In subsection (1) the expression "police officer" includes an extra police officer, a member of the Police Reserve and Police Volunteer Reserve when mobilized under this Act and any member of the police force of another territory present in Malaysia under this Act.” [32] Berdasarkan kepada seksyen 86 Akta Polis 1967 elemen yang harus dipenuhi oleh pihak pendakwaan untuk pertuduhan seseorang atas seksyen tersebut adalah bahawa seseorang itu menunjukkan niat untuk tidak lagi balik bertugas ataupun secara tidak munasabahnya gagal hadir bertugas untuk 14 hari berturut-turut. [33] Berbalik kepada Pertuduhan-Pertuduhan tersebut, elemen yang harus dipenuhi adalah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa alasan yang munasabah (Peraturan 24) dan tidak bertanggungjawab (Peraturan 4(2)(g)). [34] Peruntukkan di bawah Akta Polis 1967 dan Peraturan-Peraturan 1993 tersebut, pada pandangan Mahkamah ini menunjukkan isu-isu yang berbeza yang Pemohon harus menjawab. Pertuduhan-Pertuduhan tersebut yang dirangka terhadap Pemohon melalui Surat Pertuduhan tersebut adalah lanjutan daripada kelakuan Pemohon, yang mana Pemohon hanya perlu memenuhi keperluan bahawa ketidakhadiran beliau adalah berdasarkan cuti yang S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw telahpun diluluskan, ataupun dengan kebenaran ataupun dengan alasan yang munasabah. [35] Untuk pertuduhan di bawah seksyen 86 Akta Polis 1967, pihak pendakwaan akan menganggap (deemed) Pemohon telah membolos, dan Pemohon mempunyai beban pembuktian untuk menunjukkan bahawa beliau tidak hadir bertugas dengan alasan yang munasabah dan bahawa beliau tidak ada niat untuk membolos. [36] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati tiada isu bahawa Pemohon diletakkan dalam satu kedudukan yang memprejudiskan dirinya, terutamanya apabila tiada pun prosiding jenayah dibawah seksyen 86 Akta Polis 1967 yang dimulakan terhadap beliau. Pemohon juga gagal menyakinkan Mahkamah ini bahawa Responden telahpun dipengaruhi oleh mana-mana siasatan atas Pemohon untuk seksyen 86 Akta Polis 1967. Alasan Kedua - bahawa Responden gagal mengambilkira pembelaan Pemohon yang kukuh [37] Pemohon berpendirian bahawa ketidakhadiran Pemohon adalah munasabah kerana ianya disokong dan/atau “diluluskan” oleh Ketua Balai Polis Kelana Jaya. Tiada penolakan cuti yang dipohon secara rasmi oleh pihak atas Pemohon dan mengambilkira pemotongan gaji Pemohon bermula dari Disember 2019, Pemohon mempunyai inferens yang munasabah bahawa permohonan cuti beliau telahpun diluluskan. S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw [38] Isu bahawa pembelaan Pemohon gagal diambilkira oleh Responden adalah dengan hormatnya, lemah dalam menyokong hujahan Pemohon. [39] Pemohon telahpun mengemukakan surat representasinya yang antaranya telah menyatakan bahawa: “Saya telah memohon cuti tanpa gaji selama 6 bulan … Saya mohon jasa baik YDH Tuan agar saya tidak dikenakan tindakan. Saya mengaku kekhilafan diri saya. … Saya berjanji jika saya diberi peluang untuk berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia saya akan mematuhi arahan dan perintah semasa Polis Diraja Malaysia.” [40] Surat representasi yang dikemukakan oleh Pemohon sendiri secara dasarnya merupakan suatu pengakuan keatas Pertuduhan-Pertuduhan tersebut. Pemohon juga tidak menjelaskan sama ada permohonan cuti tanpa gaji Pemohon telahpun diluluskan oleh pihak yang berhak meluluskan cutinya. Penelitian Mahkamah ini ke atas surat representasi Pemohon menunjukkan bahawa Pemohon tidak dapat menafikan elemen-elemen di bawah Peraturan 24 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut, yang menyatakan bahawa ketidakhadiran seharusnya disokong dengan cuti terlebih dahulu, atau dengan kebenaran, atau dengan sebab yang munasabah: S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw “Peraturan 24. Tindakan tatatertib kerana tidak hadir tanpa cuti. Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib.” [41] Walaupun sijil cuti sakit dikemukakan oleh Pemohon, ianya tidak merangkumi kesemua tarikh yang dicatitkan dalam Pertuduhan-Pertuduhan tersebut. Permohonan cuti tanpa gaji Pemohon pula hanya sehingga 05.05.2020, manakalah pertuduhan yang dirangka ke atas Pemohon, secara khususnya Pertuduhan Ketujuh, menunjukkan bahawa Pemohon gagal hadir bertugas walaupun telah tamat tempoh cuti tanpa gaji yang dimohon beliau. [42] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa alasan ini tidak berasas. Alasan Ketiga - Pemohon tidak menikmati hak untuk membuat rayuan [43] Pemohon menyatakan bahawa Pemohon telah pun cuba membuat rayuan keatas Keputusan yang Dipersoalkan tersebut kepada “Pihak Berkuasa Tatatertib” selepas ianya diputuskan dan selepas Pemohon mengambil tahu perihal bahawa “Tiada Tindakan Lanjut” terhadap siasatan yang dijalankan ke atas Pemohon di bawah seksyen 86 Akta Polis 1967. Namun, Pemohon dimaklumkan bahawa Pemohon boleh membuat permohonan semakan kehakiman terhadap Keputusan yang Dipersoalkan tersebut dan S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw tiada kaedah atau jalan yang lain yang dicadangkan untuk Pemohon memfailkan rayuannya. [44] Berhubung isu ini, Peguam Persekutuan yang terpelajar telah mengemukakan di dalam Ikatan Otoriti Responden “P.U. (B) 441” bertajuk “Surat Cara Perwakilan Fungsi-Fungsi, Kuasa-Kuasa, Tugas-Tugas dan Tanggungjawab-Tanggungjawab Tertentu”. Surat Cara tersebut tidak mengandungi peruntukkan berkenaan dengan Lembaga Rayuan Tatatertib, berbeza dari Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Oleh itu, memandangkan tiada peruntukkan untuk rayuan dilakukan secara dalaman, Mahkamah berpandangan alasan ini tidak berasas. [45] Tambahan pula, hakikat bahawa Pemohon telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ini telah menyebabkan isu ini menjadi akademik. Rujukan boleh dibuat ke atas kes Saiful Bahari Yunus v Dato’ Jamil Rakon & Ors [2023] 5 CLJ 511 dimana Lim Chong Fong HMR dalam memberikan keputusan Mahkamah Rayuan telah menyatakan antara lain: “[20] Upon our review of the learned High Court Judge's decision and albeit we find that there is a right of appeal accorded by virtue of art. 144(5A) of the Federal Constitution, we however find this is academic because the appellant neither sought an appeal against the dismissal decision nor was denied an appeal after it was sought. The appellant instead chose judicial review of the dismissal decision.” S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw [46] Dalam fakta kes di hadapan Mahkamah ini, jikapun Pemohon mempunyai hak untuk merayu kepada Suruhanjaya Pasukan Polis berdasarkan Perkara 144(5A) Perlembagaan Persekutuan, Pemohon tidak berbuat sedemikian. Pada sebaliknya, Pemohon menulis surat susulan ke pihak Responden sekali lagi. Pemohon juga memilih untuk memulakan permohonan semakan kehakiman terhadap Keputusan yang Dipersoalkan tersebut. Alasan Keempat - ketidaksetimpalan hukuman [47] Hujahan Pemohon adalah bahawa hukuman keatas Pertuduhan Keenam dan Pertuduhan Ketujuh “sepanjang bulan April dan Mei 2020” adalah tidak setimpal kerana terdapat isu di mana disebabkan perintah kawalan pergerakan, adalah susah untuk Pemohon mendapatkan sijil cuti sakit kerana banyak kemudahan perubatan ditutup untuk tempoh tersebut. Selain itu, terdapat permohonan cuti tanpa gaji yang disokong “dan/atau diluluskan” oleh Ketua Balai Polis Kelana Jaya serta fakta bahawa Pemohon telah kembali bertugas sepatutnya diambilkira oleh pihak responden. Kes Nazrul Imran bin Mohd Nov v Civil Service Commission Malaysia & Anor [2021] 6 MLJ 750, MR telahpun dirujuk oleh Pemohon. [48] Dalam kes Nazrul Imran (supra) perayu dalam kes tersebut berjaya menimbulkan ketidaksetarafan dalam perlakuan pihak berkuasa tatatertib, untuk satu lagi pihak yang lain, yang dikenakan pertuduhan yang sama. Penyimpangan tersebut gagal diterangkan oleh pihak responden dalam kes itu. Selain itu, Mahkamah Rayuan S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw juga memberi pertimbangan bahawa pertuduhan yang dikenakan tidak mewajarkan hukuman buang kerja. [49] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Pemohon tidak menunjukkan bagaimana pihak Responden memberikan perlakuan (treatment) yang berbeza keatas pihak yang lain yang dikenakan dengan pertuduhan untuk tahap yang seiras dengan Pemohon. Tambahan pula, tiada sebarang unsur lain yang menyakinkan Mahkamah ini bahawa Responden telah melampaui atau bertindak secara tidak munasabahnya apabila memberikan Keputusan yang Dipersoalkan tersebut. [50] Oleh yang demikian, Mahkamah berpandangan isu ini tidak berasas. Alasan Kelima - Ketidakteraturan Prosedur dalam tindakan tatatertib terhadap kesalahan kegagalan hadir bertugas [51] Pemohon berhujah bahawa berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan 23, 24, 25 dan 26 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002, Ketua Jabatan seharusnya menjalankan siasatan mengenai ketidakhadiran Pemohon ataupun cuba berkomunikasi dengan Pemohon bagi mendapatkan sebab ketidakhadiran, menyebabkan ketiadaan dalam perbincangan antara pihak Jabatan dengan Pemohon, dan ini merupakan satu ketidakpatuhan terhadap keperluan prosedur. Kes Zulkifli bin Muhammad Hanafiah v Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran & Ors [2016] MLJU 766, MT dan kes Ketua Pengarah Jabatan Hasil S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw Dalam Negeri Malaysia v Aria Kumar & Anor [1995] 2 MLJ 533 telah digunapakai bagi menyokong hujahan ini. [52] Peguam Persekutuan yang terpelajar pula berhujah bahawa tiada keperluan undang-undang untuk ketua jabatan berkomunikasi dengan pihak Pemohon bagi mendapatkan alasan beliau atas ketidakhadirannya. Pemohon telah pun diberikan peluang untuk mengemukakan representasinya. [53] Rujukan boleh dibuat kepada kes Noor Bhayzura Dali v Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor [2021] 10 CLJ 860 dimana Ravinthran Paramaguru HMR dalam memberikan keputusan Mahkamah Rayuan telah menyatakan antara lain bahawa: “[16] In our view, there is no merit in the point taken and we find that the learned High Court Judge correctly ruled that reg. 26 is not applicable in this case. Regulation 26 in plain words say that it is applicable to a case where an officer is absent from duty without reasonable cause for seven consecutive days and cannot be traced. This is the reason for the requirement to send a letter to the last-known address. In the instant case, the appellant had been intermittently absent from work in 2014 and 2016. There is no question that the appellant cannot be traced. The case of Zulkifli Muhammad Hanafiah v. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran & Ors (supra) was correctly distinguished by the court below. In that case, pending conclusion of criminal proceedings, the officer in question was ordered not to come to work for a period of four years. He was asked to return to work after the criminal case concluded in his favour. However, sometime later, he was subjected to disciplinary proceedings for being absent from work for the said four S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw years. The High Court noted that he was not "absent from work" but suspended during the said four years and was not given his salary. That was the main reason for the decision of the court to quash the decision of the Disciplinary Authority. The court in that case also said that reg. was not complied with as there was no attempt to "trace" the whereabouts of the officer. We agree with the learned High Court Judge that in this case, there was no long period of absence where the officer cannot be traced to trigger the operation of reg. 26. On each occasion of absence in 2014 and 2016, the appellant had returned to work. In the premises, the argument that the letter directing the appellant to return to work was not served by A.R. post resulted in a procedural breach has no merit.” [Penekanan ditambah] [54] Walaupun fakta untuk kes tersebut di atas menunjukkan bahawa pemohon di dalam kes itu pernah hadir bertugas secara kadang kala, namun fakta kes haruslah menunjukkan elemen bahawa Pemohon tidak dapat dikesan. [55] Fakta kes menunjukkan bahawa Pemohon didapati gagal hadir bertugas untuk tempoh selama 6 bulan. Berdasarkan kepada afidavit-afidavit yang difailkan, sejurus selepas Pemohon dimaklumkan bahawa terdapat siasatan kesalahan pembolosan dijalankan keatas beliau, Pemohon telah “memberi kerjasama” untuk menghadirkan diri di Jabatan yang berkenaan untuk membantu siasatan. Tiada unsur ataupun cadangan yang menunjukkan bahawa Pemohon tidak dapat dikesan. [56] Oleh yang demikian, Mahkamah berpandangan alasan ini tidak bermerit. S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw Alasan Keenam - Ketidakteraturan Prosedur yang diperuntukkan dibawah Peraturan 35 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut yang mana terdapat penglibatan dua pihak yang berbeza dalam menentukan pertuduhan yang dikenakan keatas Pemohon [57] Pemohon menyatakan bahawa Peraturan 35 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut memerlukan pengerusi yang “sama” untuk mempengerusikan Lembaga Tatatertib, apabila menentukan kesalahan di bawah Peraturan 35 Peraturan yang sama, dan prosiding tatatertib yang membawa kepada buang kerja dibawah Peraturan 37, dan Responden tidak harus menggantikan pengerusinya. [58] Berdasarkan Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh ACP Imran Bin Abd Rahman, Pengerusi Lembaga Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, adalah dijelaskan bahawa sebelum memulakan sebarang prosiding tatatertib, pihak yang menentukan sama ada kesalahan tatatertib yang diadukan terhadap Pemohon adalah DCP Dato’ Arjunaidi Bin Mohamed yang merupakan Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib, Kontinjen Selangor. Selepas ianya diputuskan bahawa Pemohon patut diambil tindakan dengan tujuan dibuang kerja atau turun pangkat dibawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan 1993 tersebut, pihak yang mendapati bahawa wujud satu kes prima facie dibawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut terhadap Pemohon, Pengerusi adalah ACP Imran Bin Abd Rahman. S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw [59] Peguam Persekutuan yang terpelajar berhujah bahawa tiada peruntukkan undang-undang yang mewajibkan bahawa pengerusi yang menentukan jenis kesalahan dibawah Peraturan 35 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut hendaklah merupakan pihak yang sama dengan pengerusi yang memutuskan bahawa terdapat kes prima facie dibawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan 1993. [60] Tiada pertikaian bahawa kedua-dua DCP Dato’ Arjunaidi Bin Mohamed dan ACP Imran Bin Abd Rahman mempunyai kuasa yang sewajarnya semasa mereka menjalankan tanggungjawab mereka dibawah Peraturan-Peraturan 35 dan 37 masing-masing. [61] Kesangsian ataupun keraguan yang tidak berasas semata-mata adalah tidak memadai untuk menidakkan keseluruhan prosiding tatatertib. Pemohon juga gagal menunjukkan bagaimana beliau telah diprejudiskan dengan aturan sedemikian. Mahkamah mendapati alasan ini tidak berasas. Alasan Ketujuh - Ketidakteraturan dalam bergantung kepada bahan tambahan yang memprejudiskan dalam membuat keputusan, serta kegagalan untuk memberikan alasan keputusan [62] Peguam terpelajar Pemohon berhujah bahawa memandangkan Responden tidak menafikan representasi Pemohon bahawa permohonan cuti adalah dibuat melalui saluran yang betul, kenyataan Responden bahawa permohonan cuti tanpa gaji tidak dibuat melalui sistem HRMIS adalah merupakan satu pemikiran terkemudian. S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw [63] Pemohon selanjutnya bergantung kepada kes-kes Mohamad Adri’ Ammar Bin Mohamad v Suruhanjaya Pasukan Polis & Anor [2023] MLJU 2405, Mohd Jamaludin Bin Mahusin v Suruhanjaya Pasukan Polis & Anor [2023] MLJU 2346, Khairul Azizi Bin Mat Saad v Tan Sri Abdul Hamid Bador & Ors [2023] 6 MLJ 688 dan Saiful Bin Norddin v Suruhanjaya Pasukan Polis & Anor [2023] MLJU 2344 dan berhujah bahawa kegagalan Responden dalam membekalkan dokumen yang dirujuk dalam Surat Pertuduhan merupakan satu kecacatan yang tidak boleh diperbaiki. [64] Untuk alasan ini, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, surat representasi yang dikemukakan Pemohon adalah secara dasarnya merupakan pengakuan bersalah terhadap Pertuduhan-Pertuduhan tersebut. Ianya boleh dibezakan dengan kes-kes Mahkamah Rayuan yang dipakai oleh pihak Pemohon, seperti berikut: