Lampiran
Lampiran 29 G. Penyata Saksi Defendan [1] Mohd Rashidi Bin Abdul Halim - Lampiran 31 3. Perbicaraan penuh telah dijalankan pada 5 Mac dan 2 April 2024 di mana pihak plaintiff telah memanggil satu saksi dan defendan telah memanggil satu saksi seperti berikut: i. Wakil Syarikat Plaintif - Ruhil Hayati Binti M Busra (SP1); dan ii. Wakil Syarikat Defendan - Mohd Rashidi Bin Abdul Halim (SD1) 4. Berdasarkan dokumen-dokumen dan keterangan saksi Plaintiff dan saksi Defendan, hujahan bertulis, hujahan balas dan hujahan tambahan kedua-dua pihak, di atas imbangan kebarangkalian, mahkamah mendapati Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya di prayer (a). Oleh itu Tuntutan Plaintif di prayer (a) (b) dan (c) dibenarkan dengan kos mengikut skala dan aturan biasa Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 5. Bagi tuntutan balas Defendan, mahkamah mendapati Defendan tidak berjaya membuktikan tuntutannya. Oleh itu tuntutan balas Defendan untuk perbelanjaan dan kehilangan pendapatan ditolak dengan kos mengikut skala dan aturan biasa Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. RINGKASAN KES PLAINTIFF [BERDASARKAN PENYATA TUNTUTAN] 6. Plaintif, sebuah syarikat Sdn. Bhd (dahulunya dikenali sebagai Punsu Travel & Tours Sdn Bhd menjalankan perniagaan pakej pelancongan. 7. Defendan adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pengangkutan. 8. Pada atau sekitar 25.4.2017 Defendan telah bersetuju untuk menjual sebuah bas persiaran dengan nombor pendaftaran AJF 8858 ("bas tersebut”) kepada Plaintif dengan harga RM280,000.00. 9. Antara terma-terma pembelian bas tersebut adalah seperti yang berikut: - • Deposit sebanyak RM100,000.00 hendaklah dibayar oleh Plaintif kepada Defendan, • Baki sebanyak RM180,000.00 hendaklah dibayar secara ansuran melalui bayaran bulanan sebanyak RM6,406.00 sehingga pembayaran diselesaikan, dan • Plaintif akan diberi milikan dan penggunaan bas tersebut mulai dari April 2017. 10. Pada 25.4.2017 Plaintif telah membuat bayaran sebanyak RM100,000.00 kepada Defendan. 11. Plaintif telah membuat bayaran bulanan sebanyak RM6,406.00 sebulan pada 5.7.2017. 4.8.2017, 12.9.2017 dan 9.10.2017 berjumlah RM25,624.00. 12. Selepas bayaran pada 9/10/2017 Plaintif tidak lagi ingin menggunakan bas tersebut dan dengan persetujuan Defendan memulangkan bas tersebut kepada Defendan pada 25/1/2018 dengan inter alia terma-terma seperti yang berikut: - • Perjanjian untuk membeli bas tersebut disifatkan sebagai terbatal; • Plaintif memulangkan bas tersebut kepada Defendan; • Wang deposit sebanyak RM100,000.00 dipulangkan oleh Defendan kepada Plaintif; • Bayaran bulanan berjumlah RM25,624.00 disifatkan sebagai bayaran sewa penggunaan bas tersebut. 13. Defendan telah membuat bayaran bulanan seperti berikut: - • Pada 20/8/2018 bayaran sebanyak RM5,000.00 dibuat melalui cek CIMB Bank dengan nombor siri 377504; • Pada 4/9/2018 bayaran sebanyak RM5,000.00 dibuat melalui cek CIMB Bank dengan nombor siri 377505; • Pada 12/9/2018 bayaran sebanyak RM5,000.00 dibuat melalui cek CIMB Bank dengan nombor siri 377506; • Pada 27/9/2018 bayaran sebanyak RM5,000.00 dibuat melalui cek CIMB Bank dengan nombor siri 377507; • Pada 10/10/2018 bayaran sebanyak RM5,000.00 dibuat melalui cek CIMB Bank dengan nombor siri 377508; • Pada 26/10/2018 bayaran sebanyak RM5,000.00 dibuat melalui cek CIMB Bank dengan nombor siri 377509; • Pada 13/11/2018 bayaran sebanyak RM5,000.00 dibuat melalui cek CIMB Bank dengan nombor siri 377510 yang mana jumlah yang telah dibayar adalah RM35,000.00. 14. Defendan kemudian telah mengeluarkan 2 cek CIMB Bank pada 25/11/2018 dan 10/12/2018 dengan nombor siri 377511 dan 377512 (selepas ini dirujuk sebagai “kedua-dua cek tersebut”) untuk jumlah RM5,000.00 setiap satu cek yang mana kedua-dua cek tersebut tidak dapat ditunaikan kerana “akaun tutup”. 15. Setelah Plaintif memberi Defendan notis “dishonour” bagi kedua-dua cek tersebut Defendan telah menggantikan kedua-dua cek tersebut dengan memasukkan wang tunai sebanyak RM3,000.00 ke dalam akaun Plaintif pada 12/1/2019. 16. Defendan telah enggan / gagal / cuai untuk membayar baki wang yang terhutang yang sebanyak RM62,000.00 iaitu RM100,000.00 tolak bayaran RM38,000.00 walaupun telah diminta berkali-kali oleh Plaintif. RINGKASAN PEMBELAAN DAN TUNTUTAN BALAS DEFENDAN [BERDASARKAN PENYATA PEMBELAAN] 17. Plaintif telah dibenarkan menggunakan bas tersebut bagi tempoh dua bulan (2) sahaja sehingga baki harga jualan dibayar sepenuhnva. Walaubagaimanapun, Plaintif telah gagal untuk membayar baki harga jualan dalam tempoh yang ditetapkan. 18. Atas permohonan Plaintif, Defendan telah membenarkan laniutan masa kepada Plaintif untuk menyelesaikan baki harqa iualan selama enam (6) bulan atau sehinqga Plaintif menerima pembiayaan/ piniaman daripada bank/ pembiaya, yang mana terdahulu. Syarat laniutan pembayaran baki harqa penjualan bas tersebut adalah Plaintif dikehendaki untuk membayar amaun RM6,406.00 yang bersamaan denqan bayaran ansuran Defendan kepada bank sehingqa baki harga jualan diselesaikan. 19. Defendan telah dimaklumkan oleh Plaintif melalui Tuan Haji Wan Azli bin Wan Chik bahawa pembiayaan/ piniaman baqi pembelian bas tersebut telah diluluskan. Baqaimanapun. Plaintif tidak meneruskan pembelian bas tersebut akibat kematian Tuan Haii Wan Azli bin Wan Chik. 20. Plaintif tidak berhak sesuka hati untuk memulangkan bas tersebut atas alasan tidak Iagi ingin menqqunakan bas tersebut selepas mendapat laniutan masa daripada Defendan dan hampir enam bulan (6) menggunakan bas tersebut. 21. Kegagalan Plaintif untuk membayar baki harga iualan bas tersebut menyebabkan perjanjian di antara Plaintif dan Defendan terbatal. Sebagai akibat daripada pembatalan tersebut. Defendan berhak untuk melucuthak deposit yang telah dibayar dan Plaintif dikehendaki untuk memulangkan bas tersebut kepada Defendan. 22. Tambahan pula, Defendan tidak pernah bersetuju untuk Plaintif memulangkan bas tersebut. 23. Selepas kematian Tuan Haji Wan Azli bin Wan Chik, balumya Puan Hajah Ruhil Hayati binti M Busra telah berjumpa dengan defendan dan menceritakan masalah yang beliau hadapi selepas kematian suaminya. Antara masalah yang dihadapi adalah tidak mampu lagi untuk menguruskan perniagaan dan membayar baki harga penjualan bas tersebut dan masalah kewangan yang dihadapi. 24. Atas dasar perikemanusiaan dan membantu Puan Hjh. Ruhil Hayati binti M Busra, Defendan bersetuju untuk menqambil bas tersebut dan melucuthak sebahagian bayaran deposit penjualan bas tersebut. 25. Defendan sendiri telah mengambil bas tersebut pada November 2017 di Teluk Intan. Baqaimanapun bas tersebut berada dalam keadaan yang teruk semasa dalam milikan Plaintif di mana ia telah rosak dan perlu ditunda di Labu Kubong, Telok Intan dalam perjalanan selepas diambil. 26. Plaintif telah membelanlajakan sekitar RM20,000.00 untuk membaikpulih bas tersebut. Defendan telah menyerahkan surat bertarikh 14.08.2018 kepada Plaintif untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai perkara ini. 27. Pada segala masa material, Defendan tidak pernah menerima sebarang permintaan oleh Plaintif untuk membuat pembayaran bagi tuntutan Plaintif tersebut. 28. Keseluruhan tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah bersifat unilateral dan tidak berasas sama sekali. TUNTUTAN BALAS DEFENDAN 29. Defendan membayar RM6,406.00 bagi bayaran ansuran bulanan bas tersebut kepada Mitsubishi HC Capital Malaysia Sdn Bhd. 30. Bas tersebut digunakan oleh Defendan untuk tujuan perniagaan dan Defendan memperolehi sekitar RM20,000.00 sebulan hasil daripada perniagaan bas tersebut. 31. Apabila Plaintif mengambil milikan bas tersebut pada bulan Mei dan Jun 2017, Defendan perlu membayar ansuran bulanan bas tersebut dan kehilangan pendapatan pada dua bulan tersebut. Dalam tempoh tersebut, Defendan telah mengalami kerugian sebanyak RM52,812.00 [(RM6,406 x 2 bulan=RM12,812.00) + (kehilangan pendapatan perniagaan RM20,000.00 x 2 bulan = RM40,000.00)]. 32. Plaintif sebaliknya telah memperolehi keuntungan perniagaan daripada bas tersebut selama dua bulan. 33. Selanjutnya, Defendan telah membuat bayaran ansuran bulanan bas tersebut dalam tempoh lanjutan iaitu bagi bulan Julai hingga Oktober 2017. Bagi tempoh empat (4) bulan tersebut, Plaintif telah memperolehi keuntungan perniagaan daripada bas tersebut manakala Defendan telah kehilangan pendapatan sebanyak RM80,000.00. 34. Defendan telah membelanjakan sekitar RM20,000.00 untuk membaik pulih bas tersebut selepas mengambilnya daripada Plaintif pada bulan November 2017. Bas tersebut telah berada di bengkel selama dua (2) minggu. Dalam tempoh tersebut, Defendan telah kehilangan pendapatan daripada bas tersebut sebanyak RM10,000.00. akibat Plaintif gagal membayar baki harga penjualan dalam tempoh lanjutan, Defendan berhak untuk melucutkhak deposit dan mengambil semula bas tersebut. 35. Defendan menuntut balas seperti berikut: - a) Plaintif memulangkan semula kepada Defendan RM38,000.00 bayaran deposit yang telah diberikan oleh Defendan, b) Bayaran ansuran bulanan bas tersebut bagi bulan Mei 2017 dan Jun 2017 sebanyak RM12,812.00, c) Kehilangan pendapatan daripada bas tersebut bagi bulan Mei dan Jun 2017 sebanyak RM40,000.00, d) Bayaran baikpulih bas tersebut sebanyak RM20,000.00, e) Kehilangan pendapatan daripada bas tersebut semasa dalam tempoh pembaikan sebanyak RM10,000.00; dan f) Kos tindakan ini. JAWAPAN KEPADA PEMBELAAN DAN PEMBELAAN KEPADA TUNTUTAN BALAS 36. Terma baki hendaklah dibayar oleh Plaintif kepada Defendan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh penyerahan deposit tetapi telah dibatalkan dan dipersetujui oleh Defendan untuk memberi masa lanjut selama enam bulan kepada Plaintif. 37. Plaintif tidak dapat meneruskan pembelian Bas tersebut. Terma-terma yang dipersetujui bagi lanjutan masa adalah Plaintif membayar amaun RM 6,506.00 sebanyak empat kali kepada akaun bank Defendan sehingga pembiayaan / pinjaman untuk pembelian bas tersebut diluluskan. 38. Walaubagaimanapun, Plaintif tidak dapat meneruskan pembelian bas tersebut kerana Tuan Haji Wan Azli bin Wan Chik iaitu Pengarah Plaintif yang menguruskan Perjanjian Jual Beli Bas tersebut telah meninggal dunia dan pembiayaan / pinjaman melalui bank walaupun telah diluluskan tidak dapat diteruskan akibat kematian Tuan Haji Wan Azli bin Wan Chik. 39. Tiada terma untuk melucuthak deposit sebanyak RM 100,000.00 telah dipersetujui antara Plaintif dan Defendan. Sekiranya Defendan berhak untuk melucuthak deposit yang telah dibayar oleh Plaintif, jumlah deposit yang dilucuthak hendaklah merupakan suatu jumlah yang munasabah dan bukan secara keseluruhan kerana harga jualan bas tersebut adalah RM 280,000.00 sahaja. 40. Defendan telah menghantar wakil Defendan bernama En. Mohd Rashidi Bin Abdul Rahim untuk mengambil kunci Bas tersebut pada 27.11.2017 di Pejabat Urusan Punsu Travel & Tours Sdn Bhdt tetapi tidak pernah memaklumkan Plaintif berkenaan jumlah yang dilucutkan. Pemulangan Bas tersebut adalah dipersetujui dengan terma-terma antara Plaintif dengan Defendan secara lisan. 41. Plaintif menyatakan bahawa sebelum bas tersebut dipulangkan kepada Defendan, Plaintif telah membaikpulih bas tersebut kerana dimaklumkan bahawa Bas tersebut perlu dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer ("PUSPAKOM") untuk pemeriksaan lanjut. 42. Surat Defendan bertarikh 14.8.2018 adalah surat yang dihantar secara unilateral sahaja tanpa apa-apa bukti kerosakkan atau dalam keadaan teruk Bas tersebut dikemukakan oleh Defendan kepada Plaintif. ISU-ISU UNTUK DIBICARAKAN 43. Sama ada Defendan berhak untuk melucuthak RM 100,000.00 deposit yang dibayar untuk pembelian bas; 44. Sama ada Plaintif dan Defendan telah memasuki suatu perjanjian lanjut untuk penyelesaian jualbeli bas dengan terma-terma seperti berikut: i. Perjanjian untuk membeli bas tersebut disifatkan sebagai terbatal; ii. Plaintif memulangkan bas tersebut kepada Defendan; iii. Wang deposit sebanyak RM 100,000.00 dipulangkan oleh Defendan kepada Plaintif; iv. Bayaran bulanan berjumlah RM 25,624.00 disifatkan sebagai bayaran sewa penggunaan bas tersebut. 45. Sama ada Plaintif berhak untuk menuntut bayaran baki RM 2,000.00 daripada Defendan dimana cek-cek Defendan berjumlah RM 5,000.00 telah "dishonour" dan hanya RM 3,000.00 telah dibayar kepada Plaintif; 46. Sama ada Defendan kini berhak untuk menuntut RM 38,000.00 yang telah dibayar kepada Plaintif; 47. Sama ada Defendan berhak untuk menuntut pembelanjaan dalam tuntutan balas Defendan seperti berikut: i. Sama ada Defendan berhak menuntut ansuran bulanan bulan Mei 2017 dan Jun 2017 sebanyak RM 12,812.00; ii. Sama ada Defendan berhak menebus deposit dan Plaintif memulangkan RM 38,000.00 kepada Defendan; iii. Kehilangan pendapatan daripada bas tersebut bagi bulan Mei dan Jun 2017 sebanyak RM 40,000.00; iv. Bayaran baikpulih bas tersebut daripada bas tersebut semasa dalam tempoh pembaikan sebanyak RM 10,000.00; 48. Sama ada Plaintif berhak menamatkan urusan pembelian bas tersebut. DAPATAN MAHKAMAH 49. Dengan hormat, mahkamah mendapati terdapat hanya tiga isu pokok yang perlu diputuskan bagi kes ini iaitu: a. Sama ada Defendan berhak untuk melucuthak RM 100,000.00 deposit yang dibayar untuk pembelian bas; b. Sama ada Defendan berhak untuk menuntut pembelanjaan dalam tuntutan balas Defendan; dan c. Sama ada Plaintif berhak untuk menamatkan urusan pembelian bas tersebut. 50. Ianya adalah prinsip undang-undang mantap bahawa beban undang-undang untuk membuktikan kes adalah terletak kepada Plaintiff sepanjang masa. Mahkkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Telekom Malaysia Bhd v KLK Electronic Sdn Bhd [2019] 4 MLJ 631; [2019] 1 LNS 522; [2019] dimana prinsip ini telah dijelaskan seperti berikut: “It is a fundamental principle of law that in a civil case, the legal burden of proof lies on the party who brings the claim. The evidential burden may shift to the Defendan once the Plaintiff has established a prima facie case. This principle was stated by the Court of Appeal in the recent case of Gerard Jude Timothy Pereira v. Kasi a/l KL Palaniappan [2017] 1 LNS 889; [2017] 6 MLJ 54 at para. [35] as follows: “[50] As rightly pointed out by the learned trial judge himself, in a civil case the plaintiff bears both the legal and evidential burden of proof (see ss. 101 and 103 Evidence Act 1950 ). It is also trite law that legal burden is imposed by law and remains with the Plaintiff throughout the trial and never shifts to the Defendant. On the other hand, evidential burden moves to and fro between the Plaintiff and the Defendant depending on the state of the evidence introduced at any one stage of the trial, and unless and until the plaintiff discharges his evidential burden by establishing a prima facie case, there is no burden on the Defendant to prove his defence, no matter how weak his defence might be.” 51. Kes Mahkamah Rayuan di atas telah merujuk kepada Seksyen 101 dan Seksyen 103 Akta Keterangan 1950 bagi menerangkan maksud beban pembuktian. Seksyen 101 dan 103 Akta Keterangan 1950 dilampirkan: 101. Burden of proof (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. Burden of proof as to particular fact 103. The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person. 52. Mengikut prinsip undang-undang di atas, beban pembuktian keterangan terletak di bahu Plaintif sepanjang masa. Beban tersebut hanya akan beralih kepada Defenden selepas Plaintiff berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Defendan. 53. Dengan hormat, Plaintif di dalam tindakan ini berjaya melepaskan beban pembuktian tuntutannya seperti diperuntukkan di dalam Seksyen 101 dan Seksyen 103 Akta Keterangan 1950 melalui keterangan dokumentar dan keterangan lisan saksi Plaintif. 54. Tuntutan plaintif di dalam kes ini adalah berdasarkan dakwaan Plaintif bahawa beliau berhak menerima pulangan deposit berjumlah RM 100,000.00 (di mana Defendan telah membayar RM 38,000 kepada Plaintif) di bawah satu perjanjian pembelian sebuah bas yang tidak dilaksanakan. 55. Plaintif semasa urusan pembelian bas ini, telah memohon untuk pinjaman dan telah diluluskan dari institusi kewangan namun malangya Plaintif telah meninggal dunia semasa urusan pinjaman yang mengakibatkan kelulusan pinjaman tersebut terbatal secara serta-merta. 56. Bas tersebut telah dipulangkan kepada Defendan dan tempoh bas tersebut berada di dalam kawalan Plaintif adalah dari Mei 2017 sehingga November 2017. [Mukasurat 38, Ikatan Dokumen Bersama, Lampiran 27.] 57. Plaintif juga telah mengemukakan resit-resit penyelanggaraan bagi bas tersebut dari Mei 2017 sehingga Oktober 2017. [Mukasurat 20-30-, Ikatan Dokumen Bersama, Lampiran 27.] 58. Resit-resit ini adalah menyokong dakwaan Plaintif bahawa bas tersebut mempunyai banyak masalah dan telah mengakibatkan Plaintif menghadapi kos pembaikan yang tinggi bagi bas tersebut. 59. Namun, berbeza dengan Defendan apabila Defendan telah gagal mengemukakan apa-apa bukti bagi menyokong dakwaannya bahawa Plaintif telah memulangkan bas tersebut dengan keadaan yang tidak memuaskan yang mengakibatkan Defendan terpaksa membaiki bas tersebut dan lantaran dari itu, Plaintif tidak berhak untuk menerima baki pemulangan deposit tersebut. 60. Tiada bukti yang ditunjukkan oleh Defendan bahawa bas tersebut telah dipulangkan dalam keaadan tidak memuaskan apabila Plaintif telah mengepilkan resit-resit penyelengaraan bas tersebut. 61. Di dalam tindakan ini versi Plaintif dan Defenden adalah berbeza sama sekali. Tiada sebarang perjanjian bertulis yang boleh dirujuk bagi menentukan keesahan perjanjian pembelian bas tersebut. 62. Namun, pada hemat mahkamah, versi Plaintif adalah lebih munasabah plausible manakala versi Defendan adalah permikiran terkebelakang apabila tindakan Defendan pada masa material lebih memihak kepada Plaintif di dalam tindakan ini seperti fakta yang tidak disangkal apabila Defendan telah membuat bayaran kepada Plaintif bagi maksud menjelaskan bagi pemulangan deposit pembeliaan bas tersebut sebelum tindakan ini difailkan. 63. Namun, sebaliknya, di dalam tindakan ini, Defendan telah menuntut pemulangan segala bayaran yang telah dibuatnya kepada Plaintif, berlawanan dengan tindakannya pada setiap masa material. 64. Defendan di dalam kes ini telah menuntut balas terhadap kos membaik pulih bas dan kehilangan pendapatan, namun tiada sebarang bukti dokumentar seperti resit pembaikan dan kehilangan pendapatan tidak dibuktikan. 65. Mahkamah merujuk kepada kes Datuk Mohd Ali Bin Hj Abdul Majid & Anor v Public Bank [2014] 4 MLJ 465 di mana ianya telah diperuntukkan bahawa setiap tuntutan ganti rugi perlu dibuktikan:- [32] It is trite law that a claimant claiming damages must prove that he has suffered the damage. The claimant has the burden of proving both liability and quantum of damages, before he can recover the sum claimed. This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person’s case, the proof of such allegation falls on him (sees 103 of the Evidence Act 1950). If he fails to prove both the liability and the quantum of damages, he loses the action. [33] Therefore, in a claim for damages, it is not sufficient for the plaintiff to merely state the amount of damages that he is claiming, he must prove the damage that he had in fact suffered to the satisfaction of the court… 66. Oleh yang demikian, mahkamah telah menolak tuntutan balas Defendan dengan kos mengikut skala. 66. Defendan tidak seharusnya memperoleh keuntungan tidak wajar apabila gagal mengembalikan jumlah wang yang telah dibayar Plaintif dan dalam pada masa yang sama mempunyai milikan terhadap bas tersebut yang telah diselenggarakan oleh Plaintif sepanjang Mei sehingga Oktober 2017. 67. Dalam masa yang sama, Plaintif pula telah membuat bayaran bulanan sebanyak RM6,406.00 sebulan pada 5.7.2017. 4.8.2017, 12.9.2017 dan 9.10.2017 berjumlah RM25,624.00. 68. Pada hemat mahkamah, berdasarkan fakta-fakta di atas, jawapan bagi isu pertama dan kedua di dalam tindakan ini iaitu, sama ada Defendan berhak untuk melucuthak RM 100,000.00 iaitu deposit yang dibayar untuk pembelian bas; dan samada tuntutan balas Defendan dibenarkan; adalah tidak berhak dan tidak layak. 69. Mahkamah merujuk kepada Seksyen 56 Akta Kontrak 1950, di mana ianya memperuntukkan seperti berikut: Effect of failure to perform at fixed time, in contract which time is essential. 56 (1) When a party to a contract promises to do a certain thing at or before a specified time, or certain things at or before specified times and fails to do any such thing at or before the specified time, the contract, or so much of it as has not been performed, becomes voidable at the option of the promisee, if the intention of the parties was that time should be of the essence of the contract. 70. Mengaplikasikan peruntukan undang-undang di atas, Plaintif adalah tidak terhalang dari menamatkan kontrak tersebut kerana ianya tidak boleh dilaksanakan di atas faktor kematian wakil Plaintif pada ketika itu. 71. Oleh itu, Plaintif berhak mendapatkan pulangan deposit bagi pembayaran bas tersebut dan ini menjawab kepada isu ketiga iaitu samada Plaintif berhak menamatkan perjanjian pembelian bas tersebut. 72. Mahkamah merujuk kepada kes Goodhope Healthcare Sdn Bhd & anor lwn. A1 Globe Sdn Bhd [2024] MLJU 857 di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes ini telah membenarkan tuntutan Plaintif untuk pengembalian semula kesemua wang Bayaran Pendahuluan (deposit) tersebut yang berjumlah RM2,092,087.74 untuk kontrak yang terbatal akibat kemungkiran daripada Defendan. 73. Walaupun terdapat isu illegality di utarakan oleh Plaintif di dalam kes ini, pada hemat mahkamah, mahkamah tidak wajar menyentuh berkenaan isu ini kerana ianya tidak diplidkan di dalam pliding dan ianya juga bukan di antara isu-isu untuk dibicarakan. KESIMPULAN 74. Berdasarkan dokumen-dokumen dan keterangan saksi Plaintiff dan saksi Defendan, hujahan bertulis dan hujahan balasan kedua-dua pihak, di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah mendapati Plaintiff telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan manakala Defendan telah gagal memberikan sebarang pembelaan bermerit. 75. Oleh itu, tuntutan Plaintif dibenarkan dengan kos mengikut skala dan aturan biasa Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan tuntutan balas Defendan ditolak dengan kos mengikut skala dan aturan biasa Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. BERTARIKH 13 DISEMBER 2024 DISEDIAKAN OLEH ADILAH MOHTAR MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL (1) IPOH PERAK DARUL RIDZUAN Pihak – Pihak Encik Terence Naidu A/L Raja @ Raja Naidu dan Encik Koh Shean Wai dari Tetuan Gibb & Co bagi pihak Plaintif; Encik Azhar bin Jalaluddin dari Tetuan Alif, Hariz & Partners bagi pihak Defendan.