SD6- Lee Eng Kar – Pemilik Premis [69] Setelah memperhalusi keterangan OK-OKT ini Mahkamah meringkaskan asas pembelaan mereka sepertimana berikut: - a) Kesemua OKT sememangnya tiba di premis tempat kejadian sebelum serbuan dibuat; b) Kesemua OKT mengesahkan kad akses VIP untuk mesin simulator dirampas dari dalam milikan tubuh badan meraka, sama ada dalam poket seluar atau dalam dompet; c) Kesemua OKT menafikan bahawa mereka sedang bermain mesin judi tersebut semasa serbuan dibuat; d) Kesemua OKT mengesahkan bahawa mereka tahu premis tempat kejadian mempunyai lesen yang sah dan ditampal di kaunter; e) SD6 mengesahkan bahawa premis tempat kejadian adalah dalam jagaannya dan pada setiap masa mempunyai lesen pusat hiburan yang sah dan tiada aktiviti perjudian telah dijalankan; f) SD6 menafikan bahawa hadiah rokok akan diberikan kepada pemain selepas selesai bermain mesin simulator. [70] Pembelaan di peringkat ini perlu mengakas anggapan di bawah Seksyen 6(2) dan Seksyen 19 ARJT di atas. Bagi anggapan di bawah Seksyen 19, isu utama yang masih dibawa oleh pembelaan di peringkat ini adalah bahawa pendakwaan menunjukkan dua naratif berbeza apabila lesen pusat hiburan keluarga P5 dikemukakan. Bagi mematahkan anggapan tersebut, pembelaan bergantung kepada keterangan OKT-OKT dan juga SP6. [71] Mahkamah mendapati keterangan saksi-saksi pembelaan yang menegakkan bahawa lesen pusat hiburan keluarga yang dikeluarkan oleh MBSP ini sebagai satu tiket sah untuk membenarkan aktiviti perjudian di premis tersebut adalah tidak tepat dan tidak mencukupi untuk mengakas anggapan tersebut. Sekali lagi Mahkamah merujuk kes LEE LYE POH di atas dan menyatakan bahawa lesen pusat hiburan P5 itu walaupun masih sah, tidak secara langsung memperincikan apakah jenis permainan mesin simulator yang dilesenkan. Dalam kewujudan elemen perjudian pada mesin simulator tersebut, adakah lesen pusat hiburan keluarga itu mencukupi untuk menghalalkan pengendalian mesin simulator yang berunsur perjudian? [72] Lesen MBSP itu juga tidak menepati peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 27A ARJT yang jelas memberikan kuasa mutlak kepada Menteri Kewangan untuk mengisukan sebarang lesen perjudian. Sekiranya pembelaan berhasrat menegakkan hujahan ini, maka Mahkamah berpendapat adanya keperluan untuk pegawai daripada MBSP hadir memberikan keterangan di Mahkamah berkenaan pengisuan lesen pusat hiburan di bawah Enakmen Hiburan, dan perbezaaannya dengan lesen di bawah ARJT. Keterangan ini tiada di Mahkamah. [73] Penting untuk Mahkamah menekankan bahawa niat Parlimen dalam merangka Akta Rumah Judi terbuka telah dizahirkan dalam THE COMMON GAMING HOUSES BILL,1953, SECOND READING, PAGE 398:- The Attorney-General:- In recent years, the subject of lotteries has attained a quite unsual importance, and much legislation has been passed on the subject. It is recognised, I think, by everyone, that gambling is a a natural instinct which cannot be completely supressed. But, like many other natural instincts, it is one which needs to be controlled in the interests of soficety. The general scheme we have now evolved is that by such laws as the one which I am now proposing we make illegal all public lotteries run by private persons for private ends but at the same time we have enabled the State to run controlled lotteries for welfare purposes, and in the Ordinance which was passed last year, the Lotteries Ordinance, we have enabled private organisations also to obtain licences to run public lotteries for social and welfare purposes. Those few exceptions-State lotteries, and lotteries for welfare purposes by private people-may be regarded as forms of outlet for this natual instinct of gambling. [74] Pada hemat Mahkamah, perangkaan Akta ini adalah untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi dan juga untuk kepentingan masyarakat secara amnya. Ini termasuklah juga dengan pengecualian yang diberikan di bawah Seksyen 27A itu yang membolehkan beberapa entiti untuk menjalankan aktiviti perjudian dengan syarat-syarat yang tertentu. Ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada individu yang ingin berjudi, dengan entiti-entiti yang dibolehkan. Oleh itu, lesen pusat hiburan keluarga bukanlah satu bentuk lesen perjudian di bawah seksyen tersebut, dan kuasa pihak Majlis Bandaraya mengeluarkan lesen perlu dibezakan dengan kuasa Menteri Kewangan itu sendiri. [75] Pihak pembelaan terpelajar juga berhujah bahawa Seksyen 19 ini hanyalah anggapan terhadap premis dan “occupier” dan bukannya terhadap OKT-OKT yang dijumpai berada dalam premis tersebut. Dengan segala hormatnya, anggapan terhadap aktiviti perjudian adalah di bawah Seksyen 6(2) sepertimana diputuskan di akhir kes pendakwaan. Selanjutnya, Seksyen 19 adalah anggapan terhadap elemen rumah perjudian terbuka itu sendiri yang mana elemen penting dalam pembuktian kesalahan di bawah Seksyen 6(1). [76] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah memutuskan untuk menerima keterangan SP4. Dalam ketiadaan keterangan lain yang dapat menyanggah keterangan SP4, maka ianya kekal sebagai keterangan jitu di hadapan Mahkamah. Mahkamah merujuk kes Samundee Devan a/l Kerishnan Muthu v Public Prosecutor [2009] 1 MLJ 697 yang mana Abdul Malik Ishak JCA memutuskan:- “It is our judgment that the High Court judge had misdirected himself by not accepting wholly the evidence of the government chemist when he questioned the quantitative test undertakan by the government chemist bearing in mind that:- a. The accused did not call another expert witness to rebut and challenge the evidence of the government chemist; and b. The defence of the accused was called at the close of the prosecution’s case based, inter alia, on the evidence of the government chemist for both the charges of trafficiking in the dangerous drugs.” [77] Seksyen 19 juga sememangnya meletakkan beban kepada penghuni (occupier”) untuk membuktikan bahawa premis tersebut bukan rumah perjudian terbuka. Mahkamah rujuk nas kes JOO KOON POW & ORS v REG [1957] 1 MLJ 108 at 109:- Now the law in regard to gaming was set out in the Singapore case of Rex v Fong Chong Cheng & Ors (1930) SSLR 139. That case has been repeatedly cited with approval over the passage of years and is, as far as I am aware, still the leading case on the subject. In the course of his judgment in that case Stevens J. stated:— Notwithstanding this, the law has placed in the hands of the Crown a very powerful weapon to assist it in the suppression of illegal gambling. That weapon is Section 14 of the Common Gaming Houses Ordinance. (Section 19 of the present Ordinance). The effect of the section is that it places on any person whose premises are entered under the Ordinance, and found to contain instruments of gaming, the burden of proving that those premises are not a common gaming house within the meaning of the law. Now it is clear that the section breaks in upon the general rule that a person accused of an offence is presumed to be innocent until his guilt is established by the evidence of the prosecution. It places on him the burden of proving his innocence, as soon as certain facts have been established which draw some suspicion upon him. It is clear, therefore, that any evidence given to rebut the presumption merits the careful consideration of the Court, and ought not to be lightly disregarded” [78] OKT-OKT ini dijumpai berada dalam premis tempat kejadian semasa serbuan dilakukan, dengan kewujudan mesin judi yang mana SP3 lihat mereka kendalikan. Fakta ini menunjukkan OKT berada dan menggunakan premis itu semasa serbuan dibuat. Oleh itu, Mahkamah berpendapat OKT-OKT ini adalah occupier kepada premis tersebut. Seksyen tersebut jelas menggunakan perkataan occupier dan bukannya owner. Anggapan Seksyen 19 ini jelas boleh diaplikasikan kepada individu-individu yang premisnya dimasuki, dan di dalam premis tersebut, mesin judi dijumpai. Pada setiap masa juga, SD6 selaku pemilik premis hanya dipanggil sebagai saksi untuk mengesahkan berkenaan lesen pusat hiburan P5. SD6 juga mengesahkan bahawa SD6 tiada di tempat kejadian. Ini bermakna beban membuktikan bahawa premis tempat kejadian adalah bukan rumah judi terbuka, adalah terletak di bahu OKT-OKT ini. [79] Atas kesemua alasan ini, anggapan di bawah Seksyen 19 ini tidak berjaya disanggah oleh pembelaan. Walaupun dalam keadaan anggapan ini tidak digunapakai sekalipun, masih terdapat keterangan yang jitu daripada SP4, SP3 dan Laporan Pakar Judi berkaitan penjenisan mesin simulator yang disahkan mesin judi tersebut. Pada setiap masa, mesin judi itu adalah sepertimana takrifan Seksyen 2 ARJT dan seterusnya memenuhi elemen rumah perjudian terbuka. [80] Selanjutnya, saksi-saksi pembelaan menyatakan bahawa mereka tidak bermain dengan mesin simulator tersebut semasa tangkapan dibuat. Kesemua mereka mengesahkan bahawa kad akses VIP yang dirampas telah dijumpai sama ada dalam poket ataupun dompet. Memandangkan mesin simulator itu memerlukan kad akses vip untuk berfungsi, maka mereka menegaskan mereka tidak berjudi semasa serbuan dibuat. [81] Sepertimana disebut dalam kes THONG CHUNG CHONG & 10 ORS di atas, pada akhirnya Mahkamah ini perlu membuat timbang tara tentang keberatan keterangan kedua-dua pihak. Keterangan OKT-OKT di peringkat pembelaan ini adalah keterangan individu, tidak ada pada mana-mana keterangan OKT ini menyebut perihal OKT yang lain walaupun ditangkap bersama. Maka keterangan setiap OKT ini berdiri dengan sendiri dan tidak bertindak selaku sokongan ke atas keterangan masing-masing. [82] Fakta bahawa kad akses VIP itu dijumpai dalam milikan OKT-OKT ini, pada hemat Mahkamah tidak menafikan bahawa OKT-OKT ini bermain mesin judi tersebut. Pertamanya, Mahkamah rujuk kepada keterangan SP4:- PEMERIKSAAN UTAMA SP4 S: rujuk 6.3 kad magnetick ini tandaan f18 yang terkandung dalam id 15 – apa analisis terhadap kad J: kad tandaan f18 ini digunakan untuk bermain tambah nilai dan cuci point untuk dapatkan duit S: kad digunakan macam mana J: kad ini akan digunakan oleh pemain, mereka akan sentuh kad ini untuk masukkan nilai dalam mesin simulator – yang hendak dimainkan oleh pemain S: mesin apa J: mesin simulator [83] Keterangan SP4 jelas menyatakan bahawa kad VIP tersebut hanya perlu disentuh pada mesin simulator itu bagi memasukkan nilai pertaruhan. Hal ini bermakna, kad itu tidak perlu berada dalam mesin simulator itu sepanjang masa semasa mesin dimainkan. Pada hemat Mahkamah, sekiranya kad vip tersebut dijumpai pada milikan tubuh OKT-OKT ini sekalipun, tidak bermakna OKT-OKT ini tidak menggunakan kad vip itu untuk mengaktifkan mesin simulator itu sebelum tangkapan berlaku, sedangkan OKT-OKT ini dilihat sedang bermain permainan di mesin simulator tersebut. [84] Penafian OKT-OKT ini ditimbal balik dengan keterangan SP3 dan SP2 yang jelas meletakkan OKT-OKT ini dalam keadaan sedang bermain mesin judi tersebut. Keterangan bahawa kad vip ini telah dijumpai pada badan OKT-OKT ini dan bukannya pada milikan orang-orang lain yang ditangkap, telah mengkelaskan OKT-OKT ini dalam kumpulan individu yang telah berurusan dengan penjaga kaunter dan berniat mendapatkan pulangan melalui penambahan mata kredit. [85] Pada masa yang sama, turut dijumpai pada badan SD4 dan SD5 masing-masingnya wang tunai berjumlah RM1000 dan RM400 yang mana merupakan amaun yang banyak untuk dibawa secara kasual. Kewujudan wang ini tidak dijelaskan oleh pembelaan. OKT-OKT ini juga mengesahkan semasa Pemeriksaan Balas bahawa mereka semangnya sudah berada di tempat kejadian sekurang-kurangnya 15 ke 20 minit sebelum serbuan dibuat dan OKT-OKT dijumpai bermain mesin judi. Ini menunjukkan bahawa OKT-OKT ini sedar dan tahu berkenaan permainan mesin judi tersebut dan bukan datang ke tempat kejadian untuk tujuan berhibur semata-mata. [86] Keterangan SP4 semasa Pemeriksaan Balas dirujuk semula di sini:- PEMERIKSAAN BALAS SP4 S: Now mesin ini orang akan jalan masuk mau main itu mesin dia mesti apply vip card betul ke J: Betul S: Jadi you kena beli vip card baru boleh start mesin J: Betul S: Vip card dikira member kalau takda member takboleh main J: Betul S: Betul jadi kalau jadi member pun kena ada credit card betul J: Betul S: Jadi orang yang tengok dari keluar tak boleh main J: Betul S: Jadi dia kena beli vip card and then credit card betul baru boleh main J: Betul S: Vip card ditandakan sebagai F18 – tandaan N18 iaitu Eksibit P16 J: Betul S: Dan kredit card yang tambah nilai ini di mark sebagai F20 – tandaan N19 card magnetic sebagai P18 J: Betul S: Jadi awak dah mengesahkan dalam mahkamah bukan setiap orang jalan-jalan boleh main dia kena ambil vip card dan ambil credit card untuk buka mesin betul tak J: Betul [87] Keterangan SP4 yang konsisten tersebut meneguhkan lagi fakta bahawa OKT-OKT ini masuk ke dalam premis tempat kejadian dengan niat tidak lain tidak bukan untuk bermain mesin judi tersebut. Tindakan mereka yang telah membeli kad VIP telah membezakan mereka dengan orang awam lain di pasaraya tersebut yang tidak mempunyai akses kepada mesin judi tersebut. Oleh itu, Mahkamah mendapati pihak pembelaan tidak berjaya mematahkan anggapan di bawah Seksyen 6(2) ARJT tersebut. [88] Atas alasan-alasan tersebut, Mahkamah mendapati OKT-OKT bersalah dan disabitkan ke atas pertuduhan tersebut. H. HUKUMAN [89] Sepertimana disebut dalam kes LETITIA BOSMAN V. PP & OTHER APPEALS [2020] 8 CLJ 147, Mahkamah bicara mempunyai budi bicara luas untuk menentukan hukuman yang wajar diberikan kepada OKT. Penentuan hukuman ini perlu dibuat dalam ruang lingkup dan limitasi undang-undang yang diberikan. [90] Dalam kes ini, hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6(1) ARJT adalah denda tidak melebihi RM5000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. [91] Dalam menentukan hukuman yang sesuai, Mahkamah perlu mengambil kira faktor-faktor mitigasi dalam mencapai keseimbangan antara kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh. Sepertimana diputuskan dalam kes RAJA IZUDDIN SHAH v PP [1979] 1 MLJ 270; Ín his grounds of judgment the learned Magistrate seemed to be unduly influenced by the submission of counsel for prosecution that the plea in mitigation did not amount to a mitigation at all and therefore rejected all of them. I disagree. No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice. [92] Hujahan pemberatan pendakwaan adalah diringkaskan seperti berikut:- OKT 1 Seorang penyelenggara air conditioner, gaji tidak lebih RM2000, ada ibu bapa tua dan bujang OKT 2 Seorang surveyor technician dengan gaji mengikut projek dan pendapatan kasar RM1500 sebulan dan ibu bapa sudah tua, bujang OKT 3 Seorang surveyor technician dengan gaji mengikut projek dan pendapatan kasar RM1500 sebulan dan ibu bapa sudah meninggal dunia dan menjaga adik beradik masih bersekolah OKT 4 Seorang steel worker dengan gaji Rm3500 sebulan dan menanggung 2 anak yang bersekolah dan seorang di universiti dan menanggung bapa OKT 5 Seorang penjual kopi dan duda dan ada dua anak sebagai tanggungan dengan gaji RM1500 sebulan [93] Pembelaan turut berhujah:- 1) Hukuman penjara adalah tidak patut kerana perjudian bukanlah jenayah per se, kerana kerajaan telah membolehkan pihak MBSP mengisukan lesen; 2) OKT-OKT tiada rekod lampau; 3) Kesalahan OKT hanyalah satu bentuk public nuisance dan tidak memberi kesan kepada kepentingan awam. [94] Pihak pendakwaan selanjutnya berhujah:- 1) Pohon hukuman setimpal dan bersifat pencegahan; 2) Ini bukan kesalahan remeh dan sebaliknya OKT ini terlibat dalam aktiviti perjudian tanpa lesen dan ini adalah gejala sosial serius termasuk sama dengan bebanan hutang, dan masalah dadah; 3) Perniagaan ini beroperasi secara tersusun dan melibatkan elemen kesengajaan yang jelas dan memberi kesan kepada kepentingan awam; 4) Ada risiko pengulangan; 5) Hukuman perlu memberi mesej jelas kepada masyarakat [95] Mahkamah adalah terpandu kepada prinsip hukuman yang digariskan dalam KES PP V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] CLJU 864 yang memutuskan seperti berikut:- "Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. [6] All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court"" [96] Dalam kes ini Mahkamah meneliti bahawa aktiviti perjudian yang tidak berlesen sememangnya memberi impak kepada ekonomi negara dan membuka ruang kepada kebuncahan gejala sosial. Lebih-lebih lagi apabila ianya dilakukan secara terang-terangan di dalam tempat awam, tempat yang dikunjungi masyarakat setempat setiap hari untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Sepertimana yang disebut dalam pembentangan rang undang-undang ARJT di atas, Parlimen telahpun merangka peruntukan khas di bawah Seksyen 27A ARJT untuk memberi “outlet” kepada individu-individu yang ingin berjudi melepaskan keinginan mereka. Pada hemat Mahkamah ini merupakan satu bentuk keadilan kepada semua pihak. [97] Pada masa yang sama, Mahkamah juga mengambil kira latar belakang OKT-OKT, dan fakta bahawa tiada sabitan rekod lampau dikemukakan oleh pendakwaan. Kesalahan OKT-OKT ini juga tidak melibatkan keganasan dan OKT-OKT ini adalah pemain dan bukannya operator premis tersebut. Kesalahan ini juga dilakukan secara individu dan bukannya berkumpulan. [98] Mahkamah juga mengambil kira trend hukuman di Mahkamah ini yang mengenakan hukuman denda terhadap kesalahan di bawah seksyen sama sekiranya pengakuan salah dibuat awal. Pada masa yang sama, Mahkamah berpendapat hukuman pemenjaraan ataupun denda maksimum hendaklah diberikan dalam keadaan yang mana kesalahan adalah serius dan melibatkan pengulangan. [99] Berdasarkan kepada faktor-faktor di atas, Mahkamah berpendapat hukuman denda RM3500 gagal bayar 5 bulan penjara ke atas setiap OKT untuk pertuduhan ini adalah munasabah, memadai dan tidak “manifestly excessive”. I. PERINTAH TERHADAP BARANG KES [100] Mahkamah turut merujuk kepada Seksyen 16A(2) ARJT berikut:-