Sediakan mnyk petrol Masukkan petrol kedalam botol Kemudian tinggalkan selama 3 hari dengan keadaan terbuka hatta hilang gasnya…. Selepas 3 hari...Ambil kain sumbat kdlm botol tdi dn basahkan sedikit mnyk tadi.. Kmudian salotap sedikit dn bisa digunakan.” [13] Keterangan juga menunjukkan bahawa Perayu telah menyatakan seperti yang berikut: “akhy bolh bg ajar kan cara2 dan bahan nak buat bom” “yg ni x bolh buat bom syahid la”, “kalau bolh hancurkan sebuah rumah dah cukup”, “ada x nak join buat amaliah kat sini”, “kita buat ujian sama2…set tempat ja”, “bahan2 mudah dapat ke”, “kalau tong gas aircond lg mesti kuat”, “bakin soda nak cari mna?” dan “nanti sya dah dapat bahan2 sya bagi tau akhy” dalam kumpulan perbualan “The Rise of Jundullah”. [14] Selain itu, dalam kes ini juga, keterangan seorang lagi saksi terlindung mengesahkan bahawa pada 10.10.2017 antara jam 3.30 petang hingga 4.00 petang, Perayu telah hadir di sebuah kawasan tanah lapang yang terletak berhampiran dengan bangunan tapak semaian benih padi, Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan. Menurut saksi terlindung tersebut, semasa perjumpaan diadakan, Muhamad Hafizi bin Mat Jusoh telah menunjukkan demonstrasi cara untuk menggunakan bahan letupan kepada ahli yang hadir iaitu dia, Perayu dan Mahadi bin Ibrahim. Rayuan Jenayah No: W-06A(SH)-17-06/2018 8 Menurutnya lagi, Perayu telah memberikan peluru penebuk dinding yang mempunyai belerang kepada Muhamad Hafizi bin Mat Jusoh semasa pertemuan tersebut untuk memberikan impak letupan yang lebih kuat. [15] Pada 11.10.2017, jam lebih kurang 12.30 tengah hari, Perayu, Muhamad Hafizi bin Mat Jusoh dan Mahadi bin Ibrahim telah memandu arah sepasukan pegawai dan anggota polis serta pegawai Forensik PDRM ke sebuah tempat di mana Perayu dan dua yang lain itu pernah hadir untuk menguji bahan letupan yang disyaki improvised explosive device (IED). Pihak forensik PDRM telah menemui tiga puluh lapan (38) serpihan komponen disyaki IED yang ditemui di atas tanah di kawasan tanah lapang berhampiran dengan bangunan tapak semaian benih padi, Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan. [16] Berdasarkan kepada keterangan yang ada, adalah jelas bahawa Perayu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 130FA(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 130FA Kanun yang sama kerana dengan pengetahuan telah menerima latihan dalam membuat bahan letupan daripada Muhamad Hafizi bin Mat Jusoh (Nombor Kad Pengenalan: 980523-03-5373) melalui aplikasi media sosial kumpulan “WhatsApp” “The Rise Of Jundullah” yang menggunakan nombor telefon 013-5294977 milik Perayu. [17] Perayu juga telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 130FB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 130FB Kanun yang sama kerana telah hadir di sebuah kawasan tanah lapang yang terletak berhampiran dengan bangunan tapak semaian benih padi, Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan dengan mengetahui bahawa Rayuan Jenayah No: W-06A(SH)-17-06/2018 9 latihan yang sedang diberikan di tempat tersebut secara sebahagiannya bagi maksud yang berkaitan dengan persediaan suatu perbuatan pengganas. [18] Selain itu, Perayu juga telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 130JB(1) Kanun yang sama kerana memiliki 20 keping gambar, 3 buah video dan 16 naskah dokumen dalam bentuk PDF di dalam telefon bimbit jenama Oppo model 1201, berwarna hitam/biru, nombor IMEI 861226030777014, bernombor telefon 013-5294977 milik Perayu yang merupakan item berkaitan dengan kumpulan pengganas IS. Dapatan dan keputusan hakim bicara terhadap hukuman [19] Sebelum menjatuhkan hukuman ke atas Perayu, kami dapati hakim bicara telah mengambil kira dan mempertimbangkan rayuan mitigasi Perayu dan juga hujahan balas TPR untuk pemberatan hukuman. Hakim bicara mendapati kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh Perayu adalah kesalahan-kesalahan yang serius yang mengancam keselamatan negara. Perayu telah belajar untuk membuat bom oleh militan pengganas dari kumpulan pengganas IS yang telah diharamkan. Mitigasi Perayu mengenai kesusahan hidup keluarganya sepatutnya difikirkan sebelum melakukan kesalahan. Hakim bicara telah menitikberatkan kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi Perayu dalam menangani kesalahan yang serius yang dilakukan oleh Perayu. Hakim bicara juga menyatakan bahawa Mahkamah perlu memastikan setiap kesalahan yang dilakukan menerima hukuman yang setimpal. Rayuan Jenayah No: W-06A(SH)-17-06/2018 10 [20] Dalam penghakimannya, hakim bicara menyatakannya seperti berikut di muka surat 21-22, Rekod Rayuan Jilid 1: “Mahkamah dapati bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh bagi Ketiga-tiga pertuduhan adalah satu kesalahan yang serius yang boleh mengancam keselamatan negara. Daripada fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan dipersetujui oleh Tertuduh menunjukkan yang Tertuduh diajar untuk membuat alat peledak buatan sendiri melalui tunjuk ajar melalui ‘WhatsApp’ oleh seorang anggota militan pengganas bernama Al Akh Muhammad yang telah memberi arahan-arahan kepada Tertuduh cara bagaimana nak membuat dan hasil daripada tunjuk ajar melalui WhatsApp telah membolehkan Tertuduh berjaya membuat peledak tersebut. Apa-apa hujahan mitigasi yang merujuk kepada kesusahan yang ditanggung oleh Tertuduh akibat daripada ditahan dan dituduh di Mahkamah, sepatutnya Tertuduh memikirkan semuanya sebelum melakukan kesalahan yang dilakukannya. Mahkamah dimaklumkan bahawa Tertuduh sebelum ditahan mempunyai pekerjaan sebagai seorang buruh kasar dan cukup untuk menyara 8 orang adik beradik dan kedua-dua ibubapanya. Mahkamah berpendapat bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi yang ditanggung oleh Tertuduh. Mahkamah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan sesiapa sahaja tidak kira apa kesalahan sekali pun akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Mahkamah bersimpati dengan kesusahan yang dialami oleh Tertuduh tetapi Tertuduh seharusnya menerima hukuman penjara yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Mengambil kira hukuman maksima bagi Pertuduhan Pertama iaitu kesalahan di bawah seksyen 130FA (a) KK iaitu boleh dihukum penjara bagi tempoh yang boleh sampai tiga puluh