(iii) 25 bungkusan plastik lutsinar berisi dadah yang disyaki jenis syabu. [23] Seterusnya, SP6 telah membuat buat pemeriksaan di dalam kereta Mercedes Benz dengan disaksikan oleh SD3 dan telah merampas satu (1) alat kawalan jauh kereta berlogo perodua di ruang tempat letak barang di bahagian tengah di antara pemandu dan penumpang hadapan kereta Mercedes Benz tersebut. [24] Perayu, SD3, SD5 dan SD6 serta barang rampasan telah dibawa balik ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis, Kajang, Selangor untuk tindakan lanjut. [25] Kesemua barang kes yang rampas serta keempat-empat tangkapan telah diserahkan oleh SP6 kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Khairul Anwar Bin Shamsuddin (SP10) pada 25 Mei 2022 pukul 3.00 pagi di Pejabat Narkotik, Kajang, Selangor. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [26] Pada 31 Mei 2022, lebih kurang pukul 10.00 pagi, SP10 telah mengeluarkan barang-barang kes yang disimpan di dalam kabinet berkunci di pejabatnya dan memasukkan barang kes dadah ke dalam satu (1) kotak coklat bertulisan “Shipping Mark” dengan tandaan 'KA'. Kemudian SP10 telah meteraikan kotak kertas tersebut dengan menggunakan meterai POLIS DIRAJA MALAYSIA 125. [27] Pada tarikh yang sama juga, pukul 12.39 petang, SP10 telah menyerahkan kotak coklat bertanda “KA” yang berisi dadah-dadah tersebut kepada Ahli Kimia iaitu Dr. Saravana Kumar a/l Jayaram (SP5) di Jabatan Kimia Malaysia Petaling Jaya untuk dianalisis. [28] Hasil analisis yang dijalankan oleh SP5 mengesahkan bahawa dadah berbahaya yang dirampas adalah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 24,753 gram. Laporan kimia bertarikh 14 Julai 2022 yang disediakan oleh SP5 ditandakan sebagai ekshibit P14. Ringkasan Pembelaan Tertuduh Perayu (SD1) [29] Perayu berasal dari Ukraine. [30] Perayu tinggal di Thailand. Di sana perayu telah diketemukan dengan penama Farid, seorang warganegara Malaysia. Perayu meminta bantuan Farid mencari kerja untuknya. Farid yang memiliki pusat karaoke (KTV) and Pubs di Kuala Lumpur bersetuju untuk menolong perayu. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [31] Pada 7 April 2022, perayu tiba di Malaysia. Perayu berjumpa dengan Farid pada 9 April 2022, namun Farid tidak dapat menawarkan kerja untuk perayu kerana premisnya di dalam proses pengubahsuaian. [32] Perayu kemudiannya pergi ke Cambodia untuk mencari kerja yang baru tetapi gagal kerana pada masa itu pandemik Covid-19 melanda. [33] Farid menelefon perayu dan beritahu perayu yang dia bersama kawannya bernama Kwan ada buat peniagaan pertukaran wang (money exchanges). Perayu ditawarkan oleh Farid untuk bekerja dengannya sebagai orang tengah di antara peniaga pertukaran wang ini. [34] Untuk setiap transaksi sebagai orang tengah, perayu akan dibayar sejumlah wang di antara RM10,000.00 sehingga RM15,000.00. Perayu bersetuju untuk menerima tawaran kerja tersebut dan akan datang ke Malaysia untuk bekerja. [35] Pada 11 Mei 2022, perayu tiba di Malaysia. Pada mulanya perayu tinggal di Chinatown dan kemudiannya berpindah ke Smile Hotel C180, Cheras. [36] Kemudian, perayu berjumpa dengan Farid dan Kwan. Kedua-dua penama ini mahu identiti mereka berdua dirahsiakan kerana mereka juga bertindak sebagai ejen untuk pihak yang lain dan mereka juga takut ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mereka S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ adalah warga tempatan. Apabila mereka menerima duit daripada pihak ketiga, perayu akan mengambil wang tersebut dan menyerahkan kepada pengurup wang. Farid mahu warganegara luar seperti perayu untuk menjadi orang tengah untuk mengelak sebarang masalah di kemudian hari. [37] Pada 24 Mei 2022, Farid dan Kwan dengan memandu kereta BMW berwarna hitam telah membawa perayu ke suatu tempat berdekatan Restoren Cina. Kereta BMW ini berhenti di belakang kereta berwarna perak. [38] Kemudian, SD1, Farid dan Kwan turun dari kereta BMW tersebut. Farid dan Kwan menunjukkan kepada perayu satu kotak berwarna coklat yang terdapat di dalam kereta berwarna perak tersebut. Farid dan Kwan memberitahu perayu bahawa di dalam kotak itu mengandungi matawang asing yang perlu diberikan kepada pengurup wang. Perayu ada bertanya kepada Farid dan Kwan berapakah jumlah wang dan jenis matawang yang ada di dalam kotak tersebut. Namun mereka memberitahu perayu supaya tidak perlu mengetahui butiran terperinci tentang matawang tersebut. Mengikut perayu, Farid dan Kwan takut untuk mendedahkan kesemuanya kepada perayu. [39] Sementara menunggu pengurup wang tiba dan dengan rasa ingin tahu, perayu telah meminta kepada Farid dan Kwan untuk dia melihat kandungan di dalam kotak tersebut. Mereka memberitahunya bahawa kotak tersebut telah dimeterai dan dilekatkan dengan pita pelekat dan jika hendak dibuka juga mereka perlu pecahkan meterai S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ dan pita pelekat tersebut. Mereka menghalang perayu dari membuka pintu kereta berwarna perak tersebut untuk memeriksa kotak itu. Mereka beritahu perayu supaya mengikut sahaja arahan mereka dan perayu akan mendapat komisyennya bila tugasnya selesai nanti. [40] Kemudianya, SD1, Farid dan Kwan masuk semula ke dalam kereta BMW tersebut dan parkir di antara jarak 100 meter ke 200 meter dari kereta berwarna perak tersebut. [41] Setelah menunggu lebih kurang 20 minit di dalam kereta BMW itu, Farid memberitahu perayu bahawa pengurup wang tersebut telah sampai dengan menaiki kereta Mercedes Benz. Farid mengarahkan perayu supaya pergi ke kereta tersebut dan bertanya kepada pemandunya sama ada dia adalah pengurup wang. [42] Perayu pergi ke kereta Mercedes Benz itu dan berdiri berdekatan tempat pemandu. Perayu melihat seorang lelaki India berada di dalam kereta tersebut. Perayu bertanya kepada lelaki itu “Adakah awak pengurup wang?” Dia jawab “Ya”. Dia bertanya perayu “Mana duitnya?”. Perayu beritahu “tunggu, bos saya minta saya mengesahkan jika awak adalah pengurup wang, biar saya pergi beritahu mereka yang kamu telah ada di sini dan saya akan kembali semula”. [43] Perayu kembali berjumpa Farid dan Kwan. Perayu memberitahu mereka bahawa lelaki yang berada di dalam kereta Mercedes Benz itu adalah pengurup wang. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [44] Farid dan Kwan memberitahu perayu supaya pergi ke kereta berwarna perak yang berada di restoran itu dan mengambil kotak berwarna coklat yang mereka telah tunjukkan kepada perayu sebelum ini dan bawa semula kepada mereka dahulu sebelum menyerahkannya kepada pengurup wang tersebut. Perayu kata “ok, tiada masalah”. Perayu turut bertanya kepada mereka mengapa dia perlu bawa dan tunjukkan terlebih dahulu kepada mereka sedangkan tugas dia adalah untuk menyerahkan sahaja kepada pengurup wang itu? Farid memberitahu perayu bahawa dia perlu letakkan “wang kertas separuh koyak” (“half torn note") di atas kotak tersebut sebelum menyerahkannya kepada pengurup wang itu. Perayu bersetuju. [45] Perayu pergi ke kereta berwarna perak tersebut, membuka pintu belakang kereta dan melihat kotak coklat ada di situ. Perayu mengangkat kotak tersebut dan kemudiannya menutup semula pintu kereta itu. [46] Semasa perayu sedang berjalan beberapa langkah menuju ke arah kereta BMW tersebut, tiba-tiba kawasan tersebut telah diserbu oleh lebih kurang sepuluh (10) orang dan perayu melihat banyak kereta yang berlanggar di antara satu sama lain. [47] Perayu merasa terkejut dan tidak tahu apa yang telah berlaku. Lebih kurang 10 orang datang berlari ke arah perayu. Perayu merasa takut lalu melepaskan kotak yang dipegangnya di atas lantai jalan. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [48] Perayu merasa takut kerana dia berasakan ada orang hendak merompak wangnya, lalu perayu pun melepaskan kotak tersebut kerana perayu tidak mahu berlawan dengan mereka. [49] Mereka memberitahu perayu bahawa mereka adalah polis dan mengatakan bahawa perayu membawa kotak yang penuh berisi dadah. Perayu ditangkap. Perayu meragui yang mereka itu adalah polis kerana mereka hanya memakai pakaian yang biasa sahaja. Kemudian mereka menunjukkan kad kuasa mereka. [50] Perayu tidak bersempatan untuk melihat dan memeriksa kandungan di dalam kotak tersebut kerana semasa lebih kurang sepuluh (10) saat perayu membawa kotak yang dimeterai dengan pita pelekat tersebut, 10 orang yang dikatakan polis telah menyerbu ke arah perayu. [51] Perayu mempertikaikan tangkapan terhadap dirinya kerana perayu hanya menjadi orang tengah sahaja dan bertindak di atas arahan Farid dan Kwan. Perayu tidak melarikan diri ketika ditangkap. [52] Perayu memberitahu pihak polis bahawa sebagai orang tengah, dia hanya mendapat komisyen daripada Farid dan Kwan bagi urusan pertukaran wang ini. [53] Perayu memberitahu pihak polis bahawa Farid dan Kwan ada di dalam kereta BMW tersebut. Perayu diberitahu oleh Farid dan Kwan bahawa di dalam kotak itu hanya berisi wang dan bukannya dadah. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [54] Polis memberitahu perayu bahawa Farid dan Kwan adalah “polis dalam samaran” (undercover police). Pemandu kereta Mercedes Benz juga ditangkap. [55] Lebih kurang sepuluh (10) minit kemudian, Farid dan Kwan tiba di tempat kejadian dan memberitahu SD1 “maaf bro, habis”. Perayu kata pada Farid dan Kwan “apa yang saya buat pada kamu sehingga kamu buat saya begini?”. Kemudian, barulah perayu tahu bahawa Farid dan Kwan adalah polis dalam samaran. [56] Perayu mengatakan bahawa pihak polis telah merampas telefon bimbitnya. Di dalam telefon bimbitnya itu terdapat bukti komunikasi di antara perayu, Farid dan Kwan. Terdapat juga mesej whatsapp di antara ketiga-tiga mereka berkenaan pembayaran komisyen yang akan diperolehi oleh perayu jika dia menjadi orang tengah di dalam urusan pertukaran wang ini. Perbualan telefon juga akan menunjukkan bahawa dalang (mastermind) di dalam keseluruhan transaksi ini adalah Farid dan Kwan. [57] Pihak polis telah mencampakkan telefon bimbit perayu di atas lantai apabila perayu cuba untuk menunjukkan kepada mereka bukti komunikasi tersebut kepada mereka semasa perayu ditangkap. Jika telefon ini dikemukakan di mahkamah, pasti mahkamah akan faham siapakah dalang di dalam keseluruhan transaksi ini dan ini akan membuktikan ketidakbersalahan perayu. [58] CCTV di tempat kejadian jika dikemukakan akan menunjukkan bahawa perayu datang dengan menaiki kereta BMW berwarna hitam S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ bersama-sama Farid dan Kwan. Ia juga akan menunjukkan ketiga-tiga mereka turun dari kereta tersebut dan pergi ke kereta berwarna perak yang tidak berkunci. [59] CCTV tersebut akan menunjukkan keseluruhan versi pihak polis adalah palsu dan rekaan semata-mata. Ia juga akan menunjukkan bagaimana Farid dan Kwan telah memerangkap perayu. [60] CCTV akan menunjukkan perayu tidak pergi ke tempat kejadian tersebut dengan menaiki kereta Mercedes Benz. Perayu hanya pergi bersebelahan kereta Mercedes Benz itu untuk beberapa minit sahaja bagi tujuan untuk mengesahkan bahawa orang di dalam kereta itu adalah pengurup wang. [61] CCTV ini jika dikemukakan di mahkamah akan membuktikan ketidakbersalahan perayu. [62] Perayu telah mengemukakan percakapan beramarannya bertarikh 28 Mei 2022 di mahkamah dan ianya telah ditandakan sebagai ekshibit D45. Ringkasan Keterangan Haziq Abdullah bin Abdul Aziz (SD2) [63] SD2 adalah seorang peguam. [64] SD2 dilantik oleh firma peguam Tetuan Sivahnanthan Ragava untuk membuat penyelidikan berkaitan kes ini. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [65] Di dalam penyelidikannya, SD2 mendapati kes perayu telah mendapat liputan dan laporan luas di dalam negara seperti di laman web, akhbar tempatan dan sidang media. [66] SD2 telah memuat turun laporan akhbar dan sidang media tersebut di dalam bentuk video di dalam komputernya dan kemudian memindahkannya ke dalam “thumbdrive” dan menyerahkannya kepada Tetuan Sivahnanthan Ragava. [67] SD2 tidak mengubahsuai atau menyunting laporan media atau video tersebut. Komputer SD2 berfungsi dengan baik. Video ditandakan sebagai ekshibit D38. Ringkasan Keterangan Ravendaran a/l Thevathesan (Tertuduh Keempat / SD3) [68] SD3 berkawan dengan SD5 dan SD6. [69] SD3 menjalankan perniagaan sebagai pengurup wang tanpa lesen. SD5 dan SD6 membantu SD3 di dalam perniagaan ini. [70] SD3 mempunyai pelanggan-pelanggannya untuk urusan perniagaan ini. [71] Pada 24 Mei 2022, pukul 5.00 petang, ketika SD3 berada di rumah, SD3 telah menerima panggilan telefon daripada perayu yang bertanyakan sama ada SD3 ada menjalankan urusan sebagai pengurup wang. SD3 mengakui ada. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [72] Kemudian SD3 bertanya kepada perayu kenapa perayu tidak pergi sahaja ke pengurup wang berdaftar? Perayu mengatakan dia hendak menukar matawang Thailand sebanyak 35,000 Baht. SD3 bertanyakan sama ada perayu mempunyai passport? Perayu menjawab, “Ya”. [73] SD3 kemudian bertanya di mana lokasi perayu. Perayu menyuruh SD3 pergi ke Restoran Alif Bistro beralamat di No 13-AG, Jalan C180/1, Dataran C180, Cheras Selatan. [74] Kemudian, SD3 menghubungi SD5 dan menyuruhnya untuk pergi ke kedai mamak Alif Bistro. SD5 dan SD6 pergi ke kedai mamak tersebut dengan menaiki kereta Toyota Vios bagi membantu menjaga keselamatan SD3. Manakala SD3 pula pergi ke situ berseorangan dengan memandu kereta Mercedes Benz dan telah sampai di kedai mamak tersebut lebih kurang pukul 6.05 petang. SD3 nampak perayu sedang berdiri sambil memegang kunci kereta. Ketika itu SD3 beranggapan bahawa itulah orang yang telah berbual dengannya melalui telefon untuk urusan penukaran wang dari Thai Baht kepada Ringgit. Kemudian perayu datang ke kereta SD3. [75] Setelah memastikan perayu adalah orang Ukraine yang ingin membuat urusan penukaran wang dengan SD3, SD3 telah menjemput perayu untuk masuk ke dalam kereta Mercedes Benznya. [76] Setelah perayu menaiki kereta Mercedes Benz itu, SD3 telah menerima panggilan telefon daripada isterinya. SD3 telah menjawab panggilan isterinya. Perayu telah meminta SD3 memandu ke S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ hadapan sedikit dan kemudian perayu meminta SD3 memberhentikan kereta yang dipandunya. Semasa itu, SD3 masih berbual-bual dengan isterinya. [77] Kemudian, SD5 dilihat sudah sampai di pintu kiri tempat duduk penumpang hadapan kereta Mercedes Benz dimana perayu sedang duduk. SD3 menurunkan cermin tingkap kedua-dua belah kereta itu, lalu SD3 pun memperkenalkan SD5 kepada perayu untuk urusan penukaran wang dari Thai Baht kepada Ringgit. Semasa itu, SD3 masih berbual dengan isterinya sambil SD3 menghisap vape dengan meletakkan tangannya di luar kereta. [78] Kemudian SD3 mendengar SD5 bertanya kepada perayu “mana Bath?”. Perayu menjawab ada di dalam kereta perayu. Perayu bertanya kepada SD5 “berapa banyak saya dapat untuk 35,000 Bath?”. SD5 jawab “RM 4,516.00”. [79] Kemudian, perayu bertanya kepada SD5 “jika saya beri Thai Bath, bolehkah saya dapat Ringgit serta merta?”. SD5 jawab “Ya”. [80] SD3 menyuruh SD5 untuk memastikan Thai Baht itu bukan wang palsu dan jika telah disahkan tulen barulah SD3 boleh meneruskan dengan transaksi penukaran wang tersebut. [81] Selepas itu, SD3 melihat perayu menekan butang kunci kereta berwarna hitam yang dipegangnya. Perbuatan perayu menekan butang kunci kereta ini turut diperhatikan oleh SD5. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [82] Semasa perayu turun dari Mercedes Benz itu, SD3 masih lagi berbual dengan isterinya berkenaan kakak SD3 yang sakit tenat kerana mengidap penyakit kanser. Selang beberapa saat kemudian, perayu, SD3, dan SD5 telah diserbu oleh ramai orang. Ketika itu SD3 tidak sedar yang perayu telah meninggalkan kunci kereta berwarna hitam di dalam keretanya semasa SD3 sedang sibuk berbual dengan isterinya sambil menghisap vape. [83] Pada masa yang sama, kereta Mercedes Benz dan Toyota Vios telah dihalang. SD3 berasa panik akan keselamatan dirinya. SD3 cuba untuk melepaskan dirinya dari tempat itu setelah melihat ramai daripada mereka yang datang itu hanya memakai pakaian yang biasa sahaja. SD3 ingatkan mereka datang untuk menyamun. [84] Setelah ditangkap, SD3 ada memberitahu pihak polis bahawa dia hanya bekerja sebagai seorang pengurup wang yang tidak berlesen sahaja. Kata-kata ini diulangi semula oleh SD3 di dalam rakaman percakapan beramarannya bertarikh 28 Mei 2022 yang ditandakan sebagai ekshibit D42. [85] SD3 mengatakan kepada pihak polis bahawa dia, SD5 dan SD6 tidak terlibat di dalam sebarang aktiviti pengedaran dadah. Ringkasan Keterangan Tan Kong Hooi (SD4) [86] Pada 10 Mei 2024, ketika SD4 bersama bosnya bernama Encik Lim berada di Restoran Da Chong Qing, seorang lelaki India telah menghampiri mereka dan bertanya kepada mereka berkenaan S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ peristiwa tangkapan oleh polis pada 24 Mei 2022. Lelaki itu adalah SD5. [87] SD4 mengesahkan nampak satu tangkapan yang melibatkan seorang lelaki yang seakan-akan warganegara Afrika, berkulit cerah, tinggi dan berbadan besar keluar dari kereta Mercedez Benz lebih kurang pukul 5.30 petang. Semasa itu, SD4 berada di dalam kereta Alphard nombor pendaftaran QAA 1515V milik bossnya yang diparkir bertentangan dengan kereta Mercedez Benz tersebut. Tiga orang India juga turut ditangkap. Ringkasan Keterangan Perabahkaran a/l Rajamony (Tertuduh Kedua / SD5) [88] Pada 24 Mei 2022, lebih kurang pukul 5.05 petang, semasa SD5 berada bersama-sama dengan SD6, SD5 telah menerima panggilan daripada SD3 mengenai satu peluang untuk membuat kerja pertukaran wang. SD3 menyuruh SD5 dan SD6 pergi ke kedai mamak Alif Bistro di No. 13-AG, Jalan C180/1, Dataran C180, Cheras Selatan. Pada masa itu, SD5 ada memegang RM10,000 bagi tujuan penukaran wang. [89] SD5 dan SD6 menaiki kereta Toyota Vios (ekshibit P16(1-4)) untuk pergi ke kedai mamak Alif Bistro dan mereka sampai di sana lebih kurang pukul 6.05 petang. Apabila sampai, SD5 melihat SD3 berada di dalam kereta Mercedes Benz (ekshibit P15). S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [90] Kemudian, SD5 dengan disaksikan oleh SD6 nampak perayu menghampiri kereta SD3 dengan memegang kunci kereta berwarna hitam berukuran lebih kurang dua (2) inci ditangannya. SD5 pun keluar dari kereta Toyota Vios dan nampak SD3 berbual-bual dengan perayu. [91] Selepas itu, SD5 nampak perayu masuk ke dalam kereta SD3. Ketika itu SD5 nampak perayu yang memegang kunci kereta berwarna hitam telah masuk ke dalam kereta Mercedes Benz dan duduk di bahagian penumpang hadapan. [92] SD3 memberitahu SD5 dan SD6 untuk mengikutinya. SD5 pun masuk ke dalam kereta Toyota Vios. SD5 telah mengikuti kereta SD3 dan telah parkir bertentangan dengan belakang kereta SD3 untuk tujuan keselamatan. [93] Selepas itu, SD5 turun dan terus pergi kereta SD3 di bahagian kiri tempat duduk penumpang hadapan di mana perayu sedang duduk. SD5 nampak SD3 menurunkan kedua-dua belah cermin kereta sambil berbual dengan menggunakan telefonnya. [94] Kemudian, SD3 menyuruh SD5 berurusan dengan perayu berkenaan penukaran wang Thai Baht. Ketika SD5 berbual dengan perayu, SD3 masih berbual telefon sambil menghisap vape yang berwarna hitam. SD3 menghembus asap vape ke luar tingkap dan tangannya yang memegang vape tersebut berada di luar kereta. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [95] SD5 bertanya perayu “di mana Baht?”. Perayu bertanya SD5 balik “berapa banyak saya akan dapat untuk 35,000 Baht?" SD5 kata “RM4,516.00”. Seterusnya perayu bertanya SD5 “jika saya beri awak Thai Baht, boleh saya dapat ringgit dengan serta merta?”. SD5 kata “Ya”. [96] SD3 beritahu SD5 supaya memastikan Thai Baht itu tulen. Kemudian, perayu berkata “Okay, saya akan ambil wang itu daripada kereta”. SD5 nampak perayu menekan butang kunci kereta berwarna hitam yang dipegangnya tadi dan meninggalkannya di dalam kereta SD3. SD5 tidak beritahu SD3 berkenaan perayu meninggalkan kunci tersebut kerana SD3 sedang sibuk menelefon dan masih menghisap vape berwarna hitam. [97] SD5 percaya perbuatan perayu meninggalkan kunci itu di dalam kereta SD3 adalah dengan harapan bahawa perayu akan kembali semula ke kereta SD3 dengan membawa Thai Baht. Perayu terus keluar dari kereta SD3 dan pergi ke arah sebuah kereta Perodua Bezza yang telah diparkir. [98] Perayu berjalan terus ke kereta Perodua Bezza untuk mengambil wang. Tiba-tiba SD5 telah diserbu oleh beberapa orang yang tidak dikenali. Ketika itu, kereta SD5 telah dihalang dan pada masa sama juga kereta Mercedes Benz SD3 juga turut dihalang. [99] SD5 berasa panik akan keselamatannya, lalu SD5 pun masuk ke dalam kereta Toyota Vios bahagian penumpang untuk melarikan diri dari tempat itu kerana terdapat ramai orang dan mereka semua S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ memakai pakaian yang biasa sahaja. SD5 menganggap mereka ini datang untuk melakukan rompakan. [100] Setelah SD5 ditangkap oleh pihak polis, SD5 telah dipaksa untuk menurunkan tandatangan di ekshibit P29 walaupun SD5, SD3 dan SD6 tiada kena mengena dengan dadah yang dibawa oleh perayu. [101] Sepanjang SD5 mengenali SD3, SD3 tidak pernah terlibat dengan dadah. SD3 hanyalah seorang pengurup wang sahaja. [102] SD5 tidak berpuashati dengan apa yang telah berlaku pada dirinya, SD3, dan SD6 kerana mereka langsung tidak terlibat dalam sebarang kegiatan dadah. Setelah SD5 dibebaskan dan dilepaskan oleh mahkamah, SD5 telah pergi ke kawasan tempat tangkapan dan membuat kajian dengan melakukan temuduga dengan kedai-kedai yang berhampiran. [103] SD5 telah berjaya mengumpul maklumat pelanggan-pelanggan yang sentiasa datang makan di Restoran Da Chong Qing Steamboat. SD5 mendapat maklumat bahawa terdapat seorang tauke Cina bernama Encik Lim yang selalu datang untuk makan ke restoren tersebut bersama keluarganya dengan kereta yang dipandu oleh pemandunya bernama Tan Kong Hooi (SD4). [104] Pada 24 Mei 2022, SD5 telah berjumpa dengan Encik Lim dan SD4 untuk bertanya tentang apa yang mereka lihat berlaku di S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ kawasan persekitaran lot parkir pada tarikh kejadian iaitu 24 Mei 2022. [105] SD4 telah menjelaskan kepada SD5 tentang apa yang dilihatnya dari jam pukul 5.30 hingga 6.30 petang ketika SD4 berada di dalam kereta Alphard nombor pendaftaran QAA 1515V pada tarikh tersebut semasa dia sedang menunggu bossnya makan di Restoran Da Chong Qing Steamboat. [106] SD5 telah meminta bantuan SD4 supaya hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan berkenaan dengan apa yang dilihatnya pada hari kejadian itu. Ringkasan Keterangan Krishna Murthy a/l Murugaya (Tertuduh Ketiga / SD6) [107] SD6 adalah kawan SD3 yang menjalankan perniagaan pertukaran wang tanpa lesen. [108] Pada 24 Mei 2022, jam lebih kurang 5.05 petang, semasa SD6 berada bersama-sama SD5 di Kajang, SD5 telah menerima panggilan telefon daripada SD3 mengenai satu peluang untuk membuat kerja pertukaran wang. SD3 menyuruh SD5 dan SD6 pergi ke kedai mamak Alif Bistro di No. 13-AG, Jalan C180/1, Dataran C180, Cheras Selatan. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [109] SD6 bersama-sama SD5 pergi ke lokasi berkenaan dengan menaiki kereta Toyota Vios dan mereka sampai di lokasi berdekatan Restoran Alif Bistro sekitar pukul 6.05 petang. [110] SD6 nampak SD3 berada di dalam Mercedes Benz. SD6 dan SD5 melihat perayu menghampiri kereta SD3 sambil memegang kunci kereta berwarna hitam berukuran lebih kurang 2 inci di tangannya (ekshibit P18). [111] Selepas itu, SD6 nampak perayu masuk ke dalam kereta SD3. Ketika itu, SD6 juga melihat perayu masih memegang kunci kereta ekshibit P18 tersebut dan masuk ke dalam kereta Mercedes Benz dan duduk di bahagian penumpang hadapan. SD6 dan SD5 telah mengikuti kereta SD3 dan telah parkir kereta bertentangan dengan bahagian belakang kereta SD3 bagi tujuan menjaga keselamatan SD3. [112] Kemudian, SD5 yang memandu kereta Toyota Vios itu telah turun dan terus ke pergi ke bahagian tempat duduk penumpang hadapan kereta kereta Mercedes Benz dan SD6 melihat SD5 sedang berbual dengan perayu. SD6 turun dari kereta dan duduk di bahagian pemandu kereta Toyota Vios itu. SD6 nampak SD3 sedang duduk dalam kereta sambil menghisap vape berwarna hitam dan vape tersebut dipegang oleh SD3 di tangan kanannya yang dihulurkan di luar kereta. Selepas itu, perayu turun dari kereta Mercedes Benz dan pergi ke lot parkir. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [113] Tiba-tiba SD6 telah diserbu oleh beberapa orang yang tidak dikenali. Ketika itu, kereta SD6 serta kereta Mercedes Benz telah dihalang. SD6 berasa panik akan keselamatannya. SD6 cuba untuk melarikan diri dari tempat itu kerana melihat ramai orang berpakaian biasa dan SD6 menyangka mereka datang hendak merompak. [114] SD6, SD5 dan SD3 tiada kena mengena dengan dadah yang dibawa oleh perayu. [115] Sepanjang SD6 mengenali SD3, SD3 tidak pernah terlibat dengan dadah. SD3 hanyalah seorang pengurup wang sahaja. [116] Selepas SD6 dituduh di mahkamah, perayu memohon maaf kepada SD6, SD5 dan SD3 di atas perbuatannya sehingga menyebabkan mereka bertiga dituduh bersama-sama perayu kerana berada di tempat berdekatan kereta Perodua Bezza sedangkan perayu seorang sahaja yang sepatutnya bertanggungjawab. [117] Perayu telah membuat akuan berkanun dan telah menghadiri ke mahkamah. Namun begitu, perayu kemudiannya telah mengubah fikiran dan telah meminta untuk dibicarakan. [118] Setelah perayu membuat pengakuan dan permohonan maaf serta membuat Akuan Berkanun (ekshibit D46) barulah SD6 mengetahui bahawa perayu terlibat. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ Dapatan Hakim Mahkamah Tinggi Di Akhir Perbicaraan [119] Di dalam alasan penghakimannya, hakim bicara di antara lainnya mengatakan seperti yang berikut: “[22] The court found that the prosecution has proven that the First and Fourth Accused had in their possession the dangerous drug and had knowledge of the drug, which allows for the presumption under Section 37 (da) of the Dangerous Drugs Act to apply. ‘Found’ in possession means an affirmative finding of possession by the court based on adduced evidence. Refer to the Federal Court case of Alma Nudo Atenza v. PP & Another Appeal [2019] 5 CLJ 780, The presumption of trafficking under this section can only operate when the prosecution successfully proves that both the Accused are in possession of the dangerous drug Methamphetamine in excess of 50 grams. The proof of 'possession' means that the prosecution must prove both the physical and mental elements (knowledge) of the Accused regarding the dangerous drug Methamphetamine. [23] The dangerous drug is said to be in the possession of both the Accused when they are in a position, whether physically or mentally, that enables them to deal with it as an owner, to the exclusion of all others. I refer to the case of Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237. [24] To establish the mental element or intention, one must consider the surrounding circumstances of the case. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ [25] Through the testimonies of the prosecution witnesses, particularly SP6 and SP7, it has been established that the Fourth Accused rolled down the window and used a remote control to unlock the adjacent PB. Subsequently, the First Accused exited the MB and approached the PB, where he opened the left rear door and removed a brown box containing drugs that was in an open state. When SP6 and his team executed a raid, the First Accused dropped the box he was holding to the ground and attempted to flee; however, he was successfully apprehended by the police after a brief struggle. Meanwhile, the Fourth Accused also attempted to escape, resulting in a collision with the front left side of the PB and the door of the TV. This incident caused damage to the left front bumper of the PB, the driver's door, and the rear passenger door on the right side of the TV, as well as damage to both the front and rear bumpers of the MB. Subsequently, The PB’s remote control was found in the storage compartment between the driver and the front passenger of the MB. [26] Through this evidence, I find that the First Accused had in his possession and had knowledge of the drug in question when he lifted out the box containing the drug from the PB and released it to the ground upon realizing that there was a raid by the police and tried to flee. The conduct of the First Accused is admissible to show that he has knowledge of the drug. There was no explanation from the First Accused during the cross-examination of SP6 and SP7 as to why he dropped the box and attempted to flee from the scene. S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ … [28] Moreover, the substance in question weighs a net 24,753 grammes and was located in a box lifted by the First Accused. In this situation, it is evident that the Accused was aware that there was something heavy inside the box, especially since it was in an open state. It would have taken only a very brief moment for the First Accused to inspect and look inside the box. It is implausible to assert that the Accused knew he was lifting the box but was unaware of its contents. … [30] I accept the testimony of SP7, who stated that the box was in an open state when it was lifted by the First Accused. This testimony arose during cross-examination by the First Accused’s own counsel and remained consistent throughout SP7's testimony. Concerning the testimony from SP6, which does not state the same, I note that the same question was never directed at this witness. Consequently, it cannot be said that there is a contradiction between the evidence provided by SP6 and SP7. Meanwhile, concerning SP10's testimony, which agreed with the First Accused's defence counsel's assertion that the box was in a closed condition, I found SP10's account on this matter to be less credible than that of SP7. SP7 was present at the scene and directly observed the situation involving the MB, the PB and the First Accused, whereas SP10 was not present during the incident and, therefore, lacked S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ knowledge of the specific details that transpired. Furthermore, when he agreed with the suggestion made by the defence counsel of the First Accused, he did not reference any statements made by the witnesses under Section 112 of the Criminal Procedure Code. Instead, he based his response solely on his memory. Momentary Custody and Control [31] Counsel for the First Accused asserts that the First Accused had only "momentary custody and control" over the box containing the dangerous drug. Consequently, they claim that the elements of custody, control, and possession cannot be established. However, as I have previously mentioned, this is not a situation in which the First Accused merely held the box containing the drug for a brief period. Rather, the First Accused actively approached the PB car, which housed the drug, and retrieved the box, which was in an open state, from the vehicle. He also tried to flee the scene upon realizing the police presence. Therefore, it cannot be said that the First Accused had only momentary custody and control of the drug; instead, it is evident that the First Accused was actively engaged in dealing with the drug. … [34] In essence, I found that the prosecution has successfully proven the ingredient of 'possession,' which includes both the S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ physical and mental elements, indicating that the First and Fourth Accused had in their possession 24,753 grammes of Methamphetamine and were aware that they possessed the dangerous drug. Therefore, the presumption under Section 37 (da) of the DDA comes into operation. Given that the quantity of the drug exceeds a weight of 50 grams, the First and Fourth Accused are deemed, until proven otherwise, to have trafficked in the dangerous drug Methamphetamine. [39] In conclusion, after conducting a maximum evaluation of the evidence presented by the prosecution and carefully examining the arguments from both parties, I find that the prosecution has successfully established a prima facie case against the First and Fourth Accused for trafficking in the dangerous drug Methamphetamine (Net Weight: 24,753 grammes) by invoking the presumption under Section 37(da) of the DDA. Therefore, they are required to enter their defence in response to the charges against them. Defence Case for The First Accused [40] Other than calling Mr Haziq Abdullah Bin Abdul Aziz (SD2), a lawyer who did research on news portals in Malaysia that reported the press conference held on this case, as his witness, the First Accused chose to give a sworn statement in his defence. He testified that he had been searching for a job in Cambodia but was unsuccessful due to the challenges posed by the Covid-19 pandemic. During this difficult time, he had very S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ little money when he received a call from Farid, who informed him of a job opportunity in Malaysia that promised good earnings and the means to sustain himself. Farid explained that he and a friend named Kwan were currently engaged in money exchange transactions and offered the First Accused a position as an intermediary between the exchangers. He would be compensated between RM10,000 and RM15,000 for each transaction. Farid elaborated that in money exchange dealings, both the buyer and the seller prefer to keep their identities confidential, which is why a middle person is necessary to facilitate the transaction. The First Accused felt that this was an excellent opportunity to earn substantial money without the need for a full-time job. [41] After coming to Malaysia, he met Farid and Kwan quite often to discuss his job scope. Basically, what Farid and Kwan want is simple: they don't want their identity to be revealed because they themselves are acting as an agent for another party, and when they receive the money from a third party, the First Accused has to take the money and pass it to the money changer. The identity of Farid and Kwan is not to be revealed in these transactions as they are afraid they will be caught by the authorities as they are local Malaysians, so they want a foreigner to be the middle person. [42] On the day of the incident, the First Accused was driven by Farid and Kwan in a black-tinted BMW and stopped in front of a Chinese restaurant where there was a silver car (the PB) right S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ in front of the restaurant. They then showed him a brown box inside the PB and told him that it had money in it and needed to be given to the money changers. Out of curiosity, the First Accused asked if he could take a look inside the box. However, he was stopped and told that the box was sealed and taped and that opening it would require breaking the tape. He was then instructed to simply follow their orders to ensure that the commission was paid once the job was completed. [43] They parked the BMW approximately 100 to 200 meters away from the silver car and waited for the money changer to arrive. After about 20 minutes, Farid informed the First Accused that the money changer had arrived in the MB. Using the First Accused's phone, Farid called the money changer and instructed him to approach the MB to verify that the Indian man inside was indeed the money changer. Once this was confirmed, Farid and Kwan directed him to go to the PB and retrieve the brown box they had shown him earlier. They insisted that he bring the box to them first before handing it over to the money changers, as they intended to place a "half-torn note" on the box prior to the exchange. [44] As the First Accused approached the PB and opened the back door, he lifted the brown box and took a few steps toward the black BMW. Suddenly, the area was ambushed by more than ten individuals, and chaos erupted as numerous cars collided with one another. The First Accused was shocked and recalled that ten men came rushing toward him, and in his fear, S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ he dropped the box onto the ground. He carried the box only for 10 seconds. Believing that they were attempting to rob him, he chose not to resist or fight back. He claimed that he never tried to flee. [45] The men identified themselves as police officers and said to him that he was carrying a box filled with drugs. He told the officers that he was merely a middleman and that the box was intended for a money exchange. He also pointed out a black BMW where Farid and Kwan were inside. The police responded affirmatively, stating that they were already aware of Farid and Kwan, as those individuals were undercover officers working alongside them. [46] The First Accused stated that he did not know the Second, Third, and Fourth Accused, asserting that he had no involvement with them. He further contended that the first time he saw the key to the Perodua Bezza was in court. He denied that he had ever been in the MB. Whether The Prosecution Has Successfully Proven Its Case Beyond Reasonable Doubt [55] Regarding the First Accused, the court has thoroughly assessed the evidence presented both at the defence and the prosecution stages. The court found that the prosecution has proven its case beyond reasonable doubt that the First Accused has trafficked in a dangerous drug, namely Methamphetamine, S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ weighing 24,753 grammes, which constitutes an offence under Section 39B(1)(a) of the DDA and is punishable under Section 39B(2) of the same Act. [56] The court found that the First Accused failed to rebut the presumption under Section 37 (da) of the DDA on the balance of probabilities that the drug found in the First Accused's possession, specifically in the brown box he was carrying, was intended for trafficking, as the quantity was substantial, weighing 24,753 grammes, which exceeds the statutory limit of 50 grams of Methamphetamine. [57] I find that the evidence presented by the First Accused is nothing more than a denial and does not effectively raise any reasonable doubt to the prosecution's case. The First Accused claimed that he was informed by Farid that the box contained money intended for the money changer while asserting that he had no knowledge of the drug contained within. He admitted to lifting the box, closing the PB’s door with his body, and moving several steps forward toward the alleged black BMW. However, upon examining the image in P7(1), which depicts the condition of the box and its contents at the time of the seizure, it is evident that the box is large enough to accommodate a net weight of 39,996.1 grams of substances (refer to Chemist Report (P14) regarding the net weight of all the substances). When he lifted the box, he surely realised that it was very heavy, indicating that it did not contain money but rather substances like drugs. Furthermore, when the box was seized, it was found to be open. Before the First Accused lifted the box, he must have seen and known that its contents were not money. His action of dropping S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ the box and attempting to flee the scene is consistent with his knowledge of the drug. Additionally, his explanation that he did not try to flee was merely a bare assertion, lacking reasonable and full details. Therefore, his assertion that the box contained money is difficult to believe. [58] The First Accused denied having been in the MB with the Fourth Accused and also claimed ignorance regarding the PB’s remote key found in the MB. However, he did acknowledge having seen the brown box inside the PB prior to his meeting with the Fourth Accused. Furthermore, he admitted to approaching the PB, opening the door, and lifting the brown box. His own testimony indicates that he had access to the PB but failed to clarify how he managed to gain that access. It is important to note that the First Accused's evidence is inconsistent with the testimonies of the prosecution witnesses, particularly the raiding officers SP6 and SP7. Given this context, I find myself more inclined to believe the accounts provided by the prosecution witnesses, specifically SP6 and SP7, who observed the First Accused exiting the MB's car and subsequently approaching and opening the PB's car. I also find their explanation regarding the source of the key to the PB, which was obtained from the MB, to be credible. [59] The Fourth Accused testified that during his initial meeting with the First Accused to arrange an exchange of Baht for Ringgit, he observed the First Accused holding the key to the PB. Subsequently, he invited the First Accused into his car and S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ drove to the scene in question. There, he witnessed the First Accused unlock the PB using the key he was holding. The Fourth Accused saw the First Accused approach the PB, open the door, and retrieve a brown box, which he described as being in an open state. These accounts are corroborated by the testimonies of the Second and Third Accused, who were also at the scene. Although the Fourth Accused did not contest the fact that the PB’s remote key was seized from the MB, he asserted that it was the First Accused who had left the key in the MB. [60] In his testimony, the First Accused attributed blame to two individuals, Farid and Kwan. He claimed that they were present at the scene in a black-tinted BMW. Furthermore, he asserted that after his arrest, Farid and Kwan engaged in a conversation with him. He alleged that they were, in fact, undercover officers working alongside the raiding team. However, these claims were categorically denied by the prosecution’s witnesses, who testified that such individuals did not exist. During the defence case, it became evident that the First Accused failed to substantiate his assertions that Farid and Kwan were present at the scene and had any connection to the drug found inside the brown box. Additionally, the Second, Third and Fourth Accused testified that they had neither seen a black-tinted BMW at the scene nor observed the First Accused conversing with the alleged individuals. Notably, the evidence presented by the Fourth Accused and his witnesses aligns with the testimonies of the prosecution's witnesses, thereby reinforcing the prosecution's case. Their evidence is admissible and should be S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ given weight, as it does not place them in the role of an accomplice. Furthermore, the rule of practice concerning the corroboration of accomplices does not apply in this instance, as it is relevant only to witnesses adduced by the prosecution. Statutory Declaration Signed by The First Accused (D46) [61] Concerning the Statutory Declaration D46, which was signed by the First Accused prior to the commencement of the trial and subsequently tendered by the Fourth Accused’s counsel during the defence stage, I choose to disregard this exhibit. It asserts that the First Accused wished to plead guilty; however, in the proceedings before me, the First Accused has not entered a plea of guilty and has explicitly requested to be tried. It is imperative that the First Accused is afforded a fair trial, free from the influence of such a sworn declaration. Conclusion [62] At the end of the defence case, the Court found that the prosecution had successfully proven its case beyond reasonable doubt that the First Accused possessed and was aware that he was in possession of the dangerous drug known as Methamphetamine. The Court also determined that the First Accused is deemed to have trafficked in the dangerous drug based on the quantity exceeding the statutory weight of 50 grams, as stipulated in Section 37 (da) of the DDA. Furthermore, the Court found that the defence had failed to S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ raise any reasonable doubt in the prosecution's case and to rebut the presumption of trafficking. Consequently, the First Accused is convicted of the charge against him.” Prinsip Undang-Undang Berkaitan Dapatan Fakta Di Peringkat Rayuan [120] Secara prinsipnya, mahkamah di peringkat rayuan jarang sekali campurtangan atau mengganggu dapatan fakta yang dibuat hakim perbicaraan melainkan terdapat alasan-alasan yang kukuh dan mendesak untuk berbuat demikian. [121] Di dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 2 MLRA 590, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti yang berikut: “Now, it settled law that it is no part of the function of an appellate Court in a criminal case-or indeed any case - to make its own findings of fact. That is a function exclusively reserved by the law to the trial Court. The reason is obvious, an appellate Court is necessarily fettered because it lacks the audio-visual advantage enjoyed by the trial Court." [122] Di dalam kes Che Omar Mohd Akhir v. Public Prosecutor [2007] 3 CLJ 281, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Nik Hashim HMP (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: S/N 6UBhGwrsl0KGmcdEt9nxRQ “It is trite law that an appellate court should be slow in disturbing a finding of facts by the trial judge unless such finding is clearly against the weight of evidence which is not the case here.” [123] Di dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Pentadbir Kepada Harta Pusaka Tan Ewe Kwang, Simati & Ors [2020] 12 MLJ 67, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti yang berikut: “[33] It was a long-settled principle, stated and restated in domestic and wider common law jurisprudence, that an appellate court should not interfere with the trial judge's conclusions on primary facts unless satisfied that he was plainly wrong' (the Supreme Court of United Kingdom in McGraddie v. McGraddie and another [2013] 1 WLR 2477).