tindakan Defendan yang tidak mengendahkan permintaan Plaintif untuk menyiapkan Projek tersebut. [149] Untuk tuntutan gantirugi khas, pihak Plaintif telah memplidkan perbelanjaan dan kos yang dibelanjakannya. Ini selaras dengan keputusan kes Mahkamah Tinggi, Lau Yang Kim v. Rescom Australia Sdn Bhd & Anor [2020] 4 CLJ 130 yang memutuskan seperti berikut, “Held ..: Special damages, in contrast to general damages, have to be specifically pleaded and strictly proved. The reason is to put the defendants on their guard and tell them what they have to meet when the case comes on trial. In claims for special damages, the exact loss must be pleaded where the precise amount of damages has become clear before the trial either because it has already occurred, and so became crystallised, or because it could be measured with complete accuracy. The basic test of whether damages are general or special is whether particularity is necessary or useful to warn the defendant of the type of claim and evidence, or of the specific amount of claim, which he will be confronted with at the trial…”. [150] Mahkamah Rayuan dalam kes Cheah Swee Huat & Anor v. Hun Meng Development Sdn Bhd [2016] 9 CLJ 449, telah memutuskan bahawa tuntutan bagi perbelanjaan yang telah dilakukan boleh diperolehi tertakluk kepada bukti wajar dan mencukupi berkenaan kerugian atau perbelanjaan tersebut. 52 [151] Tuntutan gantirugi bagi rampasan bon pelaksanaan telah ditolak kerana Plaintif gagal membuktikan surat dari Public Bank bahawa bon pelaksanaan telah dirampas atau diserah kepada NIBM walaupun NIBM menulis kepada Public Bank untuk rampasannya pada 15.7.2019. [152] SP1 setuju bahawa asas pengiraan denda lewat bayar yang dikenakan kepada Defendan menggunakan asas yang sama yang NIBM kenakan kepada Plaintif berpandukan Fasal 16.1 Perjanjian asal, “16.1 Sekiranya Kontraktor gagl menyempurnakan perkhidmatan dalam tempoh atau pada tarikh yang dipersetujui, Kontraktor adalah dikehendaki membayar NIBM pampasan wang yang berjumlah satu peratus (1%) daripada nilai harga perkhidmatan yang disempurnakan untuk setiap hari kelewatannya.”, iaitu secara prorate sebanyak RM120,672.88. Jumlah hari yang dikenakan bermula pada 4.10.2017 (tarikh akhir anggaran TP) bukannya 6.7.2017 (tarikh akhir Perjanjian asal) hingga 14.8.2018 (penyerahan Projek) selama 314 hari. [153] SP2 mengesahkan yang Plaintif telah membayar khidmatnya sebagai Penyelia Profesional dan Penasihat Teknikal bagi tempoh 11 bulan dari Oktober 2017 hingga Ogos 2018 sebanyak RM49,500.00. Invois telah dibuktikan di eksibit P-9. [154] Kos tambahan sebanyak RM7,480.00 (P-1), tiket penerbangan (P- 6) dan di ms 26-28 Ikatan D dan kos peguam (P-10). [155] Pada hari pertama bicara, Plaintif telah membuat pindaan lisan kepada jumlah tuntutan gantirugi khas (pohon rujuk muka surat 12 Ikatan Pliding Terpinda (Ikatan A) dan antaranya ialah “5. pembayaran kepada kontraktor pihak ketiga untuk menyiapkan pemasangan dan mengujilari Projek 53 tersebut” dari jumlah RM49,064.63 kepada RM98,135.78. Saya hanya membenarkan jumlah RM49,064.63 walaupun dokumen dalam eksibit P- 7 menunjukkan lebih dari jumlah yang dibenarkan. Ini kerana pindaan pliding telah dibuat di saat-saat akhir sedangkan Plaintif mempunyai dokumen tersebut dalam eskibit P-7. E. Tuntutan balas Defendan Sama ada Plaintif telah melanggar terma-terma perjanjian dalam, cadangan Teknikal Terakhir (pindaan ke 5) dan pesanan belian No. 113/17 apabila gagal membayar baki terhutang sebanyak RM265,000.00 kepada Defendan [156] SP1 menafikan Plaintif terikat dengan terma dalam TP kerana ia hanya mengikat Defendan. Plaintif menghujahkan kontrak telah dimasuki antara Plaintif dan Defendan dan bukannya Plaintif dan STS maka kelewatan yang diakibatkan oleh STS seperti dakwaan Defendan adalah tidak berasas untuk meletakkan liabiliti ke atas Plaintif. [157] Hujahan Defendan ialah Defendan bukan pihak kepada Perjanjian asal antara Plaintif dan NIBM dan Plaintif perlu membayar baki yang terhutang yang jumlahnya telah disahkan oleh Juruaudit Plaintif sendiri iaitu Tetuan Z Amin dalam ms 17 Ikatan Dokumen E. [158] Saya berpendapat surat Juruaudit Plaintif mengenai pembayaran oleh Plaintif merupakan hutang yang perlu dibayar tertakluk kepada Defendan telah melaksanakan obligasinya dengan sempurna berdasarkan terma dalam TP. [159] Defendan menghujahkan apa-apa urusan antara Plaintif dan STS tidak melibatkan Defendan dan walaupun bayaran dibuat kepada STS, ia tidak melepaskan tanggung jawab Plaintif untuk membuat pembayaran kepada Defendan. Pada masa yang sama, SD1 mengakui pembekalan 54 barangan pada 10.2.2018 adalah tidak lengkap. Tiada satu keterangan dari SD1 menunjukkan baki 20% bayaran untuk kerja-kerja pemasangan, pentauliahan dan penerimaan PWS telah dibuat oleh Defendan mahupun perbelanjaan yang telah dilakukan bagi tujuan tersebut. [160] Menurut SD2, Plaintif selalu membayar lewat bagi barangan yang dibekalkan dan sebenarnya kena membayar faedah lewat, “11.3 Q Adakah invois No AI-10051 bertarkh 08.082017 berjumlahg RM198,750-00 dibayar oleh Plaintif? A … Seperti yang saya katakan tadi di soalan 8, kalau lewat Plaintif sebenarnya kena membayar faedah lewat”. [161] SD1 mengesahkan bahawa tiada peringatan dihantar kepada Plaintif mengenai kelewatan pembayaran oleh Plaintif bagi invois-invois yang dikeluarkan sebelum dua invois cukai yang dituntut ini. [162] Keterangan saksi-saksi Defendan mahupun dokumen yang dikemukakan tidak menunjukkan apa-apa bukti kadar faedah 2% telah dikenakan bagi pembayaran yang lewat. [163] Walaupun faedah lewat diterakan dalam invois cukai Defendan, ia merupakan persetujuan sebelah pihak sahaja kerana terma pembayaran lewat tidak dimasukkan dalam TP dan pihak-pihak adalah terikat dengan perjanjian mereka sendiri. [164] SD1 telah mengakui penghantaran barang tidak mempunyai komponen yang cukup dan tiada bukti dalam DO dan invoice Defendan ada menghantar barangan secara spesifik kerana tuntutan bagi harga barangan dan kerja tersebut dibuat dalam DO dan invoice yang sama dan 55 tuntutan dibuat secara progressive claim. Ini boleh dilihat dari keterangan SD1, “PP : Chong, sebetulnya saya katakan kamu gagal untuk memenuhi janji kamu untuk install PWS system seperti dalam technical proposal kamu. Setuju atau tidak? Tidak setuju Dan Chong, kamu juga gagal untuk membuat apa-apa commissioning dan juga menyebabkan IPHARM menerima system PWS tersebut. Setuju atau tidak? Tidak setuju Chong. Invois kamu untuk installation dan juga commissioning tidak sepatutnya dibayar kerana bukan kamu yang buat kerja-kerja itu. Setuju atau tidak? Tidak setuju Untuk installation dan commissioning, jumlah yang tersebut telah dibayar kepada STS oleh Plaintif. Setuju atau tidak? Maksud saya, STS tidak pernah minta apa-apa pembayaran dari kamu untuk installation dan commissioning. Setuju atau tidak? Boleh ulangi soalan? PP : STS tidak pernah meminta apa-apa pembayaran daripada kamu untuk kerja-kerja installation dan juga commissioning. Setuju atau tidak? Tidak Kamu tidak ada apa-apa dokumen untuk menunjukkan bahawa STS pernah minta pembayaran dari kamu untuk kerja-kerja installation dan juga commissioning serta acceptance of equipment. Setuju atau tidak? Boleh ulangi sekali lagi? Soalan sangat Panjang Kamu tidak ada bukti untuk mengatakan STS bahawa ada minta pembayaran daripada kamu. Setuju atau tidak? Tidak Dengan izin Puan, rujuk Bundle C Puan. Muka surat 20. Saya katakan kerja di perenggan 3,4,5,6,7 dan perenggan 8 tidak pernah dibuat oleh kamu. Setuju atau tidak? Tidak Saya katakan kamu juga tidak pernah menyediakan dokumen di perenggan 6 iaitu IQ, OQ dan PQ documentation. Setuju atau tidak? 56 Tidak Saya mengatakan bahawa testing dan commissioning di perenggan 5 juga kamu tidak pernah buat. Setuju atau tidak? Tidak Saya katakan kerja di perenggan 3 iaitu installation of PWS equipment itu tidak pernah dibuat oleh kamu. Setuju atau tidak? SD1: Tidak setuju Walau apa pun jawapan kamu, STS tidak pernah meminta apa-apa pembayaran daripada kamu untuk kerja di perenggan 3,4,5,6,7 dan 8. Setuju atau tidak? Tidak benar Kamu tidak ada bukti untuk mengatakan bahawa STS pernah minta daripada kamu untuk kerja yang dilakukan di perenggan 3,4,5,6,7 dan 8. Setuju atau tidak? Barang sudah siap Ada minta atau tidak? Kamu tidak ada bukti saya kata. Setuju atau tidak? Setuju atau tidak. Kita ada bukti Setuju atau tidak? Setuju tentang apa? Bahawa STS tidak pernah meminta apa-apa pembayaran daripada kamu untuk kerja di perenggan 3,4,5,6,7 dan 8 Tidak setuju Setuju atau tidak dengan saya bahawa upah untuk installation dan commissioning telah dibayar oleh Plaintif kepada STS Tidak setuju”. [165] Defendan menghujahkan bahawa STS ialah subkontraktornya dan tanpa mengira kerja-kerja yang dilakukan oleh STS, Plaintif masih terikat di bawah TO untuk membayar Defendan dengan penuh. Walaupun SD1 tidak bersetuju dengan semua soalan peguam Plaintif di atas, Defendan telah gagal membuktikan apa-apa dokumen bagi menunjukkan 57 perbelanjaan yang telah ditanggungnya menyiapkan Projek tersebut kepada Plaintif untuk diserah ke IPHARM. [166] SP1 menjelaskan bahawa Plaintif tidak membayar invois-invois Defendan kerana Defendan tidak menyiapkan kerja-kerja untuk menyempurnakan Projek tersebut sebanyak 20% iaitu 15% bagi pemasangan peralatan dan 5% bagi pentauliahan (commissioning). Invois cukai tersebut bertarikh 28.3.2018 dan 30.3.2018 tetapi merujuk surat NIBM bertarikh 5.11.2020 bahawa Projek tersebut siap sempurna pada 14.8.2018. Ini bermakna Defendan menghantar invois-invoisnya lebih awal seolah-olah Defendan telah menyiapkan projek tersebut dengan sempurna. Rujuk keterangan SP1 seperti berikut: “PP: Masih tak faham. Apa penjelasan tadi? SP1: Penjelasan saya. Dua tarikh ini memang berbeza. Yang pertama, payment voucher saya kepada STS sebab nak sebut ini saya tersangkut. Sphere Techno Solutions adalah selepas tarikh invois Acevantec kepada pihak saya. Kenapa? SP1: Kenapa. Sebab payment voucher ini membuktikan pembayaran saya kepada STS tersebut. Kenapa saya bayar pada tarikh ini? Ini yang pertama pada 28.05.2018 merupakan kerja-kerja skop kerja installation and commissioning of the equipment, PWS. Adakah Haji mengatakan bahawa Defendan tidak dibayar kerana STS yang melengkapkan kerja? Adakah itu sebetulnya? PD: That is leading. Mah: Rephrase Oleh itu, cuba jelaskan lagi kenapa Defendan ini tidak dibayar oleh Haji untuk invois 3 dan 4? Sebab dia orang tanya invois 3 dan 4 telah dibayar. SP1: Invois ini kami tidak bayar kepada Acevantec Technology Sdn Bhd ini kerana mereka tidak menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan iaitu 15% yang dia punya detail. .... 58 SP1: Muka surat 3 dan 4. Muka surat 3, progress claim no 5 iaitu sebanyak 15% installation of equipment dan 5% adalah commissioning. Kedua-dua kerja ini tidak disempurnakan oleh pihak Defendan walaupun invois telah dikeluarkan lebih awal iaitu 28.03.2018 tetapi tidak maksudnya dari segi kerja tidak disempurnakan pada tarikh tersebut. Jadi seterusnya saya merujuk kepada Ikatan iaitu seperti pembuktian ataupun tarikh sempurna kerja tersebut. Saya rujuk surat yang ditandatangani oleh wakil IPHARM iaitu penyerahan system kepada pihak IPHARM. Yang Arif. Saya rujuk Ikatan D muka surat 83. Tajuk surat penyerahan system PWS kepada IPHARM adalah saya merujuk kepada perkara di atas bersama-sama surat ini dokumen FAT, dokumen teknikal yang lengkap, laporan air berdasarkan USP water dan ianya surat itu ditandatangani oleh saya dan juga pihak IPHARM di sebelah kanan itu, En Ganeswaran Pillai. Ini adalah penyerahan system bertarikh 14.08.2018. Bermakna, kerja ini siap sempurna pada tarikh 14.08.2018 sedangkan pihak Defendan pada tarikh 28.03.2018 telah menghantar invois sebanyak dia dua invois satu 15% satu 5% seolah oleh telah siap kerja. Itulah penjelasan saya.”. [167] Keterangan berikut menunjukkan SD1 tidak bercakap benar mengenai tuntutannya, Dalam semua dokumen yang difailkan, tidak ada bukti menunjukkan kamu sudah bayar dekat India punya company. Kamu setuju atau tidak? Itu dokumen ada sebelah. Dekat tangan pun ada. Kamu setuju atau tidak? SD1: Ya, betul.” [168] Saya setuju dengan hujahan Plaintif bahawa bayaran tidak dibuat bagi tuntutan bulan Mei 2017 kerana kerja yang dijanjikan masih belum siap sepenuhnya. Ini dibuktikan melalui keterangan SD1 sendiri iaitu hanya barangan sahaja yang dihantar dan tidak lengkap manakala kerja-kerja selepas FAT bukan dilakukan oleh Defendan. [169] Saya juga meneliti semua keterangan SD1 mengenai penyempurnaan Projek tersebut. SD1 akui kerja-kerja pemasangan dan 59 pengujian telah dilakukan oleh STS bukannya Defendan. Defendan gagal membuktikan kerja tersebut disiapkan mengikut terma COD dalam PO mahupun kerja-kerja bagi pengujian, pentauliahan dan dokumen IQ, OQ dan PQ documentation dilakukan oleh Defendan. Dengan tidak melakukan kerja-kerja tersebut disertai dengan ketiadaan apa-apa dokumen sokongan untuk membuktikan bahawa Defendan ada mengalami kerugian akibat dari tindakan Plaintif yang tidak membuat baki pembayaran, maka Defendan tidak layak untuk dibayar bagi baki pembayaran yang tertunggak. [170] Berdasarkan keterangan SP1, SP2 dan keterangan dokumen, barangan yang dibekalkan dan kerja-kerja yang patut dilakukan oleh Defendan adalah tidak lengkap dan diakui oleh SD1 sendiri. Defendan ialah pihak yang telah memungkiri terma dalam TP dan PO dengan tidak mengendahkan segala peringatan dari Plaintif dan terlibat dalam proses untuk menyiapkan Projek tersebut selepas FAT. Defendan tidak memenuhi beban pembuktian di bawah seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 bagi keseluruhan tuntutannya. [171] Saya telah meneliti semua keterangan saksi dan nyatalah Plaintif telah mengeluarkan belanjanya bagi segala perbelanjaan yang telah dikeluarkannya malah Plaintif tidak mendapat harga kontrak sepenuhnya dari NIBM setelah ditolak penalti denda lewat. [172] Namun demikian, walaupun Plaintif enggan membayar baki harga PO tersebut, Plaintif telah menerima barangan yang dibekalkan dan tiada bukti Plaintif telah menolak atau memulangkan barangan tersebut. Keterangan SP1 menunjukkan bahawa Plaintif tidak membatalkan Pesanan Pembelian walaupun ada kelewatan penghantaran. 60 [173] Saya telah meneliti semua keterangan saksi dan nyatalah Plaintif telah mengeluarkan belanjanya sendiri bagi segala perbelanjaan untuk menyempurnakan Projek tersebut malah Plaintif tidak mendapat harga kontrak sepenuhnya dari NIBM setelah NIBM mengenakan penalti denda lewat dengan tolakan dari harga kontrak tersebut. [174] Saya merujuk penghakiman dalam kes Mahkamah Rayuan, Kerajaan Malaysia v. Hanaz Sdn Bhd [2020] 1 LNS 1912 mengenai gantirugi nominal, “[31] In Popular Industries Limited v. Eastern Garment Manufacturing Sdn Bhd [1990] 2 CLJ Rep 635; [1989] 3 MLJ 360 at p. 367, Edgar Joseph Jr J. (as he then was) said this: "I now turn to consider the crucial question; have the plaintiffs proved their claim for damages as alleged or at all? With regard to this part of the case, I would preface what I have to say by referring to certain well-established principles. It is axiomatic that the Plaintiff seeking substantial damages has the burden of proving both the fact and the amount of damages before he can recover. If he proves neither, the action will fail or he may be awarded only nominal damages upon proof of the contravention of a right. Thus nominal damages may be awarded in all cases of breach of contract (see Marzetti v. William 109 ER 842). And, where damage is shown but its amount is not proved sufficiently or at all, the court will usually decree nominal damages.”. Kredibiliti SD1 [175] SD1 tidak disoal semula bagi mana-mana keterangannya yang diperiksa balas. 61 [176] Dengan merujuk seksyen 146 dan seksyen Akta Keterangan 1950, mahkamah perlu melihat keseluruhan sikap dan jawapan lisan saksi sebelum menerima mana-mana keterangan saksi terutama ketika waktu pemeriksaan balas. Mahkamah Tinggi dalam kes Jelas Kurnia Sdn Bhd v. Loh Yuen Seng [2020] 1 LNS 434 telah memberikan panduan mengenai tugas mahkamah bicara dalam menilai saksi seperti berikut, “[54] It is trite law that, apart from applying the standard of proof required by law, a trier of fact, in order to arrive at a decision, must judicially appreciate the evidence led before him upon the issue called for resolution. A decision arrived in the absence of a judicial appreciation of evidence is liable to appellate correction. 'Judicial appreciation is concerned with the process of evaluating the evidence for the purpose of discovering where the truth lies in a particular case. It includes, but is not limited to, identifying the nature and quality of the evidence, assigning such weight to it as the trier of fact deems appropriate, testing the credibility of oral evidence against contemporaneous documents as well as the probabilities of the case and assessing the demeanour of witnesses': per Gopal Sri Ram JCA (as he then was) in Boonsom Boonyanit v. Adorna Properties Sdn Bhd [1995] 4 CLJ 45; [1997] 2 MLJ 62. [55] With regard to the credibility of witnesses, reference is made to section 146 of the Evidence Act, which reads: Section 146 - Questions lawful in cross-examination When a witness may be cross-examined, he may, in addition to the questions hereinbefore referred to, be asked any questions which tend-