Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN NO:PA-12B-29-05/2024 ANTARA AHMAD FAIZ ZHAFRI BIN MOHAMMAD (NO. K/P: 880410-06-5439) ...PERAYU
PA-12B-29-05/2024
High Court of Malaysia28 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(ii) Albert Liban Sankap & Anor v Yu Sze Wei & Anor [2011] PLIRU 7 (award RM 9,000 untuk soft tissue injuries dan laceration wound) **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 [26] Dalam kes ini juga parut-”
“(i) Mohamad Hisham Hassan & Satu Lagi v Sathiaseelan Nagappan [2018] MLRHU 2047 (awad RM 30,000 untuk multiple permanent ugly scarring and abrasions on the abdomen and left leg)”
“(i) Wing Fatt Trading & Transport Agency & Anor v Ahmad Shuhaili Abdul Ghafar [2019] MLRHU 1856 (membenarkan award RM 3,000 untuk soft tissue injury dan RM 3,000 untuk laceration wounds;”
“(ii) Puah Pei Wen v Goh Chee Wei [2019] MLRHU 1878 (awad RM 30,000 bagi multiple scars) **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10”
“(i) Diniyarif Bin Fairus ‘Shaba v Jaafar Bin Abu & Ors [2021] MLJU 2190”
“(ii) Chandramogan Manogaran &Anor v Kong Wai Seng & Ors [2021] MLRHU 249 [TAB 35] di mana Mahkamah Tinggi mengekalkan RM10,000.00 bagi “10 cm x 7 cm deep laceration wound with partial tear lexor digitorum and lexor hallucis longus of right foot” yang diawadkan oleh Mahkam”
“(i) Nor Azizah Miskan v Noor Fadhilah Nisman & Anor. [2021] PILRU 21, dimana Mahkamah telah memberi award secara berasingan untuk kecederaan PCL, MCL dan LCL pada lutut kiri dan telah memutuskan bahwa **Note : Serial number will be used to verify the originality of t”
“or had properly considered the relevant material. He would consider the case as if it came before him for the first time.” (rujuk ECK Sdn Bhd v Tan Ann Hui (berniaga sebagai TAH Planning Consultant) [2022] MLJU 1159) **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 [8]”
“(ii) Mohd Bakren Bin Dolah Sajit v Amirul Affendey Bin Azman & Anor [2022] MLJU 1702”
“(ii) Fairuz Izwan Bin Osman V Jatinli Bin Majintang [2022] MLJU 2018, dimana Mahkamah telah memberikan award berasingan untuk Right knee PCL tear, left knee. [20] Mahkamah ini di dalam mempertimbangkan award sewajarnya diberikan secara global atau berasingan, bersetu”
“(ii) Hoo Tian Rong v. Koit Kai Siang [2022] PILRUD 11 [12] Peguamcara Defendan Yang Bijaksana berhujah bahawa RM 20,000 adalah munasabah dan bergantung dengan kes:”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN NO:PA-12B-29-05/2024 ANTARA AHMAD FAIZ ZHAFRI BIN MOHAMMAD (NO. K/P: 880410-06-5439) ...PERAYU
1
RAJA A/L VIJAYA KUMARAN
2
SENTHIL KUMAR A/L KANASING (NO. K/P: 850629-06-5583) ..RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN [ISU KUANTUM] LATARBELAKANG [1] Pihak-pihak telah merekodkan persetujuan atas liabiliti iaitu Defendan bertanggungan seratus-peratus (100%) di atas kemalangan ini (tindakan asal di Mahkamah Sesyen). Rayuan hanya terhadap kuantum telah difailkan oleh Plaintif. [2] Mahkamah ini dalam bidangkuasa rayuannya, telah membenarkan dan mengakas sebahagian daripada keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Yang Bijaksana (HMS) terhadap kuantum pada 28.11.2024. [3] Defendan telah memfailkan kebenaran merayu pada 20.12.2024(MAHKAMAH RAYUAN PERMOHONAN SIVIL NO: P-08-392- 12/2024) ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini dalam membenarkan sebahagian daripada rayuan berkaitan kuantum. Namun Mahkamah ini dimaklumkan bahawa semasa Alasan Penghakiman ini disediakan, Notis Pemberhentian Permohonan Kebenaran Merayu telah difailkan oleh Defendan-defendan pada 15.01.2025 dan telah dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 03.02.2025. [4] Dalam penghakiman ini, pihak-pihak adalah dirujuk sebagaimana kedudukan mereka di Mahkamah Sesyen. FAKTA RINGKAS KES [5] Ahmad Faiz Zhafri Bin Mohammad (Plaintif) seorang penunggang motosikal telah menuntut gantirugi am dan khas, faedah serta kos untuk kecederaan-kecederaan yang dialaminya akibat daripada kemalangan jalanraya yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan KM 136 arah Utara pada 17 Julai 2018 jam lebih kurang 7.30 petang dengan sebuah motokar pick-up nombor pendaftaran AKS 3839 yang dipandu oleh Raja a/l Vijaya Kumaran. [6] Kemalangan dikatakan berlaku semasa Plaintif sedang menunggang seorang diri dari Georgetown, Pulau Pinang hendak pergi makan di Bertam bersama kawan-kawan secara berkonvoi dan apabila sampai di tempat kemalangan, Plaintif yang menunggang di lorong ketiga di sebelah kiri lebuhraya, apabila Defendan Pertama yang berada di lorong keempat di sebelah kiri jalan, secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran atau isyarat telah menukar haluan ke kanan dan telah melanggar motosikal Plaintif dan menyebabkannya terjatuh dan mengalami kecederaan-kecederaan PRINSIP UNDANG-UNDANG RAYUAN [7] Panduan dapat dilihat dalam kes Chan Lai Yoke V Ess Engineering Sdn Bhd. [2021] 1 LNS 1963, seperti berikut: “Order 55 Rule 2 of the Rules of Court 2012 provides that all appeals to the High Court shall be by way of re-hearing. The White Book on the Malaysian Civil Procedure 2021 Volume 1, page 812 at paragraph 55/2/1 states as follows: In a re-hearing, a judge is not tasked to consider whether the lower court judge had exercised his discretion correctly or had properly considered the relevant material. He would consider the case as if it came before him for the first time.” (rujuk ECK Sdn Bhd v Tan Ann Hui (berniaga sebagai TAH Planning Consultant) [2022] MLJU 1159) [8] Prinsip ini juga ditekankan oleh Raja Azlan Shah (CJ Malaya pada ketika itu) dalam kes Yang Salbiah & Anor v Jamil Bin Harun [1981] 1 MLJ 292 memutuskan seperti berikut: “It must be remembered that the purpose of damages is to try, so far humanly possible, to put the victim back to the position he would have been in but for the accident. The damages must be fair, adequate and not excessive. A reasoned judgment must therefore be given by the judge, following legal principles and precedents. Other awards in other cases should normally be prayed in aid, but consideration must be given where the circumstances differ. ISU KUANTUM [9] Sebagai panduan asas, Mahkamah ini merujuk kepada kes Wong Li Fatt William (An Infant) v Haidawati Bt Bolhen & Anor [1994] 1 LNS 196; [1994] 2 MLJ 497, Yang Arif Hakim Richard Malanjum, (pada ketika itu) menyatakan, “In considering the issue of quantum of damages, I bear in mind that an award must be fair which means that must be a proper compensation for the injury suffered and the loss sustained. “ Gantirugi am [10] Berdasarkan laporan pakar, kecederaan berikut telah dikenalpasti iaitu:
i
Open fracture distal end left clavicle with left acromioclavicular ;
II
(ii) Joint disruption and permanent disabilities; dan
III
(iii) Multiple scars – 11 cm permanent surgical scar over left clavicular region 15 cm x 11 cm permanent abrasion scar over left shoulder 9 cm x 7 cm permanent abrasion scar over left upper back 6 cm x 8 cm permanent abrasion scar over left foot [11] Bagi award untuk kcederaan (i) iaitu Open fracture distal end left clavicle with left acromioclavicular dan kecderaan(ii) iaitu Joint disruption and permanent disabilities, Peguamcara Plaintif Yang Bijaksana berhujah, award yang sewajarnya adalah sebanyak RM 40,000 berdasarkan kepada kes-kes:
i
Manjeet Singh A/L Natesan& Anor v Suseel Kumar A/L Chand
II
(ii) Hoo Tian Rong v. Koit Kai Siang [2022] PILRUD 11 [12] Peguamcara Defendan Yang Bijaksana berhujah bahawa RM 20,000 adalah munasabah dan bergantung dengan kes:
i
Deniallenathan A/l Balasundar [2017] 5 LNS 75
II
(ii) Lee Ah Kau @ Lee Sin Fook v Amran Shahrudin [2008] 1 PIR 5
III
(iii) Lim Peng Khoon v Azizul Azreen [2012] 1 PIR 20
IV
(iv) Francis Soh v Robert Mithunleo [2014] 1 PIR 29
v
Venkadasmy v Wong Yoke Sang [2014] 5 LNS 44 [13] HMS Yang Bijaksana telah membenarkan kecederaan “open fracture distal end of left clavicle with Left Acromioclavicular joint disruption with arthritis and muscle wasting” secara global dan Mahkamah telah memberikan awad keseluruhan RM 40,000-00 setelah membuat perbandingan dengan kes-kes berikut:-
i
Manjeet Singh A/L Natesan& Anor v Suseel Kumar A/L Chand Singh [2011] 2PIR (awad RM 30,000 bagi fracture of the left clavicle with permanent disabilities)
II
(ii) Hoo Tian Rong v. Koit Kai Siang [2022] PILRUD 11 (awad RM 38,000 bagi right clavicle fracture (malunited) with right acromioclavicular joint disruption)
III
(iii) Deniallenathan a/l Saurimuthu v Balasundar [2017] 5 LNS 75 (awad RM 10,000-00 bagi inferior subluxation right shoulder)
IV
(iv) Lee Ah Kau @ Lee Sin Fook v Amran Shahrudin [2008] 1 PIR (awad RM 10,000-00 bagi acromioclavicular joint dislocation right shoulder.
v
Lim Peng Khoon v Azizul Azreen [2012] 1 PIR 20 (awad RM18,000-00 bagi right acromioclavicular joint injury) [14] Mahkamah mendapati bahawa kuantum yang diberikan adalah munasabah dengan mengambilkira award terkini yang diberikan dalam kecederaan sedemikian, misalnya dalam kes Hoo Tian Rong v. Koit Kai Siang [2022] PILRUD 11, Mahkamah telah membenarkan RM 38,000 bagi right clavicle fracture (malunited) with right acromioclavicular joint disruption) dan kes tersebut adalah dalam tahun 2022. [15] Namun Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Peguam Plaintif Yang Bijaksana bahawa kecederaan atas sebab-sebab ini, bagi kecederaan “open fracture distal end of left clavicle with Left Acromioclavicular joint disruption with arthritis” dan kecederaan “muscle wasting” (Musclewasting - 1cm muscle wasting of left arm and 1cm muscle wasting of left forearm) sewajarnya diberikan secara berasingan. [16] Peguam Plaintif Yang Bijaksana mencadangkan sebanyak RM 12,000 (RM 6,000 x 2) dengan merujuk kepada kes:
i
Diniyarif Bin Fairus ‘Shaba v Jaafar Bin Abu & Ors [2021] MLJU 2190
II
(ii) Mohd Bakren Bin Dolah Sajit v Amirul Affendey Bin Azman & Anor [2022] MLJU 1702
III
(iii) Param Anand A/L Murigesu v Radhakrishnan Sathisivan A/L Sathsivan [2018] 5 LNS 101 [17] Peguam Defendan Yang Bijaksana mencadangkan sebanyak RM 5,000 (Osteoarthritis /Bicep tendinitis). [18] Mahkamah bersetuju dengan hujah Peguam Plaintif Yang Bijaksana bahawa kecederaan dan keseriusan kecederaan itu adalah berlainan antara satu sama lain. [19] Mahkamah ini merujuk kepada kes-kes yang dihujahkan oleh pihak-pihak di mana Mahkamah dalam kes-kes terdahulu telah memberikan award yang berasingan iaitu kes:
i
Nor Azizah Miskan v Noor Fadhilah Nisman & Anor. [2021] PILRU 21, dimana Mahkamah telah memberi award secara berasingan untuk kecederaan PCL, MCL dan LCL pada lutut kiri dan telah memutuskan bahwa “Suffice it to say that to classify them as the same and common injury is, in my view, a clear affront to the established specialists' medical opinion and, therefore, untenable.
II
(ii) Fairuz Izwan Bin Osman V Jatinli Bin Majintang [2022] MLJU 2018, dimana Mahkamah telah memberikan award berasingan untuk Right knee PCL tear, left knee. [20] Mahkamah ini di dalam mempertimbangkan award sewajarnya diberikan secara global atau berasingan, bersetuju dengan hujahan Peguam Plaintif Yang Bijaksana bahawa Mahkamah haruslah berpegang kepada keputusan dalam kes Yang Salbiah & Anor (supra) dan Kovalan Rajoo v Hanif Muhamad Pauzi [2015] 1 LNS 1063 dimana walaupun kecederaan-kecederaan berlaku pada anggota badan yang berhampiran atau pada bahagian yang sama dengan fungsi yang berbeza akan tetapi, award yang perlu diberikan ke atas kecederaan tersebut adalah wajar diberikan secara berasingan. Fakta kes ini juga menunjukkan bahawa kecederaan melibatkan fungsi anggota yang berbeza. [21] Jumlah yang dituntut sebanyak RM12,000.00 adalah terlalu tinggi dan Mahkamah merujuk kepada kes:
i
Mohd Bakren Bin Dolah Saljit v Amirul Affendy Bin Azman & Anor [2022] MLJU 1702, yang memutuskan bahawa : “[77] Considering the preceding arguments, the prevailing evidence, the range of awards in the Compendium, the comparison of compensation awarded in cases of comparable injuries, the plaintiff’s age, the accompanying residual disabilities, as well as the facts and circumstantial peculiarities of the case in its entirety, I award RM10,000.00 for the muscle wasting”.
II
(ii) Param Anand A/L Murugesan Lwn Radhakrishnan Sathisvian A/L Sathsivan [2018] 5 LNS 101 dimana RM15,000.00 telah diawadkan untuk muscle wasting of 4cm pada left thigh dan 2cm pada left calf. [22] Berdasarkan kepada laporan pakar Ortopedik Defendan, dimana “muscle wasting” yang dialami oleh Plaintif meningkat kepada 1.5 cm dan mengambil kira kes-kes yang dirujuk, award berjumlah RM10,000.00 bagi “muscle wasting” dengan kadar pada “left forearm dan left arm” yang dialami Plaintif adalah munasabah berbanding jumlah RM5,000.00 yang dicadangkan Defendan. [23] Bagi Kecederaan (iii) iaitu Multiple scars – 11 cm permanent surgical scar over left clavicular region 15 cm x 11 cm permanent abrasion scar over left shoulder 9 cm x 7 cm permanent abrasion scar over left upper back 6 cm x 8 cm permanent abrasion scar over left foot, Peguam Plaintif Yang Bijaksana telah berhujah jumlah RM 30,000 adalah munasabah dengan bergantung kepada kes:
i
Mohamad Hisham Hassan & Satu Lagi v Sathiaseelan Nagappan [2018] MLRHU 2047 (awad RM 30,000 untuk multiple permanent ugly scarring and abrasions on the abdomen and left leg)
II
(ii) Puah Pei Wen v Goh Chee Wei [2019] MLRHU 1878 (awad RM 30,000 bagi multiple scars)
III
(iii) Simon Raj Thevadas Anbalagan v Haikal Akmal Salihin & Anor [2022] 5 LNS 162 (awad RM 30,000 bagi multiple scars) [24] Peguam Defendan Yang Bijaksana berhujah dengan merujuk kepada kes:
i
Venkadasmy v Wong Yoke Sang [2014] 5 LNS 44, di mana Mahkamh telah membenarkan sebanyak RM 4,000.
II
(ii) Chandramogan Manogaran &Anor v Kong Wai Seng & Ors [2021] MLRHU 249 [TAB 35] di mana Mahkamah Tinggi mengekalkan RM10,000.00 bagi “10 cm x 7 cm deep laceration wound with partial tear lexor digitorum and lexor hallucis longus of right foot” yang diawadkan oleh Mahkamah Sesyen. [25] Dalam kes ini, berdasarkan fakta terdapat kecederaan “deep laceration wound” dan bukan sekadar “laceration wound” dan rujukan Mahkamah kepada kes:
i
Wing Fatt Trading & Transport Agency & Anor v Ahmad Shuhaili Abdul Ghafar [2019] MLRHU 1856 (membenarkan award RM 3,000 untuk soft tissue injury dan RM 3,000 untuk laceration wounds;
II
(ii) Albert Liban Sankap & Anor v Yu Sze Wei & Anor [2011] PLIRU 7 (award RM 9,000 untuk soft tissue injuries dan laceration wound) [26] Dalam kes ini juga parut-parut – “multiple scars” awad keseluruhan sebanyak RM 5,000 adalah tidak memadai kerana ianya walaupun melibatkan bahagian badan yang sama namun adalah jelas bahawa kedudukan scars tersebut adalah berbeza seperti berikut:
i
11 cm permanent surgical scar over left clavicular region.
II
(ii)15 cm x 11 cm permanent abrasion scar over left shoulder.
III
(iii) 9 cm x 7 cm permanent abrasion scar over left upper back.
IV
(iv) 4. 6 cm x 8 cm permanent abrasion scar over left foot [27] Mahkamah ini mendapati HMS telah terkhilaf dalam memberi awad sebanyak RM5,000 secara keseluruhan sedangkan parut-parut kecederaan Plaintif adalah kekal yang memberikan impak serius kepada keadaan fizikal Plaintif dan kecacatan parut tersebut berada di tiga anggota badan yang berbeza iaitu di bahagian kaki kiri, siku kiri dan bahu kiri. Untuk HMS Yang Bijaksana menyimpulkan bahawa ianya adalah berada bahagian badan yang sama adalah tidak tepat. [28] Mahkamah ini bersetuju dengan HMS Yang Bijaksana yang telah merujuk kepada kes Inas Faiqah Mohd Helmi v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 1 MLRA 647 Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “It is trite that damages serve as compensation, not reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198). In assesing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence.” [29] Dan berdasarkan keterangan daripada pakar-pakar kedua-dua pihak adalah jelas bahawa kecederaan tersebut adalah serius dan awad RM5,000.00 adalah tidak wajar. Gantirugi Khas
i
Bagi Kos fisioterafi [30] Kos yang dibenarkan adalah 1/3 X RM 2000 iaitu RM 666-00 telah digantikan dengan jumlah RM1,333.00 iaitu sebanyak 2/3 daripada RM2000.00. Ini adalah kerana Mahkamah berpendapat tolakan sebanyak 1/3 wajar dibuat dan Plaintif berhak kepada 2/3 daripada kos tersebut yang telah dibuktikan bahawa terdapat keperluan fisioterafi. [31] Alasan Mahkamah berbuat demikian adalah berdasarkan kepada panduan kepada prinsip menggunapakai prinsip “one-third principle”. Dalam pemakaian prinsip ini tidak terdapat “hard and fast rule regarding the application of the one-third rule” dan pendekatan sewajarnya adalah “test of reasonableness” hendaklah terpakai dalam memutuskan sama ada Plaintif berhak kepada keseluruhan atau sebahagian daripada tuntutan ini. [32] Dalam kes Muhammad Yassein Zuliskandar (a child suing through his father and next friend; Zuliskandar Md Pechor) v Kerajaan Malaysia & Ors[2021] 9 MLJ 10; [2019] 4 CLJ 289; [2019] 1 MLRA 566, diputuskan seperti berikut: “In this regard, we agree that in Chai Yee Chong, no such £one-third principle’ was set out. Indeed, as was pointed out in the case itself, no such principle is provided under any written law. It has only become a matter of practice through the adoption of case precedents. Instead, it was decided that the test of reasonableness should be applied in deciding whether the claimant is entitled to recover the full sum of the private healthcare medical expenses.” [33] Ujian bagi “reasonableness” pula diterangkan dalam kes Inas Faiqah (supra) di mana Abdull Hamid Embong FCJ, memutuskan bahawa “In this respect, we are in agreement with the contention of the appellant that the case of Chai Yee Chong is not relevant to the present case. We respectfully say that the Court of Appeal had erred in coming to its conclusion that the award made by the learned trial judges was in line with the current practice on the strength of the decision in Chai Yee Chong, which is a case concerning a claim for past private medical treatment. In determining a claim for future medical treatment, be it at private, or at a public hospital, the question of reasonableness in making such a claim should always be the paramount consideration. The plaintiff not only needs to justify, for instance, why he chooses treatment at a private hospital over a public one, but he must also show that the amount claimed for such treatment is reasonable….” (see also Ahmad Thaqif Amzar bin Ahmad Huzairi (claiming through his mother and legal representative, Majdah bt Mohd Yusof) V Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn Bhd & Ors [2021] 9 MLJ 10) [34] Mahkamah mendapati jumlah tersebut adalah wajar kerana Pakar Ortopedik Plaintif mengesahkan bahawa Plaintif kini menghadapi “severely reduced range of motion of left shoulder joint” dalam Laporan beliau bertarikh 12.06.2020. Keperluan dan kekerapan fisioterapi ini penting dalam membantu memulihkan pergerakan bahu Plaintif agar dapat sekurang-kurangnya mencapai tahap pergerakan hampir kepada keadaan biasa sebelum kemalangan ini (sekalipun pun tidak mencapai 100 % pemulihan).
II
(ii) Bagi Kos reconstruction surgery of shoulder masa hadapan [35] Bagi kos ini yang disyorkan oleh pakar, dibenarkan 1/3 daripada RM 30,000 iaitu RM 10,000-00 (tiada faedah) digantikan dengan 2/3 daripada RM30,000 iaitu dibenarkan sebanyak RM20,000.00. Mahkamah menggunakan alasan dan prinsip 1/3 (one-third principle) yang telah dibincangkan terdahulu.
III
(iii) Kehilangan Pendapatan semasa tempoh cuti sakit sebanyak RM35.517.60 [36] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif dan disokong oleh wakil majikan Plaintif dari Padini Corporations Sdn. Bhd (SP5) yang mengesahkan jumlah gaji Plaintif secara ringkasnya seperti berikut: GAJI PLAINTIF SEBELUM KEMALANGAN: April 2018 RM2,868.97 Mei 2018 RM3,990.35 Jun 2018 RM3,427.08 Julai 2018 RM4,147.10 Purata Pendapatan Plaintif (berdasarkan 3 bulan) sebelum kemalangan adalah RM3,428.80 [37] Jumlah tuntutan oleh Plaintif ini bagi kehilangan pendapatan ketika mana Plaintif berada dalam tempoh cuti sakit (MC) dan pengiraan jumlah kehilangan/kerugian pendapatan yang dialami Plaintif adalah berdasarkan kepada dokumen slip-slip pembayaran gaji Plaintif dari bulan April 2018 sehingga September 2019. Plaintif menggunapakai pendapatan purata sebanyak RM3,428.80 dan diringkaskan seperti jadual berikut: TAHUN 2018 Ogos 2018 RM3,428.80 - RM2,151.30=RM1,277.50 September 2018 RM3,428.80 - RM1,605.70= RM1,823.10 Oktober 2018 RM3,428.80 - RM1,753.40= RM 1,675.40 November 2018 RM3,428.80 - RM0.00 = December 2018 RM3,428.80 - RM0.00 = TAHUN 2019 Januari 2019 RM3,428.80 - RM1,166.08= RM2,262.72 Februari 2019 RM3,428.80 - RM2,755.95 = RM672.85 Mac 2019 RM3,428.80 - RM1,672.41= RM1,756.39 April 2019 RM3,428.80 - RM0.00= Mei 2019 RM3,428.80 - RM498.32= RM2,930.48 Jun 2019 RM3,428.80 - RM135.32 = RM3,293.48 Julai 2019 RM3,428.80 - RM42.94 = RM3,385.86 Ogos 2019 RM3,428.80 - RM131.96 = RM3,296.84 September 2019 : RM3,428.80 - RM527.22 = RM2,856.58 JUMLAH KESELURUHAN RM35,517.60 [38] Mahkamah mendapati bahawa di dalam Alasan Penghakiman HMS Yang Bijaksana langsung tidak menyentuh kenapa ianya ditolak atau tidak dibenarkan. Tiada langsung alasan berkaitan isu ini. Mahkamah mendapati bahawa terdapat asas untuk Mahkamah ini membenarkan tuntutan ini kerana Plaintif telah berjaya membuktikannya. Keterangan ini juga tidak dicabar dengan kukuh oleh pihak Defendan. [39] Mahkamah ini untuk merujuk kepada kes Ong Ah Long v Dr S. Underwood [1983] CLJ (Rep) 300, dimana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “Now, the general principle is that an injured plaintiff is entitled to damages for the loss of earnings and profits which he has suffered by reason of his injuries up to the date of the trial and for the loss of the prospective earnings and profits of which he is likely to be deprived in the future.” [40] Dalam fakta kes ini, dokumen penggajian Plaintif telah difailkan dan dikemukakan sebagai Ekshibit semasa perbicaraan ini adalah memadai bagi menyokong tuntutan ini. Setelah mengambil kira keseluruhan keterangan dan bukti yang dikemukakan, HMS Yang Bijaksana telah terkhilaf dengan menolak tuntutan kehilangan pendapatan sebenar Plaintif semasa tempoh cuti sakit. Mahkamah Sesyen juga telah menyatakan dalam Alasan Penghakiman bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutan tersebut. [41] Dalam kes Topaiwah v Salleh [1968] 1 LNS 61, juga dinyatakan seperti berikut: “So far as this Court is concerned we should, to paraphrase Greer LJ in Flint v. Levell [1935] 1 KB 354, 360 be disinclined to reverse the finding of a trial Judge as to the amount of damages merely because we think that if we had tried the case in the first instance we would have given a lesser sum. To justify reversing him, we should be convinced that he acted upon some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it an entirely erroneous estimate of the damage. The assessments which the Courts have made over the years form some guide to the kind of figure which is proper and which the appellate Court will follow in the light of the special facts of each particular case.”
IV
(iv) Lain-lain gantirugi [42] Bagi lain-lain gantirugi khas pula Mahkamah telah menolak rayuan Plaintif dan mengekalkan keputusan HMS Yang Bijaksana. KADAR FAEDAH [43] HMS Yang Bijaksana telah membenarkan kadar faedah seperti berikut:
i
(i)
2
2.5% setahun untuk jumlah gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga ke tarikh penghakiman,
II
(ii) 5% setahun untuk jumlah gantirugi am dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman; dan
III
(iii) 5% setahun untuk keseluruhan jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh. [44] Berdasarkan kepada Aturan 42 Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah (KKM) 2012 membenarkan untuk faedah sebanyak 5% setahun bagi jumlah hutang penghakiman (on the judgment debt) dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh (sila rujuk kes Trans Elite Equipment Rental Sdn Bhd v. PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd [2003] 4 CLJ 270; [2003] 1 MLRH 706; [2003] 4 MLJ 30. [45] Tujuan pemberian “pre-judgment interest” adalah untuk mempampaskan Plaintif untuk kehilangan penggunaan wang yang telah disebabkan oleh Defendan (to compensate the plaintiff for the loss of use of the money) (sila rujuk kes Mirra Sdn Bhd v The Ayer Molek Rubber Co Bhd [2008] 3 AMR 381; [2008] 2 MLJ 348) [46] Dalam kes ini kadar 5% setahun wajar diberikan untuk jumlah gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga ke tarikh penghakiman. Lain-lain kadar faedah yang telah diawadkan oleh HMS Yang Bijaksana adalah disahkan dan dikekalkan. [47] Dalam mengakas sebahagian daripada keputusan HMS Yang Bijaksana, Mahkamah ini berpandukan kepada kes Pang Ah Chee V Chong Keww Sang [1985] CLJ REP 236; [1985] 1 MLJ 153, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “The finding that a trial judge has erred in the discretion of being too generous would not be itself constitute a matter to be appealed from and the appellate court is always slow to reverse the trial judge’s decision on assessment of damages unless there are strong grounds for interference.” [48] Dalam kes Balakrishnan A/L Sinnappan & Anor V Mariammah A/P Ghanapragasm Dan wakil Peribadi Anthonysamy A/L Atputham [2006] 4 MLJ 567, Mahkamah memutuskan bahawa: “Prinsip undang-undang bahawa Mahkamah Rayuan seharusnya berhati-hati (be slow) untuk masuk campur di atas pendapat fakta oleh mahkamah perbicaraan di mana telah mendengar dan melihat saksi-saksi memberi keterangan tidak boleh diambil atau diterima sebagai ‘stereotyped formula’ kerana setiap rayuan adalah berdasarkan kepada fakta bersendirian dan individu atau misdirection atau non-direction oleh mahkamah perbicaraan dan meneliti di atas satu kes ke satu kes (on a case to case basis).” [49] Dalam kes Tan Kuan Yau V Suhindrimani (1985) CLJ REP 323, di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan: “The principle that should guide this Court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also clear is that much depends on the circumstances of each case in particular the amount of the award. In a particular case therefore, it is for the appeal court to consider whether in the light of the circumstances of that case there is an erroneous estimate of the amount of the damage in that, either there was an omission on the part of the Judge to consider some relevant materials, or he had admitted for purpose of assessment some irrelevant considerations. If the Court is satisfied or convinced that the Judge has acted upon wrong principles of law the it is justified in reversing; indeed, it is its duty to reverse the finding of the trial Judge.” KESIMPULAN [50] Atas alasan-alasan tersebut, atas imbangan kebarangkaian, Mahkamah telah membenarkan seperti berikut:
i
sebahagian daripada rayuan dan tuntutan Plaintif terhadap kuantum;
II
(ii) lain-lain keputusan dan dapatan HMS adalah dikekalkan; dan
IV
(iv) kos Rayuan ini sebanyak RM5000.00 dibayar oleh Defendan/Responden kepada Plaintif/Perayu dan tertakluk kepada alokatur. …………sgd………….. AZIZAN MD ARSHAD Hakim Mahkamah Tinggi (3) Pulau Pinang Bertarikh pada 31.12. 2024 Peguamcara bagi Perayu: Nurfilzah Afiqah Binti Khairul Anuar, Nur Fadhilah Binti Azizan Tetuan Jega Kumar & Partners No.18 & 20, jalan Selat, Taman Selat 12000 Butterworth Pulau Pinang Peguamcara bagi Responden: Sharmini Thiagarajah Tetuan Othman Hashim & Co. Suite 7.01, 7th Floor, MWE Plaza No.8, Lebuh Farquhar 10200 Georgetown Pulau Pinang Undang-undang yang dirujuk:
1
Aturan 42 Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah (KKM) 2012 Kes-kes yang dirujuk:
1
Chan Lai Yoke V Ess Engineering Sdn Bhd. [2021] 1 LNS 1963
2
ECK Sdn Bhd v Tan Ann Hui (berniaga sebagai TAH Planning
3
Yang Salbiah & Anor v Jamil Bin Harun [1981] 1 MLJ 292
4
Wong Li Fatt William (An Infant) v Haidawati Bt Bolhen & Anor [1994] 1 LNS 196; [1994] 2 MLJ 497
5
Hoo Tian Rong v. Koit Kai Siang [2022] PILRUD 11
6
Nor Azizah Miskan v Noor Fadhilah Nisman & Anor. [2021] PILRU 21
7
Fairuz Izwan Bin Osman V Jatinli Bin Majintang [2022] MLJU 2018
8
Kovalan Rajoo v Hanif Muhamad Pauzi [2015] 1 LNS 1063
9
Mohd Bakren Bin Dolah Saljit v Amirul Affendy Bin Azman & Anor [2022] MLJU 1702
10
Param Anand A/L Murugesan Lwn Radhakrishnan Sathisvian
11
Wing Fatt Trading & Transport Agency & Anor v Ahmad Shuhaili
12
Albert Liban Sankap & Anor v Yu Sze Wei & Anor [2011] PLIRU 7
13
Inas Faiqah Mohd Helmi v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 1
14
Muhammad Yassein Zuliskandar (a child suing through his father and next friend; Zuliskandar Md Pechor) v Kerajaan Malaysia & Ors [2021] 9 MLJ10; [2019] 4 CLJ 289; [2019] 1 MLRA 566
15
Thaqif Amzar bin Ahmad Huzairi (claiming through his mother and legal representative, Majdah bt Mohd Yusof) V Kuala
16
Ong Ah Long v Dr S. Underwood [1983] CLJ (Rep) 300
17
Topaiwah v Salleh [1968] 1 LNS 61
18
Trans Elite Equipment Rental Sdn Bhd v. PSC-Naval Dockyard
19
Mirra Sdn Bhd v The Ayer Molek Rubber Co Bhd [2008] 3 AMR 381; [2008] 2 MLJ 348
20
Pang Ah Chee V Chong Keww Sang [1985] CLJ REP 236; [1985] 1
21
Balakrishnan A/L Sinnappan & Anor V Mariammah A/P Ghanapragasm Dan wakil Peribadi Anthonysamy A/L Atputham [2006] 4 MLJ 567
22
Tan Kuan Yau V Suhindrimani (1985) CLJ REP 323
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.