Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA (3) DI IPOH 5 DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN RAYUAN JENAYAH NO.: AA-42JSKS-1-02/2023 (DALAM PERKARA MAHKAMAH SESYEN JENAYAH 4 IPOH) KES TANGKAP NO: 62JSK-35-11/2019 10 ANTARA AHMAD RADZI BIN ROSLAN …PERAYU [No. KAD PENGENALAN: 950621-03-6313] 15 LAWAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA (3) DI IPOH 20 RAYUAN JENAYAH NO: AA-42JSKH-5-02/2023 (RAYUAN SILANG) (DALAM PERKARA MAHKAMAH SESYEN JENAYAH 4 IPOH) KES TANGKAP NO.: 62JSK-35-11/2019 ANTARA 25 PENDAKWA RAYA …. PERAYU LAWAN 30 AHMAD RADZI BIN ROSLAN …. RESPONDEN [No. KAD PENGENALAN: 950621-03-6313] ALASAN PENGHAKIMAN S/N zkaUwBuxrUifVM2j4NbgXg Pengenalan [1]. Kes ini berkaitan dengan prinsip undang-undang yang telah diuji 35 dan ditetapkan (“tried and settled law”), iaitu apabila keterangan mangsa dalam kes jenayah seksual adalah mencukupi, keterangan sokongan tidak diperlukan. Mahkamah boleh mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa (SP3), selagi ia dipercayai dan konsisten. 40 Latar Belakang [2]. Pada 1 Jun 2018, Ahmad Radzi B Roslan (Perayu), seorang kenalan keluarga mangsa, didakwa atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di ruang tamu rumahnya di Ipoh. Dalam alasan penghakiman ini, nama mangsa 45 (SP3) serta ahli keluarganya tidak dinyatakan untuk melindungi identiti mangsa. Kejadian didakwa berlaku pada waktu pagi semasa mangsa sedang bermain di ruang tamu rumahnya. Pada petang hari yang sama, mangsa mengadu kepada ibunya (SP1) tentang kesakitan di bahagian kemaluannya. 50 Pertuduhan bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan [3]. Perayu telah dituduh di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun. Kesalahan ini didakwa berlaku pada 1 Jun 2018 di ruang tamu rumahnya di Ipoh, Perak. 55 [4]. Seksyen 376(2)(d) memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada sepuluh tahun dan boleh dikenakan hukuman S/N zkaUwBuxrUifVM2j4NbgXg sebat, jika sabitan dibuat. Kesalahan ini merangkumi situasi di mana tertuduh mempunyai kuasa atau kepercayaan terhadap mangsa, seperti dalam kes ini, di mana perayu dikenali oleh mangsa 60 sebagai "Abang Aji”. Isu-Isu yang menjadi rayuan pihak perayu a) Keterangan mangsa yang tidak konsisten. b) Keterangan baru oleh mangsa semasa pemeriksaan semula c) Kegagalan mengambil kira ekshibit D15 (surat akuan sumpah) 65 d) Tiada penilaian keterangan saksi pembelaan (SD2) e) Gagal memberi penilaian maksima kes pembelaan f) Hukuman terlalu berat (oleh pembelaan)/ terlalu kurang (oleh pendakwaan Keterangan mangsa yang tidak konsisten 70 [5]. Mahkamah menerima hujahan pendakwaan bahawa dakwaan ketidakkonsistenan dalam keterangan mangsa mengenai kemasukan zakar adalah kecil dan tidak material. Ketidakkonsistenan kecil dalam keterangan saksi tidak semestinya menjejaskan inti pati kes pendakwaan, terutamanya jika keterangan 75 utama adalah konsisten dan boleh dipercayai. Hal ini disokong oleh prinsip yang dinyatakan dalam Pie Bin Chin v. Public Prosecutor [1985] 1 MLJ 234; [1983] CLJ (Rep) 703; [1983] 2 MLRH 403, di mana Yang Arif Hakim Wan Yahya HMT (ketika itu) menegaskan bahawa percanggahan kecil dalam keterangan saksi lazim berlaku 80 S/N zkaUwBuxrUifVM2j4NbgXg dan tidak semestinya menjejaskan kredibiliti keseluruhan saksi. Berikut adalah petikan berkaitan dari kes Pie Bin Chin (supra): "I shall be dealing with the first point last. As regards the second ground of appeal, my attention had been drawn to various discrepancies between PW 1's evidence itself as well as 85 between him and his wife. This, by itself, according to Counsel for the Appellant, is good enough reason for the learned President to reject the complainant's story. Discrepancies are no doubt present in this case, as they do ostensibly appear in most cases in evidence of witnesses for the prosecution as well 90 as the defence. The transcripts of most evidence, when thoroughly tooth-combed by any able lawyer, never failed to yield some form of inconsistencies, discrepancies or contradictions but these do not necessarily render the witness's entire evidence incredible. It is only when a witness's evidence 95 on material and obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole evidence is to be disregarded. Forgetfulness and failure to recall exactly certain events, which did not seem to be important to the witness, do not necessarily 100 shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief. Various persons are endowed with varying powers of cognition, attentiveness and perception, so that it is not uncommon for two witnesses to a common event to describe it in slightly differing versions. 105 (bergaris diberi penekanan) [6]. Mahkamah telah meneliti dengan mendalam keterangan mangsa semasa pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula, mendapati bahawa tidak terdapat sebarang kekhilafan dalam dapatan HMS [“Hakim Mahkamah Sesyen”]. HMS mendapati tiada 110 S/N zkaUwBuxrUifVM2j4NbgXg percanggahan material dalam keterangan mangsa sepanjang pemeriksaan tersebut. [7]. Mangsa memberikan keterangan yang terperinci dalam prosiding di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (“CIC”), menjelaskan tindakan jenayah yang dilakukan oleh perayu. Dalam keterangannya, 115 mangsa menyatakan bahawa perayu memegang tangannya dan memaksa tangannya berada di atas kemaluan perayu selama kira-kira dua minit. Apabila mangsa cuba pergi ke bilik ibu bapanya, perayu menarik tangan kanannya untuk menghalangnya. Mangsa turut menyatakan bahawa dia melihat kemaluan perayu dan 120 menggambarkannya sebagai panjang. Dalam insiden lain yang lebih serius, perayu didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa dalam keadaan kakinya terkangkang, sambil kedua-dua tangannya memegang kaki mangsa untuk menahan pergerakan. 125 [8]. Mangsa menerangkan bahawa pada awalnya dia tidak merasa sakit, namun apabila perayu menekan kemaluannya kali kedua, rasa sakit menjadi jelas. Walaupun berasa takut, mangsa tidak menangis atau menjerit kerana disuruh berdiam. Semasa pemeriksaan balas, mangsa mengesahkan bahawa sebelum 130 insiden penetrasi, perayu telah memintanya untuk menjilat kemaluannya. Mangsa juga menyatakan bahawa perayu mengugutnya supaya tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa. Ketika disoal mengenai ketiadaan pendarahan, mangsa menolak dakwaan bahawa ini membuktikan tiada kemasukan 135 berlaku. Mangsa secara konsisten menegaskan kejadian tersebut S/N zkaUwBuxrUifVM2j4NbgXg berlaku seperti yang dinyatakannya, meskipun terdapat cubaan untuk menimbulkan keraguan terhadap keterangannya. [9]. Perayu berhujah bahawa terdapat ketidakkonsistenan material dalam keterangan mangsa, yang menjejaskan kredibiliti dan 140 kebolehpercayaan keterangannya. Perayu merujuk kepada keterangan mangsa semasa pemeriksaan utama yang mendakwa terdapat 10 kali kemasukan, tetapi kemudian, semasa pemeriksaan balas, mangsa menyatakan bahawa sebenarnya tiada kemasukan berlaku. Perayu berpendapat bahawa percanggahan ini menyentuh 145 elemen utama pertuduhan, iaitu unsur kemasukan yang diperlukan untuk membuktikan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan. Oleh itu, perayu berhujah bahawa percanggahan ini menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 150 [10]. Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan menegaskan bahawa percanggahan ini adalah kecil dan biasa berlaku dalam keterangan kanak-kanak, terutama bagi mereka yang berusia muda. Pendakwaan berpendapat bahawa ketidakkonsistenan kecil tidak seharusnya menjejaskan kredibiliti keseluruhan saksi, terutamanya 155 apabila keterangan material mangsa masih kekal konsisten. [11]. Keterangan mangsa di CIC menunjukkan bahawa mangsa memberikan keterangan yang konsisten mengenai kejadian rogol, termasuk keterangan dengan penggunaan patung anatomi untuk menjelaskan tindakan tertuduh. Dalam prosiding di mahkamah, 160 mangsa turut mengesahkan bahawa tertuduh memasukkan kemaluannya. Walaupun terdapat perubahan dalam keterangan S/N zkaUwBuxrUifVM2j4NbgXg iaitu 10 kali kemasukan, tetapi kemudian, semasa pemeriksaan balas, mangsa menyatakan bahawa sebenarnya tiada kemasukan berlaku, percanggahan ini dijelaskan oleh mangsa semasa 165 pemeriksaan semula, di mana dia menyatakan bahawa kemasukan hanya berlaku pada kali pertama, manakala tindakan menekan-nekan berlaku selepas itu. [12]. Tambahan lagi, ketidakkonsistenan kecil dalam keterangan mangsa tidak boleh dilihat secara berasingan daripada keseluruhan bukti 170 yang dibentangkan oleh Pendakwaan. Keterangan pakar perubatan (SP6) mengesahkan adanya lebam pada bahagian labia minora mangsa, yang konsisten dengan kemasukan objek tumpul seperti kemaluan lelaki. Walaupun pakar tidak dapat mengesahkan dengan mutlak bahawa lebam tersebut disebabkan oleh kemaluan tertuduh, 175 keterangan ini menyokong dakwaan rogol dan tidak boleh diabaikan. Dalam kebanyakan kes rogol, di mana tertuduh disabitkan, keterangan pakar perubatan adalah sekadar terdapat lebam pada bahagian kemaluan mangsa, yang konsisten dengan kemasukan objek tumpul seperti kemaluan lelaki. Tidak sesekali 180 pakar menyata dengan nyata keadaan lebam adalah diakibatkan oleh kemaluan lelaki, kecuali pakar mempunyai bukti sedemikian (“direct evidence of the same”). Dalam kes PP lwn. Yong Choo Kiong [2022] 10 CLJ 103; [2023] 7 MLJ 744; [2022] MLRHU 1924; [2022] AMEJ 1330, Yang Arif Hakim Abdul Wahab Mohamed 185 mengatakan berikut: “40. Keterangan sokongan pertama datangnya daripada keterangan doktor pakar O&G iaitu Dr Nilawati binti Isha (SP5). SP5 yang telah membuat pemeriksaan terhadap kemaluan SP15 pada 9 Julai 2019 telah mengesahkan kebenaran cerita SP15 190 S/N zkaUwBuxrUifVM2j4NbgXg berdasarkan wujudnya kesan koyakan baru pada selaput dara SP15 di kedudukan jam 6 dan 8 yang boleh diakibatkan oleh kemasukan benda tumpul seperti zakar sekaligus menyokong keterangan SP15 berkenaan wujudnya "penile penetration" yang mana zakar OKT telah memasuki kemaluan SP15” 195 [13]. Secara prinsipnya, undang-undang menetapkan bahawa keterangan mangsa sahaja, jika dipercayai, adalah mencukupi untuk mensabitkan tertuduh tanpa memerlukan sokongan tambahan. Dalam kes ini, mangsa memberikan keterangan yang 200 terperinci dan relevan mengenai kejadian tersebut, walaupun terdapat percanggahan kecil. HMS juga telah mempertimbangkan faktor usia mangsa serta kesan trauma yang mungkin mempengaruhi keterangannya. Berikut diputuskan oleh HMS: “[19] ….. Saya berpendapat SP3 tidak menipu dalam 205 keterangannya dan keseluruhan keterangannya harus dinilai secara holistik dengan mengambil kira umur mudanya, keadaan sekeliling ketika kejadian, dan latar belakang hubungan baik antara kedua-dua keluarga ini” 210 [14]. Oleh itu, mahkamah mendapati bahawa hujahan pembelaan berhubung ketidakkonsistenan keterangan ini tidak berasas. Berdasarkan keseluruhan keterangan yang menyokong dakwaan, mahkamah ini mengekalkan sabitan terhadap tertuduh. Ketidakkonsistenan kecil dalam keterangan kanak-kanak tidak 215 sewajarnya dianggap sebagai kelemahan yang menimbulkan keraguan munasabah terhadap keseluruhan kes Pendakwaan. S/N zkaUwBuxrUifVM2j4NbgXg [15]. Mahkamah ini turut menekankan bahawa tidak semua percanggahan atau ketidakkonsistenan dalam keterangan saksi akan menjadikan keseluruhan keterangan saksi tidak dipercayai. 220 Ketidakkonsistenan yang tidak menyentuh isu pokok pertuduhan boleh dianggap remeh, seperti yang diputuskan dalam kes PP v. Zainal Abidin Maidin & Anor [2014] 7 CLJ 723; [2014] 5 MLRH 476; [2014] AMEJ 1092, yang menyatakan: "While it is true that not all inconsistencies, discrepancies or 225 contradictions necessarily render the witness’s entire evidence incredible, where these inconsistencies go to the root of the charge, they can no longer be disregarded as being of a trivial nature." Keterangan baru semasa pemeriksaan semula 230 [16]. Perayu mendakwa bahawa keterangan baru yang diberikan oleh mangsa semasa pemeriksaan semula tidak selaras dengan keterangan yang diberikan semasa keterangan utama dan keterangan balas. Perayu menegaskan bahawa keterangan ini tidak boleh dianggap sebagai penjelasan tetapi sebagai satu keterangan 235 baru yang bercanggah, sekali gus menjejaskan kredibiliti mangsa. [17]. Perayu berhujah bahawa semasa keterangan melalui CIC, mangsa menyatakan terdapat 10 kali kemasukan. Namun, semasa pemeriksaan balas, mangsa menyatakan bahawa sebenarnya tiada kemasukan berlaku. Akhirnya, semasa pemeriksaan semula, 240 mangsa menjelaskan bahawa kemasukan hanya berlaku pada kali pertama, manakala tindakan menekan-nekan berlaku selepas itu. S/N zkaUwBuxrUifVM2j4NbgXg [18]. Mahkamah ini berpendapat keterangan semasa pemeriksaan semula adalah bukan keterangan baru. Keterangan tersebut merupakan keterangan tambahan atau penjelasan yang dibenarkan 245 selagi mana ia berkait dengan keterangan yang telah diberikan sebelum ini semasa pemeriksaan balas dan tidak membawa kepada percanggahan material. Penjelasan tambahan semasa pemeriksaan semula adalah dibenarkan jika ia membantu menjelaskan keterangan terdahulu dan tidak membawa kepada 250 percanggahan material. Penjelasan lanjut bertujuan untuk memperjelaskan atau memperkukuhkan keterangan asal Penjelasan lanjut ini tidak boleh dianggap sebagai keterangan baru yang berasingan jika ia masih berkaitan dengan isu utama. Oleh yang demikian, mahkamah ini memutuskan bahawa keterangan 255 mangsa semasa pemeriksaan semula adalah penjelasan yang sah dan relevan untuk menjelaskan fakta utama dalam kes. [19]. Rujukan dibuat kepada bahan bacaan “May on Criminal Evidence 6th Ed” - Mainwork Part 6 - Rules Connected with the Trial, Chapter 21 - Examination of Witnesses, Section 4, yang menyatakan 260 semasa pemeriksaan semula saksi boleh diminta untuk menjelaskan atau mengembangkan jawapan yang diberikan dalam pemeriksaan balas. “Section 4. - Re-Examination After the close of cross-examination, the party calling the 265 witness may re-examine him. However: