Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-56-10/2022 PENDAKWA RAYA
KA-45A-56-10/2022
High Court of Malaysia7 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n melampaui keraguan yang munasabah. [62] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whe”
“LJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used t”
“principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation”
“n or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] [54] Sebagaimana yang tela”
“f course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] [52] Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa, pengetahuan OKT terhada”
“tances, with greatest respect, I am unable to follow Leong Bon Huat v Public Prosecutor and Loo Kia Meng v Public Prosecutor [2000] 3 MLJ 664. Instead I prefer to follow Au Ah Lin v Public Prosecutor [1963] MLJ 365and Public Prosecutor v Lam Sam [1991] 3 MLJ 426. Interestingly, the Federal Court in Chu Tak Fai v Public”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-56-10/2022 PENDAKWA RAYA
1
OKT dituduh melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu, pada 26/03/2022, jam lebih kurang 09.00 malam, di hadapan sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Macang, Mukim Padang Temak, Kuala Nerang, 06300, di dalam daerah Padang Terap, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya seberat 61.55 gram Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan terhadap OKT dan memerintahkan OKT membela diri.
4
OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah dan turut mengemukakan tiga orang saksi Pembelaan yang lain iaitu SD2 (pelayan warung), SD3 (sepupu OKT) dan SD4 (anak perempuan OKT).
5
Pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap elemen pemilikan dan dengan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah melepas dan membebaskan OKT.
6
Pihak Pendakwaan tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
7
Bertindak atas maklumat, pada 26.3.2022, lebih kurang pukul 9.00 malam, Pengadu (SP4) bersama sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Kedah telah pergi ke lokasi S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sasaran di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Macang, Mukim Padang Temak, 06300 Kuala Nerang, Kedah (“rumah tersebut”) dengan menaiki dua buah kenderaan pasukan tidak berlambang.
8
Sampai di lokasi kejadian, SP4 nampak seorang lelaki Melayu (OKT) dalam keadaan yang mencurigakan sedang berjalan kaki di hadapan rumah tersebut. SP4 dan anggota pasukan telah turun dari kenderaan dan menahan OKT sambil memperkenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa.
9
Seterusnya, SP4 telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas OKT dan mendapati OKT sedang memegang satu beg plastik berwarna hitam di tangan kanannya. SP4 kemudiannya merampas beg plastik hitam tersebut dan dengan disaksikan oleh OKT dan anggota serbuan yang lain, telah menjalankan pemeriksaan terhadap beg plastik hitam tersebut. Hasilnya, SP4 menemui empat paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu.
10
SP4 kemudiannya telah menangkap OKT dan merampas kesemua barang kes. Setelah menerangkan sebab-sebab tangkapan, OKT dan barang kes yang dirampas telah dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), IPD Padang Terap untuk tindakan selanjutnya.
11
Semasa di pejabat BSJN, IPD Padang Terap, SP4 telah menyediakan Borang Senarai Geledah (eksibit P18) yang telah ditandatangani oleh SP4 dan OKT. SP4 kemudiannya telah S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membuat timbangan atas barang kes dadah di hadapan OKT dengan menggunakan alat penimbang digital yang dibekalkan oleh PDRM. Hasil timbangan ke atas empat paket plastik lutsinar pelbagai saiz yg dirampas mendapati anggaran berat adalah 85.41 gram. SP4 kemudiannya telah membuat tandaan pada barang kes tersebut seperti yang berikut: a) tandaan A, tarikh 26/03/2022 serta tandatangan SP4, pada satu beg plastik hitam (eksibit P22); dan b) tandaan A1 – A4, tarikh 26/03/2022 serta tandatangan SP4, pada empat paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu (eksibit P11(A-D)).
12
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 10.44 malam, SP4 telah membuat laporan polis berkaitan rampasan dan tangkapan yang dijadikan sebagai Kuala Nerang repot 901/22 (eksibit P19).
13
Pada hari yang sama juga, lebih kurang pukul 11.45 malam, SP4 telah menyerahkan OKT dan kesemua barang-barang kes yang dirampas, berserta laporan polis Kuala Nerang 901/22 (eksibit P19), Borang Senarai Geledah (eksibit P18) dan Borang Penyerahan Barang Kes (eksibit P20) yang turut disediakan oleh Pengadu kepada Pegawai Penyiasat (SP5).
14
SP5 mengesahkan menerima barang kes berserta dokumen-dokumen yang terlibat daripada SP4. Semasa menerima barang kes, SP5 mendapati terdapat tandaan sebagaimana dinyatakan S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal oleh SP4 dan SP5 juga telah membuat tandaan beliau ke atas barang-barang kes yang dirampas seperti yang berikut: a) tandaan ‘EE’, tandatangan SP5 dan tarikh 26/03/2022 dengan dakwat warna emas, pada satu beg plastik hitam (eksibit P22); b) tandaan ‘E1 – E4’, tandatangan SP5 dan tarikh 26/03/2022 dengan dakwat berwarna biru, pada empat paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu (eksibit P11(A-D)).
15
SP5 juga telah menimbang semula barang kes dadah yang diterima dan didapati berat kasar adalah 85.41 gram. Kesemua barang kes tersebut kemudiannya telah disimpan selamat dalam almari besi berkunci di dalam pejabat SP5 dan hanya SP5 sahaja yang mempunyai kunci dan akses kepada almari besi tersebut.
16
Pada 27.3.2022, lebih kurang pukul 9.30 pagi, SP5 telah mengeluarkan barang kes dari almari berkunci beliau dan mengarahkan jurufoto (SP1) untuk mengambil gambar barang kes. Seterusnya SP5 telah mengarahkan D/Kpl Ahmad Mudzfar bin Ahmad Alhamidi untuk melakukan ujian dusting ke atas empat paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang berisi bahan disyaki dadah jenis syabu. Namun begitu, hasil ujian dusting, tidak menimbulkan sebarang cap jari. Sebanyak lima keping gambar barang kes telah diambil sebelum dan selepas ujian dusting (eksibit P2(1-5)). S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
17
SP5 kemudiannya telah memasukkan barang kes dadah iaitu eksibit P11(A-D) ke dalam satu sampul surat putih yang SP5 tandakan ‘E’ (eksibit P10) dan dimeterai dengan meterai PDRM 70. SP5 turut menyediakan borang Pol 31.
18
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 2.28 petang, SP5 telah menyerahkan satu sampul surat bertanda ‘E’ (eksibit P10) berserta borang Pol 31 kepada ahli kimia (SP2) di Jabatan Kimia Malaysia, Alor Setar, Kedah untuk tujuan analisis. SP2 kemudiannya telah menyerahkan resit kimia dengan nombor makmal 22-FR-K-01963 (eksibit P8).
19
Selanjutnya, pada 28.3.2022, lebih kurang pukul 11 pagi, SP5 telah pergi ke rumah tersebut bersama SP1 dan SP4 dan telah mengarahkan SP1 untuk merakam dua keping gambar tempat kejadian (eksibit P3(1-2)), dan turut melakar rajah kasar tempat kejadian (eksibit P21).
20
Pada hari yang sama juga, lebih kurang pukul 3.00 petang, SP5 telah mengarahkan SP1 untuk merakam empat keping gambar acu pakai OKT sedang memegang plastik berwarna hitam di tangan kanannya (eksibit ID4(1-4)).
21
Pada 5.5.2022, lebih kurang pukul 3.00 petang, SP5 telah menyerahkan satu sampul surat putih bertanda ‘EE’ (eksibit P16) yang berisi satu plastik beg hitam (eksibit P22) kepada penjaga stor IPD Padang Terap iaitu L/Kpl. Muhammad Syukery bin Rosman dan didaftarkan dengan nombor daftar JSJN ER 59/22 (eksibit P15). S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
22
Selanjutnya, pada 23.6.2022, lebih kurang pukul 3.00 petang, SP5 telah menerima laporan kimia dengan nombor makmal 22-FR-K- 01963 (eksibit P9) berserta satu sampul surat bertanda ‘E’ yang bermeterai Jabatan Kimia Malaysia (eksibit P10) daripada SP2. Setelah menerima barang kes daripada Jabatan Kimia Malaysia, SP5 telah menyimpan barang kes tersebut di dalam almari berkunci di pejabat beliau.
23
Seterusnya pada 21.7.2022, lebih kurang pukul 12.30 tengahari, SP5 telah menghantar sampul surat putih bertanda E (eksibit P10) yang bermeterai Jabatan Kimia Malaysia kepada penjaga setor barang kes IPD Padang Terap iaitu L/Kpl Muhammad Syukery bin Rosman dan didaftarkan di bawah nombor daftar JSJN ER 59/22 (eksibit P15).
24
Keterangan SP2 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 27.3.2022, lebih kurang pukul 2.28 petang, beliau telah menerima satu sampul surat bertanda E (eksibit P10) bermeterai PDRM 70 daripada SP5. SP2 telah mengeluarkan satu Resit Kimia dengan nombor makmal 22-FR-K-01963 (eksibit P8) sebagai bukti pendaftaran dan penyerahan barang-barang kes tersebut. SP2 turut melekatkan pelekat bernombor makmal yang sama kepada sampul surat bertanda E (eksibit P10) yang beliau terima.
25
SP2 turut mengesahkan bahawa sampul surat bertanda ‘E’ (eksibit P10) yang beliau terima mengandungi empat paket plastik bertanda ‘E1 – E4’ (eksibit P11(A-D)) yang kesemuanya mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, SP2 mendapati bahawa bahan kristal jernih tersebut mengandungi 61.55 gram Methamphetamine. S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
26
Kesemua bahan kristal jernih tersebut telah dihomogen bagi tujuan analisis. Selepas analisis, kesemua baki bahan analisis tersebut telah dimasukkan ke dalam paket plastik berasingan (yang dibekalkan oleh SP2) dan ditandakan dengan ‘E’ serta nombor makmal yang sama (eksibit P12). Paket plastik Jabatan Kimia Malaysia (eksibit P12) bersama barang kes asal kemudiannya telah SP2 masukkan ke dalam sampul surat asal (eksibit P10) dan dimeterai dengan label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia.
27
Pada 23.6.2022, lebih kurang pukul 3.00 petang, SP2 telah menyerahkan semula kesemua eksibit tersebut dan Laporan Kimia (eksibit P9) dengan nombor makmal yang sama kepada SP5. SP2 mengesahkan bahawa semasa kesemua eksibit tersebut dalam simpanan beliau, eksibit tersebut disimpan di dalam kabinet besi berkunci kepunyaan beliau di dalam bilik kebal. Di samping itu juga, sepanjang masa analisis eksibit dibuat pula, eksibit tersebut berada dalam kawalan dan pemerhatian beliau.
28
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”). S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
29
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
30
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti yang berikut: a) bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT mempunyai pemilikan iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut; c) bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
31
SP2 (ahli kimia) telah mengesahkan bahawa kesemua bahan kristal jernih dari eksibit P11A-D yang setelah dianalisis, didapati mengandungi Methamphetamine seberat 61.55 gram. Methamphetamine adalah ditafsirkan dalam seksyen 2 ADB 1952 dan tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan Kimia oleh SP2 yang telah ditandakan sebagai eksibit P9.
32
Pihak Pembelaan mempertikaikan dua isu berkaitan jenis dadah yang dianalisis oleh SP2 ini. Isu pertama adalah berkaitan penggunaan mesin GCMS dan GCFID bagi tujuan analisis dadah tersebut, manakala isu kedua adalah berkaitan kuantiti minimum bahan dadah terlibat yang sepatutnya digunakan oleh SP2 dalam analisis yang beliau jalankan.
33
Berkenaan isu pertama, pihak Pembelaan menghujahkan bahawa analisis kimia sebenarnya telah dijalankan oleh mesin GCMS dan mesin GCFID dan bukannya dijalankan oleh SP2. Dihujahkan bahawa penggunaan mesin GCMS yang berfungsi menentukan jenis dadah, manakala penggunaan mesin GCFID yang berfungsi menentukan berat (kuantiti) dadah telah diambilalih oleh mesin dan tidak dijalankan oleh SP2 sendiri. Pembelaan turut menghujahkan bahawa kedua-dua alat yang digunakan bagi tujuan analisis GCMS dan GCFID akan menghasilkan printouts yang merupakan keterangan utama dan dengan itu menjadikan keterangan lisan SP2 sebagai satu keterangan dengarcakap (hearsay evidence). S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
34
Bagi isu pertama yang melibatkan ‘printout’ daripada kedua-dua mesin GCMS dan GCFID yang tidak dikemukakan oleh Pendakwaan, Mahkamah ini telah meneliti hujahan Pembelaan tersebut dan juga keterangan SP2 sendiri. Dalam keterangannya, SP2 telah menyatakan bahawa beliau telah menjalankan analisis dengan bantuan mesin GCMS dan GCFID yang akan mengeluarkan ‘printout’ bagi menentukan jenis dan berat dadah. Namun begitu, SP2 juga turut menjelaskan bahawa ‘printout’ yang dikeluarkan oleh mesin terbabit hanya melibatkan peratus dadah yang terdapat dalam bahan dianalisis. Namun begitu, pengiraan bagi menentukan jumlah berat dadah yang terdapat dalam bahan dianalisis adalah dibuat secara manual oleh SP2 sendiri.
35
Mahkamah ini turut merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung dalam kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ Rep 221, di mana diputuskan seperti yang berikut: “On the above evidence, we find it difficult to appreciate the validity of various criticism levelled at Mr. Ng. There was no dispute that Mr. Ng had been a chemist with the Chemistry Department for 12 years. He possessed a B.Sc. degree in Chemistry and Biology, and had given expert evidence in Court, and such evidence had been accepted in the High Court in drug cases. As a rule, a chemist in drug cases does not give any opinion as to ownership, control or possession of the substance sent for analysis, but he merely reports the result of the chemical examination of the substance. The only reason for sending the exhibits to the chemist is to determine its identity and to confirm what other S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal witnesses have suspected. This type of opinion must in our view be distinguished from opinions which are of very technical or complicated nature, such as those given by handwriting, trade mark, copyright or ballistic experts. Without being derogatory it is common knowledge that even animals, such as snuff dogs when sufficiently trained, are able to detect certain dangerous drugs. We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.”. [penekanan ditambah]
36
Berdasarkan keputusan kes Munusamy (supra) di atas, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan bahawa tidak wujud keperluan untuk ahli kimia memperjelaskan setiap proses yang perlu dijalankan termasuklah proses penghasilan keputusan melalui ‘printout’ mesin-mesin GCMS dan GCFID tersebut. Tambahan pula, SP2 telah menjelaskan bahawa ‘printout’ yang dihasilkan hanya merujuk kepada peratusan sahaja, manakala pengiraan jumlah berat dadah tersebut perlu dilakukan secara manual oleh beliau. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa penghasilan ‘printout’ oleh kedua-dua mesin GCMS dan GCFID adalah merupakan salah satu proses bagi penghasilan keputusan analisis yang dijalankan oleh SP2. Sehubungan itu, tiada S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keperluan untuk mengemukakan ‘printout’ tersebut dan kegagalan pengemukaannya tidak menjadikan keterangan SP2 sebagai satu keterangan dengarcakap (hearsay).
37
Selanjutnya, berkenaan isu kuantiti minimum bahan dadah terlibat yang sepatutnya digunakan oleh SP2 dalam analisis yang beliau jalankan, merujuk kepada kes Samundee Devan a/l Kerishnan Muthu v Public Prosecutor 2009 1 MLJ 697, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut: “The prosecution brought to the attention of the High Court judge to the case of Gunalan a/l Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 4 MLJ 489, a decision of this court with a coram of Denis Ong, Abdul Hamid Mohamad and Abdul Aziz Mohamad JJCA. There Abdul Hamid Mohamad JCA (later the Chief Justice of Malaysia) writing for the majority made reference to the case of Leong Bon Huat and His Lordship aptly said at pp 515–516 of the report to the following effect: Indeed, I do not think that that case laid down any general principle. The decision was confined to the circumstances of the case and, as stressed by the court, what would be an adequate quantity would depend on the particular circumstances of each case. Even then, the question is: In the absence of a specific provision of the law, who is to determine what is the adequate quantity that should be taken as sample(s) for the purpose of carrying out the tests? The court or the chemist? Who is the expert? Who carries out the test? The answer must be the chemist. S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal His Lordship Abdul Hamid Mohamad JCA (later the Chief Justice of Malaysia), after discussing a few authorities, had this to say in Gunalan (see p 517 of the report): In the circumstances, with greatest respect, I am unable to follow Leong Bon Huat v Public Prosecutor and Loo Kia Meng v Public Prosecutor [2000] 3 MLJ 664. Instead I prefer to follow Au Ah Lin v Public Prosecutor [1963] MLJ 365and Public Prosecutor v Lam Sam [1991] 3 MLJ 426. Interestingly, the Federal Court in Chu Tak Fai v Public Prosecutor [2007] 1 MLJ 201 accepted the views of Abdul Hamid Mohamad JCA (later the Chief Justice of Malaysia) and the dissenting judgment of Abdul Aziz Mohamad JCA (later FCJ) in Gunalan’s case. Nik Hashim FCJ (delivering the judgment of the Federal Court in Chu Tak Fai) had this to say at pp 214–215 of the report: With regard to the chemist’s evidence in Leong Bon Huat, Abdul Hamid Mohamad JCA (as he then was) said in Gunalan a/l Ramachandran, at p 516: With greatest respect, I find that the judgment of the Supreme Court in that case is not an authority for saying that the law requires that 10% of the total weight of the drug must be tested. No reference was also made to Public Prosecutor v Lam San. With respect, the judgment seems to S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal focus on the interpretation of the words ‘more than 10%’ used by the chemist as if it is a statutory provision or a clause in a contract. The point is, there is no provision whatsoever in the Act which requires at least 10% of the total weight of the substance in question to be taken out for the purpose of analysis. As seen in Public Prosecutor v Lam San, the 10% is nothing more that the practice among chemists. The above view was shared by Abdul Aziz Mohamad JCA (as he then was) in a separate judgment in the same case at p 527 when he said: No law or statute has laid down the process which a chemist is bound to use in order to prove the nature of a substance as being or as containing a particular dangerous drug or the weight of the dangerous drug in a bulk of the substance. The process belongs to the realm of science and is devised according to the discipline and principles of science. It is to be noted that the above observations of the learned judges have since received approval sub silentio from the Federal Court (see Gunalan a/l Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197). With respect, we agree with the views of both the learned judges. It is clear therefore that there is no S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal requirement for the amount or the weight of the samples of the drug to be taken for the purpose of analysis by the chemist. It is up to the chemist to carry out the analysis scientifically. It is also for the chemist to determine the adequacy of samples for the purpose of analysis. If the defence wishes to challenge the sufficiency of the weight of the drug analysed the chemist’s evidence must be challenged and evidence in rebuttal must be led, if necessary.”. [penekanan ditambah]
38
Keputusan kes Samundee Devan (supra) di atas jelas memberikan budibicara kepada ahli kimia untuk menentukan kuantiti minimum yang wajar digunakan oleh ahli kimia dalam menjalankan analisisnya. Dalam kes ini, Mahkamah berpendapat bahawa tiada sebarang kekeliruan mahupun ketidakpastian jumlah sampel perwakilan yang dijelaskan oleh SP2. SP2 telah memberikan jumlah peratusan sampel perwakilan yang diambil dan kuantiti tersebut adalah mencukupi bagi tujuan analisis yang beliau jalankan. Sehubungan itu, pada pendapat Mahkamah ini, hujahan Pembelaan berkenaan isu ini adalah tidak bermerit.
39
Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas. S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
40
Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons.
17
The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions
18
Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.
19
Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”.
41
Naratif kes pendakwaan menunjukkan bahawa dadah yang dirampas telah ditemui dipegang oleh OKT pada tangan kanannya. SP4 dalam keterangannya menyatakan bahawa apabila beliau dan pasukan serbuan sampai di rumah tersebut, beliau melihat OKT sedang berjalan di hadapan rumah tersebut dalam keadaan mencurigakan. Seterusnya setelah OKT ditahan dan SP4 menjalankan pemeriksaan ke atas beg plastik hitam dan menemui dadah dalam beg plastik hitam tersebut, reaksi OKT kelihatan takut. Di samping itu SP4 menjelaskan bahawa paket plastik hitam yang dirampas ditemui tidak berikat sebaliknya berlipat-lipat seperti bungkusan dan dipegang dalam tangan OKT.
42
Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa versi Pendakwaan di mana OKT didapati sedang berjalan di hadapan rumah tersebut yang merupakan kawasan lapang pada lebih kurang pukul 9.00 malam seolah-olah menunggu kedatangan anggota polis, adalah tidak munasabah dan tidak logik. Dihujahkan bahawa semasa taklimat SP4 sebelum serbuan dilakukan, taklimat hanya tertumpu kepada isu keselamatan, peranan anggota serbuan dan lokasi serbuan. Tiada dalam taklimat SP4 menyatakan bahawa terdapat suspek berjalan di kawasan lapang di Kampung Macang membawa paket plastik mengandungi dadah.
43
Di samping itu juga, pihak Pembelaan turut menghujahkan bahawa tangkapan OKT sebenarnya tidak berlaku di kawasan lapang di rumah tersebut, sebaliknya OKT ditahan di sebuah warung kopi di S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kawasan Wang Tepus berhadapan Sekolah Kebangsaan Penghulu Haji Darus. OKT telah ditangkap berdasarkan maklumat oleh sumber bernama ‘Lan’. Setelah OKT ditangkap di warung kopi tersebut, OKT dan ‘Lan’ telah dibawa ke rumah tempat kejadian dan anggota serbuan telah memasuki rumah tersebut. Pembelaan juga menegaskan bahawa dadah yang dirampas sebenarnya ditemui dari dalam rumah tersebut yang merupakan setor simpanan untuk peralatan dan jentera OKT. Rumah tersebut juga dihujahkan bukanlah rumah tempat tinggal OKT semasa berlakunya tangkapan. Pembelaan menegaskan bahawa tindakan pihak polis merampas bil SADA (bil air) iaitu eksibit D23 menunjukkan bahawa dadah ditemui di dalam rumah tersebut dan bukannya ditemui dipegang oleh OKT.
44
Berkenaan hujahan Pembelaan bahawa adalah tidak munasabah untuk OKT dilihat sedang berjalan di hadapan rumah dalam keadaan mencurigakan pada sebelah malam seolah-olah menunggu kedatangan polis, pada pendapat Mahkamah ini, keadaan tersebut adalah tidak mustahil. Ini kerana berdasarkan hujahan Pembelaan sendiri bahawa seolah-olah OKT menunggu kedatangan polis, turut mencadangkan bahawa keadaan tersebut menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan seolah-olah OKT sedang menunggu seseorang.
45
Selanjutnya, berkenaan hujahan bahawa dadah ditemui di dalam rumah dan bahawa OKT telah ditangkap di sebuah warung kopi, pada peringkat ini, Pembelaan tidak mengemukakan sebarang keterangan untuk membuktikan dakwaan mereka mahupun cadangan tersebut dipersetujui oleh SP4. Cadangan oleh S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pembelaan kekal sebagai cadangan, sehinggalah bukti menyokong dikemukakan ataupun dipersetujui oleh SP4 (rujuk kes PP v. Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705). Sehubungan itu, pada peringkat ini, keterangan SP4 berkenaan dadah ditemui dipegang oleh OKT semasa serbuan adalah diterima oleh Mahkamah ini.
46
Isu berkenaan eksibit D23 iaitu bil SADA yang dihujahkan oleh Pembelaan merupakan suatu tindakan yang menunjukkan dadah sebenarnya ditemui di dalam rumah, pada pendapat Mahkamah ini bukanlah suatu dakwaan yang bermerit. Ini kerana rumah tempat kejadian merupakan suatu rumah yang tidak bernombor di sebuah kampung. Pada pendapat Mahkamah ini, tindakan mengambil eksibit D23 adalah suatu tindakan bagi mengenalpasti alamat tempat kejadian. Tambahan pula eksibit D23 bertarikh 17.1.2024, yang menunjukkan bahawa eksibit D23 tersebut telah diambil oleh pihak polis selepas daripada tarikh kejadian pada 26.3.2022 iaitu hampir dua tahun kemudian. Pada pendapat Mahkamah ini, eksibit D23 tidak membuktikan bahawa dadah ditemui di dalam rumah tersebut.
47
Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan SP4 pada peringkat ini adalah keterangan yang kredibel. Ini kerana SP4 telah memberikan kronologi yang jelas dari awal kejadian sebelum serbuan sehinggalah kepada tangkapan, rampasan dan penyerahan barang kes kepada SP5.
48
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman bin Akif Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah]
49
Pengetahuan OKT terhadap dadah yang dirampas pula boleh dibuktikan melalui inferens berdasarkan keterangan-keterangan keadaan yang dikemukakan. Keadaan barang kes dadah yang ditemui dalam satu beg plastik hitam yang dalam keadaan dilipat-S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal lipat dan dipegang dalam tangan OKT adalah pada pendapat Mahkamah ini menimbulkan inferens bahawa OKT mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah tersebut. Keadaan barang kes dadah iaitu empat paket plastik lutsinar yang terdapat dalam beg hitam tersebut adalah mudah dilihat dengan hanya membuka beg plastik hitam tersebut. Adalah tidak munasabah untuk seseorang memegang sesuatu barang dalam tangannya tanpa mengetahui apakah isi kandungannya, terutama dalam keadaan di mana barang kes dadah boleh dilihat jelas dengan hanya membuka atau melihat ke dalam beg plastik hitam tersebut.
50
Disamping itu juga, reaksi OKT kelihatan takut semasa SP4 membuka dan menemui dadah tersebut, juga mampu menimbulkan inferens bahawa OKT tahu kandungan dadah di dalam beg plastik hitam tersebut. Reaksi OKT yang kelihatan takut setelah barang-barang kes dadah ditemui, adalah juga relevan sebagai keterangan kelakuan (conduct) yang membuktikan pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas.
51
Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8, Akta Keterangan 1950 [Akta 56], sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah]
52
Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa, pengetahuan OKT terhadap dadah-dadah yang dirampas adalah dibuktikan melalui inferens berdasarkan kepada fakta-fakta dinyatakan di atas.
53
Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP4 yang merupakan anggota serbuan dan juga SP5 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. SP4 semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan. SP4 juga bukanlah seorang saksi yang berkepentingan dan tidak mengenali OKT sebelum kejadian. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah]
54
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197, Mahkamah ini mendapati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dadah tersebut (iaitu jagaan, kawalan serta pengetahuan) melalui keterangan secara langsung di mana OKT telah ditangkap dalam keadaan memegang barang kes dadah pada tangan kanannya. Sehubungan itu, pihak Pendakwaan telahpun berjaya membuktikan elemen pemilikan secara pemilikan sebenar (actual possession).
55
Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah membuat keputusan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan sebenar OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minimum 50 gram iaitu anggapan pengedaran dadah berbahaya juga telah S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berjaya dibangkitkan. Tambahan pula, pihak Pembelaan juga tidak mengemukakan sebarang hujahan berkenaan elemen ini, dan dengan itu, elemen pengedaran ini telahpun berjaya dibuktikan melalui pemakaian anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952.
56
Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan ketiga-tiga intipati pertuduhan terhadap OKT.
57
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas pertuduhan.
58
Pada peringkat pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1. Pembelaan turut memanggil tiga orang saksi lain untuk memberikan keterangan iaitu pekerja warung kopi (SD2), sepupu OKT (SD3) dan anak perempuan OKT (SD4). S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
59
Keterangan OKT dan saksi-saksi Pembelaan yang lain secara umumnya menyokong pembelaan OKT bahawa OKT tidak ditahan di hadapan rumahnya di Kampung Macang sebaliknya ditahan di sebuah warung kopi di kawasan Wang Tepus berhadapan Sekoleh Kebangsaan Penghulu Haji Darus. Keterangan SD2 secara ringkasnya menyatakan bahawa kejadian tangkapan OKT berlaku di warung kopi milik ibu mertua SD2 yang terletak di kawasan Wang Tepus berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Penghulu Haji Darus dan semasa kejadian, SD2 ada bekerja pada malam kejadian tersebut. SD2 turut mengesahkan bahawa sebelum OKT ditangkap, terdapat seorang lagi lelaki yang dilihat bergari dibawa masuk ke warung kopi tersebut.
60
Keterangan SD3 pula menyatakan bahawa rumah SD3 bertentangan dengan rumah tersebut dan pada malam kejadian SD3 nampak dua buah kenderaan berhenti di hadapan rumah tersebut dan beberapa orang telah keluar dari kenderaan dan SD3 nampak ketika itu OKT dibawa keluar dari kenderaan dalam keadaan bergari. Kemudiannya SD3 nampak OKT dibawa ke arah pintu rumah tempat kejadian yang pada ketika itu dijadikan setor penyimpanan oleh OKT. SD3 turut mengesahkan bahawa sebelum itu, rumah tempat kejadian diduduki oleh OKT dan keluarganya tetapi semasa kejadian, rumah tersebut telah dijadikan setor. SD3 turut mengesahkan bahawa semasa kejadian, beliau ada terserempak dengan anak perempuan OKT (SD4) yang berada berdekatan tempat kejadian pada malam tersebut. Keterangan SD4 pula mengesahkan kejadian tangkapan OKT di warung kopi berkenaan dan beliau selanjutnya telah mengekori kedua-dua kenderaan polis yang menangkap OKT ke rumah tersebut. S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
61
Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah.
62
Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well-established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah]
63
Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1).
64
Pembelaan yang diketengahkan oleh OKT iaitu OKT tidak pernah ditangkap di hadapan rumahnya di Kampung Macang, sebaliknya telah ditangkap di sebuah warung kopi di Wang Tepus, telah diketengahkan sejak peringkat Pendakwaan lagi. Pembelaan telah S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal turut mengemukakan 3 orang saksi Pembelaan yang mana secara umumnya, keterangan kesemua saksi-saksi Pembelaan menyokong keterangan OKT bahawa OKT tidak pernah ditangkap di hadapan rumah tersebut sebaliknya ditangkap di warung kopi di Wang Tepus. Pembelaan turut mengetengahkan pembelaan bahawa terdapat seorang lagi tangkapan lain yang dibawa ke warung kopi tersebut sebelum OKT ditangkap yang dikenali sebagai ‘Lan’. Keterangan OKT ini disokong oleh keterangan SD2 yang merupakan pekerja di warung kopi tersebut dan juga SD4 yang merupakan anak perempuan OKT yang menyatakan bahawa beliau telah keluar untuk membeli makanan dengan OKT dan telah diminta oleh OKT untuk menghantar OKT ke warung kopi tersebut kerana OKT hendak berjumpa ‘Lan’ bagi tujuan mengutip hutang dan di warung kopi tersebutlah SD4 melihat OKT telah ditangkap polis.
65
Sebagaimana diputuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.” [penekanan ditambah]
66
Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pembelaan yang menyatakan bahawa OKT ditangkap di tempat lain dan bukannya di hadapan rumah tersebut, telahpun dikemukakan di peringkat Pendakwaan lagi terutamanya kepada SP4. Berdasarkan keputusan Mahkamah dalam kes Tan Kim Ho (supra) di atas, Mahkamah ini turut berpendapat bahawa pembelaan tersebut bukanlah pembelaan berbentuk pemikiran terkemudian (afterthought).
67
Adalah prinsip undang-undang bahawa pada peringkat pembelaan ini, pihak Pembelaan hendaklah mengemukakan keterangan yang mampu menimbulkan keraguan yang munasabah atas elemen jagaan dan kawalan serta pengetahuan OKT terhadap dadah-dadah yang dikatakan ditemui pada OKT. Dalam kes Mohamad S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Radhi Bin Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established ‘reasonable doubt’ test, rather than to delve in the ‘believable and convincing’ test before applying the ‘reasonable doubt’ test.” [penekanan ditambah]
68
Pihak Pendakwaan pula mempertikaikan keterangan saksi-saksi Pembelaan dan turut mempertikaikan kegagalan Pembelaan untuk mengetengahkan saksi bernama Nazri di mana kegagalan memanggil Nazri sebagai saksi Pembelaan mewajarkan anggapan bertentangan (adverse inference) di bawah subseksyen 114(g) Akta 56 terpakai terhadap kes Pembelaan.
69
Berkenaan pemakaian subseksyen 114(g) Akta 56 terhadap kes Pembelaan ini, adalah menjadi satu prinsip undang-undang yg mantap bahawa anggapan bertentangan (adverse inference) tidak S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal boleh terpakai terhadap pihak yang tidak mempunyai beban pembuktian. Dalam kata lain, tiada anggapan bertentangan boleh terpakai sekiranya pihak tersebut tidak mempunyai beban untuk membuktikan sesuatu. Dalam perbicaraan jenayah, beban pembuktian adalah terletak kepada Pendakwaan sehinggalah ke akhir kes. Namun begitu, dalam kes pengedaran dadah, sekiranya anggapan pengedaran di bawah subseksyen 37(da) ADB 1952 terpakai, subseksyen 114(g) Akta 56 boleh terpakai terhadap OKT sekiranya gagal membawa saksi atau keterangan yang menyokong. Ini diputuskan dalam kes PP v. Mohd Farid Mohd Sukis & Anor [2002] 8 CLJ 814.
70
Namun begitu, dalam kes yang sama juga Mahkamah Tinggi turut memutuskan bahawa anggapan di bawah subseksyen 114(g) Akta 56 hanya boleh terpakai terhadap OKT bagi fakta yang melibatkan anggapan pengedaran dadah berbahaya sahaja, dan tidak boleh terpakai dalam fakta yang berkaitan elemen pemilikan, kerana tanpa pembuktian pemilikan, anggapan pengedaran tidak akan dapat dibangkitkan.
71
Bagi kes terhadap OKT ini, Mahkamah ini mendapati bahawa fakta yang terlibat dengan penama Nazri adalah melibatkan fakta berkaitan pembuktian elemen pemilikan di mana jika berdasarkan keputusan dalam kes Mohd Farid Mohd Sukis (supra) tersebut, memandangkan tiada beban terhadap OKT untuk membuktikan pemilikan, maka tiada anggapan bertentangan (adverse inference) terhadap OKT boleh terpakai dalam kegagalan memanggil penama Nazri memberikan keterangan. Di samping itu, Mahkamah turut mendapati bahawa keterangan SD3 dan SD4 yg turut berada S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berdekatan dengan tempat kejadian di hadapan rumah tersebut, adalah juga keterangan-keterangan yang boleh menyokong keterangan OKT.
72
Berhubung isu ini juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa pembelaan yang telah dikemukakan oleh Pembelaan adalah konsisten sejak dari peringkat kes Pendakwaan lagi iaitu OKT tidak ditangkap di hadapan rumah tersebut sebaliknya ditangkap di sebuah warung kopi di Wang Tepus. Pada pendapat Mahkamah ini, pembelaan yang diketengahkan bukanlah suatu afterthought kerana telah diketengahkan pada peringkat kes Pendakwaan lagi. Keterangan saksi-saksi Pembelaan, terutamanya SD2 yang tiada sebarang perhubungan keluarga dengan OKT, pada pendapat Mahkamah ini menimbulkan persoalan sama ada benar atau tidak OKT telah ditangkap di hadapan rumah tersebut dan sama ada benar dadah ditemui dipegang dalam tangan OKT pada malam kejadian. Sebagaimana diputuskan dalam kes Mohamad Radhi Bin Yaakob (supra) diatas: “In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt?”
73
Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat terdapatnya keraguan sama ada benar-benar OKT telah ditangkap di hadapan rumah tersebut dengan memegang beg pastik mengandungi dadah di tangan kanannya. Ini kerana berdasarkan keterangan Pembelaan, S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal terutamanya keterangan SD2, menunjukkan sebaliknya iaitu OKT telah ditangkap di tempat lain dan tidak pernah ditangkap di hadapan rumah tersebut. Mahkamah ini telah menilai keterangan dan hubungan SD2 dengan OKT dalam kes ini dan mendapati beliau bukanlah seorang saksi berkepentingan dan adalah seorang saksi yang kredibel. Mahkamah dengan ini mendapati bahawa berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, terdapat keraguan yang munasabah sama ada OKT benar-benar memiliki dadah terbabit. Dalam hal ini juga, Mahkamah ini berpendapat bahawa there is a reasonable doubt as to the accused guilt.
74
Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa berdasarkan keseluruhan keterangan Pembelaan dan juga Pendakwaan, pihak Pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap elemen pemilikan iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah tersebut dan dengan itu pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan keseluruhan kes mereka pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. Dengan itu, OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama sebagaimana dalam pertuduhan. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 9 Jun 2025. S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Timbalan Pendakwa Raya: Fatin Farahiyah binti Nadzri Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguambela OKT: Ang Chun Pun Ch’ng Gin Yee Tetuan C.P Ang & Company S/N xfQvAEJzuk2LkxenUJ6Glg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.