Preamble
Menurut Tertuduh, dia sendiri bersetuju untuk menjaga anak-anak SP21. Pada waktu itu, Tertuduh menjaga 2 orang anak perempuan SP21 31 yang berumur 5 tahun dan dalam lingkungan umur 1 tahun lebih. Seorang lagi anak SP21 ditinggalkan bersama dengan keluarga SP21 di Kedah. Sewaktu menjaga anak-anak SP21 ini, Tertuduh menyatakan dia masih lagi bekerja sebagai Polis Bantuan di Kuala Terengganu dan ada waktunya Tertuduh balik ke Kuala Terengganu untuk bekerja apabila dipanggil. Sekiranya Tertuduh tidak pulang ke Kuala Terengganu, Tertuduh akan menjaga anak-anak SP1 sewaktu SP21 keluar bekerja di Jabatan Imigresen Putrajaya. Waktu kerja SP21 adalah dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Sepanjang waktu Tertuduh menjaga anak SP21, menurut Tertuduh SP21 kerap memukul anaknya yang berumur 1 tahun lebih. Tertuduh ada beritahu hal ini kepada SD2,SD3 dan juga adiknya. Sehinggalah pada hari kejadian, menurut Tertuduh simati ingin mengikut SP21 pergi kerja dan simati telah menangis serta memaut kaki SP21 yang pada wkatu itu Tertuduh dikatakan di dalam keadaan tertekan. Oleh kerana SP21 ini marah kepada simati, SP21 telah tolak simati sampai simati terduduk dan turut seret simati ke depan TV dan tumbuk perut simati banyak kali dan SP21 terus keluar bekerja setelah itu. 32 Selanjutnya setelah itu, Tertuduh nampak simati muntah dan sebelum sempat muntah simati dilap, simati telah terjatuh akibat terpijak muntah dan seterusnya simati seolah dalam keadaan tak sedarkan diri dan Tertuduh telah bawa simati ke Klinik dengan bantuan seorang warganegara Indonesia. Tertuduh menafikan bahawa segala kecederaan yang dilihat dibadan simati disebabkan olehnya. Tertuduh juga menafikan bahawa dia yang menyebabkan kematian simati dengan cara membaling ke dinding dan menumbuk perut simati. SD2 dan SD3 pula menyatakan yang kononnya Tertuduh ada memaklumkan kepada mereka bahawa Tertuduh ada memberitahu mereka yang Tertuduh menjaga anak kawannya dan anak kawan Tertuduh itu sering dipukul oleh ibunya. SD2 pula hadir ke Mahkamah dengan membawa catitan (yang diragui kesahihannya) menunjukkan keberadaan Tertuduh pada waktu Tertuduh menjaga anak SP21. Demikian intipati kes pihak Pembelaan. 33 PENILAIAN KES PEMBELAAN Di sepanjang perbicaraan, adalah menjadi kewajipan pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa Tertuduh sabit bersalah ke atas pertuduhan yang dihadapkan terhadap beliau, menjangkaui keraguan yang munasabah. Manakala Tertuduh pula tidak memikul sebarang bebanan. Tugas Tertuduh hanyalah untuk menimbulkan keraguan yang munasabah di dalam kes pendakwaan. Sekiranya keraguan yang munasabah berjaya ditimbulkan di dalam kes pendakwaan, Tertuduh wajar dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di akhir kes pembelaan. Walaubagaimanapun, jika di dalam keadaan pendakwaan bergantung terhadap anggapan statutori, maka beban pembuktian berpindah kepada Tertuduh untuk mematahkan anggapan tersebut di atas imbangan kebarangkalian [lihat MOHAMAD RADHI BIN YAAKOB V PP (1991) 3 MLJ 169]. Namun situasi tersebut tidak wujud di dalam kes ini. Keraguan yang munasabah telah diterangkan oleh Abdul Hamid Omar KHN di dalam PANG CHEE MENG V PP [1992] 1 MLJ 137 sebagaimana berikut: 34 “With regard to the learned judicial commissioner's approach, one point to which we focussed our attention is 'Did he misdirect himself on the burden of proof in this case?' At the risk of repetition we wish to quote the time-honoured principles of English Law which we follow strictly, unless local circumstances and legislation dictate otherwise. In Woolmington v DPP 2 Lord Sankey said: Throughout the web of English Criminal Law, one golden thread is always to be seen, that it is the duty of the prosecution to prove the person's guilt. If at the end of and on the whole of the case, there is reasonable doubt, created by the evidence given either by the prosecution or the prisoner as to whether the offence was committed by him, the prosecution has not made out the case and the prisoner is entitled to an acquittal. In later cases it has been stated that a reasonable doubt is the sort of doubt that might affect the mind of a person in dealing with matters of importance in his own affairs. The required standard is less than 'certainty'. Later in R v Carr-Briant amplifying the above principle it was stated at p 87 that: 35 In any case where either by statute or at common law, some matter is presumed against an accused person unless contrary is proved the jury should be directed that the burden of proof required is a reasonable doubt, and that the burden may be discharged by evidence satisfying the jury or the probability of that which the accused is called upon to establish. Both the above principles have been reaffirmed by many cases in the UK and locally and we cannot do better than quote the original sources for the information of everyone in the profession.” Jadi persoalannya, adakah keterangan Tertuduh dan saksinya telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan? Di dalam sesuatu perbicaraan, adalah menjadi tugas mahkamah untuk melakukan penilaian kes secara keseluruhan. Keterangan dari saksi – saksi pendakwaan perlu diteliti dan dipertimbangkan bersama dengan keterangan saksi – saksi pembelaan, bagi dibuat penilaian sebelum suatu 36 keputusan dicapai. Di dalam melaksanakan penelitian tersebut, keterangan terperinci setiap saksi perlu dilakukan. Meneliti serta menilai semula keterangan yang disampaikan oleh saksi – saksi pendakwaan, saya mendapati keterangan pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah di dalam kes pendakwaan. Terdapat banyak percanggahan yang tidak munasabah untuk diterima. Diperturunkan di sini keterangan-keterangan yang bercanggah: - Menurut Tertuduh, dia bekerja sebagai Polis Bantuan di IPD Kuala Terengganu. Sewaktu tinggal bersama SP21, dia masih bekerja sebagai Polis Bantuan dan ada waktu pulang ke Terengganu untuk hadir bertugas. - Selain dari bekerja sebagai Polis Bantuan, Tertuduh juga membantu ayahnya menjual ikan. - Keterangan SD2 pula adalah, Tertuduh bekerja sebagai Polis Bantuan, namun telah bertukar tempat kerja iaitu tidak lagi bekerja sebagai Polis Bantuan di Kuala Terengganu dan telah berpindah ke Shah Alam. - SD2 juga menyatakan kononnya, Tertuduh kerap pulang ke Terengganu setelah berpindah ke Shah Alam dan tujuan pulang 37 ke Terengganu untuk melawat keluarga dan juga melawat SD2 sendiri dan bukannya untuk bekerja sebagai Polis Bantuan memandangkan telah berpindah ke Shah Alam. - SD3 merupakan rakan baik kepada Tertuduh. SD3 menyatakan Tertuduh tidak punyai kerja selain dari menolong ayah Tertuduh menjual ikan. Satu-satunya kerja yang diketahui oleh SD3 dimohon oleh Tertuduh adalah ketika Tertuduh ke Shah Alam, iaitu untuk temuduga Polis Bantuan Tabung Haji. Tertuduh tiada kerja lain. Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh Tertuduh dan saksi-saksi ini, jelas terdapatnya percanggahan tentang apa pekerjaan sebenar Tertuduh. Kedua-dua saksi yang dikemukakan adalah merupakan orang yang sangat rapat dengan Tertuduh. Kedua-duanya telah mengenali Tertuduh sangat lama. Walaupun begitu keterangan yang dikemukakan oleh mereka dilihat berbeza dan bercanggah sesama sendiri. Tambahan daripada itu juga, keterangan SD3 juga menunjukkan saksi ini bukanlah saksi yang boleh dipercayai. SD3 ketika disoal balas oleh pihak Pendakwaan menyatakan dengan jelas bahawa selepas bulan 38 Disember, tahun 2015, SD3 tidak bertemu dengan Tertuduh lebih kurang 7-8 bulan. SD3 juga setuju dengan cadangan pihak Pendakwaan bahawa selepas bulan Disember,tahun 2015, SD3 hanya berjumpa Tertuduh pada bulan 7 atau 8 tahun 2016. SD3 seterusnya menjelaskan tidak berjumpa Tertuduh sebab pada waktu itu SD3 ke laut dan tidak berhubung dengan Tertuduh dan tidak tahu keberadaan Tertuduh. Namun begitu, keterangan SD3 ini ketika ditanya oleh Pihak Pembelaan menyataan ada menemui Tertuduh selepas bulan Disember, tahun 2015 iaitu pada bulan Februari, tahun 2016. Melihat kepada ‘demenour’ SD3 ini, jelas penjelasan tentang percanggahan tersebut menunjukkan keterangan yang dikemukakan olehnya bukanlah keterangan yang boleh dipercayai. SD3 agak tergagap-gagap ketika menjawab soalan sewaktu ditanya oleh pihak pendakwaan di atas percanggahan yang berlaku tersebut. Begitu juga dengan keterangan oleh SD2. SD2 hadir dengan menyatakan bahawa ada membuat catitan tentang tarikh-tarikh Tertuduh pulang ke Terengganu. SD2 sangat pasti dengan tarikh-tarikh yang dicatitkan di dalam D73. 39 Namunpun begitu, pada masa yang sama SD2 ini bersetuju terdapat kesilapan pada catitan yang dibuat. Rujukan dibuat kepada satu tiket yang mana Tertuduh menyatakan pada tarikh 27.3.2016 Tertuduh telah pulang dari Terengganu ke Putrajaya dengan menaiki bas. Namun SD2 dengan yakin menyatakan pada tarikh 19.3.2016 sehingga 28.3.2016 Tertuduh masih berada bersamanya di Terengganu. Berlaku percanggahan di sini. Oleh kerana itu keraguan timbul kepada catitan yang dibuat oleh SD2 ini samada catitan tersebut benar ataupun hanya dibuat bagi membantu Tertuduh. SD2 juga menyatakan bahawa setelah dapat tahu tentang keadaan Tertuduh yang ditangkap, SD2 merasa tertekan kerana banyak perkara yang perlu dibuat dalam satu masa. SD2 selanjutnya juga menyatakan bahawa catitan tarikh-tarikh dibuat selepas mengetahui Tertuduh ditangkap kerana kononnya untuk memuaskan hatinya. SD2 setuju bahawa catatan ini dibuat setelah mengetahui Tertuduh ditangkap dan di dalam keadaan dirinya tertekan dan SD2 juga setuju bahawa, terdapat kesalahan di dalam catitan yang dibuat lantaran SD2 tidak boleh ingat dengan betul kerana berada di dalam keadaan tertekan. 40 Jadi oleh kerana itu, di dalam keadaan sebegini, dimana berlakunya kesilapan di dalam catitan tarikh-tarikh dimana Tertuduh berada dan juga di dalam kedaan catatan dibuat pada waktu SD2 ini “stress” dan SD2 sendiri akui terdapat kesilapan pada catatannya itu, jelas bahawa catatan yang dibuat oleh SD2 ini bukanlah sesuatu yang dijadikan sebagai dibuat pergantungan. Lantas ia menunjukkan bahawa kredibiliti saksi ini tergugat kerana menyatakan apa yang bukan sebenarnya berlaku. Jika diperhalusi dan diteliti kesemua keterangan Tertuduh dan saksi-saksi ini jelas bahawa keterangan yang dikemukakan adalah bercanggah dan tidak konsisten. Lantas dari segi kredibiliti saksi, ia sangatlan meragukan. Apa yang kelihatan adalah, Pembelaan yang dikemukakan oleh pihak Tertuduh diperingkat kes Pembelaan ini adalah bersifat penafian semata. Keterangan yang dikemukakan khususnya melalui keterangan SP13, SP11 dan SP24 jelas menunjukkan yang Tertuduhlah orang yang telah melakukan pukulan serta tumbukan terhadap si mati sehingga si mati menemui ajalnya. Memindahkan ‘blame’ kepada ibu simati (SP21) sebagai orang yang telah memukul dan mencederakan simati adalah sesuatu yang diluar dari jangkauan. Malah tiada terdapat secebis keterangan pun untuk mengiakan telahan Tertuduh itu. 41 Di dalam keterangan Tertuduh, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Keterangan beliau adalah keterangan yang berbentuk penafian dimana Tertuduh menafikan segala perbuatan yang dimaksudkan itu terhadap si mati. Oleh itu, Mahkamah perlu meneliti samada keterangan Tertuduh dan saksinya itu mencukupi ataupun tidak untuk “dislodge” keterangan pendakwaan bagi mengalihkan ‘kebersalahan’ tersebut daripada Tertuduh. [Rujuk Public Prosecutor v. Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 & Public Prosecutor v. Nomezam Apandy bin Abu Hassan (No. 2) [2008] 1 MLJ 681]. Di dalam pembelaannya, Tertuduh menafikan yang dia ada menggunakan tangan untuk menumbuk perut simati. Dia menafikan kecederaan yang dilihat dibadan simati disebabkan olehnya. Dia menafikan dia yang menyebabkan kematian simati dengan cara membaling simati ke dinding serta menumbuk perut simati. Namun, apabila penelitian dilakukan terhadap isi kandungan keterangan yang disampaikan oleh saksi mata, khususnya SP24 yang melihat sendiri akan segala perbuatan dan perilaku Tertuduh terhadap simati, adiknya, pembelaan yang diutarakan oleh Tertuduh, setelah diteliti dan diimbangi, ia jelas merupakan penafian semata. Mahkamah tidak mempunyai sebab untuk meragui dan menolak keterangan SP24 42 walaupun dia masih lagi kanak-kanak. Juga Mahkamah tiada sebab untuk tidak mempercayai keterangan SP21, ibu simati. Mereka bukan saksi yang mempunyai sebarang motif serta kepentingan untuk sengaja mengadakan cerita bagi mengenakan Tertuduh. Tidak ada keterangan ditampilkan bagi menunjukkan yang mereka berdua ini mempunyai sifat dendam terhadap Tertuduh. Keterangan SP24 tentunya adalah begitu ‘kredible’. Malah ia tidak tergugat, walaupun diasak dengan soalan-soalan yang bertubi-tubi dari pihak Pembelaan. Apa yang dinyatakan oleh SP24 dan SP21 mengenai kejadian pada 31.3.2016 jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang adalah sesuatu yang benar. Ia bukan suatu rekaan, hanya untuk mengaitkan Tertuduh dengan insiden yang berlaku hingga membawa kepada si mati menemui ajalnya.