Content
1 DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA PILAH, DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. NB-83D-280-05/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
NB-83D-280-05/2024
Magistrates Court of Malaysia26 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tara keterangan SP3, SP4 dan SP5 menimbulkan keraguan serius terhadap identiti barang kes. Walaupun Mahkamah boleh menerima keterangan polis, namun ia hanya jika didapati munasabah (PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129; [1962] MLJ 257) dan prinsip undang-undang menegaskan bahawa keterangan mereka tetap perlu dinilai denga”
“P3, SP4 dan SP5 menimbulkan keraguan serius terhadap identiti barang kes. Walaupun Mahkamah boleh menerima keterangan polis, namun ia hanya jika didapati munasabah (PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129; [1962] MLJ 257) dan prinsip undang-undang menegaskan bahawa keterangan mereka tetap perlu dinilai dengan cermat seperti”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA PILAH, DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. NB-83D-280-05/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh dalam kes ini dituduh bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebagaimana berikut: - S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 “Bahawa kamu pada 30/01/2024, jam lebih kurang 1.15 pagi bertempat di sebuah rumah beralamat No. 206, Blok J, Felda Kepis, di dalam daerah Kuala Pilah, di dalam negeri, Negeri Sembilan. Ada dalam milikan dan kawalan kamu dadah berbahaya jenis Methyl3,3-dimenthyl-2-(1-(-pent-4- en-1-y1)-1H-indazole-3 carboxamido) butanoate (MDMB- 4en-PINACA) isipadu cecair tersebut ialah 9 mililiter. Dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama.
2
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan perbicaraan penuh dijalankan. Sepanjang perbicaraan, Tertuduh tidak melantik peguam dan walaupun telah diterangkan haknya, Tertuduh masih memilih untuk meneruskan perbicaraan tanpa diwakili peguam.
3
Di akhir kes Pendakwaan, Mahkamah setelah membuat penilaian secara maksimum terhadap kesemua keterangan saksi-saksi Pendakwaan mendapati pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie ke atas Tertuduh. Oleh itu, Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri serta wang jaminan RM5,000.00 dipulangkan kepada penjamin. S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
4
Pihak Pendakwaan telah memanggil 5 orang saksi iaitu: - SP1 Lans Koperal Muhammad Alif bin Hazrani Jurugambar SP2 Inspektor Mohd Afiq Aiman bin Mohd Nizam Penghantar barang kes SP3 Puan Siti Zubaidah binti Mohd Yusoff Ahli Kimia SP4 Inspektor Muhammad Hasif bin Razali Ketua Serbuan SP5 Sarjan Noor Arazamat bin Dollah Pegawai Penyiasat
5
Naratif kes Pendakwaan adalah pada 30.1.2024 jam lebih kurang 1.15 pagi, Ketua Serbuan (SP4) bersama anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah membuat serbuan di rumah beralamat No 206, Blok J, Felda Kepis 72100 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
6
Setibanya di tempat kejadian, SP4 telah memberikan salam, mengetuk pintu rumah dan melihat Tertuduh yang membuka pintu rumah tersebut. SP4 memperkenalkan diri sebagai anggota kanan S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 polis dan kelihatan Tertuduh terkejut dan cemas. Pemeriksaan ke atas tubuh badan Tertuduh tidak menjumpai barang salah.
7
Seterusnya, SP4 masuk ke rumah untuk pemeriksaan ke bilik kedua dalam rumah tersebut. Dengan diperhatikan Tertuduh, pemeriksaan oleh SP4 dalam bilik kedua tersebut menjumpai satu botol tertera tulisan “The King” berisi cecair lutsinar disyaki cecair ketamin anggaran 10ml yang terletak di atas meja solek. Tertuduh bersama barang kes kemudiannya dibawa ke IPD Kuala Pilah untuk tindakan lanjut.
8
Di akhir kes Pendakwaan, tugas ataupun beban statutori kepada pihak Pendakwaan adalah untuk membuktikan suatu kes prima facie selaras Seksyen 173 (f)(i) Kanun Tatacara Jenayah dengan membuktikan semua elemen-elemen pertuduhan. Manakala langkah-langkah yang perlu diambil oleh Mahkamah perbicaraan pada akhir kes Pendakwaan adalah membuat penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan ekshibit yang dikemukakan dalam membuat dapatan adakah kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Prinsip undang-undang dalam Balachandran v PP
2005
2 MLJ 302, Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 dan PP v Mohd Radzi Abu Bakar (2006) 1 CLJ 457 dirujuk. S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw [9] Merujuk kepada kes Looi Kaw Chai & Anor v PP (supra), Mahkamah telah mengikuti keputusan Arulpragasan a/l Sandaraju v PP (1997) 1 MLJ 1 dan memutuskan antara lain bahawa jika suatu kes terdapat satu daripada dua perkara berikut, prima facie tidak dibuktikan: -
i
Terdapat lompong dalam kes Pendakwaan (Abdullah Zawawi v PP [1985]2 MLJ 16]); atau
II
(ii) Keterangan memberikan/membenarkan lebih dari satu inferens dibuat (PP v Kasmin bin Soeb [1974] 1 MLJ 230) ELEMEN-ELEMEN YANG PERLU DIBUKTIKAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN [10] Berdasarkan kes PP v Tan Kee Cheng (2016) 1 LNS 674, elemen yang perlu dibuktikan bagi kesalahan bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah seperti berikut: -
i
Dadah tersebut adalah dadah berbahaya.
II
(ii) Tertuduh memiliki dadah tersebut S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw DAPATAN MAHKAMAH Elemen 1: Dadah tersebut adalah dadah berbahaya [11] Berdasarkan keterangan Ahli Kimia (SP3) mengesahkan pemeriksaan dan analisis yang dijalankannya ke atas botol “The King” (P6) mendapati mengandungi cecair warna perang dan ia adalah dadah jenis Methyl3,3- dimenthyl-2-(1-(-pent-4-en-1-y1)-1H-indazole-3 carboxamido) butanoate (MDMB-4en-PINACA) dengan isipadu cecair tersebut ialah 9 mililiter dan ia merupakan dadah sepertimana Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya. Perkara yang sama turut dinyatakan dalam laporan kimia (P7). [12] Keterangan SP3 selaku seorang saksi pakar dengan ini diterima Mahkamah tanpa sebarang keraguan dan elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan (rujukan kepada PP v Munusamy [1987] 1 MLJ 492 dan PP v Lam San [1991] 3 MLJ 426). Elemen 2: Tertuduh memiliki dadah tersebut [13] Bagi membuktikan elemen milikan, Pendakwaan perlu membuktikan Tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan dan pengetahuan serta Tertuduh bebas untuk berurusan dengan sesuatu barang dengan S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw menyingkirkan orang lain (Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17, Leow Nghee Lim v PP [1956] 22 MLJ 28). Manakala bukti pengetahuan biasanya suatu perkara inferen (Parlan bin Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717; [2008] 1 LNS 506, PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209). [14] Pihak Pendakwaan boleh bergantung kepada anggapan bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membuktikan milikan dan pengetahuan. Namun, sebelum anggapan milikan digunapakai, pihak Pendakwaan perlulah membuktikan bahawa apa-apa objek yang mengandungi dadah tersebut berada dalam kawalan atau jagaan Tertuduh. [15] Kes Public Prosecutor v Muhammad Nasir bin Shahrudin [1992] 4 CLJ 2028; [1994] 2 MLJ 576; [1992] 2 MLRH 390 turut dirujuk yang mana memutuskan: - "Possession is not defined in the DDA. However, it is now firmly established that to constitute possession, it is necessary to establish that: (a) the person had knowledge of the drugs; and (b) that the person had some form of control or custody of the drugs. To prove either of these two requirements, the S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw prosecution may either adduce direct evidence or it may rely on the relevant presumptions under s. 37 of the DDA." [16] Selain itu, keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Joseph A/L Subramaniam v. Pendakwa Raya [2019] 1 LNS 1420 turut dirujuk yang mana memutuskan: - "[56] It is trite law that mere custody and control is not sufficient to prove possession under the DDA. There must be proof that the appellant had knowledge of the illicit drugs. Unless the accused person confesses to knowledge of the illicit drugs, knowledge can only be inferred from proved facts and circumstances... [57] It is also trite that what constitutes possession under the DDA is a question of law. However, whether possession has been proved in a given case is a question of fact. The facts and circumstances which are relied upon to prove possession can vary from case to case." S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw [17] Berdasarkan nas undang-undang di atas, dapat disimpulkan bahawa pembuktian yang perlu diteliti dengan jelas oleh Mahkamah ini adalah: - a) Tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah tersebut; dan
b
Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dadah tersebut. Kewujudan pengetahuan dibuktikan melalui inferen daripada keadaan dan fakta kes tersebut. Sama ada Tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah tersebut [18] Pendakwaan dalam membuktikan milik dadah ke atas Tertuduh, bergantung kepada keterangan SP4 yang mana melihat Tertuduh keluar dari bilik kedua tersebut dan kemudiannya menjumpai P6 di atas meja solek bilik kedua tersebut. [19] Namun, Mahkamah mendapati kebergantungan kepada fakta bahawa Tertuduh keluar dari bilik kedua tersebut sebelum penemuan P6 tidak memadai untuk membuktikan jagaan dan kawalan. Pendakwaan gagal menyingkirkan isu akses oleh individu lain. Keterangan SP5 sendiri mengesahkan bahawa bilik tersebut boleh diakses oleh ibu Tertuduh S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw dan penghuni lain memandangkan tombol pintunya telah lama rosak dan tidak berkunci. Pemeriksaan Utama SP5 Hasil siasatan saya berdasarkan rakaman ibu OKT adalah bilik yang diambil gambar memang diakui adalah bilik Safwan dan dia tidak tahu ia terlibat dengan dadah. Kemudiannya, ibu pun ada akses kepada bilik tersebut. Turut dimaklumkan OKT anak keempat dan tinggal seorang di bilik tersebut. Rakaman percakapan lanjut berkaitan akses memang ada pada ibu dan orang lain. Pintu tidak kunci dan telah lama rosak. Tiada siapa yang ada kunci. Ibu ada pengakuan akses. [20] Berdasarkan rajah kasar (P14), rumah tersebut mempunyai 5 buah bilik dan ia turut disahkan oleh SP5 bahawa rumah tersebut turut didiami oleh individu lain. Namun begitu, siasatan SP5 tidak menyeluruh kerana beliau tidak mengambil keterangan penghuni rumah termasuk nenek yang terlantar sakit sebelum meninggal dunia. Kekurangan siasatan ini menimbulkan kelompongan yang jelas dalam kes Pendakwaan. S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw Pemeriksaan Utama SP5 Selanjutnya saya ada buat siasatan, saya ada ambil sijil kematian arwah nenek OKT kerana semasa saya datang, nenek terlantar di atas katil dan dia bukan pemilik rumah. Saya terima arahan DPP masa itu untuk rakam percakapan pemilik rumah, namun keadaan nenek tidak boleh memberikan keterangan. Kemudian nenek meninggal dunia dan saya ambil sijil. Tiada rakaman percakapan pemilik rumah. Saya juga ambil rakaman percakapan ibu. Saya tidak ingat dan tidak bawa diari siasatan. [21] Mahkamah merujuk kes Deepanraj a/l Subramaniam lwn Timbalan Pendakwa Raya [2016] 1 MLJ 413 yang mana YA Balia Yusuf, Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan: - "The failure of the police to carry out proper investigation has deprived not only the prosecution but also the defence of the best and most important evidence to resolve the case. Learned counsel further submitted the failure to do so means, there was withholding or S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw suppression of evidence favourable to the defence and thus the s. 114(g) presumption ought to be invoked. Merujuk juga kes, Pang Chee Meng v. Public Prosecutor [1992] 1 CLJ Rep 265 di mana diputuskan; "...the accused cannot be penalized for the lack of ingenuity in police investigation depriving him of the time-honoured benefit of doubt..." Turut dirujuk kes Pang Chee Meng v PP [1992] 1 CLJ 39 dan Azizan Yahya v PP [2012] 8 CLJ 405. [22] Sehubungan itu, memandangkan kes ini melibatkan tindakan polis berasaskan maklumat risikan maka Pendakwaan mempunyai beban pembuktian untuk menyingkirkan kemungkinan akses oleh individu lain ke atas dadah tersebut. Milikan tidak mencukupi dengan hanya mempunyai jagaan atau kawalan dadah semata-mata. Perbuatan fizikal atau jagaan tersebut mestilah disertai dengan keterangan mengenai pengetahuan. S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw Sama ada Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dadah tersebut. [23] Pendakwaan menyatakan Tertuduh sememangnya mempunyai pengetahuan terhadap dadah P6 tersebut. Tertuduh kelihatan terkejut dan cemas sebaik SP4 memperkenalkan dirinya sebagai Pegawai Kanan Polis. [24] Penekanan perlu diberikan untuk membuktikan kewujudan elemen mental Tertuduh iaitu mempunyai pengetahuan akan kewujudan dadah tersebut sebelum pemilikan dapat dibuktikan. Pengetahuan dapat dibuktikan melalui inferen daripada keadaan dan fakta kes, bukan semata-mata kerana keberadaan dadah sahaja (mere presence) sepertimana kes Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870 yang mana Mahkamah Rayuan secara jelas menyatakan: - "Unless knowledge is proved, an item however close to a person, could just be miles away. [25] Prinsip undang-undang menggariskan pengetahuan boleh dibuktikan melalui inferens daripada keadaan sekeliling (rujukan Seksyen 8 dan 9 Akta Keterangan 1950). Kes Parlan bin Dadeh v Pendakwa Raya S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw [2009] 1 CLJ 717 dirujuk untuk isu reaksi dan kelakuan Tertuduh yang mana Mahkamah menyatakan: - "Undang-undang berhubung keterangan mengenai kelakuan adalah jelas. Jika tiada keterangan yang menunjukkan bahawa kelakuan itu dipengaruhi oleh apa-apa fakta dalam isu atau fakta relevan sebagaimana diperuntukkan di bawah s. 8, maka ia tidak boleh diterima kerana ia hanyalah perbuatan yang samar. Jika ia memenuhi kehendak s. maka ia boleh diterima. Tahap pembuktian yang diperlukan untuk keterangan mengenai kelakuan bergantung kepada sifat kelakuan tersebut. Kelakuan seperti melarikan diri adalah lebih positif dan mudah dibuktikan. Sebaliknya, kelakuan seperti tertuduh kelihatan terkejut, gementar, takut atau cemas adalah perkara persepsi dan memerlukan keterangan yang lebih terperinci." [Penekanan ditambah] S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw [26] Dalam kes ini, Pendakwaan bergantung kepada reaksi Tertuduh yang kelihatan terkejut dan cemas. Namun, menggunapakai prinsip dalam kes Parlan bin Dadeh (supra), kelakuan seperti terkejut atau gementar hanyalah persepsi yang samar dan tidak mencukupi untuk dijadikan asas pengetahuan. Oleh itu, Mahkamah tidak dapat membuat kesimpulan yang selamat bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan tentang kandungan P6 tersebut. [27] Tambahan pula, keterangan SP5 mengesahkan bahawa tangkapan Tertuduh dibuat berdasarkan maklumat risikan. Namun SP4, selaku pengadu dan pegawai serbuan tidak dapat memastikan sama ada Tertuduh seorang penagih dadah atau sebaliknya. Lebih mengejutkan, SP5 sebagai Pegawai menyatakan beliau memilih untuk bersikap neutral dalam kes ini. [28] Apabila diminta oleh Mahkamah untuk memberikan penjelasan lanjut, SP5 menyatakan bahawa beliau tidak mahu memihak sama ada kepada pengadu atau Tertuduh. Keterangan ini menunjukkan bahawa SP5 sendiri tidak menegaskan dapatan siasatannya terhadap Tertuduh. Sebaliknya, SP5 sekadar merumuskan botol “The King” adalah cecair vape yang digunakan Tertuduh tanpa pengetahuan bahawa ia mengandungi dadah. S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw Pemeriksaan Utama SP5 Bilik tersebut adalah bilik Safwan dan botol “The King” adalah milik Safwan. Safwan tidak tahu kandungan di dalamnya adalah dadah. Saya ambil keterangan pengadu dan hasil siasatan saya mendapati pengadu tidak pasti OKT penagih dadah tetapi bertindak atas maklumat dan pemerhatian serbuan dibuat. Sebagai Pegawai Penyiasat, saya rumuskan saya cuba berada di tengah-tengah. Barang kes bila sampai Jabatan Kimia ia mengandungi dadah. Dari segi botol “The King” ini adalah cecair vape. OKT ini menghisap vape dan OKT cuba nak hisap vape tanpa pengetahuan ia mengandungi dadah. Soalan Mahkamah S: Apa maksud saya cuba berada di tengah? J: Saya tidak ingin memihak kepada sesiapa. Pihak pengadu ataupun Safwan. S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw [29] Mengambilkira keterangan-keterangan tersebut, Mahkamah mendapati elemen kawalan atau jagaan dan pengetahuan mengenai dadah tersebut turut gagal dibuktikan oleh pihak Pendakwaan ke atas Tertuduh. PERCANGGAHAN MENGENAI WARNA CECAIR DALAM BOTOL THE KING (P6) [30] Mahkamah seterusnya beralih kepada isu sama ada identiti barang kes (P6) telah dibuktikan dengan jelas. Isu utama yang timbul ialah percanggahan keterangan saksi-saksi Pendakwaan mengenai warna cecair di dalam botol “The King” (P6) tersebut. Keterangan SP3 (Ahli Kimia) [31] SP3 telah memberikan keterangan yang konsisten bahawa barang kes yang diterimanya daripada SP2 adalah satu (1) botol “The King” yang mengandungi cecair berwarna perang. Hasil analisis turut disahkan melalui laporan kimia (P7). S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw Perenggan 11 Pernyataan Saksi [PS-SP3] Saya telah memeriksa sampul N dan mendapati di dalamnya satu botol berlabel THE KING yang mengandungi cecari berwarna perang… Pemeriksaan Utama SP2 S: Pada tarikh 1.2.2024, ketika terima macam mana keadaan J: Berada dalam keadaan meterai yang baik S: Keadaan hari ini J: Masih dalam keadaan meterai yang baik dan dimeterai oleh saya DPP: Mohon SP3 membuka sampul tersebut Mah: Dibenarkan S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw S: Kandungan dalam sampul tersebut J: Di dalamnya mengandungi botol label “The King” dan cecair berwarna perang Keterangan SP4 (Ketua Serbuan) [32] Sebaliknya, SP4 yang merupakan ketua serbuan memberikan keterangan yang berubah-ubah. Pada awalnya, SP4 menyatakan cecair P6 tersebut lutsinar. Semasa pemeriksaan balas, SP4 menukar keterangannya bahawa cecair tersebut adalah perang tetapi lutsinar. Tidak lama kemudian, SP4 kembali menyatakan ia jernih. SP4 turut mengakui wujud perbezaan antara barang kes P6 dan gambar P1(g), dengan alasan perbezaan tersebut berpunca daripada sudut pengambilan gambar secara berbaring (flat lay) yang menyebabkan warna sebenar cecair tidak kelihatan dengan jelas. Pemeriksaan Utama SP4 Saya mengecam barang kes P1(G) dan gambar tidak tunjuk kandungan seperti perenggan 12. Ini kerana cecair dalam botol adalah jernih dan pengambilan gambar dalam P1(G) yang dibaringkan adalah sukar untuk melihat cecair tersebut. S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw Pemeriksaan Balas SP4 S: Botol ada cecair lutsinar J: Betul S: Semasa ahli kimia berikan keterangan, ditulis barang kes cecair berwarna perang J: Walaupun perang tetapi ia lutsinar S: Tapi kata baring, Inspektor tidak nampak J: Betul S: Nampak macam tidak serupa. Tiada isi J: Ia adalah lutsinar dan gambar bawah adalah meja. Cecair keperangan tidak nampak sebab warna meja di belakangnya. S: Inspektor setuju rampasan satu botol cecair jernih J: Setuju S: Barang kes diganggu kerana laporan kimia kata keperangan S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw J: Tidak setuju dia jernih. Ini kerana pernyataan saya, ia lutsinar boleh nampak belakang. Ia tidak pegun dan tidak tetap. Pemeriksaan Semula SP4 Barang kes ini tidak sama dengan gambar kerana cecair lutsinar, bila gambar baring ia tidak kelihatan warna sebenar cecair. Apabila ditanya setuju botol hari ini tidak sama dengan kimia, saya tidak setuju. Ini kerana ia adalah sama kerana ada tandatangan, tulis dan tarikh. Ia sama pada ketika serbuan dan yang dihantar ke Jabatan Kimia. Kemungkinan barang kes dikacau ganggu tiada kerana semasa rampasan ke IPD adalah sama. Saya serahkan kepada Pegawai Penyiasat dan ia adalah barang kes yang sama. Keterangan SP5 (Pegawai Penyiasat) [33] SP5, selaku Pegawai Penyiasat turut memberikan keterangan yang bercanggah. Pada awalnya, SP5 menyatakan bahawa cecair dalam P6 yang diterima daripada SP4 adalah berwarna perang. Namun, semasa pemeriksaan utama di Mahkamah beliau menjelaskan warna cecair S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw tersebut tidak sama seperti ketika diterima, pada awalnya lutsinar atau lebih jernih tetapi semasa di Mahkamah ia kelihatan lebih gelap atau perang. Apabila disoal balas, SP5 sekali lagi mengubah keterangannya dengan menyatakan barang kes yang diterima sebenarnya berwarna perang. Perenggan 15 Pernyataan Saksi [PS-SP5] “Pada 1.2.2024 jam lebih kurang 9.00 pagi, saya telah meminta tolong Insp Mohd Afiq Aiman bin Mohd Nizam untuk menghantar barang kes iaitu sampul surat bertanda “N” berisi satu botol berjenama/berlabel THE KING mengandungi cecair warna perang Pemeriksaan Utama SP5 Saya terima barang kes iaitu botol cecair lutsinar. Saya camkan ia botol yang sama kerana ada tandatangan pengadu dan tarikh 30.1.2025 (SP5 mengecam P6). Semasa saya terima botol “The King” adalah sama dengan yang hari ini. … Pemeriksaan teliti dibuat ke atas botol daripada Inspektor Hasif dan mendapati ia berwarna S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw perang sama macam laporan kimia. Ia tidak berubah. Kandungan yang saya terima daripada Inspektor Hasif, ia cecair berwarna perang. Semasa saya melihat botol yang diterima dan P6 adalah tidak berapa sama. Keadaan cecair tersebut tidak sama dengan keadaan sekarang kerana pada masa tersebut ia lebih jernih daripada sekarang. Itu saya memang pasti. Masa terima daripada Inspektor Hasif ia cerah dan sekarang gelap tetapi saya tiada pengetahuan mengenai perubahan warna tersebut. Pemeriksaan Balas SP5 S: Semasa terima barang kes daripada Inspektor Hasif warna cecair jernih ke perang J: Warna perang [34] Tambahan pula, SP5 mengakui hanya satu gambar barang kes diambil iaitu P1(g) dan ia tidak menunjukkan isi kandungan serta warna cecair dalam botol “The King” tersebut dengan jelas. Hal ini kerana keutamaan S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw SP5 ketika itu hanyalah untuk merakam tandatangan dan tarikh pada botol P6, manakala keadaan sebenar cecair di dalamnya tidak diberikan perhatian sewajarnya dan dianggap tidak penting. Pemeriksaan Utama SP5 Gambar botol P1 (g). Saya yang arahkan jurufoto ambil dan tidak ambil gambar daripada sisi lain kerana hanya fokus pada tarikh dan tandatangan pengadu sahaja. Apabila ambil gambar daripada depan, tidak nampak kandungan. Saya tidak arahkan ambil daripada sisi lain untuk nampak kandungan kerana bila fokus pada repot hanya cerita itu sahaja tanpa menyatakan warna cecair. Saya ambil begitu sahaja gambar bagi selaras dengan pernyataan dengan repot. Berkemungkinan warna berubah daripada perang ke biru ke. Itu sebab gambar diambil hanya satu sahaja. Kita tidak pasti dia balik macam mana. Gambar diambil sebelum di hantar ke Kimia dan diambil depan sahaja. S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw [35] Berdasarkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan di atas, jelas wujudnya percanggahan keterangan yang material akan warna cecair di dalam P6 tersebut. SP3 SP4 SP5 Konsisten cecair berwarna perang Jawapan berubah-ubah jernih → lutsinar → perang tetapi lutsinar→ jernih Jawapan tidak konsisten perang → lutsinar → perang. [36] Percanggahan material antara keterangan SP3, SP4 dan SP5 menimbulkan keraguan serius terhadap identiti barang kes. Walaupun Mahkamah boleh menerima keterangan polis, namun ia hanya jika didapati munasabah (PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129; [1962] MLJ 257) dan prinsip undang-undang menegaskan bahawa keterangan mereka tetap perlu dinilai dengan cermat seperti saksi lain (Kesavan Krishnan v. Pendakwa Raya [2015] 6 CLJ 163) "[40] … Pada pandangan kami, proposisi undang-undang bahawa keterangan saksi-saksi polis hendaklah secara prima facie diterima oleh mahkamah tidak boleh dipakai S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw secara universal tanpa pengecualian. Ia banyak bergantung kepada fakta dan keadaan yang wujud dalam sesuatu kes... [46] Kesimpulannya, keterangan saksi-saksi polis hendaklah diperlakukan sama seperti saksi-saksi yang lain di mana mahkamah hendaklah menelitinya dengan cermat bagi memutuskan sama ada ia boleh dipercayai atau disandarkan. Ujian yang ketat terhadap ketepatan (accuracy) dan kredibiliti (credibility) semua saksi, termasuklah saksi-saksi polis, hendaklah dibuat oleh mahkamah." [37] Menurut kes PP v. Ong Cheng Heong (1998) 4 CLJ 209; (1998) 6 MLJ, hanya keterangan yang selamat untuk disandarkan wajar diterima. Jika tidak konsisten, ia mesti ditolak. 'credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone to process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected. S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw [38] Dengan merujuk prinsip undang-undang di atas, Mahkamah bersikap berhati-hati dalam menimbang kredibiliti dan mengambil kira percanggahan keterangan saksi-saksi Pendakwaan sepertimana dinyatakan dalam perenggan 31-35 di atas. Mahkamah telah memeriksa secara fizikal P6 dan mendapati warna cecair semasa dikemukakan di Mahkamah ini adalah perang, seperti laporan kimia. [39] Namun kegagalan saksi-saksi Pendakwaan memberikan keterangan yang konsisten untuk membuktikan P6 dan kandungannya adalah sama dengan botol yang dirampas oleh SP4, diserahkan kepada SP5 dan seterusnya dianalisis oleh SP3 telah menimbulkan keraguan material berkenaan identiti barang kes. Keadaan ini mengakibatkan rantaian keterangan terputus (break in chain of evidence). Oleh itu, Mahkamah wajar memberikan faedah keraguan kepada Tertuduh. Pendekatan ini selari dengan keputusan Mahkamah Agung dalam kes Yeong Kia Heng v PP [1992] 1 CLJ 364), di mana YA Hakim Gunn Chit Tuan menyatakan bahawa: - “Keterangan yang tersebut di atas menunjukkan kecacatan dalam pembuktian identiti barang kes yang menjadi subjek Pendakwaan terhadap perayu. Kecacatan ini menjadi lebih ketara apabila keterangan dari pihak polis dibandingkan dengan keterangan pegawai kimia berkenaan berat barang S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw kes. Mengikut pihak polis berat barang kes ialah 113 gram, ini adalah keterangan Insp. Che Nor Ismail (SP5). Mengikut keterangan pegawai kimia (SP2) pula, berat barang yang diterimanya daripada pihak polis ialah 102.85 gram, itu perbezaan lebih dari 10 gram. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang tersebut di atas, wujudlah satu keraguan yang serius berkenaan identiti barang kes. Memandangkan kepada keterangan sebegini rupa berkenaan dengan identiti-identiti barang kes, perayu semestinya tidak dikehendaki dipanggil untuk membela dirinya di atas pertuduhan ini.” Turut dirujuk kes Tan Yew Choy v PP [2009] 4 CLJ 245; Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345; Zaifull Muhammad v PP & Another
2013
2 CLJ 383. [40] Mahkamah ini setelah menilai keterangan saksi-saksi Pendakwaan secara maksimum, mengajukan soalan kepada diri sendiri “Sekiranya saya memutuskan untuk memanggil tertuduh membela diri dan S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw beliau memilih untuk berdiam diri, adakah saya bersedia untuk mensabitkan beliau berdasarkan keseluruhan keterangan yang terkandung dalam kes pendakwaan?”. Mahkamah mendapati jawapannya adalah tidak. Ini adalah kerana keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan memberikan dan mewujudkan lebih dari satu inferens (lihat PP v Kasmin bin Soeb [1974] 1 MLJ 230). [41] Prinsip mantap undang-undang menetapkan bahawa apabila dalam perbicaraan jenayah wujud dua versi berkenaan satu fakta material sehingga memungkinkan dua inferens dibuat, maka faedah keraguan hendaklah diberikan kepada Tertuduh. Mahkamah ini mengambil pendekatan yang sama dengan memberikan faedah keraguan kepada Tertuduh dalam kes ini. KEPUTUSAN [42] Berdasarkan alasan-alasan di atas, setelah membuat penilaian maksimum terhadap kesemua keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan setelah meneliti hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw [43] Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada Pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. Selanjutnya diperintahkan bahawa wang jaminan RM5,000.00 dipulangkan kepada penjamin. Bertarikh 13 Ogos 2025 YUSNA KHADIJAH BINTI MD YUSOP MAJISTRET KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN Timbalan Pendakwa Raya : Nurul Farahana Athirah binti Yaacob Peguam bela Tertuduh : Tidak diwakili peguam S/N Y0ejTegGiE2khl5q6QQBnw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.