Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN JENAYAH NO: BA-44-180-07/2024 Dalam Perkara Alagesan a/l Mutusamy (No. K/P: 811210- 14-5689); Dan Dalam Perkara Mahkamah Majistret Jenayah Kuala Kubu Bahru Kes Jenayah No: BF-81- 2-02/2024 BF-83D-502- 06/2024; Dan Dalam Perkara Seksyen 39(b)(1) & 41B Akta Dadah Berbahaya 1952; Dan Dalam Perkara Seksyen 388(2) Kanun Acara Jenayah & 31, 35 & 84 Akta Kehakiman 1964; Dan Dalam Perkara 5, 8 dan 121 Perlembagaan Persekutuan ANTARA ALAGESAN A/L MUTUSAMY …PEMOHON (NO. K/P : 811210-14-5689) DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN LATAR BELAKANG [ 1 ] Pemohon, telah dituduh di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”), di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu (Kes Jenayah No: BF-81-2-02-2024) dan berada dalam tahanan reman sementara Izin Pendakwaan dikemukakan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi. Pada tarikh permohonan didengar pertuduhan terhadap Pemohon/Tertuduh telah dipindahkan ke Mahkamah ini untuk perbicaraan. [ 2 ] Pemohon telah memfailkan Notis Usul (Kandungan 1) memohon untuk dilepaskan atas jaminan kerana Pemohon merupakan Orang Kelainan Upaya (“OKU”) dari paras pinggang ke paras tapak kaki (tiada upaya fizikal 100%). Notis Usul ini disokong oleh satu Afidavit Sokongan (kandungan 2). Pemohon menyatakan terdapat halangan kepada pelepasan atas jaminan yang diperuntukkan di bawah seksyen 41B ADB 1952 kepada OKU kerana tiada peruntukan berkaitan Tertuduh yang boleh ditakrif sebagai sakit atau lemah (“infirm”) seperti yang dibenarkan di bawah proviso kepada seksyen 388(1) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”). Peruntukan yang berkaitan adalah seperti berikut – Akta Dadah Berbahaya 1952: Section 41B. No bail to be granted in respect of certain offences.