28.11.2024, Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan defendan dan mengekalkan keputusan HMS. KEPUTUSAN HAKIM MAHKAMAH SESYEN [2] HMS yang bijaksana telah memutuskan defendan bertanggungan 100% terhadap plaintif. Walau bagaimanapun, dari segi kuantum HMS hanya membenarkan tuntutan ganti rugi khas sahaja yang meliputi kos rawatan di UiTM Private Specialist Centre berjumlah RM56,469.80 dan kos ambulan RM300.00 selain kos tindakan. Maka, notis rayuan defendan yang menyatakan rayuan terhadap kuantum bagi ganti rugi am adalah tidak tepat. ALASAN RAYUAN DEFENDAN [3] Antara alasan utama rayuan defendan adalah HMS terkhilaf dalam membenarkan kos rawatan berjumlah RM56,469.80 walaupun plaintif gagal memitigasikan kerugian dengan meneruskan rawatan di Hospital Sungai Buloh selain plaintif gagal membuktikan yang rawatan dan kepakaran sedemikian tidak terdapat di Hospital Sungai Buloh. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN BIDANG KUASA RAYUAN [4] Mahkamah Persekutuan dalam kes UEM Group Bhd v Genisys Intergrated Engineers Pte Ltd & Anor [2010] 9 CLJ 785 memutuskan bahawa – It is well settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence. [5] Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Kuan Yau v Suhindrimani [1985] 2 MLJ 22 telah memberi panduan bagi mahkamah yang mendengar rayuan terhadap jumlah ganti rugi, bahawa – Now, in an appeal on quantum of damages it is essential in order to come to a conclusion to bear in mind certain principles which are well established. The appeal court is slow, disinclined to interfere with the Judge’s finding merely because the appeal court thinks that if the case had been before it in the first instance a lesser sum would have been awarded. … The principle that should guide this Court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also clear is that much depends on the circumstances of each case in particular the amount of the award. In a particular case therefore it is for the appeal Court to consider whether in the light of the circumstances of that case there is an erroneous estimate of the amount of the damage in that, either there was an omission on the part of the Judge to consider some relevant materials, or he had admitted for purpose of assessment some irrelevant considerations. If the Court is satisfied or convinced that the Judge has acted upon wrong principle of law then it is justified in reversing; indeed, it is its duty to reverse the finding of the trial Judge. [6] Selanjutnya Mahkamah Persekutuan dalam kes United Plywood and Sawmill Ltd v. Lock Ngan Loi [1970 ] 1 LNS 164; [1970] 2 MLJ 237, memutuskan bahawa-The general principle is that an appellate Court can only interfere with an assessment if it is considered so inordinately low or inordinately high as to make the Court exclaim, "Good gracious, is that the sum which has been awarded - that sum must be altered", or if it is so much out of line with the discernible trend or pattern of awards in reasonably comparable cases that it must be regarded as a wholly erroneous estimate. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [7] Dalam kes ini, HMS telah memutuskan defendan bertanggungan 100% berhubung isu liabiliti. Berdasarkan rekod, defendan tidak mencabar isu liabiliti bahkan defendan sendiri tidak hadir untuk memberi keterangan di Mahkamah. [8] HMS juga telah mengikuti prinsip undang-undang dalam kes Wong Li Fatt William (An Infant) v Haiawati bt Bolhen & Anor [1994] 2 MLJ 497 bahawa-In considering the issue of quantum damages, I bear in mind that an award must be fair which means that there must be a proper compensation for the injury suffered and the loss sustained. [9] HMS telah menolak keseluruhan tuntutan bagi ganti rugi am (kecederaan dan kesengsaraan) yang dialami oleh plaintif kerana plaintif tidak memanggil saksi-saksi yang menyediakan laporan perubatan oleh Bahagian Kecemasan Hsopital Sungai Buloh, laporan perubatan daripada UiTM Private Specialist Centre, laporan pakar oleh Dr Hj. M.N. Manukaran daripada Manu Orthopedic Trauma Clinic dan laporan ortotik oleh CIk Nurul Hanani Mohd Redzuan. [10] HMS juga telah menolak tuntutan plaintif bagi ganti rugi khas untuk unloader hip brace, show raise and customized insole dan kos fisioterapi dan prosedur masa hadapan atas alasan plaintif gagal membuktikan kecederaan terlebih dahulu. [11] HMS hanya membenarkan ganti rugi khas bagi kos penyediaan laporan-laporan berjumlah RM2,090.00 dan kos rawatan di UiTM Private Healthcare RM56,469.80 dan kos ambulan RM300.00. Saya mendapati HMS telah merujuk keterangan SP3 yang mengesahkan kos perbelanjaan rawatan di UiTM Private Healthcare yang telah dibayar oleh insuran peribadi plaintif dan invois cukai yang dikeluarkan oleh UiTM Private Healthcare. Mahkamah ini mendapati HMS telah memberi pendapatnya bahawa jumlah tersebut wajar dan munasabah. [12] Saya juga tidak menemui dalam keterangan SP3 yang menunjukkan jumlah tersebut dan kos ambulan dicabar oleh pihak defendan semasa pemeriksaan balas. Selari dengan prinsip dalam kes Abda Airfreight Sdn Bhd v Sistem Penerbangan Malaysia Bhd [2001] 8 CLJ 1, tuntutan bagi ganti rugi khas hendaklah diplid dan diperincikan dan tuntutan sedemikian mesti dibuktikan sama ada secara lisan atau pun keterangan dokumentari. Maka, pengemukaan dokumen perbelanjaan rawatan di UiTM Private Healthcare yang telah dibayar oleh insuran peribadi plaintif dan invois cukai yang dikeluarkan oleh UiTM Private Healthcare oleh plaintif adalah mencukupi. KESIMPULAN [13] Saya berpandangan tiada khilaf nyata yang mewajarkan Mahkamah ini untuk campur tangan terhadap award ganti rugi yang telah diperintahkan oleh HMS yang bijaksana. Rayuan defendan tidak bermerit. Notis rayuan kandungan 1 ditolak dengan kos tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada 18 Februari 2025. Ditandatangani ...........................................................