11.7.2020 dan 26.7.2020. Hakim Bicara mendapati keterangan SP4 adalah konsisten, tidak teragak-agak dan amat meyakinkan. SP4 dapat mengingati dengan jelas fakta-fakta berkenaan tarikh, masa dan perkara-perkara yang dilakukan oleh Perayu terhadapnya. [61] Mahkamah ini juga mendapati, berdasarkan keterangan SP4 dan SP6 bahawa pada setiap tarikh kejadian, mereka bersama-sama pergi ke bilik kaunseling untuk belajar bersama-sama. SP6 telah mengesahkan bahawa pada setiap tarikh yang dinyatakan tersebut, semasa mereka sedang belajar, SP6 telah mendengar Perayu memanggil SP4 untuk masuk ke bilik Perayu dan SP6 melihat SP4 telah pergi ke bilik Perayu dan masuk ke dalam bilik Perayu. [62] Menurut SP6, bahawa SP4 telah berada di dalam bilik Perayu selama lebih kurang 5 hingga 10 minit dan selepas SP4 keluar dari bilik tersebut, SP4 terus sambung belajar bersama SP6 seperti biasa. Keterangan SP6 bahawa beliau tidak tahu apa yang berlaku S/N hwQWUxkWUOewtvEH5kzjg Page 19 of 30 di antara SP4 dan Perayu di dalam bilik Perayu pada setiap tarikh-tarikh tersebut. [63] Apa yang berlaku semasa di dalam bilik Perayu hanya diketahui oleh Perayu dan SP4. Menurut SP4, Perayu telah menyentuh badannya dengan cara memeluk badan, meraba buah dada, mencium leher kanan dan meraba kemaluan SP4. Semasa disoal balas, SP4 tetap dengan jawapannya bahawa Perayu telah melakukan sedemikian terhadap beliau pada tarikh-tarikh yang tersebut. [64] Di hadapan Mahkamah ini pihak Perayu berhujah bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan SP4 mengenai majlis sambutan hari jadi SP4 pada 4.7.2020 di bilik kaunseling dan SP4 telah gagal untuk mengingati nama rakan-rakan yang lain selain SP6 yang turut belajar berkumpulan pada 4.7.2020. [65] Mahkamah ini mendapati bahawa Hakim Bicara telah mempertimbangkan mengenai percanggahan-percanggahan tersebut dan memutuskan bahawa kegagalan SP4 untuk mengingati nama semua rakannya bukanlah percanggahan yang material dan langsung tidak menjejaskan pembuktian elemen-elemen pertuduhan. [66] Sebagai panduan dalam isu ini, Mahkamah ini merujuk kepada satu kes Mahkamah Rayuan iaitu Tee Hock Keong v. Public Prosecutor [2021] MLJU 566 yang menyatakan seperti berikut: - “[53] The learned trial judge found both SP17 and SP18 to be credible witnesses. However, learned counsel for the appellant submits that there are irreconcilable and material discrepancies in the evidence given by SP17 and SP18. We note that as in most cases, there are bound to be some discrepancies in the evidence S/N hwQWUxkWUOewtvEH5kzjg Page 20 of 30 of the several witnesses, including SP17 and SP18. However, these discrepancies are not material and do not affect the quality of the testimony of these witnesses. In this respect, it would be opportune to refer to the observation of Wan Yahya J (as he then was) in Pie Chin v. PP [1983] 1 CLJ 316; [1983] CLJ (Rep) 703; [1985] 1 MLJ 234 HC: “Discrepancies are no doubt present in this case, as they do ostensibly appear in most cases in evidence of witnesses for the prosecution as well as the defence. The transcripts of most evidence, when thoroughly tooth combed by any able lawyer, never failed to yield some form of inconsistencies, discrepancies or contradictions but these do not necessarily render the witness’s entire evidence incredible. It is only when a witness’s evidence on material and obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole evidence is to be disregarded. Forgetfulness and failure to recall exactly certain events, which did not seem to be important to the witness, do not necessarily shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief.” Having examined the discrepancies alluded to by learned counsel for the appellant, we find that they are not material to the prosecution’s case, nor do they render the evidence of SP17 and SP18 incredible. We find no reasons to disagree with the learned judge’s characterisation of both SP17 and SP18 as credible witnesses.” [67] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara bahawa percanggahan yang dibangkitkan oleh pihak Perayu adalah tidak material dan tidak menjejaskan kes Pendakwaan. Selanjutnya S/N hwQWUxkWUOewtvEH5kzjg Page 21 of 30 Mahkamah ini mendapati bahawa Hakim Bicara tidak terkhilaf apabila memutuskan bahawa Perayu telah menyentuh bahagian badan SP4 dan sekaligus berjaya membuktikan elemen kedua dan ketiga pertuduhan tersebut. [68] Oleh yang demikian mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen kedua iaitu Perayu telah melakukan amang seksual fizikal terhadap SP4 dengan cara memeluk badan, meraba buah dada, mencium bahagian leher dan memegang kemaluan mangsa dan perbuatan tersebut telah dilakukan dengan “maksud seksual”. [69] Bagi “maksud seksual” ini telah dijelaskan dan dinyatakan di dalam Huraian 2 kepada Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 ini. Mahkamah ini berpendapat perbuatan-perbuatan Perayu yang memeluk badan, meraba buah dada, mencium bahagian leher serta memegang kemaluan SP4 telah memenuhi maksud seksual sepertimana yang dinyatakan di dalam Huraian 2 tersebut. [70] Selanjutnya pihak pendakwaan juga hendaklah membuktikan elemen di dalam seksyen 16(2)(c) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iaitu Perayu semasa melakukan kesalahan tersebut merupakan seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru kepada SP4. [71] SP9, iaitu Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Kampong Selamat dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa Perayu ialah Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tersebut dengan skop tugas seorang guru bimbingan dan kaunseling yang perlu S/N hwQWUxkWUOewtvEH5kzjg Page 22 of 30 membimbing pelajar dari segi kerjaya, pembangunan sahsiah, kesihatan mental dan emosi pelajar-pelajar. [72] Berdasarkan keterangan SP9 adalah jelas bahawa elemen di bawah seksyen 16(2)(c) telah dipenuhi bahawa Perayu semasa melakukan kesalahan tersebut merupakan seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu guru kepada SP4. Isu selanjutnya, adakah Hakim Bicara telah memberi pertimbangan terhadap keseluruhan kes pembelaan? [73] Mahkamah mendapati bahawa Hakim Bicara telah mempertimbangkan keseluruhan keterangan saksi-saksi pembelaan dan keterangan saksi-saksi pendakwaan. [74] Secara ringkasnya keterangan Perayu bahawa dia mempunyai watak yang baik, dia telah memberi sumbangan yang banyak kepada pelajar-pelajar di SMK Kampong Selamat dan masyarakat luar. Perayu juga menafikan keberadaannya di bilik kaunseling SMK Kampong Selamat pada 4.7.2020, 5.7.2020, 11.7.2020 dan 26.7.2020. [75] Mahkamah ini mendapati bahawa Hakim Bicara tidak terkhilaf apabila memutuskan bahawa pembelaan Perayu merupakan penafian semata-mata, dan pembelaan yang dikemukakan oleh Perayu tidak konsisten. Pembelaan Perayu yang menafikan keberadaannya di bilik kaunseling SMK Kampong Selamat pada 4.7.2020, 5.7.2020, 11.7.2020 dan 26.7.2020 merupakan satu pembelaan pemikiran terkemudian (afterthought) kerana pembelaan tersebut langsung tidak dibangkitkan semasa kes pendakwaan. S/N hwQWUxkWUOewtvEH5kzjg Page 23 of 30 [76] Hakim Bicara mendapati pihak Perayu tidak memberikan sebarang notis alibi mengenai keberadaannya pada tarikh-tarikh yang dinyatakan. Perayu juga tidak mengemukakan pembelaan ini seawal pemeriksaan balas kepada saksi-saksi pihak pendakwaan khususnya kepada SP4 dan SP6. [77] Malahan pihak pembelaan telah mencadangkan kepada SP4 dan SP6 bahawa semasa SP4 dan SP6 belajar bersama-sama di bilik kaunseling tersebut, Perayu turut berada bersama mereka di ruang tamu bilik kaunseling tersebut dan pihak pembelaan mencadangkan bahawa adalah mustahil bagi Perayu untuk melakukan perbuatan amang seksual fizikal tersebut di hadapan pelajar lain. [78] Mahkamah berpendapat cadangan Perayu tersebut menunjukkan bahawa Perayu tidak menafikan beliau berada di bilik kaunseling tersebut. Memandangkan Perayu sememangnya berada di bilik kaunseling pada tarikh-tarikh tersebut maka Perayu dengan penuh pengetahuan bahawa tidak perlu untuknya memasukkan notis alibi bagi menafikan keberadaannya di tempat tersebut pada masa yang material. [79] Keterangan SP4 dalam pemeriksaan balas yang menunjukkan cadangan Perayu kepada SP4 mengenai keberadaannya dapat dilihat di petikan di bawah sepertimana yang dirujuk oleh Hakim Bicara dalam Alasan penghakimannya: - S: Arahan saya, Cikgu Aiyob ada bersama study group kamu dan tidak mungkin dia memanggil kamu untuk masuk bilik. J: Tidak setuju. S/N hwQWUxkWUOewtvEH5kzjg Page 24 of 30 S: Saya katakan cikgu sentiasa berada bersama kumpulan study group kamu. J: Ya. [80] Mahkamah ini mendapati Hakim Bicara tidak terkhilaf apabila memutuskan bahawa pihak pembelaan hendaklah meletakkan landasan pembelaan di dalam kes pendakwaan bahawa Perayu tidak berada di tempat kejadian, bukan semata-mata menafikan Perayu berada di tempat kejadian pada peringkat kes pembelaan. [81] Mahkamah ini ingin merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Mr Losali v. PP [2011] 4 MLJ 694 yang menyatakan: “[54] The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amount to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to undertake. [55] The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges. Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (as His Majesty then was) in DA Duncan v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, had this to say in regard to the defence of simple denial: The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant. S/N hwQWUxkWUOewtvEH5kzjg Page 25 of 30 [82] Mahkamah ini juga mendapati bahawa Hakim Bicara telah meneliti keterangan Perayu melalui penyata saksinya dan Hakim Bicara tidak terkhilaf apabila merumuskan bahawa di dalam penyata saksi Perayu hanya menceritakan mengenai peribadi Perayu, sumbangan dan latar belakang Perayu tanpa mengaitkan dengan pertuduhan kes ini. [83] Pihak Perayu berhujah bahawa Perayu merupakan seorang guru yang baik, popular dan disenangi di kalangan pelajar di SMK Kampong Selamat serta sering terlibat dengan aktiviti masyarakat sebagai bilal masjid dan penggali kubur di kawasannya. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan oleh Hakim Bicara bahawa pembelaan tersebut tidak berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [84] Mengenai sikap Perayu yang pernah membantu pelajar yang memerlukan, perkara ini turut disahkan oleh keterangan SP4 bahawa Perayu pernah membantunya dan membantu pelajar-pelajar yang lain dari segi kewangan. Mahkamah ini ingin menegaskan bahawa sikap pemurah dan suka membantu yang digambarkan oleh Perayu bukanlah satu pembelaan yang menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [85] Walaupun Perayu merupakan seorang guru yang popular dan disenangi oleh pelajar-pelajarnya, namun perbuatan amang seksual yang dilakukannya terhadap SP4 adalah menyalahi undang-undang dan kebaikan yang pernah dilakukan kepada SP4 dan pelajar yang lain bukanlah tiket untuk Perayu melakukan perbuatan jenayah seksual terhadap pelajarnya, khususnya kepada SP4 dalam kes ini. S/N hwQWUxkWUOewtvEH5kzjg Page 26 of 30 [86] Hakim Bicara juga telah meneliti keterangan saksi-saksi pembelaan yang lain dan mendapati keterangan mereka juga tidak berjaya untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Keterangan SD2 setakat mengesahkan bahawa wujudnya garis panduan ataupun “Standard Operating Procedure” (SOP) untuk pembukaan sekolah semasa tempoh PKP dan mengesahkan tarikh-tarikh kejadian tersebut jatuh pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. [87] Mengenai SD3, beliau ialah saksi yang hanya diperkenalkan dalam pembelaan. Pihak Perayu tidak pernah mencadangkan kepada mana-mana saksi pendakwaan khususnya kepada SP4 dan SP6 mengenai kewujudan SD3. [88] Mahkamah ini mendapati Hakim Bicara tidak terkhilaf apabila beliau telah meneliti keterangan SD3 secara berhati-hati kerana SD3 merupakan anak angkat kepada Perayu, ada kemungkinan SD3 merupakan saksi yang berkepentingan. Maka sewajarnya keterangan SD3 diteliti dan dinilai dengan berhati-hati. Hakim Bicara telah melihat watak SD3 semasa memberi keterangan dan Hakim Bicara telah menilai demeanour SD3 dan mendapati SD3 bukanlah seorang saksi yang jujur dan boleh dipercayai. [89] Mahkamah ini mendapati Hakim Bicara mempunyai kelebihan audio-visual dan beliau adalah dalam kedudukan yang terbaik untuk menilai kredibiliti saksi-saksi khususnya SD3 semasa memberi keterangan di peringkat pembelaan. Mahkamah juga mendapati Hakim Bicara telah mengingatkan dirinya untuk berhati-hati dalam menerima keterangan SD3. S/N hwQWUxkWUOewtvEH5kzjg Page 27 of 30 [90] Mahkamah ini merujuk kepada kes Lai Kim Hon & Ors v. PP [1980] 1 LNS 197; [1981] 1 MLJ 84, di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: - "The principle of law governing appeals in criminal cases on questions of fact is well established, in that the Appeal Court will not interfere unless the balance of evidence is grossly against the conviction especially upon a finding of a specific fact involving the evaluation of the evidence of a witness founded on the credibility of such witness. In the instant case the learned trial judge very carefully analysed all the available evidence before him and made specific finding of fact founded upon that which he believed to be the truth. He also drew certain inferences from facts specifically found. In this respect we may form our independent view but we should only do so where the fact upon which the inference was drawn was either unwarranted or manifestly against the weight of evidence. That was not the case here." [91] Selanjutnya dalam kes Public Prosecutor v. Wan Razali Kassim [1970] 1 LNS 121; [1970] 2 MLJ 79 pula diputuskan: "An appellate court should be slow to interfere with the finding of fact by a lower court as an appellate court does not have the advantage of seeing and hearing the witnesses and therefore of assessing their credibility. [92] Berdasarkan nas undang-undang yang dirujuk di atas, Mahkamah ini tidak akan mengganggu dapatan oleh Hakim Bicara mengenai kredibilliti SD3. S/N hwQWUxkWUOewtvEH5kzjg Page 28 of 30