Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA SAMAN JENAYAH NO: PB-63-20-08/2023 ANTARA
PB-63-20-08/2023
Sessions Court of Malaysia17 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the ac”
“w (which I hold they are perfectly entitled to do even though they are being tried under the Emergency Regulations) the question is can they be convicted of the offence of s 302 read with s 34 of the Penal Code? My answer to the question is in the negative. 'We are confident in the view we have just expressed because w”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA SAMAN JENAYAH NO: PB-63-20-08/2023 ANTARA
1
Orang Kena Saman (selepas ini dikenali sebagai OKS) iaitu Aik Joo Factory Sdn Bhd telah di dakwa di atas satu kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Kilang dan Jentera 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan terhadap OKS adalah seperti berikut: PERTUDUHAN “Bahawa kamu pada 20 April, 2021, lebih kurang jam 11.15 pagi, di Aik Joo Can Factory Sdn Bhd beralamat 4829, Tingkat Mak Mandin 5, Mak Mandin Industrial Estate, 13400 Butterworth dalam Daerah Seberang Perai Tengah, di dalam Negeri Pulau Pinang sebagai penghuni telah gagal meletakkan pemagaran yang selamat pada bahagian jentera yang berbahaya iaitu bahagian gear yang terdapat pada gear jenis Coating nombor siri F1FS-5331 sehingga menyebabkan kemalangan kepada pekerja kamu iaitu Joeger Hor Yew Kwong (NO KP: 841126-07- 5881) dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Kilang dan Jentera 1967 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 51(2) Akta yang sama.” Hukuman: Seksyen 51(2) Mana-mana orang yang melanggar apa-apa peruntukkan Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang mana untuk perlanggarannya tiada penalti diperuntukkan secara jelas hendaklah didapati bersalah atas sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dedenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjara untuk tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
3
Setelah pertuduhan dibaca dan diterangkan kepada wakil OKS yang hadir, wakil OKS faham pertuduhan, tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. OKS diwakili oleh peguambela dari Tetuan JA Yeoh & Associates.
4
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai tiga (3) orang saksi bagi membuktikan pertuduhan terhadap OKS. Saksi-saksi pendakwaan adalah seperti berikut:
a
SP1, Jaafar bin Man, bekas Pegawai Keselamatan dan Kesihatan syarikat OKS;
b
SP2, Joeger Hor Yew Keong, mangsa;
c
SP3, Mohd Fazli bin Yaacob, pegawai penyiasat kes. [5] Selanjutnya eksibit-eksibit yang dikemukakan sepanjang perbicaraan ini adalah seperti berikut: Bil Jenis dokumen / eksibit
1
Borang JKKP6 – Pemberitahuan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya.
2
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Mengenai Kemalangan pada 20.4.2021.
3
Borang Siasatan Kemalangan
4
Notis Perbaikan
5
Permohonan Pembatalan Notis
6
Surat tawaran atas nama Joeger How Yew Kwong
7
Consolidated Attendance Listing atas nama Joeger How Yew Kwong
8
Dokumen Senarai Jentera
9
7 keping gambar tempat kejadian
10
2 salinan Sijil Cuti Saki atas nama Joeger How Yew Kwong
11
7 keping gambar mesin Coating
12
Sijil Perakuan Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 P12 13. Maklumat SSM Syarikat OKS P13 14. Sijil Perakuan Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 P14 15. Laporan perubatan atas nama Joeger How Yew Kwong P15 16. Sijil Perakuan Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 (gambar) P16 Keterangan Kes Pihak Pendakwaan [6] Pada 30 April, 2021, jam lebih kurang 11.00 pagi sepasukan pegawai dari Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Pulau Pinang (JKKP) yang diketuai oleh Encik Mohd Fazli bin Yaacob (SP3) telah menjalankan siasatan di Aik Joo Can Factory Sdn Bhd beralamat di 4829, Tingkat Mak Mandin 5, Mak Mandin Industrial Estate, 13400 Butterworth, Pulau Pinang. SP3 dan pasukannya telah pergi ke syarikat OKS kerana bertindak di atas Borang JKKP 6-Pemberitahuan Kemalangan / Kejadian Berbahaya (eksibit P1) bertarikh 20 April, 2021 yang dikemukakan oleh SP1. [7] SP1 yang merupakan bekas pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) di syarikat OKS telah memberikan keterangan di mahkamah bahawa pada 20 April, 2021, SP1 telah dimaklumkan bahawa ada satu kemalangan berlaku di bahagian mesin printing di Line Printing. Mangsa yang telah terlibat dengan kemalangan ini adalah Encik Joeger How Yew Kwang (SP2) yang telah dicamkan oleh SP1. [8] Sejurus sahaja sampai di tempat kejadian, SP1 telah menyiasat pekerja-pekerja yang berada di situ, namun kebanyakkan adalah pekerja-pekerja warganegara Bangladesh. Hasil siasatan SP1 mendapati SP2 berada di tepi mesin dan sedang melihat mesin yang sedang bergerak kerana SP2 sedang membaiki mesin tersebut. Menurut SP1, hasil siasatannya dan keterangan daripada pekerja yang berada di situ, tangan SP2 telah tiba-tiba termasuk ke dalam mesin tersebut dan terdapat serpihan daging dan kain buruk ditemui. [9] SP1 mengesahkan ada melaporkan mengenai kemalangan tersebut kepada pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) melalui Borang JKKP-6 (eksibit P1) di dalam system MyJKKP. [10] Selanjutnya menurut SP1, pada mesin tersebut secara keseluruhannya terdapat penutup (cover) tetapi untuk satu bahagian di mana tangan SP2 telah termasuk tersebut, bahagian tersebut telah dipotong lebih kurang 1 inci. SP1 mengesahkan di dalam bahagian yang tertutup tersebut terdapat gear yang sedang berpusing. [11] SP1 juga mengesahkan satu mesyuarat berkenaan dengan kemalangan tersebut telah diadakan dan mengesahkan SP1 ada menyediakan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Mengenai Kemalangan pada 20.4.2021 yang telah dikemukakan dan ditandakan sebagai eksibit P2. SP1 selanjutnya mengesahkan langkah penambahbaikkan telah diambil selepas kejadian tersebut dengan memasang semula penutup (cover) pada bahagian 1 inci tersebut dan meletakkan papan tanda (signage) yang berkaitan di mesin tersebut. [12] SP2 telah memberikan keterangan bahawa pada hari kejadian 20 April, 2021 telah berlaku ketidaktepatan pada warna mesin printing dan SP2 perlu menyelaras warna pada mesin printing tersebut. SP2 telah cuba menyelaras warna tersebut agak lama tetapi masih tidak berjaya, oleh itu SP2 mula berehat sekejap. Selanjutnya, selepas itu SP2 cuba menyelaras semula warna dan secara tiba-tiba tangan SP2 termasuk ke dalam gear mesin yang sedang berputar dan SP2 telah menarik keluar tangannya. [13] Menurut SP2, pada mesin tersebut terdapat lubang tetapi bahagian lubang tersebut telah tertutup sepenuhnya. SP2 mengesahkan tempat di mana tangannya diletakkan dan jari termasuk adalah di tandaan “Y” pada eksibit P9(F). SP2 mengesahkan pada bahagian tersebut memang terdapat besi penutup berbentuk L dan SP2 sendiri tidak dapat menceritakan bagaimana jarinya boleh masuk ke dalam mesin tersebut. [14] SP2 semasa peringkat pemeriksaan utama juga mengesahkan ketika itu tidak nampak apa-apa lubang sepertimana di dalam gambar P9(E) dan SP2 sendiri tidak membuka apa-apa komponen pada mesin tersebut. [15] SP2 mengesahkan telah diberikan cuti sakit selama lebih kurang 60 hari sepertimana di dalam Sijil Cuti Sakit (P10(A-B)) akibat kecederaan pada jarinya. SP2 masih berkerja di syarikat OKS dan menyelenggara mesin yang sama sehingga kini. [16] Siasatan kes ini telah dijalankan oleh SP3, Encik Mohd Fazli bin Yaacob. Hasil siasatan olehnya mendapati kejadian telah berlaku melibatkan SP2 yang merupakan seorang juruteknik telah tersepit jari tengah tangan kanannya di bahagian gear Coating Machine Line A semasa menjalankan aktiviti penyelenggaraan. [17] Selanjutnya hasil siasatan oleh SP3 mendapati semasa kejadian, SP2 baru sahaja selesai membaiki mesin tersebut dan sebelum SP2 menyerahkan mesin tersebut kepada operator, SP2 perlu membuat penyelarasan terlebih dahulu. SP2 menggunakan tangan kiri membuat penyelarasan dan tangan kanan diletakkan di atas mesin yang berhampiran kotak gear. Semasa itu, jari tengah tangan kanan SP2 telah ditarik masuk ke dalam gear kerana terdapat ruang pada bahagian penutup gear berukuran lebih kurang 3 cm sehingga menyebabkan kecederaan pada jari tengah tersebut. Tugas Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [18] Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah membuat suatu pertimbangan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Seksyen 180(1) Kanun Prosedur Jenayah telah memperuntukkan seperti berikut: "Procedure after conclusion of case for prosecution. 180(1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction." [19] Dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2004] 2 MLRA 547; [2005] 2 MLJ 301; [2005] 1 CLJ 85; [2005] 1 AMR 321 Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa OKT boleh disabitkan berdasarkan atas bukti prima facie, dan ia haruslah mencapai standard yang mampu untuk menyokong sabitan sebelum keraguan munasabah ditimbulkan oleh pembelaan. Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut menyatakan seperti berikut: "[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s 182A (1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase 'prima facie case' in s
180
Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase 'prima facie case' is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary 11 th Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. [22] The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand, if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s 180(2) and (3). Of course, in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus, if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case. [23] As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt. However, it must be observed that it cannot, at that stage, be properly described as a case that has been proved beyond reasonable doubt. Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt." [20] Seterusnya, Mahkamah juga merujuk kepada kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2002] 2 MLRA 383; [2003] 2 MLJ 65; [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 AMR 89 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: "In our respectful view, the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s 180 of the CPC (and this would apply to a trial under s 173 of the CPC) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 1 MLRA 7; [1983] 2 MLJ 232; [1983] CLJ (Rep) 101 at p 270: 'To summarize, it would therefore appear that having regard to the prosecution evidence adduced so far, a prima facie case has not been established against Nordin Johan and Aziz Abdullah, the second accused and the fourth accused which, failing their rebuttal, would warrant their conviction. In other words, if they elect to remain silent now (which I hold they are perfectly entitled to do even though they are being tried under the Emergency Regulations) the question is can they be convicted of the offence of s 302 read with s 34 of the Penal Code? My answer to the question is in the negative. 'We are confident in the view we have just expressed because we find nothing in the amended s 180(1) of the CPC that has taken away the right of an accused person to remain silent at the close of the prosecution case. Further we find nothing in the legislative intention of Parliament as expressed in the language employed by it to show that there should be a dual exercise by a judge under s 180 when an accused elects to remain silent as happened in Pavone v. Public Prosecutor [1985] 2 MLRH 558; [1984] 1 MLJ 77. In other words, we are unable to discover anything in the language of the recently formulated s 180 that requires a judge sitting alone first to make a minimum evaluation and then when the accused elects to remain silent to make a maximum evaluation in deciding whether to convict or not at the close of the prosecution case.It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal." [21] Selain itu, Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 2 MLRA 590; [2005] 6 MLJ 393; [2006] 1 CLJ 457; [2005] 6 AMR 203 dan kes Public Prosecutor v. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (No 3) [1999] 1 MLRH 59; [1999] 2 MLJ 1; [1999] 2 CLJ 215; [1999] 2 AMR 2017. Peruntukan Undang-Undang [22] Seksyen 15 Akta Kilang dan Jentera 1967 memperuntukkan seperti berikut: “Tiap-tiap bahagian jentera yang berbahaya hendaklah dipagar dengan selamat melainkan jika bahagian itu berada dalam kedudukan atau dibina dengan cara yang selamat kepada tiap-tiap orang yang diambil kerja atau sedang bekerja atau yang memasuki premis itu sebagaimana ia akan selamat jika bahagian itu dipagar dengan selamat: Dengan syarat bahawa setakat yang keselamatan bahagian yang berbahaya bagi mana-mana jentera tidak boleh dengan sebab keadaan pengendalian dijamin dengan cara pengadang tetap, kehendak seksyen ini hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika suatu peranti disediakan yang secara automatik menghalang pengendali daripada daripada bersentuhan atau menyebabkan tersentuh dengan bahagian itu.” [23] Selanjutnya untuk hukuman diperuntukkan di bawah Seksyen 51(2) seperti berikut: “Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukkan lain Akta ini yang perlanggarannya tiada penalti diperuntukkan secara nyata, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjara untuk tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.” Beban pembuktian [24] Bagi membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS bagi kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Kilang dan Jentera 1967, pihak pendakwaan haruslah membuktikan elemen-elemen seperti berikut:
i
OKS selaku penghuni di alamat 4829, Tingkat Mak Mandin 5, Mak Mandin Industrial Estate, 13400 Butterworth adalah majikan kepada mangsa; dan
II
(ii) OKS sebagai majikan telah gagal meletakkan pemagaran yang selamat bagi bahagian jentera yang berbahaya iaitu bahagian gear yang terletak pada jentera jenis Coating nernombor siriF1FS-5311 sehingga menyebabkan kemalangan kepada SP2. Elemen I: OKS selaku penghuni di alamat 4829, Tingkat Mak Mandin 5, Mak Mandin Industrial Estate, 13400 Butterworth adalah majikan kepada mangsa. [25] Elemen pertama yang hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah bahawa OKS, Aik Joo Can Factory Sdn Bhd (No. Syarikat:3106-A) selaku penghuni di 4829, Tingkat Mak Mandin 5, Mak Mandin Industrial Estate, 13400 Butterworth adalah majikan kepada mangsa. Mahkamah ini telah merujuk kepada tafsiran di bawah Seksyen 3(1) Akta Kilang dan Jentera 1967 yang mentafsirkan penghuni seperti berikut: “Penghuni” berkenaan dengan suatu kilang atau menggunakan mana-mana premis sebagai suatu kilang” [26] Selanjutnya Seksyen 2(1) Akta yang sama pula memberi tafsiran makna kilang seperti berikut: “kilang” bermakna apa-apa premis atau sebahagian dari suatu premis di mana-
a
Di dalam kawasan premis yang berkepung atau kawasan yang dirangkumi oleh pagar premis atau kawasan persekitaran premis atau sebahagian darinya di mana orang yang bekerja sebagai buruh kasar dalam mana-mana proses bagi atau berkaitan dengan atau berhubungan dengan pembuatan, perubahan, membaiki, menghias, pengasingan, pengemasan, pembersihan, mencuci, pemecahan, perobohon, pembinaan, pembinaan semula, pemasangan, pemasangan semula, pelarasan atau penyesuaian apa-apa barang atau sebahagian darinya; dan’
b
kerja tersebut dijalankan sebagai perdagangan bagi maksud mendapatkan keuntungan atau sebagai berkait dengan mana-mana urusniaga yang dijalankan tersebut; [27] SP1 selaku Pegawai Keselamatan dan Kesihatan telah mengesahkan bahawa SP2, Joeger How Yew Kwong merupakan seorang pekerja di syarikat OKS telah terlibat dengan kemalangan pada 20 April,2021 pada jam lebih kurang 11.15 pagi dipercayai telah tersepit jari tengah tangan kanannya di bahagian gear coating machine line A. Fakta ini juga telah disokong oleh keterangan daripada SP2 sendiri yang mengesahkan bahawa SP2 semasa kejadian adalah pekerja di premis kilang OKS sebagai juruteknik. Ini juga disokong dengan Surat Tawaran Kerja (eksibit P6) atas nama SP2 dan Salinan Attendance List bagi bulan April, 2021 (eksibit P7). [28] Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa tanggungjawab ke atas tempat kerja di mana kemalangan berlaku adalah terletak pada pihak syarikat OKS selaku majikan selaras dengan tafsiran “majikan” di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Seksyen 3 (1) AKKP 1994 memperuntukkan seperti berikut: “majikan” ertinya majikan langsung atau majikan utama atau kedua-duanya; “majikan langsung” berhubung dengan pekerja yang diambil khidmat oleh atau melaluinya, ertinya seseorang telah mengakujanji untuk melaksanakan, di tempat kerja di mana majikan utama menjalankan perdagangan, perniagaan, profesion, vokasion, pekerjaan atau pencarianya di bawah pengawasan majikan utama atau ejennya, kesemua atau mana-mana bahagian apa-apa kerja yang biasanya menjadi sebahagian daripada kerja perdagangan, perniagaan, profesion, vokasion, pekerjaan atau pencarian majikan utama itu atau yang menjadi permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau sampingan dengan maksud mana-mana perdagangan, perniagaan, profesion, vokasion, pekerjaan atau pencarian itu dan termasuklah seseorang yang olehnya perkhidmatan seseorang pekerja yang telah membuat kontrak perkhidmatan dengannya dipinjamkan atau disewakan sementara kepada majikan utama.” [29] Manakala Seksyen 3(1) Akta yang sama memberikan tafsiran “pekerja” seperti berikut: “pekerja ertinya seseorang yang diambil kerja dengan diberi gaji di bawah kontrak perkhidmatan mengenai atau berkaitan dengan kerja suatu industry yang baginya Akta ini terpakai dan-a) yang diambil kerja secara langsung oleh majikan utama mengenai apa-apa kerja industry itu, atau yang bersampingan dengan atau dengan sebagai permulaan bagi atau yang berkaitan dengan kerja industry itu, sama ada kerja itu dilakukan oleh pekerja itu di tempat kerja atau di tempat lain; b) yang diambil kerja oleh atau melalui seseorang majikan langsung di tempat kerja industri itu atau di bawah pengawasan majikan utama atau ejennya mengenai kerja yang biasanya menjadi sebahagian daripada kerja industri itu, atau yang menjadi permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau bersampingan dengan maksud industri itu; atau c) yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan sementara kepada majikan utama oleh orang yang dengannya orang yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan itu telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan; [30] Oleh yang demikian berdasarkan kepada tafsiran “majikan” dan “pekerja” ini adalah jelas OKS adalah pihak yang mempunyai tanggungjawab iaitu selaku majikan dan mangsa, SP2 adalah pekerja yang dilantik oleh OKS untuk bekerja di premis kilang milik OKS. [31] Justeru itu, mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa OKS selaku penghuni di alamat 4829, Tingkat Mak Mandin 5, Mak Mandin Industrial Estate, 13400 Butterworth adalah majikan kepada mangsa pada tarikh dan masa kejadian sepertimana di dalam pertuduhan. Fakta ini juga tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan. Elemen II: OKS sebagai majikan telah gagal meletakkan pemagaran yang selamat bagi bahagian jentera yang berbahaya iaitu bahagian gear yang terletak pada jentera jenis Coating nernombor siriF1FS-5311 sehingga menyebabkan kemalangan kepada SP2. [32] Isu utama yang perlu diteliti oleh mahkamah ini adalah adakah OKS sebagai majikan telah gagal meletakkan pemagaran yang selamat bagi bahagian jentera yang berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan kepada SP2 pada 20 April,2021. [33] Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah jelas bahawa satu kemalangan telah berlaku di tempat kerja iaitu mesin coating line di Printing Line A pada 20 April, 2021 pada jam lebih kurang 11.15 pagi yang melibatkan mangsa Joeger Hor Yew Kwong, SP2. Mesin yang terlibat adalah mesin model Crabtree of Gateshead, buatan England dengan nombor siri F1FS-5331 sepertimana dinyatakan di dalam dokumen Senarai Jentera di Printing Department (eksibit P8) dan gambar-gambar yang dieksibitkan di mahkamah (eksibit P9(A) sehingga P9(G) dan eksibit P11(A) sehingga P11(B)). [34] Saksi utama di dalam kes ini adalah SP2, mangsa. Kes pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP2 dimana hanya SP2 sahaja yang dapat menceritakan bagaimana kemalangan boleh berlaku dan keadaan mesin coating tersebut. Semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan, SP2 telah memberikan keterangan mengenai apa yang berlaku pada tarikh kejadian tersebut di mana semasa sedang bekerja telah berlaku ketidaktepatan warna pada mesin tersebut. SP2 telah cuba menyelaras mesin tersebut tetapi tidak berjaya. SP2 berehat di tempat yang sama dan selepas itu, SP2 mula menyelaras warna pada mesin tersebut dan secara tiba-tiba menurut SP2, tangannya telah termasuk ke dalam gear mesin tersebut sehingga menyebabkan kecederaan kepada jarinya. [35] Pihak pembelaan berhujah bahawa tiada satu pun saksi pendakwaan yang lebih layak dan kompeten untuk memberi keterangan mengenai keselamatan jentera / mesin tersebut melainkan SP2 yang merupakan juruteknik yang mengendalikan mesin tersebut. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa SP2 merupakan satu-satunya individu yang mempunyai pengetahuan mengenai kemalangan tersebut dan SP2 adalah mangsa yang tercedera akibat daripada kemalangan tersebut. [36] Persoalan yang perlu diperhalusi oleh mahkamah ini adalah adakah mesin coating nombor siri F1FS-5331 tersebut ada dibuat pemagaran? Rujukan telah dibuat kepada peruntukkan Seksyen 3 Akta Kilang dan Jentera 1967 yang memberikan tafsiran “pagar” seperti berikut: “pagar” ertinya apa-apa bentuk peranti pelindung yang direka bentuk untuk mencegah kecederaan badan yang teruk atau kecederaan badan kepada mana-mana orang dan termasuklah suatu pengadang dan suatu rel pengadang.” [37] Selanjutnya, rujukan juga telah dibuat kepada Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Pemagaran Jentera & Keselamatan) 1970 yang memperuntukkan seperti berikut:
1
Every dangerous part of every driven machine, prime mover and transmission machinery shall be securely fenced in accordance with these regulations: Provided that where the Chief Inspector is satisfied that there is available and suitable for use in connection with machinery any type or description of safety device, he may direct such type or description of device shall be provided for use with such machinery.
2
Where the Chief Inspector is satisfied that owing to special circumstances the compliance with any part of these Regulations is unnecessary or impracticable he may by certificate in writing, which he may in his discretion revoke, exempt the whole or any part of any machinery from the provisions of such regulation.” [38] Mahkamah ini mendapati berdasarkan keterangan SP2, walaupun terdapat ruang pada jentera tersebut, ruang tersebut adalah ditutup sepenuhnya sepertimana yang dizahirkan di dalam gambar eksibit P9(F). Selanjutnya SP2 di dalam keterangannya juga mengesahkan pada kesemua masa yang berkenaan terdapat satu komponen berbentul “L” yang merupakan pagar (guarding) yang menutup ruang kecil pada jentera tersebut di mana di ruangan tersebutlah dikatakan jari tengah tangan kanan SP2 telah ditarik masuk sehingga menyebabkan kecederaan. [39] Diperturunkan di sini keterangan SP2 mengenai keadaan mesin ketika disoal oleh pihak pendakwaan. Q: Adakah apa-apa ruang atau lubang yang sebabkan tangan kamu termasuk ke dalam gear. A: Saya telah mengendalikan mesin ini dengan lama dan tidak pernah jadi seperti hari itu. Q: Soalan saya ada apa-apa lubang atau ruang yang sebabkan jari kamu. A: Ada lubang tetapi tertutup. Q: Adakah lubang itu tutup sepenuhnya atau macam mana. A: Sepenuhnya. PO: Pohon rujuk 7 keping gambar mesin dan tempat kejadian. Q: Rujuk gambar 5 pernah lihat bahagian ini? A: Pernah. Q: Pada hari kejadian bahagian ini tutup atau tidak. PO: Pohon ditanda terlebih dahulu. Mahkamah: 7 keping gambar tempat kejadian – ID9 (A-G) Q: Rujuk ID9 (E) Kamu tahu mesin apa. A: Tahu. Q: Mesin apa? A: Coating. Mesin coating yang saya kendalikan semasa itu. Q: Adakah mesin ini yang kamu terlibat dengan kemalangan. Q: Pada hari kejadian adakah ia tertutup. Q: Rujuk ID9 (F). Ada tertutup seperti dalam gambar F. Q: Rujuk ID9 (F) di bahagian mana jari kamu termasuk. A: Tanda 'Y' – tempat di mana jari masuk. Tangan saya itu ada di situ tapi tidak pasti tangan saya masuk dimana. Mahkamah: Tanda 'Y' pada ID9 (F) tempat SP2 letak tangan Q: Sepanjang pengetahuan kamu sepanjang bekerja sehingga sebelum kejadian, adakah penutup yang berbentuk 'L' telah ada disitu? Q: Memang telah ada. Q: Jadi bagaimana jari kamu boleh masuk. A: Saya pun tidak tahu. [40] Adalah jelas berdasarkan kepada keterangan SP2 ini, semasa kemalangan tersebut berlaku memang terdapat pagar (guarding) yang menutupi ruang di mana jarinya telah tertarik masuk. Semasa peringkat pemeriksaan balas, SP2 masih mengekalkan jawapannya bahawa sememangnya terdapat guarding. Malahan semasa peringkat pemeriksaan semula SP2 masih mengekalkan keterangan yang sama bahawa guarding memang sentiasa ada dan tiada sesiapa akan pergi mengusik guarding tersebut. [41] SP2 juga mengesahkan bahawa kemalangan yang berlaku ke atasnya merupakan satu kemalangan yang tidak terduga dan tidak boleh dijelaskan (freak accident) kerana pagar yang menutup ruang kecil tersebut sentiasa berada di situ walaubagaimanapun pada masa kejadian tersebut, jari tengahnya telah termasuk ke dalam ruang kecil tersebut. SP2 juga semasa peringkat pemeriksaan semula mengesahkan memandangkan SP2 merupakan seorang juruteknik dan mesin tersebut hanya dikendalikan olehnya sahaja, memang tiada mana-mana individu lain yang akan mengusik dan menyentuh guarding tersebut. [42] Mahkamah ini berpendapat SP2 ini merupakan seorang saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. Tiada sebab untuk SP2 mereka-reka dan menafikan fakta sekiranya sememangnya tiada pemagaran atau pun guarding pada mesin coating tersebut sedangkan SP2 yang mengalami kemalangan tersebut. SP2 mengalami kecederaan sehingga menyebabkan kecacatan kekal pada jari tangannya. [43] Selanjutnya mahkamah ini juga menilai keterangan SP1, Jaafar bin Man yang merupakan mantan pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) bai pihak syarikat OKS. SP1 telah menjalankan siasatan dalaman mengenai kemalangan tersebut. Berdasarkan keterangan SP1, beliau telah pergi ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan dan hasil siasatannya dengan pekerja-pekerja warnanegara Bangladesh yang berada di situ mendapati bahawa SP2 berada di tepi mesin sedang melihat mesin itu bergerak selepas diperbaiki dan secara tiba-tiba tangan SP2 termasuk ke dalam mesin tersebut. Pekerja-pekerja itu juga memaklumkan kepada SP2 bahawa terdapat serpihan daging dan kain buruk. [44] Menurut SP1 juga, SP2 telah meletakkan tangan kanannya di atas kain buruk dan kain buruk tersebut bersama dengan jarinya telah termasuk ke dalam mesin tersebut kerana terdapat cebisan-cebisan daging dan kain buruk dijumpai di dalam gear itu. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa keterangan SP1 mengenai kejadian yang berlaku adalah hearsay semata-mata. Selanjutnya keterangan daripada SP1 bahawa penutup mesin tersebut yang bertanda “X” di dalam gambar eksibit P3 berkemungkinan telah dipotong adalah satu anggapan dan spekulasi daripada SP1 sahaja dan ianya tidak disokong oleh mana-mana keterangan lain dan jelas ianya bertentangan dengan laporan kemalangan yang disediakan olehnya. [45] Mahkamah ini juga telah menilai demeanour SP1 ini yang bersifat acuh tidak acuh dan sambil lewa ketika memberikan keterangan di mahkamah. Adalah tidak dinafikan keterangan SP1 ini merupakan satu keterangan yang penting bagi membolehkan mahkamah membuat dapatan yang sewajarnya mengenai isu pemagaran ini, namun mahkamah ini mendapati bahawa keterangannya haruslah diterima secara berhati-hati. Keterangan SP1 hanyalah bersifat pandangannya sahaja terutamanya keterangan mengenai bahagian bertanda “X” yang dikatakan telah dipotong tersebut. [46] Keterangan SP1 semasa disoal balas oleh pihak pembelaan adalah seperti berikut: Q: Semasa beri keterangan encik telah menyatakan beberapa kali bahagian potong. Boleh tunjukkan dengan merujuk gambar pada P3 ini apa yang dipotong. A: 'Before' yang bertanda merah, cover sepatutnya sampai ke bawah. SP1- buat tandaan (X) pada gambar P3 gambar 'before'. Tandaan 'X' ini telah dipotong. Q: Ikut encik ada satu bahagian yang telah dipotong. Q: Ikut tempat yang ada gap itu ada satu cover yang telah dpotong. Q : Setuju encik tidak ada apa-apa keterangan yang bahagian ini dipotong. A: Ya ini pendapat saya sendiri. Q: Tidak ada keterangan tentang bahagian ini telah dipotong. Jika lihat nampak seperti tiada apa-apa yang dipotong, setuju atau tidak atau tidak pasti? A: Tidak setuju. [47] Mahkamah ini juga mendapati SP1 semasa menjalankan siasatan dalaman juga tidak menjalankan siasatan yang terperinci mengenai kemalangan tersebut. Tiada keterangan diambil daripada SP2 yang merupakan mangsa di dalam kes ini untuk mengesahkan mengenai bagaimana kejadian yang berlaku tersebut. [48] Seterusnya mahkamah ini juga menilai keterangan SP3 selaku pegawai penyiasat di dalam kes ini. Hasil siasatan SP3 mendapati semasa kejadian SP2 baru sahaja selesai membaiki mesin coating di Line A dan sebelum menyerahkan mesin tersebut, SP2 perlu membuat penyelarasan terlebih dahulu. SP2 menggunakan tangan kiri membuat pelarasan dan tangan kanan diletakkan di atas mesin yang berhampiran dengan kotak gear. Semasa membuat pelarasan tersebut tangan kanan SP2 telah ditarik masuk ke dalam gear melalui ruang yang keluasannya lebih kurang 3 cm yang merupakan ruang penutup gear yang terbuka. [49] SP3 juga mengesahkan telah menerima 7 keping gambar tempat kejadian daripada SP1 dan SP3 merasakan jentera dalam keadaan tidak selamat. Justeru, SP3 telah mengeluarkan satu notis penambahbaikkan bernombor siri: 3A 022114 bagi memastikan pihak syarikat memastikan semua bahagian yang terbuka yang mendedahkan kepada bahagian berputar terutamanya bahagian gear pada mesin coating dipagar dan ditutup bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. SP3 mengesahkan semasa disoal balas bahawa bagaimana keadaan mesin tersebut sama ada terdapat ruang 1 cm atau 3 cm dan sama ada terdapat guarding hanyalah bergantung kepada keterangan daripada SP1 sahaja. SP3 tidak berada di tempat kejadian dan tidak dapat mengesahkan keadaan sebenar mesin coating tersebut semasa kejadian. [50] SP3 juga bersetuju bahawa pagar di dalam gambar P9F tidak kelihatan seperti satu pagar yang baru yang dipasang selepas kemalangan. Mahkamah ini juga telah membuat perbandingan keadaan komponen berbentuk “L” iaitu pagar tersebut dan mendapati ianya bukanlah satu komponen yang baru dipasang dan sememangnya telah wujud komponen tersebut di mesin tersebut dan terdapat 3 lubang skru pada komponen tersebut. [51] SP3 juga telah memberikan keterangan bahawa tujuan Notis Perbaikan (P4) dikeluarkan kepada OKS adalah untuk memaklumkan OKS bahawa pagar (guarding) itu adalah tidak selamat kerana ia boleh diangkat dengan mudah oleh pekerja dan meminta OKS untuk memasangkan satu skru lock untuk memastikan pagar tersebut tidak dapat dialihkan dengan mudah. Notis Perbaikan tersebut dibatalkan sebaik sahaja pihak OKS telah membuat penambahbaikkan dengan memasang skru di bahagian tengah pada pagar iaitu komponen berbentuk “L” tersebut. [52] Mahkamah ini mendapati berdasarkan penilaian maksima terhadap keterangan saksi-saksi pendakwaan ini adalah jelas bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan secara kukuh bahawa pihak syarikat OKS telah gagal meletakkan pemagaran yang selamat bagi bahagian jentera yang berbahaya iaitu bahagian gear yang terletak pada jentera jenis Coating bernombor siriF1FS-5311 sehingga menyebabkan kemalangan kepada SP2. [53] SP2 yang merupakan mangsa di dalam kes ini dengan tegasnya semasa memberikan keterangannya mengesahkan sememangnya terdapat pagar (guarding) pada mesin tersebut, namun tidak dapat menceritakan bagaimana secara tiba-tiba tangannya boleh tertarik masuk ke dalam mesin tersebut. Manakala SP2 selaku peawai keselamatan dan kesihatan (SHO) syarikat OKS yang telah menjalankan siasatan dalaman memberikan keterangan yang sebaliknya bahawa berkemungkinan pagar (guarding) tersebut telah dipotong dan ianya hanyalah berdasarkan anggapan dan pendapatnya sahaja tanpa disokong oleh apa-apa bukti. Kesimpulan [54] Oleh yang demikian, berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas dan penilaian yang maksima terhadap keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan, maka mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen utama pertuduhan iaitu pihak OKS telah gagal meletakkan pemagaran yang selamat bagi bahagian jentera yang berbahaya iaitu bahagian gear yang terletak pada jentera jenis Coating nernombor siriF1FS-5311 sehingga menyebabkan kemalangan kepada SP2. [55] Keterangan-keterangan yang ada di hadapan mahkamah ini adalah tidak mencukupi untuk mahkamah ini memerintahkan pihak OKS memasukkan pembelaan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 15 Akta Kilang dan Jentera 1967. [56] Mahkamah ini memutuskan bahawa pada peringkat ini, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS. OKS dengan ini dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri di atas pertuduhan tersebut. Bertarikh 18 Disember, 2024 Bagi pihak pendakwaan: Tuan Ir. Muhammad Rufaizal Izham bin Rusdi bersama-sama Tuan TS Mohd Al Fadil bin Mohd Salleh Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Pulau Pinang. Bagi Pihak Pembelaan: Encik Thayalan a/l Muniandy bersama-sama Cik Chong Jun Min dan Cik Syifa Irdina bin Sheikh Zulkifli Tetuan J A Yeoh Peguambela & Peguamcara Pulau Pinang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.