Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI GURUN DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO: KE-A73KJ-23-04/2024 AHMAD IQBAL BIN MUHAMMAD (No. K/P: 881125-03-5657) ...PLAINTIF
KE-A73KJ-23-04/2024
Magistrates Court of Malaysia5 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“k boleh diterima sebagai bukti kerana pembuat laporan tidak dipanggil ke mahkamah untuk disoal balas. Oleh itu, laporan tersebut hanya dianggap sebagai hearsay. Dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] CLJU 151, Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa: “In the absence of the appellant, as the maker of the said poli”
“varan Sandaran & Anor [2024] PILRU 34 – RM30,000 b) Nail Avulsion (left big toe) RM8,000 Kes: Zulkefli bin Shahadan v. Amir Hamzah [2025] PILRU 32 RM1,000 Kes:Athimoolam Monisamy & Anor v. Hoh Ah Yow [2013] PILRU 12 c) Multiple abrasion wounds at upper back, left elbow and left knee RM8,000 Kes: Mohamad Norazri Othman”
“pper back, left elbow and left knee RM8,000 Kes: Mohamad Norazri Othman & Anor v. Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) & Anor [2025] PILRU 28 RM5,000 Kes: Mohamad Azizul Hakim Pilus v. Salim Saad [2018] PILRU 60 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 a)”
“deraan-kecederaan tersebut berpunca secara langsung daripada kemalangan berkenaan. [39] Berdasarkan prinsip yang dijelaskan dalam kes Norhasyidan Mohd Nor @ Mohamad Hazani V Mohd Ridhwan Asmara & Ors [2021] MLJU 627 dan Pacific & Orient Insurance Co Bhd v. Mohd Aminizam Zainal Abidin & Anor [2025] CLJU 213, Mahkamah be”
“ry RM20,000 Kes: Mohd Sabri Harun v. Lum Hui Yen [2025] PILRU 27 MRI tidak dibuat untuk mengesahkan kecederaan; tidak dialami. Kes: Muhammad Fairus Mohd Ali Rominidass v. Puvanesvaran Sandaran & Anor [2024] PILRU 34 – RM30,000 b) Nail Avulsion (left big toe) RM8,000 Kes: Zulkefli bin Shahadan v. Amir Hamzah [2025] PILR”
“ti fizikal, keterangan lisan sahaja tidak cukup untuk membuktikan liabiliti selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Pacific & Orient Insurance Co Bhd v. Mohd Aminizam Zainal Abidin & Anor [2025] CLJU 213. Dalam kes tersebut, Mahkamah menegaskan bahawa tiada bukti objektif seperti gambar tempat kejadian, kesa”
“ringkasan berkaitan gantirugi am yang dituntut: Butir Kecederaan Tuntutan Plaintif Tuntutan Defendan a) Left ATFL (Anterior talofibular ligament) injury RM20,000 Kes: Mohd Sabri Harun v. Lum Hui Yen [2025] PILRU 27 MRI tidak dibuat untuk mengesahkan kecederaan; tidak dialami. Kes: Muhammad Fairus Mohd Ali Rominidass v.”
“& Anor v. Hoh Ah Yow [2013] PILRU 12 c) Multiple abrasion wounds at upper back, left elbow and left knee RM8,000 Kes: Mohamad Norazri Othman & Anor v. Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) & Anor [2025] PILRU 28 RM5,000 Kes: Mohamad Azizul Hakim Pilus v. Salim Saad [2018] PILRU 60 **Note : Serial number will be used”
“n; tidak dialami. Kes: Muhammad Fairus Mohd Ali Rominidass v. Puvanesvaran Sandaran & Anor [2024] PILRU 34 – RM30,000 b) Nail Avulsion (left big toe) RM8,000 Kes: Zulkefli bin Shahadan v. Amir Hamzah [2025] PILRU 32 RM1,000 Kes:Athimoolam Monisamy & Anor v. Hoh Ah Yow [2013] PILRU 12 c) Multiple abrasion wounds at uppe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI GURUN DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO: KE-A73KJ-23-04/2024 AHMAD IQBAL BIN MUHAMMAD (No. K/P: 881125-03-5657) ...PLAINTIF
1
1.
2
HAMID ISA TRANSPORTS SDN BHD (No. Syarikat: 41958-X) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG KES [1] Kes ini ialah tindakan tuntutan gantirugi susulan kemalangan jalan raya yang didakwa berlaku pada 9 April 2021 kira-kira jam 2.30 petang di KM 73.3 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara). Plaintif ialah penunggang motosikal No. pendaftaran KCS 591. [2] Defendan Pertama didakwa memandu sebuah lori treler No. pendaftaran KED 5507 yang dimiliki oleh Defendan Kedua. [3] Perbicaraan telah dijalankan dengan Plaintif mengemukakan (2) DUA orang saksi seperti berikut: SP1 Sarjan Mohd Irfan Azzrai bin Mohamad Zahari Pegawai Penyiasat SP2 Ahmad Iqbal Bin Muhammad Plaintif [4] Defendan-Defendan tidak memanggil sebarang saksi dan tidak memberi keterangan di mahkamah. [5] Berikut ialah senarai dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan :
1
Tandaan Mahkamah Ikatan dokumen Plaintif
2
A Ikatan dokumen Defendan
3
B Penyata saksi SP 1
4
PSP1 Rajah Kasar Kunci Rajah Kasar
5
P1a 9 Keping gambar
6
P2 A-I Keputusan penyiasatan kes
7
P3 Laporan Polis Trafik Kuala Muda 3702/21
8
P4 Laporan Polis Trafik Kuala Muda 3952/21
9
ID5 Laporan perubatan daripada Hospital Pulau Pinang bertarikh 14.10.2021 P6 B. ISU LIABILITI [6] Plaintif menyatakan bahawa ketika menunggang di lorong kiri di KM
73
73.3, sebuah lori treler (KED 5507) yang berada di lorong kanan tiba-tiba masuk ke laluan Plaintif, Plaintif cuba mengelak dan membrek tetapi hilang kawalan lalu terbabas ke longkang di sebelah kiri. Plaintif mengemukakan laporan polis (P4), rajah kasar (P1/P1a) dan gambar (P2 A–I). [7] Defendan Pertama pemandu lori tidak memberikan keterangan di mahkamah. Melalui Pembelaan yang difailkan, Defendan menafikan sebarang pelanggaran dan menyatakan lori tidak mengalami kerosakan. Pembelaan tidak menafikan kehadiran lori di tempat kejadian tetapi menolak bahawa lori memasuki laluan Plaintif. Laporan polis pemandu lori (ID5) yang menyatakan penafian penglibatan tidak ditandakan sebagai ekshibit, Defendan tidak dipanggil sebagai saksi. [8] Isu utama untuk diputuskan oleh Mahkamah ialah sama ada kemalangan yang berlaku pada 9 April 2021 di KM 73.3 Lebuhraya Utara–Selatan tersebut berpunca daripada kecuaian Defendan Pertama semasa memandu lori treler No. KED 5507, atau sama ada Plaintif sendiri yang telah hilang kawalan motosikalnya dan terbabas tanpa sebarang kecuaian daripada pihak Defendan. [9] Plaintif melalui keterangannya menyatakan bahawa semasa menunggang motosikal di lorong kiri, lori treler Defendan yang datang dari lorong kanan tiba-tiba menukar haluan ke kiri sehingga memasuki laluannya. Plaintif cuba mengelak dengan membrek, namun hilang kawalan dan terbabas ke longkang di bahu kiri jalan. Versi ini disokong oleh laporan polis (P4) dan rajah kasar (P1/P1a) yang menunjukkan lokasi kedua-dua kenderaan berada dalam arah dan laluan yang sama. [10] Keterangan Pegawai Penyiasat (SP1) mengesahkan bahawa kemalangan berlaku pada tarikh dan tempat yang dinyatakan serta bahawa lori treler Defendan berada di lokasi yang sama. Namun, SP1 menyatakan bahawa tiada perlanggaran langsung antara kedua-dua kenderaan dan beliau setuju bahawa penunggang motosikal hilang kawalan dan jatuh sendiri. SP1 turut mengakui bahawa gambar-gambar kemalangan tidak diambil di lokasi sebenar, tiada tanda impak atau kesan brek ditemui, dan beliau tidak dapat menentukan jarak sebenar antara lori dan motosikal sebelum kejadian. [11] Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP1 bersifat neutral dan tidak menyokong mana-mana pihak secara mutlak. Walaupun SP1 mengesahkan kehadiran lori Defendan di tempat kejadian, beliau juga mengesahkan bahawa tiada bukti perlanggaran, tiada kerosakan pada lori, dan gambar yang dikemukakan tidak menggambarkan lokasi sebenar kemalangan. Ini menjejaskan keupayaan Mahkamah untuk mengesahkan versi Plaintif bahawa lori Defendan telah masuk ke laluannya. [12] Defendan tidak memanggil mana-mana saksi dan tidak mengemukakan sebarang keterangan untuk menafikan versi Plaintif. Laporan polis pemandu lori yang menafikan penglibatan tidak boleh diterima sebagai bukti kerana pembuat laporan tidak dipanggil ke mahkamah untuk disoal balas. Oleh itu, laporan tersebut hanya dianggap sebagai hearsay. Dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] CLJU 151, Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa: “In the absence of the appellant, as the maker of the said police report, the evidence could only be regarded as hearsay. Assuming the said evidence was substantive, it was not tested by the usual method of cross-examination.” [13] Prinsip ini menjelaskan bahawa laporan polis tanpa kehadiran pembuatnya tidak boleh dijadikan bukti sahih. Walaupun ketiadaan saksi pihak Defendan boleh menimbulkan inferens negatif (“adverse inference”), beban untuk membuktikan kecuaian tetap terletak pada Plaintif. Maka, walaupun inferens negatif boleh diambil kira, Plaintif masih perlu membuktikan secara jelas bahawa kemalangan berlaku akibat kecuaian Defendan. [14] Plaintif semasa pemeriksaan balas mengakui beberapa fakta material iaitu bahawa tiada perlanggaran antara motosikalnya dan lori, tiada gambar menunjukkan lokasi longkang tempat dia terbabas, dan motosikalnya hanya mengalami kerosakan ringan. Plaintif juga mengesahkan bahawa beliau tidak mendapatkan rawatan segera dan hanya ke hospital tiga hari kemudian. Pengakuan-pengakuan ini menimbulkan keraguan terhadap keterusan kaitan (causation) antara kejadian pada 9 April 2021 dan kecederaan yang dialami oleh Plaintif. [15] Mahkamah menilai bukti fizikal yang dikemukakan. Gambar-gambar yang ditandakan tidak memperlihatkan serpihan, tanda impak atau kesan brek pada permukaan jalan atau pada lori. Rajah kasar juga tidak menunjukkan longkang atau susunan kenderaan seperti versi Plaintif. Dapatan Pegawai Penyiasat (SP1) bahawa beliau tidak dapat menentukan cara kemalangan berlaku menyokong kekurangan bukti fizikal ini. Dalam keadaan demikian, kekurangan bukti yang menunjukkan lori memasuki laluan Plaintif menjadikan versi Plaintif lebih sebagai andaian berbanding bukti yang disokong fakta. [16] Mahkamah ini berpendapat bahawa tanpa bukti fizikal, keterangan lisan sahaja tidak cukup untuk membuktikan liabiliti selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Pacific & Orient Insurance Co Bhd v. Mohd Aminizam Zainal Abidin & Anor [2025] CLJU 213. Dalam kes tersebut, Mahkamah menegaskan bahawa tiada bukti objektif seperti gambar tempat kejadian, kesan brek, atau analisis kerosakan yang boleh mengesahkan versi Plaintif: “There was scant objective evidence such as forensic analysis of the damage profile of the motorcycles, photographs of the accident site showing skid or brake marks on the road…” ([26]) Mahkamah menambah bahawa: “The investigating officer … admitted that he could not confirm if there was a collision between the two motorcycles.” ([27]) [17] Oleh itu, apabila tiada bukti fizikal seperti gambar tempat kejadian, kesan pelanggaran atau serpihan di jalan, versi Plaintif menjadi diragui. Mahkamah berpendapat bahawa bukti yang dibuat pada masa kejadian lebih boleh dipercayai. Jika bukti seperti ini tiada dan hanya bergantung pada cerita lisan semata-mata, keterangan tersebut kurang kuat dan sukar diterima sebagai bukti kukuh. [18] Selain itu, kelewatan Plaintif mendapatkan rawatan dan ketiadaan rekod rawatan segera pada hari kejadian menunjukkan kemungkinan kecederaan tidak berpunca secara langsung daripada kemalangan tersebut. Ini menimbulkan jurang dalam kaitan sebab dan akibat (chain of causation) dan melemahkan tuntutan ganti rugi Plaintif. [19] Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan bukti yang dikemukakan, Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif gagal membuktikan bahawa lori bernombor pendaftaran KED 5507 terlibat secara langsung dalam kemalangan tersebut. Tiada bukti jelas yang menunjukkan lori berkenaan berada di lokasi kejadian atau menyebabkan Plaintif hilang kawalan. [20] Plaintif sendiri mengakui bahawa beliau tidak mempunyai sebarang gambar atau dokumen yang menunjukkan lori tersebut di tempat kemalangan. Beliau juga bersetuju bahawa beliau tidak dapat membuktikan kehilangan kawalan motosikal disebabkan oleh lori KED
5507
Pengakuan ini menunjukkan bahawa dakwaan Plaintif hanyalah berdasarkan andaian semata-mata tanpa sokongan bukti objektif. [21] Tambahan pula, laporan perubatan menunjukkan bahawa Plaintif hanya mendapatkan rawatan tiga hari selepas kemalangan dan tiada catatan menunjukkan beliau dirawat di bahagian kecemasan pada hari kejadian. Ketiadaan laporan atau bukti rawatan segera menjejaskan kebolehpercayaan dakwaan bahawa kecederaan dialami berpunca daripada kemalangan yang sama. [22] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif gagal membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian. Tiada bukti yang meyakinkan bahawa lori KED 5507 telah menyebabkan kemalangan dan bahawa kecederaan Plaintif berpunca daripada kecuaian pemandu lori tersebut. Beban pembuktian adalah sepenuhnya terletak pada Plaintif sebagai pihak yang mendakwa. Prinsip ini selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] CLJU 151, yang menyatakan seperti berikut: “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant's negligence. "Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.": see 15 Halsbury (3rd Edn.) p. 260.” [23] Prinsip ini menunjukkan bahawa walaupun Defendan tidak memanggil saksi, Plaintif tetap mempunyai tanggungjawab untuk mengemukakan bukti yang mencukupi bagi membuktikan kecuaian Defendan. Dalam kes ini, ketiadaan bukti fizikal serta laporan perubatan yang dibuat pada hari kejadian atau segera selepas kemalangan (bukan beberapa hari selepasnya) menyebabkan Plaintif gagal memenuhi beban pembuktian tersebut. [24] Setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi, dokumen dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah berpendapat bahawa kemalangan tersebut berpunca daripada kecuaian Plaintif sendiri yang gagal mengawal motosikalnya. Tiada bukti kukuh yang menunjukkan lori KED 5507 telah menyebabkan kemalangan atau bertindak secara cuai. Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa tiada kecuaian dibuktikan terhadap Defendan Pertama. Maka, Defendan Kedua selaku pemilik lori juga tidak boleh dipertanggungjawabkan secara vikarius. C. ISU KUANTUM [1] GANTIRUGI AM (atas dasar 100% liabiliti) [25] Berikut merupakan ringkasan berkaitan gantirugi am yang dituntut: Butir Kecederaan Tuntutan Plaintif Tuntutan Defendan a) Left ATFL (Anterior talofibular ligament) injury RM20,000 Kes: Mohd Sabri Harun v. Lum Hui Yen [2025] PILRU 27 MRI tidak dibuat untuk mengesahkan kecederaan; tidak dialami. Kes: Muhammad Fairus Mohd Ali Rominidass v. Puvanesvaran Sandaran & Anor [2024] PILRU 34 – RM30,000 b) Nail Avulsion (left big toe) RM8,000 Kes: Zulkefli bin Shahadan v. Amir Hamzah [2025] PILRU 32 RM1,000 Kes:Athimoolam Monisamy & Anor v. Hoh Ah Yow [2013] PILRU 12 c) Multiple abrasion wounds at upper back, left elbow and left knee RM8,000 Kes: Mohamad Norazri Othman & Anor v. Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) & Anor [2025] PILRU 28 RM5,000 Kes: Mohamad Azizul Hakim Pilus v. Salim Saad [2018] PILRU 60 a) Left ATFL (Anterior Talofibular Ligament) Injury [26] Berdasarkan Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018) Circular No. 255/2018, kecederaan ligamen dikategorikan di bawah “Leg in General”, melibatkan ligamen lutut atau pergelangan kaki yang penting bagi kestabilan anggota bawah. Julat pampasan bagi kecederaan ligamen lutut (ACL/PCL) adalah antara RM18,000 hingga RM30,000 bergantung kepada keterukan dan kesan terhadap pergerakan. [27] Walaupun Compendium tidak menyebut secara khusus Anterior Talofibular Ligament (ATFL), dari sudut anatomi, kecederaan ini setara dengan ligamen utama di bahagian luar buku lali. [28] Plaintif mengaku tidak mendapatkan rawatan pada hari kejadian dan hanya ke hospital tiga hari kemudian (12.4.2021). Tiada laporan MRI atau X-ray dikemukakan dan Plaintif tidak dimasukkan ke wad. Tambahan pula, selepas kemalangan, Plaintif masih mampu menunggang motosikal pulang ke Pendang dan seterusnya membuat laporan polis di Pulau Pinang. Ini menunjukkan kecederaan bukanlah parah dan tidak disokong bukti laporan perubatan yang dibuat pada hari kejadian atau segera selepas kemalangan (bukan beberapa hari selepasnya). [29] Plaintif mencadangkan award RM20,000 dengan merujuk kepada Mohd Sabri Harun yang mana mahkamah memberikan jumlah serupa bagi kecederaan ligamen buku lali. Defendan menegaskan bahawa tiada pemeriksaan MRI dibuat untuk mengesahkan kecederaan dan merujuk kepada Muhammad Fairus Mohd Ali Rominidass, yang mana mahkamah membenarkan RM30,000 bagi kecederaan ACL tear yang disahkan oleh MRI dan pakar perubatan. [30] Kes Muhammad Fairus Mohd Ali Rominidass menunjukkan bahawa bukti seperti MRI membawa kepada award lebih tinggi. Dalam kes ini, ketiadaan MRI dan rawatan lanjut menjadikan pampasan lebih rendah munasabah. Mahkamah menilai kecederaan Plaintif sebagai sederhana, tanpa koyakan serius. Maka, jumlah RM10,000 adalah wajar sekiranya liabiliti dibuktikan. b) Nail Avulsion (Left Big Toe) [31] Berdasarkan Compendium (2018), kecederaan nail avulsion termasuk dalam kategori “Avulsion of Toe Nails”, dengan julat pampasan RM1,000–RM2,000 bagi satu atau dua kuku kaki tercabut. [32] Dalam kes ini, kecederaan hanya melibatkan kuku ibu jari kaki kiri tanpa komplikasi atau pembedahan lanjut. Plaintif menuntut RM8,000 dengan merujuk kepada Zulkefli bin Shahadan yang mana pada pendapat mahkamah melibatkan kecederaan lebih kompleks. Defendan mencadangkan RM1,000 berpandukan Athimoolam Monisamy & Anor yang mana mahkamah hanya memperuntukkan jumlah tersebut bagi kecederaan kuku tercabut tanpa komplikasi dan tanpa rawatan pembedahan. [33] Mahkamah mendapati kecederaan Plaintif ini ringan dan sementara, tanpa komplikasi. Jumlah RM1,000 adalah wajar bagi nail avulsion pada ibu jari kaki kiri Plaitnif sekiranya liabiliti dibuktikan. c) Multiple Abrasion Wounds (Upper Back, Left Elbow & Left Knee) [34] Berdasarkan Compendium (2018), kecederaan abrasions (single to multiple) diberikan pampasan RM1,300–RM5,000. [35] Plaintif menuntut RM8,000 berdasarkan kes Mohamad Norazri Othman. Dalam kes ini kecederaan melibatkan “Multiple abrasion wounds over right lower limbs, right upper limbs, right knee and right hand”. Manakala Defendan mencadangkan RM5,000 berpandukan Mohamad Azizul Hakim Pilus yang mana dalam kes ini kecederaan melibatkan “Multiple abrasion at both hands and both lower limbs” . [36] Mahkamah berpendapat, Plaintif mengalami luka abrasions pada belakang atas, siku kiri dan lutut kiri tanpa kecederaan tulang atau parut kekal. Berdasarkan tahap kecederaan yang ringan dan pemulihan penuh dalam tempoh singkat, Mahkamah berpendapat jumlah RM5,000 adalah wajar sekiranya liabiliti dibuktikan. Jumlah ini mengambil kira bahawa kecederaan melibatkan beberapa bahagian badan tetapi tidak menyebabkan kecacatan kekal. [37] Berdasarkan analisis di atas, Mahkamah menilai jumlah pampasan yang wajar bagi setiap kecederaan yang dialami oleh Plaintif seperti berikut: i) RM10,000 – Left ATFL – Anterior Talofibular Ligament injury ii) RM1,000 –Nail avulsion of left big toe iii) RM5,000 –Multiple abrasion wounds at upper back, left elbow and left knee [38] Jumlah tersebut adalah kadar yang munasabah menurut Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018) dan berdasarkan kes rujukan yang dikemukakan kedua-dua pihak. Namun demikian, kesemua tuntutan gantirugi ini tidak boleh dibenarkan kerana Plaintif gagal membuktikan: i) Bahawa kemalangan pada 9.4.2021 benar-benar berlaku seperti didakwa; dan ii) Bahawa kecederaan-kecederaan tersebut berpunca secara langsung daripada kemalangan berkenaan. [39] Berdasarkan prinsip yang dijelaskan dalam kes Norhasyidan Mohd Nor @ Mohamad Hazani V Mohd Ridhwan Asmara & Ors [2021] MLJU 627 dan Pacific & Orient Insurance Co Bhd v. Mohd Aminizam Zainal Abidin & Anor [2025] CLJU 213, Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif gagal membuktikan kecederaan berpunca secara langsung daripada kemalangan kerana tiada bukti saintifik seperti laporan MRI, X-ray atau pendapat pakar yang mengesahkan hubungan sebab akibat, tiada bukti kontemporari seperti laporan kecemasan atau catatan hospital, dan terdapat percanggahan dalam keterangan Plaintif mengenai kronologi kejadian serta laporan polis. Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif gagal membuktikan kaitan langsung antara kemalangan dan kecederaan (causal link). [40] Dalam Norhasyidan, Mahkamah menegaskan bahawa: “The plaintiff must prove on a balance of probabilities the causal link between the accident and the injury.” [41] Sementara dalam kes Mohd Aminizam, Mahkamah memutuskan bahawa: “The absence of objective evidence and inconsistencies in contemporaneous statements undermined the credibility of the plaintiff’s version.” [42] Kedua-dua kes ini menunjukkan bahawa tanpa bukti yang jelas dan dibuat segera selepas kejadian, keterangan Plaintif tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa kecederaan yang dialami berpunca daripada kemalangan tersebut. [43] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati tiada bukti kukuh yang menghubungkan kecederaan Plaintif dengan kemalangan yang didakwa : i) Tiada bukti saintifik seperti laporan MRI, X-ray atau pendapat pakar perubatan yang mengesahkan bahawa kecederaan berpunca daripada kemalangan pada 9.4.2021. Tanpa bukti ini, Mahkamah tidak dapat memastikan sama ada kecederaan tersebut benar-benar wujud atau mempunyai kaitan langsung dengan kejadian tersebut; ii) Plaintif hanya mendapatkan rawatan tiga hari selepas kemalangan. Kelewatan ini menimbulkan keraguan sama ada kecederaan dialami semasa kemalangan atau disebabkan oleh faktor lain selepas itu; iii) Tiada bukti awal seperti laporan kecemasan, catatan rawatan di hospital, gambar kecederaan atau laporan perubatan yang dibuat pada hari kejadian atau segera selepas kemalangan (bukan beberapa hari selepasnya) untuk menyokong versi kejadian Plaintif; iv) Keterangan Plaintif mengenai perjalanan selepas kemalangan dan masa laporan polis dibuat juga bercanggah, sekali gus menjejaskan kebolehpercayaan keseluruhan keterangan. [44] Berdasarkan semua faktor tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa tiada bukti yang cukup untuk membuktikan bahawa kemalangan itu menjadi punca kepada kecederaan yang didakwa oleh Plaintif. [45] Oleh itu, Plaintif gagal membuktikan bahawa kecederaan tersebut berpunca daripada kecuaian Defendan, sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang bagi unsur sebab dan akibat (causation). Oleh itu, tuntutan gantirugi Plaintif ditolak sepenuhnya. [2] GANTIRUGI KHAS (atas dasar 100% liabiliti) [46] Mahkamah meringkaskan seperti berikut: Item Perkara Tuntutan Plaintif Hujahan Defendan Mahkamah a) Laporan polis RM 8 Kos Dibenarkan sebagai kos. b) Rajah kasar / kunci RM 4 Kos Dibenarkan sebagai kos c) Gambar-gambar polis RM21 Kos Dibenarkan sebagai kos d) Carian jpj RM 13.90 Tidak dikemukakan Dibenarkan sebagai kos e) Laporan perubatan RM 40 Gagal dibuktikan resit Tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan. f) Perbelanjaan pengangkutan dan sampingan rawatan lanjutan RM 500 Gagal dibuktikan Tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan. g) Kerosakan / kehilangan pakaian, kasut, topi keledar dan lain-lain RM 300 Gagal dibuktikan Tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan. D. KESIMPULAN [47] Mahkamah ini setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi Plaintif, dokumen ekshibit yang dikemukakan serta hujahan bertulis kedua-dua pihak, mendapati bahawa Plaintif gagal membuktikan liabiliti terhadap Defendan-Defendan di atas imbangan kebarangkalian. [48] Tuntutan ganti rugi am berkaitan kecederaan yang dialami oleh Plaintif Pertama ditolak. [49] Disamping itu, berdasarkan 100% liabiliti, gantirugi khas seperti berikut:
a
Laporan polis dibenarkan sebagai kos ;
b
Item (b) Rajah kasar dan kunci rajah kasar dibenarkan sebagai kos;
c
Item (c) Gambar-gambar polis dibenarkan sebagai kos ;
d
Item (d) Carian JPJ dibenarkan sebagai kos ;
e
Item (e) Laporan perubatan tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan dengan resit.
f
Item (f) Perbelanjaan pengangkutan dan rawatan lanjutan tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan.
g
Item (g) Kerosakan pakaian, kasut, dan topi keledar tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan. [50] Faedah yang dibenarkan adalah seperti berikut : i. Faedah 5% untuk gantirugi am dikira dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman; ii. Faedah 2.5% untuk gantirugi khas dikira dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman; iii. Faedah 5% ke atas jumlah penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. [51] Kos adalah mengikut skala kos dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [52] Kesimpulannya, memandangkan Plaintif gagal membuktikan liabiliti terhadap Defendan-Defendan, maka tuntutan Plaintif adalah ditolak dengan kos. Bertarikh pada : 5 November 2025 ( ANIS SURAYA BINTI AHMAD ) Majistret Mahkamah Majistret Gurun Kedah Darul Aman. Peguam Plaintif : TETUAN ZAINURI & CO No.19, Taman Sri Puyu Jalan Suka Menanti Alor Setar, 05150, Kedah Peguam Defendan : TETUAN OTHMAN HASHIM & CO Suite 7.01, 7th Floor, Plaza MWE, No. 8 Lebuh Farquhar, 10200 Pulau Pinang.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.