Content
1
KB-83-713-09/2023
Magistrates Court of Malaysia23 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“a kes kes Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617, dimana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan sebagaimana berikut; "(2) The power of the court to draw an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act is discretionary. It depends on the circumstances of the case and particularly in cases where the material”
“(as His Majesty then was) had the occasion to consider what constitutes "dangerous driving" in Ramiah v. PP [1972] 1 LNS 120; [1972] 2 MLJ 258. Therein, the accused was charged under s. 34A(1) of the Road Traffic Ordinance 1958 (the predecessor of s. 41(1) of the RTA 1987). It was held that in proving that there was "d”
“manner of driving and the relevant circumstances. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 [26] In PP v. Low Yong Ping [1961] 1 LNS 91; [1961] MLJ 306 at p. 307, Ong J held that leaving one's own proper side of the road and getting into the path of an oncoming”
“ya ataupun tidak sewaktu kejadian. Dalam hal ini, Mahkamah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 merujuk kepada kes PP v YEW HWA KUANG [2024] CLJU 2506 yang mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan sebagaimana berikut: “[24] Menurut pihak perayu, majistret yan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
OKT dalam kes ini telah dituduh di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan pertuduhan sebagaimana yang berikut; BAHAWA KAMU PADA 02/02/2023 JAM LEBIH KURANG 02.57 PETANG DI SIMPANG 3 TAMAN ORKID FASA 1 JALAN SUNGAI LAYAR DIDALAM DAERAH KUALA MUDA, NEGERI KEDAH TELAH MEMANDU KENDERAAN MOTOR VAN NOMBOR PENDAFTARAN KPB 2850 DIATAS JALAN RAYA TERSEBUT, KAMU TELAH MEMANDU DALAM KEADAAN YANG MERBAHAYA DAN MENYEBABKAN KEMATIAN KHOR SIU HONG, KAD PENGENALAN 550927-02-5008. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 41(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN DAN AKTA YANG SAMA. HUKUMAN PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK KURANG DARIPADA LIMA TAHUN DAN TIDAK LEBIH DARIPADA SEPULUH TAHUN DAN DENDA TIDAK KURANG DARIPADA DUA PULUH RIBU RINGGIT DAN TIDAK LEBIH DARIPADA LIMA PULUH RIBU RINGGIT.
2
Setelah pihak pendakwaan menutup kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah membuat permohonan untuk pertuduhan dipinda. Pendakwaan memohon untuk meminda tarikh pertuduhan “02/02/2023” kepada tarikh “02/03/2023” dan untuk meminda nombor pendaftaran “KPB 2850” kepada “KAB 2850”. Pertuduhan Pindaan adalah sebagaimana berikut; PERTUDUHAN PINDAAN BAHAWA KAMU PADA 02/03/2023 JAM LEBIH KURANG 02.57 PETANG DI SIMPANG 3 TAMAN ORKID FASA 1 JALAN SUNGAI LAYAR DIDALAM DAERAH KUALA MUDA, NEGERI KEDAH TELAH MEMANDU KENDERAAN MOTOR VAN NOMBOR PENDAFTARAN KAB 2850 DIATAS JALAN RAYA TERSEBUT, KAMU TELAH MEMANDU DALAM KEADAAN YANG MERBAHAYA DAN MENYEBABKAN KEMATIAN KHOR SIU HONG, KAD PENGENALAN 550927-02-5008. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 41(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN DAN AKTA YANG SAMA. HUKUMAN PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK KURANG DARIPADA LIMA TAHUN DAN TIDAK LEBIH DARIPADA SEPULUH TAHUN DAN DENDA TIDAK KURANG DARIPADA DUA PULUH RIBU RINGGIT DAN TIDAK LEBIH DARIPADA LIMA PULUH RIBU RINGGIT.
3
Pihak pembelaan tiada bantahan terhadap permohonan tersebut. Pertuduhan pindaan ini telah diterangkan dan difahami oleh OKT, OKT 3 telah mengaku tidak bersalah terhadap Pertuduhan Pindaan ini. Mahkamah ini kemudiannya telah membenarkan pihak pembelaan dan pendakwaan memanggil semula mana-mana saksi yang telah memberikan keterangan sebagaimana diperuntukkan oleh Seksyen 162 Kanun Tatacara Jenayah. Tiada saksi yang dipanggil semula oleh pihak pendakwaan dan juga pihak pembelaan. [4] Untuk rekod, keterangan SP1 sehingga SP6 telah didengar oleh Puan Majistret terdahulu sebelum diteruskan pendengaran kes oleh Mahkamah ini. Kes ini telah diteruskan bergantung kepada nota-nota prosiding yang telah disediakan oleh Puan Majistret yang terdahulu, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan juga rujukan kepada rakaman audio video mahkamah. Mahkamah ini telah menyemak rakaman tersebut dan melihat serta mendengar keterangan saksi-saksi yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan. Mahkamah ini juga telah menyemak rekod prosiding terdahulu bermula daripada hari pertama pertuduhan dibacakan terhadap Tertuduh. Mahkamah ini telah meneruskan perbicaraan dengan mendengar keterangan dari SP7 dan SP8 dan seterusnya telah membuat keputusan di akhir kes pendakwaan. FAKTA KES [5] Dalam membuktikan kes, pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan melalui 8 orang saksi sebagaimana yang berikut;
i
Kpl S17212 Mohd Fazaril bin Hassan (SP1)
II
(ii) Kpl R148341 Jayasielan a/l Ramoo (SP2)
III
(iii) Teoh Wah Choon (SP3)
IV
(iv) Teoh Yin Shein (SP4)
v
Mohd Taufiq biN Mohd Saad (SP5)
VI
(vi) Dr Zahratul Syazwani binti Mohd Damanhuri (SP6)
VII
(vii) Insp Yusmie Nasrul Firdaus bin Mohamad Yusof (SP7)
VIII
(viii) ASP Izmalia binti Ismail (SP8) [6] Melalui keterangan saksi-saksi ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan penceritaan kes sebagaimana yang berikut; i. Pada 2 Mac 2023 jam lebih kurang 2.35 petang, SP2 semasa bertugas di Pejabat Pertanyaan Trafik IPD Kuala Muda telah menerima panggilan telefon dari orang awam yang memaklumkan bahawa telah berlaku satu kemalangan jalanraya melibatkan sebuah motovan dan sebuah motosikal di Simpang 3 Taman Orkid, Jalan Sungai Layar, Sungai Petani. ii. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah motovan dengan nombor pendaftaran KAB 2850 dan sebuah motorsikal dengan nombor pendaftaran KR 2920. iii. SP7 pada jam 2.57 petang tarikh yang sama telah dimaklumkan oleh SP2 berkenaan kemalangan tersebut. SP7 juga dimaklumkan bahawa penunggang motorsikal telah meninggal dunia di lokasi kejadian. iv. SP7 dan SP1 telah tiba di tempat kejadian pada jam 3.30 petang tarikh yang sama. Lokasi kejadian adalah di Simpang 3, Taman Orkid, Sungai Layar Sungai Petani. v. SP7 telah membuat siasatan dan pemerhatian di lokasi kemalangan dan mengesahkan kemalangan melibatkan kenderaan motorvan jenis Nissan Venette dengan nombor pendaftaran KAB2850 dan motorsikal jenis Yamaha dengan nombor pendaftaran KR2920. vi. SP7 mendapati bahawa motovan KAB2850 telag diubahg dari kedudukan asal manakala motosikal berada di tengah jalan Simpang 3, Taman Orkid Sungai Layar. SP7 turut mendapati terdapat kesan calar atas permukaan jalan sebagaimana direkodkan didalam Ekshibit P9. vii. SP7 juga mendapati motovan KAB2850 dipandu oleh OKT iaitu Ahmad Rusyiadi bin Yusrizal manakala penunggang motosikal KR2920 adalah Khor Siu Hong. viii. SP7 kemudiannya mengarahkan SP1 untuk mengambil 17 keping gambar lokasi kemalangan (Ekshibit P1 A-Q) dan telah melukis rajah kasar serta mengambil ukuran. ix. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim dan SP1 telah merakamkan 2 keping gambar mayat mangsa (Ekshibit P1 R-S). x. SP3 telah hadir untuk pengecaman mayat dan mengesahkan bahawa si mati adalah ibunya yang bernama Khor Siu Hong. xi. Bedah siasat telah dikendalikan oleh SP6 yang mengesahkan bahawa punca kematian si mati adalah “multiple injuries due to vehicular crash” sebagaimana dinyatakan di dalam Ekshibit P8. xii. Pada 10.30 pagi tarikh 9 Mac 2023, motovan KAB2850 dan motosikal KR2920 telah dibawa ke Puspakom Sungai Petani dan kenderaan tersebut telah diperiksa oleh SP5 dan laporan kerosakan telah disediakan sebagaimana Ekshibit P6 dan Ekshibit P7. HUJAHAN PENDAKWAAN [7] Pihak Pendakwaan dalam hujahan di akhir kes pendakwaan telah berhujah bahawa elemen-elemen pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dibuktikan terhadap OKT. Pihak Pendakwaan telah bergantung kepada hujahan sebagaimana berikut; i. OKT adalah pemandu motovan KAB2850. ii. OKT telah memandu motovan KAB2850 di atas jalan. Ekshibit P9 iaitu Rajah Kasar dan Kekunci telah menunjukkan bahawa kejadian berlaku di Simpang 3, Jalan Sungai Layar yang merupakan jalanraya yang digunakan oleh kenderan-kenderaan awam. Pendakwan turut bergantung kepada Gambar Tempat Kejadian P1 A-Q yang menunjukkan tempat kejadian berlaku yang merupakan kawasan dari arah taman perumahan di mana motosikal si mati membelok ke kiri dan begitu juga motovan yang dipandu OKT. iii. OKT memandu dengan cara merbahaya kepada orang awam bersandarkan kepada keterangan SP7 yang menegsahkan bahawa motovan KAB2850 dan motosikal KR2920 telah berlanggar. SP5 juga turut mengesahkan impak perlanggaran pada motovan yang tertumpu pada bahagian hadapan kenderaan, manakala pada motosikal KR2920 pula impak perlanggaran adalah pada bahagian belakang motosikal tersebut. iv. OKT telah memandu dengan cara merbahaya apabila tidak mengambil kira keadaan laluan di jalan tersebut dan terus membelok ke kiri dan melanggar motosikal yang ditunggang oleh si mati. Cara pemanduan OKT telah menimbukan risiko kecederaan yang tinggi kepada orang lain dan tidak memperdulikan kemungkinan risiko tersebut. Tindakan pemanduan OKT telah menyebabkan kemalangan kepada si mati dan menyebabkan kematian simati. v. SP6 telah mengesahkan simati telah meninggal dunia akibat multiple injuries due to vehicular crash. Ekshibit P8 iaitu Laporan Bedah Siasat tidak dicabar oleh pihak pembelaan. Simati juga telah dicamkan oleh SP3, SP4 dan SP7. vi. Cara pemanduan OKT yang secara merbahaya telah menyebabkan berlakunya kemalangan apabila OKT memandu secara melulu dan merbahaya dengan terus keluar ke simpang kiri tanpa mengambil perhatian segala hal keadaan dan melanggar motosikal KR2920 yang ditunggang si mati. vii. Kemalangan tidak akan berlaku sekiranya OKT memberhentikan kenderaannya di Simpang 3 tersebut dan mengambil perhatian tentang segala hal keadaan merbahaya kepada orang awam. HUJAHAN PEMBELAAN [8] Pihak pembelaan dalam hujahan di akhir kes pembelaan berhujah bahawa OKT perlu dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri bersandarkan kepada hujahan sebagaimana berikut; i. Tiada keterangan saksi bebas dan rakaman cctv yang merupakan keterangan terus untuk membuktikan bahawa OKT memandu secara merbahaya. ii. Wujudnya 2 versi bagaimana kemalangan berlaku. Pertama, motorsikal simati datang dari arah lampu isyarat yang bertentangan dengan motokar OKT yang membelok lalu berlaku perlanggaran. Kedua, motosikal datang dari arah belakang motokar dan melanggar bahagian kanan sebelah pemandu. iii. Pihak pembelaan bergantung kepada keterangan SP8 sewaktu disoalbalas yang mana apabila dirujuk kepada P12-D telah bersetuju bahawa “point of impact” adalah di kawasan sebelah kanan motokar bahagian pemandu. SP8 walaubagaimanapun tidak bersetuju bahawa motorsikal datang dari arah belakang motokar dan sebaliknya menyatakan bahawa motosikal simati datang dari arah bertentangan motokar yang dipandu OKT. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [9] Kes di hadapan Mahkamah ini telah diteruskan perbicaraan dengan bergantung kepada nota keterangan yang telah disediakan oleh Puan Majistret terdahulu dan juga merujuk kepada rakaman “court recording & video-to-text system (RVT)” melibatkan SP1 sehingga SP6. Mahkamah ini juga menilai bahasa badan saksi-saksi yang telah memberi keterangan berdasarkan rakaman tersebut dalam alasan penghakiman ini. Mahkamah ini juga telah menggunapakai Seksyen 261 Kanun Tatacara Jenayah dengan membenarkan pihak-pihak untuk memanggil mana-mana saksi SP1 hingga SP6 sebelum kes disambung bicara di hadapan Mahkamah ini. Namun, pihak-pihak memutuskan untuk kes diteruskan tanpa perlu SP1 sehingga SP6 dipanggil semula walaupun berlaku pertukaran Majistret yang mendengar kes. Mahkamah ini seterusnya telah mendengar keterangan oleh SP7 dan SP8 sebelum pendakwaan menutup kes pendakwaan. [10] Dalam merumuskan dapatan di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah berpandukan kepada kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, yang mana Mahkamah Persekutuan telah menggariskan panduan untuk dituruti oleh hakim bicara di akhir kes Pendakwaan sebagaimana berikut;- “(i) The close of prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinized the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from the evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him of the evidence now before me? If the answer to the question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;” [11] Mahkamah ini juga berpandukan kepada duluan kehakiman yang mengikat bahawasanya kes prima facie adalah tidak terbukti sekiranya terdapat dua keadaan berikut, iaitu apabila terdapat lompong (gap) dalam kes pihak Pendakwaan atau apabila terdapat keadaan di mana wujud lebih daripada satu inferens selain dari inferens yang menjurus kepada kesalahan tertuduh bersandarkan keterangan saksi-saksi pihak Pendakwaan. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes Arulpragasan a/l Sandaraju v. PP [1996] 4 CLJ 597, yang mana telah diputuskan sebagaimana berikut: “the prosecution had to prove every ingredient of a charge and at the end of the case for the prosecution, the court should then evaluate all the admissible evidence as adduced relevant to the charge and decide whether to call an accused to enter his defence. Under s 180 of the Code, the prosecution was obliged to make out against an accused a case which if unrebutted would warrant his conviction before the accused could be called upon to enter on his defence. Since in order to convict the accused, if the case for the prosecution was not rebutted, the court must be satisfied of the guilt the accused beyond all reasonable doubt, the court before calling the accused to enter upon his defence must be satisfied that the prosecution had made out a case against the accused beyond all reasonable doubt. Therefore the standard of proof required from the prosecution at the close of its case, in a non-jury trial in Malaysia was, having regard to the statutory formula in s 180 of the Code, the usual criminal standard of proof, to wit, the beyond all reasonable doubt standard of proof, which called for a maximum evaluation of the evidence tendered by the prosecution.” [12] Dalam kes Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805, Mahkamah telah menjelaskan maksud prima facie seperti yang berikut: “The test at the end of prosecution’s case is “prima facie case” based on a maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinised properly and not perfunctorily, cursorily or superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in prosecution’s case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such doubts.” [13] Berdasarkan duluan kehakiman di atas adalah jelas bahawa dalam menentukan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh di akhir kes Pendakwaan, Mahkamah hendaklah membuat penilaian maksimum terhadap semua keterangan yang dikemukakan oleh saksi pihak Pendakwaan berkaitan dengan setiap intipati yang terdapat dalam sesuatu pertuduhan dan hendaklah memastikan tiada keraguan munasabah yang timbul dalam keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan tersebut. [14] Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v Wan Khairil Wan Isa [2007] 9 CLJ 557 dimana Mahkamah Tinggi telah menyatakan sebagaimana berikut; “The Law [4]Section 41(1) of the Act provides: Any person who, by the driving of a motor vehicle on a road recklessly or at a speed or in a manner which having regard to all the circumstances (including the nature condition and size of the road, and the amount of traffic which is or might be expected to be on the road) is dangerous to the public, causes the death of any person shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both. (emphasis added) [5] The essential ingredients then of the offence created under s. 41(1) of the Act are:
a
a person who,
b
by driving a motor vehicle recklessly; or
c
by driving a motor vehicle at a speed; or
d
by driving a motor vehicle in a manner which, having regard to the circumstances (including the nature, condition and size of the road and the amount of traffic which is or might be expected to be on the road) is dangerous to the public;
e
causes the death of a person shall be guilty of an offence...” [15] Bersandarkan kepada elemen yang tekah digariskan didalam kes PP v Wan Khairil Wan Isa [2007] 9 CLJ 557 bagi pertuduhan dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987, pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen seperti berikut : a) Bahawa OKT adalah pemandu motovan KAB 2850 semasa kejadian; b) Bahawa tindakan OKT memandu secara merbahaya itu telah menyebabkan kemalangan; dan c) Kemalangan yang berpunca dari tindakan OKT yang memandu secara merbahaya telah menyebabkan kematian. Berikut adalah dapatan Mahkamah berkaitan elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987;
a
Tertuduh adalah pemandu motovan KAB 2850 semasa kejadian [16] Dalam menentukan elemen pertama ini, keterangan SP7 adalah jelas menunjukkan bahawa OKT adalah pemandu motovan KAB 2850 semasa kejadian berlaku. Perkara ini tidak dicabar dan dipertikaikan oleh pihak pembelaan, maka secara langsung, elemen pertama ini berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
b
OKT memandu secara merbahaya dan menyebabkan kemalangan berlaku [17] Melihat kepada keseluruhan Seksyen 41(1) ini, didapati bahawa elemen yang paling penting untuk dibuktikan adalah elemen memandu secara merbahaya. Perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah apakah yang dimaksudkan dengan memandu secara merbahaya. Mahkamah Rayuan di dalam kes Ng Beng Kok v. PP [2017] 7 CLJ 157 telah menyatakan seperti berikut: “ Dangerous Driving [24] There is no definition of "dangerous driving" under the RTA. It is open to the court to determine what amounts to "dangerous driving". Reported cases serve as a guide and illustrations. [25] Over the years, our courts have considered what can be categorised as "dangerous driving". Raja Azlan Shah J (as His Majesty then was) had the occasion to consider what constitutes "dangerous driving" in Ramiah v. PP [1972] 1 LNS 120; [1972] 2 MLJ 258. Therein, the accused was charged under s. 34A(1) of the Road Traffic Ordinance 1958 (the predecessor of s. 41(1) of the RTA 1987). It was held that in proving that there was "dangerous driving", it must be shown that: i) there must be a situation created by the accused which, viewed objectively, is dangerous; ii) that when creating such a situation the accused was at fault. Fault here involves a failure; a falling below the care and skill of a competent and experienced driver in relation to the manner of driving and the relevant circumstances. [26] In PP v. Low Yong Ping [1961] 1 LNS 91; [1961] MLJ 306 at p. 307, Ong J held that leaving one's own proper side of the road and getting into the path of an oncoming vehicle is considered an act which has potentially fatal consequences and it definitely falls within the definition of "dangerous driving". [29] In R v. Gosney [1971] 55 Cr App R 502; [1971] 2 QB 674; [1971] 3 All ER 220], Megaw LJ, delivering the judgment of the Court of Criminal Appeal, stated at pp. and 680 respectively: In order to justify a conviction there must be, not only a situation which, viewed objectively, was dangerous, but there must also have been some fault on the part of the driver, causing that situation. 'Fault' certainly does not necessarily involve deliberate misconduct or recklessness or intention to drive in a manner inconsistent with proper standards of driving. Nor does fault necessarily involve moral blame. Thus there is fault if an inexperienced or a naturally poor driver, while straining every nerve to do the right thing, falls below the standard of a competent and careful driver. Fault involves a failure, a falling below the care or skill of a competent experienced driver, in relation to the manner of the driving and to the relevant circumstances of the case. A fault in that sense, even though it be slight, even though it be a momentary lapse, even though normally no danger would have arisen from it, is sufficient. The fault need not be the sole cause of the dangerous driving. It is enough if it is, looked at sensibly, a cause. Such a fault will often be sufficiently proved as an inference from the very facts of the situation. But if the driver seeks to avoid that inference by proving some special fact, relevant to the question of fault in this sense, he may not be precluded from seeking so to do. (emphasis added) Mahkamah Rayuan, dalam kes yang sama seterusnya memutuskan seperti berikut: “[37] There is no legal definition of driving which is dangerous to public. The plain question in proving an offence under the third limb of s. 41(1) of the RTA is simply this: Was the appellant driving a motor vehicle on a road dangerously, ie, dangerous towards other persons who might reasonably expected to be on or near the road having regard to all circumstances (including the nature, condition and size of the road, and the amount of traffic which or might be expected to be on the road). And, if he was, did he thereby caused the death of another person.” [18] Berdasarkan duluan kehakiman yang telah dinyatakan, pemanduan secara merbahaya tidak didefinisikan di bawah Akta Pengangkutan Jalan
1987
Namun, Mahkamah boleh membuat penentuan berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan. Dalam kes dihadapan Mahkamah ini, persoalan utama yang harus diputuskan ialah sama ada OKT telah memandu secara merbahaya atau tidak semasa perlanggaran berlaku antara motovan KAB2850 dan motosikal KR2920. Untuk menentukan merbahaya atau tidak, Mahkamah perlu menentukan berdasarkan kepada cara pemanduan OKT semasa kejadian berlaku. [19] Setelah meneliti hujahan pihak pendakwaan, adalah jelas bahawa pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP7 dan SP5 untuk mengesahkan bahawa telah berlaku perlanggaran antara motovan KAB2850 dan motorsikal KR2920. Pihak pendakwaan turut berhujah bahawa Sijil Pemeriksaan Kemalangan Kenderaan iaitu Ekshibit P6 dan P7 secara jelas menunjukkan bahawa OKT telah memandu dengan cara merbahaya. Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa cara pemanduan OKT yang secara merbahaya adalah apabila OKT memandu secara melulu dengan terus keluar ke simpang kiri tanpa mengambil perhatian segala hal keadaan dan melanggar motosikal yang ditunggang si mati. Kesan Kerosakan dalam Sijil Pemeriksaan Kemalangan Kenderaan [20] Mahkamah ini mendapati bahawa Ekshibit P6 dan P7 telah menunjukkan kesan kerosakan akibat perlanggaran di mana untuk motovan KAB2850 kerosakan tertumpu di bahagian hadapan kenderaan, manakala bagi motosikal KR2920 kerosakan adalah pada bahagian belakang motosikal tersebut. Namun, Ekshibit P6 dan P7 ini tidaklah menunjukkan bagaimana kemalangan tersebut berlaku untuk membolehkan mahkamah menentukan cara pemanduan OKT adalah merbahaya ataupun tidak sewaktu kejadian. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v YEW HWA KUANG [2024] CLJU 2506 yang mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan sebagaimana berikut: “[24] Menurut pihak perayu, majistret yang bijaksana hanya menumpukan perhatian beliau kepada keterangan saksi-saksi perayu tanpa mengambilkira dokumen sokongan yang dikemukakan iaitu dokuemn pemeriksaan PUSPAKOM (ekshibit P5 dan P12) berkaitan dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut. [25] Menurut pihak perayu, ekshibit P5 dan P12 menunjukkan kerosakan kenderaan tertumpu kepada sebelah kiri bahagian depan kenderaan responden. Oleh itu, ia secara tidak langsung menyokong keterangan saksi-saksi perayu iaitu SP1, SP2 dan SP8 yang menyatakan bahawa responden telah membawa kenderaan secara berbahaya dan mengakibatkan kemalangan. [26] Terlebih dahulu, persoalan yang perlu diputuskan adalah adakah keterangan saksi-saksi perayu iaitu SP1, SP2 dan SP8 menyatakan responden telah membawa kenderaan secara berbahaya dan mengakibatkan kemalangan iaitu sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak perayu? Jawapannya adalah tidak. [27] Dari pengamatan nota-nota keterangan adalah dinyatakan seperti berikut -
27
27.1 SP1 adalah rakan simati yang membawa motosikal lain pada masa kejadian. Menurut keterangan SP1, beliau hanya dengar bunyi kuat dari arah belakang di mana beliau telah menoleh dan perasan ada kereta Ford Ranger yang bahagian depan berapi-api. SP1 mengakui beliau tidak nampak bagaimana situasi sebenar kemalangan tersebut yang berlaku di belakangnya. SP1 mengakui tidak nampak impak perlanggaran dan hanya toleh ke belakang selepas dengar bunyi. Rujukan dibuat kepada pemeriksaan balas SP1 sebagaimana petikan relevannya di mukasurat 19 Jilid 2 Rekod Rayuan dinyatakan semula di bawah ini - S: Apabila kamu dengar bunyi tersebut, setuju dengan saya, kamu tidak nampak impak pelanggaran, kamu dengar bunyi sudah berlanggar baru kamu toleh ke belakang, setuju? J: Ya saya dengar bunyi saya terus toleh ke belakang. ........... S: Jadi kamu tidak nampak bagaimana situasi sebenar kemalangan tersebut berlaku di belakang, betul? You cannot have seen, you are going in front. J: Betul.
27
27.2 SP2 pula adalah penunggang motosikal di mana simati adalah pembonceng. Menurut keterangan SP2, beliau mengakui tidak nampak kenderaan responden datang dari arah mana dan juga tidak tahu apakah punca kemalangan sebab beliau tidak nampak. Rujukan dibuat kepada mukasurat-mukasurat 58 dan 59 Jilid 2 Rekod Rayuan di mana petikan relevan semasa pemeriksaan balas SP1 dinyatakan semula di bawah ini - Mukasurat 58 S: Jadi kenderaan BGU 3799 berada di atas LDP kamu pun tidak nampak dia datang dari arah mana ? J: Betul. Mukasurat 59 S: Kamu pun tak pasti sama ada apakah punca kemalangan tersebut sebab kamu tak nampak? J: Betul.
27
27.3 SP8 pula adalah pegawai penyiasat yang terlibat. Namun, SP8 mengakui siasatannya adalah tidak lengkap kerana - - Beliau tidak ingat samada membuat penyiasatan di tempat kejadian. - Beliau gagal membuat siasatan siapakah saksi lain yang berada di tempat kejadian semasa kemalangan berlaku. - Beliau gagal membuat siasatan sama ada wujud kamera CCTV di kawasan kemalangan dan/atau berhampiran lebih-lebih lagi kemalangan telah berlaku di LDP di hadapan IOI Mall, Puchong. Malah, tiada siasatan berkaitan kamera CCTV di IOI Mall Puchong dibuat. - Beliau gagal mendapatkan laporan kimia dan/atau laporan forensic berkaitan kemalangan tersebut. - Beliau tidak mengambil serpihan/ cebisan kaca dari tempat kejadian. Oleh itu, tiada serpihan/ cebisan kaca di tempat kejadian dihantar ke jabatan forensic.
27
27.4 Malah SP8 sendiri mengakui bahawa akibat siasatannya yang tidak lengkap, maka adalah bahaya untuk mengatakan responden memang memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian. Rujukan dibuat kepada mukasurat 143 Jilid 2 Rekod Rayuan di mana petikan relevan semasa pemeriksaan balas SP8 dinyatakan semula di bawah ini - S: ASP, setuju dengan saya akibat dengan siasatan yang tidak lengkap tersebut yang ASP pun dah setuju tadi adalah bahaya untuk mengatakan bahawa OKT memang memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian di dalam kes ini terhadap mangsa? J: Setuju [28] Selanjutnya, sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak perayu, apakah dokumen pemeriksaan PUSPAKOM iaitu ekshibit P5 dan exh P12 dapat menyokong fakta bahawa responden telah membawa kenderaan secara berbahaya dan mengakibatkan kemalangan berlaku? [29] Pengamatan ke atas dokumen pemeriksaan PUSPAKOM iaitu ekshibit P5 menunjukkan kerosakan pada motosikal yang dibonceng oleh simati / mangsa manakala ekshibit P12 menunjukkan kerosakan pada kenderaan responden. [30] Oleh itu, paling lebih, kedua-dua ekshibit P5 dan P12 menunjukkan kerosakan-kerosakan pada kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalanraya tersebut. Kedua-dua ekshibit P5 dan P12 tidak menunjukkan bagaimanakah kemalangan tersebut telah berlaku @ ("relative accident involvement"). [31] Sebaliknya, perkara ini dapat ditentukan melalui suatu laporan kimia yang antara lain akan menyentuh tentang isu-isu pemindahan cat kenderaan (sekiranya ada), titik impak ("point of impact") serta kedudukan relatif paling mungkin kenderaan-kenderaan sewaktu kemalangan berlaku. Laporan forensik pula akan menentukan samada serpihan/ cebisan kaca di tempat kejadian adalah dari kenderaan-kenderaan yang terlibat. [32] Memandangkan keterangan SP1 menyatakan beliau nampak bahagian depan kereta responden berapi-api, maka bagi menentukan kewujudan berapi-api ini, suatu laporan kimia dan/atau forensik akan dapat membantu mengenalpasti kehadiran kesan bakar di kenderaan-kenderaan tersebut. [33] Namun, tanpa kedua-dua laporan ini berganding dengan huraian-huraian di atas mengenai keterangan SP1, SP2 dan SP8 yang tidak menunjukkan responden telah membawa kenderaan secara berbahaya dan mengakibatkan kemalangan, maka tiada keterangan yang dikemukakan tentang bagaimanakah kemalangan itu telah berlaku. Misalannya, siapa yang telah berlanggar dengan siapa? Siapa yang telah memasuki ke dalam laluan siapa? [34] Oleh yang demikian, majistret yang bijaksana tidak terkhilaf apabila menekankan keperluan laporan kimia bagi membuktikan kedudukan relatif paling mungkin kedua-dua kenderaan sewaktu kejadian. Selanjutnya, berdasarkan huraian-huraian di atas, SP1 dan SP2 juga bukan saksi-saksi mata sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak perayu.” [21] Bersandarkan kepada duluan kehakiman yang dirujuk adalah jelas bahawa Laporan PUSPAKOM hanya menunjukkan kesan kerosakan terhadap kenderaan terlibat, namun tidak dapat dijadikan satu-satunya pergantungan untuk memutuskan bahawa OKT memandu secara merbahaya semasa perlanggaran berlaku. Kesan kerosakan yang dinyatakan dalam ekshibit P6 dan P7 hanya boleh menyokong bahawa telah berlaku perlanggaran dan bahagian kenderaan yang terlibat dengan perlanggaran, namun ia tidaklah menunjukkan cara pemanduan OKT sama ada merbahaya atau tidak. Laporan Polis Pembetulan Ekshibit P11 [22] SP7 dalam keterangannya pula merujuk sepenuhnya kepada Laporan Polis P11 untuk menjelaskan bagaimana kemalangan berlaku. S: Terangkan bagaimana kemalangan berlaku? J: Berpandukan siasatan saya, kemalangan berlaku sebagaimana pembetulan report yang dibuat oleh pemandu motorvan. [23] Mahkamah ini telah merujuk kepada Laporan Polis Pembetulan P11 yang dibuat oleh OKT yang menyatakan bahawa situasi sebenar semasa kejadian adalah OKT bergerak dalam laluannya, apabila sampai di Simpang 3 Taman Orkid Jalan Sungai Layar, OKT telah memberi isyarat signal ke kiri untuk membelok ke kiri. Semasa OKT membelok ke kiri, tiba-tiba OKT terlihat motorsikal si mati di hadapannya, OKT terkejut dan secara tidak sengaja tertekan pedal minyak lalu terlanggar bahagian belakang motorsikal si mati. [24] Sekiranya kejadian yang berlaku adalah sebagaimana Laporan Polis P11 yang dibuat oleh OKT sebagaimana disahkan oleh SP7, maka pemanduan OKT bukanlah secara merbahaya. OKT telah memandu dalam laluannya, OKT juga telah memberikan signal sebelum membelok ke kiri namun secara tiba-tiba motorsikal yang dipandu oleh si mati berada di hadapan motorvan dan OKT telah tertekan pedal minyak dan melanggar motorsikal tersebut. Malahan, SP7 dan saksi-saksi pendakwaan juga tidak pernah menerangkan dari mana arah motorsikal yang ditunggang si mati dan bagaimana ia boleh berada di hadapan motorvan yang dipandu oleh OKT. [25] Mahkamah ini merujuk kepada kes Cantona Lim Xiang Kim V Public Prosecutor [2020] 1 MLRA 749 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut :- [28] Apart from the fact that the accused had collided into, and caused the death of the deceased, no other evidence was led to show the recklessness of the accused. As propounded in Ramiah, it is not the law that merely because an accident happened which led to fatal consequences, it follows that the appellant was driving in a manner dangerous to the public. The prosecution needed to show something more, ie that the accused was driving in a manner which has shown a selfish disregard for the safety of other road users. This element was conspicuously absent in the prosecution’s case. In our judgment, the essential or core ingredients of recklessness under s 41(1) of the Act have not been proved beyond reasonable doubt by the prosecution. [26] Mahkamah ini mendapati bahawa telah berlaku perlanggaran antara motovan yang dipandu oleh OKT dengan motorsikal yang ditunggang oleh Si Mati kerana ianya dapat dilihat secara jelas melalui kesan kerosakan terhadap kenderaan tersebut, namun di dalam kes ini tiada keterangan menunjukkan bahawa OKT memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan perlanggaran tersebut berlaku. Keadaan pemanduan secara merbahaya adalah bergantung kepada situasi kejadian itu sendiri, kerana tiada definisi yang rigid bagi pemanduan merbahaya. [27] Keadaan pemanduan secara merbahaya tidak semata-mata dapat dilihat hanya bersandarkan kepada Laporan Puspakom oleh SP4 mahupun Laporan Bedah Siasat oleh SP5. Dalam keadaan bilamana tiada saksi bebas yang melihat kejadian dipanggil memberi keterangan, maka Mahkamah ini perlu bergantung sepenuhnya kepada siasatan yang dibuat oleh SP7 iaitu Pegawai Penyiasat untuk menentukan perkara tersebut. Namun, setelah SP7 selesai memberikan keterangan, Mahkamah ini ditinggalkan dengan persoalan sebagaimana berikut; i. Di mana kedudukan asal semasa perlanggaran berlaku? Hal ini kerana SP7 telah sahkan bahawa semasa sampai kenderaan motovan telah dialihkan. ii. Apa kedudukan relatif kenderaan semasa kemalangan berlaku, adakah motorvan sudah mula membelok, sepenuhnya membelok atau belum membelok semasa perlanggaran berlaku? iii. Dari mana arah pergerakan motorsikal yang ditunggang oleh Si Mati berdasarkan siasatan SP7? Hal ini kerana SP7 menyatakan kemalangan berlaku sebagaimana Laporan Polis P11 yang dibuat oleh OKT. Didalam P11 OKT menyatakan motorsikal si mati telah tiba-tiba berada di hadapannya semasa ingin membelok ke kiri. iv. Apakah kelajuan kenderaan yang terlibat semasa kejadian? SP7 sahkan beliau tidak menyiasat tentang kelajuan kenderaan, kerana semasa sampai kenderaan berada dalam keadaan statik. v. SP7 menyatakan terdapat kesan calar di atas jalan, namun Mahkamah ini tidak diterangkan bagaimana kesan calar diatas jalan ini berlaku. Adakah kenderaan terseret selepas perlanggaran berlaku? Adakah calar tersebut akibat kenderaan terhempas ke atas jalan setelah perlanggaran berlaku? Kesan calar ini disebabkan oleh kenderaan yang mana satu? vi. Apakah sebenarnya pemanduan merbahaya yang dilakukan oleh OKT sehingga menyebabkan kemalangan berlaku? [28] Memandangkan tiada seorang pun saksi pendakwaan yang hadir dapat memuaskan Mahkamah dengan menerangkan apakah situasi merbahaya yang telah diwujudkan oleh OKT yang menyebabkan perlanggaran ini berlaku, maka Mahkamah mendapati bahawa Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen ini terhadap OKT. c) Pemanduan secara merbahaya OKT telah menyebabkan kematian. [29] Elemen terakhir yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah pemanduan merbahaya OKT telah menyebabkan kematian. Dalam hal ini Mahkamah merujuk kepada keterangan SP6 yang disokong oleh Ekshibit P8 (Laporan Post Mortem). SP6 dalam keterangannya telah menyatakan bahawa punca kematian mangsa adalah disebabkan ‘multiple injuries due to vehicular crash’. Berdasarkan perkara ini, adalah jelas bahawa sekiranya kemalangan tersebut tidak berlaku, si mati tidak akan kehilangan nyawanya. [30] Seterusnya identiti si mati juga telah disahkan oleh SP7 sebagai pegawai penyiasat kes dan juga oleh ahli keluarga si mati sendiri iaitu SP4 yang telah membuat pengecaman. SP4 juga telah membuat Laporan Polis P5 berkenaan pengecaman dan kematian si mati. Bersandarkan kepada perkara yang telah dinyatakan, Mahkamah ini mendapati bahawa elemen ketiga telah dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. KEGAGALAN MEMANGGIL SAKSI BEBAS MOHAMAD SOBRI BIN SAIDIN [31] Antara isu yang dibangkitkan di dalam kes ini adalah berkaitan saksi bebas bernama Mohamad Sobri Bin Saidin yang tidak dikemukakan keterangannya oleh pihak Pendakwaan. Di dalam kes ini SP7 selaku pegawai penyiasat telah mengesahkan bahawa tiada saksi bebas yang melihat bagaimana kejadian berlaku. Namun setelah SP8 dipanggil memberikan keterangan, Mahkamah telah dimaklumkan tentang kewujudan seorang saksi bernama Mohammad Sobri bin Saidin yang dikatakan telah melihat kejadian tersebut. SP8 didalam keterangannya telah menyatakan sebagaimana berikut; “ S: Apa peranan dalam kes hari ini? J: Saya hanya ambil keterangan saksi yang telah diminit ip oleh TPR. S: Saksi apa? J: Saksi yang lihat kejadian kemalangan maut. S: Macam mana boleh jumpa saksi ni? J: Dalam kertas siasatan telah diminit oleh TPR untuk saya kesan saksi untuk ambil keterangan. S: Dari mana jumpa saksi ni? Macam mana asp tahu wujudnya saksi ini? J: Dalam kertas siasatan ini ada satu surat yang diberikan oleh waris si mati mengatakan ada saksi. Saksi ini diperolehi dari status FB yang dimuatnaik oleh keluarga simati dan saksi ini respond pada status tersebut. S: Apa nama saksi ini? J: Saksi nama Sobri.” [32] Pihak pendakwaan telah gagal untuk memanggil saksi ini untuk memberikan keterangan dan telah membuat permohonan untuk memasukkan rakaman percakapan saksi bernama Mohammad Sobri bin Soidin ini dibawah Seksyen 32(1) Akta Keterangan kerana saksi ini telah memasukkan suatu surat untuk menarik diri dari menjadi saksi kes pendakwaan. Untuk rujukan, salinan surat dilampirkan sebagaimana yang berikut; [33] Pihak pembelaan telah membantah permohonan ini dan Mahkamah bersetuju dengan bantahan tersebut dan selanjutnya telah menolak permohonan di bawah Seksyen 32(1) Akta Keterangan tersebut. Permohonan ini ditolak kerana adalah jelas bahawa Seksyen 32(1) Akta Keterangan hanya terpakai dalam keadaan seseorang tersebut telah mati, tidak dijumpai, tidak berdaya memberikan keterangan dan kehadirannya tidak dapat diperolehi tanpa kelengahan. Namun situasi adalah berbeza di dalam kes ini kerana saksi tersebut masih hidup, masih boleh dihubungi dan masih mampu untuk memberikan keterangan. Tambahan pula, saksi ini sendiri telah mengemukakan surat untuk menarik diri dari menjadi saksi kes kemalangan. Perkara ini disahkan sendiri oleh SP8 sebagaimana berikut semasa pemeriksaan utama; “S: Macam mana saksi ni hantar surat? J: dia datang sendiri ke balai.” [34] Mahkamah ini juga mendapati bahawa Seksyen 32(1) Akta Keterangan tidak terpakai dalam keadaan di mana saksi ‘menarik diri’ dari memberikan keterangan. Sekiranya dibenarkan, ia akan membuka ruang kepada saksi-saksi kes lain untuk tidak memberikan kerjasama kepada Mahkamah dan menarik diri dari memberi keterangan. Mahkamah ini enggan membuka “floodgate” dan membenarkan situasi ini berulang. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak Pendakwaan masih berpeluang untuk mengemukakan sepina terhadap saksi dan memohon waran tangkap untuk memastikan saksi hadir untuk memberikan keterangan, namun peluang ini tidak digunakan oleh pihak pendakwaan. Sebaliknya, pendakwaan telah menutup kes dan pada masa yang sama tidak menawarkan saksi tersebut kepada pihak Pembelaan. [35] Mahkamah ini sedia maklum bahawa hak untuk menyusun, menentukan dan memanggil saksi untuk memberikan keterangan adalah hak sepenuhnya pihak pendakwaan, namun pada masa yang sama pihak pendakwaan juga bertanggungjawab untuk memanggil saksi-saksi material bagi membuktikan elemen-elemen pertuduhan terhadap OKT melampaui keraguan munasabah. Peranan saksi bernama Mohamad Sobri bin Soidin ini adalah material dan menjadi kunci utama didalam kes ini kerana berdasarkan keterangan SP8, saksi ini dirakam percakapannya kerana dia telah melihat kejadian yang berlaku. Tanpa keterangan Mohamad Sobri bin Soidin, Mahkamah tidak mendapat gambaran sepenuhnya tentang bagaimana kejadian ini berlaku, apatah lagi apabila terdapat kelompongan dalam siasatan oleh Pegawai Penyiasat dalam isu pemanduan merbahaya oleh OKT yang telah menjejaskan naratif kes pendakwaan. [36] Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes kes Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617, dimana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan sebagaimana berikut; "(2) The power of the court to draw an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act is discretionary. It depends on the circumstances of the case and particularly in cases where the material witnesses are not produced...." [37] Seterusnya, di dalam kes Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 MLJ 492 pula Mahkamah menyatakan bahawa; "It is essential to appreciate the scope of Section 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important witness to the case." [38] Maka, dalam keadaan bilamana seorang saksi yang material gagal dipanggil dan menyebabkan kelompongan dalam kes pendakwaan, maka adalah wajar untuk anggapan bertentangan di bawah Misalan (g) Seksyen 114 Akta Keterangan dikenakan terhadap pihak Pendakwaan. KESIMPULAN [39] Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan berlakunya pelanggaran antara motovan yang dipandu OKT dengan motosikal yang ditunggang oleh simati, Pihak pendakwaan juga telah membuktikan simati meninggal dunia akibat perlanggaran tersebut. Namun, wujud kelompongan dalam kes pendakwaan apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa OKT telah memandu secara merbahaya semasa perlanggaran berlaku yang mana merupakan antara elemen utama bagi pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. [40] Mahkamah ini bersimpati terhadap keluarga Si Mati atas tragedi yang telah berlaku, namun berdasarkan keterangan, ekshibit serta hujahan yang telah dikemukakan, Mahkamah mendapati ianya adalah tidak mencukupi untuk memanggil OKT untuk membela diri. Mahkamah adalah dengan ini mendapati bahawa pihak Pendakwaaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh sepertimana pertuduhan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Oleh itu, OKT dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tanpa dipanggil untuk membela diri. Bertarikh pada 28 Disember 2025 Disediakan Oleh, (MOHAMAD AZLAN BIN BASRI) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (3) SUNGAI PETANI
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.