Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. 22M-19-01/2019 ANTARA ALKHAIR INTERNATIONAL ISLAMIC BANK BERHAD (NO. SYARIKAT: 681879-K) … PLAINTIF
22M-19-01/2019
High Court of Malaysia4 Jul 2019
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. 22M-19-01/2019 ANTARA ALKHAIR INTERNATIONAL ISLAMIC BANK BERHAD (NO. SYARIKAT: 681879-K) … PLAINTIF
1
PROGRESS PETROLEUM PTE LTD
2
KINGSLEY KHOO HOI LENG (NO. K/P: 790925-14-5455) … DEFENDAN-DEFENDEN DI HADAPAN YA KHADIJAH BINTI IDRIS HAKIM 2 ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Pada 4 Julai 2019 plaintif telah mendapat kebenaran mahkamah ini untuk merekodkan penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) terhadap defendan-defendan untuk membayar, antara lainnya, wang berjumlah USD 1,116,551.27. [2] Kedua-dua defendan telah membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut. Berikutan itu, dikemukakan alasan bagi keputusan tersebut. Fakta latarbelakang [3] Plaintif adalah sebuah syarikat berhad yang ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 untuk menjalankan perbankan Islam di Malaysia (“Plaintif”). [4] Defendan Pertama adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Singapura (“Defendan Pertama”) dan mempunyai alamat berdaftar di 18, Boon Lay Way, #08-93 Trade Hub 21, Singapore 609966 dan alamat 3 perniagaan di 34, South Bridge Road, #04-01 Leagod Building, Singapore 058668. [5] Defendan Kedua adalah seorang individu (“Defendan Kedua”) warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat penyampaiannya di Kuala Lumpur. [6] Melalui satu surat tawaran bertarikh 26 Mac 2015 (“Surat Tawaran”), Plaintif telah meluluskan dan memberi kepada Defendan Pertama satu kemudahan perbankan Islam berdasarkan prinsip Shariah murabahah iaitu Kemudahan Murabahah sehingga jumlah USD 2,500,000.00 (“Kemudahan Murabahah”). [7] Kemudahan Murabahah tersebut diberikan bertujuan membiayai modal kerja Defendan Pertama untuk membeli marine fuel oil. Melalui konsep shariah murabahah, Plaintif akan memasuki suatu urusniaga perdagangan dengan penjual untuk pembelian komodoti iaitu marine fuel oil dan seterusnya menjual komodoti tersebut kepada Defendan Pertama berdasarkan terma-terma bayaran tertunda. [8] Berikutan dengan terma dan syarat yang terkandung dalam Surat Tawaran tersebut, Plaintif telah menandatangani beberapa perjanjian 4 berasingan dengan Defendan Pertama, yang antara lainnya termasuklah seperti berikut –
a
Perjanjian Induk Fasiliti Murabahah bertarikh 13 Julai 2015 ("Perjanjian Murabahah");
b
Master Netting Agreement bertarikh 13 April 2015;
c
Debenture bertarikh 13 April 2015 sebagai sekuriti; dan [9] Di antara terma-terma material Perjanjian Murabahah tersebut adalah seperti berikut –
a
(a)
Preamble
menurut klausa 2.1.6 Defendan Pertama bertanggungjawab untuk membayar kepada Plaintif harga jualan tertunda (yang terdiri daripada harga belian dan keuntungan Murabahah) yang berkaitan dengan Kemudahan Murabahah tersebut secara sekaligus pada atau sebelum tarikh matang;
b
(b)
Preamble
menurut klausa 3 - Plaintif mempunyai budibicara untuk menarik balik Kemudahan Murabahah tersebut apabila 5 berlaku peristiwa kemungkiran sepertimana yang dinyatakan di Jadual 7 Perjanjian Murabahah tersebut dan di mana ianya masih berterusan;
c
(c)
Preamble
menurut klausa 10.1 Defendan Pertama adalah dianggap telah melakukan satu kemungkiran jika Defendan Pertama telah ingkar terhadap mana-mana akujanji, terma atau syarat-syarat di dalam Perjanjian Murabahah tersebut atau sekiranya berlaku mana-mana satu peristiwa atau lebih dari satu peristiwa sepertimana yang dinyatakan di Jadual 7 Perjanjian Murabahah tersebut;
d
berdasarkan klausa 10.2, jika berlaku satu peristiwa kemungkiran, Plaintif boleh mengisytiharkan satu peristiwa kemungkiran telah berlaku dan pada waktu yang sama atau pada bila-bila waktu, sama ada peristiwa kemungkiran masih berterusan mempunyai hak untuk mempercepatkan pembayaran harga jualan tertunda dan berhak menuntut Defendan Pertama membuat bayaran serta merta harga jualan tertunda atau baki yang tertunggak kepada Plaintif yang mana Defendan Pertama perlu membayar harga jualan 6 tertunda tersebut atau baki jumlah tertunggak kepada Plaintif; yang mungkin berbangkit akibat peristiwa kemungkiran; dan
f
berdasarkan klausa 21, Plaintif berhak untuk mengenakan ke atas Defendan Pertama fi pampasan (At-Ta’widh) untuk bayaran lewat dan kemungkiran bayaran yang dikira mengikut mekanisma yang diperuntukkan dalam klausa tersebut. [10] Di antara terma-terma material Memorandum Deposit tersebut adalah seperti berikut –
a
Defendan Pertama bersetuju untuk mendepositkan dengan Plaintif, 20% deposit marginal daripada jumlah yang dikeluarkan oleh Plaintif ke dalam Akaun Deposit Marginal; 7
b
jumlah tersebut berserta segala keuntungan yang boleh diperolehi daripada jumlah tersebut (“Deposit”) adalah sebagai sekuriti untuk pembayaran oleh Defendan Pertama apabila dituntut kesemua wang, obligasi dan liabiliti yang perlu dibayar kepada Plaintif; dan
c
Plaintif berhak untuk menggunakan Deposit tersebut untuk menyelesaikan segala keberhutangan Defendan Pertama tanpa memberi apa-apa notis. [11] Selain daripada sekuriti dalam bentuk Debentur dan Memorandum Deposit, Defendan Kedua telah bersetuju menjadi penjamin peribadi dengan menandatangani suatu surat jaminan bertarikh 13 April 2015 (“Surat Jaminan”) sebagai sekuriti bagi Kemudahan Murabahah tersebut. [12] Di antara terma material Surat Jaminan tersebut termasuklah –
a
jaminan tersebut adalah suatu jaminan peribadi yang tidak boleh dibatalkan dan tidak bersyarat; 8
b
Defendan Kedua bersetuju untuk menjadi seorang peminjam prinsipal dan bukan semata-mata sebagai penjamin;
c
Defendan menjamin untuk membayar kepada Plaintif apabila dituntut jumlah hutang Defendan Pertama dan / atau kesemua jumlah wang yang wajib dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif berhubung Kemudahan Murabahah tersebut; dan
d
satu Penyata Akaun yang menunjukkan apa-apa jumlah hutang Defendan Pertama kepada Plaintif yang ditandatangani oleh pegawai Plaintif adalah muktamad dan akan menjadi keterangan konklusif terhadap Defendan Kedua. Permohonan Penghakiman Terus [13] Melalui Notis Permohonan bertarikh 4 April 2019 (lampiran 13) (Permohonan Penghakiman Terus) Plaintif memohon mendapatkan perintah seperti terma berikut – 9
a
kebenaran mahkamah untuk merekodkan penghakiman terus terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua secara bersesama dan berasingan untuk membayar wang berjumlah USD 1,116,551.27 setakat 30 November 2018;
b
Defendan Pertama dan Defendan Kedua membayar kepada Plaintif faedah pada kadar 1% setahun di atas wang berjumlah USD 1,116,551.27 dikira dari 31 November 2018 sehingga penyelesaian penuh; dan
c
kos atas dasar peguamcara-klien. Kes Plaintif [14] Dalam afidavit menyokong (lampiran 14) Permohonan Penghakiman Terus, Plaintif menegaskan seperti berikut –
a
berikutan dengan permintaan Defendan Pertama melalui “Purchase Request” yang berkenaan, Plaintif telah membuat pengeluaran Kemudahan Murabahah tersebut yang perinciannya dinyatakan di perenggan 12. Salinan-salinan New Purchase Request, Commodity Sale Letter of 10 Undertaking, Penyata Aktiviti Akaun dan Remittance Slip yang berkaitan dilampiran sebagai Eksibit NZ-6;
b
Defendan Pertama telah memungkiri syarat dan terma Surat Tawaran dan Perjanjian Murabahah apabila gagal membayar jumlah yang terhutang dan wajib dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif menurut Perjanjian Murabahah tersebut. Perincian mengenai tarikh-tarikh kena bayar di bawah Kemudahan Murabahah tersebut adalah seperti dinyatakan di perenggan 16. Setakat 31 Oktober 2018 jumlah terhutang adalah USD 1,605,900.35 dan jumlah ta’widh adalah USD 11,686.71. Satu salinan Penyata Akaun dilampirkan sebagai Eksibit NZ-9;
c
(c)
Preamble
menurut
Schedule
Jadual 7 Perjanjian Murabahah, kegagalan Defendan Pertama membayar amaun terhutang di bawah perjanjian tersebut adalah suatu kemungkiran dan merupakan suatu peristiwa kemungkiran yang menyebabkan jumlah harga jualan tertunda atau baki yang tertunggak di bawah Perjanjian Murabahah hendaklah dibayar serta-merta kepada Plaintif apabila dituntut; 11 (d) sehubungan itu melalui surat bertarikh 31 Oktober 2018 (“Notis Tuntutan Pertama”) daripada peguamcara Plaintif kepada Defendan Pertama, Plaintif telah mengisytiharkan berlakunya suatu kemungkiran dan menuntut Defendan Pertama meremedikan kemungkiran tersebut dengan membayar dengan serta-merta jumlah terhutang setakat 31 Oktober 2018 iaitu USD 1,617,587.06 yang termasuk ta’widh. Satu salinan Notis Tuntutan Pertama dilampirkan sebagai Eksibit NZ-10; (e) disebabkan Defendan Pertama gagal meremedikan kemungkiran tersebut, maka Plaintif telah menolak amaun sebanyak USD 502,413.19 daripada Akaun Deposit Marginal bagi maksud mengurangkan keberhutangan Defendan Pertama; (f) seterusnya melalui surat bertarikh 12 Disember 2018 daripada peguamcara Plaintif kepada Defendan Pertama, Plaintif telah menarik balik Kemudahan Murabahah tersebut dan menuntut keseluruhan jumlah wang yang terhutang iaitu USD 1,116,551.27 (termasuk ta’widh) setakat 30 November 2018 (“Notis Tuntutan Kedua”). Walau bagaimanapun 12 Defendan Pertama gagal mematuhi tuntutan tersebut. Satu salinan Notis Tuntutan Kedua tersebut dilampirkan sebagai Eksibit NZ-11; (g) berikutan dengan penarikan balik Kemudahan Murabahah tersebut, melalui surat bertarikh 12 Disember 2018, peguamcara Plaintif menuntut daripada Defendan Kedua atas kapasitinya sebagai penjamin jumlah wang yang terhutang iaitu USD 1,116,551.27 setakat 30 November 2018 (“Notis Tuntutan – Defendan Kedua”). Satu salinan Notis Tuntutan – Defendan Kedua tersebut dilampirkan sebagai Eksibit NZ-12; dan (h) satu salinan Penyata Akaun menurut klausa 10.12 Surat Jaminan yang menunjukkan keberhutangan Defendan Pertama setakat 30 November 2018 dilampirkan sebagai Eksibit NZ-14. [15] Adalah menjadi pendirian pihak Plaintif bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua tidak mempunyai pembelaan bermerit dan tidak ada isu untuk dibicarakan atas alasan-alasan berikut – 13 (a) Amaun Keuntungan yang didakwa tidak dibayar ke dalam Akaun Deposit Marginal Dakwaan Defendan Pertama bahawa Plaintif gagal membayar amaun keuntungan ke dalam Akaun Deposit Marginal dinafikan. Ini adalah kerana berdasarkan terma Memorandum Deposit tersebut, akaun tersebut adalah a non-profit bearing account dan dengan demikian Defendan Pertama tidak berhak kepada bayaran amaun keuntungan. Walau bagaimanapun atas dasar budibicara dan suci hati, Plaintif telah antara bulan April 2015 dan Mei 2016 membayar amaun keuntungan kepada Akaun Deposit Marginal tersebut. Namun Plaintif tidak membayar amaun keuntungan apabila Defendan Pertama memungkiri Perjanjian Murabahah tersebut. (b) Kiraan amaun terhutang yang dikatakan salah dan tidak tepat Plaintif menegaskan tidak timbul isu berkaitan amaun terhutang salah kerana Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah mengakui secara bertulis kepada Plaintif bahawa Defendan Pertama berhutang kepada Plaintif dan 14 hanya memohon masa untuk menyelaraskan akaun pembayaran Kemudahan Murabahah tersebut. (c) Defendan Pertama tidak pernah membantah terhadap perkiraan jumlah hutang tertunggak apabila peringatan dan / atau penyata akaun dikeluarkan oleh Plaintif. Defendan Pertama maklum bahawa kecuali Defendan Pertama membantah terhadap perkiraan jumlah hutang tertunggak dalam masa 14 hari, maka perkiraan dan jumlah hutang tertunggak adalah dianggap betul. Kes Defendan Pertama dan Defendan Kedua [16] Kedua-dua Defendan menegaskan bahawa mereka mempunyai pembelaan yang bermerit dan terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan. Berdasarkan afidavit mereka di lampiran 18, isu-isu tersebut adalah seperti berikut – (a) Defendan Pertama telah mendepositkan amaun berjumlah USD 500,000.00 ke dalam Akaun Deposit Marginal. Menurut klausa dalam Memorandum Deposit tersebut, 15 Plaintif hendaklah membayar amaun keuntungan dalam Akaun Deposit Marginal setiap bulan. Namun – (i) Plaintif gagal membayar amaun keuntungan sejak Jun 2016; (ii) amaun keuntungan yang dibayar oleh Plaintif sebelum Mei 2016 adalah berkurangan dan tidak tepat. Mengikut perkiraan Defendan Pertama amaun keuntungan yang sepatutnya perlu dibayar oleh Plaintif adalah berlainan dengan jumlah yang dinyatakan oleh Plaintif. Amaun keuntungan setakat 31 Disember 2018 yang sepatutnya dibayar oleh Plaintif adalah USD 173,408.85 dan bukannya USD 2,413.19 yang telah dibayar oleh Plaintif. Oleh itu mengambil kira amaun USD 500,000.00 yang telah didepositkan oleh Defendan Pertama ke dalam Akaun Deposit Marginal dicampur dengan amaun keuntungan sebanyak USD 173,408.85 maka jumlah yang sepatutnya ditolak oleh Plaintif adalah USD 673,408.85 dan bukannya USD 502,413,19 yang telah ditolak oleh Plaintif. 16 (b) Defendan Pertama masih lagi dalam proses membayar Kemudahan Murabahah tersebut. Oleh itu Defendan Pertama belum lagi gagal membuat bayaran kemudahan tersebut kepada Plaintif. Oleh kerana Plaintif gagal membuktikan kegagalan Defendan Pertama membayar kemudahan tersebut, Defendan Kedua tidak berhutang kepada Plaintif; (c) berdasarkan pengataan di perenggan 15.6 – 15.11 afidavit mereka, Defendan Pertama dan Kedua mengatakan kadar keuntungan murabahah yang dikenakan oleh Plaintif adalah berlebihan dan melampau dan tidak dipersetujui oleh Defendan Pertama dan Kedua; dan (d) Defendan Pertama dan Kedua memasukki Perjanjian Murabahah tersebut disebabkan atas dorongan pegawai Plaintif bernama Azizi Anuar yang telah membuat representasi salah / frod / salahnyataan mengenai kadar keuntungan murabahah. Representasi salah yang dibuat oleh pegawai tersebut adalah kadar cost of fund yang akan dikenakan oleh Plaintif bagi setiap transaksi adalah kadar yang sama dengan kadar deposit tetap. 17 Undang-undang [17] Aturan 14 kaedah-kaedah 1 dan 2 KKM 2012 memperuntukkan bahawa dalam suatu permohonan untuk penghakiman terus, beban adalah di atas pemohon untuk membuktikan perkara berikut – (a) penyataan tuntutan telah diserahkan kepada defendan; (b) defendan telah memasukki memorandum kehadiran; dan (c) permohonan disokong dengan suatu afidavit yang menentusahkan fakta yang menjadi asas tuntutan yang permohonan berkaitan itu diasaskan. Deponen afidavit sokongan tersebut hendaklah juga menyatakan bahawa mengikut kepercayaannya defendan tidak ada pembelaan terhadap tuntutan dalam penyataan tuntutan. [18] Sekiranya keperluan awal (preliminary requirements) tersebut di atas telah dipatuhi, beban beralih kepada defendan untuk membuktikan terdapat isu atau persoalan yang dipertikaikan yang patut dibicarakan atau kerana sesuatu sebab yang lain patut diadakan perbicaraan mengenai tuntutan terhadapnya. (National Company For Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 CLJ (Rep) 283; [1984] 2 CLJ 220; [1984] 2 MLJ 300; Cempaka Finance Bhd v. Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 18 CLJ 544; [2006] 2 MLJ 685; United Merchant Finance Bhd v. Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 2 CLJ 151; [1999] 1 MLJ 657). Keputusan mahkamah [19] Adalah tidak dipertikaikan bahawa Pernyataan Tuntutan Plaintif telah diserahkan ke atas Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Pada 27 Februari 2019, kedua-dua Defendan telah memasukkan kehadiran melalui Memorandum Kehadiran (lampiran 9). Dalam afidavit sokongan lampiran 14, Plaintif telah membentangkan fakta yang menjadi asas kepada tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Peruntukan yang material dalam dokumen perjanjian semasa (contemporaneous) termasuklah Perjanjian Murabahah dan Surat Jaminan dikenal pasti dan dikemukakan dalam afidavit lampiran Defendan Kedua bersetuju menjamin bukan semata-mata sebagai penjamin tetapi juga sebagai peminjam prinsipal. Surat Jaminan tersebut dieksibitkan sebagai Eksibit NZ-8. Notis-notis tuntutan terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua (akibat kemungkiran Defendan Pertama di bawah Perjanjian Murabahah) dieksibitkan sebagai NZ-10, NZ-11 dan NZ-12 masing-masing. 19 [20] Pihak Plaintif juga mendeposkan bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah dengan adil dan sebenarnya berhutang kepada Plaintif secara bersesama dan berasingan dalam jumlah USD 1,116,551.27 setakat 30 November 2018. Amaun tersebut masih kena dibayar dan terhutang oleh Plaintif. Plaintif juga menegaskan bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua tidak mempunyai sebarang pembelaan bermerit terhadap tuntutan Plaintif atau sebarang isu untuk dibicarakan. [21] Dalam hal ini Plaintif telah memenuhi keperluan awal dan dengan itu telah membuktikan satu kes prima facie untuk merekodkan penghakiman terus terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Oleh itu Defendan Pertama dan Defendan Kedua mempunyai beban untuk membuktikan terdapat isu atau persoalan yang dipertikaikan yang patut dibicarakan atau kerana sesuatu sebab yang lain patut diadakan perbicaraan mengenai tuntutan terhadap mereka. Sama ada terdapat isu atau persoalan yang dipertikaikan yang patut dibicarakan [22] Setelah meneliti afidavit kedua-dua pihak, dokumen dan perlakuan semasa yang dikemukakan, mahkamah ini berpendapat tidak ada isu 20 atau persoalan yang bona fide yang dibangkitkan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua yang mewajarkan perbicaraan penuh dijalankan. Alasan mahkamah adalah seperti berikut – (ii) isu yang dibangkitkan ialah kegagalan Plaintif membayar amaun keuntungan ke dalam Akaun Deposit Marginal tersebut dan kadar amaun keuntungan yang dibayar oleh Plaintif adalah salah dan berkurangan; (iii) berdasarkan penelitian ke atas Memorandum Deposit tersebut di Eksibit NZ-5 lampiran 14, tidak terdapat peruntukan yang spesifik yang mengenakan obligasi ke atas Plaintif untuk membayar amaun keuntungan. Juga, tidak ada peruntukan dalam memorandum tersebut yang menetapkan kadar amaun keuntungan yang dikehendaki dibayar oleh Plaintif; 21 (iv) Plaintif tidak menafikan bahawa mereka telah membayar amaun keuntungan ke dalam Akaun Deposit Marginal tersebut bagi tempoh April 2015 hingga Mei 2016. Namun bayaran tersebut dibuat atas dasar budi bicara Plaintif dan bayaran sedemikian dihentikan apabila berlaku kemungkiran di pihak Defendan Pertama di bawah Perjanjian Murabahah; (v) perkara ini telah dijelaskan kepada Defendan Pertama melalui mesej whatsapp seperti di Eksibit KKH-1 lampiran 18 apabila Defendan Pertama bertanyakan mengenai amaun keuntungan yang tidak dibayar bagi bulan Mei dan June 2016. Didapati Defendan Pertama menerima penjelasan yang diberikan oleh Plaintif dan mengatakan perkara mengenai amaun keuntungan yang ditanya adalah sekadar mendapatkan penjelasan dan bukannya satu aduan. Tidak ada keterangan yang dikemukakan oleh Defendan Pertama dan Kedua yang menunjukkan mereka mempersoalkan dan membantah mengenai amaun keuntungan yang telah dibayar dan / atau tidak dibayar; 22 (vi) Defendan-defendan juga tidak mengemukakan keterangan menunjukkan mereka telah mempersoalkan dan membantah mengenai kadar amaun keuntungan yang sepatutnya dibayar oleh Plaintif. Defendan-defendan mendakwa amaun keuntungan yang sepatutnya dibayar oleh Plaintif adalah USD 173,408.85 dan bukan USD 2,413.19 (yang telahpun dibayar oleh Plaintif) dan mengemukakan perkiraan seperti di Eksibit KKK-2. Namun Defendan-defendan gagal menjelaskan bagaimana perkiraan sedemikian dibuat dan asas kepada perkiraan sedemikian; (vii) perlu ditekankan di sini tidak ada terma dalam Memorandum Deposit yang memperuntukkan mengenai kadar amaun keuntungan yang kena dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama. Sehubungan itu dakwaan bahawa amaun keuntungan yang dibayar salah, melampau dan tidak tepat adalah dakwaan semata-mata kerana tidak ada keterangan yang kredibel untuk menyokong dakwaan sedemikian; 23 (viii) tambahan pula terdapat keterangan dikemukakan oleh Plaintif melalui Eksibit NZ-1 dan NZ-2 di lampiran 19 bahawa dokumen summary of banking account dated 25 Oktober 208 dan statement of account dated 4 December 2018 telah dikemukakan kepada peguamcara Defendan-defendan pada Disember 2018. Namun tidak ada bantahan dikemukakan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua mengenai kadar amaun keuntungan atau amaun keuntungan yang tidak dibayar, salah dan / atau tidak tepat; (ix) malahan selepas Defendan Pertama menerima Notis Tuntutan Kedua (Eksibit NZ-11 lampiran 14) dan Defendan Kedua menerima Notis Tuntutan Ketiga (Eksibit NZ-12
Lampiran
lampiran 14) yang memberikan butir terperinci tuntutan berjumlah USD 1,116,551.27 termasuklah “deduction from Memorandum of Deposit of Marginal Deposit Account (-502,423.49)”, tidak ada keterangan menunjukkan kedua-dua Defendan membantah dan mempertikaikan jumlah amaun yang ditolak tersebut; dan 24 (x) daripada perlakuan semasa Defendan Pertama dan Defendan Kedua, kesimpulan yang tidak dapat dielakkan adalah isu berkenaan dengan amaun keuntungan bukanlah suatu isu yang bona fide dan lebih merupakan sesuatu yang difikirkan kemudian (afterthought). (i) amaun keberhutangan yang dituntut dari Defendan Pertama dan Defendan Kedua setakat 30 November 2018 adalah USD 1,116551.27. Amaun tersebut dinyatakan secara spesifik dalam Notis Tuntutan Kedua yang dikeluarkan bagi pihak Plaintif kepada Defendan Pertama dan dalam Notis Tuntutan Ketiga yang dikeluarkan kepada Defendan Kedua. Defendan Pertama dan Defendan Kedua tidak menafikan bahawa mereka tidak menerima notis-notis tuntutan tersebut. Yang pentingnya, tidak ada keterangan yang dikemukakan yang menunjukkan mereka mempertikaikan dan membantah terhadap perkiraan terperinci berhubung dengan jumlah yang dituntut oleh Plaintif yang dinyatakan secara spesifik dalam notis tuntutan tersebut iaitu seperti berikut – 25 PARTICULARS AMOUNT (USD) 1. Principal Outstanding 1,521,493.55 2. Profit as at 30th November 2018 84,406.80 3. Ta’widh as at 30th November 2018 13,064.11 4. Deduction from Memorandum of Deposit of Marginal Deposit Account (-502,413.49) TOTAL OUTSTANDING DUE AS AT 30TH NOVEMBER 2018 1,116,551.27 (ii) Plaintif juga mengemukakan Penyata Akaun bertarikh 26 Mac 2019 di bawah klausa 10.12 yang merupakan klausa keterangan konklusif (conclusive evidence clause). Penyata Akaun tersebut ditandatangani oleh pegawai Plaintif mengesahkan bahawa keberhutangan Defendan Pertama dan Defendan Kedua setakat 30 November 2018 adalah USD 1,116,551.27. Defendan Kedua gagal menunjukkan wujudnya kesilapan yang nyata (manifest error) ke atas Penyata Akaun tersebut. Dakwaan bahawa jumlah yang dituntut adalah salah dan tidak tepat tidak langsung disokong dengan keterangan yang boleh mempertikaikan perkiraan terperinci yang terkandung dalam Penyata Akaun tersebut. Sehubungan itu Defendan Kedua adalah terikat dengan Penyata Akaun yang mengesahkan jumlah keberhutangan Defendan Pertama berhubung dengan Kemudahan Murabahah tersebut 26 (Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Yin [trading as KH Trading] & anor [2006] 2 MLJ 685; [2006] 3 CLJ 544); (iii) walaupun dalam Perjanjian Murabahah tidak terdapat klausa keterangan konklusif, namum mahkamah ini berpendapat ketiadaan klausa sedemikian tidak bermakna tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama tidak boleh atau tidak dapat dibuktikan di peringkat interlokutori ini. Berdasarkan keterangan kes ini, jelas Defendan Pertama tidak mengemukakan keterangan yang kredibel untuk mencabar perkiraan amaun USD 1,116,551.27 yang dituntut oleh Plaintif terhadapnya; (iv) Defendan-defendan berhujah bahawa klausa keterangan konklusif terhadap Defendan Kedua hanya boleh berkuat kuasa apabila klausa keterangan konklusif dalam Perjanjian Murabahah berkuat kuasa. Dihujahkan lagi bahawa memandangkan Perjanjian Murabahah tidak mempunyai klausa keterangan konklusif maka terdapat syarat terdahulu (condition precedent) bahawa Plaintif perlu membuktikan terlebih dahulu liabiliti terhadap Defendan Pertama sebelum membuktikan liabiliti terhadap Defendan 27 Kedua. Mahkamah berpendapat hujah sedemikian adalah salah tanggap dan mengelirukan. Ini adalah kerana berdasarkan terma dalam Perjanjian Murabahah dan Surat Jaminan, tidak ada peruntukan syarat terdahulu yang mengenakan obligasi ke atas Plaintif untuk terlebih dahulu membuktikan liabiliti Defendan Pertama sebagai peminjam sebelum bertindak terhadap Defendan Kedua; (v) hujah Defendan-defendan juga jelas tidak boleh dipertahankan kerana di bawah klausa 2.1 Surat Jaminan Defendan Kedua telah memberi persetujuan, yang tidak bersyarat dan tidak boleh dibatalkan, untuk menjamin sebagai peminjam prinsipal (principal debtor) Kemudahan Murabahah tersebut dan bukan semata-mata sebagai penjamin untuk membayar balik keberhutangan Defendan Pertama di bawah Perjanjian Murabahah. Oleh itu liabiliti Defendan Kedua di bawah Surat Jaminan tidak bergantung (contingent) kepada liabiliti Defendan Pertama di bawah Perjanjian Murabahah. Ini diputuskan dalam kes Andrew Lee Siew Ling v United Overseas Bank (M) Bhd [2013] 1 MLJ 449, di mana terdapat klausa dalam surat jaminan dan indemniti yang memperuntukkan liabiliti perayu / penjamin 28 bukan hanya sebagai penjamin tetapi juga sebagai peminjam (principal debtor). Mahkamah Persekutuan memutuskan [22] It is our finding that the letter of guarantee and indemnity contained several clauses which clearly show the intention of both guarantors to undertake the liability for the repayment of the term loan and interest therein not merely as sureties but also as a principal debtors as well as indemnifiers… [23] It is our considered view that in the present case the appellant, being a person who has given a guarantee and more importantly an indemnity, is primarily liable for losses which the principal borrower could not have been made liable. His liability is not dependent or secondary to the liability of the principal borrower. He is a principal debtor himself. The liability under a contract of indemnity does not depend on whether the principal debt is enforceable. It has no reference in law to the obligation of any third person. In essence, the liability of the person who has given an indemnity can be more extensive than that of the liability of the principal borrower (see the cases of (1) Yeoman Credit Ltd v Latter & Anor [1961] 2 All ER 294 and (2) Chung Khiaw Bank Ltd v Soi Huan & Ors [1986] 1 MLJ 188). (penekanan ditambah) Selain itu klausa 2.2 Surat Jaminan memberikan hak kepada Plaintif untuk menuntut terhadap Defendan Kedua keberhutangan Defendan Pertama tanpa mengira apa-apa 29 yang berlawanan yang terkandung dalam Perjanjian Murabahah. Kedua-dua klausa 2.1 dan 2.2 tersebut adalah seperti berikut – Klausa 2.1 2.1 Covenant to repay In consideration of the Bank agreeing at the request of the Customer and of the Guarantor to grant the Facility to the Customer, the Guarantor hereby personally unconditionally and irrevocably guarantee as a continuing obligation, to the Bank as principle debtors and not merely as sureties, on demand the repayment by the Customer of the Indebtedness to the Bank and the due performance of the obligations of the Customer under the Facility Agreement and upon the terms and conditions herein contained. (penekanan ditambah) Klausa 2.2 2.2 Demand for payment In the event of the Customer failing to observe and perform any of the covenants, undertakings, stipulations and terms contained in the Security Documents on the part of the Customer to be observed and performed or upon the occurence of an Event of Default pursuant to the Facility Agreement, the Bank shall notwithstanding anything to the contrary contained in the Faciliy Agreement, be entitled to demand repayment in full from the Guarantor of the Indebtedness or any part thereof. (penekanan ditambah) 30 (vi) keterangan semasa yang jelas bertentangan dengan hujah bahawa liabiliti Defendan Pertama perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum bertindak ke atas Defendan Kedua adalah klausa 2.5 Surat Jaminan. Klausa 2.5 secara spesifik dan khusus memberikan hak kepada Plaintif untuk menguatkuasakan haknya di bawah Surat Jaminan terhadap Defendan Kedua / penjamin tanpa terlebih dahulu perlu menguatkuasakan haknya terhadap Defendan Pertama untuk mendapatkan balik keberhutangan berhubung dengan Kemudahan Murabahah. Klausa 2.5 memperuntukkan seperti berikut – 2.5 The Bank’s rights It is hereby expressly agreed and declared that notwithstanding anything to the contrary contained herein or in the other Security Document, the Bank shall upon the occurence of an Event of Default be entitled to enforce its rights hereunder against the Guarantor without first having to seek recourse or otherwise exercise its remedied against the Customer for the recovery of the Indebtedness under the provisions of the Facility Agreement. (penekanan ditambah) 31 (vii) selanjutnya Defendan Pertama dan Defendan Kedua dalam afidavit mereka lampiran 18 tidak menafikan secara spesifik dan khusus bahawa mereka tidak pernah membantah terhadap cara perkiraan dan kiraan jumlah yang tertunggak apabila Penyata Akaun dikeluarkan oleh Plaintif (Eksibit NZ-18 lampiran 14) walaupun Defendan Pertama maklum bahawa ia mempunyai 14 hari untuk memaklumkan kepada Plaintif apa-apa bantahan terhadap cara perkiraan yang menentukan jumlah yang tertunggak. Oleh kerana tiada bantahan dikemukakan, maka cara perkiraan tersebut dianggap diterima oleh Defendan Pertama dan Defendan Pertama terikat dengan cara perkiraan tersebut yang menentukan jumlah tertunggak yang dikemukakan melalui Penyata-penyata akaun. Walaupun amaun yang tertunggak yang dinyatakan dalam Penyata Akaun di muka surat 213 dan 216 Eksibit NZ-18 bukanlah jumlah USD 1,116,551.27 yang dituntut dalam Permohonan Penghakiman Terus Plaintif, apa yang penting adalah hakikat bahawa Defendan Pertama tidak pernah pada masa yang material mempertikaikan jumlah tertunggak atau cara perkiraan yang menentukan jumlah 32 yang tertunggak. Hanya selepas tindakan writ saman difailkan di mahkamah Defendan Pertama dan Defendan Kedua membangkitkan berbagai alasan untuk mempertikaikan tuntutan Plaintif. Ini jelas menunjukkan alasan tersebut sesuatu yang difikirkan kemudian oleh Defendan-defendan; (viii) Defendan pertama dan Defendan Kedua merujuk pada beberapa kes untuk menyokong hujah mereka. Kes yang dirasakan relevan dibincangkan di bawah ini – (1) Am Finance Berhad v Turbo Age Sdn Bhd & Ors [2011] 10 MLRH 554 Merujuk kepada kes tersebut di atas, dalam Hujahan Tambahan Bertulis lampiran 27, pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua berhujah seperti berikut – 7. Menurut kes AM FINANCE BERHAD v. TURBO AGE SDN BHD & ORS [2011] 10 MLRH 554 (Lampiran A), Mahkamah Tinggi secara jelas menyatakan bahawa apabila tuntutan dibuat terhadap penjamin (dalam tindakan ini berdasarkan kepada klausa bukti konklusif) syarat terdahulu yang perlu dipenuhi oleh Plaintif bagi pembuktian ke atas penjamin adalah dengan membuktikan liabiliti 33 Peminjam Utama. Jika liabiliti Peminjam Utama (Defendan Pertama) tidak dapat dibuktikan dalam keadaan di mana tiada klausa bukti konklusif, maka isu liabiliti Peminjam (Defendan Kedua) tidak timbul langsung pada tahap pertama (“issue does not arise at the first place”). (h) The Federal Court also considered and noted the development in the law by the Indian Supreme Court in the case of Syndicate Bank v. Channaveerappa Beleri And Others [2006] 11 SCC 506 wherein it was held: 'When the demand is made by the creditor on the guarantor, under a guarantee which requires a demand, as a condition precedent for the liability of the guarantor, such demand should be for payment of a sum which is legally due and recoverable from the principal debtor. If the debt had already become time-barred against the principal debtor, the question of creditor demanding payment thereafter, for the first time against the guarantor would not arise.’ ” Penelitian ke atas penghakiman kes Turbo Age menunjukkan perenggan (h) yang dirujuk oleh Defendan-defendan sebenarnya adalah sebahagian daripada hujah peguam defendan (dalam kes tersebut) yang dipetik oleh Hakim terpelajar. Penelitian ke atas penghakiman kes tersebut menunjukkan Hakim terpelajar tidak bergantung / mengguna pakai kepada Formatted: Font: (Default) Arial, 12 pt, Italic 34 kes Syndicate Bank v. Channaveerappa Beleri And Others [2006] 11 SCC 506 tersebut. Sungguhpun demikian jika diperhatikan petikan penghakiman kes Syndicate Bank, apa yang ditekankan ialah dalam keadaan di mana suatu tuntutan dibuat ke atas penjamin di bawah suatu jaminan yang menghendaki tuntutan dibuat sebagai suatu syarat terdahulu (condition precedent) untuk mengenakan liabiliti ke atas penjamin, maka tuntutan hendaklah dibuat ke atas penjamin berkenaan dengan jumlah yang kena dibayar dan boleh dituntut balik di sisi undang-undang daripada peminjam. Syarat terdahulu yang dimaksudkan adalah syarat berkenaan dengan membuat tuntutan terlebih dahulu (on demand) ke atas defendan Kedua sebagai penjamin. Syarat terdahulu tersebut tidak dimaksudkan membuktikan liabiliti Defendan Pertama terlebih dahulu sebelum menuntut terhadap Defendan Kedua. Amat jelas sekali hujah Defendan-defendan adalah suatu salah tafsir dan mengelirukan. Dalam kes di hadapan mahkamah ini, keterangan menunjukkan tuntutan terhadap Defendan Kedua 35 adalah berkenaan dengan keberhutangan Defendan Pertama sebagai peminjam. Keberhutangan Defendan Pertama adalah sepertimana dinyatakan dalam Penyata Akaun Eksibit NZ-14 di lampiran 14. Menurut klausa 10.12 Surat Jaminan, Penyata Akaun tersebut adalah mengikat dan keterangan yang konklusif mengenai keberhutangan Defendan Kedua kecuali jika dapat ditunjukkan adanya kesilapan yang nyata pada Penyata Akaun tersebut, yang mana Defendan Kedua gagal berbuat demikian. Sepertimana dinyatakan di atas, dakwaan Defendan Pertama dan Defendan Kedua bahawa jumlah USD 1,116,551.27 adalah salah dan tidak tepat tidak disokong dengan keterangan yang boleh mencabar jumlah yang dituntut. Hujah Defendan Pertama dan Defendan Kedua bahawa liabiliti Defendan Pertama tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada klausa keterangan konklusif dalam Perjanjian Murabahah adalah pernyataan yang silap. Sepertimana diputuskan dalam kes Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying (trading as KH Trading) & Anor [2006] 2 MLJ 685; [2006] 3 CLJ 36 544 klausa keterangan konklusif membolehkan pihak bank mengeluarkan sijil atau penyata akaun yang menunjukkan keberhutangan defendan tanpa perlu mengemukakan bukti keberhutangan. Sijil atau penyata sedemikian sepertimana yang diperuntukkan dalam klausa keterangan konklusif mengikat defendan kecuali terdapat kesilapan yang nyata pada sijil atau penyata tersebut. Namun Mahkamah Persekutuan dalam kes Cempaka Finance tidak pun memutuskan bahawa tanpa klausa keterangan konklusif keberhutangan seseorang defendan tidak boleh atau tidak dapat dibuktikan. Ini adalah tepat sekali kerana terdapat cara lain bagaimana keberhutangan boleh dibuktikan dan ia tidak semata-mata bergantung kepada klausa keterangan konklusif. Dalam kes ini mahkamah berpendapat berdasarkan keterangan sepertimana yang dinyatakan di atas, terdapat keterangan yang mencukupi dan kredibel mengenai keberhutangan Defendan Pertama terhadap Plaintif. 37 (2) Bangkok Bank Ltd. v Cheng Lip Kwong [1990] 3 CLJ Rep 523 [1990] 1 CLJ 1017 Berdasarkan fakta kes Cheng Lip Kwong, pihak bank menyaman defendan atas kapasitinya sebagai penjamin. Pihak bank telah memperoleh penghakiman ingkar terhadap defendan pada 17 April 1989. Pihak bank kemudiannya membuat permohonan untuk meminda penghakiman ingkar tersebut untuk memasukkan amaun keberhutangan yang sebenarnya (iaitu berkurangan daripada amaun yang diperoleh pada 17 April 1989). Antara alasan peguam defendan membantah permohonan pindaan adalah pihak bank hendaklah membuktikan amaun yang hendak dipinda dan bank gagal berbuat demikian. Bagi maksud membuktikan amaun keberhutangan defendan, pihak bank mengguna pakai klausa keterangan konklusif yang terkandung dalam klausa 6(c) jaminan yang antara lainnya memperuntukkan seperti berikut – 6 (c). Any admission or acknowledgement in writing by the customer or …. in relation to the subject matter of this guarantee or any judgment or award to the bank against the customer or proof by the bank in bankruptcy or companies 38 winding up which is admitted or any certificate by an officer of the bank as to the moneys and liabilities for the time being due and remaining or incurred to the bank from or by the customer or a copy of the account of the customer contained in the bank's book of account signed by any officer of the bank shall be binding and conclusive evidence on the guarantor in all Courts of law and elsewhere. Dalam penghakimannya, mahkamah berpendapat sememangnya pihak bank boleh mengguna pakai klausa 6 (c) tersebut untuk membuktikan kesnya terhadap defendan. Mahkamah berkata – But, the liability of the defendant as a several guarantor is dependent on the liability of the customer, which needs to be proved first. For this purpose, the plaintiff can take advantage of the benefit afforded by the conclusive evidence Clause 6(c), but the form of proof must fall squarely within the ambit of the clause. In view of the wording of the clause, it must be in fact a certificate of the liability of the customer as at 17 April 1989, from which the liability of the defendant as a several guarantor of 25% of the customer's liability can be calculated with accuracy… Oleh itu adalah jelas pendirian mahkamah bahawa pihak bank boleh bergantung kepada sijil yang dikeluarkan olehnya yang menyatakan amaun keberhutangan peminjam untuk membuktikan keberhutangan defendan sebagai penjamin. Walau 39 bagaimanapun berdasarkan keterangan kes tersebut, mahkamah mendapati eksibit yang dikemukakan oleh pihak bank menunjukkan keberhutangan defendan dan bukannya keberhutangan peminjam. Ini tidak selaras dengan klausa 6 (c) tersebut yang menghendaki keberhutangan peminjam ditentusahkan dan bukannya keberhutangan defendan. Maka dalam konteks inilah mahkamah mengatakan liabiliti defendan sebagai penjamin bergantung kepada liabiliti peminjam dan dengan itu liabiliti peminjam perlu dibuktikan terlebih dahulu. Dalam kes di hadapan mahkamah ini, Plaintif telah mengemukakan Penyata Akaun Eksibit NZ-14 di lampiran 14 yang dikeluarkan menurut klausa 10.12 Surat Jaminan bagi menunjukkan keberhutangan Defendan Pertama berhubung dengan Kemudahan Murabahah tersebut. Tidak ada keterangan kredibel yang dikemukakan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua untuk menunjukkan terdapatnya kesilapan yang nyata (manifest error) pada sijil tersebut. Oleh itu Plaintif telah membuktikan liabiliti 40 Defendan Kedua dengan mengguna pakai dan mematuhi klausa keterangan konklusif. Selain daripada itu, fakta dalam kes Cheng Lip Kwong tidak menunjukkan jaminan yang diberikan oleh defendan mempunyai terma seperti klausa 2.5 Surat Jaminan (lihat sub-perenggan (b) (vi) di atas). Sehubungan itu Plaintif tidak dihalang dari menyaman Defendan Kedua sebagai penjamin sekiranya Plaintif tidak berhasrat untuk menyaman Defendan Pertama. Apa yang penting, Plaintif dikehendaki membuktikan liabiliti Defendan Kedua menurut klausa 10.12 Surat Jaminan iaitu membuktikan amaun keberhutangan Defendan Pertama dan ini telah dilakukan melalui Eksibit NZ-14 di lampiran 14. (c) kadar keuntungan murabahah dan representasi salah (i) berhubung isu ini, Defendan Pertama dan Defendan Kedua mendakwa bahawa kadar keuntungan murabahah yang dikenakan oleh Plaintif adalah berlebihan dan melampau. Selain daripada itu kedua-dua Defendan mendakwa 41 kononnya pihak Plaintif telah membuat representasi yang salah / frod mengenai kadar keuntungan murabahah yang mendorong mereka memasukki Perjanjian Murabahah; dan (ii) sepertimana yang dihujahkan oleh pihak Plaintif, kedua-dua isu ini tidak diplidkan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua dalam Pernyataan Pembelaan mereka di lampiran 11 dan lampiran 12 masing-masing. Adalah undang-undang yang mantap bahawa pihak-pihak terikat dengan pliding masing-masing (Lee Ah Chor v Southern Bank Bhd [1991] 1 MLJ 428; K.E.P Mohamed Ali v K.E.P Mohamed Ismail [1981] 2 MLJ 10). Tambahan pula dakwaan frod adalah serius dan undang-undang menghendaki butir-butir frod diperincikan dalam pliding (Giga Engineering & Construction Sdn Bhd v. Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd & Anor [2015] 9 CLJ 537; [2015] 6 MLJ 449) dan Defendan-defendan gagal berbuat demikian. Sehubungan itu kedua-dua Defendan diestop dari membangkitkan isu dan persoalan mengenai kadar keuntungan murabahah yang didakwa kononnya berlebihan dan melampau dan isu representasi salah dan frod dalam afidavit mereka. Oleh yang demikian 42 mahkamah ini tidak berkewajipan menimbangkan isu-isu tersebut yang tidak diplidkan. Kesimpulan [23] Berdasarkan alasan di atas mahkamah ini berpendapat Defendan Pertama dan Defendan Kedua gagal membuktikan terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan. Isu-isu yang didakwa perlu dibicarakan tidak disokong oleh keterangan yang kredibel. Malahan dakwaan berhubung isu-isu yang dikatakan wajar dibicarakan adalah tidak konsisten dengan keterangan semasa. Pembelaan Defendan Pertama dan Defendan Kedua tidak mempunyai merit. [24] Sehubungan itu Permohonan Penghakiman Terus oleh Plaintif dibenarkan seperti terma di lampiran 13 dengan kos. ( KHADIJAH BINTI IDRIS ) HAKIM MAHKAMAH TINGGI (BAHAGIAN DAGANG) BERTARIKH 31 OKTOBER 2019 43 Peguam: Plaintif : Haslina Hassan dari Tetuan Ariff & Co. Defendan : Ung Zhee Laine dari Tetuan Shu Yin, Teh & Taing
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.