Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU RAYUAN SIVIL NO: JA-12A-2-01/2024 Ahmad Abdullah & Goh … Perayu
JA-12ANCvC-2-01/2024
High Court of Malaysia17 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e of corporate personality, ie that the corporation is a legal entity distinct from its members, be they individuals or corporate bodies - a principle firmly established since Salomon v. Salomon & Co [1897] AC 22 HL.” [32] Selain itu, melalui pliding dan afidavit-afidavit yang difailkan oleh P, Mahkamah ini tidak menda”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU RAYUAN SIVIL NO: JA-12A-2-01/2024 Ahmad Abdullah & Goh … Perayu
1
Jismil Plantation Sdn Bhd (No. Syarikat: 204302 – T)
2
Lim King Hock @ Lim Keng Hock
3
Hj. Ibrahim Bin Mohd Said … Responden-Responden (DIDENGAR SERENTAK) DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU RAYUAN SIVIL NO: JA-12ANCVC-2-01/2024 Ahmad Abdullah & Goh … Perayu 27/03/2026 16:05:49
1
Jismil Plantation Sdn Bhd (No. Syarikat: 204302 – T)
2
Lim King Hock @ Lim Keng Hock
3
Hj. Ibrahim Bin Mohd Said … Responden-Responden [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU GUAMAN NO: JA-A52NCVC-02-05/2023 Ahmad Abdullah & Goh … Perayu
1
Jismil Plantation Sdn Bhd (No. Syarikat: 204302 – T)
2
Lim King Hock @ Lim Keng Hock
3
Hj. Ibrahim Bin Mohd Said … Responden-Responden] ALASAN PENGHAKIMAN (RAYUAN SIVIL NO: JA-12A-2-01/2024 & RAYUAN SIVIL NO: JA- 12ANCVC-2-01/2024) Pendahuluan [1] Di hadapan Mahkamah ini merupakan dua
2
rayuan Perayu/Plaintif terhadap keputusan interlokutori Hakim Mahkamah Sesyen pada 31.12.2023 seperti berikut:-
a
membenarkan permohonan Responden Ketiga/Defendan Ketiga yang difailkan sebagai Lampiran 9 untuk membatalkan (striking out) Writ dan Penyata Tuntutan Perayu di bawah A.18, k. 19(1)(b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Rayuan Sivil No: JA-12A-2-01/2024); dan
b
membenarkan permohonan Responden Kedua/Defendan Kedua yang difailkan sebagai
Lampiran
Lampiran 11 untuk membatalkan (striking out) Writ dan Penyata Tuntutan Perayu A.18, k. 19(1)(a), (b) dan (d) Kaeah-Kaedah Mahkamah 2012 (Rayuan Sivil No: JA-12ANCVC-2-01/2024). [2] Kedua-dua rayuan ini telah didengar serentak oleh Mahkamah ini. [3] Mahkamah ini, setelah meneliti Rekod-Rekod Rayuan termasuklah alasan-alasan penghakiman yang disediakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) dan setelah meneliti hujah-hujah peguam Perayu dan peguam-peguam Responden Kedua dan Responden Ketiga, pada 17.11.2025 telah menolak kedua-dua rayuan Perayu tersebut dengan kos RM5,000.00 setiap satunya. [4] Perayu kemudiannya telah memfailkan Notis-Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini. [5] Berikut merupakan Alasan Penghakiman Mahkamah ini. Fakta-fakta dan latar belakang kes [6] Sebagai kemudahan rujukan, pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana kedudukan asal masing-masing di Mahkamah Sesyen iaitu Perayu sebagai Plaintif (“P”), Responden Kedua sebagai Defendan Kedua (“D2”), Responden Ketiga sebagai Defendan Ketiga (“D3”) dan Defendan Pertama, walau tidak terlibat dalam rayuan-rayuan ini, akan dirujuk sebagai “D1”. [7] Fakta-fakta sebagai mana diplidkan oleh P di dalam Penyata Tuntutan menunjukkan perkara-perkara berikut. [8] P adalah sebuah firma akauntan bertauliah di Malaysia. [9] D1 merupakan sebuah syarikat persendirian. D2 dan D3 pada masa material adalah pengarah D1. [10] P telah dilantik sebagai perunding cukai (tax consultant) kepada D1. [11] Sebagai perunding cukai, P mendakwa bahawa tugas mereka, tugas mereka hanyalah untuk menyedia dan memfail penyata pendapatan tahunan D1 iaitu ‘Borang C’ kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (“LHDN”). [12] P seterusnya mendakwa tugas tersebut tidak termasuk untuk membuat apa-apa rayuan kepada LHDN bagi apa-apa cukai yang dikenakan oleh LHDN terhadap D1. [13] Pada tahun 2021, P mendakwa bahawa D1 telah mengarahkan P untuk merayu kepada LHDN bagi pemulangan cukai pendapatan D1 untuk tahun taksiran 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 yang kesemuanya berjumlah RM 1,849,893.60. [14] Susulan itu, P mendakwa telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan D2 dan D3 sebagai pengarah-pengarah syarikat D1. [15] Hasilnya, P mendakwa wujudnya satu pelantikan dan hubungan kerja di antara P dan Defendan-Defendan untuk kerja-kerja rayuan tersebut yang mana butir-butirnya adalah sebagai mana di dalam surat P kepada D1 bertarikh 22.07.2019 (“Surat Pelantikan”) seperti berikut (ms.79 Rekod Rayuan):- “….(KEPALA SURAT PLAINTIF)… 22 July 2019 The Board of Director Jismil Plantation Sdn Bhd Level 8, Menara Perisind No. 8, Jalan Bukit Timbalan 80000 Johor Bahru Attn: Tuan Hj. Ibrahim Bin Mohd Said / Mr. Lim King Hock @ Lim Keng Hock Dear Gentlements, TAX APPEAL FOR INCOME TAX REFUND FOR YEAR OF ASSESSMENTS 2014 TO 2018 We refer to the above matter and our various discussions. Our review of your tax for the years of assessments 2014 to 2018 indicate that there is a potential to appeal for a tax refund amounting to RM1,849,893.60 as follows: YA RM___ 2014 57,750.00 2015 15,300.00 2017 680,580.48 2018 1,096,263.60 ------------------ 1,849,893.60 ------------------ We have appealed to the Inland Revenue Board to review all the above taxes accordingly. Should our effort be successful, our professional fee will be 15% of the tax refunded. This is less than our standard fee of 20%. Please be advised accordingly. Thank you. Your faithfully, AHMAD ABDULLAH & GOH sgd ……………….” [16] P seterusnya mendakwa, berdasarkan Surat Pelantikan tersebut pihak mereka telah mengemukakan rayuan cukai D1 bagi tahun taksiran 2014, 2015, 2017 dan 2018 kepada LHDN. [17] Selanjutnya, melalui surat bertarikh 15.08.2019, P telah memaklumkan D1 bahawa rayuan cukai bagi tahun taksiran 2017 telah diluluskan oleh LHDN yang mana sejumlah RM680,580.48 telah dipulangkan oleh LHDN kepada D1 melalui tiga (3) keping cek yang kesemuanya bertarikh 17/07/2019. [18] Seterusnya, P mendakwa pihak mereka sekali lagi telah menulis kepada LHDN melalui surat mereka bertarikh 11.09.2019 untuk meminta pemulangan cukai D1 sejumlah RM 1,169,313.12 bagi tahun taksiran 2014, 2015 dan 2018. [19] P selanjutnya mendakwa bahawa LHDN telah memulangkan cukai tahun taksiran 2018 kepada D1 melalui pindahan bank untuk sejumlah RM 1,096,263.12. [20] Susulan itu, P menuntut sejumlah RM 282,718.13 sebagai yuran perkhidmatan 15% yang kononnya dipersetujui oleh Defendan-Defendan dalam Surat Pelantikan. Bagi tujuan itu P telah mengisu dua (2) keping invois kepada D1 seperti berikut:- (a) Invois AAG 17502 bertarikh 13.08.2019 untuk sejumlah RM 108,212.29; dan (b) Invois AAG 179787 bertarikh 02.09.2019 untuk sejumlah RM 174,505.84. [21] Berikutan kegagalan atau keengganan Defendan-Defendan membuat bayaran kepada P menurut invois-invois yang dinyatakan, P memfailkan tindakan ini di Mahkamah Sesyen terhadap Defendan-Defendan. [22] Sebagai mana yang dinyatakan di awal tadi, D2 telah memohon melalui Lampiran 11 manakala D3 melalui Lampiran 9 bagi membatalkan Writ dan Penyata Tuntutan P terhadap mereka. Keputusan [23] Ketentuan yang mengatur mengenai perkara pembatalan pliding adalah termuat di dalam A.18, k.19(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM”) seperti berikut:- “Striking out pleadings and endorsements (O. 18, r. 19) 19. (1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that— (a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be; (b) it is scandalous, frivolous or vexatious; (c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or (d) it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be. (2) No evidence shall be admissible on an application under subparagraph (1)(a). (3) This rule shall, as far as applicable, apply to an originating summons as if it were a pleading.” [24] Seterusnya, prinsip-prinsip mengenai pembatalan tuntutan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah jelas, iaitu pembatalan tuntutan hanya boleh dibenarkan sekiranya sesuatu tuntutan itu didapati sebagai ‘obviously unsustainable’. (Bandar Builder Sdn Bhd & Ore v. United Malayan Banking Corp Bhd [1993] 3 MLJ 36). Hatta, betapa lemah sekalipun sesuatu tuntutan itu, Mahkamah tidak boleh menjadikan kelemahan tersebut sebagai asas untuk membatalkan tindakan tersebut kecualilah "it is not only demurrable but something worse than demurrable, that is, such that no legitimate amendment can save it from being demurrable: per ChittyJ., in Republic of Peru v Peruvian Guano Co." [Raja Azian Shah J (ketika itu) di dalam Malayan Banking Berhad v. Gan Kong Yam [1972] 1 MLJ 32]. [25] Setelah meneliti Lampiran 11 dan Lampiran 9, Mahkamah ini mendapati terdapat pelbagai isu yang dibangkitkan oleh D2 dan D3 sebagai alasan untuk membatalkan Writ dan Penyata Tuntutan P terhadap mereka. [26] Namun demikian, terdapat isu bersama (common issue) yang dibangkitkan oleh D2 dan D3 yang Mahkamah ini dapati mempunyai merit dan merupakan alasan tunggal pada dapatan Mahkamah ini kenapa keputusan HMS adalah betul dalam membenarkan permohonan D2 dan D3 untuk membatalkan Writ dan Penyata Tunutan Perayu terhadap mereka. Isu tersebut adalah mengenai entiti berbeza (separate legal entity) di antara D2 dan D3 selaku pengarah D1 manakala D1 sendiri adalah sebuah syarikat persendirian. [27] Berdasarkan keterangan afidavit dan bukti kontemporari sedia ada, Mahkamah ini mendapati rayuan yang didakwa dibuat oleh P kepada LHDN bagi pihak D1 jelas merupakan perkara berkaitan penyata pendapatan D1 dan bukannya penyata pendapatan peribadi D2 atau D3. [28] Bagi tujuan itu, Mahkamah ini pertama sekali merujuk kepada Surat Pelantikan yang disandarkan oleh P kononnya sebagai asas kontrak kerja di antara P dengan D1. Jika isi kandungan Surat Pelantikan diteliti, adalah jelas sekali bahawa pelantikan P dalam menguruskan rayuan cukai-cukai taksiran D1 kepada LHDN adalah untuk dan bagi faedah D1 dan bukannya mengenai perkara percukaian peribadi D2 dan D3. [29] Selanjutnya, cek-cek berjumlah RM 680,580.48 yang dikatakan dibayar oleh LHDN beserta dokumen-dokumen pembayaran daripada LHDN sendiri juga menunjukkan dengan jelas bahawa pembayaran pemulangan semula tersebut adalah untuk D1 sahaja dan tidak ada kena mengena dengan D2 atau D3 (rujuk ms. 81-83 Rekod Rayuan). [30] Selain itu, P juga telah gagal mengemukakan apa-apa bukti bagi menunjukkan terdapatnya bayaran daripada pihak LHDN kepada D2 atau D3 bagi cukai-cukai peribadi mereka. [31] Prinsip bahawa entiti sesebuah syarikat adalah berbeza dengan ahli-ahli atau pengarahnya adalah terlalu mantap untuk dipertikaikan. Jika nas undang-undang diperlukan, Mahkamah ini hanya akan merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan yang dirujuk oleh HMS iaitu Sunrise Sdn Bhd Iwn First Profile (M) Sdn Bhd (1996) 2 MLRA 147 yang menyatakan seperti berikut:- “[18] We are in complete agreement with the basic principle of the fundamental attribute of corporate personality, ie that the corporation is a legal entity distinct from its members, be they individuals or corporate bodies - a principle firmly established since Salomon v. Salomon & Co [1897] AC 22 HL.” [32] Selain itu, melalui pliding dan afidavit-afidavit yang difailkan oleh P, Mahkamah ini tidak mendapati wujudnya apa-apa perkara seperti frod atau cubaan mengelak tanggungjawab dibangkitkan terhadap D2 dan D3 untuk melayakkan tirai korporat D1 disingkap. Sekali lagi Mahkamah ini bersetuju dengan HMS apabila memutuskan bahawa P telah gagal memenuhi syarat-syarat untuk tirai korporat disingkap. [33] Hasilnya di situ, kausa tindakan P di sini adalah semunasabahnya hanya terhadap D1 sahaja dan tidak terhadap D2 dan D3, dan itulah juga dapatan Mahkamah ini. [34] Sebagai pelengkap, Mahkamah ini juga ingin menyentuh mengenai Lampiran 11 yang didakwa oleh P sebagai tidak teratur kerana D2 telah memfailkan afidavit sokongan sedangkan Lampiran 11 dibuat di bawah A.18, k(19)(a), (b) atau (d) KKM 2012. [35] Atas perkara ini, peguam P yang bijaksana berhujah bahawa tindakan D2 mengikrar afidavit sokongan adalah bertentangan dengan kehendak A.18, k.19(2) KKM 2012 yang tidak membenarkan sebarang keterangan digunakan bagi permohonan di bawah sub-perenggan k.19(1)(a). Sebagai kemudahan rujukan, A.18, k.19(2) KKM diperturunkan sekali lagi di sini seperti berikut:- “19(2) No evidence shall be admissible on an application under subparagraph (1)(a).” [36] Mahkamah ini menolak isu ketidakteraturan yang dibangkitkan. Pada dapatan Mahkamah ini, pemfailan afidavit sokongan oleh D2 seperti di Lampiran 12 tidak menjadikan Lampiran 11 sebagai defektif atau tidak teratur kerana D2 turut memplid sub-perenggan k.19(1)(b) dan (d). [37] Dalam mencapai keputusan ini, Mahkamah ini juga bersetuju dengan HMS apabila merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes See Thong & Anor v Saw Beng Chong [2013 3 MLJ 235] yang menyatakan seperti berikut:- “[9] An applicant for striking out under Order 18 rule 19 can rely on any one or more than one sub-paragraphs (a) to (d). So far, there is no authority to say otherwise. Halsbury's Laws of Malaysia clearly confirms that an applicant under this rule is entitled to rely on any or all of the grounds specified in the rule. An application under this rule is not void and ineffective merely because sub-paragraph (a) had been pleaded together with sub-paragraphs (b) (c) and (d). The only limitation imposed under sub-rule (2) is that for an application under sub-paragraph (a), no evidence is admissible. However, where the court proceeds to decide an application under any other sub-paragraph, affidavit evidence should be admissible. Even though sub-paragraphs (b) to (d) are to be read disjunctively, it does not mean that an applicant cannot rely on more one sub-paragraph in his application, (see: Malayan United Finance Bhd v. Cheung Kang Plantation Sdn Bhd & Anor [2000] 2 CLJ 601; Pegasus Engineers Sdn Bhd v. Sambu (M) Sdn Bhd [1998] 4 MLJ 129 and Malaysian Court Practice 2007 Desk Edition (High Court) page 239).” [38] Justeru itu, sebagai kesimpulan analisis, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa tuntutan P di dalam tindakan ini tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah terhadap D2 dan D3 atau ianya adalah “frivolous and vexatious” atau merupakan penyalahgunaan proses mahkamah dan wajar untuk dibatalkan menurut Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b) atau (d) KKM. [39] Oleh yang demikan, keputusan HMS dalam membenarkan Lampiran 11 dan Lampiran 9 adalah disahkan. Rayuan-rayuan Perayu adalah ditolak dengan kos RM5,000.00 setiap satunya (tertakluk fi alokator). Bertarikh: 18.3.2026 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru Peguam Perayu : Tetuan Vijaya Gopal & Associates No. 8J, Ground Floor Jalan Tun Abdul Razak, Susur 3 80300 Johor Bahru Peguam Responden Kedua: Tetuan KP Quek & Partners No. 30-2, Jalan KSB 15 Taman Kota Syahbandar 75200 Melaka Peguam Responden Ketiga: Tetuan Baharuddin, Wan Kuna Suite 6.1, Level 6, Bangunan Pelangi Jalan Biru, Taman Pelangi 80400 Johor Bahru
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.