(iv) Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang menyatakan seperti berikut: "Any person who has sexual connection with another person by the introduction of the penis into the anus or mouth of the other person is said to commit carnal intercourse against the order of nature. Explanation - Penetration is sufficient to constitute the sexual connection necessary to the offence described in this section." Dapatan Kami [15] Fakta yang tidak dipertikaikan di sini ialah ketika kejadian mangsa berumur lebih kurang 15 tahun. Tertuduh pula adalah ayah kandung mangsa hasil perkahwinannya dengan ibu mangsa (SP6). Keterangan mengenai hubungan pertalian darah antara Tertuduh dan mangsa telah dibuktikan melalui keterangan SP5, SP6 dan SP8. Keterangan dokumentar juga dikemukakan melalui sijil lahir mangsa (ekshibit P10) dan Surat Perakuan Cerai antara Tertuduh dan SP8 (ekshibit P15). Jelas terbukti Tertuduh dan mangsa mempunyai hubungan yang tidak dibenarkan di bawah hukum agama Islam untuk berkahwin. [16] Selanjutnya, mengenai bagaimana ketiga-tiga kejadian ini berlaku, mangsa di dalam keterangannya memperincikan seperti berikut: A: Tarikh pertama ayah rogol saya ialah pada 14.8.2019, masa itu saya berada di rumah ayah di Kampung Beris, Kuala Berang. Masa itu tengahari saya tengah cukur kening dalam bilik tidur ibu dan ayah. Masa itu ada adik saya dua orang lelaki Ahmad Farhan dan Ahmad Fadli, mereka berdua di ruang tamu, saya tidak pasti mereka buat apa. Masa itu ayah masuk dalam bilik dan marah pada Tasha sebab cukur kening. Bila kena marah saya menangis. Kemudian ayah mencabul saya. Q: Apa yang ayah buat? A: Ayah saya baringkan saya di atas tilam dalam bilik itu dan saya baring sajalah, ayah buka seluar saya lalu menggosok saya, dia gosok saya dekat paha saya kedua-dua belah paha saya, masa itu ayah duduk hadapan Tasha, (saksi tunjuk dengan anak patung) - ayah duduk melutut di hadapan Tasha, sambil membongkok sedikit dan tangan sebelah kanan dia mengosok kedua-dua belah paha Tasha, ayah tidak berapa lama gosok paha Tasha, dia kemudian memasukkan kemaluannya dalam kemaluan Tasha. Masa itu sebelum itu ayah pakai kain pelikat, dan tidak pakai baju. Masa dia masukkan kemaluan dia dalam kemaluan Tasha kain pelikat ayah masih di perut. Saya nampak kemaluan ayah sebab saya nampak dari bawah kain pelikat. Masa itu ayah baring atas saya, gosok paha saya kemudian ayah angkat kain pelikat dia, jadi saya nampak kemaluan dia itu. Dan ayah cabul saya dengan memasukkan kemaluan dia dalam kemaluan saya. Masa itu kedudukan kaki saya seperti mahu menyepak, (saksi tunjuk dengan anak patung), satu kaki saya ke atas seperti mahu lepaskan diri dan satu lagi kaki saya lurus di bawah, sementara ayah berbaring di atas saya. Masa ayah masukkan kemaluan dia dalam kemaluan Tasha kedua-dua tangan ayah berada di sisi kiri kanan badan saya. Masa ayah masukkan kemaluan dia dalam kemaluan Tasha, ayah tolak kemaluan dia masuk dalam kemaluan Tasha. Masa itu saya rasa sakit, sakit di dalam kemaluan saya. Tasha masa itu mahu menjerit, tapi ayah tutup mulut Tasha dengan tangan dia, tapi saya tidak pasti tangan mana. Ayah masa itu banyak kali tolak masuk kemaluan dia dalam kemaluan saya dan saya masa itu pejam mata. Tetapi saya masih dapat rasa sakit sebab benda keras masuk dalam kemaluan saya. Masa itu saya rasa sakit saya rasa kemaluan ayah masuk dalam kemaluan saya. Saya hendak melawan tetapi tidak lepas, saya cuba tolak guna tangan saya, tolak ayah. Saya tidak berjaya sebab ayah terlalu kuat. Q: Seterusnya apa berlaku? A: Saya cuba melawan dan cuba larikan diri tapi ayah terlalu kuat susah nak lepas. Saya dah cuba tendang ayah dan tolak dengan tangan saya tetapi tidak berjaya. Ayah makin tolak masuk kemaluan dia dalam kemaluan Tasha. Kemaluan rasa sakit, selepas itu Tasha rasa seperti air keluar dekat kemaluan Tasha, saya dapat rasa ada belengas/ melekit dekat paha saya, masa itu kemaluan ayah dah keluar dari kemaluan saya, ayah bangun dan pakai kain pelikat dia dan keluar dari bilik itu. Saya bangun dari atas tilam itu dan saya pakai seluar dan baju saya. Maksud saya masa perbuatan ayah pada saya, baju saya terangkat ke atas, jadi saya bangun dan betulkan semula pakaian saya. Masa ayah buat pada saya, baju saya terangkat ke paras dada, dan nampak buah dada saya. Masa itu saya pakai baju t-shirt, dan saya pakai baju dalam. Baju dalam saya tidak terangkat. Masa itu saya pakai seluar panjang dan tidak pakai apa-apa di dalam. Q: Kamu tahu air apa yang keluar dari kemaluan kamu? A: Saya tidak tahu air apa, tapi dapat rasa di kemaluan dan rasa melekit. Air rasanya basah sampai ke tilam tempat saya baring. Saya kesat air yang melekit pada paha saya dengan kain selimut yang ada dekat tilam itu Q: Seterusnya apa berlaku? A: Selepas pakai/mbetulkan baju, saya menangis, sebab saya rasa sakit di kemaluan saya. Selepas itu saya pergi mandi. Q: Masa kejadian itu bagaimana keadaan cahaya dalam bilik? A: Waktu dalam bilik cerah sebab waktu tengahari dan dalam bilik itu ada tingkap, tingkap tidak ada langsir. Tingkap tidak buka, tingkap itu tingkap kaca dan ada yang pecah, jadi cerah. Q: Selepas itu ada beritahu pada sesiapa? A: Saya tidak cerita pada sesiapa saya hanya diam sahaja. Saya tidak cerita sebab saya takut dan saya malu untuk cerita pada semua orang. Tasha takut hendak cerita dekat orang sebab takut nanti orang perli Tasha. Selepas ayah buat pada Tasha ayah ada beritahu pada Tasha jangan beritahu orang lain, saya hanya diamkan diri. Masa ayah buat perbuatan itu pada Tasha, Tasha tidak faham perlakuan ayah. Saya tidak faham kenapa ayah buat begitu pada saya. Saya tidak suka apa yang ayah buat sebab saya tidak suka benda itu. Saya tidak suka benda itu yang ayah buat/ berlaku pada diri saya. Masa itu umur saya 15 tahun. Q: Masa kejadian 14.8.2019 itu macam mana Tasha boleh ada di rumah ayah? A: Masa itu saya telah berhenti sekolah dan saya tidak sempat ambil PT3. Seingat saya masa bulan puasa hari kedua atau ketiga saya pergi rumah ayah, sebelum bulan puasa itu saya ada rancang hendak lari dari rumah nenek, saya hendak lari sebab saya duduk merancang untuk pergi ke rumah kawan hendak cari kerja dan emak saudara saya, saya panggil Cik Su tahu saya hendak lari dari rumah, nenek kemudian telefon ayah saya supaya datang ambil saya dari rumah nenek. Seingat saya ayah datang hari sama iaitu dalam awal bulan puasa itu untuk ambil saya dari rumah nenek dan bawa saya pulang ke Kampung Beris, rumah ayah. Sejak hari tu saya duduk dengan ayah. Sementara itu adik saya dua orang Farhan dan Fadli memang telah tinggal dengan ayah sebelum ini. Masa saya mula-mula sampai rumah ayah saya tidur dekat depan TV, dekat ruang tamu, selepas itu ayah kemaskan bilik belakang dan suruh saya tidur dalam bilik, ayah dan adik-adik tidur di bilik belakang. Maksud saya, saya tidur dalam bilik tempat kejadian iaitu bilik depan. Rumah itu ada dua bilik, satu bilik belakang. [17] Kini kami berganjak pula pada kejadian di dalam Rayuan Jenayah MR No: T-09-192-08-2023 (luar tabii) dan Rayuan Jenayah MR No: T-09-193- 08- 2023 (rogol) di mana bagi kedua-dua kesalahan ini ianya berlaku pada 26 November 2019 jam lebih kurang 2.00 petang di rumah yang sama. [18] Bagi kedua-dua kesalahan ini, keterangan mangsa adalah seperti berikut: Q: Apa berlaku pada 26.11.2019? A: Masa itu waktu siang, lebih kurang waktu pagi, saya hendak melarikan diri balik ke rumah nenek di Kijal, Kemaman. Masa itu saya keluar dari rumah tok belah ayah, saya tidak tahu nama dia saya panggil Tok, dan saya jalan kaki untuk balik ke Kijal. Selepas itu masa tengah jalan kaki terjumpa orang kampung, orang kampung tanya hendak pergi mana, saya beritahu dia saya hendak pergi jogging. Saya tidak tahu nama dia. Selepas dia tanya saya jogging apa, sebab saya saya pakai selipar. Saya terus sahaja berjalan dan orang itu pun tinggalkan saya. Saya jalan terus dan jumpa kereta, kereta itu melepasi saya ke depan tetapi berpatah balik, sebab mula-mula dia ingat saya hantu. Pemandu kereta itu perempuan, saya tidak kenal dia dan tidak tahu nama dia. Saya minta dia untuk hantar saya ke Kuala Berang tetapi dia tidak hantar saya sebab emak dia sakit. Saya naik kereta itu dan pemandu kereta itu hantar saya ke rumah sepupu dia dekat Kampung Beris itu juga. Dalam kereta itu saya ada berbual dengan pemandu kereta itu dan dia ada tanya pada saya hendak pergi ke mana. Saya beritahu hendak balik ke Kemaman, saya beritahu saya hendak balik rumah nenek. Tasha ada beritahu dia yang Tasha adalah cucu Tok Tih, Tok Tih itu ialah Tok belah ayah. Dia kenal Tok Tih. Dia tinggalkan Tasha dekat rumah sepupu dia. Kemudian pemandu kereta itu pergi ke rumah pak saudara saya, sebelah ayah nama saya tidak ingat, kemudian isteri pak saudara itu pergi ke rumah sepupu pemandu kereta itu, dan jumpa saya di rumah itu. Saya pun tidak tahu isteri pak saudara itu nama apa. Saya tidak tahu nama mereka tetapi saya kenal mereka saudara saya. Masa di rumah itu emak saudara sebelah ayah marah pada Tasha sebab Tasha beritahu Tasha hendak balik Kemaman, Selepas itu dia marah. Dia suruh Tasha balik ke rumah Tok atau rumah ayah, tetapi Tasha tidak dengar cakap dia. Kemudian di situ, bila Tasha tidak dengar cakap dia, dia telefon ayah. Selepas itu dalam tengahari, ayah datang ambil Tasha di rumah itu. Ayah bawa balik saya ke rumah ayah di Kampung Beris. Sehari sebelum itu, dalam 25.11.2019, saya ada beritahu pada ayah saya hendak tidur rumah Tok, tetapi Tok tak bagi saya tidur di rumahnya, jadi malam itu saya tidur di rumah emak saudara sebelah rumah Tok, dekat situ juga. Emak saudara ini saya panggil Tok Su. Maksud saya waktu, pagi 26.11.2019 itu saya keluar dari rumah Tok ini. Masa dalam perjalanan tengahari 26.11.2019, dengan ayah dalam kereta, untuk balik rumah ayah, ayah ada tanya pada saya hendak pergi mana, saya beritahu saya hendak balik ke Kemaman. Masa itu ayah suruh saya kemaskan baju sebab dia kata susahkan orang hendak buat kerja, saya faham bila saya lari dari rumah saya susahkan dia, dia hendak kerja. Bila sampai di rumah, saya kemaskan baju-baju saya untuk balik rumah di Kijal, Kemaman. Saya kemaskan baju-baju saya dalam bilik depan, tempat kejadian pertama. Ayah lakukan perkara yang sama kepada saya dalam bilik itu. Seingat saya lebih kurang dalam pukul 2.00 petang, sampai di rumah ayah, Tasha masuk dalam bilik depan lepas itu ayah pun melakukan perkara yang sama kepada saya dalam bilik itu. Masa itu tidak ada orang di rumah, adik-adik saya pergi main dekat sungai masa itu. Dalam rumah ada Tasha dan ayah sahaja. Masa itu saya masuk bilik hendak kemas baju, dan ayah buat perkara yang sama. Q: Beritahu semula apa berlaku dalam bilik selepas kamu masuk hendak kemas baju? A: Mula ayah masuk dalam bilik, ayah buat benda yang sama. Tasha masa itu ingat hendak kemas baju hendak balik Kemaman, Masa itu ayah berpakaian baju kerja, ayah pakai baju t-shirt dan seluar jeans, saya dalam bilik saya duduk atas tilam tengah lipat kain, saya sedar ayah masuk, biasanya ayah masuk dalam bilik itu untuk ambil barang, saya sedar ayah masuk. Ayah datang dekat pada saya, masa itu saya masih duduk atas tilam hendak lipat baju, Saya pakai baju t-shirt dan berseluar jeans, saya juga pakai baju dalam/ coli dan seluar dalam. Kemudian ayah suruh Tasha baring, baring di atas tilam. Saya ikut sahaja dan saya baring atas tilam. Kemudian ayah gosok paha saya dengan tangannya, dengan satu tangan saya tidak pasti tangan mana, Ayah masukkan kemaluan dia dalam kemaluan saya. Mula ayah gosok atas seluar saya, lepas itu ayah buka seluar saya, Ayah buka seluar saya sampai di bawah lutut, kemudian ayah buang seluar dia buka seluar jeans dia hingga ke lutut dia, londehkan seluar dia, dia masukkan kemaluan dia dalam kemaluan saya. Masa ayah buka seluar jeans saya, ayah juga tarik sekali seluar dalam saya. Masa ayah buka seluar dia itu saya boleh nampak kemaluan ayah. Ayah tidak buka baju dia, saya pun masih pakai baju. Selepas ayah buka seluar dia itu, ayah baring atas badan Tasha, masa itu kaki saya terbuka (saksi tunjuk dengan anak patung – keadaan seluar tercabut hingga ke lutut dan patung satu lagi terbaring atas badan patung di bawahnya). Masa itu tangan ayah berada di sisi kiri dan kanan badan Tasha. Kedua –dua tangan Tasha ada atas tilam. Kemudian ayah tolak kemaluan dia dalam kemaluan saya. Saya tahu kemaluan ayah yang ditolak masuk dalam kemaluan saya sebab saya rasa, masa itu saya rasa sakit di kemaluan saya, saya rasa seperti benda keras masuk dalam kemaluan saya. Tasha tidak nampak kemaluan ayah sebab Tasha tutup mata tetapi Tasha rasa. Bila saya rasa sakit saya tutup mata, ayah tolak masuk kemaluan dia dalam kemaluan saya beberapa kali. Kemudian ayah keluarkan kemaluan dia dari kemaluan saya. Kemudian ayah masuk bilik air, terus mandi dan pakai baju seluar dia. Saya tidak pasti masa itu ada keluar air atau tidak dalam kemaluan saya. Selepas itu Tasha pakai baju dan kemas baju. Maksud saya, saya pakai semula seluar saya dan betulkan baju saya. Masa itu baju saya berpusing sikit pada badan saya dan saya betulkan. Sekarang saya boleh ingat, pada hari sama itu 26.11.2019, mula-mula ayah masukkan kemaluan dia dalam kemaluan saya dulu, lepas itu ayah keluarkan, kemudian dia masukkan ke dalam bahagian punggung saya. Selepas ayah keluar kemaluan dia dari kemaluan saya, masa itu ayah suruh saya pusingkan badan saya, dan saya berada dalam kedudukan meniarap (saksi tunjuk dengan anak patung, muka anak patung ke bawah), masa itu muka saya duduk atas bantal, berpusing ke tepi, kedua-dua tangan saya memegang kain di tepi tilam, kain itu saya jahit di tepi tilam sebab tilam itu carik/koyak. Ayah berada di bahagian belakang saya dan dia masukkan kemaluan dia dalam bahagian dalam punggung saya. Masa kedua-dua tangan ayah dalam keadaan menekan atas tilam. Masa itu saya rasa sakit, ayah tolak slow-slow kemaluan dia ke dalam bahagian dalam punggung saya, saya sakit sebab saya rasa benda keras masuk ke dalam bahagian dalam punggung saya. Saya tahu benda keras itu kemaluan ayah. Ayah ulang beberapa kali tolak masuk kemaluannya ke dalam bahagian dalam punggung saya. Masa itu saya tidak cakap apa-apa cuma saya menitiskan air mata, saya menangis sebab saya sakit bahagian dalam punggung saya. Selepas itu saya rasa ayah keluarkan kemaluan dia slow-slow dari punggung saya, dia bangun. Q: Apa yang berlaku selepas itu? A: Ayah masuk dalam tandas selepas dia masukkan kemaluan dia dalam kemaluan saya, kemudian saya nampak ayah pakai tuala dan masuk dalam bilik, masa ini saya masih atas tilam dan ayah suruh saya pusingkan badan saya. Masa itu kejadian yang kemaluan ayah masuk punggung saya itu berlaku. Q: Boleh jelaskan apa berlaku Tasha? A: Lepas ayah masuk kemaluan dia dalam kemaluan saya, ayah pakai seluar dia balik dan keluar dari bilik saya, lepas itu ayah pergi ke bilik belakang dan pakai tuala, saya dengar air dari bilik air saya tidak tahu dia mandi atau tidak. Kemudian saya nampak ayah keluar dari bilik air dengan memakai tuala dan ayah masuk semula dalam bilik saya, masa itu ayah suruh saya meniarap dan masa itu berlaku kejadian ayah memasukkan kemaluan dia dalam bahagian dalam punggung saya. Q: Apa yang ayah buat dengan tuala yang dipakai sebelum itu? A: Masa itu ayah masih pakai tuala itu dan dia selak bahagian tengah tuala yang dipakainya, lepas itu dia masukkan kemaluan dia dalam punggung saya. Selepas dia selesai buat perbuatan itu, ayah bangun dan betulkan tuala yang dipakainya dan keluar dari bilik saya. Saya bangun dan memakai seluar saya. Masa ayah masuk semula ke dalam bilik itu dengan memakai tuala, saya masih ada atas tilam, seluar saya masih dekat lutut saya, saya belum betulkan lagi, dan bila saya meniarap seluar itu masih sama di lutut saya. Q: Selepas ayah masukkan kemaluan dia dalam punggung Tasha, Tasha rasa apa? A: Saya ada rasa sakit dan pedih. Q: Bagaimana keadaan pintu bilik masa kemaluan ayah masuk dalam kemaluan Tasha pada tarikh 26.11.2019? A: Pintu bilik dalam keadaan tertutup. Pintu bilik itu ditutup oleh ayah. Q: Bila kejadian ayah masukkan kemaluan dia dalam punggung Tasha, bagaimana keadaan pintu? A: Ayah tutup pintu bilik itu sebab ayah takut adik balik dan tengok. Q: Agak-agak kamu pukul berapa selesai kejadian itu dan kamu kemas-kemas baju? A: Dekat-dekat pukul 4.00 petang. Q: Bila balik ke Kijal, Kemaman dan apa berlaku? A: Esoknya, 27.11.2019, saya balik ke Kijal Kemaman, ayah hantar saya balik bersama dengan Tok saya, saya panggil Tok Tih ke rumah nenek saya di Kijal, Kemaman. Ayah hantar naik kereta, masa waktu tengahari ayah hantar. Ayah hantar saya sampai rumah nenek di Kijal, dan ayah terus balik, dia tidak naik atas rumah nenek. Saya tidak cerita tentang kejadian ayah buat pada saya pada sesiapa sehinggalah saya balik semula ke Kijal, Kemaman. Masa hari mula-mula balik saya belum cerita lagi, masa 28.11.2019 saya cerita pada nenek dan kemudian nenek cerita pada ibu dan pok saudara sebelah emak saya. Saya takut untuk cerita pada ibu jadi saya cerita sahajalah pada nenek. Q: Kenapa Tasha tidak cerita masa mula-mula sampai di rumah nenek di Kijal? A: Saya tidak cerita sebab masa hari itu bila saya sampai rumah nenek, bila ayah saya telah balik, pok saudara dan mok saudara saya yang duduk di Johor dan di Perak ada balik ke rumah nenek. Masa itu ramai orang jadi saya malu untuk cerita. Saya esoknya boleh cerita pada nenek sebab masa itu saya sakit perut, jadi saya mengadu pada nenek saya sakit perut dan nenek tanya sebab apa sakit perut. Tasya cakap pada nenek “ayah rogol” saya cakap direct pada nenek tidak henti-henti. Saya beritahu nenek ayah rogol saya, saya beritahu buat berapa kali sehari, buat dua tiga kali dalam sehari dan nenek beritahu ibu dan selepas itu ibu dan emak saudara saya bawa saya ke hospital. Emak saudara yang bawa saya itu nama Nurul Jannah. Mereka bawa saya ke Hospital Kemaman. Saya pergi Hospital Kemaman 28.11.2019 sebelah petang. Sampai di hospital masuk bilik, bilik apa tidak tahu dan ada doktor, masa itu ibu dan emak saudara ada sekali. Doktor tanya pada ibu pergi buat report atau tidak lagi, dan ibu cakap belum buat report lagi. Saya dengar doktor tanya ibu masa dalam bilik itu, saya duduk atas katil di sebalik/ belakang tirai. Saya hanya dengar report sahaja, lain-lain saya tidak dengar. [19] Menurut mangsa lagi pada 28 November 2019 dia sakit perut dan mula bercerita tentang perbuatan Tertuduh terhadap dirinya kepada neneknya.