At least three other symptoms of at least 3 months duration: easy fatigability, disordered sleep, headache, dizziness, irritability, anxiety/depression/liability/apathy. Based on the Glasgow Outcome Score (GOS), his condition is categorized as GIS IV (moderate disability: Independent and can resume almost all activities of daily living but disabled and cannot participate in variety of social and work activities). [19] Dari laporan di atas, jelas Plaintif masih lagi menghadapi masalah kesan sampingan akibat daripada kecederaan yang berpunca daripada kemalangan tersebut yang dipanggil “post concusional disorder” selain daripada “neurological disabilities” walaupun beliau berupaya menghadiri kelas. Namun hakim bicara terkhilaf apabila beliau tidak menggunapakainya untuk mengasaskan dapatannya apabila menekankan lebih kepada pemerhatiannya dan demeanour saksi. Hakim bicara di muka surat 18 dan 19 Rekod Rayuan menyatakan seperti berikut: “Sebelum perayu diperiksa oleh Neurosurgeon dari KPJ Perdana Specialist pada 23/04/2016, terdapat keterangan bahawa perayu telah menduduki peperiksaan dan menghadiri kelas penerbangan. Saya merujuk kepada muka surat 83 Ikatan Dokumen Plaintif (Ikatan B) ATPL Certificate yang menunjukkan bahawa pada 06/07/2015 (hampir 2 tahun selepas kemalangan) perayu telah lulus peperiksaan Air Craft Type: PA44-180 dengan mendapat markah 88 % pada cubaan kali pertama. 8 Terdapat juga keterangan bahawa pada 14, 26 dan 27/07/2015 perayu ada mengikuti kelas penerbangan selama 3.30 hrs (rujuk muka surat 121 Ikatan Dokumen Plaintif “B”). Manakala pada 13 dan 28 September 2015 perayu juga ada menghadiri kelas selama 2.00 hrs (rujuk muka surat 122 Ikatan Dokumen Plaintif “B”). Pada 12/10/2015 dan 03/11/2015 perayu juga ada menghadiri kelas selama 1.00 hrs masing-masing (rujuk muka surat 123 dan 124 Ikatan Dokumen Plaintif “B”). Fakta di atas menunjukkan bahawa perayu mampu untuk meneruskan pengajian beliau malah telah melepasi satu peperiksaan pada 06/07/2015 serta mendapat markah yang baik dan saya juga berpeluang untuk menilai perayu semasa beliau memberi keterangan di mahkamah pada 27/03/2017. Perayu boleh memberi keterangan dengan baik malah boleh mengingati kejadian kemalangan tersebut dengan baik.” [20] Mahkamah mendapati ada 2 kesilapan yang dilakukan hakim bicara. Pertamanya hakim bicara tidak menggunapakai laporan pakar tersebut sedangkan laporan tersebut adalah penting dan memperincikan tahap dan kedudukan kesihatan Plaintif semasa (current) yang mana tidak akan mampu dinilai oleh hakim bicara dengan mata kasarnya. Di dalam kes Dr Shanmuganathan v Periasamy S/O Sithambaram Pillai [1997] 3 MLJ 61 Mahkamah Persekutuan menyatakan prinsip sebagaimana berikut: 9 “the opinion of expert witnesses was admissible in evidence and there was no requirement in law that such evidence be corroborated.” [21] Keduanya hakim bicara membuat dapatan fakta sendiri dengan bergantung kepada keadaan fizikal Plaintif dari segi luaran sahaja iaitu dari segi keupayaan Plaintif untuk menghadiri kelas, menduduki peperiksaan dan lain-lain dan juga melihat demeanournya di mahkamah. Manakala laporan pakar tersebut mampu memberi laporan mengenai keadaan dalaman Plaintif seperti Plaintif mengalami banyak kecacatan neurology (“neurological disabilities”) dan juga “post concessional disorder” yang boleh mengakibatkan beliau kehilangan kewarasan, kesedaran dan konsentrasi dan ingatannya serta mengalami sawan, tekanan perasan, sakit kepala rasa kebas-kebas dan dan lain-lain. [22] Apa yang wajar hakim bicara lakukan ialah dengan menggunapakai laporan pakar tersebut sebagai landasan (yang mana tidak digunapakai oleh hakim bicara) tentukan samada dengan keadaan kesihatan Plaintif sedemikian bolehkah Plaintif menjadi seorang juruterbang bertauliah jika beliau berjaya menamatkan pengajiannya di APFT.Ternyata ini tidak dilakukan oleh hakim. [23] Umum sedia maklum bahawa untuk seseorang itu menjadi seorang juruterbang bertauliah, seseorang itu perlu berkeadaan sihat baik dari segi mental dan juga fizikal. Bayangkan jika seseorang juruterbang yang di dalam keadaan kesihatan seperti Plaintif ini sedang memandu kapal terbang di udara dan tiba-tiba beliau mengalami sawan, atau hilang ingatan atau stress, kebas-kebas, sakit kepala. Ini mendatangkan kemudaratan 10 dan mengancam keselamatan beliau dan juga penumpangnya jika ada. Malahan SP3 di dalam keterangannya di muka surat 42 Rekod Rayuan ada menyatakan: “Polisi syarikat mementingkan keselamatan kepada kapal terbang yang dibawa dan memerlukan seorang pilot yang benar-benar sihat dan layak untuk mengendalikannya. Untuk itu, kesihatan Ahmad lzwan Bin Muhd Yaacob adalah tidak melayakkan beliau untuk meneruskan kursus ini.” [24] Mahkamah berpendapat jika hakim bicara mengarahkan mindanya kepada perkara ini, keputusannya akan berbeza dan akan memutuskan bahawa dengan keadaan kesihatan Plaintif sedemikian, Plaintif tidak akan layak meneruskan pengajiannya bagi maksud menjadi juruterbang bertauliah dan yuran tersebut tidak akan dipulangkan berdasarkan polisi APFT atas sebab tiada apa-apa kesilapan yang dilakukan APFT seperti mana keterangan SP3 dan Plaintif layak menuntut daripada Defendan jumlah yuran tersebut. [25] Justeru itu, bersandarkan dapatan mahkamah bicara bahawa Defendan adalah bertanggungan 100% dan tidak ada rayuan daripada pihak Defendan serta dapatan mahkamah ini seperti dinyatakan di atas maka adalah selamat mahkamah ini memutuskan bahawa Plaintif/Perayu tidak akan kerugian RM240,000.00 (yuran tersebut) jika tidak disebabkan oleh kecederaan-kecederaan dan kesan sampingan lanjutan akibat dari kemalangan ini. Dengan itu Plaintif layak menuntut jumlah ini. 11 [26] Mengenai hujah Defendan bahawa SP3 tidak layak memberi keterangannya yang mana mahkamah mengganggap ini sebagai isu sampingan, mahkamah mendapati beliau sebagai Principal Akademi tersebut adalah orang yang paling layak untuk memberi keterangan tersebut. Ini adalah kerana beliau adalah orang yang menyimpan segala rekod mengenai hal ehwal Plaintif. [27] Defendan berhujah bahawa tidak ada keterangan yang kukuh dikemukakan Plaintif untuk membuktikan bahawa adalah menjadi polisi AFT bahawa yuran RM240,000.00 yang telah dibayar tersebut tidak akan dikembalikan. Mahkamah berpendapat ianya adalah memadai dengan keterangan SP3 yang memberi keterangan sedemikian. SP3 telah memberi keterangan bahawa polisi sedemikian adalah berdasarkan pihak syarikat tidak melakukan apa-apa kesilapan. Mahkamah berpendapat isu ini tidak melibatkan isu pokok terhadap tuntutan ini. Apatah lagi APFT bukanlah pihak di dalam tindakan ini. D. KESIMPULAN [28] Di atas sebab-sebab di atas, mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif kerana adalah nyata bahawa Plaintif tidak akan kerugian RM240,000.00 akibat daripada tindakan APFT yang mahkamah menganggap rasional, jika tidak disebabkan oleh kecederaan-kecederaan dan kesan-kesan sampingan lanjutan akibat daripada kemalangan ini melibatkan Defendan. [29] Rayuan Plaintif dibenarkan dengan kos RM3,000.00. 12 Bertarikh: 15 Mac 2018. (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu Peguam Perayu/Plaintif - En. Wan Mohd Zuhdi Wan Abdullah Tetuan Rithauddeen & Aziz Tingkat 6, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, 15000 Kota Bharu, Kelantan Peguam Responden/Defendan-Pn. Sarini bt Othman Tetuan V.P Nathan & Partners, No. 4A, Tingkat Satu, Jalan Air Jernih, 20300 Kuala Terengganu.