orang penari lelaki di dalam video tersebut berpakaian tidak sopan kerana Tangkap layar P6 mendedahkan sebahagian dada, baju tanpa lengan, memakai kasut tinggi dan mengenakan aksesori yang menonjolkan seolah-olah seperti wanita. iv. https://www.instagram.com Video ini memaparkan penari lelaki yang /reel/CcSsmYFAHde/ memakai baju melayu dan mengenakan Video P10(E)(i) solekan yang tebal seperti wanita, sambil menari dan memegang OKS dengan aksi Tangkap layar P7 ghairah seolah-olah seperti wanita. Aksi tarian yang ditonjolkan itu dilihat tidak sopan dan bercanggah dengan norma masyarakat untuk tontonan umum. Dalam masa yang sama dilihat sebagai menggalakkan perlakuan sentuh menyentuh antara kaum sejenis. [37] Menurut SP4 lagi, keempat-empat video adalah lagu hari raya dan telah dipromosikan pada bulan Ramadhan, iaitu bulan yang suci bagi umat Islam. Namun, unsur yang digunakan dalam pakaian, solekan, tarian dan gerak gaya para penari video adalah bertentangan dengan adat Melayu serta agama Islam. [38] Adalah menjadi hujahan pihak pendakwaan bahawa hasil penilaian SP4 ini seiiring dengan Garis Panduan, agama Islam dan adat Melayu tidak dapat menerima perbuatan lelaki berpakaian, bersolek dan berperwatakan seperti wanita. Kesemua elemen ini dilihat sebagai tidak sopan dan wujud dalam keempat-empat kandungan video yang OKS muatnaik untuk mempromosikan sebuah lagu hari raya. [39] Penilaian SP4 juga turut disokong oleh Ridzuan bin Awang (SP5) iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam (JAKIM) yang dipinjamkan ke MCMC. SP5 mempunyai pengalaman luas dalam membuat penilaian bahan bacaan dan membuat kajian ke atas buku, skrip drama, filem dan media sosial dan i sudut agama Islam sebagaimana yang tertera dalam CV beliau (P23). [40] SP5 juga telah membuat penelitian ke atas keempat-empat video berkenaan dan mendapati Klip video bertemakan Hari raya aidilfitri dimana OKS menyanyi dalam keadaan berbaring bersama dan disiarkan pada 15 hari terakhir Ramadhan, [41] Llelaki dalam klip-klip video tersebut menggunakan solekan (make up) keterlaluan, berbaring menampakkan gerak dan aksi lelaki berperwatakan lembut, solekan sebahagian individu lelaki di dalam klip video ini juga adalah berlebihan sehingga menyerupai wajah wanita. [42] SP5 pula dalam penilaiannya, merujuk beberapa sumber lain dalam mencapai kepada dapatannya iaitu: a) Perkara 3.14, Garispanduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam, JAKIM Perkara 3.14 yang menyatakan "Tidak Boleh Pelakon Lelaki Berlakon Watak sebagai perempuan, begitu juga sebaliknya/Mak Nyah." b) Kitab Mughni al-Muhtaj ha Ma'rifat Maani Alfaaz al-Minhaj, Juz 6, ms 350 yang diterjemah dan diringkaskan : "Tidak termasuk — yakni hukum haram — tar/an melainkan apabila terda pat didalamnya gerak dan tar/an liuk lentuk seumpama aksi yang dilakukan seorang "mukhannith". Yang dimaksudkan dengan mukhannith itu ialah seorang lelaki yang berperilaku dengan aksi dan perilaku seorang wanita dari segi pergerakan/aksi atau keadaan (penampilan) maka (tar/an dengan aksi seperti ini) adalah haram ke atas orang-orang lelaki dan juqa orang-orang wanita sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab al-Raudhah..." c) Hadis Nabi SAW yang menerangkan adab dan akhlak seorang yang berpuasa dan berada di bulan ramadan agar menghormati keberadaan di bulan Ramadhan dengan menghindari perbuatan yang tidak beradab, keji dan tidak sopan. [43] SP5 juga turut menjelaskan kaitan sumbang dengan bulan Ramadhan dimana kandungan klip video ini adalah bertemakan lagu sambutan hari raya Aidillfitri. Menurut SP5, kandungannya sangat berkait rapat dengan agama Islam dan kesucian bulan Ramadhan kerana Aidilfitri adalah hari perayaan bagi orang Islam yang disyariatkan Allah sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan melaksanakan ibadat puasa selama sebulan dengan sempurna. [44] Oleh yang demikian, kandungan seperti ini menyebabkan kemuliaan bulan ramadhan terjejas dan tercemar. la menganggu tumpuan orang Islam yang sedang dalam melaksanakan ibadat puasa dan amal soleh sepanjang ramadhan. Pendakwaan juga telah menghujahkan respon dan reaksi negatif segera sebahagian besar masyarakat sebaik sahaja penyiaran klip video ini menjadi viral melalui media sosial sebagai tanda protes dan sakit hati mereka adalah bukti kandungan tersebut amat tidak disenangi oleh orang Islam. Ini adalah kerana orang Islam sangat sensitif dan sangat mengambil berat dengan kesucian bulan Ramadhan ini. [45] Mahkamah menerima analisis kandungan oleh SP4 dan SP5. Rujukan yang dibuat dengan merujuk kepada Garispanduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam terbitan JAKIM, Kod Kandungan P20 dan P20A menunjukkan klip video sebagai sumbang adalah kukuh dan amat berasas. [46] Adalah diperhatikan, budaya masyarakat Melayu Islam di Malaysia sangat menghormati bulan Ramadhan yang dianggap suci. Oleh itu klip video tersebut tidak dapat diterima dan dianggap sumbang dan mencemari kesucian bulan Ramadhan. Intipati Ketiga : OKS telah nnembuat dan memulakan penghantaran keempatempat kandungan video tersebut dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. [47] Pendakwaan telah menghujahkan niat adalah secara inferen. Rujukan dibuat kepada kes PP v Rutinin Suhaimin [2013] 2 CU J 427 yang mana YA Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut: "As for evidence in respect of intention, it is always a matter of inference. From the fact that an offensive remark pertaining to the HRH Sultan of Perak had been posted on the online visitor book, it can be inferred that the accused had intended to cause annoyance. It is also unnecessary to call the victim of the annoying remark to the witness stand. Section 233(1)(b) does not say that the victim of the offence must actually feel annoyed or abused. The provision only says that the offender must have intention to annoy or abuse. Therefore it is sufficient if the communication in question has the tendency to cause annoyance or abuse to any person. The posting in question says that the HRH Sultan of Perak is "gila" (mad). Although, HRH was not called to testify, it is obvious that such a remark is intended to cause annoyance. Lest it be forgotten, the remark was not posted in a private intemet chat session but on the online visitor book of the home page of HRH. Therefore, the prosecution had tendered sufficient inferential evidence to prove intention". [48] Seksyen 233 tidak memperuntukkan kehendak atau keperluan memanggil orang yang menjadi mangsa kepada komunikasi yang menyakitkan hati itu, mengikut kes Rutinin supra. adalah memadai jika dibuktikan kepada Mahkamah bahawa komunikasi itu mempunyai kecenderungan untuk men yebabkan kemarahan atau sakit hati kepada oranq lain. [49] Dalam kes dihadapan Mahkamah, OKS dengan sengaja telah memuatnaik keempat-empat video berkenaan dalam akaun lnstagram miliknya untuk mempromosikan lagu "Kelepok Raya" nyanyiannya. Akaun ini berada dalam mode public yang boleh ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. [50] Akibatnya, SP4 yang melihat video-video berkenaan telah berasa sakit hati kerana aksi-aksi sumbang dan keterlaluan yang dipaparkan. Tambahan lagi, setiap klip video menggunakan lagu hari raya dan dipromosikan ketika bulan Ramadhan, iaitu bulan yang suci bagi umat Islam. [51] Tidak hanya SP4, orang awam mengecam klip video yang dimuatnaik. Ini dapat dilihat dari empat (4) laporan media massa iaitu P14, P15, P16 & P17 yang melaporkan reaksi warganet dan orang awam yang mengecam video yang dimuatnaik oleh OKS kerana tarian dan unsur yang dibawa adalah tidak bersesuaian dengan agama dan adat.. [52] Mahkamah telah memutuskan pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie dan seterusnya memanggil OKS bagi menjawab kes terhadapnya. [53] Opsyen membela diri telah diterangkan kepada OKS dan OKS memilih untuk membela diri secara bersumpah. [54] Pihak pembelaan hanya memanggil seorang saksi iaitu OKS sendiri untuk memberi keterangan bagi pihak dirinya. C. PEMBELAAN OKT [55] Mahkamah yang Mulia ini telah memutuskan bahawa anggapan di bawah seksyen 114A(1) EA 1950 adalah terpakai ke atas OKS. Ini kerana keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menunjukkan OKS adalah pemilik dan pentadbir akaun Instagram “aliffsyukriterlajaklaris”, dengan itu OKS dianggap telah memuatnaik keempat-empat video yang dipertuduhkan dalam akaun Instagram tersebut. [56] Pihak pembelaan dalam kes ini cuba untuk mematahkan anggapan tersebut dengan mengaitkan penglibatan para pekerja OKS bernama Nazril Azri, Shazwan dan Liyana selaku individu yang telah memuatnaik video-video dalam pertuduhan. [57] Seterusnya OKS mengatakan kononnya tiga orang pekerjanya bernama Nazril Azri, Shazwan dan Liyana mempunyai akses untuk masuk ke dalam akaun Instagram tersebut. Ada masanya mereka bertiga ini akan memegang telefon bimbit OKS yang membolehkan mereka mengakses akaun ini. [58] OKS menafikan bahawa dia yang memuatnaik keempat-empat video terbabit. Sebaliknya OKS percaya bahawa salah seorang pekerja tersebut yang telah bertindak memuatnaik video-video berkenaan tanpa kelulusannya. Namun begitu, OKS mengaku bahawa kebanyakan masa dia yang memegang telefon bimbit itu. OKS juga mengaku yang ada memuatnaik kandungan dalam akaun Instagram “aliffsyukriterlajaklaris” ini seperti dalam gambar P12(i)-ğ). Namun OKS mendakwa yang dia tidak ingat telah memuatnaik postings yang mana kerana pada setiap hari terdapat antara 15-20 postings dimrıatnaik di akaun-akaun media sosialnya. [59] Keterangan menunjukkan OKS menyemak dan menyunting sendiri akaun pada setiap hari. Ketika siasatan dibuat terhadap OKS, klip video masih berada dalam akaun Instagramnya sehingga telefon dan akaun ini disemak oleh SP3 semasa operasi pemeriksaan pada 26 April 2022. Keseluruhan fakta di atas jelas menunjukkan bahawa OKSlah yang sebenarnya secara sedar memuatnaik video-video itu sendiri dan bukan pekerjanya. [60] OKS juga menyatakan bahawa lagu “Kelepok Raya” dirakam oleh OKS dan penghasilan musik video lagu ini merupakan ideanya sendiri setelah berbincang dengan para pekerjanya. [61] Semasa pemeriksaan balas OKS mengaku bahawa dia adalah penyanyi dalam setiap video tersebut. [62] Fakta yang diakui oleh OKS sendiri dalam penyataan bertulisnya adalah bahawa akaun lnstagram “alifsyukriterlajaklaris” tersebut telah digunakan sejak 2013. Akaun ini digunakan untuk berkongsi aktiviti harian OKS serta mempromosikan produk-produk OKS. [63] Semasa pemeriksaan balas, OKS mengaku bahawa syarikat miliknya iaitu D'Herbs yang mengeluarkan dana pembikinan video lagu raya tersebut. Lanjutan itu, OKS juga mengaku yang dia boleh membuat keputusan sama ada untuk membuat video-video itu atau tidak. [64] Fakta-fakta ini menunjukkan bahawa pihak yang akan mendapat keuntungan atau hasil publisiti apabila video-video raya tersebut dimuatnaik adalah OKS sendiri, dan bukanlah pekerja-pekerjanya.Tiada keterangan daripada para pekerja tersebut untuk menyokong pembelaan OKS juga apa-apa keterangan dokumen atau keterangan daripada mana-mana pekerjanya yang dikatakan memuatnaik video-video itu. [65] OKS mempunyai peluang untuk memberikan nama mereka seawal peringkat siasatan, tetapi tidak dilakukan OKS. OKS hanya menimbulkan isu klip video dimuatnaik oleh pekerjanya semasa pembelaan dipanggil. Pendekatan OKS ini adalah fikiran kemudian (afterthought). Pembelaan OKS juga tidak konsisten dan tidak disokong oleh mana-mana saksi atau apa-apa keterangan dokumen. D. ISU PERLEMBAGAAN [66] Pendakwaan telah membangkitkan isu perlembagaan dimana Mahkamah Rayuan dalam kes Heidy Quah Gaik Li V Kerajaan Malaysia [2025] CLJU 2115 telah mengistiharkan seksyen 233 Akta 588 sebagai tidak berpelembagaan. Mahkamah menyatakan: