SAMA ADA TEMPAT TANGKAPAN SEBENAR OKT ADALAH SEPERTIMANA DALAM PERTUDUHAN [27] Ini merupakan isu utama yang dibawa oleh pembelaan di sepanjang perbicaraan. Bagi membuat penjelasan, keterangan saksi-saksi pendakwaan digarap di sini. [28] SP1 merupakan satu-satunya anggota serbuan yang terlibat pada hari kejadian dan yang dipanggil untuk memberikan keterangan. Berdasarkan keterangan SP1, barang kes telah dijumpai berdekatan dengan OKT semasa berada dalam bilik pertama sebelah kanan rumah beralamat No.9738, Jalan Kedah, Permatang Tiga Ringgit, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang (selepas ini disebut sebagai ‘Rumah 9738’). Alamat ini jugalah yang digunakan dalam Pertuduhan ke atas OKT. [29] Keterangan SP1 dalam Pemeriksaan Utama dipetik:- Pemeriksaan Utama SP1 10 keping gambar tempat kejadian, boleh camkan? jelaskan kepada mahkamah gambar-gambar ini? gambar pertama – gambar hadapan rumah gambar 2 – laluan kedapur rumah gambar 3 – pintu dapur rumah dari pandangan laluan gambar 4 – pintu dapur rumah gambar 5 – dapur rumah gambar 6 – laluan ke bilik okt, laluan belok kiri gambar 7 – gambar pintu bilik okt gambar 8 – kunci bilik bilik okt ada kunci? ada (sambung) gambar 9 – pandangan jauh dalam bilik gambar 10 – tempat tangkapan dan barang kes dijumpai [30] Keterangan ini dibaca bersama dengan keterangan SP1 dalam Pemeriksaan Balas:- kalau saya nak kamu rujuk gambar tempat kejadian, pohon rujuk id5 , gambar b kamu kata itu laluan ke dapur rumah, kalau tengok gambar b pintu masuk rumah tu disebelah mana? kiri ke kanan? sebelah kiri kalau tengok gambar b, pintu dapur belah kiri lah ya masih gambar b, setuju tak gambar macam ada pagar sebelah kanan adalah sebuah rumah yang lain, dia bersambung kan? setuju dan gambar 1 , kamu kata gambar depan rumah? setuju? ya insp, boleh tak nyatakan kepada mahkamah bagaimana kamu boleh pastikan bahawa kamu sampai dialamat rumah yang kamu nyatakan tu adalah rumah bernombor 9738, jalan kedah, permatang tiga ringgit 1300 kepala batas pulau pinang semasa kejadian tak ingat berapa orang dalam rumah, tapi ada minta pada keluarga okt bil rumah dan keluarga okt ada bagi bil rumah kamu ada mintak bill pada salah seorang penghuni rumah? ya [31] Berdasarkan keterangan SP1 tersebut, perkara berikut adalah jelas:- a) SP1 sahkan P5A adalah rumah tempat serbuan iaitu rumah 9738; b) SP1 sahkan rumah 9738 yang dimaksudkannya adalah rumah di sebelah kiri dalam Gambar B; c) SP1 sahkan dalam rumah sebelah kiri Gambar B lah tempat barang kes dan OKT dijumpai; d) SP1 sahkan bahawa bilik OKT adalah sebelah kiri dalam gambar P5F; e) SP1 menyatakan alamat rumah tempat kejadian tersebut diperolehi daripada bil rumah yang diminta daripada individu lain yang berada dalam rumah semasa kejadian berlaku, SP1 tidak memberikan maklumat lanjut berkenaan siapakah individu tersebut dan apakah hubung kait mereka dengan OKT. Bil yang dikatakan diterima daripada individu tersebut juga tidak pernah dikemukakan di hadapan Mahkamah ini. Oleh itu, keterangan SP1 ini berdiri dengan sendiri. [32] Pendakwaan turut memanggil SP4 selalu pemilik rumah untuk memberi keterangan. SP4 merupakan ayah kandung OKT. Pendakwaan telah berhujah bahawa SP4 adalah interested witness dan oleh itu Mahkamah ini perlu berhati-hati dalam menerima keterangan SP4. [33] Mahkamah terlebih dahulu merujuk Law of Crimes oleh Ratanlal and Dhirajlal (2nd Edition) di muka surat 1455 yang disebut dalam kes Mahkamah Rayuan PP v. Thenegaran A/L Murugan [2013] 4 CLJ 364; [2013] 3 MLJ 328 dan diperturunkan di sini:- "Related" is not equivalent to 'interested'. The term "interested' postulates that the person concerned had some direct interest in the result of the litigation such as interest in decree in a civil case or seeing that the accused is punished." [34] Mana-mana individu adalah layak untuk memberi keterangan. Dalam menentukan sama ada seseorang saksi itu adalah berkepentingan, Mahkamah perlu meneliti kepentingan secara terus yang dimiliki oleh saksi itu terhadap keputusan akhir sesuatu kes. Hubungan kekeluargaan antara OKT dan SP4 ini tidaklah secara automatik menyebabkan keterangan SP4 untuk diragui. [35] SP4 merupakan saksi yang dipanggil sendiri oleh pendakwaan. Sekiranya SP4 menyatakan perkara yang tidak benar dan bercanggah dengan keterangan yang diberikan kepada Pegawai Penyiasat sebelum ini, pihak pendakwaan berpeluang untuk menggunapakai prosedur di bawah Seksyen 113(2) Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 155 Akta Keterangan. Perkara ini tidak berlaku di sepanjang perbicaraan ini. Oleh itu, keterangan SP4 masih boleh diterima masuk. Mahkamah pula perlu memutuskan berkenaan “weight” keterangan SP4 itu terhadap kes ini. [36] Mahkamah mendapati, dalam konteks perbincangan berkenaan isu tempat barang kes dijumpai ini, SP4 sudah menyatakan bahawa SP4 tidak melihat dan tidak tahu apa yang berlaku. Keterangan ini disokong oleh SP5. SP4 hanya lihat OKT sudah dibawa oleh beberapa anggota polis sahaja selepas serbuan dibuat. SP4 tidak boleh memberi keterangan dari manakah OKT ini ditahan sebenarnya. Oleh itu, dapat dilihat tujuan SP4 ini dipanggil hanyalah untuk membuktikan pemilikan rumah dan mengenal pasti gambar tempat barang kes dijumpai. [37] Walaupun SP4 memberikan keterangan dalam keterbatasan usia dan tahap kesihatan, yang mana SP4 tidak lagi mempunyai tahap penglihatan yang baik, tidak dinafikan bahawa SP4 selaku pemilik rumah 9738 itu masih boleh untuk mengecam rumahnya sendiri. Keterangan SP4 ini pula akan dilihat bersekali dengan keterangan saksi-saksi lain. Atas alasan ini, Mahkamah mendapati SP4 adalah saksi kredibel untuk menentukan kedudukan rumah serbuan yang sebenar. [38] SP4 mengesahkan bahawa Gambar P5G,H,I dan J adalah kesemuanya gambar bilik yang didiami oleh OKT. SP4 sahkan bilik tersebut boleh dikunci dari luar dan OKT akan mengunci bilik tersebut apabila keluar rumah sahaja. Kunci bilik tersebut pula hanya dipegang oleh OKT seorang. [39] SP4 turut memberi keterangan bahawa dalam gambar-gambar tempat kejadian yang dikemukakan, terdapat dua buah rumah sebenarnya yang terletak di tanah lot yang sama namun disambungkan menggunakan atap yang sama. Kedua-dua rumah ini masing-masingnya bernombor 9738 dan 1068. Rumah milik SP4 adalah rumah nombor 9738 iaitu rumah di sebelah kanan P5B dan SP4 sahkan bahawa gambar P5G-J adalah gambar bilik OKT yang terletaknya dalam rumah nombor 9738. SP4 adalah pemilik berdaftar rumah 9738 sepertimana Eksibit P23. [40] Selanjutnya, SP4 turut sahkan bahawa rumah dalam Gambar P5B di belah kiri adalah rumah nombor 1068 (selepas ini disebut ‘Rumah 1068”) yang didiami oleh emak SP4. Emak SP4 telah meninggal dunia dan tidak dipanggil memberi keterangan. SP4 sahkan bahawa OKT sering berulang alik antara rumah 9738 dengan rumah 1068 tersebut berikutan jarak yang dekat. Pemeriksaan Balas SP4 dirujuk:- rumah depan tu rumah mak – depan rumah mak tu nombor berapa – nombor sama ke rumah nombor lain rumah mak saya 1068 saya tunjuk dekat pakcik nanti pakcik bagitahu mana satu rumah pakcik dengan rumah mak. pohon saksi dirujuk P5 yang atas ni kalau ikut terang dia sebelah rusuk 1068 (saksi rujuk p5A) yang ni yang kata tadi rumah mak tu ya rumah mak 1068 rumah pakcik yang mana satu yang belakang ini jelah rumah ini kira berkembar lah ada lorong tengah tu dalam 8 kaki yang mana satu? (saksi rujuk P5B) kalau ikut yang ni, rumah yang gambar atas ni yang belah kiri rumah pakcik dekat mana rumah saya yang belah ke sini (saksi buat gesture ke belah kanan) (saksi rujuk P5B) M: belah kanan ke? SP5: ha belah kanan [41] Keterangan SP4 berkenaan kewujudan rumah 1068 ini disokong dengan pengemukaan IDD21A-F yang jelas menunjukkan keadaan tempat kejadian yang sama seperti P5. IDD21C jelas menunjukkan terdapat nombor rumah 1068 dipaparkan di hadapan rumah emak SP4 sepertimana yang dinyatakan oleh SP4 semasa memberi keterangan. [42] Apabila dibandingkan keterangan SP1 dan SP4 adalah jelas perkara berikut. Pertamanya, terdapat dua buah rumah di perkarangan yang sama iaitu rumah nombor 9738 dan 1068. SP1 memberi keterangan telah masuk menyerbu ke rumah belah kiri P5B iaitu rumah 1068. SP4 pula menyatakan gambar bilik OKT dalam P5G-J adalah terletak dalam rumah 9738 yang didiami oleh SP4. Kedua-dua keterangan ini jelas bercanggah dan akhirnya menimbulkan persoalan di mana sebenarnya barang kes ini dijumpai dan OKT ditangkap? [43] Persoalan ini tidak jua dijawab oleh SP5 selaku Pegawai Penyiasat kes. SP5 mengesahkan bahawa rumah yang diserbu oleh SP1 adalah rumah di belah kanan P5B iaitu rumah 9738. SP5 menerima maklumat ini dari rakaman percakapan SP1. Sekiranya benar, rakaman percakapan itu jelas berbeza dengan keterangan lisan SP1 di hadapan Mahkamah. SP5 turut menyatakan bahawa SP1 hadir bersama SP5 di tempat kejadian dan telah memandu arah SP5 terhadap rumah tersebut semasa gambar tempat kejadian diambil. [44] Walaubagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP5 ini tidak disokong oleh keterangan SP2 yang menyatakan hanya SP5 dan SP2 sahaja hadir di tempat kejadian semasa proses mengambil gambar. Di sepanjang keterangan SP1 juga, tidak dinyatakan bahawa SP1 ada mengikut SP5 melawat tempat kejadian semula semasa ambil gambar. Inferens boleh dibuat bahawa SP5 hanya berpandukan kepada laporan polis P1 yang dibuat oleh SP1 semasa membuat siasatan terhadap tempat kejadian. [45] Oleh itu, terdapat keraguan dari mana sumber siasatan SP5 terhadap alamat sebenar barang kes dijumpai sekiranya tidak dipandu arah oleh SP1 sendiri? Perkara ini penting memandangkan SP1 telah memberitahu Mahkamah tentang rumah yang berbeza daripada rumah 9738 sepertimana dalam pertuduhan ke atas OKT. [46] Terdapat juga percanggahan berkenaan lokasi sebenar bilik OKT sepertimana dalam Gambar P5G. Pemeriksaan utama SP5 dirujuk:- ada sediakan rajah kasar boleh camkan saya sediakan rajah kasar ini dan saya turunkan tandatangan - gambar P5D adalah pintu yang ditunjukkan dirajah kasar PB – gambar P3 adalah ke arah pintu belakang rumah - rujuk gambar 5 dan 6 ini dan ini adalah bahagian dapur rumah rujuk kepada kepada rajah kasar B1 adalah bilik pertama rumah iaitu bilik tempat kejadian-yang (bilik) ini saya rujuk gambar 7 (gambar G) – masuk ke kanan dan akan jumpa bilik dalam rajah kasar B1 ini – ini adalah bilik OKT [47] SP5 menyatakan apabila dirujuk Gambar P5F, perlu belok ke kanan untuk berjumpa dengan bilik OKT. Bilik OKT ditandakan B1 sepertimana dalam Rajah Kasar P19. Ini berbeza dengan keterangan SP1 semasa ditunjukkan kepada Gambar P5F itu yang mana SP1 sahkan laluan masuk ke bilik OKT adalah laluan belok ke kiri. Pada masa yang sama terdapat empat buah bilik yang terdapat dalam rumah 9738 dalam P19 tersebut. Percanggahan ini bukanlah hanya perbezaan orientasi, namun satu percanggahan yang material kerana SP5 menyiasat kes berdasarkan keterangan SP1, dan keterangan SP1 jelas berbeza dengan keterangan SP5. [48] Mahkamah berpandu kepada penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Yussoff Kassim [1992] 1 CLJ (REP) dan dipetik perenggan berikut:- ‘The appellant was insistent that at the time he was detained, he was carrying not just the brown bag as alleged by Customs Officer Hamzah, but also his own green bag and that he had neither obstructed Customs Officer Lim from searching the brown bag nor had he attempted to flee from the scene. Clearly, the question whether or not the appellant was carrying the two bags or just the one bag was a crucial factor having regard to the defence case, which was that he was an innocent carrier, at the behest of Dollah, of the brown bag which contained the cannabis. Upon this question, there was in fact corroboration of the most potent kind of the appellant’s version which came from the lips of Customs Officer Lim himself who had admitted, though only under cross examination, that “it is true that there were two bags on that day,” one being the brown bag containing the cannabis and the other a green bag which contained nothing incriminating. On the other hand, it will be recalled, that Customs Officer Hamzah’s evidence on this point was quite the contrary, he having alleged throughout that the appellant carried only one bag, namely, the brown bag containing the cannabis. There was thus an acute conflict of evidence upon a question of central importance in the case for the prosecution itself, giving rise to more than a reasonable doubt as to whether the appellant carried one or two bags, the benefit to which he was plainly entitled. The matter did not rest there because Customs Officer Lim had also testified, under cross examination, that he could not recall whether there were three to four persons in the queue at the counter behind the appellant when the appellant placed the luggage on the counter. Thus, upon the evidence for the prosecution, the possibility that the man Dollah was amongst the three or four persons who stood in the queue behind the appellant could not be ruled out” [49] Dalam kes tersebut, Yang Amat Arif Hakim mendapati bahawa terdapat “conflicting evidence” yang ditimbulkan oleh saksi pendakwaan berkait dengan tangkapan OKT. Pertamanya adalah berkaitan jumlah beg yang dibawa oleh OKT. OKT dalam kes tersebut menyatakan bahawa dirinya membawa dua buah beg semasa tangkapan. Perkara ini turut disahkan oleh saksi pendakwaan sendiri, iaitu Customs Officer Lim. Keterangan ini bercanggah dengan keterangan seorang lagi saksi pendakwaan iaitu Customs Officer Hamzah yang menyatakan sebaliknya. Percanggahan ini dilihat material dan menyebabkan sabitan terhadap OKT di Mahkamah Tinggi diketepikan. [50] Mengambil kira prinsip dalam kes tersebut, isu di rumah mana, dan lokasi sebenar barang kes dirampas ini adalah elemen utama dalam pertuduhan. Walaupun wujud keterangan SP1 bahawa barang kes dijumpai berdekatan dengan OKT dalam bilik OKT sendiri, Mahkamah masih perlu mengetahui di mana sebenarnya kejadian ini berlaku. Hal ini penting kerana SP1 adalah saksi utama iaitu satu-satunya individu yang hadir di tempat kejadian selain daripada OKT sendiri. Percanggahan dalam keteragan ini juga timbul dalam kalangan saksi-saksi pendakwaan sendiri. [51] Mahkamah ini mendapati bahawa perbezaan keterangan saksi-saksi pendakwaan iaitu SP1, SP4 dan SP7 masing-masingnya berkait dengan tempat sebenar bilik di mana barang kes dijumpai dan serbuan dijalankan adalah suatu ‘acute conflict of evidence’. Persoalan ini tidak pernah terjawab dan dijelaskan sehinggalah ke saksi akhir pendakwaan. Pada akhirnya Mahkamah ini telah diberikan lebih dari satu inferens tentang senario sebenar yang terjadi. [52] Prinsip ini juga telah jelas dinyatakan dalam kes Public Prosecutor v Lee Eng Kooi [1993] 2 CLJ 534 yang dipetik secara verbatim seperti berikut:- ‘The function of the Court in a criminal trial is to find whether the person arraigned before it as the accused is guilty of the offence with which he is charged. For this purpose the Court scans the material on record to find whether there is any reliable and trustworthy evidence upon the basis of which it is possible to found the conviction of the accused and to hold that he is guilty of the offence with which he is charged. If in a case the prosecution leads two sets of evidence, each one of which contradicts and strikes at the other and shows it to be unreliable, the result would necessarily be that the Court would be left with no reliable and trustworthy evidence upon which the conviction of the accused might be based. Inevitably, the accused would have the benefit of such a situation” [53] Adalah jelas bahawa dalam keadaan terwujudnya dua keterangan berbeza, Mahkamah akan menghadapi kekangan untuk bergantung kepada keterangan saksi pendakwaan. [54] Mahkamah turut bersandar kepada nas kes Mahkamah Persekutuan yang dirujuk pembelaan, Kesavan Krishnan lwn PP & Satu Lagi Rayuan [2015] 6 CLJ yang mana dipertik Perenggan Penghakiman berikut:- ‘[26] Pada pandangan kami, set fakta dan keterangan mengenai tempat di mana tangkapan dibuat yang diputuskan oleh hakim bicara sebagai telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan berhubung dengan tertuduh kedua dan tertuduh ketiga adalah set fakta dan keterangan yang sama yang dikemukakan terhadap perayu pertama dan perayu kedua. Tempat sebenar mereka ditangkap adalah penting kerana tunjang/akar (root) kes pendakwaan ialah bahawa perayu kedua dikatakan telah keluar daripada kereta dengan memegang eks. P10A dan kemudiannya telah menyerahkan eksibit itu kepada perayu pertama di tempat kejadian. SP3 dan pasukannya telah menyerbu dan menangkap mereka di Jalan Niaga 2 (di hadapan Plaza Kota Tinggi). Pada masa tangkapan, perayu pertama dikatakan masih memegang eks. P10A di tangan kanannya.’ [55] Dalam kes tersebut, Perayu Pertama dan Kedua telah dituduh bersama-sama dua orang lagi OKT. YA Hakim Mahkamah Tinggi di akhir kes telah melepas dan membebaskan dua lagi OKT tersebut dan menyabitkan Perayu Pertama dan Kedua. Alasan utama untuk pelepasan dan pembebasan dua lagi OKT itu adalah kerana percangghan material antara SP3 dan SP4 yang merupakan anggota serbuan, berkenaan dengan tempat tangkapan keempat-empat OKT itu. SP3 menyatakan kesemua OKT ditangkap di tempat berlainan, manakala SP4 menyatakan bahawa kesemua OKT ditangkap di tempat yang sama. Mahkamah Persekutuan seterusnya memutuskan bahawa, percanggahan tersebut adalah material, yang menyentuh akar kepada kes pendakwaan. Oleh itu, faedah keraguan seharusnya diberikan kepada kesemua OKT yang dituduh dan bukan sahaja terhadap dua OKT yang dilepas dan dibebas itu. [56] Aplikasi prinsip dalam kes Kesavan ini boleh dibuat terhadap kes semasa. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, pertikaian utama adalah berkait dengan tempat sebenar OKT ini ditahan. SP1 adalah satu-satunya saksi terus yang dipanggil memberi keterangan. Keterangan SP1 ini bercanggah pula dengan keterangan SP5. Masing-masing merujuk kepada dua buah rumah yang berbeza yang mana OKT mempunyai akses terhadap kedua-duanya. Tempat kejadian ini adalah elemen utama pertuduhan. Mahkamah tidak memandang enteng percanggahan ini memandangkan ianya menentukan kredibiliti saksi. Oleh itu, ‘benefit of a doubt’ wajar diberikan kepada OKT.