Tiada apa-apa amaun yang terhutang sebagai nafkah boleh dituntut dalam sesuatu guaman jika ianya terakru kena dibayar lebih daripada tiga tahun sebelum guaman itu dimulakan. [19] Mahkamah ini merujuk kepada kes Chitra Danapalan v Augustine Charles Retnasingam [2016] 1 MLRH 97 yang mana Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: [38] I agree with the learned counsel for the wife, Mr David Charles, that the "more than three years" referred to in s 86(3) covers the period of more than three years prior to the filing of the divorce petition for dissolution of the marriage and for maintenance and that recovery of maintenance could not be for more than three years after it had become due prior to the filing of the divorce petition and not after. In other words, the bar to claiming for more than three years is in relation to the institution of the suit as in the filing of a divorce petition. An action for recovery of maintenance as in an attachment or execution process, is not referred to as the filing of a suit. The amount of maintenance assessed is payable for the period in which the order for assessment said it should be paid and payable upon service of the order assessing the amount. [39] I cannot see how the Parliament could have faulted the wife here merely because the whole process of assessing the maintenance payable to her after the Court of Appeal order of 7 July 2010 took more than three years. (penekanan diberikan) [19] Berdasarkan kepada otoriti di atas, Mahkamah ini berpendirian bahawa Seksyen 86(3) Akta 164 adalah tidak terpakai bagi kes ini. Hal ini demikian kerana tuntutan tunggakan nafkah yang dipohon oleh Pemiutang Penghakiman bagi kes ini adalah melibatkan tunggakan nafkah selepas pemberian dekri perceraian. Mahkamah ini berpendirian bahawa tuntutan ini tidak terhalang oleh Seksyen 86(3) Akta 164. Oleh itu, Mahkamah ini berpendirian bahawa pihak Penghutang Penghakiman adalah bertanggungan untuk membayar keseluruhan tuntutan tunggakan nafkah dari bulan Januari 2016 sehingga bulan Julai 2022 berjumlah RM197,500.00. [20] Penghutang Penghakiman dalam affidavit balasannya memaklumkan Mahkamah bahawa dia tidak mempunyai sebarang harta dan simpanan melainkan kereta. Penghutang Penghakiman juga menyatakan bahawa dia membayar ansuran bulanan hutang kad kredit sebanyak RM300.00 sebulan dan mulai September 2023 sebanyak RM460.00 sebulan. [21] Penghutang Penghakiman turut memaklumkan bahawa Penghutang Penghakiman tidak mempunyai sebarang pendapatan kerana dia tidak lagi menjalankan amalan guaman. Namun, Penghutang Penghakiman tidak mengemukakan sebarang bukti atau dokumen sokongan bahawa dia telah berhenti dari menjalankan amalan guaman. Mahkamah ini dapati bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh Penghutang Penghakiman tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa dia berada dalam kedudukan kewangan yang tidak kukuh. [22] Semasa penghujahan lisan oleh pihak-pihak, peguam terpelajar Pemiutang Penghakiman dengan persetujuan Pemiutang Penghakiman telah secara sukarela memohon kepada Mahkamah ini untuk dikurangkan tunggakan nafkah dari bulan Januari 2016 sehingga bulan Julai 2022 berjumlah RM197,500.00 kepada RM40,000.00 sahaja setelah mengambil kira kedudukan kewangan Penghutang Penghakiman dan faktor umur Penghutang Penghakiman. [23] Setelah meneliti kesemua kertas-kertas kausa dan hujahan-hujahan yang difailkan oleh pihak-pihak dan mengambilkira kedudukan kewangan Penghutang Penghakiman, Mahkamah ini dapati bahawa Penghutang Penghakiman telah mungkir terhadap Perintah Persetujuan yang telah direkodkan dan oleh itu Penghutang Penghakiman adalah berhutang kepada Pemiutang Penghakiman sejumlah wang sebanyak RM197,500.00 yang telah dikurangkan kepada RM40,000.00 dengan persetujuan Pemiutang Penghakiman. KESIMPULAN [24] Mahkamah ini dengan itu mengeluarkan perintah seperti berikut: