Lampiran
Lampiran 7). Bagi Responden Kedua dan Ketiga pula, penyampaian ganti telah dilaksanakan pada 26.3.2024 (lihat Lampiran S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ 6 19). Namun, tiada maklum balas mahupun affidavit difailkan oleh Responden Pertama, Kedua dan Ketiga. [16] Responden Keempat membantah permohonan Pemohon atas alasan yang berikut: (a) tiada bukti yang menunjukkan bahawa Tee Bong Hing dan Teo Leh Hua adalah pemilik sah hartanah terlibat; (b) tiada bukti yang menunjukkan tanah 3 ekar yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 bersamaan dengan keluasan 3/24 bahagian dalam GRN 342328 dan 3/22 bahagian dalam GRN 342329; (c) tiada bukti menunjukkan Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 melibatkan tanah milik Teo Leh Hua (Responden Ketiga); (d) Pemohon gagal menamakan Tetuan Ho Thian Chen & Co sebagai responden dalam saman pemula ini; (e) permohonan ini adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah disebabkan ia menyalahi Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955; dan (f) Pemohon tidak boleh menggunakan s. 417 Kanun Tanah Negara (“KTN”) bagi membolehkan Responden Keempat mendaftarkan borang pindahmilik disebabkan ketiadaan perintah mahkamah mengenai hartanah yang terlibat. S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ Sama ada Tee Bong Hing dan Teo Leh Hua adalah pemilik sah hartanah terlibat [17] Peguam Persekutuan berhujah bahawa permohonan ini tidak boleh dibenarkan kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa Tee Bong Hing dan Teo Leh Hua adalah pemilik sah hartanah terlibat. [18] Dalam hal ini, saya mendapati semasa Wong Peng Hong memfailkan Saman Pemula No. 367/1988 di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bagi membolehkan beliau diberi kebenaran bagi pihak The Kulim Group Limited menggantikan pelikuidasi syarikat itu untuk memecah pecah bahagian GRN 2976 Lot 704, nama Tee Bong Hing dan Teo Leh Hua telah disenaraikan sebagai pembeli sebahagian tanah GRN 2976 Lot 704 masing-masing dengan keluasan 12.53 ekar dan 10 ekar (m/s 26 Lampiran 2). [19] Berdasarkan kepada pengakuan yang dibuat oleh Wong Peng Hong dalam affidavit sokongannya itu, maka saya berpandangan, apabila Tee Bong Hing dan Teo Leh Hua telah menjelaskan harga jualan kepada Wong Peng Hong, maka mereka adalah pemilik benefisial tanah seluas lebih kurang 22.53 ekar dalam GRN 2976 Lot 704 (lihat kes Samuel Naik Siang Ting v. Public Bank Berhad [2015] 8 CLJ 944; [2015] 5 MLRA 665; [2015] 6 MLJ 1, Temenggong Securities Ltd & Anor v. Registrar of Titles, Johor & Ors [1974] CLJU 175; [1974] 1 LNS 175; [1974] 2 MLJ 45, Borneo Housing Mortgage Finance Bhd v. Time Engineering Bhd [1996] 2 CLJ 561; [1996] 2 MLJ 12 and Tan Ong Ban v. Teoh Kim Heng [2016] 3 CLJ 193; [2016] 3 MLJ 23). S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ Sama ada tanah 3 ekar yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 bersamaan dengan keluasan 3/24 bahagian dalam GRN 342328 dan 3/22 bahagian dalam GRN 342329 [20] Peguam Persekutuan dalam hujahnya menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan tanah 3 ekar yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 bersamaan dengan keluasan 3/24 bahagian dalam GRN 342328 dan 3/22 bahagian dalam GRN 342329. [21] Dalam hal ini, saya mendapati bahawa dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 adalah jelas bahawa Tee Bong Hing menjual 3 ekar (bersamaan dengan 1.21 hektar) daripada tanah seluas 23 ekar (bersamaan dengan 9.3 hektar) kepada Lew Tin Kwy. Ini bermakna Lew Tin Kwy membeli 13% daripada keluasan keseluruhan tanah milik Tee Bong Hing (3/23 x 100 = 13%). [22] Oleh yang demikian, 3/24 bahagian bagi GRN 342328 yang dituntut oleh Pemohon adalah 3/24 x 4.04 hektar (10 ekar) bersamaan dengan 0.507 hektar. Bagi keluasan untuk 3/22 bahagian dalam GRN 342329 pula pengiraannya adalah 3/22 x 5.07 hektar (12.53 ekar) bersamaan dengan 0.69 hektar. Justeru, 0.507 + 0.69 = 1.197 hektar dan 1.197 bersamaan 12.8% (+-13%) daripada keluasan 9.3 hektar. [23] Berdasarkan kepada pengiraan di atas, atas imbangan kebarangkalian, saya mendapati tanah 3 ekar yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 adalah selari dengan keluasan tanah yang terdapat dalam saman pemula ini. S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ Sama ada Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 melibatkan tanah milik Teo Leh Hua (Responden Ketiga) [24] Peguam Persekutuan berhujah bahawa permohonan ini wajar ditolak kerana Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 hanyalah melibatkan penjualan tanah milik Tee Bong Hing dan tidak melibatkan tanah milik Teo Leh Hua. [25] Dalam perkara ini, saya mendapati semasa Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 ditandatangani, keluasan tanah yang dimiliki oleh Tee Bong Hing adalah 23 ekar 21 pol. Bagaimanapun, berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh Wong Peng Hong semasa memfailkan permohonan pecah bahagian pada tahun 1988, tanah 23 ekar 21 pol itu telah dipecahkan kepada dua iaitu Tee Bong Hing mendapat 12.53 ekar (GRN 342329) dan isterinya iaitu Teo Leh Hua mendapat bakinya iaitu 10 ekar (GRN 342328). [26] Pada pandangan saya, keterangan di atas memberi gambaran bahawa 3 ekar yang dibeli oleh Lew Tin Kwy daripada Tee Bong Hing merentasi dua-dua tanah walaupun Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 melibatkan hanya Tee Bong Hing. Tambahan pula, permohonan oleh Pemohon ini melibatkan keluasan tanah yang tidak melebihi keluasan yang dibeli oleh Lew Tin Kwy (13%), bahkan lebih kecil iaitu 12.8%. Sama ada Tetuan Ho Thian Chen & Co perlu dinamakan sebagai responden dalam saman pemula ini [27] Peguam Persekutuan berhujah bahawa saman pemula ini wajar ditolak disebabkan Pemohon gagal menamakan Tetuan Ho Thian Chen & Co iaitu peguamcara yang terlibat dalam mendapatkan Perintah S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ bertarikh 25.9.1993, dalam saman pemula ini. Ini kerana, menurut Peguam Persekutuan, hanya firma guaman tersebut yang boleh mengesahkan transaksi jual beli yang terlibat adalah tanah milik Wong Peng Hong memandangkan firma guaman berkenaan yang memegang dokumen hakmilik yang berkaitan. [28] Dalam hal ini, saya mendapati dokumen hakmilik yang terlibat telah diserahkan kepada peguamcara Pemohon (lihat perenggan 14 Lampiran 2). Oleh yang demikian, hujah Peguam Persekutuan mengenai perkara ini pada pandangan saya adalah tidak berasas. Sama ada permohonan ini menyalahi Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [29] Peguam Persekutuan berhujah bahawa sekiranya mahkamah mendapati Lew Tin Kwy adalah pemilik benefisial tanah 3 ekar yang terlibat, maka tanah tersebut wajar didaftarkan atas nama beliau sendiri dan bukannya atas nama Pemohon. Ini disebabkan Pemohon hanyalah pentadbir dan wakil sah kepada Lew Tin Kwy sahaja. [30] Menurut Peguam Persekutuan lagi, sebagai pemegang surat kuasa mentadbir, Pemohon tidak boleh mendaftarkan tanah 3 ekar yang terlibat atas namanya sendiri walaupun terdapat keterangan bahawa semua waris kepada Lew Tin Kwy telah menyerahkan haknya kepada Pemohon. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Pemohon ialah menunggu sehingga keputusan mahkamah yang memutuskan tanah 3 ekar yang terlibat adalah milik Lew Tin Kwy dan kemudian melampirkan keputusan tersebut dalam permohonan Borang E Peraturan-Peraturan S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 bagi membolehkan tanah tersebut didaftarkan atas nama Pemohon. [31] Dalam hal ini, saya mendapati bahawa Pemohon adalah pentadbir dan wakil sah kepada Lew Tin Kwy. Fakta ini tidak dipertikaikan oleh Peguam Persekutuan. Selain itu, saya juga mendapati tanah 3 ekar yang terlibat telah dinyatakan secara jelas dalam Borang F bertarikh 29.3.2023 (lihat m/s 76-81 Lampiran 2). Berdasarkan kepada Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah s. 13 APK bertarikh 29.3.2023 yang dikeluarkan oleh Unit Pembahagian Pusaka Johor Tengah, Kluang kepada Pemohon tersebut, saya berpandangan permohonan Pemohon bagi mendaftarkan tanah 3 ekar yang terlibat atas nama beliau adalah tidak bercanggah dengan APK disebabkan tanah 3 ekar yang terlibat memang telah sedia ada dalam Borang F berkenaan. Sama ada s. 417(1) Kanun Tanah Negara membenarkan Responden Keempat mendaftarkan borang pindahmilik disebabkan ketiadaan perintah mahkamah mengenai hartanah yang terlibat [32] Dalam hujahannya, Peguam Persekutuan menegaskan bahawa Pemohon tidak boleh mengguna pakai s. 417(1) KTN disebabkan seksyen tersebut hanya terpakai apabila telah ada penghakiman atau perintah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah. Oleh kerana tiada penghakiman atau perintah yang telah diperolehi oleh Pemohon mengenai tanah yang terlibat, maka s. 417(1) KTN tersebut tidak boleh digunakan. S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ [33] Bagi memudahkan pemahaman, saya perturunkan seksyen 417(1) KTN tersebut: General authority of the Court 417. (1) The Court or a Judge may by order direct the Registrar or any Land Administrator to do all such things as may be necessary to give effect to any judgement or order given or made in any proceedings relating to land, and it shall be the duty of the Registrar or Land Administrator to comply with the order forthwith. [34] Dalam hal ini, saya tidak menafikan bahawa frasa “to give effect to any judgement or order given or made in any proceedings relating to land” dalam s. 417(1) KTN mensyaratkan bahawa perlu ada penghakiman atau perintah mengenai tanah berkenaan sebelum mahkamah mengarahkan pendaftar hakmilik atau pentadbir tanah untuk berbuat sesuatu yang difikirkan perlu oleh mahkamah. Namun, pada pandangan saya frasa tersebut tidak boleh dibaca dengan terlalu ketat sehingga menyebabkan ketidakadilan atau menyukarkan pihak-pihak. Ini bermaksud, apabila mahkamah telah memutuskan kedudukan tanah yang menjadi isu dalam sesuatu tindakan, maka mahkamah boleh terus memberikan perintah supaya pengarah tanah atau pentadbir tanah melaksanakan keputusan tersebut tanpa memerlukan pihak yang terlibat memfailkan tindakan berasingan hanya untuk melaksanakan keputusan mahkamah tersebut. [35] Dalam kes di hadapan saya ini, berdasarkan kepada beberapa isu yang dibincangkan sebelum ini, saya berpandangan Lew Tin Kwy adalah pemilik benefisial 3/24 bahagian dalam GRN 342328 serta 3/22 bahagian dalam GRN 342329 dan Pemohon sebagai pentadbir dan S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ wakil sah kepada Lew Tin Kwy layak untuk menjadi pemilik berdaftar bahagian-bahagian tersebut. [36] Adalah tidak munasabah dan menyusahkan apabila saya telah memutuskan kedudukan tanah tersebut memihak kepada Pemohon seperti di atas, Pemohon terpaksa pula memfailkan tindakan yang berasingan hanya bertujuan membolehkan mahkamah tersebut mengeluarkan perintah kepada Responden Keempat untuk mendaftarkan bahagian tersebut atas nama Pemohon. [37] Justeru, mahkamah ini yang jelas mempunyai kuasa sedia ada di bawah A. 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 boleh, bagi tujuan mengelakkan ketidakadilan kepada Pemohon, memberikan relif lanjutan kepada Pemohon dengan memberikan perintah lanjutan supaya Responden Keempat untuk mendaftarkan bahagian yang telah diputuskan milik Pemohon secara benefisial atas namanya. [38] Sebagai tambahan, saya mendapati permohonan seperti yang difailkan oleh Pemohon ini bukanlah yang pertama (melibatkan GRN 2976 Lot 704). Sebaliknya terdapat lebih daripada 10 permohonan yang dibuat sebelum ini yang serupa dengan permohonan ini dan dibenarkan oleh mahkamah. Walaupun cara yang digunakan berbeza – ada yang menggunakan writ dan ada yang menggunakan saman pemula, tujuannya adalah sama iaitu untuk mendapatkan perintah bagi membolehkan bahagian tanah yang diputuskan milik mereka secara benefisial didaftarkan atas nama mereka. Berikut adalah kes yang terlibat: S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ Bil. No. Tindakan Pemohon/ Plaintif Responden/ Defendan 1. 21-4-2009 Ah A Wad @ Wang Joo dan 111 yang lain 1. wakil diri kepada Wong 2. Peng Hong (Simati) Pengarah Tanah dan 3. Galian Johor Tetuan Ho Thian Cheh & Co 2. 24T-69-04/2012 1. Ang Giap Chai dan 57 yang lain Tetuan Ho Thian Cheh & 2. Pengarah Tanah dan Galian Johor 3. 24NCVC-241- 05/2014 Loo Feng & 10 yang lain 1. Tetuan Ho Thian Cheh & 2. Pengarah Tanah dan Galian Johor 4. 743-11/2018 3. Chew Lian Tai Tetuan Ho Thian Cheh & 4. Co (disaman sebagai sebuah firma) Pengarah Tanah dan Galian Johor 5 13-01/2018 1. Loo In Kong 2. Vijayan a/l 3. Vesadaivan Mariamah @ Muniamah a/p 1. Veeriah wakil diri Tee Bong Hing (Simati) 2. wakil diri Teo Leh Hua (Simati) 3. Tetuan Ho Thian Cheh & 4. Co (disaman sebagai sebuah firma) Pengarah Tanah dan Galian Johor 6. 682-10/2019 1. Ang Giap Teck 2. Ang Eng Piang 1. Tetuan Ho Thian Cheh & 2. Pengarah Tanah dan Galian Johor 7. 682-10/2019 1. Lee Meng King Tetuan Ho Thian Cheh & 2. Co (disaman sebagai sebuah firma) Pengarah Tanah dan Galian Johor 8. 690-10/2019 1. Toh Teck 2. Young 1. Toh Teck Sim Tetuan Ho Thian Cheh & 2. Co (disaman sebagai sebuah firma) Pengarah Tanah dan S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ Galian Johor 9. 696-10/2019 Gopalan a/l Sankaran (wakil sah kepada Rasagobal a/l Sankaran – 5. Simati) wakil diri Tee Bong Hing (Simati) 6. Tetuan Ho Thian Cheh & 7. Co (disaman sebagai sebuah firma) Pengarah Tanah dan Galian Johor 10. 53-01/2022 1. Teong Chee 2. Kuan 3. Lim Peng Yam 4. Heng Poh Chin Wang Kok 1. Yong wakil sah dan/ atau waris sah kepada Lim Eng 2. Chu. Simati wakil sah dan/ atau waris sah kepada Loo Cheung 3. Seng 4. Wong Lee Hong 5. Tay Seek Huan 6. Teng Geong Bing (F) 7. Teng Siew Tah (F) Tetuan Ho Thian Cheh & 8. Pengarah Tanah dan Galian Johor 11. 394-05/2022 1. Wang Kok Yong (menyaman dalam kapasiti bagi/ diri sendiri dan/ atau juga sebagai pemegang amanah sah Ah A Wad @ Wang Joo, Simati di bawah Geran Probet No. 32NCVC-49- 05/2012 2. Wang Zhen Yu 3. 1. Heng Poh Chin 2. Lim Eng Chu 3. Teng Geok Bing (F) 4. Teng Siew Wah 5. Chong Yun Cheng 6. Teng Moi Eng Tetuan Ho Thian Cheh & 7. Co (disaman sebagai sebuah firma) Pengarah Tanah dan Galian Johor 12. 805-08/2022 Sriraman a/l 1. Krishnan wakil diri kepada Wong 2. Peng Hong (Simati) Tetuan Ho Thian Cheh & S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ 16 13. 19-01/2023 1. Wang Kok 2. Yong 3. Wang Zhen Yu 1. Heng Poh Chin wakil diri kepada Wong 2. Peng Hong, Simati 3. Lim Eng Chu 4. Teng Geok Bing 5. Teng Siew Wah Tetuan Ho Thian Cheh & 6. Co (disaman sebagai sebuah firma) Pengarah Tanah dan Galian Johor 14. 915-08/2023 Sriraman a/l Krishnan (wakil sah kepada Krishnan a/l Karuppan di bawah Geran Surat Kuasa Mentadbir No. JA- 31NCVC-466- 06/2022 7. wakil diri kepada Wong 8. Peng Hong, Simati Tetuan Ho Thian Cheh & 9. Co (disaman sebagai sebuah firma) Pengarah Tanah dan Galian Johor Kesimpulan [39] Sebagai kesimpulan berdasarkan keterangan yang dikemukakan di hadapan saya, saya mendapati yang berikut: (a) Wong Peng Hong telah menjual kepada Tee Bong Hing sebahagian tanah yang dimilikinya secara benefisial seluas kira-kira 23 ekar 21 pol (mengikut Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971) atau 22.53 ekar (mengikut affidavit Wong Peng Hong semasa memfailkan Saman Pemula No. 367/1988 di mana ia terdiri daripada Tee Bong Hing seluas 12.53 ekar dan Teo Leh Hua seluas 10 ekar). Tiada tindakan pindahmilik dibuat; (b) melalui Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971, Tee Bong Hing menjual 3 ekar dari 23 ekar 21 pol tanah yang dimilikinya S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ secara benefisial kepada Lew Tin Kwy (keluasan ini bersamaan dengan 13% dari keluasan keseluruhan). Tiada tindakan pindamilik dibuat; (c) 23 ekar 21 pol tersebut kemudian telah diberi nombor hakmilik yang dikenali dengan GRN 342328 dengan keluasan 10 ekar (Teo Leh Hua diletakkan sebagai pemilik benefisial) dan GRN 342329 dengan keluasan 12.3 ekar (Tee Bong Hing diletakkan sebagai pemilik benefisial); (d) tanah 3 ekar yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 25.11.1971 adalah bersamaan dengan keluasan 3/24 bahagian dalam GRN 342328 dan 3/22 bahagian dalam GRN 342329 iaitu lebih kurang 13% daripada keluasan keseluruhan; (e) Pemohon adalah pentadbir dan wakil sah kepada Lew Tin Kwy; (f) kepentingan Lew Tin Kwy dalam 3/24 bahagian dalam GRN 342328 dan 3/22 bahagian dalam GRN 342329 ada dinyatakan dalam Borang F bertarikh 29.3.2023 yang dikeluarkan oleh Unit Pembahagian Pusaka Johor Tengah, Kluang kepada Pemohon; dan (g) waris Lew Tin Kwy telah menolak bahagian masing-masing dan menyerahkannya kepada Pemohon. S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ [40] Berdasarkan kepada alasan di atas, saya mendapati permohonan Pemohon ini mempunyai merit dan dengan itu saya membenarkan permohonan Pemohon dalam Lampiran 1. Tarikh: 10.2.2025 - t.t – (SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM) Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru Peguamcara: Bagi pihak Pemohon – Mariammah A/P Bharathan; Tetuan B.Mariammah & Co Bagi pihak Responden Keempat: Suhana binti Sabil, Peguam Persekutuan; Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Kes yang dirujuk: Borneo Housing Mortgage Finance Bhd v. Time Engineering Bhd [1996] 2 CLJ 561; [1996] 2 MLJ 12 Samuel Naik Siang Ting v. Public Bank Berhad [2015] 8 CLJ 944; [2015] 5 MLRA 665; [2015] 6 MLJ 1 Tan Ong Ban v. Teoh Kim Heng [2016] 3 CLJ 193; [2016] 3 MLJ 23 Temenggong Securities Ltd & Anor v. Registrar of Titles, Johor & Ors [1974] CLJU 175; [1974] 1 LNS 175; [1974] 2 MLJ 45 Undang-undang yang dirujuk: Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - A. 92 k 4 Kanun Tanah Negara – s. S/N zogcjp3b7kaAsVImCqv5pQ