Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DI DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCVC-697-11/2024 ANTARA AINA NADIA BINTI AHMAD (NO. KP: 851027-10-6012) --- PLAINTIF
WA-22NCvC-697-11/2024
High Court of Malaysia28 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DI DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCVC-697-11/2024 ANTARA AINA NADIA BINTI AHMAD (NO. KP: 851027-10-6012) --- PLAINTIF
1
AMBANK ISLAMIC BERHAD
2
MOHD AZMIEN BIN RAMLI (beramal di atas nama dan gaya Tetuan Razmien & Co) --- DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Permohonan di hadapan Mahkamah ini dibuat oleh Defendan Kedua melalui Lampiran 30 di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) untuk 15/10/2025 18:11:16 WA-22NCvC-697-11/2024 Kand. 99 membatalkan tuntutan indemniti yang telah dikemukakan terhadapnya oleh Defendan Pertama (AmBank Islamic Berhad).
2
Permohonan ini berbangkit daripada tindakan utama yang difailkan oleh Plaintif, Aina Nadia binti Ahmad, terhadap kedua-dua Defendan berhubung kehilangan wang hasil jual beli sebidang tanah pusaka yang melibatkan jumlah sebanyak
3
Plaintif telah memulakan tindakan utama terhadap Defendan Pertama bagi menuntut ganti rugi am dan ganti rugi khas atas kehilangan wang sejumlah RM600,000 tersebut akibat kecuaian dan fraud yang didakwa dilakukan oleh Defendan Pertama dan Kedua dalam mengendalikan urusan pembayaran hasil jual beli tanah pusaka.
4
Setelah meneliti kesemua afidavit sokongan dan jawapan, hujahan bertulis kedua-dua pihak serta ikatan autoriti yang dikemukakan, Mahkamah pada 28 Mei 2025 telah memutuskan untuk membenarkan permohonan Defendan Kedua dengan kos RM2,000.00 dibayar oleh Defendan Pertama.
5
Defendan Pertama telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut. Di sini disediakan Alasan Penghakiman bagi menyokong keputusan tersebut.
6
Fakta asas tindakan ini tidak banyak dipertikaikan. Plaintif merupakan benefisiari kepada harta pusaka yang terdiri daripada sebidang tanah yang telah dijual. Hasil jualan tanah tersebut, berjumlah RM600,000.00, telah didepositkan ke dalam akaun tertentu di bawah kawalan Defendan Pertama, iaitu sebuah institusi kewangan Islam.
7
Defendan Kedua, sebuah firma guaman, dilantik untuk mengendalikan urusan jual beli tanah pusaka tersebut termasuk aspek penutupan akaun pusaka, dokumentasi perjanjian, serta pelepasan hasil jualan kepada pihak-pihak berhak.
8
Plaintif mendakwa bahawa berlaku kecuaian dan/atau fraud dalam proses pembayaran tersebut, mengakibatkan kehilangan wang sejumlah RM600,000.00 yang sepatutnya diterima. Oleh itu, Plaintif telah memulakan tindakan terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua secara bersama di bawah Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 11 November 2024.
9
Defendan Pertama menafikan sebarang kecuaian di pihaknya dan menegaskan bahawa sekiranya terdapat sebarang salah laku atau kelalaian, maka tanggungjawab tersebut seharusnya terletak di bahu Defendan Kedua yang telah dilantik untuk menguruskan urusan undang-undang transaksi tersebut.
10
Berdasarkan perkara itu, pada 27 Disember 2024, Defendan Pertama telah memfailkan dua permohonan:
a
Permohonan No. 1 di Lampiran 8, untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah mengeluarkan Notis Pihak Ketiga terhadap Defendan Kedua di bawah Aturan 16 Kaedah 1(3) KKM 2012, bagi tujuan menuntut indemniti sekiranya didapati bertanggungjawab kepada Plaintif; dan
b
Permohonan No. 2, iaitu permohonan substantif untuk mendapatkan perintah indemniti terhadap Defendan Kedua, yang hanya akan diteruskan sekiranya kebenaran di bawah Permohonan No. 1 diluluskan.
11
Memandangkan kebenaran Mahkamah adalah suatu keperluan asas sebelum Notis Pihak Ketiga boleh dikeluarkan selepas menutup pliding, Mahkamah memutuskan untuk mendengar terlebih dahulu dan membenarkan Permohonan No. 1. Maka, Defendan Pertama telah diberikan kebenaran untuk mengeluarkan dan menyampaikan notis pihak ketiga terhadap Defendan Kedua.
12
Seterusnya, pada 13 Mac 2025, Defendan Kedua memfailkan Permohonan No. 3 di Lampiran 30 di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 untuk membatalkan tuntutan indemniti oleh Defendan Pertama.
13
Permohonan tersebut dikemukakan atas alasan bahawa tuntutan indemniti tersebut tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah, bersifat remeh dan menyusahkan, serta merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah.
14
Permohonan No. 2 oleh Defendan Pertama (permohonan substantif untuk perintah indemniti) masih belum didengar pada masa tersebut walaupun kesemua afidavit telah lengkap difailkan. Kedua-dua Permohonan No. 2 dan No. 3 juga telah ditetapkan oleh Mahkamah untuk didengar pada tarikh yang sama.
15
Mahkamah berpandangan bahawa memandangkan Permohonan No. 3 menyentuh soal asas kebolehterusan tindakan indemniti itu sendiri, iaitu untuk membatalkan tuntutan indemniti oleh Defendan Pertama, Mahkamah telah menggunakan budi bicara untuk terus mendengar Permohonan No. 3 terlebih dahulu sebelum Permohonan No. 2. Isu yang dibangkitkan bersifat awal dan bersangkutan dengan kebolehterusan serta kesahan tuntutan indemniti yang menjadi subjek Permohonan No. 2.
a
Hujahan Defendan Kedua
16
Defendan Kedua berhujah bahawa tuntutan indemniti yang dikemukakan oleh Defendan Pertama: i. tidak menunjukkan sebarang asas kontraktual atau tort yang mewujudkan obligasi indemniti antara kedua-duanya; ii. tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah; iii. bersifat remeh dan menyusahkan kerana bersandarkan andaian bahawa Defendan Kedua bertanggungjawab kepada Defendan Pertama sedangkan hubungan tersebut tidak wujud; dan iv. merupakan penyalahgunaan proses kerana bertujuan memindahkan tanggungjawab kepada pihak lain tanpa asas fakta atau undang-undang.
17
Defendan Kedua menegaskan bahawa pada hakikatnya, urusan guaman yang dijalankan oleh firma mereka adalah semata-mata atas arahan pelanggan, iaitu pihak berkaitan pusaka, dan tidak pernah wujud hubungan kontrak langsung antara firma guaman tersebut dengan bank.
18
Menurutnya lagi, tindakan Defendan Pertama memfailkan tuntutan indemniti tanpa asas yang kukuh adalah satu bentuk penyalahgunaan proses yang boleh dan wajar ditamatkan pada peringkat awal melalui kuasa Mahkamah di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012.
19
Secara ringkasnya, Defendan Kedua menyatakan bahawa tiada apa-apa obligasi yang mengaitkan Defendan Kedua kepada kerugian yang didakwa dalam tindakan utama. Maka, tuntutan indemniti tersebut dikatakan bersifat spekulatif dan merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah.
b
Hujahan Defendan Pertama
20
Defendan Pertama sebaliknya menegaskan bahawa wujud isu-isu boleh bicara (triable issues) yang patut ditentukan dalam perbicaraan penuh.
21
Menurut Defendan Pertama, Defendan Kedua ialah firma guaman yang dilantik untuk memudahkan keseluruhan urusan jual beli, termasuk penyelarasan dengan pihak bank bagi pembayaran hasil jualan. Oleh itu, sekiranya Mahkamah mendapati Defendan Pertama bertanggungjawab kepada Plaintif, maka Defendan Kedua wajar menanggung tanggungjawab tersebut melalui prinsip indemniti.
22
Defendan Pertama berhujah bahawa adalah tidak sesuai bagi Mahkamah membatalkan tuntutan indemniti ini pada peringkat awal kerana ia melibatkan isu fakta dan liabiliti yang saling berkait rapat dengan tindakan utama.
23
Defendan Pertama merujuk antara lain kepada kes Bandar Builder Sdn Bhd v United Malayan Banking Corp Bhd [1993] 3 MLJ 36, yang menekankan bahawa pada peringkat permohonan untuk membatalkan pliding, Mahkamah tidak perlu menilai kekuatan fakta kes secara mendalam tetapi hanya perlu melihat sama ada wujud suatu isu boleh bicara.
24
Berdasarkan hujahan yang dikemukakan, isu utama untuk diputuskan oleh Mahkamah adalah –
a
sama ada tuntutan indemniti oleh Defendan Pertama terhadap Defendan Kedua mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah; dan
b
sama ada tindakan tersebut wajar dibatalkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 atas alasan remeh, menyusahkan, memprejudis atau merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah. E. DAPATAN DAN ANALISIS MAHKAMAH
25
Prinsip undang-undang berhubung Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 adalah jelas. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk menolak mana-mana pliding yang tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah, bersifat remeh atau menyusahkan, atau merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah.
26
Seperti yang telah diberikan penegasan oleh Mahkamah bahawa dalam kes Bandar Builder, permohonan di bawah kaedah ini bukanlah satu bentuk perbicaraan. Dalam pendengaran permohonan di bawah kaedah ini, Mahkamah tidak akan menilai keterangan tetapi hanya menentukan sama ada dari segi perundangan, pliding tersebut bertahan untuk diteruskan.
27
Dalam kes ini, Mahkamah meneliti Pernyataan Tuntutan Indemniti oleh Defendan Pertama dan mendapati bahawa tuntutan tersebut tidak menghujahkan dengan jelas dan mencukupi dari segi asas undang-undang yang mengaitkan Defendan Kedua dengan tanggungjawab untuk mengindemnitikan Defendan Pertama.
28
Tidak terdapat sebarang pernyataan kontrak indemniti atau tanggungjawab undang-undang yang wujud antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Malah, tiada fakta yang menunjukkan bahawa Defendan Kedua mempunyai obligasi undang-undang terhadap kerugian yang didakwa dialami oleh Defendan Pertama.
29
Prinsip umum undang-undang adalah, liabiliti indemniti hanya timbul apabila tanggungjawab utama telah terlebih dahulu ditentukan. Dalam kes ini, tindakan utama oleh Plaintif terhadap kedua-dua Defendan masih belum dibicarakan. Maka, adalah pramatang bagi Defendan Pertama menuntut indemniti pada peringkat ini.
30
Mahkamah turut mengambil perhatian bahawa permohonan terdahulu oleh Defendan Kedua untuk membatalkan tindakan utama telah ditolak, dengan dapatan bahawa terdapat isu boleh bicara antara Plaintif dan Defendan Kedua yang memerlukan perbicaraan penuh. Maka, dalam keadaan tersebut, membenarkan tuntutan indemniti oleh Defendan Pertama pada peringkat ini akan bercanggah dengan dapatan terdahulu dan boleh menjejaskan prinsip keadilan proses.
31
Mahkamah menegaskan bahawa tindakan yang berasaskan spekulasi tanpa asas fakta yang kukuh adalah wajar dibatalkan kerana tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah. Prinsip ini terpakai di sini kerana tuntutan indemniti Defendan Pertama lebih bersifat hypothetical daripada berasaskan kewujudan tanggungjawab undang-undang sebenar.
32
Oleh itu, Mahkamah berpuas hati bahawa tindakan Defendan Pertama untuk mendapatkan perintah indemniti terhadap Defendan Kedua bukan sahaja tidak mempunyai asas undang-undang yang mencukupi, malah bersifat pramatang dan menyalahgunakan proses Mahkamah.
33
Berikutan keputusan ini, Permohonan di Lampiran 8, iaitu permohonan Defendan Pertama untuk mendapatkan perintah substantif indemniti terhadap Defendan Kedua, kini menjadi akademik dan tidak lagi memerlukan sebarang keputusan lanjut. Asas tuntutan tersebut telah lupus dengan pembatalan ini.
34
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dihuraikan, Mahkamah memutuskan seperti berikut:
a
Permohonan Defendan Kedua (Lampiran 30) di bawah Aturan 18 Kaedah 19 adalah dibenarkan;
b
Tuntutan Indemniti oleh Defendan Pertama terhadap Defendan Kedua adalah dengan ini dibatalkan;
c
Permohonan di Lampiran 8 adalah menjadi akademik dan tidak memerlukan keputusan lanjut; dan
d
Kos sebanyak RM2,000.00 dibayar oleh Defendan Pertama kepada Defendan Kedua Bertarikh : 13 Oktober 2025 ……………………………………… (YA PUAN MAHAZAN BINTI MAT TAIB) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR Peguam Plaintif : Mohd Nasrizal bin Md Akil Tetuan Nasrizal, Teong & Choo Peguambela & Peguamcara Peguam Defendan Pertama : T Fatin Nai’mah binti T Zulkarnaini Tetuan Azhar & Wong Peguambela & Peguamcara Peguam Defendan Kedua : Farah Hanin binti Anizan Tetuan Shahrul & Farizal Peguambela & Peguamcara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.