Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA BERANG DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES TANGKAP NO. TE-83D-172-03/2022 PENDAKWA RAYA LAWAN AHMAD IZZAT BIN ROZALI (NO. K/P.: 920119-11-5529) ALASAN PENGHAKIMAN
TE-83D-172-03/2022
Magistrates Court of Malaysia30 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rhubung hal ini, Mahkamah merujuk pada kes Goi Ching Ang v PP [1999] 1 MLJ 507; [1999] 1 CLJ 829 yang mana dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan telah menurut prinsip dalam kes Noor Mohamed v. The King [1949] AC 182 seperti berikut: “In Noor Mohamed v. The King [1949] AC 182 Lord du Parcq said: (p. 192) ... in all such c”
“Kan Sik Fong v. PP [1961] CLJU 39; [1961] 1 LNS 39[1961] 27 MLJ 163; PP v. Haji Kassim [1971] 2 MLJ 115 FC; Rauf Hj Ahmad v. PP [1950] CLJU 54; [1950] 1 LNS 54[1950] 16 MLJ 190; Tan Geok Kwang v. PP [1949] CLJU 92; [1949] 1 LNS 92[1949] 15 MLJ 203. In Kuruma v. R [1955] 1 All ER 236 P.C. Lord Goddard CJ, relying on Noo”
“hamed v. The King, supra, was consistently adopted in Malaysia, see eg, Kan Sik Fong v. PP [1961] CLJU 39; [1961] 1 LNS 39[1961] 27 MLJ 163; PP v. Haji Kassim [1971] 2 MLJ 115 FC; Rauf Hj Ahmad v. PP [1950] CLJU 54; [1950] 1 LNS 54[1950] 16 MLJ 190; Tan Geok Kwang v. PP [1949] CLJU 92; [1949] 1 LNS 92[1949] 15 MLJ 203.”
“ensure that the accused has a fair trial..." (per Lord Salmon in R v. Sang [1980] AC 402 at p. 445.) Noor Mohamed v. The King, supra, was consistently adopted in Malaysia, see eg, Kan Sik Fong v. PP [1961] CLJU 39; [1961] 1 LNS 39[1961] 27 MLJ 163; PP v. Haji Kassim [1971] 2 MLJ 115 FC; Rauf Hj Ahmad v. PP [1950] CLJU”
“s in England and is entrenched in the principle that the English court upholds, which is, it is "a judge's undoubted duty to ensure that the accused has a fair trial..." (per Lord Salmon in R v. Sang [1980] AC 402 at p. 445.) Noor Mohamed v. The King, supra, was consistently adopted in Malaysia, see eg, Kan Sik Fong v.”
“rana pil-pil tersebut bukan miliknya dan tidak mahu dirinya dikaitkan dengan pil-pil tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah mengguna pakai prinsip dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113; [2011] MLJU 1491 yang memutuskan sebagaimana berikut: S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A **Note : Serial number will be used to v”
“58. Prinsip yang sama juga telah diputuskan dalam kes Shohel lwn. PP [2022] CLJU 2812; [2022] 1 LNS 2812: “[21] Walaupun seksyen 27 tidak tertakluk kepada seksyen 24 berhubung kesukarelaan maklumat berkenaan, tetapi jika dibuktikan maklumat berkenaan telah diperolehi secara tanpa kes”
“18. Sekiranya anggapan berjaya dipatahkan, Mahkamah juga turut merujuk kes Mat v PP [1963] MLJ 263 yang menyatakan prinsip berikut: “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA BERANG DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES TANGKAP NO. TE-83D-172-03/2022 PENDAKWA RAYA LAWAN AHMAD IZZAT BIN ROZALI (NO. K/P.: 920119-11-5529) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) ADB. Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah menggunapakai anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB, memutuskan terdapat kes prima facie dan tertuduh telah dipanggil membela diri. Tertuduh memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi. Di akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati keterangan pihak pembelaan telah berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB atas imbangan kebarangkalian dan menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Disebabkan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah, mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dilepaskan dan dibebaskan. Terkilan, pihak Pendakwa Raya memfailkan rayuan. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
2
Pertuduhan ke atas tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu, Pada 30/11/2021 jam lebih kurang 11.30 Malam, bertempat di sebuah rumah alamat No 24 Jalan Telemong Taman Perumahan Telemong 21210 Kuala Telemong, di dalam Daerah Hulu Terengganu, dalam Negeri Terengganu, telah ada dalam Kawalan kamu dadah berbahaya jenis METHAMPHETAMINE dengan berat bersih (25.62) gram, dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. Hukuman jika sabit kesalahan:-- Dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih daripada lima tahun dan-Diwajibkan sebatan rotan antara tiga ke sembilan kali sebatan.”
3
Alasan penghakiman Mahkamah ini adalah sebagaimana yang dihuraikan selanjutnya.
4
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi dan mengemukakan 26 ekshibit bagi membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap tertuduh. Fakta kes pendakwaan secara ringkasnya seperti berikut: a. Bagi mengelakkan kekeliruan, terdapat dua kes berasingan melibatkan tertuduh yang berlaku pada hari yang sama. Kes S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A yang dibicarakan ini hanyalah melibatkan dadah berbahaya yang dirampas di rumah yang didiami tertuduh. b. Pada 30 November 2021 kira-kira pukul 10.30 malam, satu pasukan serbuan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hulu Terengganu yang diketuai oleh Insp. Sharulhasram (SP2) telah menjalankan serbuan di tepi jalan Kampung Pasir Tinggi, Kuala Telemong, Terengganu, hasil maklumat berkenaan aktiviti pengedaran dadah di kawasan tersebut. c. Pasukan serbuan menemui tertuduh berada dalam sebuah Perodua Kelisa hijau dalam keadaan mencurigakan. Ketika pegawai polis memperkenalkan diri, tertuduh mencampakkan sebuah beg plastik oren dan hitam keluar dari tingkap kereta, yang didapati mengandungi pil merah dan hijau disyaki dadah. Pemeriksaan lanjut tidak menemui barang salah lain. d. Tertuduh kemudiannya dibawa ke rumahnya di No 24 Jalan Telemong Taman Perumahan Telemong 21210 Kuala Telemong Terengganu untuk pemeriksaan lanjut. Sampai di rumah, tertuduh telah membawa pasukan serbuan ke sebuah bilik tidurnya. Pemeriksaan dibuat di dalam bilik tidurnya dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. Pada pukul lebih kurang 11.30 malam, bertempat di dalam bilik tidur tertuduh, SP2 telah membuat soal siasat ke atas tertuduh dan membacakan kata-kata amaran di bawah seksyen 37B(1)(b) ADB dan menyediakan dokumen P12. Hasil soal siasat dapati penama mengaku ada menyembunyikan barang salah S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A dadah berbahaya di atas rak kayu luar rumah di dalam kotak berjenama Panasonic (P19). e. Dengan dipandu arah oleh tertuduh, pasukan serbuan menjumpai satu bungkusan plastik hitam di dalam kotak berjenama Panasonic (P19) yang mengandungi sepuluh peket plastik berwarna biru berisi pil-pil berwarna merah dan hijau disyaki dadah. f. Semua barang kes telah dirampas dan dikawal rapi oleh SP2 sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat (SP6). Proses penimbangan, dokumentasi dan rantaian jagaan barang kes telah dilaksanakan dengan teratur. g. Pada 6 Disember 2021, kesemua barang kes disyaki dadah telah dihantar ke Jabatan Kimia Kuala Terengganu untuk analisis. Berdasarkan Laporan Kimia (P11), analisis mengesahkan bahawa kesemua dadah yang dirampas mengandungi Methamphetamine. h. SP1 (Ahli Kimia) telah memeriksa sampul X2 dan mendapati di dalamnya ialah satu peket plastik lutsinar berisi 10 peket plastik berwarna biru, setiap satu mengandungi tablet-tablet berwarna merah dan hijau. Setelah dianalisis, SP1 mendapati berat bersih tablet-tablet berwarna merah tersebut ialah sejumlah 191.05 gram yang mengandungi 25.41 gram Methamphetamine, manakala berat bersih tablet-tablet berwarna hijau adalah sejumlah 1.62 gram yang S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A mengandungi 0.21 Methamphetamine. Methamphetamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB. i. Sehubungan itu, tertuduh telah dituduh dengan dua pertuduhan berasingan mengikut lokasi rampasan. Tertuduh telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan melibatkan Ekshibit dalam Sampul X1 (P3A) yang dirampas semasa di tepi jalan (Nombor kes: TE-83D-690-12/2021), manakala perbicaraan ini adalah berkaitan dadah yang terkandung dalam Sampul X2 (P4), iaitu dadah berbahaya yang dirampas di kawasan rumah tertuduh. j. Hasil siasatan juga mendapati tertuduh tinggal bersama ibunya (SP4) di rumah tersebut. C. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES
5
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan ialah untuk pihak pendakwaan membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh (seksyen 173(f) dan seksyen 173(h) Kanun Tatacara Jenayah). Dalam hal ini, Mahkamah hendaklah membuat penilaian maksima ke atas semua keterangan yang dikemukakan semasa kes pendakwaan (rujuk Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 MLJ 65). Mahkamah juga merujuk pada kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, yang menyatakan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah bertanya pada diri sama ada jika tertuduh dipanggil S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A membela diri dan memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkan tertuduh.
6
Untuk membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh, pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen berikut: a. Dadah berbahaya yang dirampas adalah sejumlah 25.62 gram Methamphetamine; b. Tertuduh, pada tarikh, masa dan tempat kejadian mempunyai kawalan dan pengetahuan ke atas dadah berbahaya berkenaan; dan c. Rantaian barang kes tidak terputus.
7
Analisis dan dapatan Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah seperti berikut: a. Bagi elemen pertama, pihak pembelaan tidak mempertikaikan isu ini secara tuntas. Pihak pendakwaan pula menegaskan bahawa keterangan SP1 dan Laporan Kimia (P11) mengesahkan barang kes mengandungi 25.62 gram Methamphetamine, dan kredibiliti saksi pakar tidak dicabar. Berdasarkan prinsip kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 dan Khoo Hi Chiang v Public Prosecutor [1994] 1 MLJ 265, Mahkamah boleh menerima pendapat pakar pada nilai muka (its face value). Oleh itu, elemen pertama terbukti. b. Bagi elemen kedua iaitu kawalan dan pengetahuan tertuduh ke atas barang kes dadah berbahaya, pihak pembelaan mempersoalkan sama ada tertuduh mempunyai kawalan atau S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A pengetahuan terhadap dadah berbahaya yang dirampas dengan membangkitkan isu-isu berikut: i. Pembelaan mencabar kebolehterimaan P12 atas percanggahan masa, isu lokasi rakaman, tandatangan yang berbeza dengan tanda tangan tertuduh pada borang bongkar (P13), rakaman tidak verbatim dan istilah “barang salah” yang kabur. Pembelaan mencadangkan tertuduh tidak pernah dibacakan amaran atau menandatangani dokumen P12 tersebut. ii. Sekiranya P12 ditolak, tindakan tertuduh membawa polis ke rak kayu luar rumah tidak boleh diterima sebagai “conduct” di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 kerana terdapat percanggahan material dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan (SP2, SP3 dan SP5). Walaupun diterima sebagai “conduct”, pembelaan berhujah bahawa pengetahuan semata-mata tanpa bukti milikan eksklusif, kawalan atau jagaan adalah tidak mencukupi dari segi undang-undang, merujuk kepada kes Public Prosecutor v Abdul Manaf Bin Muhamad [2006] 3 MLJ 205 dan Gooi Loo Seng v PP [1993] 3 CLJ 1; [1993] 2 MLJ 137. iii. Pembelaan menyatakan lokasi rampasan adalah terbuka dan boleh diakses orang lain serta tiada siasatan dan bukti forensik yang mengaitkan tertuduh secara langsung. Rak kayu dan kotak Panasonic (P19) berada di bahagian luar / belakang rumah yang S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A digunakan oleh rakan-rakan tertuduh untuk membaiki motosikal. Kawasan tersebut didakwa terbuka dan boleh diakses oleh orang lain, termasuk jiran, dan kali terakhir rakan-rakan tertuduh berada di kawasan tersebut adalah pada hari kejadian. SP6 didakwa gagal menjalankan siasatan terperinci mengenai isu akses ini. c. Pendakwaan pula mengemukakan bahawa selepas kata-kata amaran dibacakan di bawah Seksyen 37B(1)(b) ADB dan difahami, tertuduh sendiri memandu arah pasukan serbuan ke lokasi dadah dan mengeluarkan kotak yang mengandungi barang kes, menunjukkan tertuduh mempunyai kuasa kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah berbahaya yang dirampas. Perbuatan tersebut juga disaksikan oleh saksi anggota serbuan yang lain. d. Bagi elemen kedua ini, Mahkamah mengambil maklum isu yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan termasuk kebolehterimaan dokumen P12, percanggahan keterangan saksi serta akses pihak lain ke lokasi rampasan. Namun, pada peringkat ini, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang menunjukkan tertuduh mempunyai kawalan ke atas barang kes dadah berbahaya sehingga dibuktikan sebaliknya. Justeru, Mahkamah mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB, di mana tertuduh dianggap mempunyai pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut, sehingga dibuktikan sebaliknya oleh pihak pembelaan. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A e. Bagi elemen ketiga iaitu rantaian barang kes, pendakwaan menunjukkan rantaian barang kes terpelihara, bermula daripada rampasan, pengendalian oleh pegawai (SP2, SP6) dan analisa oleh SP1 sehingga dikemukakan di Mahkamah, disokong oleh Borang Bongkar (Ekshibit P13), Borang Serah Terima (Ekshibit P21) dan pengecaman saksi-saksi. Oleh itu, rantaian barang kes terbukti tidak tercemar.
8
Setelah membuat penilaian maksima ke atas semua keterangan dan mengambil kira hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan bagi membuktikan setiap elemen kesalahan sebagaimana pertuduhan.
9
Pada peringkat ini, Mahkamah mendapati tertuduh, secara prima facie telah mempunyai kawalan ke atas barang kes dadah berbahaya dalam kes ini. Oleh itu, mahkamah berpendapat bahawa anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB adalah terpakai, di mana tertuduh dianggap mempunyai pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut, sehingga dibuktikan sebaliknya oleh pihak pembelaan.
10
Justeru, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh. Maka, tertuduh dipanggil untuk membela diri bagi pertuduhan tersebut. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
11
Bagi membela dirinya, tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Fakta kes pembelaan adalah seperti berikut: a. Tertuduh ditahan pada 30.11.2021 ketika berada di dalam kereta, dan selepas ditahan beliau memberikan alamat rumahnya kepada polis kerana tiada apa-apa barang salah disimpan di rumahnya. Tertuduh menyatakan bahawa polis memaklumkan bahawa mereka menerima maklumat daripada individu bernama “Pok De” bahawa terdapat dadah disimpan di rumah tertuduh, dan atas sebab itu beliau bersetuju untuk membawa polis ke rumahnya. Tertuduh turut menjelaskan bahawa ibu beliau memberi kebenaran kepada polis untuk masuk, dan polis kemudian melakukan pemeriksaan di bilik tidur tertuduh namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. b. Polis kemudiannya membawanya ke bahagian belakang rumah dan memeriksa sebuah rak kayu. Tertuduh mendakwa bahawa kotak kipas Panasonic yang diperiksa polis adalah sesuatu yang tidak pernah disedarinya sebelum ini. Beliau menyatakan bahawa beliau melihat polis mengeluarkan bungkusan plastik hitam dan seterusnya beberapa paket plastik biru berisi pil berwarna merah, yang didakwa oleh polis sebagai dadah. Tertuduh menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengetahui tentang kewujudan kotak tersebut atau kandungannya, dan pada masa itu beliau merasa takut S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A kerana bimbang dikaitkan dengan barang yang bukan miliknya. c. Tertuduh juga menyatakan bahawa kawasan rak kayu di belakang rumahnya adalah kawasan yang terbuka serta mudah diakses oleh kawan-kawannya yang sering datang untuk membaiki motosikal, serta oleh jiran belakang memandangkan pagar belakang telah runtuh. Beliau menyatakan bahawa beberapa alat dan barang milik rakan-rakan turut diletakkan di rak tersebut dan kawan-kawan itu berada di kawasan berkenaan sekitar jam 5 hingga 7 petang hari kejadian. d. Tertuduh juga menafikan dakwaan saksi pendakwaan kononnya beliau yang menunjukkan dan menyerahkan barang kes kepada pihak polis. Tertuduh mengakui ada menandatangani dokumen P13 (Borang Senarai Geledah) namun menafikan sekeras-kerasnya tanda tangan pada dokumen P12 adalah miliknya. Tertuduh memohon agar Mahkamah dapat membezakan tandatangan yang terdapat di dalam P12 dan tanda tangan yang terdapat di dalam P13. Waima apa-pun, pakar tandatangan juga tidak pernah dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa tanda tangan di dalam P12 adalah milik tertuduh. e.
Preamble
Menurut tertuduh, pihak polis juga tidak pernah melakukan ujian cap jari atau DNA pada bungkusan dadah dan ketiadaan bukti saintifik itu menguatkan pendiriannya bahawa dadah tersebut bukan miliknya. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A f. Akhirnya, tertuduh menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kawalan, jagaan atau pengetahuan terhadap dadah yang ditemui itu, kerana lokasi kotak berkenaan adalah terbuka kepada akses ramai, termasuk individu lain yang berkemungkinan meletakkan dadah tersebut tanpa disedarinya. g. Hasil ujian air kencing tertuduh juga adalah negatif.
12
Hujahan pihak pendakwaan semasa di akhir kes pembelaan adalah seperti berikut: a. Keterangan tertuduh adalah penafian kosong (“bare denial”), bersifat fikiran terkemudian, dan tidak disokong oleh saksi lain. b. Penafian tertuduh terhadap kewujudan kotak (P19) bercanggah dengan pengakuannya sendiri bahawa beliau berada di lokasi tersebut dan mengetahui keberadaan kotak. Tiada saksi sokongan bagi cerita tertuduh, dan beliau tidak mengambil tindakan membuat laporan polis ketika mendakwa tanda tangannya dipalsukan. c. Tertuduh cuba mengaitkan dadah dengan rakan dan jiran tetapi tidak mengemukakan saksi sokongan. d. Versi tertuduh adalah tidak logik dan tidak munasabah dan gagal mematahkan kes pendakwaan yang telah dibuktikan secara konsisten dan saling menyokong. Tertuduh bukan S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A saksi yang kredibel, oleh itu, keterangan tertuduh tidak wajar diterima. e. Tiada saksi pendakwaan cuba “frame-up” tertuduh. Saksi pendakwaan adalah boleh dipercayai dan tidak ada unsur rekaan untuk mengenakan tertuduh.
13
Hujahan pihak pembelaan pula adalah seperti berikut: a. Terdapat percanggahan dan jurang dalam kes pendakwaan yang menimbulkan keraguan munasabah terhadap kredibiliti saksi-saksi pendakwaan. Oleh itu, jika keterangan bersumpah tertuduh menimbulkan keraguan wajar, Mahkamah seharusnya tidak mensabitkan tertuduh dan menilai sama ada keraguan itu wujud tanpa mengira sama ada keterangan pembelaan diterima sepenuhnya sebagai benar. b. Tertuduh juga menafikan penglibatannya dalam P12, di mana tanda tangan yang terdapat pada dokumen tersebut bukan miliknya. Tiada pakar tanda tangan dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk mengesahkan kesahihan P12, menjadikan keterangan itu tidak sah di sisi Seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Kegagalan pendakwaan membuktikan bahawa tertuduh secara sebenar menyerahkan kotak P19 kepada pihak polis menjadikan P12 dan dakwaan berkaitannya tidak boleh diterima untuk mengikat tertuduh. c. Keterangan tertuduh bukanlah sebuah cerita rekaan atau penafian kosong; ia konsisten dan terperinci, termasuk soal S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A waktu, lokasi, dan keadaan fizikal rumah. Keterangan ini menimbulkan keraguan wajar terhadap keseluruhan kes pendakwaan kerana tiada bukti saintifik (cap jari atau DNA) mengaitkan tertuduh dengan dadah berbahaya tersebut. d. Pendakwaan juga gagal membawa keterangan rebuttal atau saksi material lain, misalnya jiran belakang rumah, untuk menangkis keterangan tertuduh mengenai akses terbuka ke kawasan tersebut, justeru membolehkan andaian bertentangan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. e. Tertuduh telah menjelaskan bahawa pada masa kotak P19 ditemui, beliau berada dalam keadaan digari di belakang badan dan tidak mungkin boleh menyerahkannya kepada pihak polis. Dengan keterangan yang tidak dicabar sewajarnya oleh pendakwaan, jelas bahawa tiada asas kukuh untuk mendapati tertuduh memiliki, mengawal, atau mengetahui dadah berbahaya berkenaan. f. Tanpa bukti saintifik, saksi rebuttal, atau keterangan material lain, dan dengan percanggahan serta jurang dalam penyiasatan, pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. F.
14
Dalam membuat keputusan di akhir kes pembelaan, Mahkamah merujuk Seksyen 173(m) KTJ yang memperuntukkan bahawa S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A setelah perbicaraan selesai, Mahkamah hendaklah menilai semua keterangan yang telah dikemukakan dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Jika Mahkamah mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, Mahkamah hendaklah memutuskan bahawa tertuduh bersalah dan boleh mensabitkan kesalahan serta menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang. Jika Mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan terhadap tertuduh.
15
Mahkamah turut mengambil kira bahawa semasa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah berpuas hati bahawa anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB adalah terpakai, iaitu tertuduh dianggap mempunyai pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya.
16
Maka, di akhir kes pembelaan, Mahkamah perlu meneliti sama ada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan telah berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB pada tahap imbangan kebarangkalian seperti yang digariskan dalam kes PP v Yuvaraj [1968] 1 MLJ 238 dan adakah pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap keseluruhan kes pendakwaan seperti yang digariskan oleh Mahkamah Agung dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
18
Sekiranya anggapan berjaya dipatahkan, Mahkamah juga turut merujuk kes Mat v PP [1963] MLJ 263 yang menyatakan prinsip berikut: “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows:
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt ........ Convict.
b
If you accept or believe the accused's explanation.. Acquit.
c
If you do not accept or believe the accused's explanation.. Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt........ Convict
e
If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt.. Acquit S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A Magistrates would assist the appellate Court if they indicate in their grounds that they are aware of the tests laid down in steps (d) and (e) above.” G. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN
i
Sama Ada Keterangan Bersumpah Tertuduh Adalah Penafian Kosong atau Fikiran Terkemudian
19
Telah menjadi undang-undang yang mantap bahawa, penafian semata-mata atau memberikan cerita kosong tentang tidak bersalah, tidak boleh dianggap sebagai menimbulkan keraguan munasabah [rujuk Ali Tan bin Abdullah v Public Prosecutor [2013] 2 MLJ 676].
20
Waima apapun, the falsity of the defence juga tidak melepaskan pihak pendakwaan daripada tanggungjawab untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah [rujuk PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16].
21
Selain itu, Mahkamah juga menggunapakai prinsip bahawa keterangan pihak pembelaan tidak semestinya konklusif [rujuk Chay Hon Song v Public Prosecutor [1967] 1 MLJ 210 at 211] dan tertuduh juga tidak perlu membuktikan fakta yang menjadi asas kepada pembelaannya [rujuk Nagappan a/l Kuppusamy v Public Prosecutor [1988] 2 MLJ 53, [1988] 1 CLJ 283, SC. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
22
Dalam kes Yap Wai Yean v Public Prosecutor [2010] 4 MLJ 386, Mahkamah Rayuan menjelaskan sepertimana berikut: “[34] In our view the defence of the appellant was not an afterthought or a bare denial but an explanation as to how he came to be holding the plastic bag at the time of his arrest. This version by the appellant was not improbable given that the police personnel did not see what happened from the time the appellant and PW3 alighted PW3's car to the time they entered the lobby of the hotel. Furthermore the prosecution evidence revealed that PW3 himself was not an angel. No doubt the appellant did not relate that to the investigating officer but his explanation had to be considered by the court as failure by the appellant to relate to the investigating officer, could never, by itself, relieve the prosecution of its duty of establishing the charge against the appellant beyond reasonable doubt.”
23
Berdasarkan autoriti yang dirujuk, prinsip undang-undang jelas menetapkan bahawa sesuatu pembelaan hanya boleh dikategorikan sebagai penafian kosong / bare denial sekiranya tertuduh sekadar menafikan pertuduhan tanpa mengemukakan penjelasan yang munasabah, manakala pembelaan yang dikemukakan secara konsisten dan beralasan tidak boleh disifatkan sebagai bare denial.
24
Prinsip undang-undang juga menegaskan bahawa sesuatu pembelaan sewajarnya dianggap sebagai afterthought sekiranya ia gagal dicadangkan kepada saksi pendakwaan semasa kes pendakwaan dan hanya dibangkitkan buat pertama kali semasa S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A kes pembelaan (rujuk kes Yap Wai Yean v Public Prosecutor [2010] 4 MLJ 386 dan Megat Halim bin Megat Omar v. Pendakwa Raya [2009] 1 CLJ 154).
25
Dalam kes ini, Mahkamah berpendapat bahawa keterangan tertuduh bukanlah suatu penafian kosong atau afterthought, sebaliknya merupakan satu pembelaan yang konsisten dan relevan terhadap isu teras pendakwaan, khususnya berkaitan elemen kawalan dan pengetahuan ke atas dadah.
26
Penjelasan tertuduh berhubung akses terbuka ke lokasi rampasan, penggunaan kawasan tersebut oleh rakan-rakan untuk membaiki motosikal serta ketiadaan sebarang bukti sokongan seperti cap jari, DNA atau barang peribadi yang mengaitkan beliau secara langsung dengan kotak berisi dadah telah dikemukakan secara terperinci.
27
Tertuduh bukan sekadar menafikan, sebaliknya memberi naratif fakta yang jelas dan konsisten, iaitu semasa kejadian tertuduh digari di belakang badan, polis menggeledah biliknya, selepas gagal menjumpai barang di bilik, polis sendiri memeriksa rak di belakang rumah dan menemui kotak P19. Ini bukan penafian kosong, tetapi penjelasan alternatif tentang bagaimana barang kes dijumpai, yang secara langsung mencabar versi pendakwaan.
28
Mahkamah juga mendapati bahawa cabaran tertuduh terhadap kebolehterimaan dokumen P12 serta percanggahan material dalam keterangan pihak pendakwaan dibangkitkan secara berperingkat dan konsisten sepanjang perbicaraan sejak dari awal kes S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A pendakwaan lagi, dan bukan direka semata-mata pada peringkat pembelaan.
29
Selain itu, Mahkamah juga telah menilai demeanor (tingkah laku) tertuduh dan mendapati bahawa tertuduh telah menjawab soalan dengan baik, serta kekal konsisten sepanjang memberi keterangannya di Mahkamah.
30
Justeru itu, mahkamah menerima bahawa keterangan tertuduh mempunyai asas fakta dan logik yang munasabah, dan tidak boleh diketepikan sebagai penafian kosong atau pembelaan yang difikirkan kemudian.
II
(ii) Sama ada keterangan pihak pembelaan berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB
31
Seksyen 37(d) memperuntukkan seperti berikut: “37. In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder- …
d
any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug;” S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
32
Dalam kes PP v Tan Tatt Eek & Ors [2005] 1 CLJ 713; [2005] 2 MLJ 685; [2005] 2 AMR 353, Mahkamah memutuskan bahawa anggapan di bawah seksyen 37(d) tidak boleh timbul melainkan fakta jagaan atau kawalan terlebih dahulu dibuktikan secara nyata. Adalah tidak mencukupi sekadar bergantung kepada kedekatan atau kehadiran (proximity or presence).
33
Pada peringkat ini, Mahkamah perlu menilai sama ada pihak pembelaan berjaya mengemukakan keterangan yang menunjukkan bahawa tertuduh tidak mempunyai kawalan ke atas barang kes dadah berbahaya pada tahap imbangan kebarangkalian.
34
Analisis dan dapatan Mahkamah adalah sebagaimana yang berikut:
a
Barang kes dadah berbahaya boleh diakses oleh pihak ketiga
35
Berdasarkan keterangan tertuduh dan penelitian Mahkamah ke atas gambar tempat kejadian (P16 dan D27), kawasan rak kayu yang menempatkan kotak P19 terletak di bahagian belakang rumah yang tidak tertutup sepenuhnya. Tertuduh menjelaskan bahawa ramai kawan kerap menggunakan kawasan belakang itu untuk membaiki motosikal, dan jiran juga boleh mengakses kawasan tersebut. Terdapat juga percanggahan daripada keterangan saksi pendakwaan yang antaranya memaklumkan kawasan barang kes tersebut ditemui boleh diakses oleh orang lain seperti berikut: S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A Keterangan SP3 (anggota serbuan) semasa pemeriksaan balas menyatakan lokasi kejadian di belakang rumah tidak berpagar dan boleh diakses orang lain: “PB: KALAU LUAR RUMAH, SESIAPA BOLEH AKSES, SEBAB BUKAN DALAM RUMAH SP3: SETUJU PB: RUJUK ID 16, (GAMBAR 16), SETUJU TAK, BAHAGIAN BELAKANG RUMAH TAKDE PAGAR. SP3: SETUJU PB: OLEH KERANA RAK DI LUAR, DEKAT RUMAH JIRAN, TAKDE PAGAR, LEBIH RAMAI ORANG BOLEH AKSES. SP3: BETUL” Keterangan SP5 (anggota serbuan) semasa pemeriksaan utama juga menyatakan kawasan belakang rumah tempat barang kes ditemui tidak berpagar dan boleh diakses: “... PB: BARANG KES YANG KAMU SAHKAN, JUMPA DI BELAKANG RUMAH PB: KAMU DI TEMPAT KEJADIAN, IA TERLETAK DI BELAKANG RUMAH DAN BOLEH DIAKSES PB: KOTAK PANASONIC, DALAM KEADAAN TERBUKA S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A PB: DALAM KEADAAN BARANG KES BOLEH DIAKSES, CAP JARI PENTING PB: KAWASAN BELAKANG TIADA PAGAR PB: SIAPA DATANG SITU PENTING DISIASAT SP5: SETUJU” Keterangan SP5 semasa pemeriksaan semula juga menyatakan kawasan belakang rumah sememangnya terbuka: “... TPR: BARANG KES BOLEH DIAKSES SESIAPA SAHAJA, KAMU SETUJU, JELASKAN SP5: SETUJU SEBAB KAWASAN BELAKANG TERBUKA, KAT BELAKANG TU MEMANG TEMPAT BEBAS. DAN BARANG KES DIJUMPAI DALAM KEADAAN KOTAK TERBUKA.” Sebaliknya, Keterangan SP2 (pegawai serbuan) semasa pemeriksaan semula menyatakan tidak setuju lokasi kejadian boleh diakses dan menyatakan kawasan tersebut dikelilingi pagar: S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A “... S: TADI PEGUAM CADANGKAN RAK BOLEH DIAKSES DARI SETIAP SISI RUMAH, KAMU JAWAB TAK SETUJU, BOLEH JELASKAN? J: DI SINI UNTUK RAK TERSEBUT DI BAHAGIAN DAPUR BELAKANG RUMAH, RAK DIKELILINGI PAGAR, PAGAR TERTUTUP TIDAK BOLEH DIAKSES MANA-MANA ORANG MELAINKAN OKT.”
36
Berdasarkan keterangan lisan saksi-saksi pendakwaan di atas, terdapat percanggahan material mengenai sama ada barang kes berada di kawasan yang terbuka atau terkawal (lengkap berpagar atau tidak) dan sama ada ia boleh diakses oleh orang lain. Percanggahan ini telah menyokong naratif kes pembelaan dan telah melemahkan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan.
37
Tambahan pula, harus diingatkan bahawa penemuan barang kes tersebut bukanlah semasa tertuduh berada di rumah kerana tertuduh telah ditangkap di tempat lain sebelum itu, dan dibawa ke rumah selepas itu.
38
Justeru, Mahkamah mendapati bahawa percanggahan keterangan saksi Pendakwaan mengenai akses ke atas rak dan kotak di belakang rumah tertuduh ini memberi kelebihan kepada keterangan pihak pembelaan yang dari awal menyatakan bahawa ruang tersebut boleh diakses oleh pihak ketiga. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
b
Tiada bukti saintifik 39. Pihak pendakwaan berhujah bahawa ketiadaan ujian cap jari tidak menjejaskan kes kerana pemilikan dadah oleh tertuduh dapat dibuktikan melalui possession dan knowledge. Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Nhong Khoi a/p Iteng v PP [2014] 1 LNS 1528, yang mana Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa bukti cap jari adalah tidak signifikan apabila terdapat bukti langsung mengenai penguasaan barang kes, justeru ketiadaan cap jari tidak merosakkan kes pendakwaan.
40
Mahkamah merujuk kes Nhong Khoi a/p Iteng v PP [2014] 1 LNS 1528 yang menyatakan seperti berikut: “[18] Finally on the finger print analysis, we find that the issue is devoid of any merit. Given that the appellant had admitted tying the packet containing the drugs to her thigh, there can be no doubt that she had handled the plastic packet containing the drugs. There was thus no issue pertaining to the identity of the person handling the plastic packet. The finger print analysis is of no significance in the light of the finding that the appellant had actual possession of the drugs found on her person (see PP v. Mansor Md Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233].”
41
Pihak pembelaan pula menegaskan bahawa tiada bukti saintifik seperti cap jari atau DNA yang boleh mengaitkan tertuduh dengan dadah dalam kotak P19. Tiada juga barang-barang tertuduh yang ditemui bersama dalam kotak P19 tersebut. Ini mengukuhkan keterangan tertuduh bahawa beliau tidak pernah melihat kotak tersebut sebelum penemuan oleh pihak polis tersebut. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
42
Mahkamah mendapati, dalam kes Nhong Khoi a/p Iteng, Mahkamah Rayuan dengan jelas mendapati bahawa tertuduh mempunyai actual possession, memandangkan tertuduh dalam kes tersebut sendiri mengakui telah mengikat bungkusan dadah pada pahanya, sekali gus membuktikan penguasaan fizikal secara langsung ke atas dadah tersebut. Oleh itu, isu identiti pengendali bungkusan dadah dalam kes tersebut tidak timbul, dan ketiadaan bukti cap jari adalah tidak signifikan kerana pemilikan sebenar telah dibuktikan.
43
Sebaliknya, dalam kes semasa, tiada ‘keterangan langsung’ yang menunjukkan tertuduh mempunyai actual possession terhadap dadah berkenaan. Tertuduh tidak didapati memegang, membawa, menyimpan pada tubuh badan, atau mengendalikan dadah tersebut secara fizikal. Tambahan pula, tertuduh tidak membuat sebarang pengakuan yang boleh menunjukkan bahawa beliau pernah menguasai atau mengendalikan barang kes tersebut.
44
Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa kes Nhong Khoi a/p Iteng adalah dibezakan (distinguishable) daripada kes semasa. Dalam ketiadaan bukti actual possession atau keterangan langsung penguasaan ke atas dadah berbahaya yang dirampas, ditambah pula dengan tempat penemuan barang kes yang terdedah, Mahkamah mendapati bahawa ketiadaan ujian cap jari menjadi relevan dan memberi kelompangan kepada kes pendakwaan.
c
Kebolehterimaan dokumen P12 di bawah seksyen 37B ADB S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
45
Dalam keterangan bersumpahnya, tertuduh menafikan ada menurunkan tanda tangan pada dokumen P12, malah tidak pernah tahu mengenai kewujudan P12 sehinggalah dituduh di Mahkamah. Pembelaan juga menegaskan bahawa pihak pendakwaan tidak memanggil saksi pakar untuk membuktikan kesahihan tanda tangan tertuduh dalam dokumen P12 tersebut. Pihak pembelaan juga mencadangkan bahawa dokumen P12 tersebut sengaja diwujudkan oleh pihak polis untuk mengaitkan barang kes kepada tertuduh kerana tiada keterangan langsung yang lain.
46
Pihak pendakwaan pula melalui saksi-saksi yang memberi keterangan menyatakan tertuduh sememangnya dibacakan amaran dan menandatangani dokumen P12 tersebut. Pihak pendakwaan berhujah bahawa Seksyen 37B(1)(b) terpakai kerana SP2 memberi keterangan yang jelas dan konsisten bahawa amaran telah dibacakan, direkodkan dalam P12 sebagai tulisannya, dijelaskan serta difahami oleh tertuduh sebelum soal siasat dijalankan, selaras dengan prinsip dalam kes Mohd Zaiham Bin Mislan v Public Prosecutor [2009] 2 MLJ 707 mengenai kebolehterimaan kenyataan yang dibuat secara sukarela selepas amaran diberikan dan difahami.
47
Mahkamah telah menilai dokumen P12 dengan mengambil kira keterangan pihak pembelaan dan hujahan pendakwaan. Mahkamah telah membandingkan tanda tangan tertuduh dalam P13 dan P12. Turut diperturunkan tanda tangan tertuduh dalam kedua-dua dokumen tersebut seperti di bawah: S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A Tanda tangan tertuduh dalam P13 (Borang Bongkar) Tanda tangan yang dipertikaikan oleh tertuduh dalam P12.
48
Mahkamah mendapati sememangnya terdapat perbezaan yang agak jelas antara kedua-dua tanda tangan tersebut. SP6 (Pegawai Penyiasat) dalam keterangannya juga telah bersetuju dengan cadangan oleh pihak pembelaan bahawa kedua-dua tanda tangan tersebut, jika dilihat dengan mata kasar adalah berbeza. Namun sayangnya, tiada siasatan lanjut yang dibuat oleh pihak polis bagi menentusahkan bahawa dokumen P12 sememangnya ditandatangani oleh tertuduh, apatah lagi untuk dikemukakan kepada Mahkamah.
49
Tiada juga keterangan saksi pakar dikemukakan oleh pihak pendakwaan walaupun isu ini telah dibangkitkan sejak kes pendakwaan lagi. Mahkamah berpandangan bahawa isu kesahihan tanda tangan ini adalah beban ke atas pihak pendakwaan untuk S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A dibuktikan secara positif, bukan dipatahkan melalui inferens negatif terhadap tertuduh dengan menyatakan kegagalan tertuduh membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen melemahkan kes pembelaan.
50
Justeru, Mahkamah berpendapat bahawa tiada bukti konklusif yang dikemukakan yang boleh menyingkirkan keraguan Mahkamah bahawa tanda tangan tersebut mungkin bukan milik tertuduh.
51
Selanjutnya, mahkamah turut merujuk seksyen 37B ADB yang memperuntukkan bahawa apa-apa kenyataan yang dibuat oleh seseorang tertuduh kepada pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas, sama ada lisan atau bertulis, sebelum atau selepas pertuduhan, dan sama ada dalam siasatan atau tidak, boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah. Kenyataan itu juga boleh digunakan semasa soal balas jika tertuduh memilih untuk memberi keterangan. Namun, kebolehterimaan ini tertakluk kepada dua syarat penting: pertama, kenyataan tersebut tidak boleh dibuat hasil ugutan, janji atau dorongan daripada pihak berkuasa; dan kedua, bagi kenyataan selepas tangkapan, Mahkamah mestilah berpuas hati bahawa amaran (caution) telah diberikan kepada tertuduh bahawa dia tidak wajib menjawab soalan dan apa-apa yang dikatakannya boleh digunakan sebagai keterangan.
52
Mahkamah mendapati bahawa dokumen P12 terjejas secara substantif untuk diterima di bawah seksyen 37B ADB kerana: a. Tiada keterangan yang membuktikan bahawa kenyataan tersebut dibuat secara sukarela oleh tertuduh; S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A b. Tertuduh menafikan amaran dibacakan, yang merupakan syarat wajib di bawah proviso Seksyen 37B untuk kenyataan selepas tangkapan; c. Tiada keterangan konklusif berhubung tanda tangan tertuduh dalam dokumen tersebut; dan d. Tiada voir dire diadakan semasa P12 ditender bagi menentukan kebolehterimaan dan kesukarelaan kenyataan.
53
Berdasarkan dapatan di atas, Mahkamah mendapati bahawa syarat-syarat seksyen 37B ADB telah gagal dipatuhi. Akibatnya, Mahkamah tidak dapat memberi nilai probatif kepada P12 untuk menyokong pertuduhan terhadap tertuduh.
d
Kebolehterimaan dokumen P12 di bawah seksyen 27 Akta
54
Mahkamah turut meneliti sama ada keterangan dalam P12 boleh diterima di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950.
55
Peguam bela yang bijaksana menghujahkan bahawa, berdasarkan prinsip dalam kes Hasamuddin Bin Talena v Public Prosecutor [2002] 2 MLJ 408 dan Sandra Margaret Birch v PP [1978] 1 MLJ 72, kata-kata sebenar tertuduh mesti dibuktikan dengan jelas sebelum maklumat itu boleh diterima di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Kegagalan mematuhi prasyarat ini menyebabkan P12 tidak sah untuk membuktikan milikan, kawalan atau pengetahuan tertuduh terhadap dadah.
56
Pihak pendakwaan pula berhujah bahawa kesemua syarat Seksyen 27 telah dipenuhi: tertuduh berada dalam tahanan, S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A menunjukkan lokasi dadah disorokkan, dadah itu mempunyai sifat tersembunyi, dan pihak polis tidak mengetahuinya tanpa maklumat tertuduh. Keterangan saksi-saksi pendakwaan dan dokumen P12 mengesahkan kawalan dan pengetahuan tertuduh terhadap barang kes. Fakta ini membezakan kes semasa daripada kes-kes rujukan pihak pembelaan, justeru keterangan di bawah Seksyen 27 wajar diterima pakai dan menyokong pertuduhan terhadap tertuduh.
57
Berhubung hal ini, Mahkamah merujuk pada kes Goi Ching Ang v PP [1999] 1 MLJ 507; [1999] 1 CLJ 829 yang mana dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan telah menurut prinsip dalam kes Noor Mohamed v. The King [1949] AC 182 seperti berikut: “In Noor Mohamed v. The King [1949] AC 182 Lord du Parcq said: (p. 192) ... in all such cases the judge ought to consider whether the evidence which it is proposed to adduce is sufficiently substantial, having regard to the purpose to which it is professedly directed to make it desirable in the interest of justice that it should be admitted. If, so far as that purpose is concerned, it can in the circumstances of the case have only trifling weight, the judge will be right to exclude it. To say this is not to confuse weight with admissibility. The distinction is plain, but cases must occur in which it would be unjust to admit evidence of a character gravely prejudicial to the accused even though there may be some tenuous ground for holding it technically admissible. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A The decision must then be left to the discretion and the sense of fairness of the judge." (bold added). It is clear from his Lordship's judgment (as emphasised) that there is a vested discretion in a trial judge to exclude evidence which is prejudicial to an accused even though the said evidence may be "technically admissible". The general pronouncement made in Noor Mohamed v. The King, supra, had been followed in numerous other cases in England and is entrenched in the principle that the English court upholds, which is, it is "a judge's undoubted duty to ensure that the accused has a fair trial..." (per Lord Salmon in R v. Sang [1980] AC 402 at p. 445.) Noor Mohamed v. The King, supra, was consistently adopted in Malaysia, see eg, Kan Sik Fong v. PP [1961] CLJU 39; [1961] 1 LNS 39[1961] 27 MLJ 163; PP v. Haji Kassim [1971] 2 MLJ 115 FC; Rauf Hj Ahmad v. PP [1950] CLJU 54; [1950] 1 LNS 54[1950] 16 MLJ 190; Tan Geok Kwang v. PP [1949] CLJU 92; [1949] 1 LNS 92[1949] 15 MLJ 203. In Kuruma v. R [1955] 1 All ER 236 P.C. Lord Goddard CJ, relying on Noor Mohamed v. R [1949] 1 All ER 365 at p. 370 and Harris v. Public Prosecutions Director [1952] 1 All ER 1044 at p. 1048 said: (at p. 239) No doubt in a criminal case the judge always has a discretion to disallow evidence if the strict rules of admissibility would operate unfairly against an accused. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A And he suggested that evidence obtained from an accused, for example, by trick might be excluded. In our instant case the learned trial judge had entertained grave doubt as to the voluntariness of the section 27 information of the accused. That being so, it was open to the trial court to exercise its discretion whether to let in the information as part of the trial. The learned trial judge had not exercised the discretion. We are therefore at liberty to exercise. In our view, the principle of fairness requires the discretion to be exercised in excluding the information.”
58
Prinsip yang sama juga telah diputuskan dalam kes Shohel lwn. PP [2022] CLJU 2812; [2022] 1 LNS 2812: “[21] Walaupun seksyen 27 tidak tertakluk kepada seksyen 24 berhubung kesukarelaan maklumat berkenaan, tetapi jika dibuktikan maklumat berkenaan telah diperolehi secara tanpa kesukarelaan pemberi maklumat tersebut, Mahkamah masih mempunyai budibicara untuk tidak menerima maklumat berkenaan. Pihak yang inginkan Mahkamah mengketepikan maklumat yang diperolehi tanpa sukarela tersebut perlu menunjukkan, pada imbangan kebarangkalian, bahawa budibicara Mahkamah tersebut hendaklah berpihak kepadanya. Tahap ketidaksukarelaan ini perlu diimbangi dengan undang-undang bahawa seksyen 27 tidak tertakluk dengan seksyen 24 berhubung isu kesukarelaan.”
59
Berdasarkan prinsip dalam kes di atas, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk menolak keterangan yang dibuktikan dibuat tanpa sukarela dan bersifat gravely prejudicial serta tidak selamat untuk S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A diterima demi kepentingan keadilan. Dalam hal ini, Mahkamah mempunyai keraguan yang nyata bahawa P12 dibuat secara sukarela oleh tertuduh, dan keadaan ini berisiko mendatangkan prejudis serius terhadap tertuduh. Mahkamah berpandangan pihak pembelaan telah berjaya menunjukkan pada tahap imbangan kebarangkalian berhubung isu-isu yang dibangkitkan berkaitan P12, khasnya dalam mengenepikan kesukarelaan tertuduh. Oleh itu, demi prinsip keadilan, Mahkamah menolak keterangan P12 untuk diterima di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.
e
Tingkah laku tertuduh 60. Mahkamah turut menimbang hujah pihak pendakwaan bahawa kawalan dan pengetahuan tertuduh terhadap barang kes dapat dibuktikan melalui tingkah lakunya dan ia boleh diterima di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Tingkah laku yang dimaksudkan boleh dilihat melalui keterangan SP2 dalam perenggan 12 penyataan saksi bertulis (PSP2) seperti berikut: S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
61
Namun, pihak pembelaan menafikan dan menjelaskan bahawa kotak P19 telah dijumpai sendiri oleh SP2 dan pada masa itu tertuduh berada dalam keadaan bergari di belakang badan, menjadikan mustahil bagi tertuduh untuk pergi ke rak kayu dan menyerahkan kotak P19 kepada SP2. Tertuduh juga menyatakan tidak pernah mengetahui tentang kewujudan kotak P19 tersebut.
62
Terdapat dua tingkah laku yang perlu dianalisis di sini. Pertama kelakuan tertuduh yang menunjukkan barang kes kepada pihak polis dan kedua, tingkah lakunya yang takut dan minta dilepaskan selepas barang kes ditemui.
63
Mahkamah mendapati urutan peristiwa yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada kewujudan dan kesahihan P12, sedangkan kebolehterimaan P12 itu sendiri telah diragui secara serius. Apabila P12 diketepikan, asas kepada dakwaan bahawa tertuduh “menunjukkan” atau “menyerahkan” barang kes menjadi lemah dan tidak disokong oleh keterangan bebas. Versi pendakwaan pada hakikatnya bersifat self-serving, iaitu disokong hanya oleh keterangan polis tanpa sokongan saksi bebas atau bukti objektif lain. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
64
Adalah menjadi kemusykilan Mahkamah kenapa tiba-tiba tertuduh bersetuju untuk menunjukkan tempat barang kes tersebut sedangkan tiada apa-apa barang salah ditemui di dalam biliknya.
65
Waima apapun, kelakuan tertuduh yang didakwa oleh pihak pendakwaan tersebut juga tidak boleh secara konklusifnya menunjukkan tertuduh mempunyai kawalan ke atas barang kes dadah berbahaya tersebut terutama dalam keadaan kemungkinan terdapat akses pihak lain ke atas barang kes tersebut.
66
Mahkamah merujuk keputusan Mahkamah Agung dalam Gooi Loo Seng v PP [1993] 3 CLJ 1; [1993] 2 MLJ 137 yang menyatakan: “We need hardly add, that even if the appellant had known of the presence of the heroin in his bedroom, that by itself would not have been sufficient to establish that he was in possession or in control of it given the fact that others too, and certainly his girlfriend Tan Ah Kwai, had access to the bedroom and could have concealed the heroin there. At the end of the day, this was a case of the proverbial cap which might have fitted not just the head of the appellant but that of others as well.”
67
Tertuduh juga tidak menafikan bahawa beliau sememangnya takut dan terkejut ketika ditunjukkan barang kes dadah berbahaya dalam P19. Namun tertuduh menjelaskan beliau takut dan minta dilepaskan kerana pil-pil tersebut bukan miliknya dan tidak mahu dirinya dikaitkan dengan pil-pil tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah mengguna pakai prinsip dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113; [2011] MLJU 1491 yang memutuskan sebagaimana berikut: S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A "Whilst the conduct of the accused fleeing the scene may be a relevant factor to be considered, such a conduct however must beweighed against the circumstances of the case. This is because even an innocent man may feel panicky and try to evade arrest when wrongly suspected of committing a crime. It is a common instinct of self-preservation."
68
Justeru, Mahkamah berpandangan, tingkah laku tertuduh yang disandarkan oleh pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh sememangnya mempunyai kawalan atau pengetahuan ke atas dadah berbahaya sebagaimana pertuduhan.
69
Selain itu, Mahkamah turut menimbangkan pengakuan salah tertuduh dalam kes (kes TE-83D-690-12/2021) melibatkan milikan barang kes dadah berbahaya yang dirampas sebelum kejadian kes semasa. Mahkamah berpandangan pengakuan salah dalam kes tersebut tidak boleh dikaitkan dengan kes semasa memandangkan penemuan barang kes adalah di tempat yang berbeza dan dalam keadaan situasi yang berbeza. Tertuduh juga telah menjelaskan bahawa beliau hanya mengaku salah bagi kes tersebut atas nasihat peguam belanya pada waktu itu.
70
Oleh yang demikian, berdasarkan factor-faktor di atas, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pembelaan berjaya mengemukakan keterangan yang mengakas wujudnya kawalan oleh tertuduh ke atas barang kes dadah berbahaya pada tarikh, masa dan tempat kejadian. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
71
Justeru, pihak pembelaan telah berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB pada tahap imbangan kebarangkalian. Setelah anggapan tersebut dipatahkan, beban kembali kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.
III
(iii) Isu Sama Ada Elemen Kawalan dan Pengetahuan Tertuduh ke atas Dadah Berbahaya Berjaya Dibuktikan Melampaui Keraguan Munasabah
72
Hakim Augustine Paul dalam kes PP V PUVANESWARAN KANIAPAN (2003) 4 CLJ 609, pada m/s 623 telah menyatakan bahawa:- “Dalam usaha membuktikan pemilikan, Pendakwaan perlu menunjukkan tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan terhadap dadah berbahaya berkenaan dan dia juga mempunyai pengetahuan terhadap apa yang ada dalam milikannya. Jagaan dan kawalan boleh dibuktikan melalui keterangan langsung ataupun dibuat kesimpulan daripada fakta yang telah terbukti terdahulu. Selalunya pengetahuan merupakan perkara yang dapat digarap melalui penyimpulan daripada fakta.”
73
Berdasarkan analisis dan dapatan terhadap isu-isu yang telah dihuraikan sebelum ini, Mahkamah mendapati seperti berikut: S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A a. Dalam kes ini, dadah berbahaya didapati berada di dalam sebuah kotak yang terbuka di atas rak kayu yang terletak di bahagian belakang rumah, iaitu di luar pintu dapur. Mahkamah mendapati bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan yang boleh diakses oleh orang lain selain tertuduh. Pihak pendakwaan telah gagal menunjukkan pengecualian atau ketiadaan akses pihak lain terhadap barang kes yang mana jiran tertuduh juga tidak dipanggil untuk memberikan keterangan di Mahkamah. b. Wujud keraguan yang nyata berhubung kesahihan tanda tangan tertuduh pada dokumen P12. Pihak pendakwaan gagal memberikan sebarang penjelasan yang meyakinkan berhubung perbezaan ketara antara tanda tangan tertuduh pada Ekshibit P12 dan Ekshibit P13. Ketiadaan bukti konklusif untuk menyingkirkan keraguan ini menyebabkan Mahkamah tidak dapat menerima dokumen P12 sebagai keterangan yang bebas daripada keraguan. c. Mahkamah mengambil kira bahawa barang kes tidak berada dalam actual possession tertuduh menjadikan keterangan saintifik seperti cap jari atau DNA yang dapat mengaitkan barang kes tersebut dengan tertuduh adalah signifikan. Namun tiada siasatan dibuat oleh SP6. Ini menunjukkan siasatan yang dijalankan tidak lengkap dan memprejudiskan tertuduh. Mahkamah merujuk penyataan Yang Arif Kamardin Hashim HMR dalam kes Mohd Helmi Akmal Mohd Ali lwn. PP [2017] 7 CLJ 666 seperti berikut: S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A “Siasatan bukan sahaja tertumpu kepada pengumpulan keterangan yang boleh menunjukkan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan tetapi meliputi juga pengumpulan keterangan yang boleh menentukan tertuduh tidak melakukan kesalahan yang menjadi hal perkara yang disiasat.” d. Terdapat percanggahan dalam keterangan saksi-saksi polis sendiri berhubung tahap dan sifat akses ke lokasi penemuan barang kes tersebut. Hal ini menjejaskan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan secara tidak langsung menyokong kes pembelaan. e. Dalam kes PP v. Mohamed Ali [1962] 1 MLRH 79; ; [1962] 1 MLJ 257, Mahkamah memutuskan bahawa: “When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.” f. Dengan merujuk pada kes di atas, Mahkamah tidak dapat menerima keterangan saksi polis secara automatik apabila wujud percanggahan dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan sendiri, di samping keterangan tersebut telah berjaya dicabar semasa pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan. Hujah pihak pendakwaan bahawa tiada cubaan daripada mana-mana saksi polis untuk menganiayai tertuduh justeru tiada sebab untuk mereka bercakap bohong juga adalah bersifat defensif. Mahkamah berpendapat bahawa ketiadaan niat untuk menipu oleh saksi pendakwaan bukan pengganti kepada keperluan pembuktian yang ketat dalam kes jenayah. g. Keterangan pihak pembelaan juga kekal konsisten sepanjang perbicaraan, serta tidak dapat dipatahkan secara tuntas oleh pihak pendakwaan.
74
Berdasarkan dapatan dan analisis di atas, Mahkamah berpendapat bahawa terdapat keraguan yang nyata dan munasabah sama ada dadah berbahaya yang dijumpai itu benar-benar di bawah kawalan dan pengetahuan tertuduh pada tarikh, masa dan tempat kejadian.
75
Maka, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan tertuduh mempunyai kawalan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya sebagaimana dalam pertuduhan, pada tahap melampaui keraguan munasabah. S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
76
Setelah Mahkamah meneliti semua keterangan dan hujahan bertulis yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, dan setelah mahkamah meneliti kes ini secara keseluruhannya, serta berdasarkan alasan-alasan yang telah dihuraikan di atas, Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh telah berjaya mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(d) ADB atas imbangan kebarangkalian dan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap keseluruhan kes pendakwaan. Justeru pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah.
77
Oleh yang demikian, mahkamah memerintahkan bahawa tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. BERTARIKH PADA 18 JANUARI 2026 Disediakan oleh .................................................................... NORYUSRIZA BINTI ZULKIFLI MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KUALA BERANG S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A Kaunsel Bagi pihak pendakwaan Nur Atifah binti Manaf Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu Tingkat 14, Wisma Darul Iman 20200 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman Bagi pihak Tertuduh Tetuan The Law Office of Amirul & Athirah Peguambela & Peguamcara No. 10-09, Menara Centara Jalan Tuanku Abdul Rahman 50350 Kuala Lumpur S/N wum10sgmLEmCIfnTzh7s2A
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.