(d) The sentence was wrong in principle; or The sentence imposed was manifestly excessive or inadequate. (See R v. Ball [1951] 35 Cr App. R 164; Loo Weng Fatt v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 313 at para [65]; Public Prosecutor v. UI [2008] 4 SLR (R) 500). [15] In similar vein, the Court of Criminal Appeal in Dookes v. Director of Public Prosecutions [2010] SCJ 71 said at para 177: ... sentencing is not a science of mathematical application of any set formula. It is a normative science rather than a physical science which takes into account the circumstances of the offender as well as the offence and the impact of the offence on the community. A sentence may look to be lenient because it is tailored to fit the offender, the offence and the offended but, in our system of justice, the trial court is the only constitutional institution which is empowered and sovereign in determining which sentence to impose on an offender on the facts of the particular case. An appellate court would scarce intervene unless the sentence is wrong in principle or manifestly 10 [2024] CLJU 1690 Legal Network Series harsh and excessive or unduly lenient. However, even if there is nothing wrong with the principle, the sentence may be increased by the appellate court if it is unduly lenient. The principle of proportionality pervades through the whole system of justice, in procedure, substance and sanctions.” ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [16] Berdasarkan kepada Petisyen Rayuan yang difailkan Perayu, alasan pokok yang dikemukakan sepertimana di dalam hujahan bertulis adalah hukuman yang dikenakan adalah terlampau tinggi jika dibandingkan dengan keputusan PP v Azfaiz Jamil [2022] 9 CLJ 57 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan hukuman penjara lima tahun dan satu kali sebatan. Perayu berhujah bahawa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut adalah sama dengan fakta di hadapan Mahkamah ini. Oleh itu, peguam perayu menghujahkan HMS telah terkhilaf apabila tidak menjatuhkan hukuman mengikut tren hukuman bagi kesalahan tersebut. [17] Mahkamah ini mendapati bahawa perayu tidak diwakili peguam di Mahkamah Sessyen. Oleh itu, kes berkenaan hanyalah dirujuk oleh peguam perayu ketika rayuan di Mahkamah ini. Walau apa pun, rujukan kepada kes tersebut di peringkat ini tidak membantu kes perayu. Ini adalah kerana kes yang dirujuk peguam Perayu dapat dibezakan. Di dalam kes tersebut, perayu pernah disabitkan dengan dua kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana hukuman denda dikenakan bagi setiap kesalahan tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen telah khilaf apabila gagal menggunapakai peruntukan seksyen 39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan telah menjatuhkan hanya hukuman denda RM5,000. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen telah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dengan 1 kali sebatan. [18] Berbeza dengan fakta kes di hadapan Mahkamah ini, perayu pernah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) pada 20.9.2019 dan 30.7.2020 yang mana perayu dikenakan hukuman denda RM3,000 dan penjara enam bulan, masing-masing. HMS mendapati bahawa perayu tidak insaf dan hukuman penjara yang lebih panjang adalah suatu bentuk hukuman yang wajar. [19] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Responden bahawa HMS telah menjatuhkan hukuman terhadap Perayu dalam julat hukuman antara lima sehingga tujuh tahun sepertimana di bawah peruntukan undang-undang. Rujuk Rekod Rayuan Jilid 1 muka surat 18 – 25. [20] Bagi menangani masalah penagih dadah tegar, Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dipinda dengan memasukkan seksyen 39C melalui Dangerous Drugs (Amendment) Act 2002 (Act A1167) yang berkuat kuasa mulai 1.11.2002 melalui Gazette No. PU(B) 342/2002. Berdasarkan Hansard kepada pindaan tersebut, tujuan pindaan adalah untuk mengenakan hukuman penjara lebih panjang serta sebatan ke atas penagih tegar. Hukuman yang dijatuhkan Mahkamah perlulah dilihat sebagai satu langkah pencegahan terhadap kegiatan menagih dadah, terutamanya melibatkan penagih dadah tegar. Pencegahan tersebut bukan sahaja terhadap perayu agar tidak lagi melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan, tetapi perlu juga mencegah orang lain yang berhasrat untuk melakukan kesalahan yang sama. [21] Walaupun berdasarkan tren hukuman diputuskan oleh Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman penjara minima lima tahun, (Hillary Mathew AK Mathew Nyodem v PP [2024] MLJU 733), Mahkamah ini mendapati bahawa hukuman yang dikenakan HMS adalah saksama, wajar dan adil. Hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dengan mengambilkira graviti kesalahan dan kesalahan berulang dalm tempoh yang tidak lama yang dilakukan perayu. [22] Sepertimana diputuskan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 83 yang mana Mahkamah memutuskan: “Therefore sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for that reason that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed different sentence is not sufficient, per se, to warrant court’s interference.” (penekanan diberikan) KESIMPULAN [23] Mahkamah ini memutuskan menolak rayuan atas hukuman yang dibuat oleh Perayu. Hukuman HMS terhadap Perayu dikekalkan.