Berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa HMS yang bijaksana telah terkhilaf apabila mendapati pihak responden telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan perayu. Oleh itu, Mahkamah ini membenarkan rayuan perayu dan keputusan HMS yang bijaksana diakaskan. Sabitan serta hukuman HMS yang bijaksana ke atas perayu diketepikan dan perayu dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan tersebut. Alasan Penghakiman ini bertarikh: 25 Januari 2026. ………………………….…….. MOHD ROSLI BIN YUSOFF Hakim, Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Peguam Perayu : Dato' Sukri bin Hj Mohamed & Syed Muhammad Syafiq Bin Syed Abu Bakar, Tetuan Wan Haron Sukri & Nordin, PT 1180-1183, Tingkat 2, Jalan Kebun Sultan, 15350, Kota Bharu, Kelantan. Peguam Responden : Tengku Nurul Haziqah Binti Tuan Yacob & Mariah Binti Omar, Timbalan Pendakwaraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 15990 Kota Bharu, Kelantan.