Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: BA-12A-17-04/2023 Digabungkan dengan RAYUAN SIVIL NO.: BA-12B-28-04/2023
BA-12B-28-04/2023
High Court of Malaysia15 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“the evidence he gave in this trial. To my mind he is skilful enough for this court to take into serous consideration of some of the things said by him in his evidence.”. [46] Peruntukan seksyen 106 Evidence Act 1950 adalah “When any fact is especially within the knowledge of any person, the burden of proving that fact”
“HMS yang bijaksana seharusnya memutuskan bahawa Defendan-Defendan adalah bertanggungan 100% bagi kemalangan tersebut. [14] Berkenaan dengan hujahan peguam cara terpelajar Defendan-Defendan mengenai Highway Code Rule 13 bahawa Plaintif seharusnya menunggang di sebelah kiri jalan, peguam cara terpelajar Plaintif menghuja”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: BA-12A-17-04/2023 Digabungkan dengan RAYUAN SIVIL NO.: BA-12B-28-04/2023
1
1.
2
− PERAYU-PERAYU/DEFENDAN-DEFENDAN − RESPONDEN/PLAINTIF S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng RAYUAN SIVIL NO.: BA-12B-28-04/2023 − PERAYU/PLAINTIF
1
1.
2
− RESPONDEN-RESPONDEN/DEFENDAN-DEFENDAN (Dalam Mahkamah Sesyen Di Sepang Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia Guaman No.: BK-A53KJ-31-02/2021 − PLAINTIF
1
1.
2
− DEFENDAN-DEFENDAN) [yang diputuskan oleh Tuan Ahmad Fuad bin Othman, Hakim Mahkamah Sesyen, Sepang yang diberi pada 23-3-2023] ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Tuntutan Ahmad Veri Musafik (Plaintif), seorang penunggang motorsikal terhadap Muhammad Firdaus bin Muhammad dan HT Power S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng Construction Sdn Bhd (Defendan-Defendan) di mana Defendan Pertama ialah pemandu lori telah dibicarakan dan diputuskan oleh Tn Ahmad Fuad bin Othman, Hakim Mahkamah Sesyen Sepang (selepas ini disebut “Tn HMS yang bijaksana”) di mana Tn HMS yang bijaksana memutuskan mengenai isu liabiliti adalah Plaintif dan Defendan-Defendan bertanggungan 50% bagi setiap pihak. Manakala, bagi isu kuantum pula, penghakiman Tn HMS adalah dirujuk. [2] Rayuan terhadap keputusan Tn HMS di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah –
a
Plaintif tidak berpuas hati terhadap keputusan mengenai liabiliti dan menyatakan bahawa Tn HMS yang bijaksana adalah khilaf. Plaintif menyatakan bahawa Defendan-Defendan hendaklah bertanggungan 100% terhadap kemalangan ini. Plaintif memfailkan rayuannya di MTSA Sivil NCvC11.
b
Defendan-Defendan tidak berpuas hati terhadap keputusan mengenai liabiliti dan kuantum. Defendan-Defendan memfailkan rayuannya di Mahkamah ini (MTSA Sivil NCvC12). [3] Atas Perintah Mahkamah (MTSA Sivil NCvC11), kedua-dua rayuan telah digabungkan dan didengar oleh Mahkamah Tinggi ini (MTSA Sivil NCvC12). S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng Keputusan Tn HMS yang bijaksana: [4] Alasan Penghakiman Tn HMS yang bijaksana bertarikh Disember 2023, mengandungi fakta berdasarkan versi Plaintif, fakta berdasarkan versi Defendan-Defendan, keterangan pegawai penyiasat, prinsip undang-undang dalam kes kemalangan jalan raya, isu dan hujahan pihak-pihak, keputusan dan dapatan Mahkamah Sesyen mengenai liabiliti dan kuantum. [5] Tn HMS yang bijaksana memutuskan (Penghakiman bertarikh 23- 3-2023 adalah dirujuk) dan diringkaskan, iaitu − “PENGHAKIMAN ... MAKA ADALAH DENGAN INI DIHAKIMKAN bahawa Defendan-Defendan adalah 50% bertanggungan dan Plaintif adalah 50% bertanggungan DAN SELANJUTNYA DIHAKIMKAN bahawa Defendan-Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif ganti rugi seperti berikut:
i
Ganti rugi Am untuk kecederaan-kecederaan:
a
hingga (f) berjumlah RM267,000.00 Ganti rugi Am sebanyak RM267,000.00 x 50% = RM133,500.00 dengan faedah sebanyak 5% setahun dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman;
II
(ii) Ganti rugi Am untuk pembedahan masa depan RM13,340.00 x 50% = RM6,670.00 tanpa faedah; S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng
III
(iii) Ganti rugi Am untuk kesakitan dan kesengsaraan sebanyak RM5000.00 x 50% = RM2,500.00 tanpa faedah;
IV
(iv) Ganti rugi Am untuk kehilangan keupayaan pendapatan masa depan sebanyak RM40,000.00 x 50% = RM20,000.00 tanpa faedah;
v
Ganti rugi Khas untuk kos kaki palsu & orthosis sebanyak RM695,650.00 x 50% = RM347,825.00 tanpa faedah;
VI
(vi) Ganti rugi Khas untuk kos kerosakan pakaian dan kenderaan sebanyak RM200.00 x 50% = RM100.00 dengan faedah sebanyak 2.5% setahun dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman;
VII
(vii) Defendan-Defendan hendaklah membayar faedah sebanyak 5% setahun ke atas jumlah penghakiman RM510,595.00 dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh; DAN SELANJUTNYA DIHAKIMKAN bahawa Defendan-Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif kos sebanyak RM25,005.00 sahaja. ...”. [6] Berdasarkan Penghakiman ini, Mahkamah Sesyen Sepang telah menetapkan liabiliti 50:50 dan dengan itu membuat pengiraan Ganti rugi yang perlu ditanggung ialah 50% oleh Defendan-Defendan dan 50% oleh Plaintif. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng [7] Plaintif yang tidak berpuas hati dengan keputusan Tn HMS yang bijaksana merayu ke Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan liabiliti 50:50 supaya liabiliti 100% adalah ditanggung oleh Defendan-Defendan dan dengan demikian Plaintif boleh memperoleh 100% Ganti rugi iaitu RM510,595.00 x 2 = RM1,021,190.00. Dapatan fakta oleh Tn HMS yang bijaksana: [8] Dalam pendahuluan kepada alasan penghakiman, Tn HMS yang bijaksana menyatakan – [1] ... kemalangan jalan raya yang berlaku pada 29-9-2020 jam lebih kurang 3.15 petang di KM 18 Jalan Banting-Dengkil di antara motorsikal No. BLL 2097 yang ditunggang oleh Plaintif dan lori No. TBX 1322 yang dipandu oleh Defendan Pertama. [2] KM 18 Jalan Banting-Dengkil adalah jalan kebangsaan 2 hala yang berselekoh. Jalan dari Dengkil ke Banting berselekoh dari kiri ke kanan jalan, manakala dari arah Banting ke Dengkil kanan ke kiri. Perjalanan Plaintif adalah dari Banting ke Dengkil, arah bawah ke atas dalam gambarajah kasar, manakala Defendan Pertama memandu lori dari arah bertentangan Dengkil ke Banting, sepertimana ditunjukkan bawah ke atas dalam gambarajah kasar. Siasatan SP-1 di tempat kejadian menjumpai serpihan kaca di pertengahan jalan seperti yang ditunjukkan oleh Defendan Pertama di mana kemalangan berlaku. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng [3] Kerosakan kenderaan terlibat: lori alami kerosakan bucu bahagian kanan kepala lori. terdapat kesan geselan hitam terutama arah depan ke belakang dan kesan-kesan merah. Motorsikal pula, mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kanan, fork, cover set kanan, handle kanan pemijak kaki di hadapan kanan. [4] Pada akhir siasatannya, SP-1 telah mengklasifikasikan kes RTM atas alasan sukar menentukan titik pertembungan du belah pihak. [5] Pada akhir kes, Mahkamah memutuskan atas imbangan kebarangkalian, Defendan-Defendan dan Plaintif masing-masing bertanggungan 50%: 50% terhadap kemalangan. ...
a
Fakta berdasarkan versi Plaintif: [6] Dalam keterangannya, Plaintif menyatakan pada hari kejadian, beliau menunggang motorsikal BLL 2027 dari tempat kerja di Dengkil apabila sampai di MM 18, ketika beliau sedang mengekori sebuah kereta, kereta tersebut membelok ke kiri jalan, tiba-tiba di hadapan beliau terdapat sebuah lori yang dipandu Defendan Pertama dari arah bertentangan dan ekor lori berada di laluan Plaintif. Beliau tidak sempat mengelak lalu terlanggar di bahagian tepi kanan lori tersebut.
b
Fakta berdasarkan versi Defendan-Defendan: [7] Defendan Pertama menyatakan ketika beliau sedang memandu lori tersebut apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba motorsikal yang ditunggang Plaintif dari arah bertentangan telah masuk ke laluan beliau dan melanggar lori di bahagian belakang kanan.
c
Keterangan pegawai penyiasat: [8] Pegawai Penyiasat kes (SP-1) menyatakan kemalangan berlaku di KM 18 Jalan Banting-Dengkil. Laluan ini berselekoh dan dipisahkan oleh garisan berkembar. laluan motorsikal Plaintif dari Banting menghala ke Dengkil iaitu bawah ke atas dalam gambarajah kasar, manakala laluan lori Defendan Pertama dari atas ke bawah seperti dalam gambarajah kasar. Siasatan SP-1 di tempat kejadian mendapati terdapat serpihan kaca di atas pertengahan jalanraya. Kerosakan lori terdapat kesan geselan hitam pada kanan badan lori dari arah depan ke belakang. Terdapat juga kesan merah. Manakala kerosakan motorsikal di bahagian hadapan kanan, fork, cover set kanan, handle kanan pemijak kaki di hadapan kanan. [9] Pada akhir siasatannya, SP-1 membuat keputusan menklasifikasikan kes sebagai RTM. Menurut beliau, sukar untuk membuktikan titik pertembungan. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng Rayuan Plaintif (Ahmad Veri Musafik) mengenai liabiliti [9] Plaintif yang tidak berpuas hati dengan keputusan Tn HMS yang bijaksana memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam (MTSA) mengenai liabiliti. Hujahan Plaintif mengenai liabiliti: [10] Peguam cara terpelajar Plaintif dalam hujahan balasnya menyatakan bahawa hujahan peguam cara terpelajar Defendan-Defendan yang Plaintif bertanggungan 100% bagi kemalangan tersebut adalah tidak benar, tidak berasas dan ketandusan merit. [11] Sebaliknya, peguam cara terpelajar Plaintif menegaskan bahawa Defendan-Defendan adalah bertanggungan 100% bagi kemalangan tersebut. Ini kerana –
a
SP-1 dalam keterangannya mengesahkan bahawa siastannya di tempat kemalangan tersebut seperti yang ditunjukkan oleh Defendan Pertama mendapati kebanyakan serpihan kaca dijumpai lebih di atas laluan dari Banting ke Dengkil.
b
dalam pemeriksaan semula, SP-1 menjelaskan sekali lagi bahawa serpihan kaca dan tompokan dijumpai di laluan Plaintif pada masa kemalangan tersebut.
c
SP-1 mengesahkan bahawa siasatan yang beliau lakukan di tempat kemalangan tersebut mendapati terdapat kesan serpihan di laluan Plaintif dan beliau mengesahkan bahawa tiada kemalangan lain dilaporkan di kawasan tersebut.
d
Defendan Pertama telah disaman bagi kemalangan tersebut dan beliau telah membayarnya. Keputusan siasatan kes yang diterima masuk sebagai keterangan dan ditandakan sebagai Ekshibit P4.
e
SP-1 dalam keterangannya menyatakan bahawa lori yang dipandu Defendan Pertama adalah panjang dan membawa muatan yang panjang (bawa piping) dan SP-1 telah mengambil rakaman percakapan Defendan Pertama dan siasatan mendapati bahawa badan lori Defendan telah masuk ke sebelah kanan jalan.
f
keterangan SP-1 adalah konsisten dengan keterangan Defendan Pertama sendiri semasa pemeriksaan balas SP-1.
g
Defendan Pertama mengakui bahawa beliau hanya menyedari telah melanggar Plaintif selepas berlakunya kemalangan ini. Ini bermakna Defendan Pertama tidak melihat Plaintif masuk ke laluannya sebelum kemalangan kemalangan tersebut dan dakwaan kononnya motorsikal Plaintif dari arah bertentangan telah masuk ke laluannya seperti laporan Defendan Pertama dalam D7 dan diplidkan dalam pembelaan adalah tidak credible dan ketandusan merit.
h
hujahan peguam cara Defendan-Defendan kononnya keterangan Defendan Pertama bahawa Plaintif telah masuk ke laluannya tidak dicabar semasa pemeriksaan balas adalah tidak benar sama sekali. Keterangan Defendan Pertama jelas menunjukkan Defendan Pertama telah dicabar dan beliau mengakui ada kemungkinan lorinya telah masuk ke laluan Plaintif.
i
keterangan Defendan Pertama iaitu Plaintif jatuh di lorong B−D dan keterangan SP-1 bahawa terdapat tompokan darah dan serpihan dijumpai di laluan Plaintif adalah konsisten dan ini menunjukkan kemalangan tersebut berlaku di laluan sah Plaintif. [12] Peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa berdasarkan duluan kehakiman, keterangan dan pengakuan Defendan Pertama imbangan kebarangkalian adalah condong memihak kepada versi Plaintif. Tn HMS yang bijaksana terkhilaf apabila menyatakan bahawa keterangan adalah seimbang dan tiada keterangan yang istimewa. [13] Peguam cara terpelajar Plaintif menegaskan bahawa Tn HMS yang bijaksana telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang dalam memutuskan liabiliti 50:50 terhadap Plaintif dan Defendan-Defendan. Ini kerana dalam alasan penghakiman, Tn HMS yang bijaksana membuat dapatan fakta di perenggan [21] iaitu “Dalam keadaan itu, pliantif tidak dapat menhangkakan jika sesebuah kenderaan (lori Defendan) memasuki laluannya dan mengambil tindakan mengelak (evasive) yang berkesan.”. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng Maka, peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa dapatan fakta itu menunjukkan bahawa Defendan Pertama telah masuk ke laluan Plaintif dan Tn HMS yang bijaksana seharusnya memutuskan bahawa Defendan-Defendan adalah bertanggungan 100% bagi kemalangan tersebut. [14] Berkenaan dengan hujahan peguam cara terpelajar Defendan-Defendan mengenai Highway Code Rule 13 bahawa Plaintif seharusnya menunggang di sebelah kiri jalan, peguam cara terpelajar Plaintif menghujah balas seperti yang berikut: “3.7 … pernyataan Defendan ini adalah ketandusan merit memandangkan adalah fakta yang diakui dalam pemeriksaan balas oleh peguam Defendan bahawa sebelum kemalangan tersebut berlaku terdapat sebuah motokar di hadapan Plaintif yang masuk ke sebelah kiri jalan (menurut SP-1, kedai tomyam) dan ini mewajarkan Plaintif untuk ke sebelah kanan di dalam lorong tunggangannya yang sah untuk meneruskan perjalanan. Ini tidak menyebabkan kemalangan tersebut. Sebaliknya, kemalangan tersebut berlaku kerana m/lori Defendan telah masuk ke laluan Plaintif semasa mengambil selekoh. Oleh itu, Defendan Pertama dan Kedua adalah bertanggungan 100% cuai bagi kemalangan tersebut.
3
3.8 Justeru, kami memohon agar Mahkamah yang mulia ini membenarkan rayuan Plaintif atas isu liabiliti dengan kos dan menggantikan keputusan HMS bahawa Plaintif dan Defendan Pertama bertanggungan 50% liabilioti kepada S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng Defendan Pertama dan Kedua bertanggungan 100% bagi kemalangan tersebut.”. Hujahan Defendan-Defendan mengenai liabiliti: [15] Untuk membalas kepada hujahan atas isu liabiliti dalam hujahan bertulis Plaintif, peguam cara Defendan-Defendan menghujahkan isu-isu liabiliti yang penting iaitu –
a
punca kemalangan ini adalah di akibatkan oleh KECUAIAN PENUH PLAINTIFF. Kemalangan ini berlaku Plaintif tidak menunggang di sebelah kiri jalan tersebut iaitu haluan B-C dalam gambar rajah kasar. Kemalangan ini tidak akanberlaku jika Plaintif menunggang di sebelah kiri jalan tersebut iaitu haluan B-C dalam gambarajah kasar. Plaintif gagal untuk menunggang di tepi kiri jalan dan pilih untuk tunggang lebih ke tengah jalan (Ini adalah cuai).
b
kemalangan ini berlaku kerana Plaintif telah mengekori motorkar (nombor tidak pasti) di hadapannya dengan terlalu dekat. Ini menyebabkan Plaintif tidak dapat melihat atau mengelak lori Defendan sebelum kemalangan ini berlaku. Kemalangan ini tidak akan berlaku jika Plaintif tidak mengekori motorkar dengan jarak yang terlalu dekat. Sekiranya, Plaintif tidak mengekori motorkar dengan dekat beliau dapat melihat dan mengelak lori Defendan selepas motorkar membelok.
c
Laporan-laporan polis Plaintif dibuat beberapa bulanselepas kemalangan berlaku. Berbanding dengan laporan polis Defendan Pertama yang dibuat beberapa jam selepas kemalangan. Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan berhujah bahawa ini tidak mencerminkan keadaan sebenar tetapi telah direka setelah berfikir panjang untuk membantu tuntutan insuran.
d
kerosakan motorsikal Plaintif adalah bahagian hadapan, hadapan kanan, fork dan handle. Kerosakan teruk yang dialami oleh motorsikal Plaintif adalah kerana Plaintif telah menunggangmotorsikalnya dengan laju dan cuai. Fakta ini terbukti dari kerosakan yang teruk pada motorsikal Plaintif.
e
kerosakan lori adalah tengah body di antara kepala dan ekor sebelah kanan. Kerosakan-kerosakan kenderaan yang terlibat tidak memihak versi Plaintif. Jika versi Plaintif adalah benar, kerosakan pada lori Defendan-Defendan sepatutnya di bahagian belakang/ekor lori. Tetapi ia bukan di sini. Jadi versi Plaintif tidak boleh diterima.
f
kerosakan kedua-dua kenderaan adalah konsisten dengan versi Defendan-Defendan bahawa motorsikal Plaintif dari arah bertentangan telah masuk ke haluan Defendan-Defendan. Kerosakan-kerosakan kedua-dua kenderaan membuktikan bahawa kemalangan ini diakibatkan oleh Plaintif telah masuk haluan Defendan-Defendan dari arah bertentangan dan cuba masuk balik laluannya.
g
kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif sendiri juga adalah konsisten dengan versi Defendan-Defendan bahawa Plaintif sebagai penunggang motorsikal No. BLL 2027 dari arah bertentangan telah masuk ke jalan Defendan-Defendan dan telah berlanggar body lori Defendan-Defendan bila cuba masuk balik ke laluan Plaintif.
h
kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif tidak konsisten dengan versi Plaintif bahawa Defendan-Defendan dari arah bertentangan telah memakan jalan Plaintif dan mengakibatkan satu perlanggaran dengan Plaintif.
i
dalam kes ini terdapat banyak keterangan yang diberi oleh Defendan-DefendandiMahkamah yang tidak dicabar oleh Plaintif.
j
keterangan SP-1/Pegawai Penyiasat bahawa terdapat terdapat serpihan kemalangan di tempat kejadian dan terdapat tompokan merah dan tompokan hitam di tempat kemalangan, tidak boleh digunakan dalam kes ini. Ini adalah kerana, keterangan SP-1 bahawa serpihan tersebut telah dialihkan. Keterangan SP-1 bahawa beliau tidak pasti itu tompokan minyak atau darah. Tiada ujian kimia dibuat atas tompokan tersebut. Keterangan SP-1 bahawa mengikut gambarajah kasar, beliau tidak melukis tompokan merah dan tompokan hitam kerana beliau tidak pasti sama ada ia adalah tompokan darah atau minyak. Beliau juga tidak pasti sama ada tompokan tersebut diakibat kemalangan ini. Keterangan SP-1 bahawa mengikut gambarajah kasar, beliau tidak S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng melukis serpihan kemalangan kerana serpihan bertaburan dan dialihkan oleh kenderaan yang lalu. Keterangan SP-1 bahawa gambar tempat kemalangan diambil pada 29-9-2020 petang. Tiada serpihan kemalangan dan tiada tompokan di cerminkan dalam gambar-gambar ini. Semasa disoal balas SP-1 mengakui bahawa tiada serpihan atau tompokan di tempat kemalangan.
k
Defendan-Defendan tidak patut bertanggungan atas kecuaian semata-mata kerana Defendan Pertama disaman oleh polis. Mahkamah patut membuat keputusan terhadap liabiliti berdasarkan keseluruhan bukti yang dikemukakan di Mahkamah.
l
dalam kes ini, terdapat banyak percanggahan dalam versi Plaintif di Mahkamah. Laporan polis oleh Plaintif bercangah dengan keterangannya sendiri dan pernyataan tuntutan.
m
dalam kes ini Plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa kemalangan ini berlaku sepertimana yang diplidkan. [16] Oleh itu, berdasarkan hujahan-hujahan peguam cara terpelajar Defendan-Defendan memohon agar Mahkamah ini menolak rayuan Plaintif atas isu liabiliti dengan kos. [17] Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan Defendan menghujahkan bahawa Plaintif harus didapati 100% bertanggungjawab untuk kemalangan ini. Secara alternatifnya, jika Mahkamah ini berpendapat bahawa Defendan-Defendan ada sumbang cuai (yang mana S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng dinafikan), peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menghujahkan bahawa liabiliti Defendan-Defendan ialah sebanyak 10% sahaja. Keputusan Mahkamah pada peringkat rayuan: Adakah rayuan Plaintif berjaya menunjukkan bahawa Tn HMS yang bijaksana telah khilaf dari segi undang-undang dan fakta sebagaimana disenaraikan oleh Plaintif (Perayu) dalam mencapai dapatan mengenai liabiliti? [18] Mahkamah ini telah meneliti rekod-rekod rayuan, alasan rayuan oleh Plaintif, alasan penghakiman dan hujahan bertulis. [19] Pada peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi, pendengaran rayuan ialah untuk memastikan dapatan hakim bicara/Tn HMS yang bijaksana dalam menilai keseluruhan keterangan dokumentar dan lisan pihak-pihak adalah mengikut lunas undang-undang. [20] Dalam alasan penghakiman, Tn HMS memakai prinsip undang-undang bahawa – • Plaintif sebagai pihak yang menuntut mempunyai beban pembuktian di bawah seksyen 101 Akta Keterangan 1950. • versi yang paling berkemungkinan dengan meneliti versi pihak-pihak yang berpadanan dengan bukti neutral seperti rajah kasar, gambar dan kesan kerosakan kepada kedua-dua kenderaan. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng • berkenaan dengan isu percanggahan versi Plaintif dan Defendan-Defendan (khususnya Defendan Pertama), Tn HMS meneliti hasil siasatan pegawai penyiasat (SP-1) di mana sukar menentukan titik pertembungan, Plaintif tiada lesen memandu dan kesan daripada kemalangan. • berdasarkan keterangan pihak-pihak, Tn HMS mendapati keterangan kedua-duanya adalah seimbang, tiada keterangan seokongan atau keterangan istimewa yang dapat menyokong versi salah satu pihak. Tn HMS memutuskan bahawa anggapan yang boleh dibuat ialah kedua-dua pihak sama-sama bertanggungan dan/atau sama-sama cuai terhadap kemalangan. • anggapan liabiliti 50:50 yang dibuat oleh Tn HMS dihuraikan dalam perenggan 20 (a) hingga (h) alasan penghakiman. [21] Peruntukan undang-undang yang dirujuk oleh Tn HMS yang bijaksana ialah seksyen 101 Akta Keterangan 1950 berkenaan dengan beban pembuktian adalah terletak di bahu Plaintif. [22] Nas undang-undang kes yang dirujuk dan digunapakai oleh Tn HMS yang bijaksana ialah Wong Thin Yit v. Mohamad Ali [1971] 1 LNS 151; [1971] 2 MLJ 175 (keputusan Mahkamah persekutuan); Noor Famiza bte Jabri & Anor v. Awang bin Muda & Anor [1994] 1 MLJ 599. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng Penilaian, Analisis dan Dapatan Mahkamah ini dalam memutuskan rayuan terhadap keputusan Tn HMS yang bijaksana [23] Mahkamah ini telah menilai dapatan dan analisa Tn HMS yang bijaksana dan berpendapat tiada kekhilafan mengenai dapatan fakta yang dibentangkan di hadapan Tn HMS yang bijaksana. Oleh itu, Mahkamah memutuskan untuk mengekalkan dapatan fakta berkenaan dengan isu liabiliti. [24] Sebagai hakim bicara, Tn HMS yang bijaksana telah melihat kepada versi pihak-pihak yang berpadanan dengan bukti neutral iaitu rajah kasar, gambar dan kesan kerosakan kenderaan. Kes yang dirujuk dan digunapakai oleh Tn HMS yang bijaksana ialah Ng Aik Kian & Anor. v. Sia Loh Sia [1997] 2 CLJ Supp 218. [25] Mahkamah ini pasti dalam setiap kes kemalangan jalan raya untuk memperoleh suatu sahaja versi bagaimana kemalangan berlaku adalah sukar. Sememangnya setiap plaintif dan defendan/defendan-defendan menyatakan versi yang berbeza-beza kerana mahukan mahkamah bicara menerima versi mereka sebagai benar dan betul [26] Dilema untuk mempercayai, memahami dan memutuskan versi fakta pihak mana yang benar dan betul terletak kepada Mahkamah. Tn HMS yang bijaksana memutuskan bahawa terdapat percanggahan versi di mana Plaintif menyatakan Defendan Pertama memasuki laluan/haluan Plaintif maka berlaku pergeselan dan ini hanya boleh berlaku apabila lori Defendan Pertama masuk ke laluan motorsikal Plaintif. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng [27] Seterusnya, Tn HMS yang bijaksana mendapati hasil siasatan polis, kes kemalangan jalan raya ini diklasifikasikan sebagai RTM kerana versi kedua-dua belah pihak bercanggah, sukar menentukan titik pertembungan dan Tn HMS yang bijaksana merekodkan bahawa Plaintif tiada lesen menunggang motorsikal. [28] Mahkamah ini mendapati dapatan fakta oleh Tn HMS yang bijaksana tidak khilaf. Tn HMS yang bijaksana bukanlah tidak memahami kepada cara bagaimana kemalangan itu berlaku dan seterusnya mengambil jalan selamat untuk “berdiri atas pagar”. Memandangkan dalam keadaan keterangan yang seimbang dan tiada keadaan istimewa, maka anggapan yang boleh dibuat oleh Tn HMS yang bijaksana adalah kedua-dua pihak iaitu Plaintif dan Defendan-Defendan adalah cuai. Mahkamah ini memutuskan anggapan yang dirumuskan oleh Tn HMS yang bijaksana tidak khilaf dari segi fakta dan undang-undang. [29] Saksi yang hadir memberi keterangan ialah Plaintif, Defendan Pertama dan SP-1 (Pegawai Penyiasat). Hanya keterangan 3 saksi ini menjadi sumber bagi Tn HMS yang bijaksana memutuskan mengenai isu liabiliti. Mahkamah ini memutuskan bahawa dapatan fakta ini tidak khilaf dan Mahkamah ini bersetuju dengan Tn HMS yang bijaksana. [30] Berkenaan dengan isu “Siapa yang perlu mengambil langkah berhati-hati”, Tn HMS yang bijaksana memutuskan bahawa selepas menimbangkan keterangan kedua-dua belah pihak, versi Plaintif dan Defendan-Defendan adalah seimbang iaitu tanpa keterangan sokongan atau keterangan istimewa yang dapat menyokong versi maasing-masing maka Mahkamah bicara membuat anggapan bahawa kedua-dua pihak S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng iaitu plaintif dan Defendan-Defendan sama-sama bertanggungan terhadap kemalangan. Tn HMS yang bijaksana memetik nas undang-undang kes Mohamed Abdullah v. Chah Hea Seng [1980] 1 LNS 48; [1980] 2 MLJ 282 di mana tiada keterangan sokongan atau keterangan istimewa dapat menyokong versi salah satu pihak. Anggapan yang boleh dibuat ialah kedua-dua pihak sama-sama bertanggungan terhadap kemalangan. [31] Dalam membuat anggapan tersebut, perenggan [20] alasan penghakimannya, Tn HMS yang bijaksana menghuraikan bagaimana beliau mencapai anggapan tersebut iaituatas imbangan kebarangkalian, Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa Defendan-Defendan bertanggungan 50% terhadap kemalangan tersebut manakala Plaintif cuai sumbang dan bertanggungan 50% terhadap kemalangan tersebut –
a
kedua-dua versi Plaintif dan Defendan-Defendan adalah berbeza, tiada keterangan tambahan dikemukakan oleh kedua-dua pihak untuk menyokong versi masing-masing.
b
tindakan Plaintif semasa menunggang motorsikal iaitu menunggang ke tengah jalan; sepatutnya Plaintif menunggang di kiri jalan di Haluan B−C; Plaintif mengikuti (mengekori) kereta di hadapan Plaintifdengan jarak yang dekat, sehingga tidak sempat mengelak seperti membrek (tindakan evasive).
c
kesan kemalangan di atas jalan yang lebih menunjukkan keadaan seimbang di mana kerosakan lori Defendan-Defendan di bahagian belakang kanan menunjukkan fakta kedua-dua belah pihak saling bergeselan.
d
keadaan jalan raya yang berselekoh, selepas hujan dan agak sibuk sedikit.
e
kedua-dua belah pihak tiada saksi bebas untuk menyokong versi masing-masing.
f
kedua-dua belah pihak telah melanggar undang-undang iaitu Plaintif tiada lesen menunggang motorsikal; Defendan Pertama tidak menunjukkan lesen memandu walau pun Defendan Pertama ada lesen tersebut.
g
kesan kemalangan di atas jalan lebih menunjukkan versi Defendan-Defendan dan Plaintif adalah seimbang. Versi Defendan-Defendan bahawa motorsikal Plaintif bergesel dengan lori Defendan-Defendan adalah lebih berkemungkinan. Kesan kerosakan pada lori iaitu di bahagian kanan belakang, manakala kesan kerosakan motorsikal tertumpu di bahagian kanan hadapan (Motorsikal pula, mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kanan, fork, cover set kanan, handle kanan pemijak kaki di hadapan kanan.).
h
Pegawai Penyiasat (SP-1) menyimpulkan kes adalah RTM. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng [32] Dalam kes Tabarani Mohd Arshad & Anor v. Chan Tenn Yau [1999] 3 CLJ 188, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memutuskan seperti berikut: “There were two versions of the accident. One version came from the respondent, plaintiff himself while the other version was that of the first appellant/defendant. The trial court fell in error when it approached the case solely on the basis of deciding which story to be believed. When confronted with two conflicting versions, the duty of the trial court was to consider which version was inherently probable or improbable. The trial court should have been more meticulous and considered other probable versions provided they were within the scope and ambit of the pleadings and supportable by admissible evidence including the neutral ones. This approach provides a wide leverage for the trial court to manoeuvre bearing in mind, always, the testimony of the credible witness.”. [33] Pendekatan yang perlu diikuti oleh Mahkamah perbicaraan di mana terdapat percanggahan material di antara versi kedua-dua pihak adalah dengan menimbangkan versi manakah di antara kedua-duanya lebih berkemungkinan dengan berdasarkan bukti yang dikemukakan di Mahkamah, versi manakah yang lebih berkemungkinan. Nas undang-undang dalam kes Noorianti bte Zainol Abidin & Ors v. Tang Lei Nge [1990] 2 MLJ 243, di mana dinyatakan pendekatan yang perlu diikuti oleh Hakim perbicaran dalam kes-kes sebegini− S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng “It has also been said two conflicting stories he should not approach the case upon the basis of considering which of the two conflicting stories he should believe but rather on the basis of considering which version is inherently probable or improbable - see for the instance Koay Teik Choo & Ors v. R [1956] MLJ
52
52.”. [34] Dalam menggunapakai prinsip yang dinyatakan dalam kes Tabarani Mohd Arshad & Anor (supra) dan v Noorianti bte Zainol Abidin & Ors (supra), Mahkamah ini memutuskan bahawa dapatan Tn HMS yang bijaksana yang meneliti dan menilai keterangan saksi-saksi adalah betul dan teratur. [35] Keputusan Mahkamah ini berkenaan dengan isu liabiliti yang dirayu oleh Plaintif adalah ditolak. Keputusan Tn HMS yang bijaksana apabila mendapati bahawa kedua-dua pihak (Plaintif dan Defendan-Defendan) bartanggungan 50% setiap pihak dikekalkan dan keputusan Mahkamah ini pada peringkat rayuan tidak mahu mengganggu dan mengusik dapatan fakta oleh Tn HMS yang bijaksana. [36] Pendekatan dan pemakaian undang-undang berkait dengan beban pembuktian adalah mantap. Dalam kes tuntutan kerugian akibat kemalangan jalan raya, pihak yang menuntut perlulah terlebih dahulu membuktikan tuntutannya berdasarkan peruntukan seksyen 101 Akta Keterangan 1950. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng [37] Hashim Yeop A Sani H (pada ketika itu) dalam kes Ng Chul Sia v Maimon Bt Ali [1983] 1 MLJ 110, memutuskan – “In an action for negligence the onus of proving the allegation of negligence rests on the person who makes it unless there are disclosed facts which raise a presumption in favour of the plaintiff. The plaintiff must show affirmatively that there has been a breach of a specific or general duty by the defendant and this resulted in the damage to the plaintiff. If he fails to prove this the action must fail. ...When an accidental harm is done it is not for the doer to excuse himself by proving that the accident was inevitable and that there was no negligence on his part. It is for the person who suffers the harm to prove affirmatively that the accidental harm was due to the negligence of the other person.”. [38] Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175 memutuskan – “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant's negligence. “Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.” see 15 Halsbury (3rd Ed.) p. 260.”. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng [39] Dalam kes Krishna Murthey & Anor v. Law Lye Chua [1992] 1 CLJ 684, KC Vohrah H (pada ketika itu) setelah merujuk kepada kes Ng Chul Sia v. Maimon Bt Ali telah memutuskan – “The onus is not on the defendant to prove that he was not negligent.”. [40] Jelasnya, pada setiap masa beban pembuktian adalah di bahu Plaintif membuktikan dengan tegas kecuaian di pihak Defendan-Defendan kecuali dapat dibuktikan ada anggapan yang memihak kepada Plaintif bagi Defendan-Defendan membuktikan sebaliknya. Persoalan yang perlu diputuskan mahkamah bicara adalah sama ada pihak Plaintif telah membuktikan dengan tegas di atas imbangan kebarangkalian Defendan-Defendan telah cuai semasa kemalangan tersebut berlaku. Isu liabiliti berkait rapat dengan isu kuantum yang akan dibayar oleh setiap pihak. [41] Keterangan Plaintif perlulah diteliti dan diuji. Berdasarkan keterangan pihak-pihak dan dapatan fakta yang dicapai oleh Tn HMS yang bijaksana, Mahkamah ini memutuskan anggapan yang dibuat oleh Tn HMS yang bijaksana mengenai kesukaran SP-1 menentukan titik pertembungan, kes dirujuk sebagai RTM, kerosakan bagi kedua-dua kenderaan dan kesan kemalangan merupakan keterangan yang ada di hadapan Tn HMS yang bijaksana. Mahkamah boleh menerima dan mengekalkan anggapan hakim bicara. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng [42] Tn HMS yang bijaksana telah membuat penilaian ke atas keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif untuk menentukan sama ada Plaintif telah membuktikan kecuaian di pihak Defendan-Defendan; dan Plaintif layak untuk memperoleh ganti rugi am dan khas akibat kecuaian Defendan Pertama. Agihan liabiliti antara kedua-dua pihak perlu mengambil kira setelah Plaintif berjaya membuktikan kecuaian di pihak Defendan-Defendan. [43] Kemalangan ini melibatkan 2 buah kenderaan iaitu sebuah motorsikal dan sebuah lori. Apabila melibatkan kenderaan besar dan kecil, anggapan bahawa lori yang bersalah hendaklah disemak dan menilai keterangan neutral pegawai penyiasat (SP-1). [44] Defendan Pertama yang disaman dan telah membayar saman bukanlah semata-mata bukti bahawa Defendan-Defendan bersalah 100%. Manakala, Plaintif yang tidak mempunyai lesen menunggang motorsikal juga bukanlah semata-mata bukti bahawa Plaintif bersalah 100%. Keputusan Tn HMS yang bijaksana apabila mendapati bahawa kedua-dua pihak (Plaintif dan Defendan-Defendan) bartanggungan 50% setiap pihak dikekalkan. [45] Dalam kes Chan Sau Chuan v Choi Kong Chaw & Yap Yun Chun [1991] 2 CLJ 394, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa – “Taking the evidence of the investigation officer, PW3, first I must mention that this witness has no personal interest in this action between the two parties. The second observation I would like to make is that although PW3 is not an expert witness in the strict sense of the words, nevertheless he is more than competent to S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng give his views because of his experience as an investigation officer in traffic accidents and the quality of the evidence he gave in this trial. To my mind he is skilful enough for this court to take into serous consideration of some of the things said by him in his evidence.”. [46] Peruntukan seksyen 106 Evidence Act 1950 adalah “When any fact is especially within the knowledge of any person, the burden of proving that fact is upon him.”. [47] Laporan polis oleh kedua-dua pihak telah dikemukakan semasa perbicaraan dan kesan kerosakan dan impak kerosakan tidak bercanggah dan ianya sepadan untuk memahami bagaimana kemalangan/pertembungan berlaku. [48] Mahkamah ini mengekalkan dapatan fakta yang ditemui oleh Tn HMS yang bijaksana. Hasil daripada dapatan fakta tersebut Mahkamah ini mendapati Tn HMS yang bijaksana tidak khilaf menggunakan prinsip undang-undang untuk mencapai keputusannya. Dapatan fakta oleh Tn HMS yang bijaksana adalah berdasarkan keterangan yang diperoleh daripada keterangan saksi-saksi dan keterangan dokumentar. Penganalisaan fakta di hadapannya adalah teliti dan teratur untuk memutuskan mengenai isu liabiliti. Dapatan oleh Tn HMS yang bijaksana tidak khilaf. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng Prinsip Campur tangan dan Gangguan Mahkamah pada peringkat rayuan [49] Ciri utama bagi sesuatu “appellate intervention” adalah jelas dan mantap dalam semua peringkat rayuan. Tugas Mahkamah yang mendengar rayuan ialah untuk memastikan sama ada Mahkamah yang membicarakan itu mencapai keputusannya berdasarkan keputusan atau dapatan secara betul mengenai keterangan dan berasaskan kepada undang-undang. [50] Mahkamah Persekutuan dalam kes Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 memutuskan – “[14] In our view, the Court of Appeal in citing these cases had clearly borne in mind the central feature of appellate intervention, ie to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, the Court of Appeal was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the evidence by the trial court. Clearly, the phrase ‘insufficient judicial appreciation of evidence’ merely related to such process. This is reflected in the Court of Appeal’s restatement that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. The Court of Appeal further reiterated the principle central to appellate intervention, ie that a decision arrived at by a trial court without judicial appreciation of the evidence might be set aside on appeal. This is consistent with the established plainly wrong test.”. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng [51] Begitu juga dalam kes Kerajaan Malaysia v. Global Upline Sdn Bhd and Another Appeal [2017] 1 MLJ 170 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa “an appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence. [52] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng (administratrix for the estate of Tan Ewe Kwang, deceased) & Ors [2020] 10 CLJ 1 memutuskan “the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is ‘the plainly wrong test’ principle”. [53] Prinsip undang-undang mengenai appellate intervention only justified that on the available evidence, that the SCj is erred (Kes Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1993] 2 CLJ 146). [54] Dua ujian yang dikenal pasti perlu dipenuhi bagi tujuan appellate intervention adalah “plainly wrong test” and “insufficient judicial appreciation of evidence test” (the case of Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97 at 98-99). [55] Dalam kes Ong Leong Ciou & Anor v. Keller (M) Sdn Bhd & Ors And Another Appeal [2019] 3 MLRA 322 at 329, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa – S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng “[125] We are mindful of the limited role of the appellate court in relation to the findings of facts made by the court of first instance. The general principle is that the conclusion of a trial judge is a finding of fact on the oral evidence based on the demean our and credibility of the witness before him or her. Generally, such finding ought not be disturbed unless the appellate court is convinced that it is plainly wrong. It would not be sufficient to warrant an appellate interference merely because the appellate court entertains doubt whether such finding is right.”. [56] Dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Anor [2020] 10 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – “... an appellate Court should not interfere with factual findings of a trial judge unless it was satisfied that the decision of the trial Judge was plainly wrong or one that no reasonable Judge could have reached. If it is not, the fact that the appellate Court may have reached a different conclusion on the facts, is irrelevant.”. [57] Dalam kes rayuan dari Mahkamah Sesyen ini, isu liabiliti adalah menjadi paksi kepada pertikaian pihak-pihak. Berdasarkan Analisa Mahkamah ini ke atas keputusan Tn HMS yang bijaksana mendapati bahawa dapatan fakta dan pemakaian prinsip undang-undang oleh Tn HMS yang bijaksana adalah mengikut lunas undang-undang maka liabiliti bahawa setiap pihak bertanggungan sebanyak 50% adalah dikekalkan. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng [58] Dalam kes Ahmad Zulfendi bin Anuar v. Mohd Shahril bin Abdul Rahman [2022] 4 MLJ 892, Mahkamah Rayuan memutuskan − “[102] The law in that situation requires proof and evidence of negligence either to limit such a claim, to such extent that the claimant may be liable on a certain apportionment of contributory negligence or deny the claim altogether, if he is found to be fully liable.”. [59] Plaintif, seorang penunggang motorsikal yang bertembung dengan sebuah kenderaan besar dan berat (lori) tidak boleh terlepas daripada menyumbang cuai. Mahkamah bicara telah tekun mendengar versi Plaintif. Mahkamah ini menjumpai terdapat keterangan kukuh untuk mengekalkan keputusan Tn HMS yang bijaksana. Keterangan Defendan-Defendan sama ada di peringkat perbicaraan dan peringkat rayuan tetap kukuh menegakkan bahawa Defendan-Defendan tidak boleh diletakkan liabiliti sebagai 100% kepada kemalangan yang mencederakan Plaintif. Plaintif-Plaintif gagal melunaskan beban pembuktiannya untuk menuntut bahawa Defendan-Defendan itu 100% cuai. [60] Dalam kes Formosa Resort Properties Sdn Bhd v. Bank Bumiputra Malaysia [2010] 6 CLJ 530, yang mana Suriyadi Halim Omar JCA memutuskan bahawa – “It is trite in civil cases that he who asserts must prove, and here the appellant is the asserting party… on that premise the appellant had failed to prove its case on a balance of probability.”. S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng [61] Apabila dapatan fakta oleh Tn HMS yang bijaksana adalah tepat maka rumusan bahawa kedua-dua pihak (Plaintif dan Defendan-Defendan) adalah cuai maka agihan liabiliti tidak perlu dibetulkan. Kesimpulan [62] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa keputusan Tn HMS yang bijaksana adalah tidak khilaf dan keputusan Tn HMS yang bijaksana adalah menurut lunas undang-undang. Oleh yang demikian rayuan Plaintif mengenai isu liabiliti ditolak dan tiada award ke atas kos. [63] Pada peringkat rayuan di hadapan Mahkamah ini, saya telah menjalankan appellate role. Oleh itu Mahkamah ini would not interfere with findings of facts. The findings and interpretation of the law by the learned SCj are correct. Bertarikh: 8 Mac 2024. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 S/N CbAnPbSJcUungeRmxYGng Peguam cara: Bagi Pihak Perayu/Plaintif: S.E. Peters Tetuan Abdul Rahim & Co., Kuala Lumpur Bagi Pihak Responden-Responden/Defendan-Defendan: Amar Jit Kaur A/P Sharam Singh Tetuan Kalai & Partners, Petaling Jaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.