a
(a) Open Comminuted Fracture of Right = RM 32,000.00
/akn/my/judgment/magistrates-court/2026/12d48ed5-e5f1-45f6-a6c1-c87c0e980b03
Magistrates Court of Malaysia19 May 2026JL-A71KJ-1-06/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ngan 1950 ini, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes TENAGA NASIONAL BHD V. PERWAJA STEEL SDN BHD [1995] 4 MLJ 673, di mana Hakim Low Hop Bing menyatakan seperti berikut: “Under section 101(1) of the Evidence Act 1950, whoever desires the court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the exist”
“48. Pemahaman ini adalah berdasarkan kes ABDUL WAFFIY BIN WAHUBBI & ANOR VAK NAZARUDDIN BIN AHMAD [2017] MLJU 761 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut: “I would also venture to say that it is the duty of counsel on both sides to guide the court to make an award which falls within the range as provi”
“y doing so, I find that SC has committed an error of law (1st Legal Error). The reasons for the 1st Legal Error have been explained in Lim Jeh Haur v. Nicholas Thomas Philip & Anor [2019] 1 LNS 1351; [2019] MLRHU 1023, at [22] to [25], as follows: E. Should court attach any weight to IO's opinion? [22] The Defendant ha”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: JL-A71KJ-1-06/2023
section
1. AHMAD RIDZWAN SRI BIN ABDULLAH (NO. K/P 850822-08-6001) …PLAINTIF DAN
section
1. KERAJAAN MALAYSIA
section
2. KETUA POLIS NEGARA MALAYSIA
section
3. POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
section
4. WAN MOHAMAD HUSAINI BIN WAN MAT (NO. K/P 920221-03-5111) PENGHAKIMAN Setelah meneliti kertas-kertas kausa, dokumen-dokumen dan keterangan-keterangan saksi yang telah diberikan dan setelah meneliti hujahan-hujahan yang telah difailkan, di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini memutuskan seperti berikut: Defendan-Defendan menanggung 80% liabiliti dan Plaintif sebanyak 20% atas kemalangan tersebut. 31/07/2026 13:51:47 JL-A71KJ-1-06/2023 Kand. 91 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KUANTUM BAGI TUNTUTAN ASAL [1] Award yang dibenarkan Mahkamah ini bagi Ganti Rugi Am (atas dasar 100% liabiliti) adalah seperti berikut:
section
1. Gantirugi Am (atas dasar 100% liabiliti)
a
(a) Open Comminuted Fracture of Right = RM 32,000.00
b
(b) Fracture Right Anterior Inferior Iliac Spine (Pelvis) = RM18,000.00 c) Ligament Tear Right Knee = RM20,000.00
section
2. Jumlah keseluruhan gantirugi am adalah sebanyak RM70,000.00 Gantirugi Khas (atas dasar 100% liabiliti) a) Kos Perjalanan bagi Plaintif untuk rawatan susulan di Hospital dan/atau klinik dan masih berterusan=RM100.00 b) Kerosakan pakaian dan kehilangan barang-barang persendirian Plaintif=RM100.00 c) Laporan Perubatan Kecemasan Hospital KPJ = RM94.00 d) Laporan Perubatan KPJ Pasir Gudang = RM264.00 e) Carian JPJ = RM10.00 Jumlah keseluruhan gantirugi khas adalah sebanyak RM568.00. BAGI TUNTUTAN BALAS [2] Award yang dibenarkan Mahkamah ini bagi Ganti Rugi Khas (atas dasar 100% liabiliti) adalah seperti berikut: a) Kos Pembaikan Kerosakan Motovan Defendan = RM4,600.00 Jumlah adalah sebanyak RM4,600.00. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [3] Kos dibenarkan mengikut skala. [4] Faedah a. Faedah pada kadar 5% setahun ke atas ganti rugi Am dari tarikh penyampaian saman sehingga tarikh penghakiman. b. Faedah pada kadar 2.5% setahun ke atas ganti rugi Khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman. c. Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh jumlah penghakiman. [5] Seterusnya jumlah penghakiman yang akan dibayar kepada Plaintif hendaklah dibayar ke atas akaun pelanggan Tetuan Raihan, Suzana & Partners. A.
section
1. LATAR BELAKANG KES Plaintif telah membawa tuntutan gantirugi terhadap Defendan-Defendan akibat kemalangan jalanraya yang berlaku pada 17.1.2021 jam lebih kurang 8.20 pagi melibatkan Motosikal No. Pendaftaran AGV 4632 (“Motosikal Plaintif”) dan Motosikal No. Pendaftaran WQG 3559 (“Motosikal Defendan”) di KM 0.5 Jalan Bandar Penawar – Punggai.
section
2. Motosikal Plaintif dan Motosikal Defendan masing-masing bergerak dari arah yang bertentangan serta menuju ke destinasi yang berbeza. Berdasarkan Rajah Kasar, Motosikal Plaintif sedang bergerak dari bahagian atas ke bawah di lorong kanan, manakala Motosikal Defendan bergerak dari bahagian bawah ke atas di lorong kiri. Kedua-dua motosikal tersebut sedang bergerak secara bertentangan arah antara satu sama lain ketika menghampiri lokasi kemalangan.
section
3. Pada setiap masa yang material, Defendan Keempat sedang melaksanakan tugas rasmi sebagai anggota pengiring (eskot) kepada YB Menteri **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ("Eskot tersebut"), yang sedang dalam perjalanan dari Punggai ke Bandar Penawar. Plaintif pula sedang dalam perjalanan untuk balik ke rumah dari tempat kerja.
section
4. Akibat daripada kemalangan tersebut, Plaintif menuntut ganti rugi bagi kecederaan yang didakwa dialaminya serta kerosakan yang dialami oleh Motosikal Plaintif akibat kemalangan tersebut. Sebaliknya, Defendan telah mengemukakan tuntutan balas bagi kerosakan yang dialami oleh Motosikal Defendan yang didakwa turut berpunca daripada kemalangan yang sama.
section
5. Hasil siasatan Polis mendapati Plaintif telah menjadi punca kepada kemalangan yang berlaku dan sebanyak RM300.00.
section
6. Saksi-saksi yang telah memberikan keterangan dalam kes ini adalah sebanyak 5 orang iaitu: a) Saksi Plaintif: - i. Inspektor Nurhidayah Binti Ab Kahar (SP1) ii. Ahmad Ridzwan Sri Bin Abdulullah (SP2) b) Saksi Defendan – Defendan: - i. En. Wan Mohamad Husaini Bin Wan Mat (SD1) ii. En. Azham Bin A. Aziz (SD2) iii. IR Mohd Fuaz Zakir Bin Ratiman (SD3) B.
section
7. KEPUTUSAN MAHKAMAH ATAS ISU LIABILITI Setelah mendengar dan menilai keterangan saksi-saksi, meneliti ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan menimbang penghujahan kesemua pihak, Mahkamah memutuskan bahawa, di atas imbangan kebarangkalian, Defendan-Defendan menanggung 80% liabiliti dan Plaintif sebanyak 20% atas kemalangan tersebut. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
8. Rayuan ini adalah rayuan oleh pihak Perayu-Perayu iaitu Defendan-Defendan yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah ini bahawa Defendan-Defendan dihakimi membayar kepada Plaintif gantirugi am sebanyak RM70,000.00 dan gantirugi khas sebanyak RM568.00 manakala Plaintif dihakimi membayar kepada Defendan-Defendan gantirugi khas sebanyak RM4,600.00.
section
9. Beban Pembuktian Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap (‘trite law’) bahawa beban pembuktian dalam sesuatu kes sivil terletak di bahu Plaintif untuk membuktikan tuntutan mereka atas imbangan kebarangkalian. Prinsip ini turut diaplikasikan dengan jelas dalam kes-kes sivil melibatkan kemalangan, di mana beban untuk membuktikan kewujudan kecuaian di pihak Defendan-Defendan sentiasa terletak pada Plaintif. Adalah bukan menjadi kewajipan Defendan-Defendan untuk membuktikan bahawa mereka tidak cuai.
section
10. Beban pembuktian ini juga diperuntukkan dengan jelas di bawah Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 seperti berikut: “101. (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
subsection
(2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.”
section
11. Selanjutnya, Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 turut memperuntukkan seperti berikut: “102. The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
12. Untuk maksud yang lebih jelas bagi peruntukan Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 ini, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes TENAGA NASIONAL BHD V. PERWAJA STEEL SDN BHD [1995] 4 MLJ 673, di mana Hakim Low Hop Bing menyatakan seperti berikut: “Under section 101(1) of the Evidence Act 1950, whoever desires the court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. In other words, the plaintiff must prove such facts as the plaintiff desires the court to give judgment as to its right to claim against the defendant or the defendant's liability to pay the plaintiff. The burden of proof is on the plaintiff: s. 101(2). In order to succeed here, the plaintiff must prove its claim affirmatively.”
section
13. Sebagai tambahan, Mahkamah ini turut merujuk kes MOHD YUSOF BIN MOHD RAKIM & ANOR VS SHANTA A/P PERIASAMY & ANOR [2006] 5 MLJ 251 at 257, di mana Hakim VT Singham telah memutuskan seperti berikut: “It is important to be reminded that there is no duty on the part of the first defendant in the instant appeal to prove that he is not negligent for the accident until the plaintiffs have established negligence against the first defendant which the plaintiffs have failed”
section
14. Berdasarkan peruntukan seksyen-seksyen berkenaan serta nas-nas perundangan yang dirujuk, beban pembuktian terletak sepenuhnya di bahu Plaintif dan tidak pernah berpindah kepada Defendan-Defendan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab Plaintif untuk membuktikan kes mereka.
section
15. Sehubungan itu, dalam menentukan isu liabiliti bagi kedua-dua tindakan ini, Mahkamah hendaklah terlebih dahulu menilai sama ada Plaintif telah berjaya **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membuktikan kewujudan kecuaian di pihak Defendan-Defendan berhubung kemalangan tersebut. Hanya setelah unsur kecuaian dibuktikan terhadap Defendan-Defendan, barulah Mahkamah dapat menentukan sama ada Defendan-Defendan menanggung liabiliti 100% dalam kes ini.
section
16. Isu Liabiliti Di dalam kes ini, terdapat dua versi yang bercanggah mengenai bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Oleh sebab wujud percanggahan antara versi Plaintif dan Defendan Pertama, Mahkamah perlu meneliti dan menilai keterangan yang dikemukakan bagi menentukan versi manakah yang lebih berkemungkinan benar atau sebaliknya (inherently probable or improbable), berdasarkan keseluruhan keterangan dan keadaan kes.
section
17. Sehubungan itu, isu utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah sama ada Motosikal Plaintif telah memotong motolori yang berada di hadapannya melalui sebelah kanan sehingga menyebabkan perlanggaran dengan Motosikal Defendan, sebagaimana yang didakwa oleh pihak Defendan, atau sama ada Motosikal Defendan telah memasuki laluan Motosikal Plaintif sehingga mengakibatkan berlakunya perlanggaran tersebut, sebagaimana yang didakwa oleh Plaintif.
section
18. Mahkamah ini telah meneliti keterangan-keterangan dalam kes ini terutamanya keterangan SP1 iaitu Pegawai Penyiasat. SP1 memberikan keterangan bahawa kemalangan yang berlaku melibatkan melibatkan Motosikal No. Pendaftaran AGV 4632 (“Motosikal Plaintif”) dan Motosikal No. Pendaftaran WQG 3559 (“Motosikal Defendan Keempat”). Laporan Polis Trafik Kota Tinggi/00157/21 (P1) juga telah dibuat oleh pemandu motosikal no. WQG 3559 iaitu Defedan Keempat manakala Laporan Polis Trafik Kota Tinggi/00419/21 (P2) dibuat oleh Plaintif. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
19. Keterangan SP1 juga menyatakan bahawa kenderaan yang telah disaman adalah Plaintif sebagai pemandu motosikal no. AGV 4632 sebagaimana dalam ekshibit P3 iaitu Keputusan Penyiasatan Kes.
section
20. Selanjutnya, berdasarkan siasatan SP1, suatu Rajah Kasar (P4A) dan Kunci (P4K) telah dilakarkan mengenai kemalangan tersebut di mana motosikal Plaintif adalah dari bawah ke atas (A2-A3) dari Punggai menghala ke Penawar manakala arah motosikal Defendan Keempat adalah dari arah atas ke bawah (A4-A5) dari Penawar ke Punggai. Siasatan SP1 juga menunjukkan bahawa kedua-dua kenderaan telah mengalami kerosakan.
section
21. Walau bagaimanapun, Mahkamah mendapati terdapat percanggahan material dalam keterangan SP1 apabila beliau dipanggil semula untuk memberi keterangan. Berbeza dengan keterangan terdahulunya, SP1 menyatakan bahawa Plaintif sedang bergerak dari arah atas ke bawah menuju ke Punggai, iaitu dari (A4 ke A5) dari arah Bulatan Desaru manakala Defendan Keempat pula bergerak dari arah bawah ke atas, iaitu dari (A2 ke A3) dari arah Bulatan menghala ke Bandar Penawar. Percanggahan mengenai arah pergerakan kedua-dua kenderaan ini merupakan suatu fakta material yang menimbulkan keraguan terhadap ketepatan dan kebolehpercayaan keterangan SP1 berhubung bagaimana kemalangan tersebut berlaku.
section
22. Mahkamah turut mendapati terdapat percanggahan dalam keterangan SP1 berhubung lokasi sebenar titik perlanggaran. Pada keterangan awalnya, SP1 menandakan titik perlanggaran sebagai X. Walau bagaimanapun, apabila dipanggil semula untuk memberi keterangan, SP1 telah mengubah lokasi titik perlanggaran tersebut kepada A6 dengan menyatakan bahawa motosikal Plaintif kemudiannya terseret sehingga ke A8. Sebaliknya, motosikal Defendan tidak terjatuh dan kekal statik di atas garisan jalan selepas perlanggaran. Percanggahan ini menimbulkan keraguan terhadap ketepatan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dan konsistensi keterangan SP1 berhubung lokasi sebenar kemalangan serta kedudukan akhir kedua-dua motosikal selepas impak berlaku.
section
23. Mahkamah ini telah merujuk kepada kes TEO BEE LENG V. MOHD FARHAN AZIZAN ADNAN [2020] 1 LNS 612, dalam mempertimbangkan keterangan SP1 iaitu setakat mana skop keterangan Pegawai Penyiasat harus diambil kira oleh Mahkamah yang telah diputuskan seperti berikut: “D. Whether SC could consider SP1's (investigation Officer) Opinion [17] It is clear from paragraphs 15 and 39 of the GOJ that the learned SCJ had taken into account SP1's Opinion. Even if SP1 is a credible witness, the SC should not have considered SP1's Opinion in This Action. By doing so, I find that SC has committed an error of law (1st Legal Error). The reasons for the 1st Legal Error have been explained in Lim Jeh Haur v. Nicholas Thomas Philip & Anor [2019] 1 LNS 1351; [2019] MLRHU 1023, at [22] to [25], as follows: E. Should court attach any weight to IO's opinion? [22] The Defendant has relied on the opinion evidence of the 2 IO's that the Defendant was not at fault regarding the Incident because the 1st Plaintiff had come out from the left side of the Defendant and had crossed onto the Defendant's right of way. [23] Firstly, a police officer investigating a road accident may give evidence regarding the result of his or her investigation, such as (which are not exhaustive) -
subsection
(1) the nature and extent of the damage to the vehicles in question;
subsection
(2) the results of an examination of the scene of accident, e.g. – **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
a
(a) whether there were skid marks on the road;
b
(b) whether the traffic lights and/or street lights were functioning at the material time; and
c
(c) whether there were traffic signs at the scene of the accident; and
subsection
(3) a sketch plan of the place of the accident. [24] The court should not attach any weight to the evidence of an IO that a particular party has been negligent or not (or words to that effect) because -
subsection
(1) whether a party is liable for negligence or otherwise is to be decided by the court;
subsection
(2) an IO has no personal knowledge regarding the accident. The IO's knowledge of the accident is derived solely from the results of the IO's investigation. In other words, the IO's evidence regarding who is negligent or not, constitutes hearsay evidence. I rely on the following judgment of Ong Hock Thye Ag CJ (Malaya) (sitting as a High Court Judge) in Public Prosecutor v. Siew Sung [1966] 1 MLJ 145, at 145, as follows - "The inspector's evidence that his enquiries led him to believe that the accused was owner of the machine, was rightly struck out as hearsay, upon objection raised by defence counsel. " (emphasis added); and
subsection
(3) an IO's evidence regarding who is negligent or otherwise, is purely his or her opinion. The court cannot accept opinion evidence unless there is a relevant issue before the court which is beyond the court's competence wherein the court may accept an **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal expert opinion under s. 45(1) EA. Section 45(1) EA provides as follows - "Opinions of experts 45(1) When the court has to form an opinion upon a point of foreign law or of science or art, or as to identity or genuineness of handwriting or finger impressions, the opinions upon that point of persons specially skilled in that foreign law, science or art, or in questions as to identity or genuineness of handwriting or finger impressions, are relevant facts." (emphasis added). [25] As explained in the above paragraph 24, no weight should be attached to the opinion evidence of the 2 IO's that the Defendant was not at fault regarding the Incident. " (emphasis added).”
section
24. Mahkamah ini juga turut merujuk kepada kes LILIES SURAYA ABDUL LATIB & ORS V. KHAIRUL SABRI & ORS [2019] 1 LNS 2099 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: “The court should not attach any weight to the evidence of an IO that a particular party has been negligent or not (or words to that effect) because -
subsection
(1) whether a party is liable for negligence or otherwise is to be decided by the court; 2) an IO has no personal knowledge regarding the accident. The IO's knowledge of the accident is derived solely from the results of the IO's investigation. In other words, the IO's evidence regarding who is negligent or not, constitutes hearsay evidence. I rely on the following judgment of Ong Hock Thye Ag CJ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (Malaya) (sitting as a High Court Judge) in Public Prosecutor v. Siew Sung [1999] 2 CLJ 151; [1966] 1 MLJ 145, at 145, as follows - "The inspector's evidence that his enquiries led him to believe that the accused was owner of the machine, was rightly struck out as hearsay, upon objection raised by defence counsel. " (emphasis added); and
subsection
(3) an IO's evidence regarding who is negligent or otherwise, is purely his or her opinion. The court cannot accept opinion evidence unless there is a relevant issue before the court which is beyond the court's competence wherein the court may accept an expert opinion under s. 45(1) EA.”
section
25. Berdasarkan kes yang dirujuk di atas, Mahkamah berpandangan bahawa Mahkamah ini boleh menerima keterangan SP1 sebagai Pegawai Penyiasat mengenai kemalangan yang telah berlaku namun tidak melibatkan isu keterangan kecuaian pihak-pihak memandangkan SP1 hanya bertindak untuk menyiasat kemalangan dan tidak berada di tempat kejadian sewaktu ia berlaku.
section
26. Mahkamah Rayuan di dalam kes SITI ATHIRAH MOHD SAPUAN V. RAZANATUL AIN HASSAN & ANOR [2015] 6 CLJ 295 memutuskan bahawa: “The claim, being a claim for the tort of negligence, the appropriate approach to be taken by the SCJ, first and foremost, was to make a finding of mixed fact and law whether or not the first defendant had breached her legal duty of care towards the plaintiff. Only once negligence has been established against the first defendant should the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SCJ proceed to determine contributory negligence on the part of the plaintiff.”
section
27. Mahkamah mendapati keterangan SP2 adalah bahawa kemalangan berlaku apabila sebuah motolori yang tidak dapat dikenal pasti telah berhenti secara mengejut di hadapannya. Akibatnya, SP2 telah membrek dan mengelak ke sebelah kanan, yang pada ketika itu masih berada dalam laluannya sendiri. Walau bagaimanapun, dalam usaha mengelak tersebut motosikal yang ditungganginya telah bergesel dan seterusnya berlanggar dengan motosikal bernombor pendaftaran WQG 3559 yang datang dari arah bertentangan.
section
28. Keterangan SP2 berhubung kewujudan motolori tersebut turut disokong oleh keterangan SD2, iaitu Defendan Keempat yang mengesahkan bahawa terdapat sebuah motolori berada di hadapan SP2 sebelum kemalangan berlaku. SP2 turut menjelaskan bahawa beliau tidak dapat melihat kehadiran motosikal Defendan Keempat lebih awal kerana pandangannya dihalang oleh motolori tersebut. Pada masa yang sama, SD2 juga memberi keterangan bahawa pandangannya terhadap SP2 turut terhalang oleh motolori tersebut dan beliau hanya menyedari kehadiran SP2 selepas SP2 membuat cubaan mengelak. Keadaan ini menyebabkan kedua-dua pihak tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengelakkan perlanggaran.
section
29. Mahkamah turut mengambil kira bukti fizikal di tempat kejadian. Berdasarkan rajah kasar dan keterangan saksi-saksi, kawasan perlanggaran didapati lebih tertumpu ke arah laluan Plaintif. Hal ini disokong oleh kewujudan serpihan utama motosikal yang lebih banyak di titik X, yang terletak di kawasan A3–A4, serta kesan seretan motosikal Plaintif sehingga ke A8. Dapatan ini adalah konsisten dengan keterangan bahawa perlanggaran berlaku ketika SP2 membuat tindakan mengelak secara mengejut akibat kewujudan motolori tersebut. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
30. Mahkamah berpuas hati bahawa kemalangan berlaku apabila Plaintif mengambil tindakan mengelak sebuah motolori yang berhenti secara mengejut di hadapannya. Mahkamah menerima bahawa tindakan tersebut diambil dalam keadaan cemas dan merupakan reaksi spontan terhadap situasi yang tidak diduga.
section
31. Walau bagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa Defendan Keempat telah gagal mengambil tindakan mengelak yang munasabah bagi mengelakkan perlanggaran walaupun mempunyai peluang untuk berbuat demikian. Kegagalan Defendan Keempat bertindak sewajarnya dalam situasi tersebut merupakan faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Pada masa yang sama, Mahkamah turut mengambil kira bahawa tindakan Plaintif mengelak ke kanan dalam keadaan cemas telah turut menyumbang kepada kemalangan namun sumbangan tersebut adalah pada kadar yang lebih rendah.
section
32. Kes HONG YIK TRADING V LIZIZ PLANTATION SDN BHD [2017] CLJ dirujuk di mana Mahkamah Persekutuan menggariskan pemakaian Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 tersebut: - “[12] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist. Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence.”
section
33. Beban pembuktian telah beralih kepada Defendan-Defendan dan memanggil tiga saksi semasa perbicaraan untuk hadir memberikan keterangan bagi menyangkal dan menafikan keterangan dan ekshibit yang telah dikemukakan oleh pihak Plaintif. Ini adalah berdasarkan kes yang telah diputuskan iaitu **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KAMARUDIN BIN MOHD DAUD V ROSLINDA BINTI DAHILI & ANOR [2024] 1 PIR [53], Mahkamah merujuk kepada Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 di mana beban pembuktian sesuatu kes sepanjang perbicaraan terletak di atas bahu Plaintif dan akan berpindah kepada Defendan-Defendan selepas beban tersebut dilepaskan.
section
34. Mahkamah ini juga merujuk kes SABRI ABDUL TALIB AND VT LOGISTICS
m
(M) SDN. BHD. V. TIONG MEE KOOI [2021] 1 LNS 2275, Hakim Evrol Mariette Peters menyatakan bahawa: “The standard of proof on the Plaintiff to prove his claim was on a balance of probabilities. The term ‘balance of probabilities’ was described in Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 by Denning J (as he then was) as ‘more probable than not’ and which is ‘not so high as required in a criminal case…but if the probabilities are equal, it is not discharged’. The standard, therefore, does not allow for any guesswork, speculation, surmise, or conjecture. Miller v. Minister of Pensions has been assimilated into Malaysian jurisprudence through several cases, including Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1.”.
section
35. Pada tarikh kemalangan, Defendan Keempat sedang menjalankan tugas rasmi sebagai anggota eskot bagi mengiringi rombongan dari Bandar Penawar menuju ke Punggai.
section
36. Pada setiap masa yang material, tugas Defendan Keempat adalah untuk mengawal lalu lintas dengan memastikan laluan dibuka dan dikosongkan supaya pergerakan kenderaan yang diiringi dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau kelewatan. Pada ketika kejadian, Defendan Keempat menunggang motosikal eskot dan berada di hadapan konvoi bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
37. Mahkamah turut mengambil maklum bahawa pelaksanaan tugas rasmi Defendan Keempat adalah tertakluk kepada peruntukan Seksyen 19 dan Seksyen 20 Akta Polis 1967 [Akta 344] yang memperuntukkan kuasa dan tanggungjawab anggota polis dalam mengawal lalu lintas serta mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya semasa menjalankan tugas rasmi. Namun demikian, kuasa yang diberikan di bawah peruntukan tersebut tidak mengecualikan Defendan Keempat daripada kewajipan untuk menjalankan tugasnya dengan berhati-hati dan mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi mengelakkan kemalangan. Sebagai anggota polis yang mengendalikan motosikal eskot, Defendan Keempat tetap terikat dengan standard kewaspadaan yang tinggi selaras dengan sifat tugasnya yang melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.
section
38. Mahkamah telah mempertimbangkan hujahan Defendan bahawa siren dan lampu beacon telah diaktifkan serta amaran yang mencukupi telah diberikan kepada semua pengguna jalan raya. Mahkamah juga mengambil maklum bahawa motolori di hadapan Plaintif telah bergerak ke bahu jalan dan Defendan Keempat berada di laluannya sendiri sebelum berlakunya perlanggaran.
section
39. Walau bagaimanapun, Mahkamah tidak menerima hujahan Defendan bahawa keseluruhan liabiliti hendaklah diletakkan ke atas Plaintif semata-mata. Walaupun Plaintif mengambil tindakan mengelak ke kanan dalam keadaan cemas selepas motolori berhenti secara mengejut, Mahkamah berpendapat bahawa Defendan Keempat sebagai anggota polis yang sedang menjalankan tugas mengawal lalu lintas, mempunyai kewajipan yang lebih tinggi untuk menjangkakan kemungkinan berlakunya situasi kecemasan atau reaksi panik daripada pengguna jalan raya yang lain.
section
40. Mahkamah mendapati bahawa Defendan Keempat gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi mengelakkan perlanggaran dalam keadaan yang memerlukan tahap kewaspadaan yang lebih tinggi. Kegagalan tersebut merupakan satu faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Walaubagaimanapun, Mahkamah turut mengambil kira bahawa **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tindakan Plaintif mengelak ke kanan tanpa memastikan laluan tersebut selamat juga telah menyumbang kepada kemalangan.
section
41. Mahkamah turut mengambil kira keterangan Defendan Keempat sendiri yang mengakui bahawa kawasan kemalangan terletak berhampiran persimpangan lampu isyarat, simpang tiga dan sebuah stesen minyak serta bukan kawasan yang sesuai untuk dipandu pada kelajuan tinggi. Pengakuan tersebut menunjukkan bahawa Defendan Keempat sememangnya menyedari bahawa kawasan berkenaan memerlukan tahap kewaspadaan yang lebih tinggi serta pengendalian motosikal yang lebih berhati-hati berikutan risiko berlakunya halangan atau situasi yang tidak dijangkakan.
section
42. Berdasarkan pengakuan tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa Defendan Keempat sepatutnya mengendalikan motosikal eskotnya dengan tahap kewaspadaan yang lebih tinggi selaras dengan tanggungjawabnya sebagai anggota polis yang mengawal lalu lintas. Kegagalannya berbuat demikian merupakan suatu kecuaian yang menyumbang secara signifikan kepada berlakunya kemalangan dan justeru mewajarkan Defendan-Defendan menanggung bahagian liabiliti yang lebih besar berbanding Plaintif.
section
43. Berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan, Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya di atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah mendapati bahawa walaupun Defendan-Defendan telah mengemukakan pembelaan bagi menafikan liabiliti, keterangan tersebut tidak mencukupi untuk menyangkal dapatan bahawa Defendan Keempat telah gagal melaksanakan kewajipan berhati-hati yang sewajarnya semasa menjalankan tugas eskot. Pada masa yang sama, Mahkamah turut mengambil kira bahawa tindakan Plaintif mengelak ke kanan tanpa memastikan laluan tersebut selamat telah menyumbang kepada berlakunya kemalangan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
44. Oleh yang demikian, setelah menimbang tahap kecuaian kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan bahawa Defendan-Defendan hendaklah menanggung 80% liabiliti, manakala Plaintif menanggung 20% liabiliti atas kemalangan tersebut. C. KEPUTUSAN MAHKAMAH ATAS ISU KUANTUM
section
45. Gantirugi Am Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang-undang mengenai gantirugi am dalam mempertimbangkan gantirugi am yang sewajarnya bagi Plaintif sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes KU JIA SHIUEN (AN INFANT SUING THROUGH HER MOTHER AND NEXT FRIEND, TAY PEI HOON) & ANOR V GOVERNMENT OF MALAYSIA & ORS [2013] 4 MLJ 108, di mana Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: “It is settled law that damages in tort are not meant to be punitive; neither a reward. Damages are meant to be a form of compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act so far as money can compensate. It is not meant to enrich the injured party. Therefore, the compensation must by fair, reasonable and adequate but not excessive (Yang Salbiah & Anor v Jamil bin Harun [1981] 1 MLJ 292) The aim is to put the injured party back as it were, as far as possible to his original position prior to the tortuous act which caused the damage (Shanmugam a/l Gopal v Zinal Abidin bin Nazim & Anor [2003] 3 MLJ 76; Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324 (FC)).
section
46. Mahkamah ini juga turut merujuk kepada kes ONG AH LONG V DR S UNDERWOOD (1983) CLJ REP 300 di mana Mahkamah mengatakan seperti berikut: - “It has to be borne in mind that damages for personal injuries are not punitive and still less a reward. They are simply compensation that will **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal give the injured party reparation for the wrongful act and for all the natural and direct consequences of the wrongful act, so far as money can compensate. …The award under general damages should be a global sum commensurate with the injury sustained and not a full compensation which might result in ruinous consequences to the defendant.”
section
47. Dalam mempertimbangkan gantirugi am yang sewajarnya bagi Plaintif, Mahkamah ini turut merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018 yang merupakan satu garis panduan dalam menentukan nilai gantirugi. Walaubagaimanapun, Mahkamah ini tidak terikat dengan jumlah yang dinyatakan di dalam Revised Compendium of Personal Injury Award tersebut.
section
48. Pemahaman ini adalah berdasarkan kes ABDUL WAFFIY BIN WAHUBBI & ANOR VAK NAZARUDDIN BIN AHMAD [2017] MLJU 761 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut: “I would also venture to say that it is the duty of counsel on both sides to guide the court to make an award which falls within the range as provided in the Compendium. Of course, even then there has to be medical evidence to support an award which leans towards either the higher or lower end of the range. Having said that, I do accept that the Compendium is not a statutory code but only a guideline which does not fetter the court’s discretion and that the court is, subject to exceptional factual circumstances, at liberty to depart from the Compendium. But, it would take compelling and extenuating facts (medical evidence) to persuade a court to depart from the Compendium. Otherwise, the Compendium will be rendered useless in so far achieving consistency in awards for damages for personal injuries.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
49. Pihak Plaintif dan Defendan-Defendan turut membuat rujukan terhadap nas-nas perundangan dalam membantu Mahkamah ini mempertimbangkan gantirugi am yang wajar diberikan. Dalam membuat rujukan terhadap nas-nas perundangan tersebut, Mahkamah ini sentiasa dipandu oleh kes LAW KOK LEONG & ANOR V NOR HAPIZA BINTI ABU HASSAN (WIFE TO THE DECEASED, ABDUL MANAP BIN HAMID) [2017] 1 PIR [3] di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa: “The amount awarded by the SCJ for damages was not entirely excessive. The awards were given by referring to and being guided by recent cases” The defendants had proposed the sum of RM220,000.00 in the Sessions Court, and are maintaining the same figure in this appeal. It was submitted that the award of RM300,000.00 by the Sessions Court was excessive, particularly as the maximum award set out in the Revised Compendium of Personal Injury Awards is RM220,000.00. I am disinclined to disturb the award, as the learned SCJ had referred to the awards given in recent cases and was guided by them. He also correctly pointed out that the Compendium is merely a guideline, and that he was not bound to adhere to the amount set out in it.”
section
50. Berdasarkan otoriti kes-kes yang dirujuk, Mahkamah ini memberikan gantirugi am seperti berikut: Gantirugi Am (atas dasar 100% liabiliti)
a
(a) Open Comminuted Fracture of Right = RM 32,000.00
b
(b) Fracture Right Anterior Inferior Iliac Spine (Pelvis) = RM18,000.00 c) Ligament Tear Right Knee = RM20,000.00 Jumlah keseluruhan gantirugi am adalah sebanyak RM70,000.00 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
51. Mahkamah ini telah merujuk nas perundangan yang telah dikemukakan oleh pihak-pihak di dalam kes JL-A71KJ-1-06/2023 serta mengambil kira jumlah yang dinyatakan di dalam Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018. Mahkamah mengimbangi faktor-faktor ini dan berpandangan bahawa jumlah yang wajar telah diberikan kepada Plaintif dan jumlah ini turut mengambil kira faktor bahawa kes ini diselesaikan pada tahun 2026.
section
52. Gantirugi Khas Dalam mempertimbangkan gantirugi khas yang sewajarnya bagi Plaintif, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang-undang mengenai gantirugi khas sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes SAM WUN HOONG V KADER IBRAMSHAH (1981) 1 MLJ 295 yang memutuskan seperti berikut: “Special damage consists of out-of-pocket expenses, such as hospital bills and actual losses of earning during period of total incapacity, and is generally capable of substantially exact calculation.”
section
53. Mahkamah ini turut merujuk kepada kes TUMBUNG ANAK NAKIS & ANOR V CHRISTOPHER ANAK BANDI@JOSNY (2018) 1 LNS 1514 yang memutuskan seperti berikut: “…lest it be forgotten, the claim under this head is a claim under special damages, the Plaintiff is required not only to plead precisely but also to prove it. The Plaintiff is expected to provide evidence so that the Court can then decide the reasonable costs which had been reasonably incurred by the Plaintiff as pre-trial loss arising from the injury. The Plaintiff cannot simply throw a figure at the court and expect the Court to award the asserted sum as special damages or to pluck a figure in the air.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
54. Bagi gantirugi khas, Mahkamah ini memberikan gantirugi khas seperti berikut:- Gantirugi Khas (atas dasar 100% liabiliti) a) Kos Perjalanan bagi Plaintif untuk rawatan susulan di Hospital dan/atau klinik dan masih berterusan=RM100.00 b) Kerosakan pakaian dan kehilangan barang-barang persendirian Plaintif=RM100.00 c) Laporan Perubatan Kecemasan Hospital KPJ = RM94.00 d) Laporan Perubatan KPJ Pasir Gudang = RM264.00 e) Carian JPJ = RM10.00 Jumlah keseluruhan gantirugi khas adalah sebanyak RM568.00.
section
55. Berdasarkan Laporan Pakar Plaintif, Plaintif menyatakan masih lagi mengalami kesakitan pada paha kanannya dan mengalami kesukaran dalam menggunakan tangga. Laporan Pakar Defendan sebagai laporan pakar terkini pula menyatakan bahawa removal of implants dan total hip replacement tidak perlu dijalani oleh Plaintif memandangkan tulang femur beliau telah bercantum dan tidak memerlukan pembedahan masa hadapan. Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan bahawa jumlah di atas adalah wajar diberikan kepada Plaintif.
section
56. Selepas mengambil kira isu liabiliti, Mahkamah memerintahkan bahawa Defendan-Defendan dihakimi membayar kepada Plaintif gantirugi am sebanyak RM70,000.00 dan gantirugi khas sebanyak RM6,402.00 manakala kepada Plaintif Ketiga gantirugi am sebanyak RM3,000.00 dan gantirugi khas sebanyak RM40.00. Kos adalah mengikut skala. TUNTUTAN BALAS **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
57. Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya di atas imbangan kebarangkalian. Berdasarkan Borang Laporan Kerosakan JKR, Mahkamah menerima bahawa nilai Motosikal Defendan sebelum berlakunya kemalangan adalah sebanyak RM4,600.00. Mahkamah juga berpuas hati bahawa kerosakan yang dialami oleh Motosikal Defendan telah dibuktikan melalui dokumen-dokumen yang dikemukakan.
section
58. Syor JKR turut menyatakan bahawa Motosikal Defendan adalah tidak ekonomik untuk dibaiki (beyond economical repair) dan oleh yang demikian, tiada kerja-kerja pembaikan dilaksanakan ke atas Motosikal Defendan tersebut. Sehubungan itu, tuntutan Defendan adalah berasaskan kerugian yang dialami akibat kerosakan terhadap Motosikal Defendan berikutan kemalangan tersebut.
section
59. Gambar-gambar yang menunjukkan tahap kerosakan Motosikal Defendan turut dikemukakan berdasarkan pemeriksaan oleh pihak Defendan-Defendan dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Bukti bergambar tersebut menunjukkan keadaan kerosakan Motosikal Defendan akibat daripada kemalangan yang melibatkan kecuaian kedua-dua pihak sebagaimana dapatan liabiliti oleh Mahkamah. Mahkamah telah mengambil kira bukti bergambar tersebut dalam menilai tahap kerosakan yang dialami oleh Motosikal Defendan serta menentukan tuntutan balas yang dikemukakan oleh Defendan-Defendan.
section
60. Bagi isu tuntutan balas, memandangkan Plaintif turut didapati bertanggungan sebanyak terhadap kemalangan ini, Mahkamah terlebih dahulu menilai jumlah ganti rugi yang telah dibuktikan oleh Defendan-Defendan atas asas 100% liabiliti. Award yang dibenarkan oleh Mahkamah bagi Ganti Rugi Khas (atas dasar 100% liabiliti) adalah seperti berikut: Kos Pembaikan Kerosakan Motovan Defendan: RM4,600.00 Jumlah adalah sebanyak RM4,600.00. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
61. C. KESIMPULAN Setelah Mahkamah mendengar keterangan bersumpah dari saksi-saksi, meneliti dokumen-dokumen dan ekshibit-ekshibit berkaitan yang telah dikemukakan serta membaca hujahan-hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, maka atas beban imbangan kebarangkalian dan prinsip undang-undang yang ada Mahkamah berpendapat bahawa keputusan yang diberikan adalah adil dan munasabah serta mengikut undang-undang. BERTARIKH: 31 Julai 2026 Disediakan oleh, (NURKHALIDA FARHANA BINTI ABU BAKAR) Majistret Mahkamah Majistret Pengerang Johor KAUNSEL: Bagi pihak Peguam Plaintif– SUZANAH FARIKAH Tetuan Raihan, Suzana & Partners. Bagi pihak Peguam Defendan-Defendan – Najihah Hamidi & Intan Azira Peguam Persekutuan Kes-kes yang dirujuk: Tenaga Nasional Bhd v. Perwaja Steel Sdn Bhd [1995] 4 MLJ 673 Mohd Yusof Bin Mohd Rakim & Anor vs Shanta A/P Periasamy & Anor [2006] 5 MLJ 251 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Lilies Suraya Abdul Latib & Ors v. Khairul Sabri & Ors [2019] 1 LNS 2099 Siti Athirah Mohd Sapuan v. Razanatul Ain Hassan & Anor [2015] 6 CLJ 295 Kamarudin Bin Mohd Daud v Roslinda Binti Dahili & Anor [2024] 1 Pir [53] Hong Yik Trading v Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] CLJ Abdul Waffiy Bin Wahubbi & Anor v A K Nazaruddin Bin AHMAD [2017] MLJU 761 Ku Jia Shiuen (An Infant suing through her mother and next friend, Tay Pei Hoon) & Anor v Government of Malaysia & Ors [2013] 4 MLJ 108 Ong Ah Long v Dr S Underwood (1983) CLJ REP 300 Law Kok Leong & Anor v Nor Hapiza Binti Abu Hassan (wife to the deceased, Abdul Manap Bin Hamid) [2017] 1 PIR [3] Sam Wun Hoong v Kader Ibramshah (1981) 1 MLJ 295 Tumbung Anak Nakis & Anor v Christopher Anak Bandi@Josny (2018) 1 LNS 1514 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.