(ii) OKT mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut Elemen Pertama: Dadah yang dijumpai adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB dengan berat seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan. [17] Dengan merujuk kepada pertuduhan pindaan, isu pertama yang Mahkamah ini perlu putuskan adalah sama ada ketulan mampat bahan tumbuhan atau daun kering yang dijumpai oleh SP-2 dalam botol plastik berwarna putih bertulisan “Nutrilite” (P8) adalah dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 dan disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB 1952. Dalam mempertimbangkan elemen ini, Mahkamah ini merujuk kepada keterangan Ahli Kimia (SP-2). SP-2 telah memberikan keterangan bahawa beliau telah menjalankan satu skema analisis bagi bahan tumbuhan dalam bekas / botol plastik yang ditandakan sebagai ekshibit P8. Berdasarkan skema analisis tersebut, SP-2 telah menjalankan 4 kaedah ujian yang terdiri daripada Pemeriksaan Fizikal secara Visual, Pemeriksaan Mikroskopik, Ujian Duquenois-Levine dan Ujian Thin Layer Chromatography (TLC). [18] Berdasarkan keempat-empat ujian yang dijalankan, SP-2 menerangkan bahawa beliau telah mendapat keputusan yang konklusif bahawa bahan tumbuhan tersebut adalah cannabis seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. SP-2 selanjutnya mengesahkan bahawa berat bersih cannabis yang terdapat dalam P8 tersebut ialah 52.71 gram. [19] Hasil analisis yang dijalankan oleh SP-2 ke atas bahan tumbuhan yang terkandung dalam ekshibit P8 telah direkodkan di dalam Laporan Kimia bertarikh 20.02.2024 (ekshibit P11). [20] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa dadah yang dikemukakan dan dipertuduhkan dalam pertuduhan pindaan adalah dadah berbahaya jenis cannabis seperti disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB dan ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB dan beratnya ialah 52.71 gram. Oleh itu, elemen pertama bagi pertuduhan pindaan telah berjaya dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Elemen Kedua: OKT mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut [21] Bagi elemen kedua ini, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa dadah jenis Cannabis yang dirampas berada dalam milikan OKT, iaitu bahawa OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut, serta mempunyai pengetahuan bahawa bahan tersebut merupakan dadah berbahaya. [22] Pemilikan atau possession sebenarnya berkait rapat dengan konsep kawalan, jagaan dan pengetahuan. Prinsip pemilikan ini telah diperjelaskan dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17 seperti berikut:: "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edn., p. 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. [23] Adalah bermanfaat untuk Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 untuk memahami prinsip possession dengan lebih jelas. Dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti yang berikut: "[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, - that is, 'exclusive' - that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession...', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg. [1955] 1 LNS 53: '...It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions.' [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession." [24] Mahkamah juga merujuk kepada kes Saad bin Ibrahim v. PP [1968] 1 MLJ 158, di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut: "Possession which incriminates must have certain characteristics, the possessor must be aware of his possession, must know the nature of those thing possessed and must have the power of disposal over it.” [25] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, kes pendakwaan bergantung kepada keterangan SP-4, yang menyatakan bahawa beliau bersama SP-3 serta anggota pasukannya telah menahan OKT di hadapan bangunan Stadium Mini, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Setelah siasatan dijalankan ke atas OKT, OKT telah menyerahkan satu botol plastik berwarna putih bertulisan “Nutrilite” (ekshibit P8) yang dikeluarkan dari poket hadapan sebelah kanan seluar yang dipakainya. SP-4 telah memeriksa kandungan botol tersebut dan mendapati di dalamnya terdapat ketulan mampat daun-daun kering yang disyaki dadah jenis ganja (cannabis). SP-2 kemudiannya mengesahkan bahawa bahan tumbuhan tersebut adalah cannabis, dengan berat bersih 52.71 gram. [26] Berdasarkan kes-kes Chan Pean Leon v. PP (supra), PP v. Denish Madhavan (supra), dan Saad bin Ibrahim v. PP (supra) yang telah dihuraikan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa elemen milikan, kawalan, serta pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap OKT. Dapatan ini adalah berdasarkan keterangan yang menunjukkan bahawa dadah jenis Cannabis seberat 52.71 gram terkandung di dalam botol plastik berwarna putih bertulisan “Nutrilite” (ekshibit P8), yang telah dikeluarkan sendiri oleh OKT dari poket hadapan seluarnya dan diserahkan kepada SP-4. [27] Mahkamah ini berpendapat bahawa kedudukan dadah yang dijumpai di dalam poket seluar OKT sendiri menunjukkan bahawa OKT berada dalam keadaan “is so situated with the drugs that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons.” Fakta ini dengan jelas memperlihatkan bahawa, dengan adanya dadah tersebut di dalam poket seluar OKT, beliau mempunyai kuasa penuh untuk melakukan apa-apa sahaja terhadap dadah itu. [28] Mahkamah juga berpuas hati bahawa OKT mempunyai direct possession terhadap dadah tersebut memandangkan ia berada di dalam botol putih yang disimpan di dalam poket seluarnya ketika beliau ditangkap. Justeru, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT mempunyai milikan secara kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap jenis dan berat dadah yang dijumpai sebagaimana pertuduhan pindaan. Rantaian Keterangan [29] Mahkamah ini mendapati bahawa kesemua barang kes yang telah dirampas oleh SP-4 telah ditandatangani dan dibuat tandaan olehnya. Tandatangan serta tanda pengenalan SP-4 tersebut dengan jelas dinyatakan dalam Borang Serah Terima Barang yang ditandakan sebagai Ekshibit P13. Pegawai Penyiasat, SP-5, juga telah membuat tandaan melalui tandatangan serta tarikh pada barang kes yang diterimanya daripada SP-4. Mahkamah ini berpuas hati bahawa rantaian keterangan (chain of evidence) berhubung barang kes adalah lengkap dan tidak terputus, bermula daripada saat ianya diperoleh daripada OKT sehinggalah barang kes tersebut dikemukakan di hadapan Mahkamah ini semasa perbicaraan. Adalah jelas bahawa dadah tersebut berada dalam kawalan dan jagaan SP-5 sehinggalah ia diserahkan kepada ahli kimia, SP-2, untuk tujuan analisis. Dadah yang sama kemudiannya telah disahkan dan dicamkan oleh SP-2. [30] Perlu ditekankan bahawa pengendalian barang kes yang melibatkan saksi-saksi pendakwaan menunjukkan bahawa tidak ada putusnya rantaian keterangan mengenai barang kes sebelum dihantar kepada SP-2 malahan sehingga ia dikemukakan ke Mahkamah ini. Rujukan dibuat kepada kes Shahrizal Abdul Ghani v. PP [2014] 1 CLJ 70 yang menyatakan sedemikian: “[44] In the present case, we entertained no doubt that the exhibit recovered or seized by the police was the same exhibit sent to and examined by the deceased and subsequently produced in court as evidence. We are satisfied that the prosecution had adduced sufficient evidence in respect of every link in the chain of custody, from the moment the exhibit was recovered by the police up to the time it was produced in court. The witnesses had described how and from whom it was received, where it was and what happened to it while in the witnesses' custody, the condition in which it was received and the condition in which it was handed over to the next link in the chain of custody.” [31] Berdasarkan kepada dapatan-dapatan di atas dan dengan mengambil kira ekshibit-ekshibit yang dikemukakan serta hujahan-hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, maka Mahkamah ini telah membuat penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan sebagaimana dituntut di dalam kes Balachandran v. PP (supra) dan kes Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805. Maka adalah diputuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT sebagaimana pertuduhan pindaan tersebut. Sehubungan dengan itu, OKT dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan pindaan tersebut. Kes Pembelaan [32] Setelah tiga pilihan dibacakan dan diterangkan kepada OKT, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan juga telah memanggil tiga (3) orang saksi pembelaan untuk menyokong keterangannya, iaitu, Nor Shahidi bin Mohd Noor (SD-2), D/KPL Muhamad Azanizam Bin Che Abdullah (SD-3) dan Muhammad Sofi bin Dolmat (SD-4). [33] Dalam pembelaannya, OKT menyatakan bahawa beliau bekerja sebagai pembantu am di Stadium Mini Jalan Raja Muda Abdul Aziz sejak bulan Jun 2023. Menurut OKT, antara tugasnya ialah menebas rumput di padang bola sepak stadium tersebut serta memberikan perkhidmatan urutan kepada pemain-pemain bola sepak yang mewakili kelab Kampung Ku Football Club (Kampung Ku FC). [34] OKT menyatakan bahawa pada 14.01.2024, sekitar jam 8.00 malam, pasukan Kampung Ku FC telah mengadakan majlis penyampaian hadiah sempena kemenangan mereka dalam kejohanan Piala KL FA. Majlis tersebut berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. [35] Menurut OKT lagi, pada sekitar jam 12.00 tengah malam, beliau telah membantu menyusun meja dan kerusi di kawasan lobi setelah majlis selesai. Sementara menunggu ketibaan lori, seorang individu bernama Abdul Hakim bin Miswardi telah meminta bantuannya untuk mengambil barang di dalam raga motosikal milik individu tersebut. OKT dimaklumkan bahawa barang tersebut merupakan peralatan bola sepak. [36] Setelah mengambil barang tersebut, OKT kembali ke kawasan lobi. Tiba-tiba, seorang lelaki telah menerpa ke arah OKT dan mengunci lehernya. Seorang lagi individu pula bertindak mengejar Abdul Hakim bin Miswardi. Pada ketika itu, OKT menyatakan bahawa beliau mengalami kesukaran bernafas lalu berlaku sedikit pergelutan. OKT juga menyatakan bahawa beliau telah dipukul dengan menggunakan sepucuk pistol pada bahagian kepala. Selepas itu, OKT telah digari dan diarahkan supaya duduk mencangkung. [37] Selepas itu, sekumpulan lelaki lain telah tiba di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Salah seorang daripada mereka telah mengambil satu botol berwarna putih daripada poket seluar OKT. OKT menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyerahkan botol tersebut sendiri kepada pihak polis kerana pada ketika itu kedua-dua tangannya bergari di bahagian belakang. [38] Kandungan botol tersebut telah diperiksa dan pihak polis memaklumkan bahawa ia merupakan dadah jenis ganja. OKT menafikan bahawa botol tersebut adalah miliknya. Sebaliknya, OKT menyatakan bahawa beliau hanya bertindak mengikut arahan Abdul Hakim bin Miswardi. Hujahan Pihak Pembelaan [39] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pembelaan OKT bukanlah satu fikiran terkemudian (afterthought) dan disokong oleh keterangan sedia ada. Pembelaan tersebut telah dibangkitkan kepada saksi-saksi pendakwaan seawal peringkat kes pendakwaan lagi. Soalan mengenai penama Abdul Hakim bin Miswardi telah dikemukakan kepada SP-3, SP-4 dan SP-5. SP-5 juga telah mengesahkan bahawa Abdul Hakim merupakan individu yang melarikan diri semasa tangkapan dilakukan dan masih gagal dikesan hingga kini. [40] Selain itu, SD-3 yang berada bersama SP-3 dan SP-4 ketika tangkapan OKT dilakukan telah memberi keterangan bahawa sasaran utama pihak polis pada malam kejadian ialah Abdul Hakim bin Miswardi. SD-3 menyatakan bahawa beliau sendiri telah berkomunikasi dengan Abdul Hakim untuk membeli dadah jenis ganja, dan Abdul Hakim memaklumkan bahawa beliau sendiri akan menyerahkan dadah tersebut. Namun, apabila SD-3 tiba di lobi stadium, Abdul Hakim didapati telah mempergunakan OKT untuk membawa dadah berkenaan. SD-3 turut menyifatkan Abdul Hakim sebagai seorang yang licik. [41] Pihak pembelaan turut menghujahkan bahawa SD-2 dan SD-4 telah memberi keterangan bahawa OKT berada di stadium berkenaan bagi membantu persiapan majlis penyampaian hadiah pasukan Kampung Ku FC yang diadakan di lobi stadium tersebut. Kedua-dua saksi ini merupakan saksi awam yang berada di tempat kejadian pada malam berkenaan. Walaupun SD-2 dan SD-4 tidak menyaksikan secara langsung bagaimana tangkapan dilakukan, keterangan mereka menunjukkan bahawa kehadiran OKT di stadium tersebut adalah untuk bekerja, dan bukan bagi tujuan membawa dadah. [42] Pihak pembelaan selanjutnya berhujah bahawa berdasarkan keterangan SD-4, saksi tersebut telah melihat OKT mengambil barang daripada motosikal milik Abdul Hakim Miswardi. Pihak pendakwaan telah cuba mencabar kredibiliti SD-4 melalui pemeriksaan. Namun demikian, SD-4 telah menjelaskan bahawa beliau memberi keterangan semata-mata untuk membantu Mahkamah mendapatkan gambaran yang jelas tentang kejadian pada hari tersebut, dan bukannya dengan niat untuk berbohong. Sehubungan itu, pihak pembelaan menghujahkan bahawa jagaan sementara tanpa keterangan yang menunjukkan pengetahuan OKT terhadap barang tersebut tidak boleh dianggap sebagai milikan. Kes Law Kian Ming v PP [2023] 1 LNS 597 telah dirujuk bagi menyokong hujahan pihak pembelaan. [43] Berhubung dengan dakwaan bahawa OKT bertindak secara agresif, pihak pembelaan telah menghujahkan bahawa OKT telah memberi penjelasan di Mahkamah bahawa pergelutan dengan SP-3 berlaku kerana leher OKT telah dicekik dari arah belakang oleh SP-3, menyebabkan OKT sukar bernafas. Adalah reaksi semula jadi bagi seseorang untuk bergelut melepaskan diri apabila mengalami kesukaran bernafas. OKT juga telah menyatakan kepada SP-3 bahawa beliau sukar bernafas, namun rayuan tersebut tidak diendahkan oleh SP-3. Pihak Pembelaan merujuk kes Ibrahim Mohamad & Anor v Public Prosecutor and another [2018] Supp MLJ 280 untuk menyokong hujahannya. Hujahan Pihak Pendakwaan [44] Berhubung dengan dakwaan bahawa OKT kononnya mengambil barang bagi pihak Abdul Hakim bin Miswardi dan tidak mempunyai pengetahuan tentang kandungan barang yang diambil daripada motosikal tersebut, pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan tersebut hanyalah rekaan OKT semata-mata. Pendakwaan menegaskan bahawa memandangkan OKT telah lama bekerja di stadium berkenaan, adalah mustahil beliau tidak mengetahui jenis barang yang berkaitan dengan permainan bola sepak dan yang bukan. Adalah juga tidak munasabah untuk mendakwa bahawa barang yang diambil itu merupakan peralatan bola sepak memandangkan OKT dan Abdul Hakim bin Miswardi baru sahaja selesai menghadiri majlis penyampaian hadiah pada waktu itu, iaitu sekitar jam 12.00 tengah malam. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan berpendapat bahawa keterangan OKT tersebut tidak boleh dipercayai dan merupakan rekaan semata-mata. [45] Pihak pendakwaan turut menghujahkan bahawa OKT mereka-reka cerita kononnya bekas atau botol yang mengandungi Cannabis tersebut telah dirampas daripada seluar miliknya dan bukannya diserahkan secara sukarela. Pendakwaan merujuk kepada keterangan SP-4 yang dengan jelas menyatakan bahawa OKT sendiri telah menyerahkan barang tersebut menggunakan tangan kanannya. Keterangan SP-4 ini dianggap lebih wajar dan munasabah untuk diterima oleh Mahkamah. Fakta ini turut disokong oleh keterangan SP-3 dan SP-5 yang memberikan versi kejadian yang konsisten dengan keterangan SP-4. [46] Dalam pembelaannya, OKT mendakwa bahawa dia tidak bergelut dengan SP-3, sebaliknya hanya berusaha melepaskan tangan SP-3 yang ketika itu mengunci lehernya. OKT kononnya mengalami kesukaran bernafas selama lebih kurang 10 hingga 15 minit. Sebaliknya, semasa kes Pendakwaan, SP-3 telah memberi keterangan bahawa OKT bertindak agresif dan enggan memberikan kerjasama ketika ditahan oleh pihak polis. Pergelutan antara OKT dan SP-3 telah menyebabkan OKT mengalami kecederaan di bahagian kepala sehingga memerlukan jahitan. Justeru, keterangan OKT hanyalah berbentuk rekaan dan penafian. Pihak pendakwaan merujuk kepada kes-kes berikut untuk menyokong hujahannya: Azhar bin Lazim V PP [2012] 5 MLJ 1; Sakri Bin Yusof v Pendakwa Raya [2011] MLJU 442 dan PP v Ku Lip See [1981] 1 MLJ