada Mahkamah ini. Pada 15 November 2017, Mahkamah ini telah mendengar rayuan perayu dan telah membenarkan rayuan tersebut. Sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi telah diketepikan. Perayu dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. Kini kami memberikan alasan terhadap keputusan tersebut. Kes Pendakwaan [4] Dari keterangan yang telah dikemukakan, intipati kes pihak pendakwaan ialah seperti berikut. Pada 22 Ogos 2014, jam lebih kurang 2 petang, Insp. Azmizal bin Ahmad Basri (‘SP5’) dari Bahagian Jenayah 3 Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur bersama sepasukan sembilan orang anggota polis telah pergi ke rumah alamat No. E-3A-18, Pangsapuri Arena Green, Bukit Jalil, Cheras, Kuala Lumpur. Ketika SP5 dan pasukannya tiba, pintu grill besi rumah tersebut berkunci dengan mangga. Pintu papan juga dalam keadaan berkunci. SP5 telah mengetuk mangga grill sambil memperkenalkan diri sebagai polis. Seorang lelaki, iaitu perayu, telah membuka pintu rumah bagi membolehkan SP5 dan pasukannya memasuki rumah tersebut. [5] Sebaik sahaja memasuki rumah, SP5 telah membuat pemeriksaan ke atas bilik pertama yang tidak berkunci. Tiada apa-apa barang salah dijumpai. [6] SP5 kemudiannya memeriksa bilik kedua rumah tersebut yang juga tidak berkunci. Di dalam pemeriksaan ke atas bilik kedua tersebut, SP5 telah menjumpai sebuah beg jenama Yang Yan Shi (P50) berisi 3 bungkusan yang disyaki dadah (P22, P24, P26) dan 2 alat penimbang (P51, P52). SP5 juga menjumpai satu beg sandang (P53) berisi 3 bungkusan yang disyaki dadah (P28, P30, P32). Kedua-dua beg ini ditemui di atas lantai terletak antara katil dan almari pakaian. SP5 telah menangkap perayu. [7] SP5 kemudiannya telah membuat laporan tangkapan dan rampasan melalui Bukit Jalil/004253/14 (P48) dan mengeluarkan Borang Senarai Geledah (P49). SP5 turut merampas beberapa helai pakaian yang terdapat di dalam almari pakaian dalam bilik kedua. SP5 juga merampas sepasang kasut jenama “Bull Ryder” daripada bahagian atas almari pakaian bilik kedua tersebut. 4 [8] Perayu dan barang rampasan kemudiannya telah diserahkan oleh SP5 kepada pegawai penyiasat, Insp. Hamsan bin Hj. Hadi (‘SP8’) pada hari yang sama. Dua Surat Akuan Terima serahan dikeluarkan, iaitu bagi dua beg bersama kandungannya (P61) dan bagi pakaian serta kasut dan dompet duit (P60). [9] SP8 telah menghantar dua buah beg bersama kandungan bungkusan-bungkusan ke Jabatan Kimia Malaysia Petaling Jaya untuk dianalisis. Ahli Kimia Malaysia, Dr Vanitha Kunalan (‘SP3’) telah mengesahkan bahawa kandungan bungkusan-bungkusan tersebut ialah methamphetamine seberat 2,112.1 gram, iaitu dadah berbahaya yang disenaraikan dalam
schedule
Jadual 1 ADB 1952. SP3 turut mengemukakan laporan kimia beliau (P34). [10] Pendakwaan juga mengemukakan keterangan daripada ahli kimia, Hazwani binti Hafiz (‘SP4’), yang mengesahkan bahawa melalui ujian profiling terdapat kesan Deoxyribonucleic Acid (DNA) milik perayu ke atas sehelai baru kameja berwarna kuning (P41) dan sehelai tuala (P43) setelah dibuat perbandingan dengan contoh darah yang diambil daripada perayu. Dapatan Hakim Bicara Di Akhir Kes Pendakwaan [11] Di akhir kes pendakwaan, Hakim Bicara telah membuat dapatan berikut di muka surat 14 – 16 Rekod Rayuan Jilid 1: “F. Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan 5 Mengenai intipati pertama, Mahkamah berpuashati dengan keterangan SP3 Ahli Kimia bahawa barang-barang kes yang disyaki dadah adalah dadah berbahaya seperti yang diperuntukkan di bawah
schedule
Jadual 1 Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah berpuas hati dengan analisa yang telah dilakukan ke atas barang-barang yang sama yang dirampas oleh SP5, dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa dan dikemukakan di Mahkamah. Mengenai intipati kedua, semasa ditangkap tertuduh tinggal di rumah seorang diri. Tertuduh yang membuka pintu dan kunci manga grill rumah tersebut yang ada pada milikannya. Keterangan SP5 hingga SP8 jelas menunjukkan tertuduh tinggal di rumah tersebut. Ini disokong oleh laporan DNA yang mengesahkan baju dan tuala yang dijumpai dalam almari bilik tertuduh duduki adalah berpadanan dengan profil DNA tertuduh seperti yang dijelaskan oleh SP4 dan laporan DNA P37. Pakaian yang dijumpai dalam bilik rumah tersebut diacupakai dan didapati berpadanan dengan tertuduh. Rujuk gambar (P18w, x, y dan z). Mahkamah berpendapat bahawa tertuduh mempunyai pengawalan yang mutlak ke atas rumah tersebut seperti yang diputuskan oleh kes PP v Denish Madhavan (2009) 2 CLJ 209 yang merujuk kepada kes Chan Pean Leon v PP (1956) MLJ 237. Dalam kes ini tertuduh ada kunci mangga grill rumah tersebut yang jelas menunjukkan beliau ada kawalan ke atas rumah tersebut pada masa material. Tiada orang lain di rumah itu semasa tertuduh ditahan dan ditangkap. Begitu juga pintu bilik-bilik rumah tersebut tidak berkunci. Keputusan Mahkamah Persekutuan Siew Yoke Keong v PP (2013) 4 CLJ 149 terpakai dalam keadaan sedemikian. Oleh itu Mahkamah berpendapat memutuskan 6 bahawa tertuduh memiliki dadah berbahaya secara langsung menurut seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Mengenai intipati ketiga, daripada keterangan SP5 dan SP8 adalah jelas bahawa dadah berbahaya yang dijumpai adalah dalam kawalan, jagaan dan milikan tertuduh. Daripada keterangan mengikut keadaan juga menunjukkan dadah berbahaya itu ditemui dalam kawalan, jagaan, milikan dan pengetahuan tertuduh. Sesungguhnya bukti pengetahuan atau ‘proof of knowledge is very often a matter of inference’ seperti yang diputuskan oleh kes Parlan Dadeh v PP (2009) 2 CLJ 717. Begitu juga dalam kes Hooman Khanloo v PP (2015) 6 CLJ 100 memutuskan bahawa ‘it would be quite sufficient to prove facts from which it could be properly inferred that the accused knew or had the requisite knowledge that he has prohibited drugs in his custody or control.’ Sehubungan dengan itu Mahkamah telah membuat dapatan bahawa tertuduh memiliki dadah berbahaya tersebut. Oleh itu Mahkamah juga menggunakan anggapan di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 bahawa tertuduh adalah dianggap mengedar dadah berbahaya tersebut sepertimana yang diputuskan oleh kes Mahkamah Persekutuan Ibrahim Mohamad & Anor v PP (2011) 4 CLJ 113. Dengan yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa tertuduh adalah mengedar dadah berbahaya tersebut. Penemuan 2 alat timbang P51 dan P52 di rumah tersebut mengukuhkan lagi keterangan bahawa tertuduh mengedar dadah tersebut. 7 Mahkamah berpuashati bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah kredible. Mahkamah juga berpendapat bahawa pendakwaan telah cuba mengesan Steven Owusu sebaik mungkin tetapi gagal. SP6 tuan rumah memberi nombor telefon kepada SP8. SP8 menghubungi nombor tersebut tapi tiada dalam perkhidmatan. Pihak imigresen tidak dapat membantu mengesan penama Steven Owusu. G. Keputusan Mahkamah Mahkamah berpuashati bahawa intipati-intipati pertuduhan telah dibuktikan oleh pendakwaan. Oleh itu Mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh atas pertuduhan yang dikenakan selaras dengan peruntukan seksyen 180(3) Kanun Tatacara Jenayah. Kes-kes Looi Kow Chai v PP (2003) 2 MLJ 65, PP v Mohd Radzi Abu Bakar (2006) 1 CLJ 457 dan Magendran Mohan v PP (2011) 1 CLJ 805 diikuti. Pembelaan Perayu [12] Dalam pembelaannya, perayu (‘SD1’) mengatakan bahawa dia telah datang ke Malaysia pada 12.7.2013 dan tinggal sementara dengan adiknya yang bernama Rose Mary Chibuzu di Georgetown, Pulau Pinang. Perayu mengatakan tujuan kedatangannya ke Malaysia ialah bagi melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta bernama One Point Academy di Ampang Point dalam bidang pelancongan dan perayu telah lulus serta mendapat sijil 8 pada sekitar bulan Februari 2014. Perayu mengatakan ketika belajar di kolej tersebut, perayu telah mengenali seorang bernama Steven Owusu yang juga seorang pelajar di kolej yang sama. Perayu seterusnya mengatakan pada sekitar dua minggu sebelum tarikh kejadian, perayu telah mula tinggal bersama Steven Owusu di rumah No. E-3A-18, Arena Green Apartment tersebut. Perayu mengatakan rumah tersebut disewa oleh Steven Owusu. Perayu mengatakan beliau tinggal di bilik pertama di bahagian hadapan [gambar P18 (M)]. Perayu mengatakan Steven Owusu tinggal di bilik kedua [gambar P18(I)]. Perayu menafikan mempunyai kawalan dan jagaan atau pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai di bilik kedua tersebut. Perayu juga mengatakan ketika diminta oleh SP5 bagi menunjukkan kad pelajar semasa SP5 mula-mula masuk ke rumah, perayu telah memberikan kepada SP5 kad pelajar perayu. Perayu juga mengatakan ketika SP5 masuk ke rumah dan bertanyakan siapa pemilik rumah, perayu memberitahu SP5 bahawa rumah tersebut milik Steven Owusu. Perayu mengatakan selepas soal jawab tersebut barulah SP5 mula memeriksa bilik hadapan rumah tersebut dan tiada menjumpai apa-apa barang salah. Perayu mengatakan selepas itu perayu dibawa ke bilik kedua di mana SP5 telah menjumpai dadah yang menjadi perkara pertuduhan di sini. Perayu mengatakan pakaian yang dirampas oleh SP5 di bilik kedua tersebut adalah milik Steven Owusu. [13] Saksi Madu Rosemary Chibuzo (‘SD2’) ialah adik perempuan perayu yang tinggal di Pulau Pinang bersama suaminya. SD2 ialah bekas pelajar Mancissa College, TTDI Kuala Lumpur. SD2 mengatakan perayu pernah tinggal bersamanya di Pulau Pinang lebih kurang dua minggu. SD2 mengatakan SD2 pernah pergi ke rumah yang perayu duduki di Green 9 Apartment, Kuala Lumpur sekitar dua minggu sebelum tarikh kejadian. SD2 mengatakan semasa datang ke rumah itu, SD2 telah dibawa oleh perayu ke bilik perayu iaitu bilik pertama [gambar P18(M)]. SD2 mengatakan semasa SD2 melawat perayu, perayu memberitahunya bahawa perayu tinggal di rumah itu dengan rakan bernama Steven Owusu yang tinggal di bilik kedua [gambar P18(I)]. Dapatan Dan Keputusan Oleh Hakim Bicara Di Akhir Kes Pembelaan [14] Di akhir kes pembelaan, Hakim Bicara telah membuat dapatan seperti berikut (muka surat 18 – 19 Rekod Rayuan Jilid 1): “J. Dapatan Mahkamah Mahkamah telah menilai keterangan pendakwaan dan pembelaan secara maksima. Mengenai isu pertama, Mahkamah dapati pembelaan tertuduh adalah penafian semata-mata. Mahkamah berpuas hati bahawa semasa ditangkap hanya tertuduh seorang sahaja berada di dalam rumah tersebut. Dadah-dadah yang dijumpai adalah dalam bag yang ditemui dalam bilik tertuduh. Pakaian-pakaian yang ditemui dalam bilik itu (bilik tertuduh) adalah padan dengan tertuduh selepas diacupakai. Rujuk gambar-gambar P18(w, x, y dan z). Laporan DNA P37 juga mengesahkan DNA yang ditemui pada pakaian dan tuala di rumah tersebut adalah berpadanan dengan DNA tertuduh. 10 Mahkamah juga meneliti keterangan SD2 adik perempuan tertuduh. SD2 tak pernah tengok Steven Owusu. SD2 juga tidak tahu aktiviti tertuduh di rumah itu sepanjang tertuduh tinggal di situ. Ini kerana SD2 hanya menziarahi tertuduh di rumah tersebut selama 3 jam sahaja. Mahkamah berpuas hati bahawa dadah-dadah yang ditemui dalam bag-bag di bilik tertuduh duduki adalah kepunyaan tertuduh. Mengenai isu kedua, Mahkamah berpuashati bahawa tertuduh gagal mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 di atas imbangan kebarangkalian. Mengenai isu ketiga, Mahkamah berpuashati bahawa pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.”. [15] Di akhir perbicaraan, Hakim Bicara mendapati perayu bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan dan dihukum dengan hukuman mati. Rayuan Perayu [16] Di dalam Petisyen Rayuan yang difailkan oleh perayu, perayu telah memberikan sejumlah 18 alasan rayuan bagi mencabar keputusan YA hakim bicara tersebut. [17] Bagaimanapun, peguambela perayu memberitahu Mahkamah ini bahawa teras hujahan perayu ialah tiga isu yang berikut: 11 (a) bahawa YA Hakim Bicara telah gagal mengarahkan dirinya untuk menilai dengan teliti keterangan DNA terhadap perayu dan DNA lelaki lain yang tidak dikenali yang terdapat pada pakaian dan kasut yang dirampas dari bilik kedua; (b) bahawa YA Hakim Bicara telah gagal memberikan penilaian serta arahan yang secukupnya ke atas pembelaan perayu (insufficient judicial appreciation of the defence case); dan (c) bahawa YA Hakim Bicara telah gagal untuk memberikan perhatian dan mengarahkan dirinya dalam isu berkaitan Steven Owusu yang bukannya satu watak yang direka-rekakan. Keputusan Mahkamah Ini Alasan pertama: YA Hakim Bicara telah gagal mengarahkan dirinya untuk menilai dengan teliti keterangan DNA dan DNA lelaki lain yang tidak dikenali yang terdapat pada pakaian dan kasut yang dirampas di bilik kedua. [18] Peguam perayu menghujahkan bahawa YA Hakim Bicara sama sekali gagal untuk memberikan perhatian dan pertimbangan terdapatnya DNA seorang individu lelaki lain yang tidak dikenali pada kemeja lengan panjang warna biru dan kasut yang dirampas oleh SP5 dari bilik kedua. Peguamcara menghujahkan keterangan oleh ahli kimia SP4 telah mengesahkan wujudnya dua penyumbang DNA yang berbeza bagi kasut (P46) dan kemeja 12 lengan panjang warna biru bertanda “8” (P45). Peguamcara menghujahkan isu berkaitan terdapatnya DNA lelaki lain yang tidak dikenali bersama DNA perayu tersebut telah dibangkitkan ketika pemeriksaan balas ke atas ahli kimia SP4 seperti berikut (muka surat 26 dan 27 Rekod Rayuan Jilid 2): “Q: Rujuk 8 dan 9 (P45 dan P46). Puan lakukan analisa, wujud 2 penyumbang. Maksudnya ada 2 DNA yang berbeza? A: Betul. Q: Rujuk P37 laporan puan muka surat 5 untuk kasut “9”, ia datang dari seorang lelaki atau perempuan? A: Setuju kasut dari jantina lelaki. Q: Untuk barang “8” kemeja lengan panjang milik seorang lelaki? A: Setuju ia menunjukkan jantina lelaki. Q: Wujud 2 DNA, puan dibekalkan 1 spesimen. Puan tidak pasti penyumbang seorang lagi itu siapa? A: Setuju. Q: Puan boleh pastikan ia seorang lelaki? A: Setuju. Yang perempuan tiada (Y). Lelaki XY. Perempuan XX. Q: Cadangan: beberapa pakaian dan peralatan yang puan analisa tersebut terdapat beberapa pakaian seorang lelaki bernama Steven Owusu puan tidak dapat pasti? A: Saya tidak tahu.” [19] Mahkamah ini telah meneliti kepada alasan penghakiman oleh YA Hakim Bicara dalam perkara yang dibangkitkan tersebut. YA Hakim Bicara dalam dapatan beliau pada peringkat kes pendakwaan mengatakan seperti berikut di muka surat 14 Rekod Rayuan Jilid 1: 13 “Keterangan SP5 dan SP8 jelas menunjukkan tertuduh tinggal di rumah tersebut. Ini disokong oleh laporan DNA yang mengesahkan baju dan tuala yang dijumpai dalam almari bilik tertuduh duduki adalah berpadanan dengan profil DNA tertuduh seperti yang dijelaskan oleh SP4 dan laporan DNA P37.” [20] Di akhir kes pembelaan pula, dapatan YA Hakim Bicara yang berkaitan dengan keterangan DNA ialah seperti berikut di muka surat 18 Rekod Rayuan Jilid 1: “Laporan DNA P37 juga mengesahkan DNA yang ditemui pada pakaian dan tuala di rumah tersebut adalah berpadanan dengan DNA tertuduh.” [21] Jelasnya, YA Hakim Bicara sememangnya hanya menumpukan penilaian dan pertimbangan beliau terhadap DNA perayu yang terdapat pada sehelai baju kemeja berwarna kuning yang bertanda “4” (P41) dan tuala berwarna coklat muda (P43). YA Hakim Bicara langsung tidak memberikan apa-apa penilaian dan pertimbangan, baik di peringkat kes pendakwaan mahu pun di peringkat kes pembelaan, terhadap kehadiran DNA campuran dua lelaki, iaitu DNA perayu dan seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan bagi kemeja berwarna biru (P45) dan kasut (P46). Menurut keterangan SP5, baju kemeja berwarna biru (P45) dan kasut (P46) yang dirampas oleh SP5 daripada bilik kedua dan tercatit dalam Borang Senarai Geledah pada item 12 dan 13 (P49). Mahkamah ini menerima hujahan oleh peguamcara perayu dalam isu kegagalan hakim bicara menilai dan 14 menimbangkan kewujudan DNA seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan bagi P45 dan P46. [22] Peguamcara perayu selanjutnya menghujahkan bahawa YA Hakim Bicara juga telah gagal untuk menilai dan menimbangkan dengan teliti dalam menerima keterangan yang berkaitan DNA perayu pada baju kemeja berwarna kuning (P41). Peguamcara merujuk kepada gambar P18W yang melihatkan perayu dipakaikan dengan kemeja lengan panjang berwarna kuning tersebut. Peguamcara menghujahkan bahawa kemungkinan DNA perayu pada P41 tersebut adalah kerana baju tersebut diujipakai oleh perayu. Dalam pemeriksaan balas, ahli kimia (SP4) mengatakan seperti berikut (muka surat 27 Rekod Rayuan Jilid 2): “Q: Rujuk tanda 4 (P41) kemeja kuning. Jika uji pakai, ia ada DNA? A: Ia berlaku DNA pada baju tersebut.” [23] Timbalan Pendakwa Raya hanya mengemukakan satu soalan sahaja kepada ahli kimia (muka surat 28 Rekod Rayuan Jilid 2): “Q: Puan guna 1 putik kapas untuk “2” dan “7”. Perkara yang sama berlaku pada eksibit-eksibit yang lain? A: Tidak.” [24] Baju kemeja kuning (P41) tersebut adalah ‘pakaian’ yang dirujukkan oleh Hakim Bicara dalam dapatan beliau berkaitan DNA perayu dalam mengaitkan perayu sebagai orang yang menduduki bilik kedua di rumah tersebut. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguamcara perayu 15 bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf apabila tidak menilai dan menimbangkan kemungkinan kehadiran DNA perayu pada P41 adalah terhasil daripada uji pakai P41 yang dilakukan ke atas perayu seperti mana gambar P18W yang mana SP4 tidak menolak bahawa ianya boleh terhasil. [25] Borang Senarai Geledah (P49) yang mencatatkan rampasan 19 item oleh SP5 tidak mencatatkan adanya rampasan baju kemeja lengan panjang berwarna kuning (P41). Laporan polis (P48) oleh SP5 juga tidak mencatatkan terdapatnya rampasan baju kemeja berwarna kuning tersebut. Item 4 Surat Akuan Terima di antara SP5 dan SP8 mencatatkan serahan “(1) T-Shirt berkolar jenama Ferrari lengan pendek berwarna kuning”. Satu-satunya baju berwarna kuning yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah “P41” yang merupakan kemeja berwarna kuning (P41 dan gambar P18M). Keterangan SP5 semasa pemeriksaan utama membutirkan 19 item yang dirampas oleh SP5 tetapi tiada sebutan tentang rampasan baju kemeja lengan panjang berwarna kuning (P41). Berdasarkan kepada semua keterangan tersebut, terdapat keraguan yang tidak diperjelaskan oleh pihak pendakwaan mengenai apakah sebenarnya baju kuning yang dirampas oleh SP5, iaitu sama ada ianya kemeja lengan panjang berwarna kuning (P41 dan gambar P18M) atau T-shirt berwarna kuning lengan pendek (P61)? Tiada juga keterangan oleh SP5 yang boleh menunjukkan daripada mana P41 tersebut dibuat rampasan. Percanggahan ini telah gagal diberikan pertimbangan oleh Hakim Bicara. [26] Selain daripada ‘pakaian’ (P41), YA Hakim Bicara juga membuat dapatan bahawa perayu ialah orang yang menduduki bilik kedua kerana 16 keterangan sokongan bahawa DNA perayu terdapat pada tuala (P43). Senarai Borang Geledah (P49) tidak mencatatkan terdapatnya rampasan tuala berwarna coklat (P43). Laporan polis oleh SP5 (P48) juga tidak mencatatkan rampasan tuala coklat. Keterangan SP5 semasa pemeriksaan utama juga tidak mengatakan terdapatnya rampasan tuala berwarna coklat oleh SP5 (muka surat 42 Rekod Rayuan Jilid 2). Hanya Surat Akuan Terima oleh SP5 dan SP8 terdapat catatan di item 6 tentang serahan sehelai tuala mandi berwarna coklat. Isu yang berbangkit di sini tanpa sebutan rampasan tuala dalam P49 (Senarai Borang Geledah) dan dalam laporan polis oleh SP5 (P48), di manakah sebenarnya tuala (P43) tersebut dirampas oleh SP5. Jelasnya tiada penjelasan oleh pihak pendakwaan tentang daripada mana tuala (P43) dan baju kemeja warna kuning (P41) dibuat rampasan oleh SP5. Perkara ini penting untuk dipertimbangkan dengan teliti kerana pihak pendakwaan mendakwa perayu ada kaitan dengan bilik kedua melalui eksibit P41 dan P43 tersebut. [27] Di atas keraguan tempat rampasan sebenar P41 (kemeja warna kuning) dan P43 (tuala warna coklat), Mahkamah ini bersetuju bahawa pendekatan dan kesimpulan oleh Hakim Bicara yang membuat dapatan bahawa DNA perayu pada P41 dan P43 sebagai membentuk keterangan sokongan bagi menunjukkan perayu menduduki bilik kedua adalah suatu salah arahan dirinya yang menjurus kepada suatu kegagalan kehakiman dan perayu telah diprejudiskan. 17 Alasan kedua: YA hakim bicara telah gagal memberikan penilaian serta arahan yang secukupnya ke atas pembelaan perayu (insufficient judicial appreciation of the defence case). [28] Pembelaan perayu adalah bahawa perayu menduduki rumah tersebut bersama rakannya bernama Steven Owusu. Perayu mengatakan bilik di mana bag berisi dadah yang dijumpai oleh SP5 tersebut ialah bilik kedua yang diduduki oleh Steven Owusu. Perayu mengatakan bahawa perayu menduduki bilik pertama yang telah diperiksa oleh SP5 sebaik sahaja beliau memasuki rumah dan tiada barang salah dijumpai. Perayu menafikan mempunyai kawalan dan milikan serta pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai di bilik kedua tersebut. Peguamcara menghujahkan bahawa pembelaan perayu bahawa bilik kedua rumah tersebut diduduki oleh Steven Owusu telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa pemeriksaan balas ke atas SP5 seperti berikut (muka surat 47 Rekod Rayuan Jilid 2): “Q: Cadangan – kamu tidak tahu siapa yang duduk? A: Setuju. Q: Setuju – rumah itu disewa oleh orang lain Steven Owusu? A: Setuju. Q: Bilik pertama diperiksa tiada barang salah dijumpai? A: Setuju. Q: Di bilik 2 ada barang dirampas? A: Setuju.” 18 [29] Pemeriksaan balas seterusnya ke atas SP5 berkaitan bilik di rumah tersebut ialah seperti berikut (muka surat 48 Rekod Rayuan Jilid 2): “Q: Rumah itu ada 2 bilik? A: Setuju. Q: Setuju – dadah tidak bertaburan di atas lantai dan merata-rata dalam rumah itu? A: Setuju. Q: Cadangan – kamu tidak tahu siapa tinggal dalam rumah itu? A: Setuju. Q: Cadangan – bilik 2 bilik tidur Steven? A: Tidak setuju.” [30] Peguamcara perayu selanjutnya merujuk kepada pembelaan perayu berkaitan penghunian bilik pertama (bilik di gambar P18(M)) dan bilik kedua (bilik di gambar P18(I)) di rumah tersebut. Keterangan perayu semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut (muka surat 78 – 79 Rekod Rayuan Jilid 2): “Q: Which one is your room in picture H (8)? A: Witness circles his room. Next to Steven’s room. Q: You never go to Steven’s room? Q: You saw police searched to the room? Q: Picture I? A: Steven’s room. Q: Picture ‘K’ your cloth? 19 A: No. Q: Picture ‘M’. Whose room is this? A: Mine.” [31] Gambar P18(M) melihatkan terdapatnya dua tilam bersusun di atas lantai. Peguamcara perayu menghujahkan kewujudan tilam di bilik pertama menunjukkan bahawa bilik pertama dihuni dan versi perayu dan SD2 adalah konsisten. Peguamcara menghujahkan gambar P18(M) telah tidak dipertimbangkan langsung oleh Hakim Bicara walau pun pihak pembelaan ada membangkitkannya. Peguamcara juga menghujahkan pihak pendakwaan tidak mencabar secara khusus bahawa perayu tidak menduduki bilik pertama dan yang demikian keterangan perayu hendaklah diberikan nilai berat yang sewajarnya. [32] Peguamcara selanjutnya menghujahkan bahawa keterangan adik perayu (SD2) bahawa perayu tinggal di bilik pertama tidak langsung dicabar oleh pihak pendakwaan dan sewajarnya diterima oleh Hakim Bicara. Keterangan oleh SD2 semasa pemeriksaan utama yang tidak dicabar itu adalah seperti berikut (muka surat 87 Rekod Rayuan Jilid 2): “Q: Have you been to Green Apartment? Q: You met your brother there? Q: When? A: 2 weeks before he was arrested. Q: The date he arrested you remember? 20 A: He was arrested on 22/08/2014. Q: With whom he stayed there? A: His friend. He told me his friend named Steven Owusu. Q: When you visited your brother in the apartment, he brought you to his room? Q: Refer photoraph P18 (A-Z). Photo 1 (A) is the apartment your brother stayed? Q: Look at the pictures. You recall and identify your brother Agbu Goodluck stayed in which room? A: Picture H room 1. Witness shown picture marked O. Q: Other pictures you have been to? A: Picture M. He brought me this room. Q: When you visited him, the room looks like this? A: No. In picture M it was scattered. When I visited him, the room was organized,”. [33] Peguamcara perayu menghujahkan bahawa keterangan oleh SD2 tersebut adalah kukuh dan tidak tercabar dan sewajarnya diterima oleh Hakim Bicara dan faedah keraguan sewajarnya memihak kepada perayu. [34] Mahkamah ini menyemak dan meneliti pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya ke atas SD2 dan diturunkan sepenuhnya yang hanya sejumlah 3 soalan (muka surat 88 Rekod Rayuan Jilid 2): “Cross Examination 21 Q: Have (you) meet Steven Owusu before? A: No. But I know he stayed with my brother. Q: You visited Agbu once there for how long? A: I visited and left the same day, i.e. about 2 to 3 hours. Q: During this time, Steven not come back? A: Yes.” [35] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguamcara perayu bahawa keterangan SD2 tentang perayu tinggal di bilik pertama bertanda P18 (M) langsung tidak dicabar oleh pihak pendakwaan, baik secara am mahu pun secara khusus. SD2 semasa memberi keterangan bagi pihak pembelaan telah membuat pengecaman melalui gambar bahawa bilik di P18(M) adalah bilik pertama yang SD2 dibawa masuk ketika SD2 pergi ke rumah tersebut dua minggu sebelum kejadian. SD2 mengatakan terdapat televisyen dan peralatan lain di bilik pertama tersebut. Keterangan SD2 dalam perkara ini adalah selari atau konsisten dengan keterangan perayu. P18(M) melihatkan terdapat tilam di atas lantai dan pakaian lainnya yang tidak lagi tersusun. Perayu mengatakan keadaan tidak tersusun itu berlaku akibat daripada penggeledahan yang dibuat oleh polis pada hari kejadian yang tidak menjumpai barang salah dari bilik pertama tersebut. Keterangan oleh SD2 oleh itu bukan merupakan keterangan dengar cakap kerana SD2 sendiri pernah memasuki bilik pertama tersebut semasa bertemu perayu. [36] Undang-undang adalah mantap bahawa keterangan saksi yang tidak dicabar ke atas perkara yang khusus akan menjadikan keterangan tersebut kekal tidak tergugat dan wajar diterima dan diberikan nilai keberatan (Chua Beow Huat v PP [1970] 2 MLJ 29). Isu kredibiliti ke atas keterangan yang 22 tidak dicabar itu adalah isu yang lain dan Mahkamah ini akan menimbang keterangan tersebut bersama-sama dengan keterangan-keterangan yang lain seperti keterangan SP6 yang mengesahkan rumah tersebut disewakan kepada Steven Owusu dan kehadiran DNA lelaki lain pada baju kemeja (P45) dan kasut (P46). Walau pun begitu, SD2 adalah seorang saksi yang berkepentingan kerana perayu adalah abangnya, tetapi pihak pendakwaan tidak mencabar perkara ini. Justeru, keterangan SD2 perlu dipertimbangkan dengan secara cermat dan berhati-hati oleh Hakim Bicara bagi memastikan sama ada terdapat keterangan lain yang boleh menyokong keterangan SD2 tersebut (Magendran Mohan v PP [2012] 5 MLRA 333 FC). Alasan perlulah diberikan jika keterangan material dan khusus yang tidak dicabar tersebut ditolak oleh Hakim Bicara. Kami mendapati Hakim Bicara tidak membuat apa-apa dapatan mahu pun menimbangkan keterangan SD2 tersebut yang khusus berkaitan dengan penghunian bilik pertama oleh perayu dan bukannya bilik kedua (P18(I)). Fakta bahawa Steven Owusu adalah penghuni bilik kedua di mana dadah dijumpai telah dibangkitkan semasa kes pendakwaan lagi dan SP8 sebagai sebagai pegawai penyiasat serta SP5 telah mengesahkan mengenai kewujudan Steven Owusu dan mereka mempunyai butiran berkaitan Steven Owusu. Dengan yang demikian, pembelaan perayu bukanlah merupakan suatu “afterthought” (Timhar Jimdani Ong v PP [2010] 3 CLJ 938, Tan Kim Hoe v PP [2009] 3 CLJ 236, Alcontara Ambross Anthony v PP [1996] 1 CLJ 705). [37] Prinsip undang-undang dalam kegagalan mencabar keterangan saksi telah diterangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Swee Chin v PP [1980] 1 LNS 138 seperti berikut: 23 “A correct statement of the law is that failure of the defence to cross-examine the prosecution witnesses on the matter merely goes to the credibility of their testimony, to wit, the fact that they found the ammunition in the appellant's trouser pockets remains unshaken. On this point we need only say there is a general rule that failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness's testimony. But as is common with all general rules there are also exceptions as pointed out in the judgment of the Supreme Court of New Zealand in Transport Ministry v Garry [1973] 1 NZLR 120, 122 where Haslam J. said at page 122: "In Phipson on Evidence 11th edition paragraph 1544 the learned authors suggest examples by way of exception to the general principle that failure to cross-examine will amount to an acceptance of the witness's testimony, viz, where the story is itself of an incredible or romancing character, or the abstention arises from mere motives of delicacy or when counsel indicates that he is merely abstaining for convenience, e.g., to save time. And where several witnesses are called to the same point it is not always necessary to cross-examine them all.'" Alasan ketiga: YA hakim bicara telah gagal untuk memberikan perhatian dan mengarahkan dirinya dalam isu berkaitan Steven Owusu yang bukannya satu watak yang direka-rekakan. [38] Peguamcara perayu menghujahkan bahawa Hakim Bicara telah gagal untuk menimbangkan bahawa Steven Owusu adalah penyewa rumah 24 tersebut dan usaha pegawai penyiasat bagi mengesan Steven Owusu adalah tidak mencapai tahap yang mencukupi dan munasabah. Saksi Ten Kwok Hoe (‘SP6’) mengatakan rumah No. E-3A-18, Pangsapuri Arena Green, Bukit Jalil, Cheras adalah miliknya yang dibeli pada tahun 2010. Pada 25.01.2013, SP6 telah menyewakan rumah tersebut kepada Steven Owusu dengan kadar sewaan sebanyak RM900.00 sebulan. Satu perjanjian sewaan telah dimasuki di antara SP6 dan Steven Owusu (P62). Menurut SP6, ketika menandatangani P25, SP6 ada berjumpa Steven Owusu dan melihat serta mencatatkan pasport Steven Owusu pemegang pasport Ghana No. H 2536859. Ketika disewakan, rumah tersebut kosong tidak berperabot. Satu set kunci rumah telah diserahkan oleh SP6 kepada Steven Owusu. SP6 mengatakan bayaran deposit dan sewaan bulanan dibayar secara bayaran melalui mesin CDM ke akaun SP6 dan sehingga tarikh kejadian tangkapan perayu bayaran sewaan bulanan tiada tertunggak. Semasa di mahkamah, SP6 mengatakan bahawa beliau tidak mengenali perayu dan tidak pernah berjumpa dengan perayu. SP6 juga mengatakan beliau ada memberikan nombor telefon Steven Owusu iaitu 016-9270741 kepada pegawai penyiasat kes (SP8). SP6 mengatakan bahawa beliau pernah berhubungan dengan Steven Owusu melalui nombor telefon tersebut. [39] Pegawai penyiasat (SP8) mengatakan beliau ada cuba menghubungi Steven Owusu melalui nombor telefon yang diberikan oleh SP6, tetapi nombor telefon tersebut telah ditamatkan perkhidmatan. SP8 seterusnya memberikan keterangan bahawa beliau ada menulis kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mengesan pergerakan Steven Owusu melalui surat bertarikh 3.9.2014 (P66). Pada 4.9.2014 pihak JIM memberikan 25 jawapan bahawa Usu Steve (lahir pada 4.8.1982) seorang warga negara Ghana memasuki Malaysia pada 9.12.2010 dengan diberikan Pas Lawatan Sosial (P67a dan P67B). Melalui rekod P67B tersebut, tiada rekod keluar Malaysia dicatatkan berkaitan penama tersebut. Semasa pemeriksaan balas, SP8 mengatakan beliau cuba mengesan Steven Owusu melalui Narkotik Bukit Aman tetapi diberitahu nama Steven Owusu tiada di Bukit Aman. [40] Hakim Bicara memutuskan bahawa beliau berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah cuba mengesan Steven Owusu sebaik mungkin melalui panggilan ke nombor telefon serta pertanyaan kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Peguamcara perayu menghujahkan bahawa usaha oleh SP8 tersebut adalah sangat tidak memadai. Peguamcara menghujahkan usaha pengesanan yang bersungguh ke atas Steven Owusu telah tidak dilakukan dan perayu telah diprejudiskan memandangkan dokumen dan keterangan yang ada mengesahkan bahawa rumah tempat kejadian adalah disewa oleh Steven Owusu dan bayaran sewaan berterusan dibuat tanpa gagal. Peguamcara perayu menghujahkan penyiasatan juga tidak dilakukan oleh SP8 tentang siapa yang membayar sewaan bulanan tersebut kerana tidak ada keterangan yang menunjukkan perayu ada salinan perjanjian sewaan (P62) atau mengetahui nombor akaun bank SP6. Peguamcara perayu juga menghujahkan tiada usaha oleh SP8 bagi mengesan Steven Owusu melalui pihak kedutaan Ghana. Peguamcara perayu juga menghujahkan SP8 tidak mengambil apa-apa usaha bagi mendapatkan maklumat dan butiran yang berkaitan dengan Steven Owusu daripada pihak syarikat telekomunikasi (telco) yang memberikan perkhidmatan telefon nombor 016-9270741 tersebut dan pengesahan tentang penamatan perkhidmatan. Peguamcara 26 menghujahkan Hakim Bicara sewajarnya tidak hanya memutuskan sebagai berpuas hati dengan usaha SP8 tanpa keterangan dokumen yang dapat mengesahkan bahawa SP8 sebenarnya telah melakukan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh. [41] Mahkamah ini menerima hujahan peguamcara perayu tersebut. Steven Owusu bukanlah suatu watak yang ‘fictitious’ yang direka-reka oleh perayu. Keterangan SP6 iaitu pemilik rumah adalah jelas bahawa rumah tersebut disewakan kepada Steven Owusu. SP6 mengesahkan ada berjumpa Steven Owusu dan menyerahkan satu set kunci rumah termasuk kunci mangga grill serta kad akses kepada Steven Owusu. SP6 berjumpa Steven Owusu sebanyak dua kali. SP6 juga mengatakan sewaan bulanan rumah tersebut juga tiada terdapat apa-apa tunggakan. Butiran Steven Owusu seperti nombor passport H2536859 warga Ghana dan nombor telefon 012-3446164 ada tercatit dalam perjanjian sewaan (P62). Seseorang yang tahu nombor akaun bank SP6 tentunya telah membuat bayaran bulanan tersebut tanpa gagal. Bayaran dibuat secara memasukkan tunai melalui mesin CDM. Tiada keterangan oleh pihak pendakwaan yang menunjukkan perayu tahu nombor akaun bank SP8 bagi mengatakan bayaran bulanan dibuat oleh perayu atau rumah tersebut diduduki secara tunggal oleh perayu dengan mengambil alih sewaan daripada Steven Owusu. Tiada apa-apa rampasan dokumen atau resit bayaran sewa rumah tersebut dijumpai daripada milikan perayu. Dengan yang demikian Steven Owusu adalah saksi material kes. Justeru, usaha yang berkesan dan memadai hendaklah dilakukan bagi mengesan Steven Owusu tetapi gagal dilakukan oleh SP8. Mahkamah menerima hujahan oleh peguam perayu bahawa Hakim Bicara telah gagal menimbangkan dengan betul usaha pihak 27 pendakwaan yang jelas tidak memadai tersebut apabila menerima keterangan SP8 sebagai telah berusaha sebaik mungkin. Justeru, peruntukan anggapan yang tidak memihak di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 jika Steven Owusu dikemukakan akan memudaratkan kes pendakwaan adalah terpakai ke atas pihak pendakwaan kerana kegagalan memanggil Steven Owusu sebagai saksi bagi menutup lumpangan kes pendakwaan atau menawarkannya kepada pihak pembelaan (Munusamy v PP [1987] 1 CLJ 250; [1987] 1 MLJ 492, [1986] 1 MLRA 292). Walau pun seksyen 134 Akta Keterangan 1950 tidak meletakkan bilangan saksi tertentu bagi pembuktian sesuatu fakta, tetapi dalam kes perayu ini, kes pihak pendakwaan mengalami kesenjangan atau ‘gap’ dengan ketiadaan Steven Owusu dipanggil bagi memberi keterangan. [42] Seperkara lagi yang dihujahkan oleh peguamcara perayu ialah bahawa keterangan SP5 bahawa beliau ada merampas kad pelajar perayu daripada dompet yang dijumpai daripada bilik kedua seperti mana yang dicatatkan dalam item (15) Senarai Borang Geledah (P49). Kad pelajar tersebut bagaimana pun telah tidak dikemukakan sebagai eksibit kes oleh pihak pendakwaan. Peguamcara perayu menghujahkan keterangan oleh SP5 tersebut adalah bercanggah dan diragui kebenarannya kerana melalui pemeriksaan balas SP5, SP5 mengakui perayu telah memberikan kad pelajar perayu kepada SP5 sebaik sahaja SP5 memasuki rumah tersebut. Sepanjang pemeriksaan ke atas rumah yang bermula dari bilik pertama dan kemudian bilik kedua, perayu sentiasa dibawa bersama dan yang demikian adalah tidak munasabah untuk kad pelajar perayu dijumpai oleh SP5 berada dalam dompet perayu semasa bilik kedua diperiksa oleh SP5. Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguamcara perayu atas perkara ini. Keterangan 28 yang ada yang diakui oleh SP5 sendiri adalah jelas perayu telah memberikan kad pelajarnya kepada SP5 apabila diminta oleh SP5 ketika mula masuk ke dalam rumah dan sebelum SP5 membuat pemeriksaan ke atas bilik pertama dan kedua. Percanggahan keterangan SP5 dan P49 (Senarai Borang Geledah) telah tidak diberikan pertimbangan dan penilaian oleh Hakim Bicara. Tiada penjelasan diberikan oleh pihak pendakwaan di atas percanggahan tersebut yang menyentuh kredibiliti keterangan SP5 tersebut untuk diterima dengan meyakinkan dalam cubaan bagi mengaitkan perayu dengan bilik kedua. [43] Dalam kes Public Prosecutor v Mohd Bandar Shah bin Nordin & Anor [2008] 4 MLJ 556; [2008] 4 CLJ 859, Gopal Sri Ram HMR (kemudian HMP) dalam menyampaikan penghakiman mahkamah mengatakan seperti berikut: “With great respect, we are of the view that there was no proper evaluation by the learned judge of the circumstantial evidence led by the prosecution. It must be borne in mind that to establish its case of trafficking against the respondents the prosecution was relying on the presumption under s.37(da) of the Act. In order to determine whether the presumption applied it was essential for the learned trial judge to find as a fact whether the respondents or either of them were found in possession of the cannabis in question.” [44] Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) bagi inferens dibuat bahawa perayu adalah orang yang mendiami bilik kedua 29 di mana dadah ditemui dan mempunyai kawalan serta milikan ke atas dadah tersebut. Keterangan yang dibawa oleh pendakwaan ialah bahawa perayu sahaja berada berseorangan di rumah tersebut ketika pemeriksaan dibuat, kunci rumah dibuka oleh perayu, terdapat pakaian dalam almari pakaian di bilik kedua yang boleh dipadankan dengan perayu dalam mana sehelai kemeja (P41) dan tuala (P43) terdapat DNA perayu. Keterangan tersebut diterima oleh Hakim Bicara tanpa dibuat analisis secara objektif bahawa (i) rumah tersebut disewa oleh Steven Owusu seperti mana keterangan SP6 dan perjanjian sewaan (P62) tanpa kegagalan membayar sewaan bulanan sejak bulan Januari 2013, (ii) perayu tidak ditangkap ketika berada di bilik kedua, (iii) terdapat baju kemeja (P45) dan kasut (P46) yang juga terdapat campuran DNA lelaki lain, (iv) bungkusan-bungkusan berisi dadah berada dalam dua beg yang tertutup yang tidak boleh dilihat secara langsung atau mata kasar tanpa beg tersebut dibuka, (v) tiada keterangan daripada SP5 di bahagian mana rumah atau bilik mana tuala (43) dan baju kemeja (P41) yang terdapat DNA perayu dirampas oleh SP5, (vi) serta keterangan oleh DW2 yang bahawa perayu mendiami bilik pertama dan bukannya bilik kedua rumah tersebut yang tidak dicabar. Jika keterangan yang ada dinilai secara objektif dari semua sudut dengan menimbangkan kemungkinan-kemungkinan yang terdapat, Hakim Bicara mungkin akan melihat kecacatan yang serius serta keraguan kes pendakwaan yang akan menjadikan sabitan ke atas perayu tidak selamat untuk dilakukan. [45] Dalam kes Chang Kim Siong v PP [1967] 1 MLRA 123 Mahkamah Persekutuan mengatakan: 30 “The onus on the prosecution where the evidence is of a circumstantial nature is a very heavy one and that evidence must point irresistibly to the conclusion of the guilt of the accused. If there are gaps, then it is not sufficient.” [46] Mahkamah Persekutuan dalam kes Karam Singh v PP [1967] 1 MLRA; [1967] 2 MLJ 25 mengatakan: “… In a case where the prosecution relies on circumstantial evidence, such evidence must be inconsistent with any other hypothesis than that of the guilt of the accused.” [47] Undang-undang adalah mantap bahawa beban pembuktian kes pada sepanjang masa berada di atas bahu pihak pendakwaan bagi membuktikan kesnya tanpa apa-apa keraguan yang munasabah. Kes Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1; [2007] 4 CLJ 337 telah membincangkan dengan panjang lebar tentang elemen milikan (possession) dan pengetahuan tertuduh terhadap dadah yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [48] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, oleh kerana versi pendakwaan ialah hanya perayu yang menghuni rumah dan menduduki bilik kedua, maka adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk mengecualikan (to exclude) orang lain daripada akses ke atas bilik kedua dan ke atas dadah yang dijumpai. Undang-undang adalah mantap dalam perkara ini sepertimana yang diputuskan oleh kes-kes otoriti berikut: Abdullah Zawawi bin Yusoff v Public Prosecutor [1993] 3 MLJ 1; [1993] 4 MLJ 1 SC; [1993] 1 MLRA 416, 31 Azizan Yahaya v PP [2013] 1 MLJ 180; [2013] 2 MLRA 29, Lean Siew Boon & Anor v PP [2014] 2 MLJ 572; [2013] MLRAU 213, Ooi Chee Seong and Another v PP [2014] 3 MLJ 593; [2014] MLRAU 120; [2014] 7 CLJ 505, Mazlaini Mansor v PP [2014] 2 MLJ 18; [2013] MLRAU 120, Ang Kian Chai v PP & Anor Appeal [2012] MLRA 456; [2012] MLJU 158 CA, Pang Chee Meng v Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137, Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 1 MLJU 149; [2011] 4 CLJ 113 FC. Pihak pendakwaan gagal mengecualikan terdapatnya kemungkinan orang lain yang boleh akses ke atas bilik kedua tersebut yang tidak berkunci. Kewujudan Steven Owusu sebagai penyewa rumah dan kehadiran DNA milik lelaki lain pada baju (P45) dan kasut (P46) yang dirampas oleh SP5 menjadi persoalan yang tidak dapat diungkaikan oleh pihak pendakwaan. [49] Dalam kes Karthi a/l Gopal v Public Prosecutor [2016] 5 MLJ 274 Mahkamah Rayuan telah mengenepikan sabitan dan membenarkan rayuan perayu apabila mahkamah tersebut memutuskan bahawa kehadiran DNA orang lain yang tidak dikenali pada t-shirt yang dirampas dari belakang pintu di mana dadah dijumpai telah menimbulkan keraguan apabila pihak pendakwaan untuk mengecualikan kemungkinan akses oleh orang lain kepada dadah tersebut. [50] YA Hakim Bicara dalam memutuskan perayu mempunyai kawalan mutlak ke atas rumah tempat kejadian telah merujuk kepada keterangan bahawa rumah tersebut yang berkunci dibuka oleh pengadu dengan menggunakan anak kunci (P58 A-C) bagi membuka kunci mangga grill rumah bagi membolehkan SP5 masuk ke dalam rumah. Hakim Bicara merujuk kepada kes PP v Danish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 sebagai otoriti 32 dalam perkara ini (muka surat 14 Rekod Rayuan Jilid 1). Walau bagaimana pun Hakim Bicara gagal membezakan fakta kes tersebut dengan kes perayu di sini. Dalam kes tersebut, walau pun pintu rumah dibuka oleh tertuduh bagi membolehkan pihak polis masuk, tetapi sabitan tertuduh adalah diasaskan kepada pernyataan pengakuan tertuduh serta pengetahuannya ke atas dadah cannabis yang disimpan tersorok dan dibawa keluar oleh tertuduh daripada bawah katil bilik tertuduh bagi diserahkan kepada pegawai serbuan setelah tertuduh ditanya sama ada tertuduh ada menyimpan dadah lain. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, keterangan SP5 mengatakan perayu memberikan kerjasama kepada SP5 dengan membuka pintu rumah dan memberikan kad pelajar perayu sebaik diminta oleh SP5. Dadah yang menjadi perkara pertuduhan bukan dijumpai hasil daripada maklumat atau perlakuan atau pengakuan perayu. Tiada sebarang perlakuan “overt act” oleh perayu untuk dapat dibuat inferens bahawa perayu mempunyai pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai (Parlen Dadeh v PP (supra); Teh Howe Sing v PP [2009] 3 MLJ 46; [2009] 1 MLRA 369; [2009] 3 CLJ 733, PP v Alfian [2012 2 MLJ 357; [2013] 1 MLRA 673; [2012] 2 AMR 213). [51] Adalah juga menjadi prinsip undang-undang yang mantap sekiranya terdapat dua inferens yang boleh dibuat ke atas suatu fakta, maka inferens yang memihak kepada tertuduh hendaklah digunapakai. Dalam kes Tai Chai Keh v PP [1948] 1 MLRA 241; [1948] 2 MLJ 5, Laville J. mengatakan: “…Where there is more than one inferences which can reasonably be drawn from a set of fact in a criminal case, we are of the opinion that the inference most favourable to the accused should be adopted”. 33 [52] Seperti yang Mahkamah ini sebutkan sebelum ini, beban pembuktian bagi membuktikan kes pendakwaan tanpa keraguan yang munasabah terletak sepanjang masa ke atas pihak pendakwaan. Bukan menjadi tugas perayu untuk membuktikan pembelaannya, tetapi memadai ke atas perayu bagi menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan bagi mendapatkan pembebasan dirinya terhadap pertuduhan. [53] Mahkamah Agong dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169 mengatakan: “It is well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for an offence which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier that the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s.173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if 34 unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP). If the defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt.” [54] Untuk memperolehi pelepasan dan pembebasan, perayu tidak perlu meyakinkan mahkamah bahawa keterangan perayu adalah lebih dipercayai dari keterangan pihak pendakwaan. Walau pun mahkamah tidak mempercayai pembelaan perayu, tetapi jika pembelaan itu menimbulkan keraguan yang munasabah ia sudah memadai untuk membolehkan perayu dilepas dan dibebaskan (Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263, Saimin & Ors v PP [1971] 2 MLJ 16, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85). Kesimpulan [55] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah pada peringkat rayuan adalah perlahan untuk mengubah dapatan fakta dan keputusan Hakim Bicara yang mempunyai peluang mendengar dan melihat saksi-saksi memberi keterangan. Walau bagaimana pun, apabila didapati dengan nyata bahawa Hakim Bicara telah menyalah arah dirinya mengenai prinsip-prinsip yang harus dikenakan di dalam memutuskan isu fakta dan undang-undang, maka adalah menjadi tugas mahkamah pada peringkat rayuan untuk campur tangan bagi memastikan keadilan dilaksanakan (Phang Cheng Meng v Public Prosecutor (supra)). 35 [56] Berdasarkan kepada kecacatan-kecacatan dan keraguan ke atas keterangan yang telah kami huraikan sebelum ini, mahkamah ini mendapati perayu telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan. Sekiranya YA Hakim Bicara mengarahkan dirinya dengan betul ke atas keseluruhan keterangan yang terdapat dan pemakaian undang-undang terhadapnya, Mahkamah ini yakin Hakim Bicara akan mendapati perayu telah menimbulkan keraguan yang munasabah untuk dilepaskan daripada pertuduhan. Mahkamah ini memutuskan bahawa sabitan terhadap perayu adalah tidak selamat. Oleh itu, rayuan perayu dibenarkan. Sabitan dan hukuman terhadap perayu diketepikan. Perayu dilepas dan dibebaskan. sgd (YAACOB HAJI MD. SAM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh 8 Disember 2017 36 Peguamcara perayu: Affifuddin bin Ahmad Hafifi Tetuan Salehuddin Saidin & Associates Peguambela & Peguamcara Wisma Salehuddin No 14 Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A Seksyen 9 40100 Shah Alam Selangor Peguamcara responden: Nurshafini binti Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bahagian Perbicaraan & Rayuan Aras 5, No. 45, Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.