Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KEMAMAN DI DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES TANGKAPAN NO. TB-83D-31-01/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN AHMAD SYAHIERAN BIN ABU BAKAR [NO. K/P: 961031-06-5089]
TB-83D-31-01/2021
Magistrates Court of Malaysia26 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“. 36. Rujukan kes Ogujiofor Frank Chike v PP [2015]2 MLJ 100 COA, menyatakan seperti berikut: “[44] With respect, we were not able to agree with learned counsel on that interpretation of s 9 of the Evidence Act 1950. Granted that the appellant had given an explanation, as required under the law, for **Note : Serial num”
“ebagaimana rujukan prinsip kes di atas dan berdasarkan basic human probabilities (rujukan kes PP v Dato’ Harun bin Haji Idris [1976] 1 MLRH 559; [1977]1 MLJ 180 dan PP v Mohamed Ali [1962] 1 MLRH 79; [1962] MLJ 257), Mahkamah bersetuju meskipun mungkin boleh dihujahkan bahawa SP6 mempunyai kepentingan terhadap keputusa”
“uh ke tempat kejadian untuk mengambil hutang RM500.00 daripada “Saa” hanyalah “hearsay evidence” maka ia tidak boleh diterima masuk (inadmissible). Rujuk kes Mahkamah Persekutuan Leong Hong Khie v PP [1984] CLJU 172. Pada peringkat ini juga tiada bukti lain yang dikemukakan oleh pihak pembelaan contohnya nombor telefon”
“n dan boleh diterima masuk di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Rujuk kes Mahkamah Persekutuan Parlan Dadeh v PP [2009]1 CLJ 717 dan kes Mahkamah Rayuan PP v Muhammad Azizul Hafiz Bin Wahib & Ors [2024] CLJU 1241. 13. Oleh itu, mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan telah membuktikan barang kes dalam milikan Tertud”
“bela diri. Oleh itu, wujud keterangan baharu (new evidence). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 9. Mahkamah merujuk Commentary on the Constitution of India, vol 5, 9th edn, (India LexisNexis, 2015) Durga Das Basu menyatakan seperti berikut: “A fair trial”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KEMAMAN DI DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES TANGKAPAN NO. TB-83D-31-01/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN AHMAD SYAHIERAN BIN ABU BAKAR [NO. K/P: 961031-06-5089]
1
PENDAHULUAN Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. Pertuduhan ke atas Tertuduh adalah seperti berikut: Pertuduhan: “Bahawa kamu pada 12 September 2020 jam lebih kurang 11.50 malam bertempat di tepi Jalan Melati Kampung Baru Kerteh, dalam Daerah Kemaman, dalam Negeri Terengganu Darul Iman telah ada dalam milikan kamu dadah Berbahaya iaitu “21.21 gram Methamphetamine”. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama”. Hukuman: Barang siapa disabitkan hendaklah dihukum dengan penjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih lima tahun dan ia juga akan dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan.
2
Berdasarkan rekod catatan minit pada 6.1.2021, pertuduhan tersebut telah dibacakan dan diterangkan dalam Bahasa Malaysia kepada Tertuduh dan diakui faham. Tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan.
3
Pihak pendakwaan telah memanggil sembilan
9
orang saksi pendakwaan. Kes perbicaraan kali pertama dijalankan pada 29.11.2022 di hadapan Puan Majistret Puan Tengku Eliana binti Tuan Kamaruzaman yang mana SM Mohd Firdaus Koh bin Abdullah (SP1) dan Sjn Mohd Akram bin Ismail @ Mohd Ghazali (SP2) telah dipanggil memberi keterangan.
4
Bermula tarikh 9.5.2023, kes Sambung Bicara ini telah diteruskan di hadapan Majistret yang baharu, Puan Sharifah Amirda Shasha binti Amir Shariffuddin.
5
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan satu kes prima facie terhadap Tertuduh dan Tertuduh dipanggil membela diri. Keputusan ini telah dibaca dan diterangkan di dalam Mahkamah Terbuka kepada semua pihak.
6
Tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dan pihak pembelaan telah mengemukakan lima (5) orang saksi pembelaan dan di akhir kes pembelaan, Mahkamah telah memutuskan bahawa Tertuduh telah gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
7
Oleh itu, Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah dan mensabitkan Tertuduh di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.
8
Setelah mendengar hujahan mitigasi dan pemberatan daripada kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 4 tahun dari tarikh sabitan dan 3 sebatan rotan.
9
Tertuduh telah merayu untuk keputusan sabitan dan hukuman tersebut.
1
FAKTA KES PENDAKWAAN Pada 12.9.2020 jam lebih kurang 10.00 malam, pengadu [SP6] telah memberi taklimat Ops Tapis Narkotik di perkarangan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kemaman kepada 6 orang anggota serbuan terdiri daripada anggota polis BSJND Kemaman.
2
Sewaktu taklimat, SP6 telah menerangkan kepada anggotanya mengenai maklumat disyaki berkait pengedaran dadah melibatkan 1 Lelaki Melayu dengan nama panggilan “Abe Era” di kawasan sekitar Kampung Baru Kerteh.
3
Seterusnya, SP6 dan anggota serbuan telah bergerak ke tempat serbuan menaiki 2 buah kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Waja nombor pendaftaran WML 4575 hak milik Kerajaan Malaysia yang tidak berlambang dan sebuah kereta persendirian Honda City nombor pendaftaran DCU 4489.
4
Pemerhatian hampir lebih kurang 45 minit dibuat dari jarak lebih kurang 30 meter dari tepi jalan Melati, Kampung Baru Kerteh, 24300 Kemaman, Terengganu oleh SP6 dan anggotanya.
5
Pada jam lebih kurang 11.50 malam, SP6 telah melihat 1 Lelaki Melayu (Tertuduh) sedang berdiri dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Melati, Kampung Baru Kerteh.
6
Pengadu bersama anggota serbuan telah keluar dari kenderaan yang dinaiki dan menuju ke tempat Tertuduh berada.
7
Semasa dan anggotanya menghampiri Tertuduh dan memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis, secara tiba-tiba Tertuduh melarikan diri.
8
Pengadu dan anggota serbuan mengejar Tertuduh dan Tertuduh dapat ditangkap setelah berlaku sedikit pergelutan.
9
Pengadu membuat pemeriksaan fizikal ke atas Tertuduh dan hasil pemeriksaan menjumpai 1 peket plastik cerah berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah dalam poket hadapan sebelah kanan seluar pendek bercorak bunga berwarna merah/putih/hijau/kuning/hitam yang dipakai oleh Tertuduh.
10
Hasil pemeriksaan fizikal oleh SP6 juga mendapati Tertuduh mengalami sedikit bengkak di bahagian kaki sebelah kanan dan bengkak di bahagian kepala sebelah kanan dipercayai akibat pergelutan semasa proses tangkapan.
11
Tertuduh ditangkap dan barang kes dirampas. Proses dokumentasi dibuat. Barang kes dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu. Hasil analisa ahli kimia (SP5) mendapati berat bersih bahan tersebut adalah 30.13 gram yang mengandungi 21.21 gram methamphetamine. Methamphetamine dijadualkan di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
1
PENUKARAN MAJISTRET SEMASA PERBICARAAN Mahkamah ini telah merujuk peruntukan undang-undang iaitu seksyen 261 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) sebelum meneruskan perbicaraan tersebut daripada Puan Majistret terdahulu seperti mana berikut: Section 261 Change of Magistrate during hearing Whenever any Magistrate after having heard and recorded the whole or any part of the evidence in a trial ceases to exercise jurisdiction in it and is succeeded by another Magistrate who has and who exercises such jurisdiction, the Magistrate so succeeding may act on the evidence so recorded by his predecessor, or partly recorded by his predecessor and partly recorded by himself, or he may re-summon the witnesses and recommence the inquiry or trial: Provided as follows:
a
in any trial the accused may, when the second Magistrate commences his proceedings, demand that the witnesses or any of them be re-summoned and re-heard;
b
the High Court may, whether there be an appeal or not, set aside any conviction had on evidence not wholly recorded by the Magistrate before whom the conviction was had, if that Court is of opinion that the accused has been materially prejudiced thereby, and may order a new trial.
2
Mahkamah telah menggunakan keterangan yang direkodkan oleh Puan Majistret sebelumnya dan sebahagian yang direkodkan sendiri dalam perbicaraan ini sebagaimana yang dibenarkan di sisi undang-undang seksyen 261 Kanun Tatacara Jenayah tersebut.
3
Walau apapun, dalam kes ini, tiada permohonan daripada mana-mana pihak untuk melakukan perbicaraan secara de novo sebelum Mahkamah memulakan sambung bicara ini atau sehingga keputusan kes pendakwaan selesai diberikan. Malah, tiada permohonan daripada pihak-pihak untuk memanggil semula atau mendengar semula keterangan SP1 atau SP2 sehingga kes pendakwaan selesai dijalankan. Oleh itu, tidak sepatutnya menjadi isu berbangkit bahawa Tertuduh atau pihak pendakwaan diprejudiskan secara material dalam kes ini dengan penukaran Majistret semasa perbicaraan. Rujukan kes Abdul Hamid Udin v PP [2000] 6 MLJ 334.
4
UNDANG-UNDANG BERKAITAN Mahkamah merujuk pada seksyen 173(f), seksyen 173(h)(iii) dan seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan secara jelas tugas utama Mahkamah di akhir kes pendakwaan iaitu mempertimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Rujukan juga dibuat terhadap kes Mahkamah Rayuan LOOI KOW CHOI V PP [2003] 2 MLJ 65 seperti berikut: … It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.
5
Kesalahan memiliki dadah jenis methamphetamine dinyatakan secara jelas dalam seksyen 12(2) ADB 1952 seperti berikut:
12
Restriction on import and export of certain dangerous drugs
12
(2) No person shall have in his possession, custody or control any dangerous drug to which this Part applies unless he is authorized to be in possession, custody or control of such drug or is deemed to be so authorized under this Act or the regulations made thereunder.
6
Mahkamah juga membuat rujukan undang-undang peruntukan di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama iaitu:
39A
Increased penalty where the subject matter is the prescribed amount of certain dangerous drugs
1
Every person found guilty of an offence against this Act where the matter of the offence is –
r
5 grammes or more but less than 30 grams in weight of Methamphetamine shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which the person has been so found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than two years but shall not exceed five years, and he shall also be punished with whipping of not less than three strokes but not more than nine strokes.
7
Oleh itu, elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di dalam kes ini adalah: Barang kes yang dirampas oleh SP6 adalah 21.21 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine sebagaimana dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; Barang kes dalam milikan Tertuduh; dan Tertuduh tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memiliki barang kes pada masa kejadian.
1
ANALISA/DAPATAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Mahkamah ini telah meneliti semua keterangan saksi pendakwaan serta hujahan-hujahan yang difailkan oleh kedua-dua pihak. Mahkamah juga telah mengenalpasti isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan sepanjang kes pendakwaan. Oleh itu, dalam menganalisa eksibit dan keterangan saksi-saksi, mahkamah akan menyenaraikan dapatan mahkamah dalam bentuk berikut: Sama ada rantaian barang kes dalam kes ini terputus? Sama ada identiti barang kes yang dirampas oleh SP6 adalah dadah berbahaya jenis methamphetamine sebagaimana dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berat bersih 21.21 gram? Sama ada barang kes dalam milikan Tertuduh? Sama ada proses acupakai seluar oleh Tertuduh yang tidak diberikan kata-kata amaran boleh diterima masuk sebagai keterangan; Sama ada saksi polis yang dipanggil memberi keterangan adalah kredibel dan boleh dipercayai; Sama ada wujud percanggahan material dalam keterangan antara SP3, SP6 dan SP8 sehingga menimbulkan keraguan munasabah; Sama ada Tertuduh mempunyai sebarang kuasa untuk memiliki barang kes pada masa kejadian? dan Sama ada ketiadaan ujian cap jari atau DNA melemahkan kes pendakwaan? SAMA ADA RANTAIAN BARANG KES DALAM KES INI TERPUTUS?
2
Mahkamah merujuk pada kes GUNALAN RAMACHANDRAN & ORS v. PP [2004] 4 CLJ 551, Hakim Mahkamah Rayuan YA Abdul Hamid Mohamad JCA menyatakan: First, by way of a general observation, I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is the substance that was recovered that was sent to the chemist for analysis and it is that same substance that is found to be heroin or cannabis etc. and it is in respect of that substance that an accused is charged with trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handing over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case falls. There should be no confusion between what has to be proved and the method of proving it. What has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc., and it is for the trafficking of that same substance that the accused is charged with. The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is “a gap”, does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that “gap” the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact. The second period is from the time that it was received back from the chemist until it is produced in court. In my view, the chain of evidence is less important during this second period. This is because, as far as I am aware, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court and if not the prosecution’s case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Even in a murder trial, the dead body is not produced in court. In Sunny Ang v. Public Prosecutor [1966] 2 MLJ 195 (FC) the body of the victim was not even recovered, yet the accused was convicted of murder. What the prosecution has to prove is that a particular person had died and the accused had caused his death. The death of the victim is not proved by looking at his remains in court, but by evidence of witnesses, the medical report, the identity card, the photographs and so on. Similarly, in a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist, there may be a gap in the chain of the people keeping custody of it subsequent to it having been analysed by the chemist until the date of trial, but so long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist was the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution’s case should fall.
3
Mahkamah dengan ini mendapati beban pembuktian adalah di bahu pihak pendakwaan untuk membuktikan barang kes yang dirampas adalah barang kes yang sama dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh ahli kimia bagi mengetahui kewujudan dadah serta barang kes yang sama dikemukakan di Mahkamah.
4
Berdasarkan keterangan SP6, SP6 telah merampas 1 peket plastik cerah [Eksibit P8] berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar pendek bercorak bunga berwarna merah/putih/hijau/kuning/hitam [Eksibit P2] yang dipakai Tertuduh semasa pemeriksaan fizikal dilakukan ke atas Tertuduh.
5
Keterangan rampasan barang kes oleh SP6 ini disokong oleh keterangan SP7 yang melihat sendiri proses rampasan dan penandaan dibuat oleh SP6 pada barang kes. Kedua-dua saksi ini mengecam kesemua barang kes tanpa gagal berdasarkan pada tandatangan SP6, tarikh 12/9/20 dan penandaan “A1” bagi Eksibit P8 dan penandaan “A” bagi Eksibit P2 yang dikemukakan di Mahkamah ini.
6
Keterangan SP6 dan SP7 juga mengecam barang kes adalah sama sebagaimana dalam gambar barang kes [Eksibit P11A-D]. SP6 dan SP7 juga mengecam baki analisa dadah [Eksibit P10] yang terkandung dalam satu peket plastik JKM [Eksibit P9] berdasarkan pada warna dadah tersebut.
7
SP6 menyatakan bahawa beliau menyediakan Borang Senarai Geledah [Eksibit P14] dan dicamkan olehnya berdasarkan pada nama, tarikh dan tandatangannya di sebelah kanan bawah Borang. Keterangan SP7 menyokong keterangan SP6 kerana SP7 melihat sendiri Eksibit P14 tersebut disediakan oleh SP6. SP6 dan SP7 menyatakan barang kes yang dirampas adalah sama sebagaimana butiran barang yang dijumpai/dirampas di Borang Senarai Geledah.
8
SP6 menyatakan telah membuat satu laporan polis Kerteh/000949/20 [Eksibit P15] berkait tangkapan Tertuduh dan rampasan barang kes. SP6 menyatakan kesemua barang kes berada dalam kawalannya seorang sebaik sahaja dijumpai sehinggalah penyerahan kepada Pegawai Penyiasat, SP8.
9
SP6 menyatakan telah menyediakan Borang Serah Terima Barang Kes [Eksibit P16] dan telah menyerahkan kesemua barang kes, Eksibit P14, Eksibit P15 dan Eksibit P16 kepada SP8.
10
SP8 mengakui penerimaan kesemua dokumen dan barang kes tersebut daripada SP6 dalam keadaan baik dan mengecam kesemua barang kes berdasarkan pada tandaan “AA”, tandatangan ringkas dan tarikh 13/9/20 yang beliau buat pada Eksibit P2 dan Eksibit P8. SP8 juga mengecam kesemua barang kes adalah sama sebagaimana gambar barang kes [Eksibit P11A-D] yang disediakannya sendiri. SP8 juga dapat mengecam Eksibit P2 dan Eksibit P8 yang dikemukakan di Mahkamah Terbuka dengan baik.
11
SP8 menyatakan telah memasukkan 1 peket plastik cerah berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah tersebut ke dalam satu sampul yang disediakannya dengan tandaan “AA” kemudian diseal 856 [Eksibit P3]. SP8 kemudiannya pada 13.9.2020 jam lebih kurang 8.20 pagi telah meminta bantuan SP4 untuk menghantar Eksibit P3 tersebut yang berseal PDRM 856 bersama-sama borang polis 31 [Eksibit P6] yang disediakannya ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu. SP8 dapat mengecam Eksibit P3 dan baki analisa dadah [Eksibit P10] yang terkandung dalam satu peket plastik JKM [Eksibit P9] berdasarkan pada warna dadah tersebut.
12
SP8 telah menjelaskan sepanjang masa selepas barang kes diserahkan oleh SP6 kepadanya telah menyimpan kesemua eksibit dalam kabinet besi berkunci dalam biliknya yang tiada kunci pendua. SP8 juga telah menyerahkan Eksibit P2 kepada SP1 pada 15.9.2020 jam 8.20 pagi. SP1 menyatakan telah menerima Eksibit P2 dalam keadaan baik.
13
SP4 di dalam keterangannya telah mengakui menerima Eksibit P6 dan Eksibit P3 daripada SP8 dalam keadaan baik dan berseal PDRM 856. SP4 menyatakan telah menyerahkan Eksibit P3 dan P6 kepada SP5 pada 13.9.2020 jam 10.29 pagi. Keterangan SP4 disokong oleh keterangan SP5 yang menerima Eksibit P6 dan P3 daripada SP4 dalam keadaan baik dan berseal PDRM 856. Resit Kimia Nombor Makmal 20-FR-T-02627 [Eksibit P7] telah disediakan oleh SP5.
12
SP5 dalam keterangannya menyatakan barang kes tersebut dalam kawalan dan pemerhatiannya sahaja. SP5 juga menyatakan telah menjalankan analisa ke atas barang kes dan hasil analisanya mendapati berat bersih bahan tersebut adalah 30.13 gram yang mengandungi 21.21 gram methamphetamine. Methamphetamine dijadualkan di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
14
SP5 kemudiannya menyatakan barang kes tersebut disimpan di dalam bilik kebal yang mana kunci kabinet disimpan olehnya sahaja. SP5 selanjutnya menyatakan baki serbuk homogen daripada bahan kristal jernih tersebut [Eksibit P10] telah dimasukkan ke dalam satu peket plastik JKM yang disediakannya [Eksibit P9] yang mana kemudiannya dimasukkan ke dalam Eksibit P3. SP5 kemudiannya telah meteraikan Eksibit P3 dengan label keselamatan “JABATAN KIMIA MALAYSIA”.
15
SP5 telah menyediakan laporan kimia nombor makmal 20-FR-T- 02627 [Eksibit P5] dan telah menyerahkan semula Eksibit P3 yang bermeterai “JABATAN KIMIA MALAYSIA” dan Eksibit P5 kepada SP2. SP2 mengakui penerimaan eksibit-eksibit tersebut dalam keadaan baik pada
10
10.12.2020 jam 11.20 pagi daripada SP5 dan mengecam eksibit-eksibit tersebut di mahkamah.
16
SP2 di dalam keterangannya telah menyerahkan eksibit-eksibit tersebut kepada SP9 pada hari yang sama jam lebih kurang 1.30 petang. SP9 mengakui menerima eksibit-eksibit tersebut daripada SP2 dalam keadaan baik. SP9 juga menyatakan telah menyimpan Eksibit P3 di dalam kabinetnya yang berkunci sebelum SP9 menyerahkan Eksibit P3 tersebut kepada SP1 pada 3.1.2021 jam 3.30 petang. SP1 menyatakan menerima Eksibit P3 dalam keadaan baik dan berseal “JABATAN KIMIA MALAYSIA”.
17
Mahkamah ini mendapati bahawa kesemua barang kes yang dinyatakan telah dibawa di hadapan Mahkamah Terbuka dan telah dirujuk pada saksi-saksi tersebut untuk pengecaman. Kesemua saksi tersebut berjaya mengecam kesemua barang kes dengan baik dan kekal konsisten serta keterangan mereka menyokong antara satu sama lain.
18
Mahkamah juga mendapati bahawa poket seluar [Eksibit P2] juga telah ditunjukkan di hadapan Mahkamah ini oleh saksi-saksi dan berada dalam keadaan baik. Mahkamah juga telah menyaksikan pembukaan Eksibit P3 oleh SP5 di dalam mahkamah terbuka. SP5 sebelum membuka Eksibit P3 telah menyatakan Eksibit P3 dalam keadaan baik dan masih berseal “JABATAN KIMIA MALAYSIA” sebagaimana disealnya dahulu.
19
Oleh itu, Mahkamah setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, mendapati keterangan-keterangan mereka adalah kredibel dan boleh dipercayai bagi rantaian barang kes dari saat barang kes dijumpai dan dirampas oleh SP6 sehinggalah kesemua barang kes dikemukakan di mahkamah untuk perbicaraan. Rujukan kes GUNALAN RAMACHANDRAN & ORS v. PP [2004] 4 CLJ 551.
20
Justeru, Mahkamah berpuas hati rantaian barang kes tidak terputus dan tidak dikacau ganggu. SAMA ADA IDENTITI BARANG KES YANG DIRAMPAS OLEH ADALAH DADAH BERBAHAYA JENIS
Schedule
JADUAL PERTAMA AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BERAT BERSIH 21.21 GRAM? 21. Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah memanggil saksi pakar ahli kimia iaitu SP5. Berdasarkan pada latar belakang pendidikan, kelulusan, pengalaman dan kepakaran SP5, tiada sebab munasabah untuk Mahkamah ini tidak mempercayai keterangannya sebagai saksi pakar. 22. Mahkamah seterusnya menganalisa berdasarkan keterangan SP5 dan laporan kimia 20-FR-T-02627 [Eksibit P5] yang disediakan olehnya. Mahkamah mendapati SP5 telah menerangkan kesemua barang kes yang dianalisanya menunjukkan identiti dadah jenis yang sama iaitu dadah berbahaya jenis methamphetamine yang tersenarai di Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah juga di dalam kes ini telah berpuas hati berkenaan keutuhan rantaian barang kes sebagaimana dihuraikan dalam isu pertama sebelum ini. Oleh itu, mahkamah berpuas hati berkenaan identiti dadah methamphetamine di dalam kes ini telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan sebagaimana rujukan kes Mahkamah Rayuan Ediawe Eshilama Clinton v. PP [2015] 9 CLJ 169); “As long as there is no break in the chain of evidence regarding the handling of the seized items or drug exhibits, then the issue of the identity of the drugs would not arise.” 23. Seterusnya, berkenaan berat dadah methamphetamine adalah jelas hasil analisa SP5 mendapati berat bersih bahan kristal jernih tersebut adalah 30.13 gram yang mengandungi 21.21 gram methamphetamine. Oleh itu, berat bersih dadah methamphetamine iaitu 21.21 gram telah memenuhi elemen peruntukan hukuman di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Hal ini demikian kerana ia telah melebihi paras minima 5 gram dan kurang daripada 30 gram untuk berada di bawah hukuman seksyen 39A(1) Akta tersebut. 24. Oleh itu, mahkamah memutuskan elemen ini telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan. SAMA ADA BARANG KES DALAM MILIKAN TERTUDUH? SAMA ADA PROSES ACUPAKAI SELUAR OLEH TERTUDUH YANG TIDAK DIBERIKAN KATA-KATA AMARAN BOLEH DITERIMA MASUK SEBAGAI KETERANGAN; SAMA ADA SAKSI POLIS YANG DIPANGGIL MEMBERI KETERANGAN ADALAH KREDIBEL DAN BOLEH DIPERCAYAI; SAMA ADA WUJUD PERCANGGAHAN MATERIAL DALAM KETERANGAN ANTARA SP3, SP6 DAN SP8 SEHINGGA MENIMBULKAN KERAGUAN MUNASABAH; 25. Bagi isu III sehingga VI, mahkamah akan membuat analisa dan dapatan secara bersesama kerana isu-isu tersebut berkait dengan elemen pemilikan barang kes oleh Tertuduh yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. 26. Mahkamah merujuk kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237 dan kes Leow Nghee Lim v Reg [1956] 1 MLJ 28 yang mana prinsipnya adalah bagi membuktikan elemen pemilikan, pihak pendakwaan perlu membuktikan tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan ke atas barang kes dan mempunyai pengetahuan akan kewujudan dadah tersebut. 27. Mahkamah juga merujuk kes PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 yang menyatakan kawalan dan jagaan merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu mempunyai kuasa untuk berurusan dengan sesuatu barang itu sebagai kepunyaannya sendiri dan bukan orang lain. 28. Bagi bukti pengetahuan pula kebiasaannya merupakan suatu perkara inferens yang boleh disimpulkan berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan kepada Mahkamah. Rujukan kes Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19. 29. Pihak pembelaan ada membangkitkan isu tiada sebarang kata-kata amaran yang diberikan kepada Tertuduh oleh SP8 sebelum gambar proses acupakai seluar diambil. Mahkamah telah menganalisa isu ini dan mendapati tiada penjelasan kukuh berkenaan ketiadaan kata-kata amaran diberikan oleh SP8. Oleh itu, mahkamah bersetuju bahawa ketiadaan penjelasan tersebut daripada SP8 berkenaan kewujudan kata-kata amaran terhadap Tertuduh sebelum proses acupakai seluar dijalankan menyebabkan proses acupakai seluar tersebut tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan di dalam kes ini meskipun gambar acupakai diambil oleh SP8 sendiri. Rujukan kes PP v Premakumar Balan & Anor [2010]3 CLJ 736. 30. Persoalan seterusnya yang timbul adalah sama ada dengan ketiadaan proses acupakai tersebut menjejaskan kes pendakwaan. Di sini, mahkamah menilai berdasarkan penilaian maksima mahkamah di atas keseluruhan keterangan yang dikemukakan. Mahkamah mendapati bahawa beban pembuktian adalah pada pihak pendakwaan untuk membuktikan seluar yang dirampas tersebut adalah seluar yang dipakai Tertuduh ketika kejadian. Dengan ketiadaan DNA dan cap jari, pihak pendakwaan perlu membuktikan seluar tersebut dipakai oleh Tertuduh ketika kejadian tersebut. 31. Di sini, Mahkamah mendapati di dalam kes PP v Premakumar Balan & Anor [2010]3 CLJ 736, yang mana pakaian dijumpai bersama-sama dadah di dalam sebuah beg (travelling bag). Di dalam kes tersebut, keperluan untuk mengambil gambar acupakai adalah penting lantaran pengadu dan anggota serbuan tidak melihat dengan mata mereka sendiri Tertuduh memakai pakaian tersebut kerana pakaian berada di dalam beg ketika kejadian berlaku. Oleh itu, dengan ketiadaan DNA dan cap jari serta keterangan pemakaian pakaian tersebut ke atas Tertuduh, ia menjejaskan kes pendakwaan. 32. Meskipun begitu, mahkamah berpandangan fakta kes tersebut tidak sama sebagaimana fakta kes di hadapan mahkamah ini. Di dalam kes di hadapan mahkamah ini, terdapat keterangan SP6 yang menyatakan melihat seluar [Eksibit P2] dipakai oleh Tertuduh ketika kejadian berlaku dan disokong oleh keterangan SP7 yang juga berada di tempat kejadian ketika serbuan dilakukan. Keterangan ini adalah keterangan yang boleh diterima masuk [admissible] kerana keterangan secara langsung oleh pancaindera mata saksi sendiri ketika kejadian berlaku. Mahkamah berpuas hati meskipun kejadian pada waktu malam tetapi berdasarkan keterangan SP6 dan SP7 ianya masih boleh dilihat melalui cahaya lampu jalan dan kawasan sekitar. 33. Malah, pihak pembelaan juga tidak pernah menafikan seluar [Eksibit P2] tersebut adalah milik Tertuduh sepanjang sesi pemeriksaan balas terhadap saksi-saksi pendakwaan berlangsung. Bahkan, di dalam hujahan pihak pembelaan juga jelas menyatakan seluar yang dirampas SP6 adalah milik Tertuduh sebagaimana di perenggan 53 Hujahan Pihak Pembelaan: “…Hal ini kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa OKT lah yang memakai seluar tersebut”. 34. Sepanjang kes pendakwaan, tiada isu dibangkitkan berkenaan pemilikan seluar Tertuduh tersebut sama ada milik Tertuduh atau bukan. Sebaliknya, isu yang dibangkitkan adalah barang kes dijumpai di tempat lain (di kawasan hadapan rumah tidak siap) dan bukan dijumpai dalam seluar dipakai Tertuduh [Eksibit P2] tersebut. Oleh itu, mahkamah mendapati bahawa tiada keraguan seluar [Eksibit P2] yang dirampas oleh SP6 adalah seluar yang dipakai oleh Tertuduh ketika kejadian. Rujukan kes Ong Hooi Beng @ 2 Ors v PP MRRJ: K-05-298/299/300-12/12 dan Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212 FC. 35. Seterusnya, mahkamah menilai isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan iaitu laporan polis [Eksibit P15] yang dibuat oleh SP6 adalah lewat anggaran masa 4 jam lebih dari tangkapan 12.9.2020 jam lebih kurang 11.50 malam sehingga tarikh laporan polis dibuat 13.9.2020 jam 3.57 pagi. Bagi isu ini, mahkamah berpuas hati dengan penjelasan SP6 bahawa ianya perkara biasa dalam operasi pihak polis dan tidak bersetuju dibuat sesuka hatinya. SP6 juga menyatakan apa-apa operasi bergantung pada kejadian dan situasi operasi, akan ada masa lama 4 jam dan ada masa singkat diambil dengan jarak tempat serbuan dan IPD, pemeriksaan badan Tertuduh yang luka akibat lari dan bergelut ketika tangkapan dan melibatkan barang rampasan yang banyak serta mengambil intelligence statement daripada Tertuduh dengan segera agar dapat diambil tindakan bagi membantu siasatan yang lain. 36. Mahkamah juga meneliti isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan iaitu barang kes dijumpai di tempat lapang sebagaimana keterangan SP8. Mahkamah telah meneliti isu ini dan Nota Keterangan SP8 seperti berikut: “TPR: SETERUSNYA, BOLEH JELASKAN KEPADA MAHKAMAH BARANG KES ITU DIJUMPAI DI HADAPAN RUMAH SAA. TAK SETUJU. JELASKAN. SP8: BARANG KES DIJUMPAI DI KAWASAN LAPANG BERSEBELAHAN KEDUA-DUA RUMAH AWAM DAN SAYA TIDAK TEMUI RUMAH ITU BERKENAAN RUMAH SAA. TPR: REPOT DIBUAT INI. INSP ABDULLAH BUAT REPOT SELEPAS 4 JAM. PEGUAM CADANGKAN SALAH SATU CARA KAITKAN OKT DENGAN BARANG KES DIJUMPAI DI DALAM POKET. JELASKAN. PENEMUAN BARANG KES. SP8: SEMASA TANGKAPAN, MENGIKUT SOP NARKOTIK. SELALUNYA BILA TANGKAPAN DIBUAT ADA WAKTU DIPERUNTUKKAN UNTUK BUAT PEMERIKSAAN DI KAWASAN SEKITAR DAN AMBIL MASA. DAN JUGA PERGERAKAN KE IPD MENGAMBIL MASA UNTUK SAMPAI. TPR: BERKENAAN BARANG KES IKUT HASIL SIASATAN? SP8: DITEMUI DI DALAM POKET HADAPAN OKT SEMASA JALANKAN PEMERIKSAAN.” Mahkamah mendapati jawapan SP8 berkenaan tempat lapang itu muncul kerana SP8 tidak bersetuju dengan cadangan pembelaan iaitu barang kes dijumpai di hadapan rumah penama “Saa”. Mahkamah juga setelah meneliti keseluruhan keterangan yang dinyatakan oleh SP8 mendapati SP8 menyatakan hasil siasatannya adalah barang kes dijumpai di dalam poket seluar hadapan sebelah kanan dipakai Tertuduh ketika kejadian. Mahkamah juga mendapati tempat di mana iaitu kawasan lapang bersebelahan dengan kedua-dua rumah orang yang dimaksudkan SP8 tersebut adalah sama dengan tempat yang ditunjukkannya pada gambar tempat kejadian [Eksibit P12D] iaitu tempat Tertuduh melarikan diri dan berjaya ditangkap. Oleh itu, mahkamah mendapati tidak wujud percanggahan keterangan berkenaan hasil siasatan SP8 ini dengan keterangan SP6 dan SP7 berkenaan penemuan barang kes. 37. Mahkamah juga meneliti hujahan pihak pembelaan bahawa tujuan Tertuduh pergi ke tepi jalan Melati tersebut kerana penama “Saa” menelefonnya untuk mengambil duit hutang RM500.00 yang dipinjamkan Tertuduh kepada “Saa”. Dalam hal ini, keterangan SP6 menyatakan di dalam serbuan ini tiada penama “Saa” dan tidak ada alasan Tertuduh datang membayar hutang. Beliau tidak mengetahuinya. Manakala menurut SP8, penama “Saa” ini ada dibangkitkan oleh Tertuduh namun bukan bertujuan untuk mengambil hutang RM500.00 seperti yang didakwanya. SP8 telah menyiasat di tempat kejadian dan rumah tidak berpenghuni, ada orang pergi kerja dan rumah terdekat dengan tempat kejadian adalah rumah SP3. Mahkamah mendapati berdasarkan keterangan SP3, SP3 tidak mengetahui tentang penama “Saa” sepanjang SP3 tinggal di situ. Bagi isu ini, seksyen 114(g) Akta Keterangan tidak terpakai bagi pendakwaan. Rujukan kes Munusamy v PP [1987]1 MLJ 492, 294. (S.C). 38. Pihak pembelaan juga berhujah bahawa SP6 mempunyai motif dan kepentingan hendak berjaya menangkap Tertuduh kerana hadir sejauh 32 kilometer dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman. Mahkamah telah meneliti hujahan pihak pembelaan dan Mahkamah juga merujuk kes-kes yang dikemukakan oleh pihak pembelaan seperti kes PP v Fernandes [2008]6 MLRH 495; [2009] 7 MLJ 1 (Tab 4) Mohamad Zawawi Salleh PK (sekarang HMP) sebagaimana berikut: “[6] …In approaching issues of credibility it is always necessary to bear in mind the tests that a trier of fact should ordinarily apply when evaluating oral evidence. One of the tests is motive. The presence or absece of motive on the part of a witness is a relevant consideration which a trial court should take into account.”… Another relevant consideration are probabilities of the case. If a witness’ evidence is improbable, this would be a good reason for rejecting his evidence or according it very little weight… When there is a conflict of evidence in or between the testimony of witnesesses, it is the duty of the trier of fact to warn himself of the danger of acting upon the evidence of a given witness. Contradictions within and between the evidence of witnesses there are always bound to be. But that is not a good reason by itself to hold the evidence of a witness to be lacking in credibility. 39. Setelah menganalisa berkenaan isu ini sebagaimana rujukan prinsip kes di atas dan berdasarkan basic human probabilities (rujukan kes PP v Dato’ Harun bin Haji Idris [1976] 1 MLRH 559; [1977]1 MLJ 180 dan PP v Mohamed Ali [1962] 1 MLRH 79; [1962] MLJ 257), Mahkamah bersetuju meskipun mungkin boleh dihujahkan bahawa SP6 mempunyai kepentingan terhadap keputusan kes ini, namun Mahkamah mendapati dengan hanya berbekalkan misi SP6 untuk menjayakan serbuan dengan jarak 32 kilometer tersebut tidak mendatangkan keraguan munasabah bahawa SP6 mempunyai motif dan kepentingan jahat untuk menganiayai Tertuduh. Hal ini demikian kerana Mahkamah mendapati SP6 tidak mengenali Tertuduh sebelum ini, tidak mengetahui rupa ciri fizikal dan muka Tertuduh. Hanya nama panggilan "Abe Era" dan lokasi tempat berlaku pengedaran dadah sahaja yang diketahuinya. Apatah lagi, sepanjang kes perbicaraan, tiada apa-apa keterangan yang diberikan daripada mana-mana pihak yang menunjukkan mempunyai rekod penganiayaan terhadap mana-mana saspek atau Tertuduh sendiri sebelum kejadian ini berlaku. 40. Selanjutnya, pihak pembelaan juga telah berhujah bahawa SP6 dan SP7 adalah saksi yang tidak boleh dipercayai kerana wujud percanggahan keterangan berkenaan SP3 yang menyatakan melihat 3 anggota polis sahaja sedangkan keterangan SP6 dan SP7 terdapat 7 orang anggota polis di tempat kejadian. Mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan semua saksi ini dan Mahkamah merumuskan ia bukan percanggahan material. Hal ini demikian kerana berdasarkan keterangan SP3 juga menyatakan tidak mengenali Pegawai Polis dan tidak berada lama di tempat kejadian dan masuk ke dalam rumahnya semula. Hal ini jika diperhalusi sama sebagaimana keterangan SP7 yang menyatakan meskipun semua anggota terlibat mengejar Tertuduh namun kelajuan larian tidak sama dan ada jarak tertentu bukan semua sampai serentak di tempat Tertuduh ditangkap. Oleh itu, mahkamah mendapati perbezaan ini bukan suatu percanggahan material. 41. Mahkamah juga meneliti hujahan pihak pembelaan yang menyatakan SP6 telah memaklumkan kepada SP3 bahawa tiada apa-apa perkara yang berlaku seperti kes kecurian atau pun kes dadah ketika ditanya oleh SP3 ketika SP3 keluar melihat apa bunyi bising di luar rumahnya. Oleh itu, ia menunjukkan tidak berlaku rampasan dadah pada milikan Tertuduh di tempat kejadian lantaran tiada apa-apa berlaku. Namun, di sini mahkamah tidak bersetuju ia menimbulkan keraguan munasabah kerana setelah Mahkamah memperhalusi keterangan-keterangan SP3, SP6 dan SP7, mahkamah mendapati SP6 dan SP7 sememangnya tidak pernah menyatakan memberitahu SP3 berkenaan kes dadah di situ. Keterangan SP3 menyatakan tidak melihat apa benda, dengar bunyi bising, SP3 keluar depan rumah di pagar dan SP3 tengok ada orang kena tangkap, SP3 tanya apa benda itu pada polis, polis jawab tak ada benda, lepas itu SP3 pun masuk. Keterangan SP6 menyatakan telah memaklumkan mereka polis dan SP3 terus beredar dari tempat kejadian. Keterangan SP7 juga menyatakan ada memaklumkan polis dan jangan masuk campur urusan polis. Di sini, Mahkamah juga mendapati tiada keperluan untuk SP6 mahupun SP7 memaklumkan apa terjadi kepada SP3 lantaran pertanyaan SP3 itu juga adalah setelah kejadian mengejar Tertuduh, pergelutan berlaku juga tangkapan Tertuduh dan rampasan barang kes dibuat. Oleh itu, ia bukan percanggahan material dan menimbulkan keraguan munasabah. Mahkamah juga mendapati salah satu isu yang dibangkitkan oleh pembelaan adalah kehadiran pihak polis ke tempat kejadian kali kedua tetapi ia dinafikan oleh SP6 dan SP7. Mahkamah juga mendapati soalan ini tidak diajukan kepada SP3 oleh pihak pembelaan. 42. Selanjutnya, pihak pembelaan juga berhujah bahawa SP6 dan anggotanya telah pergi ke JR Tomyam dan ini menunjukkan tiada sebarang dadah dijumpai pada Tertuduh. Keterangan SP6 menyatakan pernah pergi ke JR Tom Yam dan rumah Tertuduh tetapi tidak ingat bila sama ada malam itu atau sebaliknya namun menafikan pergi kerana tiada barang salah yang dijumpai pada Tertuduh. Pada peringkat ini, mahkamah boleh menerima keterangan SP6 dan SP7 sebagai kredibel dan boleh dipercayai. Rujukan kes PP v Mohamed Ali [1962] 1 MLRH 79; [1962] MLJ 257) dan Pie bin Chin v PP [1985] 1 MLJ 234. 43. Selanjutnya, pihak pembelaan juga berhujah sekiranya ada barang dadah dengan Tertuduh pastinya Tertuduh akan mencampak barang salah tersebut. Mahkamah di dalam hal ini mendapati saksi-sksi pendakwaan tidak bersetuju dengan cadangan peguambela Tertuduh lantaran barang kes dalam poket seluar Tertuduh dan bukan di tangannya juga jarak Tertuduh melarikan diri adalah tidak berapa jauh iaitu lebih kurang 20 kaki sebelum berjaya ditangkap. 44. Mahkamah di dalam kes ini juga mendapati berdasarkan keterangan SP6 dan SP7, reaksi Tertuduh setelah SP6 memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis adalah melarikan diri ke arah seberang jalan semak samun [Eksibit P12C dan P12D] dan SP6 bersama anggotanya menghadapi kesukaran menangkap Tertuduh sehingga berlaku pergelutan dan Tertuduh mengalami luka. Kelakuan ini adalah relevan menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai di dalam eksibit P8 yang berada di dalam poket kanan seluar [Eksibit P2] yang dipakai Tertuduh ketika itu. Kelakuan Tertuduh adalah relevan dan boleh diterima masuk di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Rujuk kes Mahkamah Persekutuan Parlan Dadeh v PP [2009]1 CLJ 717 dan kes Mahkamah Rayuan PP v Muhammad Azizul Hafiz Bin Wahib & Ors [2024] CLJU 1241. 13. Oleh itu, mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan telah membuktikan barang kes dalam milikan Tertuduh. SAMA ADA TERTUDUH MEMPUNYAI SEBARANG KUASA UNTUK MEMILIKI BARANG KES PADA MASA KEJADIAN? 45. Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah, Mahkamah mendapati tidak ada sebarang keterangan yang membuktikan Tertuduh mempunyai sebarang kuasa untuk memiliki barang kes dadah tersebut pada masa kejadian. Mahkamah berpandangan ini adalah mencukupi untuk membuktikan elemen ini dengan mengambil kira keterangan-keterangan dan pembuktian pihak pendakwaan bagi elemen yang lain. 46. Meskipun pihak pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah, namun apa yang pihak pendakwaan perlu buktikan bagi elemen ini ialah sesuatu yang bukan dalam pengetahuannya dan satu fakta negatif (negative fact). Dalam erti kata lain, pihak pendakwaan perlu membuktikan Tertuduh tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memiliki dadah berbahaya tersebut pada masa kejadian. Ianya agak mustahil bagi pihak pendakwaan untuk membuktikan sesuatu yang tidak wujud. Oleh itu, Tertuduh yang perlu mengemukakan keterangan bahawa dirinya mempunyai kuasa untuk memiliki barang kes dadah tersebut pada masa kejadian. Rujukan dibuat terhadap seksyen 36 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 103 Akta Keterangan 1950. X. SAMA ADA KETIADAAN UJIAN CAP JARI ATAU DNA MELEMAHKAN KES PENDAKWAAN? 47. Di dalam kes ini, mahkamah berpendapat kegagalan mendapatkan cap jari atau DNA pada barang kes yang dirampas daripada Tertuduh tidak menjejaskan kes pendakwaan memandangkan seperti mana dapatan mahkamah pihak pendakwaan telah membuktikan Tertuduh mempunyai milikan ke atas barang kes. Rujukan kes Mahkamah Persekutuan Muhd Zulkifli Abd Ghani v PP [2012] 1 CLJ 293 dan Mahkamah Rayuan Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004]4 CLJ 551. KEPUTUSAN/DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, semua eksibit yang telah dikemukakan dan ditandakan, hujahan-hujahan daripada pihak pendakwaan dan pihak pembelaan serta berpandukan pada nas undang-undang, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh bagi pertuduhan iaitu kesalahan di bawah seksyen 12(2) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tertuduh dengan ini dipanggil membela diri menurut seksyen 173(h)(i) Kanun Tatacara Jenayah. Tertuduh diberi tiga pilihan iaitu yang pertama Tertuduh boleh memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi; kedua, Tertuduh boleh memberikan keterangan tidak bersumpah dari dalam kandang Tertuduh atau ketiga, Tertuduh boleh berdiam diri sebagaimana peruntukan seksyen 173 (ha)(i),(ii) atau (iii) Kanun Tatacara Jenayah. Di dalam kes ini, Tertuduh telah memilih pilihan pertama iaitu memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. 1. ANALISA/DAPATAN KES PEMBELAAN Mahkamah telah meneliti keterangan Tertuduh, keterangan saksi-saksi pembelaan, eksibit-eksibit dan hujahan-hujahan. Saksi-saksi pembelaan yang telah dikemukakan adalah seperti berikut: SD1: Ahmad Syahieran bin Abu Bakar - Tertuduh SD2: Noriza binti Apdun Zalmi – Pemilik JR Tomyam SD3: Hafiza binti Harun – Ibu Tertuduh SD4: Muhammad Alif bin Rof – Saksi di tempat kejadian SD5: Mohammad Shahrul Ridwan bin Yahya – Kawan Tertuduh 2. Isu-isu berbangkit ketika kes pembelaan antaranya seperti berikut: Permohonan pihak pembelaan untuk Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan (DNA) atau dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atau perbicaraan semula (re-trial); Permohonan pihak pembelaan untuk memanggil semula Tertuduh di bawah Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah kerana kewujudan keterangan baharu; Keterangan baharu (new evidence) bahawa terdapat perbualan whatsapp antara SP2 dan Tertuduh berkenaan wang; SP2 adalah suami kepada Timbalan Pendakwaraya yang mengendalikan kes pendakwaan dan kes pembelaan ketika Tertuduh dipanggil membela diri (setakat keterangan Tertuduh sahaja) sebelum diambil alih oleh Timbalan Pendakwaraya baharu; Permohonan rebuttal evidence oleh pihak pendakwaan dengan memanggil semula SP2; Keterangan SD2 menyatakan Tertuduh dan SD5 hadir ke warung JR Tomyamnya dan kehadiran pihak polis ke warung tersebut; Keterangan SD3 menyatakan pihak polis hadir ke rumahnya; Keterangan SD5 yang menyatakan telah pergi ke warung SD2 bersama-sama Tertuduh dan meminjamkan Tertuduh motosikalnya; dan Keterangan SD4 yang menyatakan melihat kejadian berlaku dan kehadiran pihak polis kali kedua di tempat kejadian dan menyatakan rumah “Saa” di situ. 3. Mahkamah membuat analisa/dapatan mahkamah berdasarkan semua keterangan yang telah dikemukakan di atas prinsip “totality of evidence”. Permohonan pihak pembelaan untuk Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan (DNA) atau dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atau perbicaraan semula (re-trial); Permohonan pihak pembelaan untuk memanggil semula Tertuduh di bawah Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah kerana kewujudan keterangan baharu; Keterangan baharu (new evidence) bahawa terdapat perbualan whatsapp antara SP2 dan Tertuduh berkenaan wang; SP2 adalah suami kepada Timbalan Pendakwaraya yang mengendalikan kes pendakwaan dan kes pembelaan ketika Tertuduh dipanggil membela diri (setakat keterangan Tertuduh sahaja) sebelum diambil alih oleh Timbalan Pendakwaraya baharu; Permohonan rebuttal evidence oleh pihak pendakwaan dengan memanggil semula SP2; 4. Bagi isu I sehingga V, Mahkamah akan membuat analisa dan dapatan secara bersesama kerana isu-isu tersebut berkait dengan permohonan di bawah Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah oleh peguambela Tertuduh dan permohonan rebuttal evidence oleh pihak pendakwaan ketika kes pembelaan di Mahkamah yang mana kedua-dua permohonan ini telah dibenarkan. 5. Peguambela Tertuduh pada 20.3.2024 ketika sesi kes pembelaan iaitu setelah Tertuduh, SD2 dan SD3 memberikan keterangan dan dilepaskan dari kandang saksi menyatakan bahawa Tertuduh tidak mendapat perbicaraan yang adil kerana SP2 merupakan suami kepada Timbalan Pendakwaraya, Puan Nur Azhani Binti Azman (“TPR terdahulu”). Selain itu, SP2 bukan sahaja merupakan pengambil barang kes dari Jabatan Kimia Malaysia bahkan salah seorang anggota serbuan pada hari kejadian. Malah, peguambela Tertuduh menyatakan terdapat keterangan baharu (new evidence) SP2 telah meminta wang daripada Tertuduh. Peguambela Tertuduh berhujah bahawa dengan penukaran TPR yang mengendalikan kes menunjukkan pihak pendakwan bersetuju wujud "conflict of interest”. Oleh itu, peguambela Tertuduh telah memohon agar Tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atau perbicaraan semula (re-trial). 6. Timbalan Pendakwaraya yang baharu (“TPR sekarang”) yang mengendalikan kes sambung bicara ini pula membantah permohonan tersebut dan menyatakan kehadirannya menggantikan TPR terdahulu bukan bermaksud bersetuju wujud “conflict of interest”. TPR sekarang juga berhujah tidak wujud “conflict of interest” kerana Tertuduh telah ditangkap pada 12.9.2020 dan arahan tuduh dikeluarkan pada 17.9.2020 yang mana TPR terdahulu belum lagi berkhidmat sebagai TPR di Kemaman. TPR terdahulu berkhidmat pada 1.9.2021. Selain itu, SP2 dipanggil menjadi saksi pendakwaan pada 29.1.2022 yang mana ketika itu, tiada sebarang pertalian. TPR terdahulu dan SP2 berkahwin pada tahun 2023. 7. Mahkamah dalam menganalisa perkara ini mendapati isu ini tidak pernah dibangkitkan ketika kes pendakwaan sehingga keputusan di akhir kes pendakwaan telah dibuat dan Tertuduh dipanggil membela diri. 8. TPR sekarang menyatakan ia adalah suatu proses pemikiran terkemudian (afterthought) manakala Peguambela Tertuduh menyatakan isu ini hanya dimaklumkan kepadanya setelah peguambela Tertuduh yang lama (dari firma sama) menyerahkan fail ini kepadanya yang mana setelah Tertuduh dipanggil membela diri. Oleh itu, wujud keterangan baharu (new evidence). 9. Mahkamah merujuk Commentary on the Constitution of India, vol 5, 9th edn, (India LexisNexis, 2015) Durga Das Basu menyatakan seperti berikut: “A fair trial is aimed at ascertaining the truth for all concerned. It was held that failure to accord fair hearing either to the accused or the prosecution violates even minimum standards of due process of law. Fair hearing requires an opportunity to preserve the process. It may be vitiated and violated by an over-hasty, stage-managed, tailored and partisan trial. Denial of right of accused to adduce evidence in support of his defence amounts to denial of fair trial.” 10. Mahkamah juga merujuk kes Alma Nudo Atenza v PP & Another Appeal [2019] 5 CLJ 780; [2019]4 MLJ yang mana mahkamah memutuskan seperti berikut: “[109] Accordingly, art.5(1) which guarentees that a person shall not be deprived of his life or personal liberty (read in the widest sense) save in accordance with law envisages a state of action that is fair both in point of procedure and substance. In the context of a criminal case, the article enshrines an accused’s constitutional right to receive a fair trial by an impartial tribunal and to have a just decision on the facts.” 11. Mahkamah juga merujuk kes Yeap Seok Pen v Government of the State of Kelantan [1986]1 MLJ 449, Privy Council memutuskan seperti berikut: “He who asserts bad faith has the burden of proving it, mere suspicion is not enough. Di dalam kes itu, Privy Council memutuskan "that the burden of establishing bad faith was at least on prima facie case”. 12. Oleh itu, sebelum mahkamah memutuskan status kes ini, mahkamah telah meminta pihak pembelaan mengemukakan keterangan baharu (new evidence) tersebut untuk mahkamah menilai sama ada benar ia terjumlah sebagai keterangan baharu itu atau tidak. Peguambela Tertuduh telah mengemukakan perbualan whatsapp antara SP2 dan Tertuduh [Eksibit D20]. 13. Mahkamah dalam hal ini telah mengambilkira hak Tertuduh untuk mendapatkan suatu perbicaraan yang adil di sisi undang-undang. Mahkamah juga mengambilkira bahawa kes ini telah sampai ke tahap kes sambung bicara bela diri yang mana ianya telah dimulakan dan Tertuduh juga telah dipanggil membela diri. Mahkamah juga mengambilkira kegagalan peguambela Tertuduh yang lama (firma yang sama) dalam meletakkan versi pembelaan ketika kes pendakwaan berkenaan isu ini dan mahkamah mengambilkira kemungkinan berlakunya “conflict of interest” berkenaan status perkahwinan TPR terdahulu dan SP2. Mahkamah juga mengambilkira keterangan baharu (new evidence) iaitu perbualan whatsapp antara Tertuduh dan SP2 yang bermula tarikh 21.5.2023 dan kes ini didaftarkan pada 6.1.2021 juga tarikh pertuduhan pada 12.9.2020. 14. Setelah mahkamah merujuk kes-kes tersebut dan fakta kes bagi kes ini, mahkamah ini telah memutuskan permohonan untuk Tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atau perbicaraan semula (re-trial) adalah ditolak. Meskipun begitu, Mahkamah telah membenarkan permohonan peguambela Tertuduh untuk memanggil semula mana-mana saksi pendakwaan yang telah dipanggil memberi keterangan dan juga Tertuduh untuk memberi keterangan berkaitan keterangan baharu (new evidence) ini di bawah Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah. Pihak pembelaan hanya berminat untuk memanggil semula Tertuduh sahaja. Mahkamah juga telah membenarkan permohonan TPR sekarang untuk mengemukakan rebuttal evidence dengan memanggil semula SP2 memberi keterangan berkenaan isu ini lantaran keterangan baharu ini tidak pernah dibangkitkan ketika SP2 dipanggil memberi keterangan. Rujukan kes Shahrullah bin Abdul Rakeb v PP [2012]4 MLJ 592. 15. Mahkamah telah meneliti keterangan Tertuduh dan SP2 berkenaan isu keterangan baharu ini iaitu perbualan whatsapp antara Tertuduh dan SP2 [Eksibit D20 dan P21]. Keterangan Tertuduh adalah SP2 mahu meminjam duit daripadanya pada 17.10.2023 yang mana kes ini masih berjalan. Tertuduh menyatakan SP2 menghubunginya melalui Instagram pada 6.9.2022 dan meminta nombor telefonnya dan beliau telah memberikan nombor telefonnya kepada SP2. Keterangan Tertuduh menyatakan SP2 mahu berkawan dengannya dan beliau ada melepak minum air di kedai bersama SP2 melebihi 2 kali. Tertuduh juga menyatakan SP2 ada whatsapp dan memberitahu yang SP2 nak balik kampung tetapi tiada duit. SP2 juga menyatakan SP2 ingin meminjam duit daripadanya dan beliau bertanya RM1,000.00 cukupkah dan SP2 menjawab cukup. Keterangan Tertuduh juga menyatakan seperti berikut: “PB: MASA SJN AKRAM MINTA DUIT DENGAN KAMU, ADA TAK DIA BAGITAHU SEBAB? SD1: DIA CAKAP DIA NAK BALIK KAMPUNG. KAMPUNG KAT KELANTAN. DIA CAKAP DIA TAK ADA DUIT. DIA NAK PINJAM DUIT SAYA. SAYA CAKAP TENGAH KERJA INI. KALAU BOLEH CEPAT SIKIT. DIA KATA DALAM POKET DIA ADA RM30 JE. SELEPAS ITU, DIA CALL. SAYA CAKAP TAK APA, DALAM PETANG INI SAYA TRANSFER, SaYA AMBIL DUIT CASH CDM. SELEPAS ITU, DIA PUN MESEJ TERIMA KASIH.” … PB: JADI, KENAPA KAMU BAGI DUIT PADA DIA? SD1: SEBAB SEBELUM INI DIA CERITA BINI MAHKAMAH ITU ISTERI DIA. JADI, SAYA INGAT DIA BOLEH TOLONGLAH KES SAYA INI. SAYA PUN TAHU ITU SALAH. SAYA BAGI DUIT KE SJN AKRAM ITU.” 16. Berdasarkan keterangan Tertuduh ketika diperiksa balas oleh TPR sekarang menyatakan bersetuju tiada paksaan atau ugutan dalam menyerahkan nombor telefon kepada SP2 dan bersetuju menyerahkan tanpa paksaan. Tertuduh juga bersetuju perbualan di Instagram adalah selepas dua tahun ditangkap bagi kes ini. Tertuduh juga bersetuju whatsapp pinjaman duit SP2 adalah selepas tiga tahun ditangkap dan dituduh bagi kes ini. Tertuduh juga mengetahui pangkat SP6 adalah lebih tinggi berbanding SP2. Tertuduh bersetuju nama panggilan “Abe Sjn” merujuk pada SP2 dan terdapat sticker comel dalam perbualan mereka namun Tertuduh tidak bersetuju hubungan tersebut adalah kawan dan bukan hubungan polis dan OKT. Tertuduh juga bersetuju perbualan di dalam Eksibit D20 tidak ada menunjukkan sebarang ketakutan beliau kepada SP2. Tertuduh juga bersetuju SP2 tidak pernah kata nak “ejah” kes Tertuduh atau untuk beritahu TPR terdahulu untuk “ejah” kes Tertuduh. Tertuduh juga bersetuju tiada sebarang perbualan yang menunjukkan SP2 mendedahkan TPR terdahulu adalah isterinya. Tertuduh juga bersetuju tidak pernah berbual dengan TPR terdahulu dan TPR terdahulu tidak pernah minta duit daripadanya daripada awal kes sehingga berjalan kes bicara ini. Tertuduh juga bersetuju tidak pernah bercakap dengan SP2 untuk tolong “ejah” kes beliau. 17. Keterangan SP2 pula menyatakan hubungan mereka adalah sebagai kawan dan mengaku meminjam duit daripada SP2 tetapi atas dasar meminjam daripada kawan untuk pulang ke kampung dan bukan atas dasar dirinya sebagai anggota polis. 18. Mahkamah dalam menganalisa keseluruhan keterangan ini, mendapati Tertuduh tidak diprejudiskan dengan perbicaraan ini meskipun hubungan TPR terdahulu dan SP2 adalah suami isteri lantaran Mahkamah mendapati kejadian serbuan tangkapan Tertuduh berlaku pada 12.9.2020 dan kes didaftarkan pada 6.1.2021 yang mana sebelum TPR terdahulu memegang jawatannya sebagai Timbalan Pendakwaraya pada 1.9.2021. 19. Selain itu, mahkamah mendapati tiada isu motif untuk menganiayai Tertuduh dengan tangkapan pada 12.9.2020 dan pertuduhan ini lantaran tiada kaitan wang pinjaman ini dengan kes bicara ini. Pinjaman wang yang dikatakan berlaku antara SP2 dan Tertuduh juga adalah anggaran tiga tahun selepas pertuduhan didaftarkan. Ia bukannya terjadi sebelum kejadian tangkapan sehingga mendatangkan motif SP2 menangkap Tertuduh adalah kerana hutang pinjamannya. Oleh itu, ia bukanlah fakta relevan untuk kes pertuduhan ini. 20. Mahkamah juga mendapati isu Tertuduh mengharapkan SP2 membantunya di dalam kes ini tidak pernah dinyatakan secara terang-terangan oleh Tertuduh dan Tertuduh juga bersetuju SP2 juga tidak pernah menawarkan atau menyatakan akan membantu Tertuduh di dalam kes ini. Mahkamah telah meneliti Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) yang dibangkitkan oleh pembelaan, dan mahkamah mendapati peruntukan kesalahan tatatertib tersebut tidak boleh dijadikan penanda aras bahawa perbicaraan Tertuduh tidak adil atau saksi polis mempunyai motif jahat kepada Tertuduh sehingga menjejaskan kes pendakwaan. Apatah lagi, ketika kes pendakwaan berlangsung, Tertuduh diwakili oleh peguam dan telah melaksanakan tugasnya ketika sesi pemeriksaan balas dan mewakili Tertuduh. 21. Sebaliknya, ia menimbulkan persoalan mengapakah Tertuduh berfikir bahawa beliau perlu dibantu dengan cara sebegini di dalam kes ini? Hal ini yang tidak dijelaskan oleh Tertuduh. 22. Oleh itu, mahkamah memutuskan suatu perbicaraan yang adil telah dibuat ke atas Tertuduh dan pihak pendakwaan kerana Mahkamah telah memberi peluang kepada semua pihak untuk mengemukakan segala keterangan yang mereka ada sehinggalah kes pembelaan ditutup. Keterangan SD2 menyatakan Tertuduh dan SD5 hadir ke warung JR Tomyamnya dan kehadiran pihak polis ke warung tersebut; Keterangan SD3 menyatakan pihak polis hadir ke rumahnya; Keterangan SD5 yang menyatakan telah pergi ke warung SD2 bersama-sama Tertuduh dan meminjamkan Tertuduh motosikalnya; dan Keterangan SD4 yang menyatakan melihat kejadian berlaku dan kehadiran pihak polis kali kedua di tempat kejadian dan menyatakan rumah “Saa” di situ. 23. Seterusnya, bagi isu VI sehingga IX, mahkamah akan membuat analisa/dapatan secara bersesama kerana isu yang saling berkait berkenaan kehadiran pihak polis di kedai JR Tomyam, kehadiran pihak polis di rumah SD3, dan kehadiran kali kedua pihak polis di tempat kejadian serta penama “Saa”. 24. Mahkamah meneliti berdasarkan keterangan SD1, pada 12.9.2020 jam lebih kurang 9.30 malam, SD5 telah datang ke rumah Tertuduh dengan menaiki motosikal bertujuan untuk mengambil Tertuduh makan malam bersama di Warung JR Tomyam di Kampung Tengah, Kerteh, Terengganu. Keterangan Tertuduh ini disokong oleh keterangan SD5. 25. Seterusnya, tiba di Warung JR Tomyam, Tertuduh dan SD5 telah memesan makanan dengan SD2. Keterangan ini disokong oleh SD2. Sedang menunggu makanan, Tertuduh menyatakan menerima panggilan telefon daripada “Saa” yang memberitahu bahawa beliau ingin membayar semula hutang RM500.00 yang dipinjamnya daripada Tertuduh. “Saa” telah mengarahkan Tertuduh untuk berjumpa dengannya di tempat kejadian. Tertuduh mendakwa perbualan tersebut diketahui oleh SD5 namun SD5 tidak mendengar apa yang dibualkan sebagaimana berikut: “PB: SELEPAS ITU APA JADI? SD5: SELEPAS SAYA ORDER, SAYA BERBUAL DENGAN SYAHIERAN DAN PADA WAKTU SAMA, ADA ORANG CALL SYAHIERAN. PB: TAHU SIAPA? SD5: TAK TAHU LAGI MASA ITU. SELEPAS DIA CALL, SAYA TANYA SIAPA. DIA BAGITAHU SAA YANG CALL. PB: KAMU KENAL SIAPA SAA? SD5: TAK. PB: JADI, KAMU KATA KAMU DENGAR DIA CALL. AWAK TAHU APA DIBUALKAN? SD5: TAK DENGAR. PB: KEMUDIAN, APA JADI? SD5: SELEPAS ITU, SAYA TUNGGU MAKANAN BARU SAMPAI. SAYA MAKAN DENGAN SYAHIERAN. SELEPAS 30 MINIT MASA ITU, SAA CALL BALIK SYAHIERAN. SYAHIERAN ANGKAT DIA CAKAP DIA NAK JUMPA SYAHIERAN MALAM ITU JUGA UNTUK JUMPA SYAHIERAN BAYAR HUTANG MALAM INI.” 26. Berdasarkan penelitian keseluruhan keterangan saksi-saksi pembelaan, SD2-SD5, mereka mengetahui tujuan Tertuduh pergi ke tempat kejadian bukan daripada penama “Saa” sendiri. Bahkan, SD5 juga mengetahui “Saa” yang menghubungi Tertuduh daripada Tertuduh sendiri. SD4 mengetahui tujuan kedatangan Tertuduh di tempat kejadian daripada SD5. SD2 pula menyatakan kebetulan menghantar makanan ke meja Tertuduh dan SD5 terdengar perbualan SD5 dan Tertuduh tentang “Saa”. 27. Mahkamah berpandangan adalah tidak logik untuk SD2 mengetahui dengan pancaindera telinganya siapa SD1 berbual melalui panggilan telefon itu kerana bukan SD2 yang bercakap sendiri dengan penama “Saa” itu melalui telefon. Oleh itu, keterangan SD2-SD5 berkenaan tujuan Tertuduh ke tempat kejadian untuk mengambil hutang RM500.00 daripada “Saa” hanyalah “hearsay evidence” maka ia tidak boleh diterima masuk (inadmissible). Rujuk kes Mahkamah Persekutuan Leong Hong Khie v PP [1984] CLJU 172. Pada peringkat ini juga tiada bukti lain yang dikemukakan oleh pihak pembelaan contohnya nombor telefon “Saa” atau panggilan telefon “Saa” pada hari kejadian. Justeru, tujuan Tertuduh ke tempat kejadian untuk mengambil wang RM500.00 daripada penama “Saa” tidak disokong oleh mana-mana keterangan. 28. Seterusnya, SD5 menyatakan telah meminjamkan motosikalnya kepada Tertuduh bagi tujuan tersebut. Tertuduh kemudiannya di dalam keterangannya telah pergi ke tempat kejadian iaitu lokasi yang dikongsi oleh “Saa”. Tertuduh menyatakan kelibat “Saa” tidak kelihatan. Tertuduh menyatakan keadaan agak gelap namun diterangi cahaya lampu rumah berhampiran. 29. Mahkamah mendapati SD2, SD3 dan SD5 tidak mengenali penama “Saa” dan tidak boleh mengesahkan kewujudan “Saa”. Apa yang SD2 dan SD5 nyatakan adalah pihak polis ada hadir di Warung JR Tomyam manakala keterangan SD3 adalah pihak polis hadir di rumah SD3. Keterangan SD2, SD3 dan SD5 adalah kehadiran pihak polis untuk membuat penggeledahan namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. Di sini, mahkamah mendapati berdasarkan keterangan SP6, beliau juga tidak menafikan pernah pergi ke JR Tomyam dan rumah ibu Tertuduh namun beliau lupa pergi malam itu atau hari yang lain. SP6 juga telah menolak dakwaan pergi ke kedua-dua tempat ini kerana tiada barang salah dijumpai pada Tertuduh. 30. Mahkamah mendapati keterangan SD2, SD3 dan SD5 juga tidak berada di tempat kejadian ketika serbuan berlaku di tepi jalan Melati. Oleh itu, keterangan SD2, SD3 dan SD5 tidak menyokong keterangan Tertuduh dalam menunjukkan apa berlaku ketika kejadian serbuan malam itu di tempat kejadian pada 12.9.2020 jam lebih kurang 11.50 malam. SD5 yang menyatakan telah mengambil motosikalnya daripada SD4 juga tidak boleh menyokong keterangan bahawa SD4 melihat kejadian serbuan berlaku atau SD4 berada di tempat kejadian ketika serbuan berlaku. 31. Seterusnya, berkenaan SD4 yang dikatakan berada di rumah sebelah sekitar tempat kejadian. Mahkamah telah meneliti keterangan SD4 dan mendapati SD4 merupakan saksi penting dalam kes pembelaan kerana keterangan SD4 sebagai saksi pembelaan di tempat kejadian ketika serbuan dijalankan oleh pihak polis. Keterangan SD4 juga penting untuk menyokong kejadian polis hadir kali kedua ke tempat kejadian dan untuk mengesahkan kewujudan penama “Saa”. SD4 juga menyatakan beliau merupakan pekerja kepada SP3, yang mana juga merupakan saksi di tempat kejadian yang dipanggil oleh pihak pendakwaan. SD4 juga menyatakan rumah SP3 adalah lebih dekat dengan tempat Tertuduh ditangkap. SD4 juga menyatakan telah pergi ke tempat kejadian di mana Tertuduh ditahan di mana SP3 juga berada. 32. Lantaran itu, mahkamah mendapati di sini timbul keraguan dalam kes pembelaan. Hal ini demikian kerana apa yang menjadi tanda tanya adalah sekiranya hubungan SP3 dan SD4 adalah majikan dan pekerja, mengapakah nama SD4 tidak pernah dibangkitkan ketika SP3 memberi keterangan di mahkamah sedangkan SD4 dikatakan oleh pihak pembelaan berada di tempat kejadian berlaku dan melihat SP3. Tiada langsung soalan yang menjurus pada SD4 sedangkan mustahil SP3 tidak boleh mengetahui dan mengecam kewujudan SD4 jika beliau adalah majikannya. Tiada siapa juga boleh mengesahkan rumah sewa SD4 adalah di sekitar tempat kejadian. Bahkan, SP3 juga tidak pernah dipanggil untuk dicamkan oleh SD4 sebagai majikannya. 33. Mahkamah juga mendapati kewujudan SD2 sebagai Mek Nor, SD3 iaitu ibu Tertuduh dan SD5 sebagai Iwan ada dibangkitkan banyak kali ketika kes pendakwaan dan disoal kepada saksi pendakwaan namun kewujudan SD5 ini hanya dibangkitkan ketika Tertuduh dipanggil membela diri padahal kepentingan peranan SD5 ini dilihat lebih membantu dan menyokong kes pembelaan ketika di tempat kejadian. Oleh itu, sewajarnya ia dibangkitkan kepada saksi-saksi pendakwaan dari kes pendakwaan lagi dan bukan baru di kes pembelaan. Oleh itu, rujukan kes Siew Yoke Keong v PP [2013] 3 MLJ 630: “[46] Although failure on the part of the defence to put its case to the material prosecution’s witness, can never by itself relieve the prosecution of its duty to prove the charge against the accused beyond reasonable doubt, such failure by the defence did have serious implication on the accused’s credibility and the weight to be attached to his evidence. The necessity of putting the essence of his case to the material prosecution’s witness is not a mere technical rule of evidence. It is a rule of essential justice”. 34. Oleh itu, mahkamah mendapati kewujudan SD4 ini adalah sutau proses terkemudian (afterthought) dan keterangan SP6, SP7 dan SP3 lebih kredibel dan boleh diprcayai berbanding keterangan SD4. 35. Selanjutnya, Tertuduh menyatakan tiba-tiba melihat kelibat 3 lelaki berlari ke arahnya dan beliau terkejut dan terus melarikan diri kerana bimbang diapa-apakan. Tertuduh juga menyatakan dalam cubaan melarikan diri tersebut, Tertuduh tersepak batu di hadapan sebuah rumah yang sedang dalam proses pembinaan [Eksibit P12D]. Lelaki-lelaki tadi terus menerkam dan naik ke atas badan Tertuduh sambil perkenalkan diri sebagai polis. Penjelasan Tertuduh melarikan diri adalah menyangkakan ada orang kampung yang hendak apa-apakannya. Di sini, mahkamah mendapati keterangan Tertuduh yang sama dengan keterangan SP6 dan SP7 adalah lokasi tangkapan Tertuduh iaitu di Eksibit P12D. Mahkamah mengenal pasti itu adalah penjelasan Tertuduh berkenaan cubaannya melarikan diri pada malam tersebut sebagaimana seksyen 9 Akta Keterangan. 36. Rujukan kes Ogujiofor Frank Chike v PP [2015]2 MLJ 100 COA, menyatakan seperti berikut: “[44] With respect, we were not able to agree with learned counsel on that interpretation of s 9 of the Evidence Act 1950. Granted that the appellant had given an explanation, as required under the law, for his conduct, it does not mean that the trial court must of necessity accept whatever explanation that the appellant has proffered. The Court will have to consider the explanation given, in the light of the other available evidence before deciding whether toaccept or reject that explanation.” 37. Setelah mahkamah meneliti penjelasan Tertuduh, mahkamah tidak boleh menerima alasan Tertuduh melarikan diri kerana takut diapa-apakan dan bukan kerana memiliki barang salah tersebut. Hal ini demikian kerana fakta bahawa Tertuduh sendiri berada di tepi jalan Melati pada waktu malam seorang diri tanpa ditemani sesiapa menunjukkan Tertuduh bukanlah seorang yang penakut. Sekiranya beliau takut, beliau tidak akan berada di tepi jalan tersebut seorang diri. Selain itu, tempat tersebut adalah kawasan perumahan tetapi Tertuduh memilih melarikan diri ke arah tempat lapang yang tiada rumah [Eksibit P12C] dan bukannya rumah yang didiami orang adalah tidak munasabah sekiranya ingin mendapatkan pertolongan. Mahkamah di sini mendapati keterangan SP6 dan SP7 adalah lebih kredibel iaitu Tertuduh melarikan diri setelah diperkenalkan diri sebagai polis dan hanya berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan. Hal ini menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan barang kes yang berada di dalam poket seluarnya. 1. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PEMBELAAN Di dalam mempertimbangkan sesuatu keterangan di akhir kes pembelaan, Mahkamah perlu untuk membuat pertimbangan ke atas semua keterangan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak dan perlu memutuskan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melebihi keraguan munasabah sepertimana peruntukan sek 182A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). 2. Beban pembuktian di akhir kes pembelaan bagi suatu perbicaraan oleh pendakwaan adalah beban pembuktian melampaui keraguan munasabah sepertimana peruntukan seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah: 182A. (1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. (2) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it. (3) If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal. 3. Berdasarkan rujukan kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada pendakwaan telah membuktikan kes melebihi keraguan munasabah dan sama ada pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. 4. Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, eksibit eksibit, hujahan-hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan serta berpandukan pada nas undang-undang dan penilaian maksima di atas prinsip "totality of evidence", mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Tertuduh bagi pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya. Mahkamah bersetuju pembelaan yang dibangkitkan oleh pihak Tertuduh tidak mewujudkan suatu keraguan munasabah. 5. Maka, Tertuduh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama bagi pertuduhan tersebut. 6. Mahkamah juga telah mempertimbangkan rayuan mitigasi daripada peguam Tertuduh yang memohon Mahkamah mengambilkira umur Tertuduh 28 tahun. Tertuduh mempunyai seorang isteri yang melahirkan anak. Tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga dan menanggung isteri dan ibu yang tidak bekerja. Tertuduh meniaga secara kecil-kecilan. Tertuduh merupakan pesalah kali pertama dan tiada sebarang rekod jenayah. 7. Mahkamah juga mempertimbangkan faktor pemberatan daripada pihak pendakwaan bahawa kes ini melalui satu proses yang Panjang. Kos dan masa yang besar telah diambil untuk kes ini selesai. Pihak pendakwaan juga memohon Mahkamah mengambilkira kepentingan awam diberi penekanan sebelum jatuhkan hukuman ke atas Tertuduh. 8. Mahkamah merujuk pada kes Mahkamah Rayuan PP v. Khairil Anwar Abdul Rahim [2016] 1 LNS 403; [2016] 3 MLJ 458 dan kes Mahkamah Rayuan PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958, yang mana senarai situasi atau keadaan di mana boleh dijadikan sebagai faktor mitigasi dan juga kes Mahkamah Rayuan Tia Ah Leng v PP [2004] 4 CLJ 77, Mokhtar Sidin JCA berkenaan hukuman detrence kerana peningkatan kes dadah. 9. Setelah Mahkamah mempertimbangkan faktor mitigasi peguam bagi Tertuduh dan faktor pemberatan daripada pihak pendakwaan, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun dari tarikh sabitan dan 3 sebatan rotan terhadap Tertuduh. Bertarikh pada 30 November 2024 SHARIFAH AMIRDA SHASHA BINTI AMIR SHARIFFUDDIN MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KEMAMAN
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.